WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
Pertama sekali kami ingin panjatkan kesyukuran ke hadrat IIlahi di atas limpah kurniaNYA kerana telah memberikan kami kesihatan diri untuk menyiapkan tugasan KKP Hubungan Etnik (WAJ 3106) ini. Jutaan terima kasih juga kepada Ibu dan keluarga kami yang banyak memberi dorongan dan sokongan padu kepada kami agar terus berusaha dan tidak mudah berputus asa. Berkat doa mereka akhirnya kami berjaya juga. juga. Tidak dilupa juga juga kepada Puan Puan Winday dan Puan Maili Maili selaku pensyarah dalam subjek WAJ 3106 ini, ribuan terima kasih kami kami ucapkan. Beliau Beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar dan tidak pernah lokek untuk berkongsi ilmu dengan kami semua. Terima kasih juga di atas jasa beliau kerana sentiasa memahami kami dan sentiasa berusaha untuk membimbing kami disepanjang proses penghasilan tugasan ini. Begitu juga kepada rakan-rakan yang lain yang selalu menjadi tulang belakang dan sentiasa berikan kerjasama dan bantuan tidak kira senang atau susah. Terima kasih kami ucapkan. Akhir sekali tidak melampau rasanya sekiranya kami mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi. Jasa kalian tidak sesekali kami akan lupakan. Sekian.
1
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
Setiap negara memerlukan perlembagaan bagi menjamin kestabilan politik serta sistem pemerintahan negara yang cekap dan adil. Di Malaysia keperluan terhadap perlembagaan yang adil penting kerana penduduknya terdiri daripada pelbagai etnik, maka diharapkan perlembagaan dapat melindungi semua golongan masyarakat. Kalau kita lihat, Malaysia telah Berjaya melangkah keluar daripada kumpulan negara mudur kepada negara sedang membangun. Kini, Malaysia bergerak menuju kearah status negara maju, seperti yang dicita-citakan dan dinyatakan dalam wawsan 2020. Pencetus kepada proses transformasi sosioekonomi yang luar biasa ini ialah peristiwa rusuhan etnik 13 Mei 1969 yang telah membuat semua rakyat tersentak lalu membuka mata bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat kita, khususnya dari segi hubungan etnik, walaupun kita sudah merdeka dan perlahan-lahan sudah mula menikmati keselesan ekonomi. Oleh itu, masyarakat mahupun pelajar wajar memahami perlembagaan Malaysia serta sejarah penggubalan agar dapat mengetahui hak dan tanggungjawab masing-masing termasuklah guru pelatih.
2
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
1. KONSEP PERLEMBAGAAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan adalah dinyatakan sebagai satu kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis, yang menentukan organisasi kerajaan. Pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan. Bagi sesebuah Negara moden yang berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Perlembagaan adalah undang-undang asas pemerintahan negara. Selain itu, perlembagaan juga berperanan sebagai panduan bagi membentuk undang-undang sama ada oleh pihak kerajaan atau rakyat. Umumnya, perlembagaan dibahagikan kepada dua iaitu ; Perlembagaan Bertulis Perlembagaan Tidak bertulis Perlembagaan bertulis (seperti Perlembagaan Malaysia) ialah bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. Manakala perlembagaan tidak bertulis seperti di Britain pula merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang dilulusakan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah. Setiap negara memerlukan perlembagaan bagi menjamin kestabilan politik serta sistem pemerintahan negara yang cekap lagi adil. Keperluan sesuatu perlembagaan menjadi lebih ketara dalam sebuah negara yang berbilang etnik seperti Malaysia. Perlembagaan diperlukan untuk mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembagunan negara. Perlembagaan juga diperlukan bagi melinduni kepentingan semua kumpulan etnik. Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di negara kita. Perlimen (badan perundangan), badan eksekutif (termasuk Kabinet dan semua jentera Kerajaan yang lain) dan badan kehakiman memperoleh kuasa daripada perlembagaan. Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 Bahagia, 183 perkara dan 13 Jadual. Ringkasnya, Perlembagaan Malaysia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislative, kehakiman, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan 3
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
Sarawak dan lain-lain. Oleh sebab itu, perlembagaan mengandungi satu set peraturan tentang hak,kuasa dan prosuder serta tanggungjawab pihak yang mengawal dan memandu hubungan antara satu autoriti dengan autoriti lain serta antara autoriti dengan rakyat awam ( Nazaruddin Mohd. Jali et al . 2001 ) Di negara kita Malaysia tidak terdapat institusi yang mengatasi Keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Malahan ketiga-tiga badan kerajaan (perundangan, kehakiman dan eksekutif ) mahupun Yang di-Pertuan Agong (Ketua Negara) tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia (Mohamed Suffian Hashim, 1987). Sebagai contoh, Parlimen tidak boleh membuat undang-undang bagi perkara-perkara yang berada di luar bidang kuasanya. Kuasa kehakiman mahkamah tertakluk kepada kehendak perlembagaan. Begitu juga kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua bagi-bagi cabang kerajaan hendaklah dijalankan tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. Malahan undang-undang persekutuan atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan sebagi tidak sah oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia setakat mana undang-undang tersebut bercanggah. Hal ini kerana perlembagaan memperuntukan dengan nyata Perkara 4 (1) bahawa Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang utama Persekutuan dan
apa-apa
undang-undang
yang
diluluskan
yang
berlawanan
dengan
perlembagaan ini terbatal setakat mana yang berlawanan itu. Hal ini yang dikatakan “ Keluhuran Perlembagaan”.
