APLIKASI TEKNIK KeNa ( KENAL DAN WARNA) BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN
MURID TAHUN LIMA BERKAITAN HURUF BESAR PADA AWAL AYAT.
" " "
NAMA : AHMAD KAMAL BIN ABD KHALIP
PUSAT PEMBELAJARAN : IPG KAMPUS IPOH
" " "
"ISI KANDUNGAN "MUKA SURAT "
" " "
" " "
"1.0 Pendahuluan "3 "
"1.1 Refleksi pengalaman lalu "4 "
"1.2 Sorotan literatur "7 "
"2.0 Fokus Kajian/Isu Keperihatianan "8 "
"2.1 Tinjauan Masalah "9 "
"3.0 Objektif Kajian " "
"3.1 Objektif Umum "10 "
"3.2 Objektif Khusus "11 "
"3.3 Soalan Kajian "11 "
"4.0 Kumpulan Sasaran "11 "
"5.0 Pelaksanaan Kajian "12 "
"5.1 Perancangan Tindakan "12 "
"5.2 Contoh Rancangan Pengajaran "18 "
"5.3 Perancangan Cara Mengumpul Data "20 "
"5.4 Perancangan Cara Maneganalisis data "22 "
"5.5 Perancangan Pelaksanaan Tindakan "26 "
"5.4.1 Jadual Pelaksanaan "27 "
"5.4.2 Kos Kajian "28 "
"6.0 Tinjauan Literatur "28 "
"6.0 Rumusan "29 "
" "30 "
"Rujukan "32 "
" " "
"Lampiran " "
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan.
Dalam mempelajari Bahasa Melayu pelbagai kemahiran perlu dikuasai oleh
murid-murid. Salah satu kemahiran berbahasa yang perlu dikuasai oleh murid-
murid ialah kemahiran menulis. Kemahiran ini amat penting dikuasai oleh
mereka demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Kemahiran menulis juga merupakan suatu budaya intelek yang saling
melengkapi antara kemahiran membaca dan menulis, keupayaan menulis
merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di
sekolah . Pencapaian kemahiran membaca dan menulis pasti dapat
meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata
pelajaran tertentu (Abdul Rasid Jamian).
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009) .Kemahiran menulis ialah satu bentuk
kemahiran berbahasa dan komunikasi yang penting dalam kehidupan manusia
masa kini. Di samping itu, kemahiran menulis berkaitan dengan dua perkara
penting iaitu kemahiran meluahkan idea agar dapat dibaca dan kemahiran
menggunakan lambang tulisan bagi mencatatkan idea tersebut. Selain itu,
menulis bermaksud perbuatan mencatatkan kata-kata dengan huruf dan
menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan atau fikiran melalui tulisan
dan catatan yang memakai huruf.
Levin (1987) yang dikutip oleh Noraini Ombi (2009), cara sesaorang murid
memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang akan dihasilkan.
Kelemahan dalam motor halus menyebabkan sesaorang kanak-kanak itu
menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju dan menyusun
manik.Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis
menyebabkan cengkaman pensel yang tidak kuat.Mereka sebenarnya menggunakan
lengan dan pergelangan tangan dan bukan jari untuk menulis.
Manakala Sasson (1930) pula mendapati guru seringkali kurang memberi
penekanan kepada pengajaran menulis di kelas terutamanya cara memegang
alat tulis yang betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul,
menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan.
Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada
peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui
tulisan yang cantik dan penuh kesenian.
Sehubungan dengan itu, pendidikan Bahasa Melayu pada masa kini tertumpu
pada usaha menguasai kemahiran, bukannya pengetahuan. Salah satu kemahiran
penting yang perlu dikuasai oleh murid ialah kemahiran menggunakan huruf
besar. Kegagalan menguasai kemahiran ini akan mencacatkan mutu penulisan
mereka, khususnya dalam peperiksaan UPSR tahun depan.
1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN .
Saya merupakan pelajar PPG (Program Pensiswazahan Guru) pengajian
Bahasa Melayu kohot 1 dan juga merpakan seorang guru yang berkhidmat di
sebuah sekolah di daerah Batang Padang , Perak. Saya telah diamanahkan
untuk mengajar matapelajaran Bahasa Melayu bagi Tahun 5 Arif di sekolah
tersebut. Di sekolah ini terdapat hanya sebuah kelas bagi setiap Tahun
persekolahan.
Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya dapati
seramai 5 orang dari 27 orang murid mempunyai permasalahan dalam
menggunakan huruf besar untuk perkataan pada permulaan ayat. Dalam soal
jawab secara lisan dengan mereka saya telah telah mengemukakan soalan-
soalan berkaitan dengan penggunaan huruf besar pada permulaan ayat, namun
murid-murid yang terlibat tadi masih gagal menjawab dengan tepat.
Selain itu, saya juga mendapati bahawa, guru yang mengajar sebelum ini
kurang memfokuskan terhadap penulisan huruf besar dalam ayat dan hanya
menumpukan kepada format penulisan karangan sahaja. Kebanyakan latihan yang
dibuat, adalah berkaitan tatabahasa dan pemahaman, dan apabila latihan
karangan, fokus hanya kepada format penulisan sahaja. Murid menulis ayat
tanpa mengikut keperluan penggunaan huruf besar yang betul iaitu bagi
perkataan di awal ayat.
Semasa berada di tahun lima, murid sepatutnya sudah boleh membezakan
keperluan penggunaan huruf besar pada tempat dan waktu yang betul.
Penekanan terhadap aspek ini seharusnya dilakukan supaya penulisan ayat
murid adalah dalam keadaan yang betul. Selain itu, apabila guru tidak
menegur kesalahan ejaan murid, dan tidak cuba membaiki kesilapan itu, murid
akan berterusan mengulanginya.
Oleh itu, apabila saya dapat mengenal pasti masalah murid, saya pun cuba
membina latihan soalan berkaitan masalah penggunaan huruf besar di awal
ayat. Hasil daripada latihan tersebut, saya mendapati terdapat 5 orang
murid yang masih jelas ketara kesalahan huruf besarnya. Murid ini tidak
memulakan ayat dengan huruf besar pada awal perkataan pertama, dan masih
keliru untuk menggunakan huruf besar.
