UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SEMESTER III, SESI 2011/2012
MATA PELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) Tugasan Kumpulan Tajuk : Kepentingan Ilmu Dalam Pembinaan Tamadun
Penulis: Khairul Fahmi Bin Mansor
Pensyarah: Dr Ramli Awang FAKULTI TAMADUN ISLAM
ISI KANDUNGAN
Kepentingan Ilmu Dalam Pembinaan Tamadun. ............................................. 1
1. Pendahuluan ............................................................................................. 1
2
Budaya Ilmu ............................................................................................. 2
3. Masyarakat Bertamadun ........................................................................... 5 3.1. Ciri-Ciri Umum Pembentukan Tamadun Awal Manusia ........................ 5
4. Kepentingan Budaya Ilmu Dalam Masyarakat Bertamadun ...................... 9
5
Masyarakat Berilmu dan Pembudayaan Masyarakat ............................... 11
5.1
Masyarakat Berilmu ............................................................................ 11
5.2
Pembudayaan Ilmu Dalam Masyarakat ................................................ 12
6
Melahirkan Modal Insan ......................................................................... 12
7
Kesimpulan............................................................................................. 16
Bibliografi ....................................................................................................... 17
Kepentingan Ilmu Dalam Pembinaan Tamadun. 1.
Pendahuluan
Sejarah merupakan satu medium pengajaran penting untuk kita mempelajari akan kepentingan ilmu. Manusia dari semua golongan bertamadun mengangkat martabat kalangan yang berilmu ke tahap yang paling atas. Jika tidak pasti golongan itu akan menjadi mundur dan sudah pasti tiada pembinaan tamadun akan berlaku. Sering-kali jika kalangan berilmu dipinggirkan maka budaya dan golongan berkenaan akan musnah. Golongan manusia yang hanya mempunyai kekuatan fizikal seperti tenaga manusia atau kekuatan ketenteraan sebenarnya bukanlah menonjolkan sebuah kekuatan hakiki tetapi berpandukan dari sejarah tamadun manusia, sering kali kita saksikan bahawa sesebuah bangsa yang kuat tetapi tidak diasaskan oleh budaya ilmu yang baik, akan memeluk dan menganut nilai dan ciri tamadun lain yang ditaklukinya itu. (Wan Mohd Nor, Penjelasan Budaya Ilmu, 1997) Pemusnahan budaya boleh dilihat dari sejarah Rom dan Parsi walaupun sekuat mana pun kuasa ketenteraan mereka akhirnya musnah apabila ilmu diabaikan dan nafsu menjadi tuan. Kesan sebaliknya berlaku jika ilmu dimartabatkan ke peringkat yang paling tinggi. Zaman Yunani kuno telah melahirkan ramai ilmuwan terkenal seperti Socrates, Plato dan Aristotle yang terkenal dalam bidang falsafah, logik dan geometri. Confuciusme yang mewarnai tamadun China klasik telah member sumbangan besar kepada manusia sejagat melalui penghasilan kertas, sutera, percetakan, kompas serta ubat meriam. Di Eropah perkembangan tamadunnya bermula perlahan setelah melalui zaman gelap. Fenomena budaya ilmu itu mula berubah apabila agama Kristian yang menguasai Negara barat pada zaman pertengahan telah menyebabkan ilmu itu sendiri telah diilhami oleh semangat sekular sekaligus mempengaruhi setiap aspek kehidupan dan pemikiran manusia moden hari ini. (Wan Mohd Nor, Penjelasan Budaya Ilmu, 1997) Ilmu adalah penyuluh hidup dan penerang zaman. Konsep ilmu telah diberikan tafsiran yang pelbagai. Ada yang mentafsirkan secara mudah, iaitu mengaitkan ilmu dengan kepentingan serta kegunaannya; data, fakta dan maklumat. Ada juga yang mengambil pendekatan yang lebih rumit menerusi disiplin falsafah atau sosiologi. Ilmuwan tempatan seperti Profesor Syed Muhammad Naquib Al-Attas misalnya, adalah antara tokoh yang sering dirujuk dalam membahaskan konsep ilmu. (Zaini, 2009) Di dalam Al-Quran juga disebut mengenai ilmu. Surah pertama yang diturunkan iaitu surah Al-Alaq adalah seperti berikut: 1
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. (Surah Al-Alaq : 96:1-5)
Jelas sekali tamadun Islam mementingkan ilmu dalam pembinaan tamadun. Ini dapat dilihat pada kegemilangan tamadun Islam dimana ramai cendikiawan telah lahir dari kecemerlangan budaya ilmu pada masa itu. Kecemerlangan itu telah menjadi sumber rujukan di eropah semasa zaman kegelapannya. Walaupun tamadun eropah tidak menjulang tinggi peradababan tamadun Islam namun ia tidak dapat disangkal lagi kerana kebanyakan para ilmuan eropah merujuk kitab-kitab hasil dari tamadun Islam terutamanya kegemilangan tamadun Islam di Andalusia.
