1.1 Konsep Integriti Integriti ditakrifkan sebagai kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu. Ia berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan seharihari (Pelan Integriti Nasional, m/s 18). Integriti secara umumnya bermaksud kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi (Yusof, 2010). Di peringkat individu, integriti ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan dengan apa yang dilakukan; keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Integriti juga bermaksud keihklasan, ketelusan, amanah, benar dan berpegang kepada prinsip. Integriti yang diamalkan oleh seseorang individu akan melahirkan insan yang jujur, beretika serta memiliki nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh. Selain itu, integriti juga penting dalam membentuk pelapis kepimpinan yang berkaliber.
Sebagai penjawat awam, individu yang berintegriti akan melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum dan bukannya kepentingan diri sendiri. Mereka tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri mahupun keluarga. Apabila berlaku konflik kepentingan, mereka haruslah memberi keutamaan terhadap kepentingan awam. Dengan demikian, penjawat awam perlu telus serta harus memikul tanggungjawab yang diamanahkan (Sulaiman Mahbob, 2005).
Integriti selalunya dikaitkan dengan etika. Integriti merupakan konsep
penting dalam pentaakulan etika (Widang & Fridlund, 2004) kerana integriti berkait rapat dengan pembentukan dan pengukuhan etika yang baik serta melaksanakan
perkara
yang
betul
(Musatafar
Ali,
2004). Sekiranya
perbincangan berkaitan integriti dibahaskan, maka ianya tidak lengkap selagi takrifan etika diabaikan (Yusof, 2005). Hal ini kerana takrifan konsep integriti
individu dalam Pelan Integriti Nasional itu sendiri menyatakan bahawa integriti individu ialah keselarasan antara apa yang dikata dan dikota, antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang, kepentingan diri dengan kepentingan umum. Etika adalah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion. Etika ialah „not only what is legal but what is right’. Menurut Yusof lagi, etika merupakan suatu tanggungjawab dan akibat daripada tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
1.2 Kepentingan Integriti Nilai integriti dalam masyarakat kini semakin rapuh dan masalah ini kian berleluasa. Kehakisan nilai dalam masyarakat yang dicerminkan oleh kakitangan awam dengan wujudnya jenayah kolar putih, gejala sosial, rasuah, diskriminasi, penindasan dan penyalahgunaan kuasa semakin parah (Mustafar Ali,2006). Oleh yang demikian, kerajaan sedar betapa pentingnya menerapkan nilai-nilai integriti secara holistik dalam kalangan kakitangan awam negara terutamanya guru. Hanya guru yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai integriti mampu menyediakan generasi modal insan kelas pertama (Ismail, 2009). Oleh itu, penerapan nilai-nilai integriti dalam jiwa pendidik amat penting untuk memastikan warga pendidik sentiasa menjalankan tugas dengan bersistematik, berintegriti dan membina kerja cemerlang yang luhur (Hamidah Sulaiman et.al, 2006).
Sebagai seorang guru, integriti amatlah penting untuk diamalkan. Hal ini kerana, sekiranya seseorang guru atau penjawat awam tiada ketelusan dan sifat tanggungjawab, ialah boleh menjejaskan kepercayaan umum terhadap penjawat awam. Seorang guru yang berintegriti akan melaksanakan amanah dan kuasa yang diberi untuk kepentingan umum dan tidak menyalahgunakannya untuk kepentingan diri mahupun keluarga. Integriti dalam diri akan memacu individu ke
arah hidup yang lebih baik di samping dapat mengelakkan seseorang individu itu daripada terlibat dalam gejala yang tidak bermoral.
