Krisis Ekonomi Malaysia dan Kesannya keatas Sektor Pertanian Fatimah Mohd Arshad Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang Selangor Malaysia Emel:
[email protected] Abstrak Penulisan ini bertujuan melakarkan secara ringkas kesan krisis mata wang RM keatas sektor pertanian Malaysia. Krisis ekonomi yang melanda adalah kesan sampingan fenomena globalisasi ekonomi dunia pada lewat 1990an. Kertas dimulakan dengan ulasan senario yang membawa kepada krisis tersebut. Beberapa penelitian umum dibuat mengenai kesan krisis tersebut kepada beberapa sektor ekonomi seperti imbangan perdagangan, eksport pembuatan, komoditi pertanian, import input, guna tenaga dan harga pengguna. PENGENALAN Sejarah menunjukkan bahawa krisis mata wang merupakan fenomena lazim dalam kitaran ekonomi. Cuma krisis lewat 1990an ini yang melanda Asia Timur dan Asia Tenggara adalah yang paling teruk dialami dirantau ini. Krisis seperti ini telah berlaku sebelum ini seperti di Eropah 1992-3, Amerika Latin 1994-5 dan kini Asia semenjak 1997. Skel atau magnitud krisis Asia kali ini adalah yang paling padah pernah dilihat oleh dunia. Negara yang terjejas dengan teruk akibat krisis kewangan tersebut termasuk Indonesia, Korea, Thailand, Malaysia dan Filipina. Indonesia misalnya pada awal 1998, nilai Rupiah jatuh sebanyak 80% berbanding dengan nilai US$, Thailand, Korea Selatan dan Filipina mengalami penurunan antara 30-50% (Jadual 1). Pasaran saham di kelima negeri tersebut menjunam turun dan kerugian diandaikan sebanyak 60% dalam nilai USD daripada nilai pada awal 1997. The Economist (1998) menganggarkan bahawa hampir US$600 bilion nilai KDNK di rantau tersebut telah hangus begitu sahaja akibat daripada penurunan nilai saham tadi. Para ahli ekonomi berpandangan bahawa krisis ini berpunca daripada gejala globalisasi yang mula bertapak dalam pasaran kewangan dunia pada pertengahan 1990an. Negara-negara yang menampilkan struktur fundamental ekonomi yang lemah, telah dimangsakan oleh proses ini. Apapun, nyata krisis ini merupakan kitaran buruk yang tidak dijangka bagi Asia dan Malaysia setelah rantau ini mencatatkan pertumbuhan yang paling pesat selepas ekonomi pulih lewat 1980an. Dalam satu dekad yang lepas, pelaburan di Asia telah mencapai tahap US$9 bilion. Tetapi pada akhir tahun 1997, perkara sebaliknya berlaku, modal sejumlah US$12 bilion telah mengalir keluar daripada kawasan ini. Nota ini melakarkan secara ringkas mengenai krisis ini dan meneliti apakah kesannya kepada ekonomi negara amnya dan sektor pertanian umumnya. Nota dimulakan dengan definisi globalisasi dan hubungkaitnya dengan krisis kewangan. Ini dituruti oleh
implikasinya kepada Malaysia daripada perspektif pertumbuhan KDNK, prestasi beberapa sektor terutama pertanian, guna tenaga dan juga harga pengguna. GLOBALISASI DAN KRISIS KEWANGAN Globalisasi atau pensejagatan merupakan fenomena baru dalam ekonomi dunia. Definisi istilah ini berbeza antara pakar atau pendita yang cuba mentakrifkan maksudnya. Jadual 1: Maklumat Makro Ekonomi Negara Asia Terpilih (yang dilanda Krisis Kewangan) Negara
Baki Akaun Semasa Penurunan Mata Wang % KDNK Relatif kpd US$ (1/97-2/98) Indonesia -3.4 -4.5 -76 Malaysia -6.3 -9.9 -39 Filipina -4.5 -2.9 -36 Singapura 15.2 16.2 -16 Korea Selatan -4.9 2.7 -43 Taiwan 4.0 1.8 -17 Thailand -7.9 -4.2 -49 Sumber: J.P. Morgan, World Financial Markets, First Quarter 1998 Pada dasarnya globalisasi adalah pembebasan ekonomi dunia daripada sebarang sekatan dan herotan dalam perdagangan antara bangsa. Kadangkala globalisasi dimaksudkan juga sebagai satu sistem kapitalisme yang diterjemahkan dalam skel ekonomi dunia ataupun laissez-faire globalism. Kononnya, faedah positif daripada sistem kapitalisme dapat direplikasikan, malah dalam skel yang lebih besar jika ia mencakupi dunia (Kuttner, 1998). Model globalisasi tulin atau naïve merangkumi rasional-rasional berikut: •
•
•
Kebebasan pergerakan barang dan perkhidmatan memaksimumkan kecekapan ekonomi, lantas kebajikan manusia sejagat. Andaiannya, jika persaingan untuk sesebuah negara, maka persaingan juga baik untuk seantero dunia. Kapitalisme yang liberal tidak memerlukan peraturan tegar tetapi teratur kendiri (self-regulating). Situasi ini dimungkinkan oleh kewujudan beberapa peraturan yang minimum iaitu terbatas kepada – etika menghormati hak milik harta dan akses kepada pasaran yang sama kepada semua. Sistem kapitalisme memerlukan campurtangan yang minimum daripada kerajaan. Sering dihujahkan bahawa polisi campur tangan seperti percukaian dan peraturan masing-masing akan menyekat pilihan pengguna dan mengherotkan pasaran.