Penggunaan huruf besar ini adalah sangat penting dalam penulisan ayat,
terutama untuk karangan Bahasa Melayu. Penulisan huruf besar amat
dititikberatkan dan menjadi satu kesalahan jika berlaku kesilapan. Selain
itu, penulisan huruf besar juga penting untuk dikaji supaya penulisan akan
lebih baik dan betul. Dalam kertas peperiksaan, penggunaan huruf besar
yang salah diletakkan dalam kesalahan penggunaan ejaan. Dalam Bahasa
Melayu, ada peraturan tertentu dalam penggunaan huruf besar . Antara
peraturan bagi penulisan huruf besar ialah huruf besar perlu digunakan pada
huruf pertama pada awal ayat.
Begitu juga huruf pertama dalam ayat yang menyusuli ayat lain, iaitu
selepas tanda noktah.. Peraturan kedua, huruf besar digunakan sebagai huruf
pertama dalam petikan langsung. Terdapat beberapa faktor lagi yang
menyebabkan penulisan huruf ditulis dalam huruf besar, namun saya hanya
memfokuskan kepada dua faktor ini kerana kesalahan ini sering dilakukan
oleh murid, sedangkan kedua-dua adalah faktor yang mudah. Format penandaan
Bahasa Melayu kertas juga menitik beratkan penggunaan huruf besar yang
betul. Ini kerana, penulisan huruf besar ini merupakan asas bagi penulisan
bahasa Melayu, dan seharusnya diketahui sejak murid berada di tahun satu
lagi.
Berdasarkan permasaalahan ini saya perlu mengambil satu inisiatif untuk
membuat tindakan tentang permasalahan murid masih tidak menggunakan huruf
besar untuk perkataan di permulaan ayat. Saya telah bercadang menggunakan
teknik KENA , iaitu singkatan perkataan "Kenal" dan "Warna". Teknik ini
merupakan satu teknik penggunaan warna untuk menunjukkan perbezaan antara
huruf kecil dan huruf yang sepatutnya ditulis besar. Saya perlu menggunakan
teknik kepada murid-murid tahun lima berkenaan , kerana ingin
memperbetulkan kesilapan mereka pada peringkat awal, sebelum mereka
melangkah ke tahun enam dan akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR). Saya juga bercadang untuk bekerjasama dengan guru-guru lain,
terutama guru Bahasa Melayu untuk cuba mengatasi semampu boleh masalah ini
dari peringkat yang lebih rendah, terutama sejak murid mula belajar tentang
penulisan ayat dan juga kata nama khas di tahun satu lagi.
Pemilihan teknik kenal dan warna atau saya namakan teknik KENA ini adalah
berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Greene, et al., (1983) dan Wilson
(1996), peningkatan pesat dalam teknologi yang menggunakan spektrum warna
penuh seperti televisyen, internet, dan telefon bimbit, telah meningkatkan
penyelidikan mengenai kesan warna pada proses psikologi seperti rangsangan.
Justeru, kita dapat melihat bagaimana warna dapat memberi kesan terhadap
psikologi manusia sehinggakan banyak kajian telah dijalankan mengenai kesan
warna terhadap psikologi manusia. Berdasarkan pendapat tokoh di atas,
pengkaji percaya bahawa melalui teknik cam warna ini, psikologi murid akan
menjadi positif, dan mampu mengingat perkara tentang penulisan huruf besar
dengan baik.
Saya bercadang menggunakan teknik KENA kerana teknik ini dapat membezakan
secara lebih jelas tentang perbezaan huruf besar dan huruf kecil dalam
ayat. Menggunakan teknik ini, aras pemahaman dan pengetahuan murid dapat
diukur dan dilihat perkembangannya dengan mudah.
1.2 SOROTAN LITERATUR
Sekolah-sekolah di Malaysia dipenuhi dengan murid-murid yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang, budaya dan bahasa yang berbeza. Selain
itu terdapat juga perbezaan-perbezaan lain misalnya kebolehan, tahap
pemikiran, minat dan Bakat (Mok, 1996). Hal ini terjadi kerana terdapat
dalam kalangan murid yang kebolehan belajar yang dapat menangkap setiap
pegajaran yang diajar dengan cepat dan terdapat juga yang memerlukan
bimbingan serta pemulihan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru
itu, pelbagai trend pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan mengikut
kesesuaian dan kehendak murid-murid berdasarkan perbezaan-perbezaan yang
wujud. Ini merupakan cabaran yang perlu di depani oleh guru dalam mendidik
muridnya.
Kamaruddin Hj. Husin (1988) menyatakan bahawa "Tulisan ialah bahasa yang
bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Ketika tulisan itu dibunyikan
semula, ia dikatakan bahasa" (ms 178).
Oleh itu, kemahiran menulis mestilah dikuasai oleh murid semenjak daripada
sekolah rendah lagi sebelum masuk ke alam sekolah menengah untuk mengelak
permasalahan yang berkaitan dengan kemahiran menulis berlaku seperti
kekeliruan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan.
Keupayaan menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat
serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui.
Penekanan dalam kamahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang
gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas,
cantik dan kemas.
Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hushim Haji Musa dan Abdullah Hamid
Mahmood (2007), kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau
perkara yang umum sifatnya. Kata nama am abstrak. Dari aspek penulisan
kata nama am, huruf pertama tidak semestinya huruf besar. Kata Nama Khas
ialah kata yang mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang,
haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang bangsa, bahasa,
pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama Kata Nama Khas
ditulis dengan huruf besar.
Zalian Jemat (2005) ada menyatakan bahawa huruf besar tidak boleh
dituliskan ditengah sesuatu perkataan kerana perbuatan itu merupakan suatu
kesalahan tanda baca. Hal tersebut merupakan masalah yang dihadapi oleh
beberapa orang peserta kajian saya. Kaedah penggunaan warna dipilih bagi
membantu masalah murid dalam menggunakan huruf besar pada huruf pertama
perkataan sesebuah ayat.