4
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
2. UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Unsur-unsur tradisi amat penting dibicarakan kerana menjadi faktor utama untuk mewujudkan identity Malaysia dan memupuk persefahaman kea rah perpaduan. Unsur tradisi juga merupakan satu kontrak sosial yang telah dipersetujui semasa menggubal Perlembagaan. Menurut Mohd Salleh Abas (1985) unsur-unsur tradisi ini meliputi : 1) Bahasa Kebangsaan 2) Agama Persekutuan 3) Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan 4) Pemerintahan Beraja Unsur-unsur tradisi ini sebenarnya perlu kerana telah wujud ratusan tahun sebelum Perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957. Unsur tradisi berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dubuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentinganya Perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957 (Abdul Aziz Bari,2001). Hal ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam. Unsur-unsur tradisi juga merupakan satu prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Dengan ini jelaslah bahawa hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan Bahasa Melayu diterima
sebagai
bahasa
kebangsaan
menjadi
prasyarat
penerimaan
hak
kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu dikekal dan diperkukuh. Prasyarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 membawa satu lagi dimensi kepada hubungan etnik di Malaysia. Dengan kemasukan Sabah dan Sarawak, kedudukan kaum Bumiputera di kedua-dua negeri tersebut diberikan status yang sama sebagaimana orang Melayu, iaitu mereka turut dimasukkan ke dalam Perkara 153. 5
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
Tetapi peruntukan tersebut tidak member lessen untuk menindas kaum-kaum lain kerana hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak perlu dilindungi dengan cara yang tidak menafikan hak-hak asas kaum lain. Sabah dan Sarawak masing-masing telah menandatangai Perjanjian 20 Perkara (20-Point Argreement) dan Perjanjian 18 Perkara (18-Point Argreement) semasa menyertai gagasan Malaysia. Kedua-dua perjanjian tersebut bertujuan untuk melindungi kepentingan dan autonomi rakyat Sabah dan Sarawak. Perjanjianperjanjian tersebut merangkumi pelbagai perkara termasuk imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan Malaysia dilindungi oleh kuasa Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan Malaysia dilindungi oleh kuasa Yang Dipertua Negeri negeri-negeri berkenaan, iaitu pindaan hanya boleh dibuat sekiranya terdapat persetujuan mereka. Dengan kata lain, Parlimen tidak boleh meminda kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak. Hal ini menyamai peranan dan kuasa Majlis Raja-Raja berhubung dengan kedudukan orang Melayu. Secara umumnya, perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam Perlembangan Malaysia adalah seperti berikut : 1. Perkara 8, iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya; 2. Perkara 10 (4), iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan
Raja-Raja,
Islam,
orang
Melayu,
kewarganegaraan
dan
seumpanya ; 3. Perkara 38, iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu, bahasa Melayu dan Islam; 4. Perkara 150 (6a), iaitu kedudukan agama islam, adat istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam k eadaan darurat; 5. Perkara 152, iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak etnik lain menggunakan bahasa mereka da 6. Perkara 153, iaitu kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menafikan kepentingan sah kaum-kaum lain. 6
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
2.1 Bahasa Melayu
Bahasa Kebangsaan disentuh dalam Perlembagaan melalui Perkara 152 yang memperuntukan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu (yang mengikut implikasi mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi). Namun begitu, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain maksud rasmi) atau mengajar atau belajar bahasa lain.
2.2 Agama Islam
Kedudukan agama Islam terdapat dalam Perkara 3 (1), iaitu agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan. Penerimaan ini telah diteliti dengan melihat komposisi penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik. Hal ini kerana semasa penjajahan British imigran Cina dan India yang berhijrah ke Tanah Melayu ialag secara langsung membawa sekali agama Kristian, Hindu dan Buddha (Mohd.Salleh Abas, 1985 ). Dengan itu, Perkara 3 telah memperuntukan suatu fasal imbangan, iaitu agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
bahagian
Persekutuan.
Kebebasan
beragama
dijamin
dalam
Perlembagaan terhadap semua agama, iaitu setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan setiap agama mempunyai hak untuk : I.
Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
II.
Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat ; dan
III.
Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang. Menurut Mohammad Suffian Hashim, 1987 , oleh sebab Islam diterima sebagai
bagi Persekutuan, pihak kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri mempunyai kebebasan,kuasa dan keistimewaan untuk menubuh atau menyelenggara atau membantu penubuhan institusi Islam dan melaksanakan ajaran dalam agama Islam serta mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu. 7
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
Kenyataan ini diperkukuh dengan beberapa prinsip Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang tercatat dalam beberapa fasal lain yang harus dibaca secara bersama dengan Perkara 3 (1) iaitu : Perkara 11 (4) : “ Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang yang menganuti agama Islam.”
Perkara 12 (2) : “..
adalah
sah
bagi
Persekutuan
atau
sesuatu
negeri
menubuhkan
atau
menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu.”
Perkara 121 (1A) “ Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah.”
