Aplikasi TMK dalam Pendidikan dalam konteks bilik darjah dan di luar bilik darjah Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, khusunya dalam bidang pendidikan. Pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru kepada guru. Beberapa penyelidikan telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini. Masanya juga telah tiba untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sejajar dengan itu, pelbagai aplikasi telah diperkenalkan dalam pendidikan dalam konteks bilik darjah dan di luar bilik darjah. Di antara aplikasi TMK yang telah diperkenalkan dalam pendidikan dalam konteks bilik darjah adalah seperti berikut: 1. Penggunaan E-mel dalam Pendidikan Aplikasi paling asas TMK yang boleh diketengahkan dalam bidang pendidikan khusunya di dalam bilik darjah ialah aplikasi e-mel atau juga dikenali sebagai mel elektronik. Melalui aplikasi ini, pelajar boleh menyatakan sebarang masalah berkaitan dengan pendidikan dengan serta-merta. Contohnya, pelajar boleh berkomunikasi dengan guru berkaitan dengan masalah yang dihadapinya dalam pendidikan di mana jua ada pun melalui e-mel. Sebaliknya, guru juga boleh mengetahui respon pelajar terhadap pengajarn dan pembelajarannya dalam bilik darjah. Menurut Dr. Jane Lasarenko (1997), kebaikan yang utama meggalakkan pelajar berkomunikasi denga guru melalui e-mel dapat menanam semangat yang inggi dalam kalangan pelajar dalam pembelajaran mereka di bilik darjah. Malah, pelajar tidak lagi ada alasan untuk menghantar kerja rumah pada hari yang ditetapkan. 2. Penggunaan Internet dalam Pendidikan Pendidikan berasaskan Internet juga boleh dikatakan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kemudahan Internet bukan sahaja menawarkan komponenkomponen lain malah menyediakan sumber pendidikan berbentuk teks yang diperkayakan dengan unsur-unsur lain seperti grafik, animasi atau audio visual. Tambahan pula, Internet turut menyediakan pelbagai bentuk maklumat yang sesuai untuk pelbagai program pendidikan. Contonya, laman Web sebagai salah satu sumber maklumat pendidikan kepada
pelajar dalam bilik darjah. Usaha tersebut dapat direalisasikan kerana Internet sudah dilengkapi dengan komponen-komponen yang dapat membantu penggunaannya seperti pelayar Web dan enjin pencarian atau Pencarian Maklumat Luas (Global Information Browsing) yang membolehkan pengguna melihat maklumat dengan mudah. Jelaslah bahawa pelajar sudah mendapat perpustakaan elektronik di dalam Internet yang boleh membantu mereka membuat tugasan mereka dengan mudah. Di samping itu, terdapat pelbagai laman Web dalam Internet yang mempunyai perpustakaan yang tersendiri yang dipanggil “virtual library”. Guru boleh mendapatkan maklumat atau bahan rujukan untuk tujuan pengajaran sebelum disampaikan dalam bilik darjah. Dengan penggunaan Internet sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat sudah pastinya corak pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menyeronokan. 3. Penggunaan Frog VLE dalam pendidikan Kementerian
Pelajaran
Malaysia
dengan
kerjasama
YTL
Communication
telah
memperuntukkan lebih dari 1 juta ringgit untuk mendapatkan lessen menggunakan VLE Frog sehingga tahun 2015 daripada syarikat yang membangunkan platform ini di United Kingdom. VLE Frog adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan diakses di mana-mana jua pun. Sebagai contoh, guru boleh berkongsi maklumat, memberi tugasan, membuat ujian dan menanda tugasan secara maya manakala murid pula boleh menyiapkan kerja rumah dan menyemak keputusan melalui VLE. Frog VLE merupakan landasan atas cloud yang memberi ruang untuk para guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berbantukan komputer dengan lebih berkesan. Frog VLE merupakan satu bahan bantu mengajar yang sesuai dengan situasi pengajaran dan pembelajaran pada abad ini. Program Frog VLE membolehkan murid-murid mempunyai daya fikir dan nilai tambah yang membolehkan mereka berkehadapan dengan negara-negara maju. Murid boleh belajar dengan kadar kendiri dalam persekitaran yang selesa melalui Frog VLE. 4. Penggunaan LCD Projektor dalam pendidikan LCD merupakan layar yang digunakan untuk media penampilan gambar dari projektor. Projektor dapat dihubungkan dengan laptop atau komputer dalam bilik darjah. Alat ini sering digunakan semasa aktiviti presentasi. LCD Projektor digunakan sebagai penyampaian materi yang lebih mudah diterima dalam pembelajaran di bilik darjah. Penyampaian materi dari segi LCD Projektor melalui Power Point yang menarik dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran yang menggunakan LCD Projektor dapat dilaksanakan dengan waktu yang singkat. Dengan adanya kemudahan teknologi ini para pendidik dapat meningkatkan ilmu pengetahuannya