Pasaran adalah telus dan harga adalah tertakluk kepada faktor fundamental – penawaran dan permintaan. Implikasinya, pelabur adalah bebas untuk membeli/jual saham daripada mana-mana institusi daripada mana-mana negara di dunia sama ada untuk tujuan spekulasi dan pelaburan. Ada yang menuduh bahawa globalisasi adalah agenda negara Barat terutama Amerika Syarikat untuk meningkatkan kekuatannya dengan memerah ekonomi yang lemah. Sama ada agenda ini disengajakan atau merupakan satu perkembangan natural ekonomi dunia adalah persoalan akademik dan empiris – satu bidang diluar daripada ruanglingkup penulisan ini. Namun pengalaman 18 bulan krisis di Asia baru-baru ini sudah cukup menyangkal kesahihan model globalisasi naïve ini kerana dalam realiti, pasaran dicirikan oleh pelbagai ketidaksempurnaan struktur dan ketidakseragaman gelagat dan persepsi institusi ekonomi. Ada dua aspek utama globalisasi yang mempengaruhi ekonomi nehara membangun seperti Malaysia iaitu : perdagangan bebas barang dan perkhidmatan dan aliran bebas modal antara bangsa. Ekonomi sesebuah negara berkait rapat dengan pasaran kewangan global. Pasaran kewangan global pula mempengaruhi secara langsung pembolehubah seperti kadar faedah, kadar pertukaran dan harga saham. Maka apabila pasaran kewangan dunia menjadi bebas, bermakna modal juga bergerak bebas. Memang tidak dapat disangkal bahawa modal – jika dilaburkan dengan bijak adalah satu usaha produktif. Bukan sahaja ia meningkatkan kecekapan pengeluaran, menggalakkan inovasi dan memperbaiki kesejahteraan hidup dan meningkatkan kebebesan kepada manusia. Dalam pasaran modal dunia yang bebas, modal akan bergerak ke kawasan yang dapat memberi pulangan yang tertinggi. Kesan pertama globalisasi adalah perkembangan pesat pasaran kewangan dunia. Iaitu penarikan/pengumpulan modal ke pasaran dan institusi kewangan ternama dunia dan agihan modal ke negara persekitaran dalam bentuk kredit, pelaburan portfolio ataupun secara tidak langsung melalui MNC atau korporat multi-nasional dan juga kegiatan spekulasi dalam pasaran kewangan. Perkembangan ini membesarkan saiz pasaran kewangan, penawaran modal melimpah-limpah – memudahkan negara lain terutama negara kecil dan yang membangun menyumber modal dan kredit. Pada tahun 1994, kemuncak pasaran dana ini, lebih separuh daripada dana mutual Amerika mengalir masuk dalam pasaran dana yang baru muncul ini.
Butir Belanjawan Akaun Semasa Hutang Luaran
Jadual 2: Petunjuk Luaran Negara Asia Terpilih, 1996 Korea Malaysia Filipina Indonesia Thailand -1.8 -0.5 -0.9 0 1.5 -4.9 -6.4 -2.9 -3.4 -7.4 20.3 38.7 62.0 52.7 50.4
Hong Kong 1.3 1.9 t.m.