2.3 Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak pula disentuh dalam Perkara 153. Hak istimewa ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas yang diberikan. Walaubagaimanapun, perkara ini juga mengandungi kaum-kaum lain, iaitu menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak-hak nereka yang sah menurut peruntukan lain. Begitu juga perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan atau penamatan permit lessen yang dipegang olehnya.
8
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
Kedudukan-kedudukan istimewa lain orang Melayu termasuklah peruntukan perkara 86 dan 90 berhubung dengan tanah rizab orang Melayu yang memberi kuat kuasa undang-undang Perlembagaan kepada undang-undang sedia ada berkenaan perkara melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Kemasukan perkhidmatan oleh orang Melayu ke dalam Rejimer Askar Melayu, dengan pengecualian orang Bukan Melayu, dikuatkuasakan oleh Perkara 8 (5) dan dengan demikian boleh juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu ( Mohd Salleh Abas, 1985 ) Perlu juga diperjelaskan siapakah yang dikatakan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak itu. Dalam Perlembagaan malaysai (Perkara 160), “Melayu” itu dimaksudkan sebagai :
1. Lazimnya bertutur dalam Bhasa Melayu 2. Menganuti agama Islam 3. Mengamalkan adat istiadat Melayu Manakala Bumiputera di Sabah dan Sarawak ialah : 1. Di Sarawak terdiri daripada mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kelabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Melayu, Murut, Melanau, Penan, Sian, Tabun, Tagal dan Ukit atau dia berketurunan campuran daripada kaum tersebut dan ; 2. Di Sabah pula, anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah. 2.4 Pemerintahan Beraja
Pemerintahan Beraja memang telah sedia wujud dalam sistem sosial di negeri-negeri Melayu sejak berabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik, khususnya sebelum penjajahan British. Namun semasa penjajahan British, kuasa mutlak raja mula terhad iaitu raja mesti menerima nasihat Residen British dalam semua perkara kecuali dalam adat istiadat Melayu dan agama Islam. Hal yang sama juga berlaku apabila British 9
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
memperkenalkan Malayan Union yang turut menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu. Tetapi selepas Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu, kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan semula apabila Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan. Setelah negara mencapai kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan di bawah konsep raja berpengalaman selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Menurut konsep raja Berpelembagaan ini, raja-raja bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan.
10
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
TANAH MELAYU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
KE ARAH KEMERDEKAAN
KRONOLOGI SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
11
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
TANAH MELAYU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
• 15 Ogos, British datang semula ke Tanah
Melayu • Kerajaan sementara ditubuhkan iaitu British Military Administration (BMA) • 10 Oktober, Malayan Union (MU) diluluskan oleh Parlimen British. • Sir Harold Mac Michael sebagai wakil British untuk mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu.
1945
• 31 Mac, Malayan Union diperkenalkan menggantikan BMA. • Menyatukan 3 pentadbiran iaitu Negeri-negeri Selat, Negeri•
1946
• • •
negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu. 1 April, MU ditubuhkan dan dipimpin oleh Sir Edward Gent sebagai gabenor pertama. Dato' Onn Jaafar menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung (PMS). Julai, 1 jawatankuasa baru dibentuk oleh British untuk merangka perlembagaan baru Tanah Melayu. 22 Disember, Orang Bbukan melayu menubuhkan Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA) oleh Tan Cheng Lock.
12
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1947 : British menubuhkan satu jawatankuasa baru yang diwakili oleh semua kaum yang
dipimpin oleh Thurasingam iaitu Ketua Persatuan Orang-orang Ceylon.
1 FEBRUARI 1948 : British mengisytiharkan Persekutuan Tanah
Melayu.
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
1949 : Penubuhan jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (Communities
Liason Committee - CLC) yang terdiri daripada pelbagai etnik.
1951 : - Sistem ahli diperkenalhan. -Dato’ Onn Jaafar meletak jawatan Presiden UMNO dan diganti oleh Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj.
FEBRUARI 1952 : - Perikatan UMNO – MCA ditubuhkan.
-Pilihan raya dalam majlis perbandaran Kuala Lumpur diadakan.
1953 : - Parti Perikatan ditubuhkan.
-Parti Perikatan mendesak British mengadakan pilihan raya untuk seluruh Tanah Melayu.
3 FEBRUARI 1953 : Perundingan meja bulat yang dihadiri oleh
wakil-wakil UMNO.
FEBRUARI 1954 : Dato’ Onn Jaafar menubuhkan Parti
Ne ara.
13
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
KE ARAH KEMERDEKAAN
1955
• Julai, pilihan raya persekutuan diadakan. • Parti Negara gagal dan tidak memenangi
sebarang kerusi.
• Januari, 1 rombongan kemerdekaan yang diketuai oleh
1956
Tunku Abd Rahman dan 8 orang wakil berangkat ke London. • 18 januari - 8 Februari, Rundingan berlangsung di London. • 8 Februari, Perjanjian London telah ditandatangani.
• 31 Ogos 1957 : Tunku Abdul Rahman
1957
mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu di Stadium Merdeka
• 16 Septe$mber : Perlembagaan Malaysia diperbaharui
1963
apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu lalau membentuk Malaysia.