2.0 FOKUS KAJIAN
Saya mengajar di kelas 5 Arif yang terdiri daripada 27 orang murid yang
tidak banyak masalah pembelajaran disebabkan mereka merupakan murid –
murid yang berada pada aras sederhana . Semasa menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya mendapati hanya 5 orang
murid yang melakukan kesilapan dalam penulisan huruf besar, sama ada
dalam menulis perkataan, ayat mahupun karangan pada tempat yang
sepatutnya. Oleh yang demikian, kajian ini difokuskan kepada meningkatkan
penguasaan penggunaan huruf besar dalam kalangan murid ini .
Hasil daripada pemerhatian, saya mendapati masalah yang dihadapi oleh
murid disebabkan murid keliru dalam aspek penggunaan huruf besar serta
keliru dengan konsep penggunaan kata nama am dan kata nama khas . Oleh itu
saya telah melaksanakan teknik pengajaran berkumpulan, teknik warna dan
latih tubi bagi mengatasi masalah murid.
Saya merasakan bahawa masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan
teknik dan strategi yang sesuai. Ini berdasarkan tinjauan yang telah
dilakukan oleh saya terhadap masalah penggunaan huruf besar yang pernah
dilakukan oleh pengkaji terdahulu antaranya Zailan (2005), Meimon (2009),
Noraini (2009), Madihah (2005), Zaridah (2006), Abdul Karim@ Husaini
(2003), Senua@Senia Chundi (2003) dan Mahmud (2003).
Perkara yang sama juga berlaku di sekolah tempat saya mengajar . Walaupun
banyak kajian telah dilakukan di tempat lain, namun masih belum ada kajian
tentang masalah penggunaan huruf besar dilakukan di sekolah ini. Maka
wajarlah kajian ini dilakukan bagi meningkatkan Kemahiran Penguasaan
Penggunaan Huruf Besar Dalam Kalangan murid Tahun 5 Arif ini.
2.1. Tinjauan Masalah dan Analisis Masalah
Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan dalam membuat tinjauan
berkaitan permasalahan yang dihadapi oleh murid dalam menguasai kemahiran
yang diajar. Untuk kajian ini, kaedah yang saya gunakan untuk mengenalpasti
permasalahan murid adalah melalui cara melihat latihan yang dilakukan oleh
murid di dalam buku latihan mereka. Dengan melihat kembali kesilapan-
kesilapan yang dilakukan oleh murid, saya secara tidak langsung dapat
mengetahui kesukaran yang dihadapi oleh murid dan seterusnya dapat merangka
rancangan yang terbaik bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka.
Dalam peringkat tinjauan masalah ini saya telah membuat pemerhatian
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.
Saya mendapati murid – murid mengalami masalah dalam penulisan ayat.
Kesalahan yang dilakukan adalah dalam aspek penulisan huruf besar. Saya
turut melihat rekod murid, buku latihan dan markah ujian bulanan bagi
mendapatkan maklumat berkaitan dengan permasalahan yang dikenal pasti.
Selain itu, saya turut berbual bersama guru kelas dan guru yang mengajar
mata pelajaran bahasa Melayu di kelas tersebut.
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, saya perlu meninjau
masalah-masalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran
penggunaan huru besar dengan menggunakan methodologi yang dinyatakan.
Berdasarkan kepada instrument yang akan saya jalankan untuk meninjau
masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran penggunaan huruf
besar , maka saya akan membuat analisis mengikut pecahan masalah seperti
yang terkandung dalam jadual di bawah.
"BIL "MASALAH "JUMLAH (%)"
"1 "Kurang tumpuan. " "
"2 "Sikap malas. " "
"3 "Tidak memahami arahan. " "
"4 "Kurang keyakinan diri. " "
"5 "Menyalin tanpa meneliti penggunaan huruf besar . " "
"6 "Tiada bimbingan di rumah. " "
3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN
Objektif kajian dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu objektif umum
dan objektif khusus.
3.1 Objektif Umum.
Meningkatkan penguasaan huruf besar dalam kalangan murid semasa penulisan
ayat .
3.2 Objektif Khusus.
a) Mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam penulisan huruf besar.
b) Membantu murid meningkatkan penguasaan penulisan huruf besar dalam ayat
menggunakan teknik KENA.
c) Meningkatkan minat dan motivasi murid dalam menulis ayat menggunakan
huruf besar dengan betul melalui teknik KENA.
3.3 Soalan Kajian
1. Adakah murid sudah menguasai penulisan huruf besar?
2. Adakah teknik KENA dapat membantu murid meningkatkan penguasaan
penulisan huruf besar dalam ayat?
3. Sejauh manakah teknik KENA dapat meningkatkan minat dan motivasi murid
untuk menulis ayat menggunakan huruf besar dengan betul?
4.0 KUMPULAN SASARAN
Berdasarkan pemerhatian dan semakan buku latihan , serta lembaran kerja
murid saya telah mengenal pasti lima orang subjek yang akan menjadi sampel
dalam kajian ini. Subjek kajian adalah terdiri dari tiga orang lelaki dan
dua orang perempuan, kesemuanya adalah murid tahun 5 yang belajar di
sekolah ini. Setelah mengenalpasti murid-murid yang terlibat saya telah
mendapatkan butiran maklumat peribadi subjek kajian daripada guru kelas
mereka. Setelah butiran peribadi mereka diperolehi saya telah membuat
analisa latar belakang keluarga dan persekitaran mereka. Hasil analisa
yang saya lakukan , saya dapati kelima-lima murid ini adalah cucu peneroka
di Felda ini. Kesemua mereka tinggal dengan datuk dan nenek apabila kedua
ibubapa mereka bercerai.
Manakala ibu dan bapa mereka tinggal di bandar untuk bekerja mencari
rezeki.
Saya juga mendapati bahawa murid-murid ini kurang mendapat kasih sayang
dari kedua ibu dan bapa mereka.
Hasil semakan rekod disiplin juga mendapati mereka sering melakukan
pelbagai kesalahan disiplin di sekolah ini seperti bergaduh, ponteng
sekolah dan sebagainya lagi. Oleh itu demi memastikan kajian ini dapat
memberi manfaat yang baik, saya akan menggunakan teknik kenal dan mengecam
warna(KENA) supaya subjek kajian dapat di bantu dalam proses intervensi
nanti.