2
Budaya Ilmu
Perkataan ’ilmu’ pula memiliki definisi yang sangat luas. Syed Muhammad Naquib al-Attas berpendapat bahawa ilmu itu sendiri sebenarnya tidak bersifat neutral , budaya yang berbeza memiliki konsep yang juga berbeza mengenai ilmu walaupun ada persamaan mengenainya. Terdapat perbezaan yang ketara dan tidak seiring mengenai konsep ilmu di antara budaya Islam dan juga Barat . (Wan Mohd Nor, 1998) Dari segi bahasa ilmu berasal daripada perkataan arab membawa maksud mengetahui tentang sesuatu dengan sebenar-benarnya. Dari segi istilah pula Al-Ghazali (2003) mendefinisikan ilmu sebagai suatu kepastian secara menyeluruh di mana untuk sampai kepada ilmu yang pasti mestilah melalui pengalaman secara langsung. Syed Naquib al-Attas (2001) juga menjelaskan konsep ilmu sebagai “Suatu kebenaran yang sampai ke dalam roh atau menerusi roh atau jiwa manusia”. (Wan Mohd Nor, 1998) Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya ’Ulum al-Din mendefinisikan ’ilmu’ itu kepada daya membuat generalisasi, konsepsi terhadap idea-idea yang abstrak dan keupayaan
2
memperoleh kebenaran intelektual. (Hamid Fahmi, Zarkasyi, 1990). Maka ’budaya ilmu’ yakni apabila kedua-dua konsep budaya dan ilmu digabungkan boleh diertikan sebagai segala aktiviti keilmuan yang dilaksanakan oleh setiap anggota masyarakat dan diterima sebagai nilai tara utama dalam amalan mereka . (Mook, 2000) Ibn Khaldun (1993), seorang pemikir Islam di abad ke-14 pernah menyatakan bahawa bangsa yang mempunyai kekuatan tenaga manusia serta kekuatan tentera, walaupun berperanan untuk menjadikan bangsa itu kuat, tetapi ianya tidak menjadi faktor utama bagi memberi kekuatan hakiki. Malah telah berlaku beberapa peristiwa dalam sejarah bagaimana sesuatu bangsa yang kuat tetapi tidak ditunjangi oleh budaya ilmu dan kemahiran yang baik, lambat-laun akan memeluk dan menganuti ciri-ciri tamadun bangsa yang ditaklukinya. (Khaldun, 1993) Menurut Professor Wan Mohd. Nor Wan Daud, bahawa “pembinaan budaya ilmu yang bersepadu dan jitu merupakan prasyarat awal dan terpenting bagi kejayaan, kekuatan dan kebahagian seseorang individu atau sesebuah bangsa yang mempunyai kekuasaan atau mencapai kejayaan tidak boleh mempertahankan miliknya, apatah lagi mengembangkannya tanpa budaya ilmu yang baik. Sebaliknya, dia akan bergantung kepada orang atau bangsa yang berilmu.” (Zaini, 2009) Budaya Ilmu ialah “kewujudan suatu keadaan setiap lapisan masyarakat melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan pada setiap kesempatan; dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik pada tahap individu atau masyarakat, ditentukan dan diputuskan serta dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan. Dalam menggarap konsep dan merencanakan perlaksanaan budaya ilmu, Professor Wan Mohd. Nor Wan Daud (1998, 6-14) mengemukakan beberapa cadangan untuk menyuburkan budaya ilmu, antaranya : i.
Pembinaan budaya ilmu dan tamadun yang lahir daripadanya merujuk pada sistem nilai (axiology), pandangan dunia (world view) dan idealisme sesebuah sistem sosial serta individu di dalamnya.
ii.
Dalam sistem nilai tersebut, perlu terdapat kecintaan terhadap ilmu pengetahuan serta kegigihan menimba, menyebar dam mengamalkannya dianggap sebagai suatu idealisme dan kebaikan tertinggi yang menjadi punca segala kebaikan yang lain.
iii.
