Terima kasih dan tahniah kerana muaturun ebook ini, saya tahu anda trader yang mahu jadi lebih baik dari masa ke masa.
Saya Gero Azrul merupakan Forex Trader sejak 2007 dan sekarang menganjur dan berkongsi pengalaman kepada beribu-ribu traders khususnya dari awal Januari 2015 sehingga kini.
Gambar di atas ialah semasa saya kononnya fulltime trader, trade siang malam, tapi apa hasil pun tadak. lost lost lost dan terus lost.
Dalam ebook ini saya berkongsi 12 kesilapan besar trader dan kenapa anda selalu margin call. Ini kerana dalam pengalaman saya berjumpa dengan trader ialah isu utama ialah mereka selalu margin call.
Margin call ini sebenarnya bermaksud tak cukup margin, kiranya margin tambahan diperlukan untuk satu-satu position yang tersilap arah untuk bertahan.
Stop Out adalah panggilan sebenar iaitu anda akan lost akaun anda.
Jadi disini saya akan senarai dan membincangkan apa sebenarnya masalah utama trader dan dirangkumkan dalam 12 KESILAPAN BESAR TRADER dan kenapa anda margin call.
LIKE PAGE http://facebook.com/geroazrulfxOfficial
Kesilapan Besar #1
TAK TAHU TEKNIK YANG BETUL.
Seperti yang saya kongsikan pada awal buku ini, saya mulakan forex secara tak sengaja. Dan apabila saya mulakan saya terus mula dan tak pernah berhenti.
Dan ini ialah kelas Forex yang saya pernah anjurkan pada Januari 2007. Yang tengah bercakap itu ialah trader yang saya maksudkan.
Saya ingat lagi pada masa itu saya buka broker luar negara pfgfx, deposit USD1000, dan charge transfer sahaja USD30.
Hari pertama trade untuk 2-3 kali ganda, dan minggu seterusnya terus lost dan akhir terus lost dan lost habis USD16,000 semua simpanan sendiri.
Tapi pada masa sama,
Saya tahu saya akan berjaya dalam forex satu hari nanti, walaupun saya lost berbulan-bulan dan bertahun-tahun.
Saya lebih pada sistem Robot (Expert Advisor) masa itu dan manual menggunakan MACD Standard dan Parabolic Sars.
Pada masa sama juga dalam bulan-bulan dan tahun-tahun awal saya terlalu banyak teknik yang gunakan. Tak tahu mana satu yang betul.
Banyak dalam Internet, dalam forum, dalam youtube. Tapi macam - macam guna tak tahu mana satu dah nak guna. Terlalu banyak filter.
Ini adalah punca utama kenapa masalah trader terus margin call berlaku, tak tahu mana satu teknik yang betul nak digunakan.
Maklumlah, dalam Internet dan Facebook ada beratus - ratus teknik dan tak tahu mana satu nak ikut dan tak jelas mana yang membantu.
Ada yang selalu tunjuk macam-macam screenshot profit dan trader-trader seperti anda yang baru terus berminat.
Jadi kesilapan pertama yang besar ialah tak tahu teknik yang betul.
Solusi: Cari teknik yang betul ialah dengan lihat berapa lama teknik itu dikongsikan dan berapa banyak result yang dah dibuat oleh STUDENT. RESULT SPEAK LOUDER.
Antara yang saya sendiri guna ialah BBMA Oma Ally dan juga Fibo Musang CBR. Ini adalah 2 teknik yang boleh digabungkan dan saling melengkapi.
Anda boleh muaturun percuma teknik BBMA Oma Ally di : http://bbmabasic.com/rahsiabbma .
Kesilapan Besar #2 DAH TAHU TEKNIK, TAK FOKUS SATU TEKNIK.
Saya pada tahun 2008 sudah mula di coach oleh seorang Jutawan Forex underground, dan saya di coach sampai akhir tahun 2010 secara agresif setiap hari.
Gambar atas tu saya rambut panjang, dan ambil masa 3 tahun di coach. Pada masa saya saya jenis degil juga, suruh buat saya buat sekejap dan saya selalu tukar tukar teknik kerana kononnya nak fine tune mana paling berkesan.
Ialah mana tidaknya, market sideway berkesan sangat, tapi bila ranging saya terus terkena dan terkena.