Fenomena ini membuktikan bahawa guru sekolah rendah perlu dinilai dan dipantau untuk memperkukuhkan jati diri kerana dapatan kajian Hamidah et.al. (2006) mendapati bahawa guru yang berintegriti sahaja yang akan dapat memacu sesebuah organisasi ke arah perkhidmatan yang berkualiti yang menyumbang ke arah pembangunan negara dengan lebih berkesan. Dapat difahami bahawa corak didikan yang disemai oleh guru dalam diri pelajar akan menentukan masa depan pelajar dan juga masa depan bangsa dan negara. Integriti yang dimiliki oleh seseorang guru akan mendorongnya memajukan diri di samping menyumbang kepada pencapaian negara untuk menjadi negara maju bukan sahaja dari aspek pembangunan ekonomi tetapi juga pembangunan diri dan sahsiah penduduknya. Secara idealnya, integriti yang bermaksud 'code of behavior‟, jika dilaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh
agama dan masyarakat bertamadun,
nescaya
sebuah
masyarakat atau negara itu akan maju dan bertamadun.
Integriti juga penting kerana ianya dapat meningkatkan kesedaran seseorang supaya menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara negatif. Sebagai guru, contoh tauladan yang ditunjukkan oleh guru akan menjadi ikutan
para
pelajar.
Sekiranya
seseorang
guru
tidak
jujur,
tidak
bertanggungjawab dan tidak mempunyai budi pekerti, para pelajar juga akan terdorong untuk melakukan perkara yang sama. Integriti yang terdapat dalam diri seseorang guru akan dapat membawa guru tersebut ke arah pencapaian nilainilai murni dalam dirinya yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, keutuhan, ketulusan, jujur, berbudi pekerti, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan sebagainya. Nilai-nilai seperti inilah yang akan dicontohi oleh para pelajar di sekolah.
Integriti dalam kalangan guru juga penting bagi mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara berkesan. Hal ini kerana dalam konteks pendidikan juga boleh berlakunya kejadian rasuah dan penyelewengan. Ketika di sekolah, guru akan terlibat dengan urusan jual beli buku dan kutipan yuran. Setiap urusan haruslah dilakukan secara telus supaya tiada ruang untuk membolehkan berlakunya penyelewengan dan membabitkan unsur rasuah.
Selain itu, integriti dapat meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi masalah birokrasi. Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010), organisasi pendidikan merupakan antara organisasi yang melibatkan pelbagai peringkat pentadbiran dan pengurusan. Terdapat peringkat, hierarki dan prosedur yang perlu dipatuhi ketika berurusan dengan pihak pengurusan. Bagi meningkatkan meningkatkan kecekapan dalam pengurusan, guru haruslah cuba mengurangkan karenah birokrasi dan menyampaikan maklumat kepada pelanggan dengan cekap dan memberikan kesan yang maksimum.
Guru yang berintegriti dan berakauntabiliti akan melahirkan insan yang memiliki nilai-nilai positif dalam diri mereka. Hubungan antara guru dan murid yang berteraskan rasa tanggungjawab, kasih sayang dan keikhlasan akan memberikan impak yang baik kepada murid-murid. Hal ini kerana guru adalah contoh teladan yang terdekat dengan murid-murid selain ahli keluarga mereka. Wajarlah dikatakan bahawa integriti amat penting dalam diri seseorang guru. Integriti memacu guru ke arah pembentukan sahsiah yang baik di samping melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi demi melahirkan anak bangsa yang turut berintegriti.
2.0 Contoh Isu Integriti Pelbagai isu yang melibatkan integriti guru sering berlaku di sekolah. Antara isu integriti yang sering berlaku ialah guru tidak menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Perkara ini sering berlaku tertutamanya dalam kalangan guru lelaki. Walaupun penulisan rancangan pengajaran merupakan perkara wajib, namun masih terdapat guru yang memandang remeh akan perkara tersebut. Pada pemerhatian kami semasa menjalankan praktikum di sekolah, guru-guru hanya menyiapkan rancangan pengajaran apabila diminta oleh guru besar untuk disemak. Hal ini menunjukkan bahawa integriti dalam kalangan guru masih di tahap yang rendah. Bagi menggalakkan guru menulis Rancangan Pengajaran Harian, pihak sekolah harus memastikan buku RPH dihantar setiap hujung minggu. Seterusnya, pihak pentadbir sekolah membuat sistem ganjaran kepada guru yang dapat menghantar buku RPH terawal diberikan nombor bertuah. Bila ada majlis sambutan hari guru, nombor yang terpilih akan mendapat ganjaran. Program seperti ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan sesama guru malah memberikan semangat untuk guru menyiap dan menghantar buku RPH.