Hutang Jangka Pendek 360 76 296 181 164 t.m. Status Kredit A1 A1 Ba1 Baa3 A3 t.m. Nota: t.m. – tiada maklumat Angka adalah peratus daripada KDNK kecuali Hutang Jangka Pendek dicampur amortization sebagai syer daripada rizab dan tahap kredit. Sumber: JP Morgan. Pergerakan mata wang/dana merentasi dunia ditentukan oleh tiga faktor utama. Pertama; perbezaan kadar faedah antara negara. Dana akan tertarik kepada negara yang menawarkan kadar faedah yang tinggi dan risiko politik-sosial yang minimum. Kedua; jangkaan pasaran tentang prospek atau pergerakan nilai mata wang tersebut pada masa hadapan terutama jangka masa pendek. Ketiga; faktor teknikal dan sentimen pasaran yang bergantung kepada interpretasi peserta keatas maklumat. Senario pasaran dunia pula, selain dicirikan oleh liberalisasi pasaran modal, hutang yang bertimbun dengan banyak tidak dikawal dan diselia. Antara 1995 – Julai 98, Asia telah mengumpul hutang sebanyak US$83 bilion, meningkat sebanyak 28% daripada tahun sebelumnya. Daripada jumlah ini, 62% adalah hutang yang kurang daripada 3 bulan Kedua, pada tahun 1996, eksport barang elektronik telah menurun menyebabkan kadar pertumbuhan eksport yang lembap dan kapasiti berlebihan, Ketiga, nilai US$ (dibandingkan dengan Yen, Deusthe Mark) telah meningkat, menyebabkan negara yang menyandarkan mata wang negara kepada US$ mengalami kehakisan daya saing. Keempat, kos kredit adalah terlalu murah. Berdasarkan kepada kerangka dan senario diatas, kita teliti bagaimana krisis ini bermula. Krisis Asia bermula pada Julai 1997 apabila spekulator mata wang antarabangsa bertaruh keatas Baht - mata wang Thailand yang dijangka akan susut nilai kerana struktur fundamental ekonominya yang lemah (Jadual 2). Seperti negara Asia Tenggara yang lain, pembangunan pesat telah mendorong Malaysia dan Thailand pada awal 1990an melonggarkan kawalan terhadap pinjaman daripada luar negara, menghapuskan kordinasi pinjaman dan kawalan keatas bank telah menjadi lemah. Seperti yang dipaparkan dalam Jadual 2, selain mengalami kurangan dalam akaun semasa, hutang jangka pendek Malaysia adalah 76% daripada KDNKnya pada tahun 1996 dan hutang luaran pula adalah 38% daripada KDNKnya. Pinjaman domestik adalah yang tertinggi di Asia iaitu 170% daripda KDNKnya dan kebanyakan pinjaman ini untuk tujuan bukan produktif.. Jadual ini merumuskan satu pemerhatian yang nyata – disebalik pertumbuhan pesat, fundamental ekonomi lemah; terutama akaun semasa masing-masing yang negatif dan jumlah hutang yang besar dibandingkan dengan ekonomi yang kukuh iaitu Hong Kong dan Singapura. Ini menjadikan ekonomi negara ini terdedah kepada kegiatan spekulasi mata wang yang aktif kesan globalisasi modal tadi. Kurangan dalam akaun semasa menyarankan bahawa ekonomi tersebut memerlukan hutang berterusan. Kredit atau hutang daripada luar negara adalah
separuh lebih rendah daripada dalam negeri. Ini mendorong firma meminjam hutang jangka pendek daripada luar negara kerana kadar faedah yang rendah dan pasaran modal yang bebas. Hutang jangka pendek ini mudah terdedah kepada risko apabila pasaran beralih arah dan peminjam mendapati mereka tersepit apabila nilai mata wang turun. Mereka tidak dapat menebus hutang dalam masa yang singkat; apatah lagi apabila pinjaman ini adalah "pinjaman tanpa prestasi" atau NPL loan. Di Malaysia misalnya, sebahagian besar pinjaman digunakan untuk membuat spekulasi keatas hartanah dan pasaran saham; iaitu satu contoh pinjaman yang tidak produktif tetapi untuk kepentingan sebilangan kecil korporat yang besar. Tanpa kawalan yang ketat, hutang jangka pendek daripada luar negara telah meningkat dengan pesat. Ditokok pula oleh masalah dalaman seperti ketidaktelusan, korupsi dan kronisme, penglibatan ahli politik dan pegawai kerajaan dalam perniagaan, hutang tersebut mengumpan negara sebagai pertaruhan yang menguntungkan kepada spekulator mata wang gergasi dunia (Dornbusch, 1998). Ketidakupayaan bank menebus hutang yang besar telah melemahkan situasi ekonomi negara. Walaupun Hong Kong mengalami masalah sektor hartanah, namun ekonominya tidak diserang kerana sektor banknya yang terkawal. Kesan spekulasi mata wang keatas mata wang negara Asia dirumuskan dalam Jadual 1. Kesemua negara yang disenaraikan telah mengalami kejatuhan nilai mata wang yang ketara dalam jangka waktu yang singkat. Kejatuhan nilai mata wang menjadikan hutang wang asing tadi lebih mahal untuk dibayar apatah lagi apabila hutang ini tidak dilindungi (atau unhedged). KESAN KEATAS EKONOMI Krisis mata ekonomi telah menurunkan nilai mata wang Malaysia ke paras yang paling rendah dalam dua dekad yang lepas (Jadual 3). Nilai pertukaran RM/US telah menurun daripada 2.7 pada tahun 1988 kepada 3.89 dalam 1997 (penurunan sebanyak 30%). Penurunan kadar pertukaran membawa beberapa implikasi penting kepada ekonomi. Kesan krisis ini keatas beberapa pembolehubah ekonomi dibincangkan selanjutnya. Kadar pertumbuhan KDNK Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3, kadar pertumbuhan ekonomi negara telah menurun daripada angka antara 7-10% setahun kepada 4.8% setahun akibat masalah deflasi krisias kewangan tadi. Penguncupan ini berlaku kerana pengurangan permintaan dalam negeri. Permintaan dalam negeri menurun kerana (I) kekayaan sektor swasta terhakis dari kejatuhan nilai saham dan nilai aset, (ii) kadar faedah yang tinggi sebelum September 1998, (iii) kesukaran sektor swasta untuk mendapatkan kredit, (iv) keadaan mudah tunai yang ketat, (v) ketidakpastian jangkapendek dan sektor pekerjaan dan (vi) rakan dagangan Malaysia juga mengalami kelembapan ekonomi lantas menjejaskan permintaan luar negri Malaysia (Kementrian Kewangan, 1998).