Lama-lama saya pening, dan akhirnya saya jadi mabuk template, mabuk indicator. Tak tahu mana satu nak guna dan tak jelas apa nak buat.
Coach saya amat tekankan basic, basic, basic. Saya tak mahu, sebab saya suka indicator canggih warna warni dan terus bagi signal untuk saya entri.
Malangnya banyak indicator tersebut repaint, dan apa berlaku. Saya terus loss.
Lama kelamaan saya jelas, paling penting ialah stick pada satu sistem yang kita sudah uji, saya ada kongsikan cara backtest dalam bab seterusnya.
Ini perkara penting, kena fokus satu teknik yang dah dipilih. Ini kerana ikut kajian 85% orang yang buat sesuatu perkara kali pertama akan berhenti separuh jalan kerana tiada hasil yang di inginkan dengan cepat.
Lihat dalam kajian orang yang beli buku di kedai buku seperti MPH, atau Kinokuniya. 95% tidak akan habiskan buku yang dibeli.
80% orang yang berazam tahun baru untuk kuruskan badan, akan daftar di gim dan berhenti dalam 3 bulan pertama.
Isu sekarang ialah isu tak fokus pada satu teknik kerana sikap semulajadi yang kita perlu atasi dalam diri.
Jika sudah belajar satu teknik ambil masa betul-betul untuk memahami dan belajar.
Jadi bagaimana untuk belajar dan faham dengan jelas teknik?
Ada segilintir yang bising dengan saya, saya keluarkan DVD rakaman, pakej home course, saya ajak ke kelas basic dan saya ajak ke kelas yang lebih intensif selama berhari-hari.
Saya bina dan buat semua itu atas kefahaman saya dalam sistem saikologi pembelajaran manusia. Saya belajar ini dari Blair Singer, salah sorang Advisor untuk Rich Dad Poor Dad Wordwide, dibawah Robert T. Kiyosaki.
Okay,
Sekarang kita lihat bagaimana secara saikologi kita boleh ‘memaksa’ diri jadi lebih pandai. Kajian ini dibuat oleh Profesor Edgar Dale, pada tahun 1969. Beliau amat tertarik bagaimana untuk cepatkan proses pembelajaran dan kefahaman individu.
Saya simpulkan dengan mudah dari diagram Cone Of Learning tadi,
Ini bermaksud, jika anda melalui pembacaan sahaja, anda akan dapat 10% sahaja daripada kefahaman yang disampaikan. Sebagai contoh jika anda ada muaturun percuma dari mana-mana Internet, kefahaman maksimum anda 10% sahaja.
Sebagai contoh apa anda dapat daripada Rahsia BBMA dan Rahsia Fibo Musang dalam bentuk PDF, walaupun saya sendiri yang susun nota dan elaborate panjang, maksimum kefahaman hanya 10% sahaja.
Sebab itu DVD dikeluarkan untuk tingkatkan kefahaman yang lebih mendalaman.
Ini kerana apabila melalui pembelajaran DVD anda dapat tingkatkan kefahaman sehingga 30%, kerana ia melibatkan deria mata dan telinga anda.
Untuk kefahaman yang lebih jelas dan anda cepat tangkap ini semua perlu disusun dengan baik untuk mahir teknik forex.
Seminar, workshop perlu dihadiri kerana ia amat berbeza sama sekali. Ini boleh tingkatkan kefahaman anda dengan lebih jelas selepas anda membaca dan mendengar serta participate dalam group discussion.
Kunci kepada kejayaan mahir teknik Forex ialah dengan sentiasa banyakkan pembelajaran dengan pelbagai sudut menggunakan DVD, datang kelas, dan juga grup support dan coaching berterusan.
Sebab itu saya selalu sarankan laburkan untuk diri anda sendiri untuk jangkamasa panjang dalam pendidikan forex anda.
Kerana sekali ilmu itu sudah ada ia akan berkembang, dan akan berkembang melalui selalu belajar, selalu praktis, dan bimbingan berterusan.
Ini kerana dalam praktis akan timbul persoalan yang akan dijawap oleh trainer forex yang membantu anda.
Fokus kepada satu teknik amat penting, ibarat analogi yang selalu kita dengar dari Bruce Lee, seorang pengamal martial art terkenal dunia.
“Saya tidak takut dengan orang yang tahu 1001 jenis tendangan, saya paling takut 1 tendangan yang dipraktis 1000 kali” - Bruce Lee.