di era globalisasi dengan pesat. Penggunaan LCD projektor di dalam bilik darjah merupaan pembelajaran yang lebih menyenangkan dan mudah diterima oleh para pendidik. Di antara aplikasi TMK yang telah diperkenalkan dalam pendidikan dalam konteks di luar bilik darjah adalah seperti berikut: 1. Facebook sebagai alat pendidikan di luar bilik darjah Selain daripada menggunakan Facebook untuk tujuan bersosial, pelajar juga secara tidak langsung telah menggunakan Facebook untuk tujuan akademik. Facebook telah terbukti boleh digunakan sebagai alat pembelajaran yang berkesan khususnya untuk pembelajaran tidak formal di luar bilik darjah. (Madge et. al., 2009). Sebagai salah satu medium yang mudah dan berkesan, para pelajar menggunakan Facebook untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan sekelas mereka untuk membincangkan aktiviti-aktiviti berkaitan akademik mereka (Gray, Vitak, Easton, & Ellison, 2013). Pelajar menggunakan Facebook sebagai medium untuk melakukan aktiviti-aktiviti akademik seperti berbincang mengenai perkembangan tugasan mereka serta membuat ulangkaji sesama rakan sekelas mereka dan aktiviti-aktiviti tersebut dilaporkan meningkat ketika tarikh menghantar tugasan semakin hampir dan ketika minggu peperiksaan (Madge et al., 2009; Vivian, 2011). Terdapat beberapa ciri-ciri di dalam Facebook yang boleh diguna bagi tujuan pembelajaran seperti dinding Facebook. Dinding di dalam kumpulan Facebook membolehkan pelajar dan pengajar berkongsi gambar, video, dan juga untuk membuat pengumuman berkaitan pembelajaran dan secara automatik pos-pos tersebut akan muncul di dalam Dinding kumpulan Facebook yang mana ianya memudahkan para pelajar dan pengajar untuk mengikuti perkembangan aktiviti di dalam kumpulan tersebut (Wang, Woo, Quek, Yang, & Liu, 2012). Ciri-ciri Facebook yang seakan-akan sama dengan E-pembelajaran yang lain membolehkan Facebook menjadi alat pembelajaran atas talian alternatif selain daripada E-pembelajaran lain yang sedia ada (Meishar-Tal, Kurtz, & Pieterse, 2012). 2. Whatsapp sebagai alat pendidikandi luar bilik darjah Whatsapp dicipta pada tahun 2009 oleh Jan Koum dan Brian Acton (Albergotti, MacMillan & Rusli, Evelyn, 2014) yang sebelum ini telah mencipta Yahoo (Eric, 2012). Ia bermula di
pasaran sejak tahun 2010 dan dibangunkan terutamanya untuk tujuan menggantikan platform SMS yang sedia ada dengan memberikan caj perkhidmatan yang bebas. Bagi tujuan menghantar dan menerima mesej sama ada di antara kumpulan atau individu. Whatsapp menyediakan pelbagai fungsi. Contohnya, fail, audio, imej yang dilampirkan kepada pautan dalam mana-mana laman web dan fail video yang boleh dikongsi. Selain itu fenomena baru baru ini adalah selari dengan Teori Pembelajaran Konstruktivis (Vygotsky, 1978). Teori ini membincangkan bagaimana interakasi
sosial antara pelajar dapat meningkatkan proses
perkongsian maklumat secara tidak langsung membantu membangunkan prestasi pembelajaran pelajar. Aplikasi Whatsapp memudahkan kerjasama antara pelajar dan pengajar dalam talian yang disambungkan dari rumah atau di mana-mana jua pun. Aplikasi ini bersifat percuma dan mudah digunakan. Setiap orang boleh berhubung dengan aplikasi ini denga segera dan boleh berkongsi maklumat mengenai pembelajaran dengan mudah melalui komen dan mesej yang dihantar. 3. Aplikasi E-Learning dalam pendidikan di luar bilik darjah ‘E-learning’ membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan di luar bilik darjah. Bahan pengajaran dan pembelajaran ‘e-learning’ yang dirancang disediakan secara profesional dan baik. E-Learning mengunakan ciri-ciri multimedia untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta mengikut kesesuaian mereka. Pelajar tidak perlu rasa malu untuk bertanya dan berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman mereka tercapai. Pertanyaan juga boleh dibuat dalam talian. Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia ada. ‘ E-learning’ yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar, guru, mentor atau fasilitator. ‘Segelintir pelajar-pelajar sekolah di Malaysia sudah mula menggunakan internet sebagai sumber maklumat yang penting. Mereka juga sudah didedahkan kepada bahan ‘e-learning’ yang ada di pasaran tempatan. Ada juga pelajar yang sudah mula mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh mereka melalui rakan sebaya di dalam ‘chat groups’ atau ‘buletin boards’. (Alam Pendidikan Bulletin Board, 2001: Tan,). Tambahan pula, kejayaan agenda’e-learning’ kebangsaan (NITA) banyak bergantung kepada perlaksanaan ICT di sekolah. Jika pelajar dapat dibimbing untuk
menggunakan ‘e-learning’ dengan cara berfaedah maka ianya akan dapat membantu mengurangkan penggunaan elemen negatif yang lain.