Isu integriti yang kedua ialah guru tidak menjaga kerahsiaan guru-guru dan kerahsiaan murid walaupun menjaga kerahsiaan adalah salah satu etika keguruan. Kerahsiaan guru dan murid didedahkan apabila guru berbual dengan guru yang lain atau kata lainnya mengumpat. Terdapat juga guru yang menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap rakan guru dan pentadbiran sekolah secara terbuka di bilik guru. Perbuatan ini menunjukkan bahawa guru tidak prihatin dan tidak bertanggungjawab dalam menjaga hal-hal kerahsiaan orang lain. Telah dinyatakan di dalam kod etika keguruan di mana guru harus menghormati maklumat sulit murid dan guru lain dan tidak memberitahu perkara tersebut kepada orang lain. Namun, masih terdapat guru yang tidak mematuhi kod etika tersebut. Hal ini jelas menunjukkan guru tersebut tidak mempunyai integriti sebagai seorang guru dan juga sebagai pendidik. Hal kerahsiaan guru ini
merupakan hal yang begitu besar. Oleh yang demikian, guru yang ditangkap membocorkan rahsia guru yang lain haruslah dikenakan tindakan yang sewajarnya. Tambahan pula, guru harus menunjukan perwatakan yang boleh dicontoh oleh murid-murid bukannya yang boleh menjatuhkan maruah orang lain di hadapan murid.
Isu yang seterusnya ialah guru-guru berniaga di sekolah. Perbuatan berniaga barangan di sekolah adalah perbuatan yang dilarang. Namun begitu, masih terdapat guru yang berniaga secara curi-curi di bilik guru. Sekiranya guru mahu berniaga, mereka hendaklah meminta kebenaran pentadbir. Tambahan pula, perniagaan boleh dijalankan selepas tamat waktu persekolahan. Ini memastikan kerja guru dapat disiapkan semasa waktu persekolahan dan tidak dibaziri dengan aktiviti jual beli. Selain itu, terdapat juga guru yang menjalankan penyelewengan semasa berurus niaga untuk pembelian buku dan sebagainya. Penyelewengan bukan sahaja dilakukan dalam urusan jual beli buku, malah dalam pengurusan wang yuran murid-murid juga. Perkara ini jika tidak ditangani akan menyebabkan kejatuhan integriti seseorang guru. Isu pecah amanah dalam pengurusan kewangan amatlah serius sehingga telah tercatat di dalam kod etika keguruan di mana telah dinyatakan bahawa “guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubungan dengan kewangan”. Perkara ini bukan perkara yang baru malah perkara ini sering terjadi di sekolah. Bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan, pihak pentadbiran harus memberikan tugasan ini kepada seorang yang boleh dipercayai. Guru tidak seharusnya dibebankan dengan kerja selain mengajar. Oleh itu, seorang kerani wajar dilantik bagi menguruskan halhal berkaitan yuran dan juga pembelian barangan sekolah. Guru yang berintegriti sepatutnya mematuhi kod etika keguruan dan berusaha mengelakkan diri daripada terjerumus dengan isu penyelewengan dan pecah amanah.