.
5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
Model Kemmis dan McTaggart (1988) iaitu action research cycle
merupakan model yang biasanya digunakan dalam menjalankan kajian tindakan.
Terdapat 4 elemen utama dalam model ini iaitu mereflek (reflect), merancang
(plan), bertindak (action) dan memerhati (observe). Kajian tindakan bermula
dengan pengkaji menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran,
dalam masalah ini, tentang penulisan huruf besar dalam ayat. Kemudian
pengkaji akan menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah
yang dihadapinya.
Seterusnya pengkaji melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses
pelaksanaannya disamping melihat proses perkembangan hasil daripada
tindakan yang dibuat. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai
Gelungan Pertama (Cycle 1). Apabila masalah itu masih tidak dapat diatasi,
maka pengkaji bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2)
sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada gelung kedua, mesti ada satu
penambahbaikan supaya langkah yang diulang, lebih baik dan mampu memberi
perubahan kepada masalah. Model kajian tindakan ini ditunjukkan dalam
Rajah 1.
Rajah 1 : Gelung kajian Tindakan (Lewin, Kemmis & Mc Taggart (1988)
Saya telah pun memikirkan tindakan yang perlu diambil bagi menangani
masalah ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran penulisan huruf besar
KENA dalam Program Kenal dan Warna . Dalam program ini, saya akan
melaksanakan intervensi yang pelbagai untuk penambahbaikan amalan
pengajaran dan pembelajaran mengenai penulisan huruf besar. Dalam Program
Kenal dan Warna (KENA) ini, terdapat tiga teknik dan langkah yang pengkaji
lakukan iaitu Teknik Ops KENA dan KENA Kekal. Kesemua langkah ini,
pengkaji memberi fokus kepada penggunaan warna sebagai satu cara untuk
membuatkan murid lebih mampu mengecam huruf yang perlu ditulis besar.
Penggunaan warna sebagai satu cara untuk menambah daya faham murid dan juga
memudahkan murid untuk menghafal.
5.1. Peracangan Tindakan
Tinjauan awal dilaksanakan terlebih dahulu untuk mengenal pasti
masalah utama yang menjadi fokus dalam kajian tindakan ini. Tinjauan ini
dilakukan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
bersama dengan responden sepanjang tempoh kajian dilakukan dan melalui data
awal yang dikumpul iaitu melalui semakan buku latihan dan pemerhatian
semasa sesi bimbingan.
5.1.1 Ujian Diagnostik
Bagi mengenalpasti masalah secara mendalam lagi, saya telah menjalankan
Ujian Diagnostik. Ujian ini dilakukan bertujuan bagi mencari sama ada betul
atau tidak murid yang saya pilih merupakan responden yang bersesuaian
dengan kajian saya. Selain daripada itu, saya hendak mencari bukti kukuh
bahawa responden yang saya pilih memang bermasalah dengan topik kajian yang
telah saya pilih.
5.1.2 Ujian Pra
Instrumen ini saya gunakan selepas pemilihan responden dilakukan. Segala
maklumat berkaitan dengan ujian ini direkodkan bagi tujuan perbandingan
dengan Ujian Pasca yang akan dijalankan selepas sesi intervensi dijalankan.
5.1.3 Program Intervensi – Teknik Kenal Dan Warna.
Teknik Ops KENA.
Teknik Ops KENA ini merupakan teknik permulaan Program Kenal Dan Warna.
Teknik ini menumpukan penggunaan proses kenal kedudukan huruf besar dalam
sesuatu ayat serta mengecam warna dan pengulangan. Saya menggunakan satu
kad berwarna , iaitu berwarna kuning .
Kad berwarna kuning mengandungi contoh ayat-ayat serta perenggan yang
menunjukkan penggunaan huruf besar pada permulaan ayat.
Kad ini adalah perkaitan dengan Teknik Ops KENA dan teknik seterusnya,
KENA Kukuh iaitu apabila murid melihat penggunaan huruf besar pada huruf
pertama perkataan awal ayat yang ditulis dengan warna kuning . Apabila
murid melihat tulisan huruf berwarna kuning , murid akan merujuk kad
berwarna kuning, dan akan mempelajari dengan lebih jelas lagi tentang
huruf besar pada huruf pertama perkataan awal ayat, supaya mendapat
gambaran yang lebih jelas tentang penulisan huruf besar untuk perkataan
awal ayat , beserta contoh-contoh bergambar dan menggunakan simbol.
Saya ingin meneruskan lagi Program Kenal dan Warna dengan teknik Ops
KENA ini menggunakan kemudahan ICT terkini, saya mencadangkan satu langkah
pendekatan penggunaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan
interaktif. Saya akan menggunakan kemudahan perisian Microsoft Power
Point. Dengan penggunaan perisian ini, pendedahan maklumat dapat dilakukan
dengan betul dan berkesan. Langkah dalam teknik ini, saya akan menayangkan
paparan tentang satu ayat penuh yang lengkap. Dalam ayat ini, huruf besar
iaitu huruf awal permulaan ayat akan ditulis dalam warna kuning. Murid akan
diminta mengalihkan penunjuk atau cursor dan menekan pada huruf yang
berwarna. Huruf yang berwarna tersebut akan membawa kepada pautan paparan
seterusnya.
Apabila murid klik pada huruf besar berwarna kuning, satu pautan akan
keluar. Pautan ini menerangkan tentang penulisan huruf besar pada permulaan
ayat. Penerangan merangkumi contoh-contoh penulisan huruf besar pada awal
ayat yang lain. Selain itu juga, terdapat juga latihan pengukuhan tentang
penulisan huruf besar dalam ayat.
Latihan dijalankan dengan pengkaji akan menayangkan latihan ayat dalam
huruf kecil keseluruhan, dan murid akan menyalin semula mengikut penulisan
menggunakan penulisan huruf besar pada tempat yang betul.
KENA Kekal
KENA Kekal adalah satu teknik akhir, iaitu bagi mengukuhkan lagi
pemahaman murid tentang penulisan huruf besar. Murid akan diberi satu kad
teks.