Pembinaan budaya dan tamadun ilmu yang bersepadu adalah berasaskan tiga perkara utama iaitu konsep Tuhan, manusia dan alam semesta.
3
iv.
Budaya ilmu terbukti wujud bila ilmu merupakan perkara penting yang mahu disampaikan kepada seseorang atau oleh seseorang manusia walaupun semasa di akhir hayatnya.
v.
Dalam budaya ilmu, martabat ilmu perlu diletakkan sebagai kebaikan mutlak kerana proses pencapaian ilmu, antara lainnya, memerlukan usaha yang gigih, kesabaran yang banyak, pengorbanan yang ikhlas dan jiwa yang berani.
vi.
Ganjaran setiap usaha untuk mencari dan menyebarkan ilmu adalah berbentuk dalaman (intrinsik) dan keakhiratan.
vii.
Pembinaan tamadun ilmu hanya mungkin terhasil jika ilmu diberikan status sebagai ‘the highest good’, kebaikan mutlak martabat tertinggi dalam sistem nilai individu dan masyarakat.
viii.
Pembinaan tamadun ilmu bererti kegiatan pendidikan bersifat seumur hidup (life long learning), dari buaian hingga ke liang lahad, dan bersifat menyeluruh dan bersepadu.
ix.
Budaya ilmu yang sebenar akan memberi peluang kepada semua ahli sesuatu masyarakat itu untuk mencari ilmu dan ketinggian melaluinya, sekalipun betapa rendah taraf sosioekonominya.
x.
Budaya ilmu mencetuskan tamadun yang banyak membantu manusia. Justeru setiap lapisan masyarakat perlu menghormati ilmu dan ilmuwan.
xi.
Para pemimpin memainkan peranan penting untuk memperkasakan penyebaran ilmu pengetahuan. (Zaini, 2009)
4
3.
Masyarakat Bertamadun Tamadun menentukan kehidupan golongan masyarakat berbeza di antara satu sama
lain. Tamadun yang dibangunkan dalam geografi dan keadaan yang berbeza melahirkan masyarakat yang berbeza. Ini dapat dibuktikan dengan melihat kepada tamadun Asia yang berbeza dengan tamadun barat. Jadi terdapat beberapa ciri untuk melihat perbezaan ini. Ciri yang utama yang mendasari sesebuah tamadun ialah pertumbuhan bandar dan kota. Terdapat istilah-istilah yang membawa makna peradaban seperti civitas, madana atau hadharah dan nakarikam. Kejayaan sesuatu tamadun juga bergantung kepada Budaya ilmu yang diterapkan kepada anggota masyarakatnya. Makin tinggi kejayaan tamadun itu maka ramailah kalangan cendiakawan yang lahir dari ketamadunan itu. Di Bandar-bandar terdapat kemudahan untuk mempelajari ilmu dengan pembukaan pusat-pusat ilmu seumpama Baitul Hikmah semasa kegemilangan tamadun Abbasiyah di Iraq. Bandar-bandar menjadi tumpuan bagi untuk mendalami ilmu maka kesejahteraan ekonomi terhasil. Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam. (Rujukan : Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas)
3.1.
i.
Ciri-Ciri Umum Pembentukan Tamadun Awal Manusia
Perbandaran •
Pertambahan penduduk dan kemajuan dalam bidang ekonomi menyebabkan kampung-kampung berkembang menjadi bandar.
•
Antara bandar yang penting dalam tamadun awal ialah Mohenjo-Daro dan Harappa di Lembah Indus; Anyang, Loyang dan Cheng Chow di Lembah Sungai Kuning serta Thinis, thebes dan Memphis Mesir. 5
•
Bandar-bandar ini memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pusat keagamaan, pusat pendidikan dan pusat perindustrian.
•
Bandar-bandar berkembang pesat dan muncul negara kota seperti Babylon, Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari di Mesopotamia.
ii.
Pengkhususan pekerjaan •
Peningkatan
dalam
pengeluaran
hasil
pertanian
menyebabkan
berlaku
pengkhususan pekerjaan. •
Masyarakat mula menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, pertukangan dan pembuatan
•
Perkembangan ini melahirkan golongan pedagang, peniaga, artisan yang menghasilkan pelbagai barangan mengikut kepakaran masing-masing.
•
Terdapat juga anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai askar yang mempertahankan negara daripada serangan musuh.