Di sekolah, terdapat juga guru yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan sepenuh hati. Tanggungjawab merupakan salah satu daripada cabang integriti selain kejujuran, ketelusan dan amanah. Sebagai contoh, guru tidak masuk ke kelas pada masa pengajarannya, tidak mengajar walaupun masuk ke dalam kelas, tidak menyemak tugasan murid-murid, tidak berpengetahuan dan sebagainya. Sikap tidak bertanggungjawab ini akan menimbulkan masalah kepada murid-murid yang datang ke sekolah untuk menuntut ilmu tetapi tidak memperoleh apa-apa kerana guru tidak masuk ke kelas dan tidak mengajar. Perbuatan ini menunjukkan bahawa guru tidak berintegriti dalam profesionnya sebagai seorang pendidik yang sepatutnya berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak-anak didiknya yakni murid-murid. Bagi mengatasi masalah ini, wajarlah sebuah sekolah menetapkan sistem keluar masuk di dalam kelas. Sistem seperti ini dapat membantu pihak pentadbir untuk menangkap guru-guru yang tidak masuk ke kelas.
Di samping itu, terdapat juga pelbagai inisiatif lain yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam usaha memantapkan integriti dalam kehidupan masing-masing. Integriti dalam kalangan guru dapat dilihat dalam dua kategori yang berbeza yakni integriti berkaitan dengan peribadi guru dan integriti yang melibatkan organisasi atau sekolah. Bagi membudayakan amalan integriti dalam kalangan guru, nilai tersebut boleh disemai melalui dua aspek tersebut.
Antara amalan yang boleh diamalkan oleh guru untuk memantapkan nilai integriti dalam diri ialah guru haruslah sentiasa memikirkan masa depan murid. Guru berakauntabiliti akan sentiasa mendidik murid dengan niat untuk menyediakan mereka ke arah kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan. Kejayaan dan kegagalan seseorang murid bergantung kepada perkara tersebut. Bagi menjayakan hasrat tersebut, guru haruslah sentiasa mempersiapkan diri dengan
ilmu
dan
kemahiran
mengikut
perkembangan
semasa
supaya
pengetahuan tersebut boleh disampaikan kepada mereka dan seterusnya menjadi bekalan mereka sehingga dewasa. Jelaslah, hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan nilai integriti dalam kehidupan sebagai seorang guru.
Seterusnya, guru juga haruslah memiliki tahap kesabaran yang tinggi sewaktu menjalankan tugasnya sebagai seorang pendidik. Personaliti guru semasa berinteraksi dengan muridmemainkan peranan yang penting kerana sikap tersebut akan turut mempengaruhi suasana pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru juga sering menjadi perhatian murid. Guru yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi akan mencerminkan personaliti guru tersebut sebagai seorang pendidik yang sejati. Guru yang sabar tidak akan membezabezakan murid beliau dan hanya menyayangi murid yang berkelakuan baik sahaja. Setiap murid dilayan dengan adil supaya integriti guru tersebut sebagai seorang pendidik tidak akan dipertikaikan.
Pada masa dahulu, personaliti guru sentiasa menjadi ikutan dan mereka turut dijadikan idola oleh masyarakat setempat. Status sebagai seorang pembentuk generasi yang akan datang sememangnya dipandang tinggi dan dianggap mulia oleh mereka. Namun, situasi pada masa kini telah berubah sama sekali disebabkan oleh sikap sesetengah guru yang mengambil sikap sambil lewa tentang perkara tersebut. Lama-kelamaan, sifat-sifat tersebut semakin pupus dalam diri seorang guru memandangkan golongan guru sendiri yang tidak menjiwai tugas sebenar mereka sebagai seorang pendidik. Perkara ini tidak seharusnya berlaku memandangkan ia mempunyai perkaitan yang sangat kuat dengan integriti sebagai seorang guru.
Selain itu, guru juga haruslah sentiasa memastikan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan menarik dan penuh dengan informasi yang berguna. Guru seharusnya mempunyai kebolehan untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan semasa proses pembelajaran sedang berlangsung. Contohnya, guru mengunakan media dalam pengajaran untuk menarik perhatian murid-murid. Melalui penggunaan media, guru akan dilihat sebagai seorang yang proaktif dan sentiasa menitikberatkan hasil akhir pengajaran. Penggunaan media juga akan membantu murid untuk memahami dan mengingati sesuatu fakta dan ilmu dengan lebih baik.
