KAJIAN KES : MENGKAJI TINGKAHLAKU SEORANG MURID DARI KEL AS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH BERMASALAH PEMBELAJARAN (PPKIBP)
ABSTRAK
Masalah tingkahlaku di kalangan kanak-kanak perlu diambil perhatian yang serius oleh semua pihak. Kebanyakan daripada perangai atau kelakuan adalah dipelajari. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk mendidik anakanak supaya dapat bertingkahlaku dengan baik seterusnya, mengurangkan masalah tingkahlaku di kalangan mereka. Tingkahlaku bermasalah dan kurang kemahiran penyesuaian diri adalah suatu keadaan yang biasa terjadi dalam kalangan kanakkanak dan remaja bermasalah, khususnya mereka yang mengalami masalah pembelajaran yang kritikal. Antara masalah tingkahlaku yang sering dialami oleh kanak-kanak adalah seperti bertingkahlaku ganas, menentang dan tidak menurut arahan, bersikap terlalu bergantung dan suka mengelak serta bertingkahlaku pasif. Kajian kes ini mengkaji seorang murid pendidikan khas di sebuah sekolah yang mempunyai masalah tingkahlaku. Dalam usaha menangani tingkahlaku murid ini, kerjasama semua pihak termasuklah ibu bapa, guru-guru dan masyarakat amatlah diharapkan.
PENGENALAN
Saya telah memilih seorang murid dari kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) di sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan LKTP Nitar Dua. Murid tersebut ialah Siti Nur Ayuni Binti Mohamad. Murid ini yang dikenali atau dipanggil sebagai Ayuni berumur 9 tahun dan mempunyai masalah „Sindrom Down Hyperaktif‟.
Ayuni dilahirkan pada 16/12/2002 iaitu seminggu lebih awal daripada jangkaan kelahiran yang sebenar (minggu ke 35) dengan berat 3.2 kg sahaja. Selepas kelahiran Ayuni, doktor telah mengesahkan bahawa murid ini mempunyai masalah Sindrom Down dan seluruh wajah murid tersebut didapati berbeza berbanding kanak-kanak lain. Murid ini juga mengalami penyakit jantung dan telah menjalani pembedahan jantung.
Ayuni merupakan anak bongsu daripada lima orang adik-beradik. Murid ini merupakan seorang anak yang manja. Disebabkan penyakit yang dihadapinya, Ayuni mendapat perhatian yang lebih dan layanan yang istimewa daripada keluarganya terutama ayahnya. Hal ini adalah kerana Ayuni dikatakan tidak boleh ditinggalkan sendirian kerana tingkahlakunya yang hiperaktif berkemungkinan Ayuni akan melakukan sesuatu perkara yang berbahaya dan Ayuni juga suka melarikan diri dan pergi ketempat-tempat yang disukainya. Oleh kerana layanan istimewa dan kemahuan yang sentiasa dituruti, murid ini agak manja dan sukar untuk dipujuk sekiranya merajuk atau menangis.
Menurut bapanya, Ketika masih bayi lagi, Ayuni telah menunjukkan tingkahlaku aktif Namun, apabila Sahira bersekolah, penyakit sawannya semakin kerap menyerang.
Biasanya, setiap kali penyakit ini datang, ia akan menyerang
Sahira selama lebih kurang dua jam. Selepas itu, sahira akan mengalami keletihan dan juga demam. Menurut ibunya lagi, ketika di rumah, Sahira merupakan seorang yang garang dan suka memarahi orang. Di sekolah, Sahira juga agak garang dan nakal. Dia suka mengganggu murid-murid lain dan juga guru. Namun, apabila tertekan, dia akan menangis dan memujuknya adalah satu perkara yang amat sukar.
Pada awalnya, Sahira ditempatkan di kelas biasa. Namun, di dalam kelas, Sahira akhirnya dikesan sebagai murid yang mempunyai masalah tingkahlaku seperti mengganggu pelajar-pelajar lain ketika belajar dan mengganggu guru yang sedang mengajar. Ketika guru mengajar, Sahira akan bertanya pelbagai soalan yang berkaitan ataupun langsung tidak berkaitan dengan apa yang sedang diajar oleh guru. Sekiranya guru tidak melayan pertanyaan Sahira, dia akan pergi berdekatan dengan guru tersebut dan bertanya sehingga guru memberikan jawapan yang memuaskan hatinya. Soalan yang sama juga akan diajukan oleh Sahira berkali-kali. Maka, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sentiasa terganggu. Selain itu, guru-guru yang mengajar Sahira juga dapat mengesan bahawa Sahira juga mempunyai masalah dalam pembelajaran, iaitu lambat memahami apa yang diajar oleh guru dan cepat lupa perkara yang telah diajar. Sahira juga memerlukan perhatian yang lebih dalam proses pengajaran supaya dia dapat memahami apa yang diajar dengan baik.