Imbangan Pembayaran Pada tahun 1990, imbangan keseluruhan mencatat lebihan RM5365 juta. Namun di tengah kepesatan ekonomi pad awal 1990an, negara mencatatkan imbangan pembayaran yang negatif iaitu pada tahun 19945. Apabila ekonomi dilanda krisis, angka menjadi negatif kerana imbangan akaun semasa dan modal swasta bersih yang juga negatif. Menjelang 1998, imbangan pembayaran telah meningkat menjadi positif kerana akaun semasa yang telah pulih (positif) dan imbangan akaun daganagan dan perkhidmatan yang positif setelah berada di tahap negatif selama 8 tahun (1990-97). Jadual 3: Pembolehubah Ekonomi Malaysia 1990-98
Tahun
Pertumbuhan KDNK
Pertukaran Imbangan Pembayaran KLSECI Wang Asing (RM juta) (RM/US) 1990 9.4 2.6980 5365 505.92 1991 8.0 2.7235 3427 556.22 1992 7.8 2.6065 16744 642.96 1993 8.0 2.7010 29239 1275.32 1994 9.2 2.5578 -8262 971.21 1995 9.5 2.5405 -4403 995.17 1996 9.5 2.5265 6245 1237.96 1997 7.8 3.8900 -10891 594.44 1998 4.8 3.8000 26763 t.m. Sumber: Bank Negara Statistics, pelbagai tahun. Kadar Perukaran RM Kadar pertukaran RM/US telah menunjukkan perubahan yang ketara dalam jangka waktu krisis (Jadual 4). Kadar pertukaran RM/US mencapai tahap yang paling rendah pada Ogos 1997 apabila ia mencapai 4.79. Kadar pertukaran ini terus berubah sepanjang tahun 1998 sehingga kerajaan mengambil keputusan untuk menetapkan kadar pertukaran tetap pada RM/US pada RM1=AS$0.2632 mulai September 1998. Jadual 4: Kadar Pertukaran RM/US (Januari 96-Disember 1998)
Bulan Januari Februari Mac
1996 2.56 2.55 2.54
1997 2.49 2.48 2.48
1998 4.54 3.67 3.64
April 2.49 2.51 3.73 Mei 2.50 2.51` 3.87 Jun 2.49 2.52 4.17 Julai 2.49 2.64 4.14 Ogos 2.49 2.96 4.22 September 2.51 3.20 3.8 Oktober 2.53 3.44 3.8 November 2.53 3.50 3.8 Disember 2.53 3.89 3.8 Sumber: Kem. Kewangan (1998): Laporan Ekonomi 1998/99 http://www.bnm.gov.my/pub/msb/latest/v-06.pdf KLSECI KLSECI mengukur prestasi 100 saham dalam pasaran. Ia mewakili prestasi pasaran saham dan sebagai petunjuk kepada prestasi ekonomi negara secara keseluruhan. Setelah ekonomi Malaysia mengatasi krisis 1987-88, KLSECI telah pulih mencapai tahap 1275 pada tahun 1992 dan tahap ini dipertahankan sehingga tahun 1996 ((Jadual 3). Semasa krisis indeks ini menjunam kepada 261 pada bulan September 1998. Nilai saham telah menurun 70% iaitu daripada RM463 juta kepada RM141 diakhir 1998. Pengeluaran Pengeluaran sektor utama ekonomi turut terjejas disebabkan oleh permintaan yang berkurangan, penawaran yang berlebihan dan juga kekangan penawaran. Dalam Jadual 5, nyata sektor utama ekonomi seperti pertanian, pembuatan, perkilangan, dan pembinaan mengalami penurunan nilai pengeluaran. Sektor pembinaan menurun dengan ketara sekali, dengan penurunan sebanyak –19.2% pada tahun 1998. Perngeluaran industri berorientasikan pasaran dalam negeri – logam, gelas dan produk logam asas – mencatatkan penurunan. Begitu juga industri Jadual 5: KDNK Malaysia Mengikut Sektor 1992-99 (RM juta)