Teks ayat tersebut adalah dalam tulisan huruf kecil bagi keseluruhan ayat.
Murid perlu menulis semula ayat tersebut menggunakan huruf besar yang
betul, pada perkataan dan tempat yang betul, iaitu pada huruf pertama
perkataan permulaan sesuatu ayat.
Seterusnya, saya akan menyemak penulisan murid dan merekod kesalahan
penggunaan huruf besar. Langkah kedua, saya akan memberi teks yang sama
iaitu teks masih dalam tulisan huruf kecil keseluruhan namun pada huruf
awal permulaan ayat, akan menggunakan tulisan berwarna selain warna hitam.
Saya menggunakan warna kuning untuk huruf awal perkataan pertama dalam
ayat. Saya menerangkan supaya murid menyalin semula teks dan dalam teks
tersebut, murid perlu menulis huruf besar untuk huruf berwarna kuning
berdasarkan penunjuk warna yang diberikan oleh saya kepada murid. Untuk
langkah ini, saya melihat bahawa dengan menggunakan warna yang berbeza,
murid dapat mengenal huruf yang mana perlu ditulis besar, dan sebab perlu
menulis huruf besar, iaitu untuk huruf awal permulaan ayat. Murid juga
akan mudah mengingat tempat dalam ayat, dan perkataan yang perlu ditulis
menggunakan huruf besar.
Setelah itu, saya memberi semula teks ayat yang digunakan pada langkah
pertama,iaitu teks ayat dalam tulisan huruf kecil kesemuanya, tanpa
penunjuk warna dan tulisan keseluruhan berwarna hitam.
Murid diminta menyalin semula ayat tersebut menggunakan penggunaan huruf
besar yang betul. Pengkaji kemudian akan merekod keberhasilan teknik ini.
5.1.4 Ujian Pasca
Setelah selesai sesi intervensi, satu ujian pasca akan dijalankan bagi
mendapatkan maklumat serta bukti yang dapat menunjukkan kaedah yang telah
digunakan dapat memperlihatkan perubahan dari segi penguasaan kemahiran di
kalangan murid.
Keputusan ujian pasca dianalisis dengan membuat banding beza dengan ujian
pra bagi membuktikan bahawa kaedah yang digunakan berjaya.
5.1.5 Soal Selidik
Soal selidik dilakukan ke atas murid untuk mendapatkan maklumbalas
berkaitan dengan sesi intervensi yang telah dijalankan. Setelah selesai
sesi intervensi, satu ujian pasca akan dijalankan bagi mendapatkan maklumat
serta bukti yang dapat menunjukkan kaedah yang telah digunakan dapat
memperlihatkan perubahan dari segi penguasaan kemahiran di kalangan murid.
Keputusan ujian pasca dianalisis dengan membuat banding beza dengan ujian
pra bagi membuktikan bahawa.
5.1.6 Contoh Rancangan Pengajaran.
Tarikh : 22 Ogos 2014
Masa : 7.45 – 8.45 pagi (60 minit)
Tahun : 5 Arif
Bilangan murid : 27 orang
Tema: Pertanian
Tajuk : Buah-buahan
Objektif : Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat :
i. Memujuk dengan menggunakan ayat dan intonasi yang sesuai untuk
mendapatkan keyakinan dalam berurus niaga
ii. Memberi pendapat dan penilaian terhadap aktiviti simulasi yang
dilaksanakan.
iii. Murid dapat mengenal pasti isi-isi penting daripada petikan kelebihan
buah-buahan, kemudian membuat peta minda.
Fokus Utama : 2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa
yang sesuai dan tepat.
Aras 3 (i) Membentangkan penemuan dan dapatan secara jelas dan
terperinci.
Fokus sampingan : 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.
Aras 3 (i) Mengambil imlak teks dengan ejaan dan tanda baca yang betul
berdasarkan teks yang diperdengarkan.
Sistem Bahasa : kemahiran menulis, bertutur dan mendengar.
Tatabahasa :
Pengisian kurikulum : Sains
Nilai : Mencintai buah-buahan tempatan
Kemahiran Bernilai Tambah :
i) Kemahiran Berfikir : Mengelaskan, menjana idea
ii) Kemahiran Belajar : Memberi maklumat
iii) Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Intrapersonal, Kinestetik dan
Emosi.
iv) Pembelajaran konstruktivisme : Menghuraikan (elaboration)
Menarik minat
(engagement)
Meneroka
(exploration)
v) Pembelajaran kontekstual : Menemukan (Inquiry)
Bertanya (questioning)
Masyarakat-belajar (learning
comunity)
Refleksi (reflection)
Pengetahuan sedia ada: Murid pernah merasai musim buah-buahan dikampung.
Set Induksi ( 5 minit )
Guru edarkan teks lagu "Buah-buahan Tempatan" guru memperdengarkan lagu
murid menyanyi mengikut lagu yang diperdengarkan. Guru bersoal jawab dengan
murid.
Langkah 1(10 minit)
Murid di pecahkan kepada empat kumpulan.
Setiap kumpulan dibekalkan dengan kad gambar dan kad ayat.
Murid menyesuaikan gambar dengan kad yang dibekalkan.
Setiap kumpulan membuat laporan berdasarkan tema yang terdapat dalam kad.
Langkah 2 (10 minit)
Guru menayangkan video cerita pendek.
Murid melihat cerita itu.
Guru membaca cerita pendek tersebut, murid menulis semula cerita itu dalam
buku latihan.
Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan cerita yang telah mereka lihat.
Langkah 3 ( 30 minit)
Guru menggunakan power point untuk menerangkan tatacara penggunaan huruf
besar dalam ayat.
Guru meminta beberapa orang murid menggunakan persembahan power point untuk
mendapatkan maklumat.
Murid membaca maklumat yang dipaparkan.
Murid bergilir-gilir melakukan aktiviti dengan menggunakan power point.
Murid meneruskan aktiviti sehingga semuanya dapat menggunakan perisian
power point untuk mendapatkan maklumat.
Guru memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada murid.
Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid, murid di minta menulis
huruf besar pada tempat yang sepatutnya.
Murid membuat latihan dilembaran kerja yang disediakan.
