POLITEKNIK KOTA KINABALU
C4085 – PENGURUSAN PROJEK PEMBINAAN
TEORI –TEORI PENGURUSAN
1. Pendekatan kl klasikal Pendekatan Pengurusan Saintifik Teori organisasi klasikal
•
Pendekatan tingkah laku
•
Pendekatan sains pengurusan
•
Pendekatan kontingensi
•
Pendekatan sistem
PENDEKATAN KLASIK Pendekatan Klasik Andaian:
Manusia adalah rational
Pengurusan Saintifik Frederick Taylor Frank and Lillian Gilbreth
Prinsip-Prinsip Pentadbiran
Organisasi Birokratik
Henry Fayol Mary Parker Follett
Max Weber
Konsep Pendekatan Klasikal – 1880-1927 • • •
•
Berikutan perkembangan revolusi industri pd p’tghan k-19 Masalah utama pengurus – usaha utk meningkatkan kecekapan dan produktiviti Pendekatan yg memberi perhatian kpd KECEKAPAN ORGANISASI DGN TUJUAN MENINGKATKAN PENGELUARAN DAN KEJAYAAN ORGANISASI Mencari cara + kaedah sesuai utk mengurus kerja & orgz
1. PENDEKATAN KLASIKAL 1.1. Pengurusan Saintifik 1. FEDERICK W.TAYLOR : dikenali sebagai “Bapa Pengurusan
•
• • •
Saintifik”. Kaji pergerakan pekerja lebur besi . Menilai tugas dengan mengkajinya secara saintifik setiap bahagian tugas tersebut; Memilih pekerja yang mempunyai keupayaan sebenar; Berikan pekerja latihan dan insentif untuk melaksanakan kerja dengan kaedah kerja yang tepat; Prinsip saintifik untuk merancang kaedah kerja dan keselesaan melakukan kerja
2. FRANK & LILIAN GILBERT : Kaji bagaimana pekerja susun bata menggunakan alat rekod pergerakan “ therbligs”. Hasilnya daripada 8 dapat jadi 5 pergerakan. 3. HENRY L.GANTT - Meningkatkan kecekapan pekerja. Lihat kaedah tugas dijadualkan dan upah diberikan. 1. Tugas perlu dijadualkan 2. Ganjaran terhadap inovasi
KONSEP PENDEKATAN KLASIKAL 1.Pendekatan Pengurusan Saintifik : menekankan kajian saintifik ke atas kaedah pekerja untuk meningkatkan produktiviti individu pekerja • fokus pengurusan kerja 2.Teori organisasi klasikal • Fokus pengurusan organisasi
PENDEKATAN KLASIKAL 1.2. TEORI ORGANISASI KLASIKAL 1) Fayol merupakan individu yang pertama membincangkan pengurusan sebagai satu proses dan juga mempunyai fungsi-fungsi yang khusus yang perlu diikuti oleh setiap pengurus.
Beliau digelar "Bapa Pemikiran Pengurusan" disebabkan oleh idea-idea beliau dalam bidang pengurusan dan idea-idea beliau masih lagi digunakan hingga saat ini.
Menurut Fayol setiap organisasi perlu diuruskan berdasarkan lima fungsi pengurusan iaitu: Perancangan Pengorganisasian Pengarahan Penyelarasan Pengawalan
• • • • •
PENDEKATAN KLASIKAL 1.2. TEORI ORGANISASI KLASIKAL
Fayol juga telah memperkenalkan 14 prinsip pengurusan umum untuk dijadikan panduan kepada pengurus dalam menguruskan organisasi. Pemilihan prinsip ini bergantung kepada pengalaman pengurus untuk dijadikan sebagai panduan dalam menguruskan organisasi.
• • • • • • • • • • • • • •
Autoriti. Disiplin. Satu arahan. Satu perintah. Pembahagian kerja. Imbuhan. Pemusatan. Rantaian skala. Tertib. Ekuiti. Kestabilan personel. Inisiatif. Mementingkan kepentingan organisasi. “espirit de corps” (kerjasama ).
PENDEKATAN KLASIKAL - TEORI ORGANISASI KLASIKAL Sambungan… 2. Chester I.Bernard : Kepimpinan merupakan tugas paling utama dan penting bagi semua pengurus. Setelah penetapan matlamat dan pengumpulan sumber, pengurus perlu menjalankan tugas memimpin sebagai menandakan penerimaan terhadap autoriti mereka. 3. Max Weber : bagi Weber, birokrasi adalah rasional. Organisasi secara idealnya cekap iaitu yang berasaskan prinsip-prinsip logik. Organisasi perlu mempunyai 5 ciri-ciri birokratik : 1. Hieraki autoriti yang jelas : Struktur organisasi 2 Peraturan & prosedur yang formal : ikut prosedur 3. Pembahagian buruh yang jelas 4. Impersonaliti (hubungan bukan peribadi) 5. Kerjaya berasaskan merit
Sumbangan dan Had Pendekatan Klasikal •
Teori klasikal telah mengenalpasti pengurusan sebagai elemen penting dalam masyarakat terancang dan menjadi begitu penting dalam dunia yang global.