Butir 1992 Pertanian,perhutanan & 15531 perikanan (4.7) Perlombonagn & Kuari 8075 (1.6) Perkilangan 26859 (10.5) Pembinaan 3619 (1.7)
1993 16205 (4.3) 8039 (-0.4) 30324 (12.9) 4023 (11.2)
1994 16047 (-1.0) 8241 (2.5) 34842 (14.9) 4589 (14.1)
1995 16231 (1.1) 8979 (9.0) 39790 (14.2) 5385 (17.3)
1996 16584 (2.2) 9381 (4.50 44684 (12.2) 6150 (14.2)
1997 16804 (1.3) 9475 (1.0) 50270 (12.5) 6732 (9.5)
1998 15813 (-5.9) 9399 (-0.8) 67354 (-5.8) 5439 (-19.2)
1999 16421 (3.9) 9517 (1.30) 47809 (1.0) 5002 (-8.0)
Elektrik, gas dan air Pengangkutan, penyimpanan & perhubungan Perdagangan borong & runcit hotel dan restauran Kewangan, insurans, hartanah & perkhidmatan perniagaan Perkhidmatan kerajaan Perkhidmatan lain Tolak: Bayaran Perkhidmatan Bank Tambah: Cukai Import
1931 (13.8) 6481 (6.6)
2176 (12.7) 6921 (6.8)
2474 (13.7) 7776 (12.4)
2797 (13.0) 8852 (13.8)
3134 (12.1) 9711 (9.7)
3543 (13.0) 10530 (8.4)
3791 (7.0) 10835 (2.9)
4064 (7.2) 11160 (3.0)
11190 (11.1)
12428 (11.1)
13427 (8.0)
14781 (10.1)
16163 (9.4)
17290 (7.0)
17047 (-1.4)
17126 (0.5)
9644 (10.4)
10650 (10.4)
11713 (10.0)
12939 (10.5)
14825 (14.6)
16240 (9.5)
16911 (4.1)
17615 (4.2)
11454 (3.9) 2478 (7.8) 8503 (15.2) 5090 (3.3) 120272
11931 (4.2) 2687 (8.4) 10032 (18.0) 5402 (6.1) 130621
12654 (6.1) 2880 (7.2) 11498 (14.6) 5765 (6.7) 140684
12958 13276 (2.4) (2.5) 2923 2970 (1.5) (1.6) 12280 13378 (6.8) (8.9) 3747 3755 (-35.0) (0.2) 133939 135338
9201 10073 11022 (4.9) (9.5) (9.4) 1983 2146 2298 (8.3) (8.2) (7.1) 5376 6411 7381 (11.9) (19.3) (15.1) 3728 4043 4927 (7.8) (8.4) (21.9) 92866 100617 109976
KDNK pada harga pasaran Nota: Angka untuk 1998 dan 1999 adalah anggaran. Sumber: Kem. Kewangan, Laporan Ekonomi 1998/99.
berorientasikan eksport seperti separa konduktor, wayar dan kabel, tekstil, kasut dan keluaran kayu turut menurun. Tetapi keluaran seperti telivisyen dan keluaran getah merekodkan permintaan eksport yang tinggi. Kegiatan pembinaan menjadi lembap keranan hakisan kekayaan penduduk disebabkan harga saham yang rendah, kesulitan mendapat kredit dan kadar faedah yang tinggi. Kesemua faktor ini menjejaskan keseimbangan penawaran dan permintaan hartanah. SEKTOR PERTANIAN Pengeluaran Pengeluaran pertanian keseluruhannya telah menurun dalam tahun 1998. Pengeluaran kelapa sawit mencatatkan penurunan sebanyak 8.1% dibandingkan dengan tahun 1997 (Jadual 6). Salah satu faktor utama yang menyebabkan penurunan adalah faktor cuaca – iaitu kemarau yang disebabkan oleh El Nino pada enam bulan pertama 1998 dan 6 bulan kedua - musim lembap dan hujan La Nina. Penghasilan sehektar juga menampilkan penurunan sebanyak 0.8% daripada 19.1 tan metrik/hektar kepada 19.05 tan metrik/hektar dalam jangka masa yang sama.