Guru mengumpul latihan murid dan membuat penyemakan, guru memulangkan
jawapan murid setelah dibuat pembetulan.
Guru memberi satu lagi lembaran kerja yang sama, dan murid di minta menulis
huruf besar pada permulaan ayat menggunakan warna kuning.
Murid membuat latihan, menulis huruf besar hingga selesai.
Guru mengumpul hasil kerja murid.
Penutup (5 minit)
Permainan kecil secara kumpulan.Setiap kumpulan akan melaksanakan satu
aktiviti mengikut kad yang diberi.
Murid membuat simulasi berdasarkan kad tugasan. Guru kemudiannya memberi
pengukuhan kepada murid-murid.
5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data.
Pengumpulan data merupakan satu cara yang sistematik mendapatakan
sesuatu maklumat yang dikehendaki. Berdasarkan kajian yang dijalankan,
terdapat beberapa instrumen dalam kaedah pengumpulan data iaitu ujian
diagnostik, ujian pra, ujian pasca, temubual, sola selidik dan lain-lain
lagi yang dirasakan sesuai.
5.2.1 Ujian Diagnostik
Saya menjalankan ujian ini bagi mengenalpasti masalah murid dalam
pembelajaran dan ianya lebih bersifat topikal. Dari ujian ini saya dapat
mengenalpasti murid yang akan dijadikan subjek kajian tindakan saya.
5.2.2 Ujian Pra
Ujian dan latihan yang diberikan untuk menilai dan mengesan kefahaman murid
terhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.
5.2.3 Ujian Pasca
Ujian yang dijalankan sebelum sesuatu intervensi dilaksanakan untuk
dijadikan panduan serta digunakan untuk membuat perbandingan dengan ujian
pasca yang akan dijalankan selepas intervensi dilaksanakan. Ujian ini boleh
digunakan untuk membandingkan prestasi murid sebelum dan selepas sesuatu
rawatan atau program inovatif seperti dalam reka bentuk bercorak
eksperimental.
5.2.4 Soal Selidik
Soal selidik merupakan kaedah pengumpulan data yang kerap digunakan oleh
pengkaji.
Ia merupakan suatu cara yang paling mudah memperoleh data atau maklumat
yang diperlukan untuk membolehkan pengkaji mengetahui keadaan sebenar
tentang isu-isu pengajaran dan pembelajaran. Ianya mestilah dibina selaras
atau memenuhi objektif atau masalaha yang sedang dikaji.
Soalan soal selidik ini merupakan soalan jenis tertutup iaitu subjek
kajian hanya perlu menanda jawapan "Ya" ata "Tidak" sahaja.
Contoh soal selidik
BORANG SOAL SELIDIK MURID
TAHUN 5 ARIF
2014
"BIL."SILA JAWAB DENGAN JUJUR "Ya (/) "
" " "Tidak ( x ) "
"1. "Pengajaran cikgu menyeronokkan " "
"2. "Cikgu beri tumpuan kepada saya " "
"3. "Saya minat mata pelajaran Bahasa Melayu " "
"4. "Keluarga beri bimbingan di rumah " "
"5. "Bimbingan yang cikgu beri mencukupi " "
"6. "Belajar menyeronokkan " "
"7. "Kerja sekolah yang diberi mudah " "
"8. "Saya suka menulis " "
"9. "Saya suka membaca " "
"10. "Saya faham arahan cikgu " "
"11. "Percakapan cikgu terlalu laju " "
5.2.5 Temubual
Menurut buku daripada Manual Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (2008) menyatakan bahawa temubual merupakan
salah satu kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi "face to face"
antara pengkaji dan subjek. Jaedah ini adalah kaedah yang terbaik untuk
mendapatkan maklumat daripada subjek secara mendalam.
Kaedah temubual dijalankan secara berstruktur, yakni soalan utama
disediakan terlebih dahulu dan disusuli dengan soalan sampingan yang dibina
secara spontan berdasarkan jawapan yang diberikan subjek kajian. Justeru
itu. Pengkaji akan dapat mencungkil masalah subjek secara mendalam secara
urutan.
5.2.6 Pemerhatian
Selain daripada kaedah yang disebut di atas, saya juga menggunakan kaedah
pemerhatian dalam mengumpul maklumat. Pemerhatian akan dilakukan sepanjang
aktiviti intervensi dilaksanakan. Melalui pemerhatian yang dilakukan saya
dapat melihat perkembangan serta kefahaman murid terhadap intervensi yang
dilaksanakan dan saya dapat mengubah teknik pengajaran semasa aktiviti
sedang dijalankan. Ini akan memberikan impak yang tinggi dalam
memperbetulkan kesalahan yang dilakukan murid semasa aktiviti.
5.3 Perancangan Cara menganalisis Data
Pada bahagian ini, saya akan memperkatakan serta menghurai berkaitan dengan
cara menganalisis data/maklumat yang telah dikumpul melalui instrumen
pengupulan data yang telah digunakan.
5.3.1 Ujian Diagnostik.
Pemeriksaan kertas soalan dilakukan setelah ujian selesai dijalankan dan
mmarkah dikumpul dan dianalisis setiap jawapan yang diberikan murid.
Seterusnya kumpulan sasaran dibentuk berdasarkan analisis yang telah
dijalankan. Melalui ujian ini, saya cuba mengenalpasti kesalahan dan
meneliti setiap kesalahan yang dilakukan. Seterusnya saya menyenaraikan
faktor-faktor yang menyebabkan kesalahan itu dilakukan
5.3.2 Ujian Pra dan Ujian Pasca.
Ujian Pra dilakukan sebelum intervensi dijalankan dan ujian pasca
dijalankan selepas intervensi dilaksanakan. Setiap skor markah ujian yang
dijalankan akan direkodkan dan diakhir kajian iaitu apabila proses
penyediaan laporan akan dibuat, skor markah yang dikumpul akan dianalisis
dengan membuat banding beza bagi melihat sama ada terdapat peningkatan atau
tidak. Jika perbezaan yang berlaku menunjukkan positif, bermakna intervensi
yang dilaksanakan memberi impak yang baik terhadap kefahaman dan penguasaan
kemahiran dikalangan subjek yang dipilih.