Jadi fokus kepada 1 teknik ialah mendalami betul-betul teknik yang dipelajari, dan bukan sekejap tukar sana tukar sini. Ini kerana akhirnya anda tidak kemana-mana bertahun-tahun.
Sama kes seperti saya dahulu, ada beratus-ratus indicator, warna-warni, pelbagai bentuk serangga bentuknya ,dari bentuk ular ke bentuk kupu-kupu. Kalau anda ingat ada nama dia fibo harmonik.
Kesilapan Besar #3 TAK MAHU LABURKAN MASA MALAH DUIT
Ini perkara mudah, tapi amat kritikal dalam kejayaan, ada 2 perkara sahaja yang boleh bantu anda dalam kejayaan.
1. Laburkan masa anda. 2. Laburkan wang untuk jimat masa.
Kedua-dua ini melibatkan pengorbanan, dan ini kedua ini saling berkait satu sama lain.
Sebagai contoh,
SENARIO 1
Ali kenal forex dari rakan-rakan pejabat, Ali kemudian terus tengok macam mana trading forex dengan guna teknikal analisis. Beliau terus buka akaun dan deposit USD100.
Pada minggu pertama akaun Ali naik sehingga USD300, Ali mula percaya Forex benar-benar boleh buat duit, tapi masuk minggu ke tiga Ali sudah mula rugi, Ali cut loss berpuluh usd dan akhirnya beratus USD. Akhirnya akaun Ali lebur.
Ali deposit lagi USD500 kerana mungkin modal tak cukup,
Apa anda agak akan jadi pada Ali?
Akhirnya beliau akan berdendam dan terus menerus deposit mungkin berbulan-bulan dan mungkin bertahun.
Broker suka kalau anda deposit, tapi bagi kita trader, kita nak profit konsisten bukannya asik habis duit. Kita nak deposit 1 kali withdraw berulang kali.
Nah,
Itu senario biasa kebanyakan trader, dan hal ini bukan jadi pada Ali semata, ini adalah saya tahun 2007 hingga 2009. :(
Jadi apa yang sepatutnya dilaburkan ialah masa untuk buat kajian, kerana tak kurang kata ilmu forex ini boleh dicari melalui youtube atau google sahaja.
Iya betul juga,
Tapi, anda mesti laburkan masa yang cukup banyak untuk kaji, dan kaji pula perlukan pengalaman yang lama dan banyak.
Sebab itu bagi yang SMART mereka labur duit untuk belajar. Ini kerana jimat masa, tak kira apa apa kelas, mungkin kelas itu kurang bagus, ini tak bagus, dan ada yang bagus. Tapi percayalah anda akan belajar sesuatu dari kelas anda hadir.
Ini kerana bukan sahaja anda belajar dari tenaga pengajar, tetapi rakan-rakan yang anda temui.
Banyak saya jumpa dalam kelas saya anjurkan memang Jutawan sendiri yang hadir. Mereka jutawan dalam industri masin-masing, mereka masuk kelas juga, dan mereka cepat berjaya. Ini kerana mereka sudah ada mindset untuk berjaya.
Mudahnya ialah mereka tahu mereka melabur untuk jimatkan masa mereka. Begitu juga anda, boleh bertindak bijak dengan melabur pada diri sendiri untuk dapatkan ilmu.
Sebab kalau nak kata ilmu ini percuma pun, kita dari sekolah rendah sampai habis Universiti pun rata-rata habis beratus ribu dan akhirnya keluar berhutang dengan PTPTN.
Saya laburkan masa yang banyak untuk belajar tapi saya masih kurang jelas, tapi apa saya faham ialah saya tak mencari guru sangat, saya asik nak yang boleh didapati di Internet atau kongsi belajar sistem-sistem secara percuma.
Jadi sebenarnya dalam belajar yang jelas kita perlukan mentor, dan apabila perhatikan balik, elok kita laburkan laburkan duit untuk cepat dapat tangkap. Kerana ini berbeza, berbeza dari segi mindset saya.
Gambar dibawah ialah gambar saya pada tahun 2009, masa ini di Singapura.
Saya masuk dalam program Millionaire Mind Intensive yang dikendalikan oleh T.Harv Eker.
Beliau kemudian beri tawaran untuk lanjutkan belajar, dan kos dalam Ringgit Malaysia masa itu RM22,000 . Pada saya tak masuk akal, kerana saya baru sahaja kena tipu dengan rakan bisnes saya.