•
Pengkhususan pekerjaan melahirkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.
•
Kemunculan tamadun-tamadun awal di Mesir
dan
Mesopotamia telah
memperlihatkan kemajuan dalam bidang pertanian sehingga mewujudkan pengkhususan pekerjaan dalam masyarakat. •
Penciptaan roda juga telah menggalakkan pertumbuhan perdagangan antara tamadun seperti Tamadun Mesir, Mesopotamia dan Mohenjo Daro yang sekaligus mewujudkan golongan artisan dan pedagang.
iii.
Organisasi sosial. •
Pertambahan penduduk dan perkembangan kegiatan ekonomi telah melahirkan masyarakat yang kompleks.
•
Sistem sosial dalam masyarakat tamadun awal berbentuk piramid.
•
Lapisan atas terdiri daripada golongan bangsawan yang diketuai oleh raja.
•
Lapisan kedua ialah golongan pembesar yang terdiri golongan pendeta, kumpulan pentadbir dan golongan cendekiawan.
•
Lapisan ketiga ialah golongan rakyat biasa yang bergiat dalam aktiviti pertanian dan perdagangan.
•
Lapisan terakhir ialah golongan hamba yang bergantung kepada lapisan-lapisan di atasnya.
•
Di Mesir, Firaun (raja) berada di kedudukan paling atas susunan lapis masyarakat dan di Mesopotamia raja atau pendeta mempunyai kedudukan yang tertinggi. Di 6
Dinasti Shang, raja mempunyai kedudukan tertinggi dan diikuti oleh golongan bangsawan,petani, artisan, peniaga dan askar.
iv.
Bahasa dan tulisan •
Kewujudan bahasa dan tulisan juga merupakan ciri masyarakat bertamadun.
•
Tulisan memainkan peranan penting dalam urusan pentadbiran, menyimpan rekod aktiviti keagamaan dan kegiatan perdagangan.
•
Antara bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan bahasa Sanskrit.
•
Sistem tulisan awal ialah hieroglif dan ideogram.
•
Tulisan yang digunakan dalam tamadun-tamadun awal berbentuk gambar, simbol dan pepaku.
•
Antara peranan bahasa dan tulisan dalam tamadun awal ialah sebagai alat penyebaran ilmu dan pengetahuan, komunikasi dan menyampaikan serta mengembangkan idea pemikiran manusia.
•
Pendeta Mesir telah mencipta bentuk tulisan bergambar yang dinamakan hieroglif, sementara tulisan simbol China dipanggil ideogram.
v.
Agama dan kepercayaan.
•
Kemunculan agama dan kepercayaan mempunyai pertalian rapat dengan adat istiadat dan cara hidup yang diamalkan oleh masyarakat tamadun awal.
•
Antara agama dan kepercayaan masyarakat tamadun awal ialah politeisme, animisme dan pemujaan roh nenek moyang.
•
Kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling telah melahirkan kepercayaan animisme.
•
Secara evolusi, kepercayaan animisme berkembang menjadi politeisme, iaitu penyembahan lebih dari satu tuhan.
•
Kepercayaan politeisme terdapat dalam tamadun-tamadun awal seperti India, Mesir, Mesopotamia dan China.
•
Agama
dan
kepercayaan
berkait
rapat
dengan
pengiktirafan
golongan
pemerintahan, organisasi sosial, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan pembinaan.
7
vi.
Petempatan kekal •
Kehidupan menetap melahirkan corak hidup yang sistematik.
•
Petempatan awal terdiri daripada kampung-kampung yang didirikan berhampiran sungai.
•
Kampung-kampung ini berkembang dan menjadi bandar-bandar yang berperanan sebagai pusat-pusat tamadun awal.
•
Antara petempatan awal yang berkembang menjadi pusat tamadun awal ialah Tamadun Indus (lembah Sg. Indus), Tamadun Mesir (lembah Sg. Nil), Tamadun Mesopotamia(Lembah Sg. Tigris dan Euphrates) dan Tamadun Hwang Ho (Lembah Sg.Hwang Ho/Sg.Kuning)
vii.
Sistem pemerintahan •
Sistem pemerintahan diwujudkan untuk menguruskan masyarakat yang lebih besar.
•
Kewujudan pemerintahan melahirkan sistem perundangan yang menjamin keamanan sesebuah tamadun.
•
Pemerintahan diterajui oleh raja dan dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.