Seterusnya saya akan menunjukkan perbezaan skor bagi setiapmuridyangmenjadi
subjek kajian dalam bentuk peratusan. Lihat jadual dibawah.
Jadual : Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca.
"Bilangan "Skor " Skor "
"murid " " "
" "Ujian Pra " "Ujian Pasca "
" " " "
"1 " " "
" " " "
"2 " " "
" " " "
" " " "
"3 " " "
" " " "
" " " "
"4 " " "
" " " "
"5 " " "
Berdasarkan jadual skor yang mengumpulkan setiap markah ujian pra dan
ujian pasca, saya membina graf palang dengan menggunakan Mircosoft Excel
untuk memaparkan peningkatan dan penurunan yang mungkin berlaku. Penggunaan
carta palang merupakan kaedah yang praktikal dalam melihat perbezaan
peningkatan sesuatu data di mana kita tidak perlu lagi merujuk kepada
markah.
Jadual : Peratusan perbezaan skor ujian Pra dan Ujian Pasca.
"Skor "Skor "Skor "Perbezaan "Peratusan "
" "Ujian Pra "Ujian Pasca "Skor " "
" " " " "perbezaan skor "
" "( X1) "( X2 ) "( X2― X1 ) "X 100 "
" " " "
"S1 " " "
" " " "
"S2 " " "
" " " "
"S3 " " "
" " " "
"S4 " " "
" " " "
"S5 " " "
" " " "
" " " "
" " " "
5.3.3 Soal Selidik
Bilangan subjek yang menjawab "Ya" bagi setiap soalan akan dihitung
dan peratusannya akan dikira. Begitu juga bagi bilangan subjek yang
menjawab "Tidak". Kemudian saya akan membina carta bar bagi menunjukkan
perbezaan peratus jawapan bagi setiap soalan soal selidik. Melalui gambaran
carta bar yang dibina, saya akan membuat rumusan yang akan menjadi panduan
dalam kajian tindakan saya ini.
Jadual : Kiraan peratusan soalan soal selidik.
"Bil "Soalan "Ya "% "Tidak "% "
"1 "Pengajaran cikgu menyeronokkan. " " " " "
"2 "Cikgu beri tumpuan kepada saya " " " " "
"3 "Saya minat mata pelajaran Bahasa " " " " "
" "Melayu " " " " "
"4 "Keluarga beri bimbingan di rumah " " " " "
"5 "Bimbingan yang cikgu beri mencukupi " " " " "
"6 "Belajar menyeronokkan " " " " "
"7 "Kerja sekolah yang diberi mudah " " " " "
"8 "Saya suka menulis " " " " "
"9 "Saya suka membaca " " " " "
"10 "Saya faham arahan cikgu " " " " "
"11 "Percakapan cikgu terlalu laju " " " " "
5.3.4 Temubual dan Pemerhatian
Bagi kaedah temubual dan pemerhatian yang dilakukan semasa sesi intervensi
dilaksanakan, maklumat yang di perolehi akan di buat catatan dan seterusnya
refleksi akan dibuat berdasarkan maklumat tersebut.
5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan.
Dalam bahagian perancangan pelaksanaan tindakan, saya akan
memperincikan setiap proses serta aktiviti yang saya lakukan untuk
menyiapkan kajian tindakan ini dengan membina carta gant. Melalui carta
gant dapat dilihat setiap tempoh pelaksanaan aktiviti yang telah
dilaksanakan dan akan dilaksanakan. Seterusnya saya akan memperlihatkan kos
yang terlibat dapat menyiapkan kajian tindakan ini.
5.4.1 Jadual Pelaksanaan
"Bil "Aktiviti "2014 "2015 "Catatan "
" " "Julai "Ogos "Sept "
"1 "Kertas A4 "3 rim "RM 8.00 "RM 24.00 "
"2 "Pen Whiteboard (merah)"1 kotak "RM 24.00 "RM 24.00 "
"3 "Printer catridge "4 botol "RM 15.00 "RM 60.00 "
"4 "Hadiah galakan "1 peket "RM 3.00 "RM 3.00 "
" "(gula-gula) " " " "
"Jumlah "RM 111.00 "
6.0 Tinjauan Literatur.
Kajian yang saya lakukan ini adalah bersandarkan pada buah buku tulisan
Asmah Hj Omar. (2008).Nahu Kemas Kini, Selangor : PTS Professional, PTS
Media Group Sdn Bhd dan juga buku Yahya Othman(2005) Trend Dalam Pengajaran
Bahasa Melayu, Selangor : PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Selain itu kajian saya juga bertitik tolak dari kajian yang telah
dilakukan oleh
Zaridah binti Zuber (2006). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar
bagi Murid Tahun 2 Pandai Menggunakan Teknik Warna. Serta Carmelya (2010)
yang juga telah menggunakan imej visual untuk membantu mengurangkan
masalah murid dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan
yang mana beliau menggunakan keluarga ayam sebagai bahan bantu utama
untuk mengatasi masalah penggunaan huruf kecil pada huruf pertama dalam
perkataan pertama pada sesebuah ayat dalam penyelidikan beliau.
7.0 Rumusan/Penutup
Matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk melahirkan insan
yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat kerajaan untuk
mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira
(3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid
menguasai kemahiran asas 3M. Jadi adalah menjadi tanggungjwab kita untuk
memikul amanah tersebut. Walaupun banyakan kekangan masa dan bebanan tugas
semakin bertambah sememangnya tidak dapat dielakkan. Sebagai seorang guru
kita buat semampu yang mungkin supaya semua murid dapat menguasai huruf
besar selaras dengan Visi dan Misi pendidikan berkualiti dan selaras
beraskan Kurikulum Pendidikan kebangsaan.
Murid adalah amanah yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu, meskipun agak
sukar dan kadangkala kita mengeluh dengan pencapaian yang begitu minima
dalam setiap mata pelajaran, namun itu bukan alasan untuk kita tidak
berbuat apa-apa. Kekangan masa dan bebanan tugas yang semakin bertambah
sememangnya tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, kita buat semampu
mungkin supaya semua murid menerima pendidikan berkualiti dan selaras
berasaskan Kurikulum Pendidikan Kebangsaan.