Tapi lepas balik dari seminar, 3 hari saya tak dapat lelap. Dan saya buat komitmen terus belajar dan ambil masa 1 tahun lebih untuk habiskan kesemua program.
Titik tolak itu jadi beza saya hari ini, bukan sahaja forex makin bagus, bisnes saya yang lain turut berkembang.
Malah saya teruskan belajar dan belajar sampai sekarang, banyak Alhamdulillah kejayaan demi kejayaan dapat.
Dan semua hasil dari mindset kita sendiri. Pengurusan diri kita sendiri. Benar apa yang selalu ditekankan oleh Nabi Muhammad S.A.W, peperangan paling besar ialah peperangan diri sendiri dan bukan perang kandaq.
Kata Napoleon Bonarpart sama juga kata oleh Hitler dan Alexander the great, mereka sering ditanya siapa pejuang dan pahlawan paling hebat dalam dunia.
Mereka menjawap dalam maksud yang sama.
“The one who conquered himself”
Kenapa saya ceritakan ini semua, ini kerana bab seterusnya ialah banyak lebih kepada pengurusan diri dan bukan forex itu sendiri.
Kesilapan Besar #3 DAH PILIH TEKNIK, DAH MELABUR ILMU, TAPI TAK BUAT BACKTEST
Saya jelasnya ialah kalau anda belajar BBMA Oma Ally, anda belajar Fibo Musang FMCBR, anda akan mahir teknik dan anda akan jelas mana trend dan mana nak entri.
Dan mungkin banyak lagi teknik luar sana yang berkesan.
Tapi benda paling penting ialah anda kena jelas paling utama ialah, macam mana anda nak hadapi setiap hari dengan teknik anda belajar.
Ini sangat penting, kerana ini akan tentukan anda akan faham atau tidak, dari backtest akan timbulkan kefahaman dan pemilihan setup yang diperlukan. Jadi anda anda akan lebih yakin untuk trading.
Dah pilih teknik, dah melabur untuk ilmu, tapi sendiri tak buat backtest. Tujuan backtest ialah nak pilih setup mana yang fokus.
Setup ialah tempat untuk anda entri, setup ini akan bantu anda tunggu dan sabar. 95% Forex Trader gagal kerana mereka buat setup sendiri, ada unsur unsur jangkaan sendiri dan kemudian berharap price mengikut pergerakan jangkaan mereka.
“Oh dah cukup tinggi nie, aku boleh sell sini”
Andaian ini berbahaya, kerana kita tidak bersandarkan fakta hasil kajian sendiri.
Kerana ini akan membentuk kefahaman, dan sekaligus kefahaman ini akan membentuk keyakinana dalam trading.
Jadi apa yang kena buat ialah kena lakukan Backtest.
Cara untuk lakukan backtest.
1. Pastikan anda pilih apa kaedah trade anda. Apa setup yang anda ambil, sebagai contoh anda mungkin ambil setup Re-entri daripada banyak setup BBMA. Dan dalam Fibo Musang anda hanya ambil entri level 2 sahaja dari 9 jenis entri. 2. Selepas anda pilih setup apa anda nak ambil, anda tandakan TREND, ENTRY, Take Profit, dan Stop Loss selama 12 bulan. 3. Tujuan utama ialah nak dapatkan statistik Profit dan Loss setup tersebut, jadi dengan ini anda akan bina keyakinan dan kesabaran untuk setiap setup tersebut. 4. Sebagai contoh, selepas anda buat backtest untuk 12 bulan anda dapati ada 48 kali setup berlaku, dan daripada 48 kali anda dapat 75% Win dan 25% Loss. Dan anda hanya trade 4 kali sebulan sahaja untuk satu pair.
Selepas anda jelas hal ini, anda boleh buat unjuran untung rugi anda dalam sebulan, jadi tidaklah anda rasa trauma atau nak balas dendam jika anda kena stop loss.
1. Ambil sambungan contoh di atas, anda tahu sekarang dalam 1 bulan ada 4 kali trade, dan setelah setup anda kaji anda tahu daripada 4 kali , anda akan loss 1 kali. (75% win dan 25% loss). 2. Dan katalah anda ambil Risk Reward anda 1:2 dengan 2% margin. Anda akan dapat pengiraan 3 kali x 4% = 12% Win , 1 kali x 2% = 2%. Jadi nett profit anda ialah dalam 10% sebulan dari modal anda.