Pengeluaran getah juga telah menurun sebanyak 10.3 antara tahun 1997 dan 1998, Kemerosotasn ini disebabkan oleh penurunan kawasan getah, kekurangan tenaga buruh dan harga yang tidak yang tidak lumayan walaupun hasil sehektar bagi perladangan dan pekebun kecil bertambah baik dengan peningkatan tanaman dengan klon yang berkualiti tiinggi. Selain harga getah yang telah merosot, penurunan nilai RM telah meningkatkan kos input terutama baja sebanyak 30%. Kenaikan harga input telah menurunkan daya saing industri ni kerana butiran baja merangkumi sebanyak 20% kos tanaman getah muda dan 34% tanaman getah matang. Jadual 6: Pengeluaran dan Eksport Komoditi Pertanian (1992-99)
Komoditi 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 Minyak Kelapa Sawit 6373 7403 7220 7811 8386 9062 8337 8918 (000 tan) 5536 5838 6863 6656 7324 7609 7250 7850 Getah (‘000 tan) 1173 1075 1101 1089 1082 971 900 890 1-35 937 1017 1013 980 1018 1012 1000 Kayu Balak (‘000 43511 37135 35672 34032 31820 27906 23720 22650 meter 17888 9288 8417 7746 6985 6396 5040 5000 Kubik) Koko (‘000 tan) 220 200 177 131.4 120.1 106.0 89.6 99.0 125.4 123 83 52.5 42.5 31.0 15.0 20.0 Nota: Angka pertama adalah pengeluaran dan kedua adalah eksport. Angka untuk 1998 dan 1999 adalah anggaran. Sumber: Kem. Kewangan, Laporan Ekonomi 1998/99. Pengeluaran kayu kayan telah merosot sebanyak 20.6% antara 1997 dan 1998. Kemerosotan adalah disebabkan oleh permintaan yang menguncup daripada negara pengimport tradisional Malaysia seperti Thailand, Korea Selatan, Jepun dan Hong Kong yang turut mengalami masalah krisis ekonomi. Pengurangan pembalakan juga disebabkan oleh polisi kerajaan yang bertujuan untuk mengekalkan hutan daripada pembalakan yang berlebihan. Masalah cuaca yang dibawa oleh El Nino (yang menyebabkan kekeringan) telah turut menjejaskan pengeluaran koko. Kawasan yang ditanam dengan koko telah menurun sebanyak 4.3% antara 1997 dan 1998 iaitu daripada 156738 hektar kepada 150000 hektar. Jadual 7: Pengeluaran Tanaman Lain, Tembakau dan Perikanan (‘000 tan)
Komoditi
1997
1998
% perubahan Padi 1849 1764 -4.6 Koko 106.0 89.6 -15.5 Lada Hitam 18.0 20.0 11.1 Nanas 119.8 123.1 2.8 Tembakau 99.7 110.0 10.3 Buah-buahan 1174 1195 1.8 Perikanan 1131 1166 3.1 Ternakan 894.6 932.4 4.2 Nota;Angka untuk 1998 dan 1999 adalah anggaran. Sumber: Kementrian Pertanian dan Kementrian Perusahaan Utama Pengeluaran pertanian yang lain mencatatkan rekod yang positif kecuali padi yang menunjukkan pengeluran yang berkurangan (Jadual 8). Tanaman lain seperti nanas, lada hitam, sayur dan buah-buahan menampilkan kenaikan pengeluaran antara 1997 dan 1998. Eksport Pendapatan eksport daripada sektor pertanian telah meningkat sebanyak 26.6% antara 20.7% antara 1997 dan 1998. Kenaikan pendapatan eksport adalah berpunca daripada nilai eksport yang tinggi bagi minyak kelapa sawit, minyak isi rong kelapa sawit dan lada hitam yang didorong oleh oleh harga eksport yang tinggi berikutan penyusutan ringgit. Pendapatan eksport minyak kelapa sawit telah meningkat dengan mendadak dengan ketara – bertambah hampir 70% dalam 7 bulan pertama tahun 1998. Harga minyak kelapa sawit adalh dalam sebutan US$ maka, paras harga telah meningkat dengan banyak.Harga minyak kelapa sawit telah meningkat daripada RM1314 pada 1997 kepada RM2336 pada tahun 1997 (Jadual 9). Faktor-faktor fundamental pasaran juga mendorong kenaikan harga komoditi ini iaitu seperti cadangan kerajaan Indonesia untuk mengharamkan eksport kelapa sawitnya, penawaran minyak dan lemak dunia yang agak ketat berbanding dengan permintaan yang masih kukuh daripada negara-negara seperti China, Mesir, Afrika Selatan, Turki dan Amerika Syarikat. Jadual 9: Harga Komoditi 1996 – 1998
Bulan
Minyak Kelapa Sawit (RM/tan) 1996 1997 1998
Getah (SMR20) Sen/kg 1996 1997
Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember
1245 1221 1198 1253 1281 1160 1066 1126 1188 1152 1183 1223
1315 1204 399.18 1346 2311 383.67 1281 2263 374.67 1299 2361 334.40 1314 2499 324.45 1214 2349 307.7 1179 2432 303.57 1232 2481 304.57 1388 2409 313.5 1620 2348 306.7 1168 2376 309.58 1848 2228 307.33 Sumber: PORLA, PORLA update. MREDB: Rubber Market Review, pelbagai tahun.