14
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
Pengenalan Kepada Perlembagaan
Sejarah Perlembagaan Persekutuan Malaysia bermula sejak Tanah Melayu berlindung di bawah naungan Kerajaan Inggeris pada akhir abad ke-19. Sejarah perlembagaan moden negeri-negeri Persekutuan boleh dikatakan bermula pada 10 September 1899 apabila mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak dirasmikan. Keadaan ini berterusan sehinggalah
Jepun berjaya menawan Tanah Melayu.
Persekutuan Tanah Melayu 1948, kemudiannya telah ditubuhkan selepas Malayan Union dimansuhkan. Perlembagaan yang dibentuk dalam tahun 1948 ini berjalan dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu hingga tahun 1957 apabila Persekutuan
Tanah
Melayu
mencapai
kemerdekaan.
Akta
Kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu menamatkan kedaulatan dan bidang kuasa Inggeris di Tanah Melayu.Perlembagaan Persekutuan 1957 berkuat kuasa sehingga sekarang dengan beberapa pindaan penting iaitu memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukar nama Persekutuan Malaysia. Perlembagaan ini hasil kerja Reid. Selain beberapa panduan asal, suruhanjaya tersebut mengambil kira pandangan pelbagai pihak, individu dan kelompok, daripada sekalian bangsa dan keturunan. Di antara hamper 200 Perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan terdapat beberapa tajuk khas yang unik. Ini termasuk aspek struktur Negara seperti institusi Yang di- Pertuan Agung, dan peruntukan istimewa untuk keperluan Negara berbilang kaum dan beraneka adat resam dan kepercayaan. Lima perkara utama sedemikian ialah Bahasa Kebangsaan, agama, kedudukan istimewa bumiputra,kewarganegaraan dan hak asasi. Aspek aspek ini digubal dengan peruntukan yang bertujuan mewujudkan identiti nasional serta perpaduan. Unsur- unsur yang terkandung di dalam peruntukan- peruntukan berkenaan memberikan keseimbangan di antara kuasa pemerintah dan hak rakyat. Ia juga mewujudkan keseimbangan di antara golongan rakyat pelbagai latar belakang dan kepentingan. Kebebasan asasi umpamana member rakyat jaminan perlindungan agar tidak dizalimi oleh pihak pemerintah yang melaksanakan kuasa, kerahan dan kawalan dengan kebebasan diri, kebebasan agama dan kebebasan ekonomi, rakyat mendapat hak- hak asas untuk bercakap, bergerak, memiliki harta, mengamalkan 15
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
kepercayaan keagamaannya serta terselamat daripada diambil nyawanya tanpa kesalahan yang terbukti dan mengikut lunas undang- undang Negara. Peruntukan khas agama juga sangat penting. Agama mustahak kepada manusia bagi memandu hidupnya individu. Dalam Perlembagaan, walaupun agama Islam ditetapkan sebagai agama rasmi negara, penganut agama- agama lain tidak dihalang menganuti agama masing- masing. Peruntukan sebegini menguatkan kerohanian anggota masyarakat sambil memupuk rasa tolak ansur dan saling menghormati. Sikap ke arah persefahaman ini didorong lagi oleh peruntukan bahasa. Ketetapan bahasa sebagai Bahasa Kebangsaan dengan cara pelaksanaan yang beransur- ansur meneguhkan lagi usaha pembentukan identiti nasional. Bukan sahaja pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi diaturkan secara bertahap,
kebebasan
bahasa-
bahasa
lain
untuk
diguna
dan
dimajukan
memudahakn penerimaan dan penyesuaian rakyat. Dua perkara pokok yang lain yang unik dan mencerminkan keseimbangan antara rakyat berlainan asal keturunanialah kewarganegaraan dan hak istimewa Bumiputera. Perkara 153 hak istimewa orang Melayu dan kaummumiputera Sabah dan Serawak diperuntukkan bagi memberi peluang kepada golongan yang agak ketinggalan dalam bidang ekonomi dan pelajaran. walaupun Perkara ini tidak boleh dipinda melainkan dengan izin Majlis Raja- raja, pelaksanaannya beransur berubah. Sementara biasiswa yang diberikan kepada golongan Bumiputera semakin banyak diubah kepada bentuk pinjaman, kaum bukan Bumiputera pula mula bersama menikmati biasiswa kerajaan. Tindakan ke arah kesamarataan ini, di samping memberi kesedaran boleh meningkatkan lagi semangat perpaduan.
16
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
17
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
Kepentingan Perlembagaan Salah satu kepentingan perlembagaan adalah mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan saksama . Menurut Hasnah Husin (2007), kewujudan
perlembagaan adalah bertujuan untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan tidak menjurus kepada sesetengah kaum sahaja. Sebagai contoh, Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia mewartakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Namun begitu, kewujudan bahasa rasmi atau kebangsaan tidak menjejaskan bahasa ibunda kaum lain malah bahasa ibunda mereka di jamin oleh Perlembagaan Malaysia Menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, tetapi agama lain bebas diamalkan. Bahasa Melayu juga sebagai bahasa kebangsaan, tetapi penggunaan dan pembelajaran bahasa lain turut digalakkan. Atas prinsip bertolak ansur, orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak mendapat beberapa hak istimewa, tetapi kaum lain mendapat perlindungan yang sewajarnya. Ini akan dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan melindungi kepentingan semua kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara . Perlembagaan Malaysia juga menentukan supaya hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana
pihak. Hal ini kerana keistimewaan ini adalah jaminan awal sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan sebelum Sabah dan Sarawak bersetuju memasuki Malaysia pada tahun 1963. Antara perkara yang dikaitkan dengan hak keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang melayu ialah Tanah Simpanan Melayu, kuota dalam perkhidmatan awam,biasiswa kerajaan,pendidikan awam,lessen perdagangan dan permit (Paimah Atoma,2008) Walau bagaimanapun semua warganegara Malaysia, tanpa mengira
kaum adalah sama rata di sisi undang-undang (Perkara 8 (1)), bebas menganut dan mengamal agama masing-masing (Perkara 11(1)) dan berhak memiliki harta (Perkara 13). Selain perkara di atas, terdapat juga peruntukan mengenai hak pelajaran (Perkara 12 (1) yang menegaskan bahawa tidaklah boleh ada perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir untuk kemasukan dan bayaran yuran ke institusi 18
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
pendidikan
yang
diselenggarakan
oleb
kerajaan.