Ini amat penting untuk jadi fulltime trader, sebab itu program BBMA Intensive saya perkenalkan, ia fokus kepada pengurusan diri, pengurusan trading dan entri BBMA supaya anda jelas.
Saya amat sarankan anda pertimbangkan program ini, kerana saya yakin ini akan membantu anda.
Kesilapan Besar #4 TAK ADA SOP & TRADING PLAN
Pada suatu hari, saya dipanggil coach saya untuk jumpa beliau pada waktu malam.
Saya masa itu dah tahu entri, tapi masih lagi tak konsisten. Beliau panggil saya dan suruh saya buat satu SOP macam mana saya nak masuk dan macam mana trading plan saya.
Dia tanya, kau dapat duit ini kau nak buat apa? Apa plan jangkamasa panjang kau? Apa jangkamasa dekat?
Dan paling penting apa plan strategi trading kau , SOP ke?
Saya tak boleh jawap, dan jelasnya saya tak boleh jawap, sebab itu saya tak konsistent.
SOP sangat penting kerana tiada SOP (Standard Operating Procedure) anda kemungkinan besar akan buat keputusan berlainan.
Saya pernah berjumpa satu trader muda yang sudah jutawan, beliau amat tekankan “Less Decision Making, More Profitable”.
Apa yang dimaksudkan ialah anda kena tetap apa entri anda nak masuk. Ini berkaitan dengan trading plan anda. Anda kena ada plan untuk trading dan tidak boleh terus semberono atau spontan sahaja trading.
Forex trading memang menjanjikan pulangan lumayan, tapi sebelum itu, anda mesti bersedia dengan plan strategi dan teknikal anda.
Jadi apa trading plan anda?
1. Kenalpasti anda trader jenis apa 2. Kenalpasti kaedah trade anda 3. Kenalpasti setup anda yang sudah dibacktest 4. Apply money management.
Kesilapan Besar #5 TERLALU FOKUS PADA USD bukan pada konsistensi pips.
Saya tahu anda nak bayar bil bulanan, nak bayar hutang, nak juga pergi jalan sana sini. Maksud mudah ialah memang kita nak duit segera dan cepat.
Jadi kalau terlampau fokus pada USD dulu, ini boleh bahayakan anda juga sendiri.
Ini kerana kita mungkin akan buka lot besar sedangkan kita belum konsisten, dan juga tp terlalu jauh dan akhirnya sebabkan akaun jadi float semula walau sudah profit yang banyak.
Konsep utama disini ialah fokus pada konsistensi pips. Sebab itu penting anda kena pilih setup mana nak pakai. Dalam BBMA boleh fokus pad setup re-entri contohnya di Timeframe H4, Fibo Musang boleh fokus pada Entri level 2,3,4 di Timeframe H4 juga.
Kesilapan Besar #6 TAK TAHU KONSEP SIGNAL, SETUP & ENTRI
Ini perkara paling penting dan bantu saya trading dan student-student datang dari kelas. Dan saya sangat mendalami konsep ilmu signal, setup dan entri akhir tahun lepas, tambah-tambah selepas saya kenal abang Oma dan juga Fibo Musang.
Saya akan ceritakan mana yang anda familiar dulu, saya yang jalankan program untuk BBMA dan Fibo Musang CBR. Jadi saya ceritakan apa yang saya lalui dan jalankan.
Anda kena jelas signal ialah menunjukkan arah ke mana, dan anda bukan entri ditempat tersebut. Ini penting kerana melalui pengalaman saya, ramai orang termasuk saya sendiri pun dulu tunggu konsep breakout dari support resistant terdekat, dan atau trendline terus entri.
Breakout adalah signal. (kalau lah saya faham dulu) , dan tunggu untuk entri. Entri pula ditempat setup berlaku. Setup ialah tempat dimana kita akan lakukan entri, dan entri juga adalah perkara berlainan dengan setup.
haaa, dah pening? :p heheheh..
Okay kita ambil contoh paling simple di BBMA. Dalam BBMA ada 7 perjalanan utama market menurut ilmu BBMA OA.
Terdapat extrem, TP Wajib, MHV, Candle Arah, Re-entri, Momentum, Reentri.