Sikap murid kurang menumpukan perhatian , tidak ikut arahan dan tidak
faham arahan , serta sikap tidak ambil berat, kurang keyakinan diri, cuai
dan suka tergesa-gesa membuat latihan dan tanpa berfikir panjang akan
melakukan kesilapan menggunakan huruf besar ditempat yang sepatutnya dapat
dikurangkan. Sebagai seorang guru mata Pelajaran Bahasa Malaysia, guru mata
pelajaran dapat membantu pencapaian murid untuk meningkatkan peratus
kelulusan prestasi Bahasa Malaysia.
RUJUKAN
Abdullah Hassan. (2007). Linguistik Am, Selangor : PTS Professional, PTS
Media Group Sdn Bhd
Abdul Karim Bin Haji Jawi. ( 2003 ). Meningkatkan Penguasaan Murid
Tahun 5 Hudiya dalam Aspek Tanda Baca dengan Kaedah Pembelajaran
Khususserta Bimbingan Rakan Sebaya. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003
Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman-Betong.
Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran
membaca dan menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar
bandar. Kertas kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti
Pendidikan Sultan Idris. 2 – 4 Jun 2008.
Abdul Rasid Jamian. (2008). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis
Bahasa Melayu Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar: Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu
Asmah Hj Omar. (2008).Nahu Kemas Kini, Selangor : PTS Professional, PTS
Media Group Sdn Bhd
Camelya Loyanto Bronie. (2010). Mengatasi kelemahan penggunaan huruf besar
di hadapan ayat Bahasa Melayu murid Tahun 4 melalui imej visual.Koleksi
Laporan Penyelidikan Tindakan Tahun 2009 IPGKBL, 66-84.
Campbell, B. (1989). New Horizons for learning on the beam, 9 (2).
Greene, T. C., Bell, P. A., & Boyer, W. N. (1983). Coloring the
environment: Hue, arousal, and boredom. Bulletin of the Psychonomic
Society, 21, 253-254.
Siti Zainab bt Haji Md Saman. ( 2003 ). "Jadual Formula Warna"
Kaedah untuk Menerangkan Fakta. Penyelidikan Meningkatkan Kualiti
Pengajaran dan Pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Jurnal
Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu.
Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Zaridah binti Zuber (2006). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar
bagi Murid Tahun 2 Pandai Menggunakan Teknik Warna.
Lampiran 1
Contoh Ujian Diagnostik
Nama:
Salin semula ayat di bawah ini menggunakan huruf besar di tempat yang
sesuai.
1. hari rabu yang lalu saya dan keluarga pergi bercuti ke pulau pinang.
____________________________________________________ .
2. salim dan azmi selalu bermain bola sepak di padang sekolah.
____________________________________________________ .
3. sekolah kebangsaan seri kiantan menjadi johan perlawanan bola
sepak.
____________________________________________________
___________________ .
4. bapa hassan memandu kereta dengan berhati-hati semasa hari hujan.
____________________________________________________ .
5. guru kelas tahun lima arif bernama Puan Hasni.
LAMPIRAN 2
CONTOH UJIAN PRA
Nama : ______________________________
Kelas : Tahun 5
Item 1
Salin semula ayat berikut.
Alif memelihara seekor arnab. Bulu arnabnya berwarna putih. Dia memberi
arnabnya makan kangkung. Arnabnya sangat pantas berlari. Alif sangat sayang
akan arnabnya.
____________________________________________________
(5 markah)
Item 2
Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul.
1. kita mesti makan makanan yang bersih.
______________________________________________________ .
2. kita bersenam supaya badan kita sihat.
______________________________________________________ .
3. jangan makan kuih yang manis itu.
______________________________________________________ .
4. sikat rambut kamu supaya kelihatan kemas.
_______________________________________________________.
5. bajunya yang tidak berbasuh itu berbau busuk.
______________________________________________________ .
(5 markah)
Item 3
Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul.
1. itu rumah nenek. rumah nenek rumah papan.
_____________________________________________________ .
2. emak pergi ke pasar. emak membeli ikan tenggiri dan sayur sawi.
____________________________________________________ .
3. salmi pergi ke pusat sumber. dia hendak meminjam buku cerita.
____________________________________________________ .
4. ganesh sakit perut. dia perlu mendapatkan rawatan.
____________________________________________________ .
5. datuk menunggang motosikal ke kebun. di kebun datuk ada pokok durian.
____________________________________________________
____________________________________________________ .
(10 markah)
LAMPIRAN 3
Contoh Ujian Pasca
Salin semula ayat-ayat di bawah menggunakan huruf besar di tempat yang
sesuai
"Buah-buahan tempatan"
di negara kita mempunyai pelbagai jenis buah-buahan. Antara buah-
buahan yang terkenal di negara kita adalah seperti durian, betik, manggis,
mangga, rambutan, tembikai dan sebagainya. buah-buahan ini dipanggil buah-
buahan tempatan.
buah-buahan tempatan terbahagi kepada dua kategori iaitu buah-buahan
yang bermusim dan tidak bermusim. antara buah yang bermusim adalah seperti
rambutan, durian, manggis dan duku. bagi buah yang tidak bermusim pula
adalah seperti pisang, jambu, nanas dan ciku.
buah-buahan tempatan sedap rasanya. buah-buahan ini juga banyak
khasiatnya. kebanyakkan buah-buahan tempatan mengandungi vitamin A, vitamin
B dan vitamin c. khasiat yang terkandung dalam buah-buahan ini amat baik
untuk kesihatan kita.
buah-buahan tempatan lebih segar kerana dibawa terus dari ladang.
disamping itu, buah-buahan ini juga murah harganya berbanding dengan buah-
buahan dari luar negara. dengan harga yang murah, setiap orang mampu
membeli buah-buahan dan berjimat dalam berbelanja. dengan membeli buah-
buahan tempatan, kita dapat membantu meningkatkan ekonomi Negara.
oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia mestilah mengutamakan buah-
buahan Negara kita sendiri. disamping kita dapat merasai buah yang segar,
kita juga dapat membantu meningkatkan kemajuan ekonomi Negara.
-----------------------
2 1
1