Oleh
itu,
isu-isu
yang
memperjuangkan hak sama rata antara bumiputera dan bukan bumiputera perlu di ambik perhatian serius kerana ini akan mengancam keharmonian negara. Pihak yang menuntut hak sama rata ini juga perlu meneliti isu ini daripada sudut perundangan dan perlembagaan agar peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak berulang. Kepercayaan keagamaan adalah satu perkara yang paling asas dalam hidup. Semua agama mengajar kebaikan dan melarang kejahatan. Justeru, setiap insan mestilah menpunyai anutan agama yang dipercayai. Di Malaysia, Perlembagaan Malaysia menyediakan Perkara 3(1) yang menjelaskan bahawa agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Pada masa yang sama, kebebasan menganuti
agama- agama lain oleh penganut- penganutnya adalah dijamin. Pentiingnya peranan agama dalam memupuk nilai- nilai murni bagi menlahirkan rakyat bertangungjawab dan bermoral tidakdapat dinafikan. Bagaimanapun, pemupukan nilai keagamaan dalam kalangan masyarakat plural di Malaysia sentiasa mencabar.Walaupun toleransi keagamaan berada di tahap yang baik, namun kepelbagaian cara hidup dan kemewahan serta keriangan hidup di kota seringkali menampilkan nilai- nilai yang berbeza. Dalam konteks inilah pentingnya konviksi keagamaan dan persefahaman dalam kalangan penganut berlainan agama menjadi paling penting. Perlembagaan di Malaysia yang digubal memperuntukkan kuasa kepada pemerintah secara berkawal ke arah kemakmuran negara . Memperuntukkan
kuasa kepada rakyat secara terkawal seperti kebebasan asasi. Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti
kebebasan
bercakap,
kebebasan
beragama
dan
pemilikan
harta.
Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan. Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan. Perlembagaan juga bertujuan mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat . Sebagai contoh, Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan kuasa kepada seseorang pemerintah ataupun kerajaan agar dasar-dasar yang dijalankan 19
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
oleh kerajaan mengikut tuntutan perlembagaan. Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan dominasi kuasa oleh sesuatu pihak atau kaum. Di samping itu, Perlembagaan Persekutuan
Malaysia turut memperuntukkan kuasa kepada rakyat melalui kebebasan asasi yang termaktub pada Perkara 5-13 dalam perlembagaan Malaysia. Hal ini menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Sebagai contoh, Perkara 5(1), Tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. Oleh hal demikian, pergerakan atau tingkah laku rakyat akan dapat di kawal dan keharmonian serta kesejahteraan negara akan terjamin. Selain itu Perlembagaan Malaysia juga berperanan sebagai sumber rujukan untuk penggubalan undang-undang. Ianya dapat melicinkan pentadbiran,
perundangan dan pemberian kuasa kepada parlimen dan DUN. Bukan itu sahaja malah perlembagaan dapat mengelakkan pertembungan kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri dengan kuasa membuat akta dan enakmen. Menurut Mustafa Ishak ( 2006), dalam karyanya Politik dan Pemerintahan Negara, perlembagaan mempunyai peranan penting dalam memastikan keutuhan
dan kestabilan sesebuah negara. Kerajaan adalah unsur yang tidak kekal dalam pembentukan negara, dan apabila berlaku pertukaran kerajaan maka perlembagaan akan berperanan untuk memberi panduan dan rujukan mengenai urusan perlantikan dan pemilihan pemerintah. Oleh hal yang demikian, kestabilan negara akan terus bertahan kerana kerajaan yang baru akan mengikut lunas undangundang yang digariskan dalam perlembagaan. Mustafa Ishak ( 2006) turut menyatakan, kerajaan yang berpelembagaan dikatakan wujud apabila sesebuah negara diperintah menurut undang-undang dan prinsip-prinsip perlembagaan dan prosedur pemilihan pemerintah itu selari dengan peraturan dan panduan perlembagaan. Perlembagaan juga menjadi wadah untuk menyelesaikan masalah khususnya berkaitan undang-undang. Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Semua jenis undang-undang yang diluluskan tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan dan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan adalah tidak sah. Sebarang masalah dalam
20
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
penggubalan
undang-undang
atau
rujukan
apa-apa
hukuman
seseorang
warganegara adalah berasaskan perlembagaan Kewarganegaraan merupakan satu status istimewa yang dipegang oleh
rakyat yang berhak dalam sesebuah negara. Kedudukan ini memberikan hak, faedah dan
kemudahan
tertentu.