Extrem ialah signal, signal awal trend mula berakhir, ia belum berakhir, tapi mula berakhir. Ramai tak faham di sini dan terus masuk, akhir apa jadi? Float dan MC. Sebab itu adalah signal, bukan setup. Dan setup hanya berlaku di MHV dan Re-entri sahaja.
Kalau anda nak faham anda boleh ke http://bbmabasic.com/rahsiabbma dengan lebih mendalam pasal semua signal dan setup ini.
Dan sebagai contoh untuk Fibo Musang pula, apabila berlaku Initial Break, pada low atau high paling rendah dan tinggi, untuk mengatakan signal awal trend baru bermula ialah apabila price sudah memecahkan CB1. Iaitu zon support resistant sebelum yang didefinisikan dengan konsep CBR (Candle Break Retest).
Dan Setup ialah apabila berlaku Initial Break, Break CB1 dan tunggu retest di zon IB tadi, dan entri dilakukan apabila test it berlaku.
Apa yang saya cuba kongsikan ialah tak kira apa sistem pun anda pakai, cuba anda cari jalan supaya anda clear mana satu signal, setup, dan entri anda.
Ini semua berbeza ya! Kalau tahu mana satu benda nie, inshaAllah profitable!
Kesilapan Besar #7 BUKA HANDPHONE ATAU LAPTOP TERUS ENTRI.
Ini sengaja saya letak no 7, tapi sebenarnya ini kesilapan paling besar no 1. Buka sahaja laptop atau handphone terus nak entri. Bila entri dah float baru nak analisa, familiar tak? heee..
Kebanyakan dari kita ini berlaku, sebenarnya ini punca tak ada trading plan atau tak ada SOP (Standard Operating Procedure). Tak ada kenapa? Tak ada sebab tak ada buat backtest dan tak ada statistik yang beri kefahaman dan keyakinan pada anda. Ini saya ada sentuh sebelum ini, boleh refer semua di atas.
Apa yang saya cuba sampaikan ialah setiap kali anda buka handphone atau laptop pastikan anda analisa dulu. Tak kira apa sistem atau teknik Forex anda guna.
Tengok daripada Monthy, Weekly, Daily, H4, dan H1.
Apasal pulak nak tengok sampai monthly?
Okay ini rahsia dia. heee.. Kadangkala setup yang berlaku timeframe kecil ialah untuk melengkapkan setup pada timeframe besar. Dan begitulah seterusnya.
Tambah-tambah bulan baru, mesti tengok monthly apa berlaku. Dan tengok Weekly apa berlaku tambah-tambah anda nak mula trade hari Isnin.
Dan sebagai intraday trader pula khususnya, anda mesti tengok Candle Close Daily di mana dan setup apa masa itu?
Ini akan berikan gambaran lebih besar pada anda, dan anda akan jelas kaitan multi-timeframe.
Jadi antara kesilapan tersembunyi ialah tak tau kaitan antara multi-timeframe. kalau anda tak tahu pasal ini, anda tak boleh kekal lama dalam Forex.
Kesilapan Besar #7 Penggunaan lot tak sesuai dan jenis akaun broker tak betul dan masuk lot besar sekaligus dan tak pecahkan pada sub unit.
NAK CEPAT KAYA, NAK CEPAT BANYAK DUIT.
Iya , saya pun sama, tapi strategi paling silap ialah kita tak mahir lagi dah cuba pakai lot besar, atau memang tak faham penggunaan lot langsunglah! Sama macam saya dulu, tekan 1.00 rupanya 10usd per lot. Mana tak hangus dalam masa sehari akaun 1000USD. Dua tiga kali libas settle!
Paling baik ialah jaga lot anda, kalau ada 100usd, anda maksimumkan risiko anda setinggi maksimum 30sen sahaja. Jadi anda buka mungkin 2 sen atau 5 sen sehingga maksimum guna 30sen.
Jujurnya kalau anda trade 10sen 20sen untuk dapat 10usd sehari tak mustahil. Tapi kena tahu mana sistem nak guna, kerana ramai orang fail tak tahu teknik yang betul nak trade.
Antara soalan lazim saya terima dari trader baru ialah, berapa banyak duit nak mula?
Sebenarnya seberapa sikit anda boleh, bukan berapa banyak yang boleh. Cukup untuk mula dengan 20usd sekali pun. Saya cakap ini kerana ramai kat luar sana tak tahan dengan buat demo, jadi buka akaun sen-sen sahaja guna 20usd. Inshaallah okay.