301.52 297.00 291.38 272.79 260.79 257.69 239.48 249.21 260.67 284.18 282.83 t.m.
Pendapatan eksport getah telah meningkat sedikit kerana kenaikan kecil harga komoditi ini. Harga getah berlegar antara 277 sen dan 313 sen dalam tahun 1998 – dipengaruhi oleh faktor seperti pergerakan kadar pertukaran asing ringgit, keadaan penawaran dan permintaan dan perkembangan politik di Indonesia, kesusutan getah dunia. Kesan cuaca kering telah mengurangkan pengeluaran koko lantas eksport koko pada tahun 1998. Harga koko walau bagaimanapun tela meningkat kesan daripada penurunan nilai ringgit dan permintaan yang kukuh bertentangan dengan situasi penawaran yang ketat. Import Kesan langsung krisis tersebut adalah kenaikan harga import.. Nilai import negar atelah meningkat sebanyak 13% antara 1997 dan 1998 dengan barang perantaraan mencatakan pertambahan yang paling ketara iaitu sebanyak 70%. Barang perantaraan yang digunakan untuk industri pertanian seperti baja dan komponen untu industri makanan turut meningkat dengan ketara iaitu sebanyak 50%. Import makanan dan minuman (untuk penggunaan isirumah) dan yang telah diproses turut meningkat kerana kemerosotan nilai ringgit. Guna Tenaga Sektor pertanian mengambil 16% daripada guna tenaga kesluruhan ekonomi. Bagi keseluruhan sektor, jumlah guna tenaga telah merosot antara 1997 dan 1998 sebanyak 2.8% akibat daripada krisis ekonomi (Jadual 10). Masalah penurunan guna tenaga adalah paling ketara dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan yang mencatatkan penurunan sebanyak 5.3%. Penurunan berlaku akibat beberapa estet yang cuba menjimatkan kos dengan memberhentikan pekerja asing.
Indeks Harga Pengguna Tahun 1998 menampilkan peningkatan yang ketara dalan IHP iaitu antara Januari dan September 1998 IHP telah meningkat sebanyak 5.2%. Jika 1994 dikira sebagai tahun asas, maka IHP telah meningkat 37% pada tahun 1998 iaitu satu peningkatan yang ketara (Jadual 11). Kenaikan harga makanan adalah disebabkan nilai import makanan yng menaik kesan kemerosotan nilai ringgit. Dalam negeri pula pengeluaran makanan masih terbatas malah berkurangan. Pelaburan swasta dalam sektor tersebut merosot kerana masalh penawaran, kekurangan tanah dan buruh dan kelembapan teknologi. Diantara komponen utama IHP, makanan mempunyai wajaran yang paling tinggi iaitu sebanyak 34.9%. Salah satu punca kenaikan adalah indeks makanan di rumah dan di luar rumah. Harga barang yang dikawal seperti tepung, gula, susu pekat dan ayam telah meningkat. Peningkatan harga ayam daging adalah disebabkan kenaikan harga fid – atau makanan ayam. Hampir 80% makanan ayam dibekalkan daripada import. Jadual 10: Guna Tenaga Mengikut Sektor, 1997 dan 1998 Sektor 1997 1998 % (‘000) (‘000) perubahan Pertanian, perhutanan & perikanan 1494.5 1414.2 -5.3 Perlombonagan 38.8 38.6 -0.5 Pembuatan 2390.5 2321.1 -2.9 Pembinaan 874.2 756.6 -3.4 Perdagangan borong & runcit, hotel & restauran 1447.3 1441.2 0-.4 Kewangan, insurans, hartanah & perniagaan 405.8 415.9 2.5 Pengangkutan, penyimpanan & perhubungan 436.2 441.9 1.3 Perkhidmatan kerajaan 873.2 875.0 0.2 Perkhidmatan lain 768.8 780.3 1.5 Jumlah 8805.1 8563.3 2.8 Sumber: Unit Perancangan Ekonomi. Jadual 11: Indeks Harga Pengguna 1988-98 Tahun IHP 1990=100 1981 78.6 1982 83.2 1983 86.3 1984 89.6 1985 89.9 1986 90.6 1987 91.6 1988 94.3