Berdasarkan masalah yang dihadapi ini, guru kelas Sahira akhirnya menyarankan kepada ibu bapa Sahira supaya membawa Sahira menjalani pemeriksaan di hospital. Sahira akhirnya disahkan oleh doktor sebagai murid pendidikan khas setelah menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut dengan masalah „Epilepsy with Learning Disability‟.
APA ITU EPILEPSI?
“Epilepsi” ialah nama bagi sejenis penyakit disebabkan gangguan dalam bahagian otak yang boleh berulang dalam bentuk serangan sawan. Ia boleh menyebabkan penderitaan yang serius, melibatkan lebih kurang 50 juta orang dari semua peringkat umur, terutamanya dalam peringkat kanak-kanak, remaja dan warga tua.
Sekurang-kurangnya 100 juta orang akan melalui pengalaman epilepsi sekali dalam seumur hidup mereka. Lebih kurang 2 juta kes baharu berlaku dalam setiap tahun. Epilepsi terdapat dimana jua di dunia dan ia merupakan gangguan sistem urat saraf (neurologikal) tidak menentu yang serius yang paling kerap ditemui.
Sawan adalah disebabkan oleh pelepasan elektrik dari otak yang berlebihan dalam sekumpulan sel-sel otak secara mengejut, selalunya dalam jangka yang amat pendek. Sewaktu sawan, neuron di dalam bahagian otak („topi‟ sel-sel saraf menghasilkan pelepasan elektrik) boleh melepaskan sebanyak 500 kali sesaat, yang mana mengganggu aktiviti-aktiviti normal saraf, kelenjar dan otot.
Lain-lain bahagian otak boleh terpengaruh dan bentuk gangguan epilepsi akan berbeza, bergantung pada sel otak yang khususnya terlibat. Ada sawan yang mempengaruhi seluruh tubuh disebabkan oleh pelepasan elektrikal yang tersibar secara meluas diseluruh bahagian otak. Ini digelar sawan tonik-klonik.
Lain-lain sawan mungkin lebih tertumpu pada satu bentuk gangguan bila mana pelepasan elektrik hanya melibatkan sebahagian kecil dalam otak. Ini dikenali sebagai sawan fokal/partial dan pesakit mungkin mengalami pengalaman berlainan yang subjektif, perlakuan gerakan tidak sengaja atau kombinasi dari kedua-dua tersebut di atas, samada dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Kadang kala sawan bermula secara fokal kemudian melarat ke seluruh bahagian otak, menjadi sawan tonik-klonik.
Serangan sawan mungkin tidak melibatkan goncangan/konvulsi sebenar atau gerakan mengejut. Pesakit mungkin mengalami tidak sedar diri buat sementara waktu, perubahan pandangan atau mungkin juga ada rasa anih dibahagian perut.
Tanda-tandanya bergantung pada jenis epilepsi. Ada juga pengalaman pesakit sewaktu gangguan seolah-olah sedang bermimpi, yang lain pula mungkin mengalami perasaan teramat gembira atau sedih yang tidak dapat dijelaskan dan ada juga yang mungkin hanya didapati membuat pergerakan anih seperti mata berkedip atau mengerenyut. Sawan boleh berlaku beberapa kali dalam sehari juga beberapa bulan sekali.
Tengku Nur Sahira bt Tengku Ibrahim sedang membuat kerja sekolah
NAMA Tengku Nur Sahira Bt Tengku Ibrahim TARIKH LAHIR 07-12-2001 UMUR 9 tahun JANTINA Perempuan NO. KP 011207-11-0156 KATEGORI PENYAKIT Epilepsy With Learning Disability ADIK BERADIK Anak ke-2 daripada 5 Adik-beradik NAMA AYAH Tengku Ibrahim bin Tengku Hussin PEKERJAAN BAPA Berniaga ALAMAT 18/A Batu 91/4 Kg Padang Mengkuang Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu
MASALAH DIKENALPASTI Suka menggigit jari atau pensil Suka memeluk guru dan murid lain Suka mengganggu p&p Kurang berdisiplin Tidak memberi tumpuan pada p&p Suka menyonteng kertas Suka melarikan diri sekiranya tidak dipegang.