Pengisian
status
ini
juga
sekaligus
menuntut
tanggungjawab tertentu. Undang- undang kewarganegaraan ini sangat berguna untuk menentukan satus dan hak seseorang di dalam negeri tempat seseorang tinggal. Kesannya, seorang warganegara hendaklah mengisi tangungjawab dan memainkan peranannya dalam negerinya. Di antara tuntutan terhadapnya adalah menyumbang kepada produktiviti negara dalam apa sahaja bidang yang diceburinya (setiap rakyat, tidak kira apa peranannya dalam ekonomi negara adalah penting bagi kemajuan negara dan kesejahteraan masyarakat) dan menyertai dan sebolehnya menyokong program dan acara nasional seperti sambutan Hari Kebangsaan. Perlembagaan Malaysia juga berperanan dalam memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum. Bagi menjamin keadilan antara kaum, kebebasan ini
dihadkan. Hal ini bermakna seseorang itu diberi kebebasan bercakap tetapi kebebasan ini dihadkan oleb Bab I Perkara 10(2)(a) kerana seseorang itu tidak dibenarkan bercakap mengenai isu sensitif yang boleh menimbulkan kebencian terhadap kaum lain, yang akan mengakibatkan berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum serta mengancam keselamatan negara. Bagi tujuan ini, Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan pada tahun 1970 yang mengehadkan hak kebebasan seseorang bercakap. Akta ini tidak membenarkan seseorang itu bercakap dengan sewenang-wenangnya sehingga menyentuh isu sensitif yang boleh menimbulkan rusuhan kaum. Dengan ini perlembagaan menjamin keselamatan setiap rakyat daripada dianiaya. Kepentingan - kepentingan Perlembagaan di Malaysia menjelaskan keunikan perlembagaan negara kita. Kita dapat melihat keteguhan Perlembagaan kita kerana mempunyai bentuk dan peruntukan yang sangat relevan untuk masyarakat berbilang kaum dan bagi sesebuah negara Raja berperlembagaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Penetapannkeluhuran perlembagaan di tingkat ketiga
21
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
selepas kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada raja dan negara dalam Rukun Negara memang tepat untuk memandu tindakan setiap rakyat negara ini. Semangat kerjasama dan penglibatan oleh banyak pihak dalam menyumbang kepada penggubalan Perlembagaan tidak sia- sia. Akhirnya kitab perundangan tertinggi ini diterima oleh semua pihak amnya. Ternyata bahawa semangat tolak ansur dan persefahaman yang sangat penting bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia dapat dikekalkan. Soal kewarganegaraan di satu pihak, dan hak istimewa di satu pihak kain merupakan dua perkara besar yang dipersetujui dan menjadi satu pemeteraian kontrak sosial yang murni di antara pihak- pihak berkenaan.
22
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
Kesimpulannya
Bolehlah dikatakan bahawa perkembangan Perlembagaan Malaysia dari Malayan Union adalah mendatar dan menyerupai antara satu sama lain. Hanya beberapa peruntukan diubah untuk mengabui pandangan dan pendirian orang Melayu tetapi konsep atau pengisiannya adalah bermatlamatkan sama iaitu terus mengekalkan Malaysia dibawah kerajaan British. Kemerdekaan yang sebenarnya adalah kemerdekaan dalam Komenwel dan masih lagi dalam bentuk neocolonialisme. Pembentukkan Malaysia dengan menggabungkan Sabah dan Sar awak serta Singapura merupakan satu agande untuk menyatukan pentadbiran dan menggabungkann negeri-negeri ini dibawah satu pentadbiran. Singapura pula punya pendirian yang sama. Sekiranya dilihat Perlembagaan Malayan Union diteruskan kerana di dalam Perlembagaan Union yang dibicarakan di atas telah jelas dinyatakan bahawa Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu dan mempunyai pentadbiran tersendiri dan sehingga ini, perlembagaan itu etrleksana apabila Singapura memang mempunyai pentadbiarnnya sendiri tetapi masih lagi didalam Komenwel.
23
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
REFLEKSI. Nama : Diana binti Alipin No IC : 890225 12 6366 Opsyen : PISMP PJ sem 3
Pada 21 Mac 2011 yang lepas, kami telah menerima tugasan Kerja Kursus Pendek dari subjek Hubungan Etnik iaitu WAJ 3106. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan. Dalam tugasan ini mempunyai 3 sub tugasan. Kesemuanya berkaitan dengan hububgan etnik yang terjalin di Malaysia sehingga kini. Tugasan ini di laksanakan secara berkumpulan dan ahli kumpulan saya terdiri dari saya sendiri, Diana Binti Alipin, Ainun Mardiah, Fitri Aisyah dan Ummi Kalthum. Sepanjang menyiapkan KKP ini banyak kekangan yang terpaksa kami hadapi dalam proses menyiapkan KKP ini. Walaupun tugasan ini adalah tugasan berkumpulan kami perlu membuat pembahagian tugas dengan baik. Walaupun tugasan telah di berikan sama rata kepada kami berempat namun setiap orang dari kami perlu mengetahui fakta utama sub tugasan yang lain. Kami mencari maklumat bersama agar maklumat yang di perolehi lebih banyak. Kesuntukan masa juga menyebabkan kami sukar untuk membuat tugasan ini. Walaupun tugasan ini di berikan tempoh lebih kurang sebulan, namun banyak tugasan dari matapelajaran lain di berikan serentak. Malahan ada tugasan yang perlu kami siapkan lebih awal kerana masa semakin suntuk. Di sini kami perlu mengatur masa yang kami ada dengan sebaik mungkin agar kami dapat menyiapkan KKP ini dalam masa tempoh yang di tetapkan. Berdasarkan tugasan ini banyak yang telah saya pelajari terutamanya mengenai kepentingan perlembagaan di negara kita. Seperti ang kita semua sedia maklum, negara kita merupakan negara yang mempunyai jumlah etnik yang banyak. Hanya di Sabah sahaja kita mempunyai lebih kurang 32 etnik. Jika di lihat dengan mata kasar, negara kita sebenarnya sukar untuk mencapai perpaduan. Namun hasil daripada kebijaksanaan pemerintah kita menjadi sebuah negara yang aman damai tanpa menukar etnik kita.
