kami gunakan rujukan buku en aziz,,dan serba sedikit rujukan daripada buku Corey
Full description
Full description
Full description
Deskripsi lengkap
KD 3.5 dan 4.5Full description
TAJUK : KANCING
SINOPSIS Menjelaskan tujuan kancing dijahit pada pakaian, jenis-jenis kancing, cara-cara memilih kancing, perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menjahit kancing, dan cara-cara menjahit butang lubang dua atau empat dan cangkuk dan mata/palang
Hasil Pembelajaran Diakhir tajuk ini, pelajar dapat : 1. 2. 3. 4.
5.
Menyatakan tujuan kancing dibuat pada pakaian atau artikel Membezakan jenis-jenis kancing Mengetahui cara-cara memilih kancing. Mengethui perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menjahit kancing Mengenalpasti cara-cara menjahit Butang lubang butang dua atau empat, butang katup dan cangkuk dan palang mata
Kerangka Konsep
1 Tujuan menjahit kancing Kancing dijahit pada pakaian adalah untuk : – – – –
Mengancingkan belah Sebagai perhiasan Kancing biasanya dilekatkan pada lipat tindih atas dan lipat tindih bawah belah. Cara-cara melekatkan kancing pada pakaian bergantung kepada jenis kancing yang dipilih.
2 Jenis-jenis kancing Terdapat 2 jenis kancing yang utama :
1
2.1 Jenis kancing yang tersembunyi - Butang katup - Butang cangkuk dan matanya - Butang cangkuk dan rumah - Butang cangkuk dan rumah cankuk bersirat 2.2
Jenis kancing yang Nampak
- Butang dan rumah butang - Butang dan rumah butang bersirat atau gelungan - Pita dan simpul hias - Reben dan bow - zip - Gancu
2.3 Cara-cara memilih kancing Pilihan kancing bergantung kepada :
2.3.1 Jenis kain yang digunakan – Kain yang halus mestilah dijahit dengan kancing yang lebih halus untuk mencegah berat kancing daripada mengoyakkan kain. 2.3.2 Jenis pakaian dan stail pakaian yang dijahit – Pakaian kanak-kanak biasanyan tidak menggunakan kancing logam untuk mengelakkan calar pada kulit kanak-kanak yang lembut. 2.3.3 Jenis belah dan kedudukan kancing – Kancing zip adalah lebih sesuai bagi belah yang bertempat di kelim rusuk skirt daripada yang dijahit pada belah kelepet sama lebar di hadapan pakaian.
2
2.4 Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan apabila menjahit kancing 2.4.1 Kancing hendaklah dijahit dengan kukuh supaya tidak cepat tercabut. 2.4.2 kancing hendaklah mencukupi dan terletak sama jaraknya di antara satu kancing dengan yang lain supaya belah ditutup dengan baik dan tidak ternganga. 2.4.3 Kancing hendaklah dijahit betul-betul bertentangan di antara satu sama lain dan elakkan daripada menjahit kancing terlalu ketat pada pakaian untuk mengelakkan: • • •
Belah pakaian daripada berkedut Belah pakaian itu tidak tertutup rapat Pakaian kelihatan tidak kemas.
2.4.4 Kancing logam tidak sesuai untuk pakaian kanak-kanak, baju tidur, dan pakaian dalam. 2.4.5 Jenis kancing yang hendak dijahitkan pada pakaian mestilah ditentukan semasa jenis belah untuk pakaian itu dipilih.
2.5 Butang lubang butang dua/empat - Butang boleh didapati dalam pelbagai saiz, warna dan bentuk. - Butang diperbuat daripada plastik, logam, tulang, kayu dan lain-lain lagi. - Terdapat beberapa jenis butang iaitu butang berlubang dua, butang berlubang empat dan butang bertangkai
3
2.4.2 Butang dan lubang butang - Butang dan lubang hanya dijahit selepas belah pakaian itu siap atau apabila pakaian itu siap. - Dijahit di atas dua lapisan fabrik.
4
- Kancing ini tegu, kemas dan tahan lasak jika dijahit dengan baik. - Ia digunakan pada semua jenis pakaian dan kain kelengkapan rumah tangga. - Butang dijahit selepas lubang butang telah siap kerana kedudukannya boleh diubahubahkan supaya sesuai dengan rumah butangnya. - Terdapat dua jenis lubang butang iaitu lubang butang berjahit dan lubang butang berkun - Lubang butang boleh dijahitkan melintang atau menegak.