•
Dalam tamadun Mesir Purba, sistem pemerintahan diwujudkan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan dan mengurus pengagihan makanan dalam negara.
•
Sistem pemerintahan diketuai oleh Firaun dan dibantu oleh pembesar-pembesar negara.
(Sumber : http://sejarahstpm.blogspot.com/2009/07/tamadun-dunia-tema-1-ciriciri-tamadun.html)
8
4.
Kepentingan Budaya Ilmu Dalam Masyarakat Bertamadun
Sering-kali manusia beranggapan bahawa tamadun itu dilihat dari segi fizikal seumpama pembinaan bangunan dan kemudahan. Walau bagaimanapun tamadun juga perlu dilihat secara keseluruhannya iaitu dari segi sahsiah atau peribadi anggota masyarakat berkenaan. Untuk itu, ilmu memainkan peranan utama dalam pembentukan sahsiah. Menurut Hasnan (2010) ilmu pengetahuan dan kehidupan manusia adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Ilmu merupakan landasan untuk mencapai kejayaan. Tanpa ilmu pengetahuan, individu, masyarakat, bangsa dan negara akan mundur dan akan ketinggalan dalam semua bidang dan lapangan. Oleh yang demikian Islam telah mewajibkan seluruh umatnya agar menuntut ilmu untuk mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Budaya ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan Negara: Melahirkan insan yang seimbang Insan yang baik dan seimbang itu ialah manusia yang dapat menilai atau mengukur sesuatu perkara itu baik atau buruk mengikut ukuran neraca Islam.Di samping bijaksana dan kecekapan dalam segala tindakan untuk mencapai kemajuan atau tamadun bangsa dan negara. Jiwa seimbang bermaksud seimbang dari segi kekuatan rohani, intelektual, emosi dan jasmani. Melahirkan masyarakat yang berilmu Matlamat ke arah pembudayaan ilmu ialah yang melahirkan masyarakat yang berilmu dan cintakan ilmu. Masyarakat yang inginkan kebenaran dan meletakkan ilmu pada kedudukan yang tinggi. Masyarakat yang sentiasa berlumba-lumba memiliki ilmu, memperkembangkan, memanfaatkan dan menghayati ilmu untuk kepentingan seluruh manusia dan alam sejagat. Masyarakat ini bukan sahaja mahukan ilmu-ilmu yang bersifat keagamaan untuk akhirat tetapi juga mengambil keutamaan dalam ilmu-ilmu keduniaan seperti politik, ekonomi, sosial, sains dan teknologi sebagainya. Melahirkan masyarakat yang berketrampilan Masyarakat yang berbudaya ilmu adalah masyarakat yang mempu menangani segala permasalahan dan segala tugas yang diamanahkan, kuat bekerja.’istiqamah’ terutamanya dalam hal-hal yang memerlukan ilmu.
9
Melahirkan masyarakat yang berakhlak/bermoral Hasil atau kesan masyarakat berbudaya ilmu itu ialah mampu membina negara dan bangsa yang bertamadun. Pendidikan dan penghayatan ke atas ilmu akan melahirkan kepakaran-kepakaran yang diperlukan untuk menuju sebuah negara maju dan berwawasan.
Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan individu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Wan Mohd. Nor Wan Daud (1997), menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan. Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Untuk memupuk kesedaran berbudaya ilmu di dalam masyarakat bukanlah satu impian yang terlalu ideal atau mustahil untuk dicapai . Ini kerana melalui pengalaman sejarah silam , generasi manusia terdahulu seperti masyarakat Yunani , China , India dan Islam sendiri pernah mencapainya di dalam pelbagai bidang keilmuan. Kecanggihan sains dan teknologi yang didominasi oleh negara-negara Barat dan negara Jepun moden sekarang ini adalah manifestasi dari budaya ilmu yang disemai di dalam masyarakat mereka . Ibn Khaldun (1993) sendiri ada menyatakan bahawa ilmu pengetahuan dan pengajaran (ta’lim) merupakan hal semula jadi di dalam peradaban manusia . Jadi, tidak hairanlah bila mana tokoh itu tersebut pernah menyatakan bahawa sejarah jatuh bangun sesuatu bangsa berkaitan dengan budaya ilmu yang dihayatinya.