24
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
Hasil daripada perlembagaan yang telah di tubuhkan oleh pemerintah kita terhasil lah satu perlembagaan bertulis di negara kita iaitu Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan ini bukan sahaja menjadi panduan kepada pemerintah juga menjadi panduan kepada rakyat negara kita. Perlembagaan ini menjadi asas dalam pertubuhan negara kita. Perlembagaan amat penting dalam sesebuah negara. Ia memeberikan kita panduan serta rujukan jika terdapat sesuatu permasalahan yang berlaku dalam negara. Perlembagaanlah yang menjadi sumber rujukan dan garis panduan kepada pentadbir untuk mentadbir negara. Perlembagaan yang telah di tubuhkan di negara kita ini hasil perbincangan dan tolak ansur beberapa pihak. Justeru setelah, banyak membuat rujukan serta membaca banyak yan telah saya ketahui mengenai Perlembagaan Malaysia. Sepanjang menyiapkan KKP ini, rakan-rakan saya telah banyak memberikan tunjuk ajar serta berkongsi maklumat bersama saya. Selain itu kuliah yang saya hadiri dari Puan Mailin dan Puan Winday turut banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana telah banyak membantu saya. Mereka tidak jemu-jemu memberikan kami ilmu serta menjawab segala pertanyaan kami.
25
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
Refleksi Nama : Ummi Kalthum Mohd Mokhtar No IC : 901014- 05- 5124 Opsyen : PISMP PJ sem 3
Tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu, WAJ3106 telah diterima pada 21 Februari 2011 oleh Puan Maili Lamsin, pensyarah subjek Hubungan Etnik. Pensyarah kami telah memberikan taklimat ringkas berkaitan dengan tugasan yang diberikan. Kali pertama saya menerima tugasan ini, saya berasa tidak bersedia kerana kekurangan pengetahuan dalam subjek yang saya pelajari ini. Semasa menyediakan tugasan ini, saya mengumpul maklumat dari pelbagai sumber pembacaan. Contohnya dari jurnal- jurnal, buku –buku malah di internet juga. Hasil dari pembacaan dan penambahan idea-idea yang bernas dari rakan sekelas dan senior telah membuatkan saya yakin untuk menyempurnakan tugasan ini. Saya juga mendapat bimbingan dan kerjasama dengan baik. Di sepanjang saya menyelesaikan tugasan ini, saya mempunyai beberapa komitmen lain seperti menghantar beberapa tugasan kerja kursus yang lain pada minggu yang sama. Walaubagaimanapun, hasil kerjasama rakan –rakan sekumpulan saya, Diana Alipin, Ainun Mardiah, dan Fitri Aisyah kami dapat menyiapkan tugasan kami dan dapat menghantar tugasan kerja kursus ini tepat pada masanya. Berdasarkan
pengalaman
peribadi
saya,
tempoh
penyediaan
tugasan
ini
memerlukan masa selama satu bulan lebih adalah berbaloi kerana penyediaan kerja kursus ini memerlukan masa yang agak panjang untuk disiapkan.Pada pendapat saya, pembahagian masa dan pengurusan stress juga perlu dititikberatkan bagi menghasilkan kualiti tugasan yang baik. Dalam tugasan ini, saya mendapat ilmu yang bermanfaat kepada saya terutamanya sebagai bakal guru yang berinovasi dan kreatif dalam memupuk unsurunsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia dalam kalangan murid. Pada pendapat saya, tugasan kerja kursus ini amat membantu saya menambah pengetahuan saya dalam Sejarah kronologi penggubalan Perlembagaan Malaysia. Sebagai seorang bakal guru, saya seharusnya mempunyai pengetahuan mengenai kepentingan Perlembagaan Malysia lebih- lebih lagi dalam konteks hubungan etnik.