2.4.3 Perkara-perkara yang harus diingatkan apabila menjahit lubang butang. - Lubang butang selalu dijahit pada 2 lapisan fabrik. - Jika lubang butang mesti dijahit pada selapis kain, kukuhkan sebelah dalamya dengan sehelai kain pengukuh, pita atau reben. - Semua mata jahitan hendaklah sama panjang dan sesuai dengan jenis kain yang digunakan iaitu mata jahitan yang kecil dan halus pada kain yang nipis. - Berlatihlah menjahit jahitan lubang butang sebelum menjahit pada pakaian sebenar. - Selalu menjahit dari bahagian bawah pakaian menghala ke atas. - Gunting lubang butang satu per satu dan sudahkan satu lubang dahulu sebelum menebuk lubang yang lain untuk mengelakkan tepinya daripada berbulu.
2.4.4 Langkah-langkah menjahit lubang butang
5
Langkah 1
–
Menanda kedudukan lubang butang dengan peniti
Langkah 2
– – –
Ukuran lubang butang Ukuran garis pusat butang + 3mm (1/8 inci) Semat dan jelunjurkan lebar lubang butang dengan jelunjur halus pada kedua-dua belah lubang butang
6
Langkah 3
– – –
Gunting lubang butang mengikut urat benang Lubang butang boleh digunting dengan : Sepasang gunting kecil yang tajam.
Langkah 4
– – – – –
Mulakan menjahit dari hujung segi empat dengan menyusupkan jarum di antara 2 lapisan kain. Masukkan jarum dihujung lubang dan keluarkan dari sebelah dalam kain garisan jelunjur halus. Jarum hendaklah tegak dan menghala ke arah penjahit. Tarikkan kedua-dua benang dari mata jarum ke kiri dan lilitkan ke bawah jarum Tarik benang ke atas sehinggan simpul terjadi.
7
Langkah 5
– –
Jahit lubang butang di sepanjang tepi lubang hingga ke hujung bulat. Pada hujung yang bulat, jahitkan 7atau 9 mata jahitan lilit kemas
Langkah 6
–
Pusingkan kain supaya sebelah lubang yang belum dijahit terletak berdekatan dengan penjahit.
8
–
Jahit lubang butang pada sebelah ini hingga ke hujung segi empat
Langkah 7
– –
Apabila lubang butang yang terakhir sudah dijahit di hujung segi empat, masukkan jarum ke kaki jahitan pertama dan keluar pada kaki jahitan yang akhir. Jahit 2 atau 3 jahit lilit kemas di tempat yang sama di hujung segi empat
Langkah 8
– –
Jahit sebaris jahitan lubang butang pada hujung segi empat. Susupkan jarum di antara lapisan kain dan gunting benang di sebelah dalam
9
baju
Lubang butang melintang yang telah siap
Rajah 3.1 – Rajah3.8
10
Rajah 3.9 Contoh-contoh jahitan butang empat lubang
2.4.5 Langkah-langkah menjahit butang berlubang dua
Langkah 1
– –
Mulakan jahitan dengan jahitan kia pada butang Masukkan jarum elalui satu daripada lubang butang
11
Langkah 2 –
–
Letakkan jarum melalui satu daripada lubang pada butang. Masukkan jarum pada lubang butang kedua menembusi belakang fabrik. Ulang jahitan/ teruskan sehingga kukuh.
Langkah 3
– – – –
Tanggalkan jarum peniti. Keluarkan jarum di antara fabrik dan butang. Lilitkan benang di keliling tangkai yang berbentuk Keluarkan jarum ke belakang fabrik. Matikan jahitan dengan jahitan kia. Butang berlubang dua
– –
Butang yang mempunyai dua lubang untuk dijahit pada pakaian Diperbuat daripada plastik atau besi
Butang bertangkai – – – –
Mulakan dengan jahit kia pada tempat butang Terus menjahitkan butag pada fabrik melalui lubang butang sebanyak 3 atau 4 kali. Sudahkan disebelah dalam dengan jahit ulat-ulat. Ukuran lubang butang untuk butang bertangkai = lebar butang bertangkai + 6mm
12
–
Rajah 3.10 – Rajah 3.15
2.4.6 Langkah-langkah menjahit cangkuk dan palang
Langkah 1
– – –
Mulakan dengan jahitan kia Jahit jahitan lilit kemas/jahitan lurus 4-5 kali Matikan dengan jahitan kia
13
Langkah 2
– – – – – –
Mulakan jahitan dengan jahitan kia Masukkan jarum pada satu daripada lubang pada palang. Jahit jahitan lilit kemas 4-5 kali. Susup jarum ke lubang kedua pada palang. Teruskan proses menjahit sehingga siap. Matikan jahitan dengan jahitan kia.