MENGENALPASTI MASALAH TINGKAHLAKU YANG DIPILIH SEBAGAI KAJIAN
Tengku Nur Sahira mempunyai beberapa masalah tingkahlaku yang dikenalpasti. Antara masalah tingkahlaku yang sering dilakukan oleh murid ini ialah suka menggigit jari dan menyentuh gigi sendiri dan memeluk orang lain. Selain itu, Sahira juga suka mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sahira juga merupakan seorang murid yang kurang berdisiplin.
Hampir setiap masa, Sahira suka menggigit jarinya dan juga bermain-main dengan giginya. Keadaan ini dilihat agak mengotorkan kerana kita tidak dapat memastikan tangannya sentiasa berada dalam keadaan yang bersih. Keadaan ini boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan Sahira. Dia juga gemar bersentuhan dengan murid-murid dan juga guru-guru.
Ketika waktu pembelajaran, Sahira akan gelisah sekiranya tumpuan tidak diberikan terhadapnya di dalam kelas ataupun dalam satu kumpulan. Dia akan berusaha sedaya upaya melakukan sesuatu untuk menarik perhatian semua orang terutamanya guru. Maka, proses pengajaran dan pembelajaran sukar dijalankan kerana pelajar ini akan melakukan pelbagai gangguan sekiranya guru tidak memandangnya atau memberi perhatian kepada dirinya sahaja.
Antara gangguan yang biasa dilakukan ialah menyampuk dengan soalan yang bertubi-tubi walaupun tidak berkaitan dengan isi pelajaran, mengganggu muridmurid lain, memeluk dan menarik pakaian guru dan sengaja membuat latihan yang diberikan dengan jawapan yang salah walaupun dia mengetahui jawapan atau cara menjawab dengan betul. Dia akan mencuba apa sahaja cara supaya guru mendapatkan perhatian daripada guru.
Murid ini juga gemar mengganggu dan bergaduh dengan pelajar lain. Sekiranya dia gagal ataupun kalah dalam pergaduhan atau tidak mendapat apa yang dihajati, dia akan menangis. Sekiranya dia menangis, dia amat sukar untuk
dipujuk. Selain itu juga, disebabkan mendapat perhatian dan layanan yang istimewa, Sahira menjadi seorang yang manja. Segala kehendaknya haruslah dituruti. Keadaan ini menyebabkan sahira menjadi seorang yang kurang berdisiplin.
TAHAP KEBERKESANAN KOMUNIKASI MURID
Dari segi komunikasi dan pertuturan, Tengku Nur Sahira mempunyai kebolehan pertuturan yang agak lemah. Kadang kala ayat yang digunakan tidak dapat difahami kerana tidak tersusun dan tidak lengkap. Dia juga suka mengulangi apa yang dituturkannya berkali-kali. Namun begitu, kadang-kadang, guru dapat memahami apa yang dituturkan oleh Sahira dengan baik.
Sahira juga sukar memahami arahan dengan baik. Apabila guru memberi arahan, murid ini mendengar dan kelihatan seperti dia tidak mendengar apa-apa. Guru terpaksa mengulangi arahan berkali-kali sehingga dia memahami arahan tersebut. Kadang-kadang, Sahira memahami arahan, tetapi tidak mengendahkannya kerana guru mengalihkan perhatian kepada pelajar lain. Ada juga keadaan di mana Sahira tidak bersetuju untuk mengikut arahan tersebut kerana terdapat murid lain yang tidak diarahkan seperti apa yang diarahkan kepadanya.
Sekiranya Sahira mendengar dan mengikut apa yang dilarang oleh guru, dia hanya akan mendengar sekejap sahaja larangan tersebut. Setelah itu, dia akan meneruskan tingkahlaku yang tidak menyenangkan tersebut. Sebagai contoh, guru melarang sahira menggigit jari. Sahira akan mengeluarkan jarinya sebentar sahaja daripada mulutnya. Sekiranya guru tidak memerhatikan dia, dia akan kembali menggigit jarinya.
PUNCA MASALAH KOMUNIKASI MURID
Antara punca masalah komunikasi Tengku Nor Sahira ialah kesukaran untuk memahami apa yang dituturkan oleh guru. Apabila guru menuturkan sesuatu, sahira membalasnya dengan sesuatu yang langsung tidak berkaitan dengan apa yang dituturkan oleh guru. Dia seperti tidak memahami topik yang sedang dibincangkan. Namun, berlaku juga keadaan apabila guru perlu memberikan arahan berkali-kali, Sahira akhirnya memahami apa yang dimaksudkan oleh guru. Namun, berlaku juga keadaan di mana murid ini juga memahami dengan mudah apa yang dituturkan oleh guru. Sahira juga kadang kala memahami apa yang dilarang tetapi berpura-pura tidak mendengarnya dan tidak mengendahkan teguran dan amaran yang diberikan. Hal ini berlaku kerana tiada disiplin yang wujud dalam diri Sahira.