•
Pendekatan klasikal telah mengenal pasti fungsi utama pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, pengarahan, penyelarasan dan pengawalan.
•
Bagaimanapun fungsi pengurusan bergantung kepada keupayaan dan kemahiran seseorang pengurus. Pendekatan klasikal juga telah memberi sumbangan kepada teknik-teknik pengurusan seperti analisis pergerakan dan masa, kemudahan kerja, sistem upah, jadual pengeluaran, pengujian personel dan belanjawan.
•
Kritikan terhadap pendekatan klasik : pendekatannya terlalu ringkas yang agak tidak sesuai untuk organisasi yang sentiasa berubah dan belum stabil.
•
Pandangan klasik cenderung untuk lebih bersikap mekanistik. Beranggapan manusia ibarat gerigi dalam mesin, menyebabkan ia mengabaikan kepentingan kehendak manusia.
Teori Hirarki Keperluan Abraham Maslow (Teori Humanistik) •
Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar.
•
Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu.
•
Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi.
•
Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki.
Teori Hirarki Keperluan Abraham Maslow (Teori Humanistik)
Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan.
Maslow juga menyebut terdapat perbezaan diantara keperluan peringkat bawah dengan keperluan di peringkat tinggi. Antaranya :
•
Keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita dan kewujudannya secara beransur – ansur. Oleh kerana lebih tinggi keperluan itu ianya lebih istimewa kepada individu tersebut. Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir di dunia. Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa. Manakala keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur. Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang mendalam kepada diri individu tersebut, seperti gembira. Keperluan di peringkat tertinggi (keperluan kesempurnaan kendiri) dianggap sebagai keperluan pertumbuhan. Keperluan – keperluan di peringkat rendah, adalah keperluan yang semestinya dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.
• • •
•
Teori Hirarki Keperluan Abraham Maslow (Teori Humanistik) 1. Keperluan Fisiologi • Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi. 2. Keperluan Keselamatan • Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang – undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup. 3. Keperluan Kasih Sayang dan Kepunyaan • Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud bersendirian. 4. Keperluan Penghargaan Kendiri • Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang – kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup. 5. Keperluan Kesempurnaan Kendiri • Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan kendiri.
Teori Hirarki Keperluan Abraham Maslow (Teori Humanistik)
Teori Hirarki Keperluan Abraham Maslow (Teori Humanistik) Ciri – Ciri Individu Yang Telah Mencapai Kesempurnaan Kendiri •
Mengikut Maslow manusia yang mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan manusia yang telah mencapai perkembangan personaliti tertinggi dan telah dapat menrealisasikan pontesinya. Ciri – ciri personaliti manusia yang telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri ialah, antaranya : – Mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu lebih mengutamakan kebajikan orang lain. – Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan. – Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak berdasarkan kepada apa yang dipercayainya walaupun tidak popular. – Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa seperti fesyen, adat resam, dan seumpamanya. – Seronok bersama kawan – kawan tetapi tidak bergantung kepada mereka. – Seronok dengan kehidupan yang mencabar dan yang baru. – Bersikap objektif.
TEORI –TEORI PENGURUSAN - PENDEKATAN TINGKAH LAKU (Elton Mayo). • Pengurus perlu faham tentang manusia, iaitu pekerja & berusaha menyesuaikan organisasi dengan manusia – kejayaan akan diperolehi • Dibahagi 2: – Pendekatan sains tingkah laku – Perdekatan pergerakan hubungan manusia
PENDEKATAN TINGKAH LAKU Pendekatan sains tingkah laku • Elton Mayo dan kesan Hawthorne Kajian dilakukan di Hawthorne Works of The Western Electric Company oleh Elton Mayo dan rakannya dari Harvard University. • Kajian bermula dengan penyiasatan untuk melihat kesan cahaya dalam mempengaruhi produktiviti pekerja. • Kajian ini membuktikan pentingnya sentuhan kemanusiaan ke atas pekerja.
PENDEKATAN TINGKAH LAKU Pendekatan Pergerakan Hubungan Manusia
• Berdasarkan kajian yang dijalankan Mayo, terbukti sentuhan kemanusiaan /interaksi itu penting dalam mewujudkan produktiviti yang tinggi. • Di samping bijak menguruskan mesin, pengurus perlu bijak menguruskan manusia bagi memperkukuhkan kejayaan organisasi. • Kajian Mayo ini telah membuktikan kepentingan pergerakan hubungan manusia dan sosiologi industri
TEORI DUA FAKTOR FREDERICK HERZBERG
View that job satisfaction results from the presence of intrinsic motivators and that job dissatisfaction stems from not having extrinsic factors
Source : Gibson
Traditional and Herzberg Views of Satisfaction-Dissatifaction
I. Traditional High job dissatisfaction
High job satisfaction
II. Herzberg’s two -factor view
Low job satisfaction
High job satisfaction (motivator)
Low job dissatisfaction
High job satisfaction (hygiene)
Source : Gibson
KUIZ 3 •
Senaraikan LIMA (5) prinsip pengurusan yang diperkenalkan oleh Henry Fayol.
•
Huraikan LIMA (5) Teori Hirarki Keperluan Abraham Maslow.