Kesilapan Besar #8 Trade hanya satu akaun
Ini pada peringkat awal saya tak berapa nak faham sangat, kenapa nak ada banyak akaun, dan mana satu nak trade kalau akaun banyak sangat.
Saya perhatikan coach forex saya yang Jutawan tu, ada banyak melampau akaun. Hairan saya, kadang satu broker sama pun ada sampai 10 akaun.
Rahsia dia jelas kalau anda perhatikan. Dengan pecah akaun anda akan boleh fokus lebih sebenarnya.
Sebagai contoh ada akaun anda trade untuk scalping, ada untuk intraday, ada untuk pair tertentu, ada untuk swing dan sebagainya.
Kalau sebagai yang mula pun elok anda buka beberapa akaun. Sebagai contoh anda ada USD100, pecahkan at least 4 akaun, 30usd,30usd,30usd dan 10usd.
Untuk 10usd anda boleh trade gaya full margin. (maksudkan lot besar walau akaun kecil). Dan ketiga lain tu trade untuk pair yang berlainan. Kadang kalau semua buat dalam satu akaun, itu lah scalping, itulah intraday, itu lah swing, dan itu lah juga multiple pair, bukan sahaja margin habis tak perasan, malah akan keliru mana satu nak tutup dan buka.
Kesilapan Besar #9 Mula dengan modal besar
Sedikit sebanyak ini berkait dengan kesilapan saya kongsikan sebelum ini. Apa yang saya nak highlight disini ialah kalau akaun kecil anda tak boleh kembangkan, macam mana modal besar anda masukkan nak withdrawal?
Kalau USD100 tak boleh nak buat sehingga USD200 atau USD100 jadi USD1000 tapi semua bungkus balik, macam mana agaknya nak draw konsistent USD2000 sebulan dari modal USD20,000.
Ramai yang bungkus tahap tinggi kerana kes ini, saya jumpa ramai yang guna duit VSS, pencen, duit nak pergi haji buat macam ini.
Jangan gunakan modal besar, kecuali anda dah konsisten paling kurang 2 tahun. Konsisten modal kecil pun tak apa, asalkan konsep awal konsisten dulu.
Modal besar equal pada risiko besar, dan apabila kita katakan risiko besar itu paling utama. Iaitu dalam trading forex, kita laburkan apa yang kita sanggup lebur, sanggup hilang. Dan bila hilang anda tak rasa apa-apa.
Kesilapan Besar #10 Overtrade dan trade masa tak sesuai
Kes ini biasa berlaku bila anda dah mahir dengan setup dan entri anda, dan secara tak langsung setiap entri anda akan cepat je profit dan anda akan close ikut apa selalu anda rancangkan.
Tapi apa yang berlaku ialah anda nampak setup lagi dan lagi dan lagi, dan anda mula trade lebih dari biasa. Dan akhirnya loss dan makan profit anda, sekaligus anda rasa tak boleh cari trade lagi dan lagi, akhirnya lagi banyak loss.
Kalau anda perasan anda dah dimainkan oleh emosi, sebab apa sebab anda dah jadi rasa nak balas dendam. Apabila emosi menguasai maka anda akan gagal dalam Forex, cepat atau lambat itu sahaja bezanya.
Kunci utama ialah jangan overtrade, jangan trade berlebihan walaupun ada setup menarik mengamcam macam mana pun. Ini adalah untuk kunci nafsu dan bina disiplin anda. Forex memerlukan disiplin yang tinggi.
Satu lagi masa trading kena jelas juga, bukan sahaja masa trading itu bermaksud pagi atau petang atau malam, maksudnya ialah jangan trade semasa anda tengah buat kerja lain, atau dalam ofis memegang amanah kerja dari majikan anda.
Jangan trade masa anak-anak anda atau keluarga memerlukan anda, jangan trade semasa tengah shopping, drive atau sibuk melakukan hal-hal keutamana lain.
Ini kena jaga, kerana peratus tinggi lost trader dari masa trade itu tidak tenang dan fokus.
Kesilapan Besar #11 Tak tahu atau tak jelas diri trader jenis apa
Ini berkait dengan beberapa kesilapan yang saya kongsikan sebelum ini, dan ada sebab utama kenapa saya tekankan antara kesilapan besar ialah bila kita tak tahu kita ini trade jenis apa.