KAITAN
ANTARA
MASALAH
KOMUNIKASI
DENGAN
MASALAH
TINGKAHLAKU MURID
Oleh kerana murid tidak dapat memahami pertuturan guru dengan baik, maka agak sukarlah guru menegur dan memberi arahan. Namun, apabila guru menerangkan secara berterusan apa yang patut dan tidak patut dilakukan, Sahira akhirnya dapat juga memahaminya. Masalah yang wujud adalah murid ini tidak mahu mengendahkan teguran dan amaran yang diberikan, maka murid meneruskan tingkahlaku yang tidak baik. Hal ini berlaku kerana Sahira memberi alasan bahawa dia boleh melakukan tingkahlaku yang dilarang tersebut di rumah kerana tidak dilarang oleh ahli keluarganya. Di rumah, Sahira sentiasa mendapat perhatian yang lebih dan sering dimanjakan dalam keluarganya. Semua orang di sekelilingnya juga sentiasa mengalah dan memberi apa sahaja yang diminta olehnya. Justeru, sahira menjadi seorang yang tidak berdisiplin selain pemarah dan agak sukar untuk ditegur. Dia juga tidak memberi perhatian terhadap apa yang dilarang oleh guru.
CADANGAN KAEDAH BAGI MEMBANTU MENGATASI MASALAH KOMUNIKASI DAN MASALAH TINGKAHLAKU KES. SARANAN YANG DIANGGAP SESUAI.
Kanak-kanak yang megidap penyakit epilepsi perlu diberi perhatian yang sama seperti kanak-kanak lain dalam hal-hal disiplin, galakan, dan apa yang diharapkan dari setiap individu di sekolah. Murid sebegitu tidak boleh terlalu dimanjakan kerana ini akan membenarkannya membuat tipu helah disebabkan oleh keadaaannya. Aktiviti normal, bagi mental dan jasmani, akan menguntungkan kanak-kanak yang megidap penyakit epilepsi, dan membaiki penerimaan oleh rakanrakannya.
Terdapat beberapa kaedah dan cadangan untuk membantu mengatasi masalah komunikasi dan juga tingkahlaku yang dihadapi oleh Tengku Nor Sahira. Antara kaedah-kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah pelajar ini ialah:
1. Penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Salah satu langkah yang boleh diambil dalam membentuk tingkahlaku yang baik dalam diri murid ini ialah dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Nilai-nilai ini dapat diterapkan dalam diri pelajar dalam subjek-subjek yang diajar seperti subjek Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku dan juga Pendidikan Agama Islam. Dengan penerangan dan tunjuk ajar yang baik dalam sesi pembelajaran, maka sedikit demi sedikit, tingkahlaku pelajar akan dapat dibentuk.
2. Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif. Menurut Skinner, apabila sesuatu gerakbalas atau tingkahlaku yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulangi tingkahlaku operan ini akan bertambah. tingkahlaku operan ini boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkahlaku operan itu. Contoh peneguhan positif yang boleh diberikan kepada murid ini apabila dia bertingkahlaku baik ialah dengan memberi pujian, penghargaan dan juga pujian terhadapnya. Peneguhan negatif pula adalah seperti mendenda dan memberi hukuman.
3. Denda Melibatkan kerjasama semua guru dan murid-murid di dalam kelas mendenda murid terbabit dengan cara tidak mengendahkannya dan menjauhkan diri daripadanya sekiranya dia melakukan tingkahlaku yang tidak baik. Selain itu, untuk mengatasi masalah tingkahlakunya yang suka menggigit jari, guru, PPM dan murid lain juga bekerjasama untuk tidak bersalaman dengan pelajar tersebut ketika hendak pulang dari sekolah. Guru-guru juga menjauhkan diri daripada duduk berdekatan dengannya sepanjang waktu persekolahan. Kaedah ini sudah tentu akan memberi kesan kepada Sahira kerana murid ini sememangnya sukakan layanan dan perhatian daripada semua orang. Murid ini jua akan menjadi serba tidak kena kerana tidak dapat mendekati orang lain.
4.