10
5
Masyarakat Berilmu dan Pembudayaan Masyarakat
5.1
Masyarakat Berilmu Sesungguhnya keagungan tamadun islam zaman lampau perpunca daripada
perkembangan ilmu pengetahuan serta penerokaan terhadap ilmu-ilmu yang baru. Ini dapat difahamkan menganjurkan pencarian ilmu bukan sahaja terhad dalam lingkungan kehidupan manusia itu sendiri malahan digalakkan meneroka penerokaan ilmu pengetahuan melalui jihad ilmu walaupun usaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan adalah jauh daripada negeri yang didiami. (Rohizan Ya, Ab. Halim Tamuri, Mohd Musnizam Mustafa, Khairul Najah Abdul Rahim, 2011) (Rohizan et al.) Antara contoh bersejarah yang dapat diambil ialah seperti golongan Mongol yang telah menyerang Baghdad , menjatuhkan Dinasti Abbasiyah dan seterusnya merosakkan sumber-sumber keilmuan dan tamadun Islam yang sekaligus paling menyedihkan dalam sejarah kemudiannya telah memeluk Islam dan melahirkan generasi Islam baharu di Turki , China dan Rusia pada hari ini (Wan Mohd. Nor,1997) Kejayaan intelektual dan peradaban tinggi yang dicapai oleh kaum-kaum Yunani , Yahudi , China , India dan umat Islam di zaman silam serta betapa canggihnya pencapaian sains dan teknologi negara-negara Barat pada hari ini juga adalah bukti nyata di mana sesebuah golongan manusia itu jika ilmu dan budaya ke arahnya dimartabatkan di kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat mereka. Sesebuah masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu sudah setentunya akan memiliki beberapa ciri-ciri tertentu yang membezakan mereka dengan masyarakat yang tiada berkecenderungan terhadap aktiviti keilmuan. Wan Mohd Nor (1997) antara lain menggariskan ciri-ciri tersebut adalah seperti ; i.
Penglibatan setiap ahli masyarakat di dalam kegiatan keilmuan
ii.
Tindakan manusia baik secara individu mahu pun di peringkat masyarakat, diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengkajian mahu pun syura.
iii.
Ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat di setiap peringkat.
iv.
Individu dan institusi berpengaruh dalam masyarakat akan memberi keutamaan, bantuan, kemudahan, dan pengiktirafan yang tinggi kepada mana-mana pihak yang melibatkan diri di dalam usaha mencari dan menyebarkan ilmu pengetahuan.
v.
Dalam diri dan masyarakat, tidak akan mengiktiraf sifat jahil, bebal dan anti ilmu. 11
vi.
Dalam diri dan masyarakat yang berbudaya ilmu, akan menolak dan membenci pandangan, pernyataan serta amalan yang tidak berasaskan ilmu dan kebenaran.
vii.
Budaya ilmu bukan sekadar kesungguhan memahami, mendalami dan menghayati sesuatu bidang ilmu tetapi lebih penting juga mampu menjelmakan sifat keilmuan dalam pelbagai bidang (multi-disciplinary) dan merentas bidang (inter-disciplinary) agar pemaduan ilmu dapat mewujudkan kepaduan diri dan masyarakat
5.2
Pembudayaan Ilmu Dalam Masyarakat
Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan individu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Wan Mohd. Nor Wan Daud (1997), menjelaskan Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan. Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
6
Melahirkan Modal Insan
Choong (2009) mendefinisikan modal insan sebagai seseorang yang bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, namun ia juga mencakupi aspek peribadi serta akhlak yang tinggi yang perlu hadir dalam setiap jiwa individu. (Choong Lean, 2009)
Modal insan bermaksud: • Mempunyai sakhsiah yang terpuji • Menghayati sistem kepercayaan berfalsafah dan berprinsip 12
• Berintegriti: ada wawasan, perancangan yang rapi, keterampilan diri, adab dan akhlak terpuji. Kepentingan Modal Insan “Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya, kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia, mempunyai hemah yang tinggi, berjiwa besar, cintakan negara dan mereka mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani. Kita mestilah menjadi rakyat yang cintakan negara ini, rakyat yang bersemangat,bersedia bekerja dengan kuat, bekerja dengan rajin serta menjadi rakyat yang mengamalkan budi bahasa yang bermutu tinggi.” Sumber : PM Malaysia (Petikan Perutusan Hari Kemerdekaan ke-48) Modal Insan negara yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam mencapai misi nasional. Oleh itu, pembangunan modal insan akan menjadi teras utama pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-9. Pembangunan modal insan akan dilaksanakan secara holistik merangkumi pemerolehanpengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi serta memiliki sikap, nilai dan etika positif dan progresif melalu pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat. Sumber : (Rancangan Malaysia ke-9: RMK 9) Tidak dapat kita nafikan modal insan merupakan satu-satunya jawapan untuk mengisi kelompongan-kelompongan nilai murni dikalangan rakyat Malaysia tatkala ini. Kejadian rasuah, pecah amanah, gangguan seksual dan jenayah lain terjadi kerana ketiadaan modal insan dikalangan masyarakat. Bukan hendak menuding jari ke mana-mana pihak, tetapi disebalik ambang kemerdekaan ke-55 negara pada 31 Ogos ini, di manakah kedudukan modal insan di Malaysia yang menjadi subjek utama untuk ditekankan di peringkat atasan. Dasar Pendidikan Kebangsaan secara rasminya diisytiharkan pada tahun 1961 dan digubal berdasarkan kedua-dua laporan iaitu Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Sebuah jawatankuasa telah dibentuk pada tahun 1974 bagi mengkaji semula dasar pendidikan untuk menambah baik dan memantapkan pelaksanaan dasar sedia ada. Di samping itu matlamat untuk melahirkan masyarakat yang bersepadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan semasa rakyat yang terlatih untuk pembangunan Negara. Laporan
13
jawatankuasa ini telah ditambah kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan yang merangkumi beberapa matlamat yang dikenal pasti iaitu: 1.
Menyatukan sistem pelajaran bagi memupuk kesedaran dan perpaduan kebangsaan.
2.
Memperluaskan serta mengubah suai rancangan-rancangan pelajaran dan latihan
bagimemenuhi memenuhi keperluan tenaga kerja. 3.
Memperbaiki mutu pelajaran bagi membina suatu masyarakat yang progresif
berlandaskansains dan teknologi moden. 4.
Memperbaiki kemudahan-kemudahan penyelidikan, perancangan dan pelaksanaan
bagimencapai objektif di atas. Modal insan adalah suatu elemen penting yang menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan negara. Pelaburan dalam pendidikan tinggi dan pembangunan modal insan di Malaysia adalah sangat penting dalam menyediakan masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran. Kejayaan masa hadapan Negara sangat bergantung kepada kualiti modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga memiliki keperibadian mulia yang disanjung tinggi. Modal insan yang berkualiti adalah elemen paling kritikal dalam mencapai misi nasional. Maka dengan sebab itulah pembangunan modal insan ini akan menjadi teras utama pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Pembangunan modal insan pula akan dilakukan secara holistik dan bersepadu merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk modal keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi serta memiliki sikap, nilai dan etika yang positif dan progresif melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat. Justeru, modal insan menjadi peneraju utama bagi membentuk sebuah negara yang maju serta dapat menyeimbangi pembangunan ekonomi dan sosialnya, memiliki warga yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh. Langkah yang lebih agresif dan berkesan dalam pelaburan di sektor pendidikan modal insan dan pelaburan bagi modal fizikal dijangka dapat meningkatkan daya serap teknologi agar terus mengukuhkan daya saing negara dalam pasaran antarabangsa. Modal merujuk kepada sesuatu bahan keperluan untuk mencapai sesuatu. Sekiranya dikaitkan dengan perniagaan, modal diperlukan bagi menjana keuntungan dalam 14
membangunkan syarikat. Tetapi modal bagi membangunkan insan bukannya berbentuk kewangan atau material tetapi sebaliknya kemampuan, kualiti diri, ilmu dan kemahiran yang wujud dalam diri individu. Kerajaan komited dalam pembangunan modal insan negara. Ini terbukti dalam RMK-9 bagi tempoh 2006-2010 dimana 21 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan RM33.4 bilion diperuntukan bagi melahirkan modal insan kelas pertama. Apa yang cuba dibincangkan dalam topik ini adalah pelbagai isu dan cabaran dalam pembangunan modal insan yang perlu ditangani dalam proses perancangan dan pelaksanaan agenda pembangunan negara. Liputan isu dan cabaran yang dipilih melibatkan sektor awam, swasta, masyarakat dan individu