Seterusnya,
guru
juga
haruslah
berkebolehan
untuk
memberi
pengharapan baru kepada murid-murid yang gagal dalam pembelajaran. Guru yang berintegriti tidak akan mengkritik anak-anak muridnya yang tidak berjaya dan menyebarkan perkara yang tidak elok tentang anak-anak murid mereka kepada guru-guru yang lain. Hal ini sememangnya bertentangan dengan etika sebagai seorang guru yang profesional. Guru seharusnya memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa kegagalan bukanlah penamat kepada kehidupan mereka. Guru yang berintegriti akan menggunakan pendekatan yang halus tetapi berkesan untuk menaikkan semula semangat murid untuk belajar dan memperbaiki kelemahan mereka dalam pembelajaran.
Di samping itu, guru juga mestilah mempunyai kemahiran untuk membentuk nilai dan sahsiah terpuji dalam diri anak didikan mereka. Menurut Ragbir Kour (2007), guru bertanggungjawab untuk membentuk murid memiliki akhlak yang mulia dan nilai-nilai murni yang tinggi.Bagi merealisasikan hasrat tersebut, guru terlebih dahulu haruslah memiliki sifat-sifat terpuji dalam diri supaya ia boleh menjadi tauladan kepada murid-murid di sekolah. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai yang dipaparkan oleh guru di sekolah akan menjadi ikutan mereka. Guru haruslah sentiasa memastikan nilai-
nilai yang ditonjolkan di sekolah adalah berbentuk positif supaya nilai tersebut dapat dibentuk dan diterapkan dalam jiwa murid-murid. Amanah dalam menjalankan tanggungjawab juga termasuk dalam skop integriti sebagai seorang guru. Penghayatan terhadap nilai tersebut sedikit sebanyak akan membantu dalam memantapkan lagi nilai integriti dalam diri. Guru seharusnya bersikap amanah dalam mendidik murid-murid dengan memastikan ilmu yang disampaikan adalah bertepatan dengan garis panduan yang telah ditetapkan. Di samping itu, guru juga tidak seharusnya menggunakan pendekatan secara langsung sahaj untuk membentuk sahsiah murid. Pengajaran secara tidak langsung juga boleh diaplikasikan dalam memastikan proses pengajaran memberi impak kepada murid-murid di sekolah.
Refleksi
Tugasan ini diberikan oleh pensyarah penyelaras iaitu Encik Azmi. Kami diberikan taklimat di Dewan Kuliah C mengenai skop yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini hendaklah dilakukan secara berpasangan. Saya menyiapkan tugasan ini bersama rakan sekelas saya iaitu Nurul Ezzaty. Semasa mendapat tugasan, kami telah merancang untuk membahagikan tugasan. Hal ini kerana kami tidak tinggal bersama dan ini menyukarkan proses perbincangan
dilaksanakan
bersama-sama.
Oleh
yang
demikian,
saya
ditugaskan untuk membuat soalan yang kedua manakala Ezzaty membuat soalan yang pertama. Pada awalnya, agak sukar untuk melaksanakan tugasan ini kerana tugasan ini memerlukan saya berfikir mengenai masalah-masalah yang timbul yang menyebabkan adanya guru yang tidak berintegriti di sekolah. Namun begitu, setelah diberikan penerangan oleh Cik Guan mengenai tugasan ini, saya merasakan tugasan ini mudah dilaksanakan dan tidak membebankan kami. Pencarian bahan seperti buku-buku mahupun nota-nota mengenai integriti telah dilaksanakan bagi memastikan saya tidak tersasar dalam membuat penulisan mengenai tugasan ini. Tugasan ini turut membuatkan saya sebagai guru pelatih tidak sabar untuk menjadi guru yang lebih berintegriti demi memajukan masyarakat yang berada di Malaysia. Tambahan pula, tugasan ini dapat membentuk saya agar menjadi guru yang berintegriti dan dapat memikul akauntabiliti. Tugasan seperti ini wajar dilaksanakan kepada kesemua guru pelatih.