‘
’
R e v er s e P s y c h o l o g y
Kaedah ini menggunakan psikologi untuk mengubah tingkahlaku negatif kepada positif. Teknik ini memerlukan kemahiran guru memahami psikologi murid berkenaan serta mengenalpasti sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya dengan baik. Tujuan reverse psychology ialah untuk menginsafkan murid agar menghapuskan sikap negatif dan memupuk sikap positif demi membentuk tingkahlaku yang diingini.
5. Kontrak Membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mengubah tingkahlaku negatif kepada positif. Sebagai contoh, guru membuat perjanjian dengan Sahira tidak akan menjauhkan diri dengannya dan akan bersalaman dengannya ketika hendak pulang dari sekolah sekiranya dia tidak menggigit jari dan mengganggu proses p&p di dalam kelas.
6. Shaping Shaping ialah satu proses pembentukan tingkahlaku yang diingini melalui beberapa peneguhan yang diberi secara beransur-ansur dekat kepada tindakbalas yang diharapkan. Proses ini dilakukan secara peringkat demi peringkat dan beransur-ansur dalam mengubah sedikit demi sedikit tingkahlaku murid yang tidak diingini.
CADANGAN AKTIVITI TERAPI YANG BERSESUAIAN BAGI MEMBANTU ANDA MENJALANKAN PROSES P&P.
Antara terapi yang boleh digunakan dalam membantu menjalankan proses P & P ialah seperti berikut :
1. Terapi pertuturan Terapi pertuturan adalah kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Terapi yang dijalankan ini akan membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Terapi ini juga melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu. Antara contoh aktiviti terapi pertuturan ialah :
latihan lisan.
meniup belon.
meniup kertas di atas air.
mengetap bibir ; dan sebagainya.
Dengan adanya terapi ini akan dapat membantu murid sedikit demi sedikit untuk berkomunikasi atau bertutur dengan lebih baik. Dengan itu, murid ini akhirnya akan
dapat
menggunakan
perkataan
dengan
lebih
tersusun,
dapat
berkomunikasi dengan lebih baik seterusnya dapat memahami apa yang dipertuturkan oleh guru dengan baik. Maka, masalah tingkahlaku juga akan dapat diatasi dengan lebih baik kerana masalah komunikasi antara guru dan murid menjadi lebih mudah.
2. Terapi Fizikal (fisioterapi) Terapi ini memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan murid Pendidikan Khas. Ia bertujuan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah kawalan motor. Terapi yang dilaksanakan ini akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan.
3. Terapi muzik
bertujuan untuk mententeramkan murid supaya bersedia untuk belajar. Guru menggunakan muzik untuk merangsang minda dan menarik perhatian murid.
Terapi ini digunakan untuk mengawal emosi murid
aktiviti yang dijalankan adalah seperti pergerakan bebas mengikut irama muzik, memainkan alatan muzik mengikut rentak yang diperdengarkan serta menghayati irama.
murid melakukan gerakan menggunakan alatan untuk menghasilkan bunyi. Bunyi-bunyi ini apabila digabungkan akan menghasilkan satu irama muzik yang tersusun.
4. Terapi Hidro Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja. Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan diri murid-murid "water confidence".
5. Terapi Carakerja Terapi ini merupakan aktiviti yang menjurus ke arah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin. Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-
otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya.
PENUTUP
Masalah tingkahlaku merupakan suatu masalah yang tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak walaupun murid tersebut adalah murid pendidikan khas. Masalah ini perlu ditangani dengan sebaik dan seawal mungkin kerana masalah sebeginilah yang akan merosakkan generasi akan datang sekiranya tidak dikawal dan atasi dengan segera. Mereka bukan sahaja merosakkan diri sendiri malahan boleh merosakkan orang lain yang berada di sekitar mereka juga. Justeru, kerjasama ibu bapa, guru dan masyarakat sangat diperlukan untuk mengatasi masalah ini.
Kaedah-kaedah yang bersesuaian haruslah diambil dengan segera
sebagai usaha untuk melahirkan masyarakat yang berbudaya, berobjektif serta mempunyai jati diri yang tinggi yang seharusnya perlu bermula pada peringkat usia kanak-kanak bak kata pepatah “Mendidik anak-anak bermula dari rebungnya”.
RUJUKAN
Jenis-jenis terapi dalam pendidikan. Atas talian http://skpdghiliran.blogspot.com/ 2009/05/jenis-jenis-terapi-dalam-pendidikan.html 15 Julai 2009
Perihal Epilepsi http://www.epilepsy.org.my 15 Julai 2009
Special Education – Pendidikan Khas http://www.spe-ed.net/ld-terapi.php 15 Julai 2009