1989 96.9 1990 100 1991 104.5 1992 109.7 1993 113.6 1994 117.7 1995 122.0 1996 126.6 1997 130.1 1998 137.3 Sumber: Jabatan Statitistik, Indeks Harga Pengguna KESIMPULAN Krisis kewangan yang melanda Asia dan Malaysia khususnya merupakan lumrah lazim kitaran sesuatu ekonomi, cuma krisis kali ini adalah terlalu padah yang pernah direkodkan dalam sejarah ekonomi negara ini mahupun di negara Asia yang lain. Kesan krisis ekonomi tidak terbatas kepada pembolehubah ekonomi sahaja, tetapi melampaui politik dan sosial sebagaimna yang terbukti di Korea, Thailand, Indonesia dan Malaysia sendiri. Punca utama kepada krisis kewangan ini adalah proses globalisasi yang mula bertapak dalam pasaran antara bangsa. Salah satu ciri utama globalisasi yang mempengaruhi ekonomi dunia adalah perdagangan bebas dan aliran modal dan dana yang liberal merentasi dunia. Rasional kepada pensejagatan adalah; kapitalisme atau laissez faire seantero dunia akan menghasilkan faedah kapitalisme sebagaimana yang dicapai oleh sesebuah negeri secara berasingan. Aliran modal yang bebas telah mendorong spekulator mata wang mengaut keuntungan daripada mata wang ekonomi negara membangun yang lemah fundamental ekonominya seperti Malaysia. Struktur ekonomi dalaman Malaysia pula – seperti di Indonesia dan Korea – dicirikan oleh sektor perbankan yang tidak telus, kawalan bank yang longgar, pinjaman wang asing tanpa lindung nilai, dan amalan kronisme mendedahkan gabungan "ahli politik-peniaga-bank" serentak kepada risiko ketidakpastian. Jumlah pinjaman yang besar dan tidak dilindung nilai mengheret gabungan "ahli politik–peniaga-bank" tadi dan seluruh negara ke kancah deflasi mata wang yang serius. Kesan krisis tersebut menjejaskan ekonomi terutama dari segi imbangan pembayaran negara, kadar pertumbuhan KDNK dan kehakisan kekayaan pihak swasta dan firma. Permintaan domestik menurun lantas melembapkan pengeluaran. Walau bagaimanapun krisis ini mendedahkan beberapa perkara strategik iaitu (I) sektor pertanian telah dapat bertahan dalam krisis tersebut – iaitu pendapatan eksport pertanian telah meningkat dalam kadar yang tertinggi dibandingkan dengan sektor lain walaupun syernya dalam eksport kian mengecil.
(ii) Krisis meningkatkan nilai import makanan kepada hampir RM10 bilion – menyarankan bahawa Malaysia masih lagi bergantung kepada eksport untuk bahan makanan, (iii) Kenaikan harga import bahan perantaraan seperti baja dan fid telah meningkatkan kos pengeluaran pertanian. Jika ini berterusan ia akan menghakis daya saing sektor ini dalam jangka panjang. Globalisasi adalah fenomina yang terpaksa kita depani dalam alaf yang akan datang. Krisis ini memberi pengajaran pengajaran bernas walaupun kosnya tinggi kepada negara. Pemerhatian tentang sektor pertanian menyarankan beberapa implikasi polisi keatas sektor ini. Pertama pelbagaian ekonomi adalah strategi mapan dalam menghadapi sistem ekonomi global tanpa sempadan dan liberal ini. Kecekapan kos dan teknikal adalah pra-syarat utama untuk bersaing dalam sistem ini. Bermaksud, sektor pertanian masih mempunyai tempat yang strategik dalam ekonomi dari segi pendapatan eksport disamping menyediakan gunatenaga, tapak untuk agro-industri dan sekuriti makanan. Kedua, sektor makanan Malaysia memerlukan pembaharuan untuk mengurangkan pergantungan pasaran import yang tidak menentu. Ketiga, kenaikan harga input pertanian yang menjejaskan daya saing pertanian negara menyarankan bahawa sektor ini masih belum mencapai tahap kecekapan teknologi yang sepatutnya untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan import. Dalam persekitaran ekonomi global dan tidak bersempadan ini, mempertahankan kecekapan dan daya saing adalah satu kemestian. RUJUKAN Kementerian Kewangan Malaysia (1998), Laporan Ekonomi 1998/99, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Rudi Dornbusch (1998), Asian Crisis Themes, Asli Review, 5: 1-17. Robert Kuttner (1998), Of Our Time Globalism Bites Back, Asli Review, 5:54-8. The Economist (1998), East Asian Economies, March 7 – 13:1-21.