Adakah anda jenis scalper, intraday, swinger atau pun position trader. Semua ada tugas dan cara masing-masing, berbeza cara entri dan cara exit mereka.
Perkara utama ialah anda kena mahir dan klasifikasikan sendiri anda trade jenis apa, kalau anda trader jenis scalping, maka anda fokus scalping jangan cuba hold banyak, kalau nak hold pun letakkan stop loss break event / profit atau masukkan trailing stop.
Kalau anda intraday, maka disiplin untuk entri dan exit juga tinggi. Letakkan stop loss yang sesuai dan take profit yang sesuai.
Kalau anda swing, anda kena jelas floating entri anda sahaja boleh capai 300pips, dan kena pandai letak margin yang sesuai.
Penjelasan untuk kesilapan ini agak ringkas, tapi amat kritikal dalam kejayaaan anda. Pastikan anda jelas anda trader jenis apa, fokus pada setup anda dan kefahaman anda menggunakan teknik forex anda.
Kesilapan Besar #12 Bila dah profit tak tahu nak buat apa, bila lost pun tak tahu nak buat apa.
Yang terakhir ini ialah pengalaman saya sendiri dari hasil pemerhatian saya pada sikap diri saya sendiri dan juga ramai student yang saya bantu.
Pada awalnya saya perhatikan ramai student yang tak tahu trend dan entri, tapi apabila dah belajar dengan kelas saya anjurkan, ramai dah jelas trend dan entri.
Tapi bila dah jelas trend dan entri, apa berlaku ialah mereka ini masih lagi lost dan tak konsisten.
Kerana apa tau?
Kerana bila dah profit tak tahu nak buat apa, dan bila dah float pun tak tahu nak buat apa.
Bila dah profit nak buat apa?
Bila dah profit anda mesti lock profit anda, ini dipanggil preventive strategy, anda kena selamatkan profit anda. Letakkan stop loss pada profit 10pips anda sebagai contoh.
Contoh lain katalah anda sudah profit pada 1 pair dan 1 pair lain masih -eve, dan anda lihat sudah ada positif dari segi net keseluruhan, adalah idea baik kalau anda close je semua dan dapatkan semua net profit tersebut. Ini contoh
juga. Ideanya utama ialah protect capital dan kemudian ambil semua profit yang ada.
Tambah-tambah kalau anda dah trauma entri yang selalu berbalik arah.
Jadi kalau anda nak hold sekalipun, pastikan ada SL profit yang saya kongsikan pada awal tajuk ini.
P.S: Jangan lupa sedekahkan pendapatan forex anda kepada charity, ini akan bantu anda dalam jelas untuk trading.
BERANI CUT LOSS.
Ini juga pengurusan penting, bukan sahaja pengurusan yang profit tapi jelas pengurusan kalau dah loss macam mana.
Kalau dah loss dan berbalik arah, dan buat arah baru keluar setup baru, maka wajiblah anda cut loss sahaja.
Ini kerana rata-rata trader akan saiko diri sendiri untuk BUAT TEKNIK HARAPAN berharap price akan turun semula atau naik semula bersama entri anda.
RULES OF THUMB paling utama dalam trading forex ialah PROTECT CAPITAL, iya protect capital anda. Biar cut loss profit anda, tapi capital mesti jaga. Capital ialah modal utama anda.
Rules kedua ialah anda mesti berani cut loss, berani untuk anda jangan simpan loss anda. Berani untuk buat semula dan ikut setup semula. Ini sangat penting, kerana apabila anda faham konsep ini, anda dapat 10% sebulan pun sudah cukup kerana 100% setahun akaun anda dalam tangan. Anda tidak terkejar-kejar nak duit banyak dalam satu hari, tapi anda akan ada sistem kewangan anda sendiri, mesin atm anda sendiri yang inshaAllah comfirm bagi anda duit setiap kali anda mahu.
Kesimpulan untuk kesilapan 12 ialah:
1. BE (SL) 2. Lock Profit (SL) 3. Hold tak bertempat 4. Tak ada pengurusan salah arah (floating)
Sekian, terima kasih,
Semoga anda dapat manfaat dari apa saya konsikan, tambah-tambah anda trader baru yang perlukan bimbingan.
Anda boleh hubungi saya di page saya http://facebook.com/ geroazrulfxOfficial .