26
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
Hasil bacaan saya semasa melakukan tugasan ini, setiap negara memerlukan perlembagaan bagi menjamin kestabilan politik serta system pemerintahan negara yang cekap dan adil. Di Malaysia, keperlua terhadap perlembagaan yang adil penting kerana penduduknya terdiri daripada pelbagai teknik. Maka fungsi perlembagaan ini dapat melindungi semua golongan masyarakat. Oleh itu, masyarakat mahupun pelajar wajar memehami perlembagaan Malaysia serta sejarah penggubalan perlembagaan agar dapat mengetahui hak dan tanggungjawab masing- masing. Sebagai kesimpulannya, saya berharap agar hasil kerja saya ini dapat memuaskan semua pihak. Saya bersyukur kerana hasil dari kerjasama pensyarah, rakan sekumpulan dan rakan –
rakan
yang
lain,
akhirnya
saya
dapat
menyempurnakan tugasan saya ini. Komitmen dari rakan- rakan saya amat dihargai. Akhirnya, tugasan ini dapat dihantar pada 25 Mac 2011. Sekian sahaja dari saya. Terima kasih.
27
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
REFLEKSI ( FITRI AISYAH BINTI DULAH )
Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat IIlahi kerana diberi kesihatan dan keupayaan untuk menyiapkan tugasan KKP bagi mata pelajaran Hubungan Etnik ( WAJ 3106 ) ini. Kami menerima tugasan ini pada 21 Februari 2011 dan diberi tempoh masa selama dua minggu untuk menyiapkannya. Semasa menerima tugasan ini, saya dapati bahawa
tugasan ini perlu dilakukan secara
berkumpulan iaitu seramai empat orang. Taklimat mengenai tugasan ini yang telah disampaikan oleh Puan Maili Lamsin dan Puan Winday binti Sini selaku pensyarah mata pelajaran pembimbing kami pada semester ini adalah jelas. Seperti biasa saya akan membaca soalan terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada membuat kesilapan atau kekeliruan. Tugasan ini meminta kami menjelaskan konsep dan unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. Selain itu kami perlu membuat peta minda berkaitan dengan kronologi sejarah penggubalan Perlembagaan Malaysia. Dan akhir sekali kami perlu membuat laporan tentang kepentingan Perlembagaan Malaysia. Oleh kerana itu, kami telah membahagikan tugas secara sama rata agar penghasilan tugasan lebih lancar dan berkesan. Saya juga ada bertanya dengan rakan-rakan dan Puan Maili dan Puan Winday mengenai soalan seperti bagaimana peta minda yang perlu dibuat mengenai kronologi sejarah penggubalan Perlembagaan Malaysia dari bermula dari tahun keberapa hingga Malayan Union. Beliau memberikan penerangan dengan jelas setiap kekeliruan kami semua dan beliau amat membantu dan dapat membuka kotak idea saya dalam menyiapkan tugasan ini. Beliau juga banyak membekalkan notanota yang berkaitan dengan tugasan ini. Sejujurnya Puan Maili dan Puan Winday amat banyak membantu dan sentiasa menjadi tulang belakang kami semua. Sepanjang proses penghasilan tugasan ini beliau sering memantau dan bertanyakan tentang perkembangan tugasan kami. Beliau banyak menyumbangkan buah fikiran dan idea-idea yang bernas dalam proses penghasilan tugasan ini terutama sekali laporan tentang kepentingan Perlembagaan Malaysia dalam konteks hubungan etnik. Terdapat beberapa kekangan yang saya alami sepanjang proses tugasan ini berlangsung antaranya kesukaran untuk mendapatkan buku rujukan memandangkan 28
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
buku yang terdapat di perpustakaan adalah terhad. Saya juga mengalami masalah dalam berkolaborasi bersama rakan-rakan kerana adanya cuti pertengahan semester menyebabkan kami sukar untuk membuat perbincangan. Selain daripada itu, saya juga mengalami masalah dari segi masa dimana terdapat beberapa tugasan yang perlu dihantar dalam masa yang sama menyebabkan saya agak kelam kabut sedikit. Walaubagaimanapun semuanya dapat diatasi dengan sebaik mungkin dimana kami telah cuba meminjam buku di perpustakaan negeri. Kami juga berinteraksi melalui telefon dan semasa cuti sekolah berakhir. Melalui tugasan ini, banyak yang telah saya pelajari dan pelbagai input saya perolehi. Antaranya ialah saya dapat mengetahui beberapa unsur dalam Perlembagaan Malaysia iaitu Bahasa Kebangsaan, Agama Persekutuan, Kedudukan istimewa orang Melayu dan juga Pemerintahan Beraja. Selain daripada itu, saya dapat pelajari dan memahami kronologi sejarah penggubalan Perlembagaan Malaysia, disini saya dapat mengetahui bagaimana Malaysia terbentuk. Tugasan ini menyedarkan saya tentang proses pembentukan Malaysia dan bagaimana wujudnya Malaysia serta perkembangannya sehingga kini. Akhir sekali, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Maili dan Puan Winday kerana telah banyak berkorban dari segi tenaga untuk mengajar dan mendidik kami. Mereka juga tidak pernah lokek untuk berkongsi ilmu yang ada. Terlalu banyak yang saya pelajari sepanjang poses penghasilan tugasan ini dan saya berasa bangga dan seronok dapat menyiapkannya. Dengan ini saya akan cuba mengaplikasikan apa yang saya pelajari disini di sekolah kelak. Saya juga berharap dapat mempraktikan apa yang saya pelajari disini kepada murid-murid kelak agar ada kesedaran dihati mereka mengenai kepentingan perpaduan dalam hubungan antara etnik yang lain. Sekian.
29