pada peringkat lokal dan global. Kecemerlangan aspek pengurusan sumber manusia yang berkesan adalah penting dalam melahirkan modal insan yang berkualiti. Ini kerana aspek tersebut adalah landasan utama kepada perubahan nilai dan budaya kerja bagi meningkatkan kesempurnaan seseorang individu. Proses melahirkan modal insan kelas pertama harus didasari oleh perancangan yang strategik dan berkesan. Selain itu juga, program latihan pembangunan sumber manusia harus dijelaskan ke arah membangunkan potensi diri lantas menjadikan seseorang individu itu lebih berkebolehan dan seterusnya dapat meningkatkan kecekapan dalam melicinkan tugas demi meneruskan khidmat kepada masyarakat dan negara. Bagi menjamin nilai modal insan yang berterusan, ia memerlukan penglibatan anggotanya yang sentiasa mempunyai daya fikiran dan tindakan yang berterusan atau pelaksanaan yang tinggi, tangkas melaksanakan tugas, cepat bertindak balas, cekap dan berkesan. Selain sumber manusia yang kompeten dan kritis, modal organisasi, modal maklumat juga perlu dipertingkatkan seiring dengan usaha peningkatan modal intelektual. Memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang ada, disamping menambah nilainya dari masa ke semasa; ditambah pula dengan sikap yang sentiasa positif dalam melaksanakan amanah, inilah strategi yang terbaik dalam membina minda kelas pertama. Sifat keintegritian seseorang individu akan lebih memudahkan seseorang itu melaksanakan tugasnya dengan tangkas, tepat, dan menjamin keberhasilan yang berkualiti. (Sumber : http://www.scribd.com/doc/36343948/definisi-modal-insan)
15
7
Kesimpulan
Kepentingan ilmu dalam pembinaan tamadun tidak dapat tidak dapat menjamin kekuatan sesuatu tamadun terus berkekalan. Ilmu menjadi batu asas kepada pembinaan malah ketahanan sesuatu tamadun itu. Sejarah telah membuktikan bahawa dengan ilmulah tamadun terbina dengan gemilang. Tamadun eropah yang agak lambat mencapai kegemilangan tamadun dalam masa yang singkat dapat mengejar tamadun seumpama tamadun Islam atau tamadun asia yang lebih ke depan dari segi teknologi dengan menghantar pelajar-pelajarnya menuntut ilmu dan membawa pulang pelbagai buku-buku dan naskah ilmiah yang mahal harganya ke eropah. Hasilnya hal ini telah membantu mereka melahirkan ramai cendikiawan dari kalangan mereka sendiri. Hasilnya hingga kini mereka masih kehadapan dari aspek pendidikan dan juga ekonomi. Ilmu jugalah yang memandu tamadun ke arah satu landasan yang betul. Landasan itulah menentukan halatuju sesuatu tamadun itu sama ada akan berjaya atau gagal. Namun kejayaan atau kegagalan sesuatu tamadun itu bergantung kepada sikap setiap individu di dalam masyarakatnya. Penyemaian sikap mementingkan ilmu pengetahuan perlu terus ada dan tumbuh subur di dalam setiap individu masyarakatnya. Oleh itu ilmu adalah jawapan kepada kejayaan sesuatu tamadun itu dan sudah pasti ilmu adalah penting dalam pembinaan tamadun.
16
Bibliografi Choong Lean, K. (2009). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Hamid Fahmi, Zarkasyi. (1990). Pemikiran Al-Ghazali Tentang Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hasnan, K. (2012). Akhlak Pelajar Cemerlang. Selangor: Sinar Tenggara Sdn Bhd. Khaldun, I. (1993). Mukadimah Ibn Khaldun (Terjemahan). Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mook, S. S. (2000). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Rasman, S. (n.d.). blogspot.com. Retrieved 1 8, 2012, from http://sejarahstpm.blogspot.com/2009/07/tamadun-dunia-tema-1-ciri-ciri-tamadun.html: http://sejarahstpm.blogspot.com/2009/07/tamadun-dunia-tema-1-ciri-ciri-tamadun.html Rohizan Ya, Ab. Halim Tamuri, Mohd Musnizam Mustafa, Khairul Najah Abdul Rahim. (2011). Kesepaduan. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara (pp. 667-677). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Samsudin, R. b. (n.d.). Wan Mohd Nor, W. D. (1997). Penjelasan Budaya Ilmu. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. Wan Mohd Nor, W. D. (1998). The educational Philosophy And Practice Of Syed Muhammad Naquib Al-Attas : Exposition of the original Concept Of Islamisation. Kuala Lumpur: Institute Of Islamic Thought And Civilization. Zaini, U. (2009). Menghayati Budaya Ilmu : Faham Ilmu, Amalan dan Panduan. Johor Bharu: Universiti Teknologi Malaysia.
17