Kitab Tok Ku Paloh Nizzam Shahiibul-KaribbBICARA TASAUF - SIFAKIR ( BTF ) Dari kitab Arwah Tok Ku Paloh untuk renungan kita bersama..... Bismillah Hirrohman Nir Rohim. ~ Adapun syariat itu kenyataan Af‟al Allah. ~Adapun Thariqah itu kenyataan Asma‟ Allah. ~Adapun Hakikat itu kenyataan Sifat Allah. ~Adapun Makrifat itu kenyataan Zat Allah. SoalanSyariat,tarikat,hakikat dan makrifat itu dimana tempat pada diri kita?? Jawab: ~Adapun syariat itu nyata pada tubuh kita. ~Adapun tarikat itu nyata pada hati kita. ~Adapun hakikat itu nyata pada nyawa kita. ~Adapun makrifat itu nyata pada rahsia kita dan bahawasanya:~Tubuh itu kenyataan Af‟al Allah. ~Hati itu jadi kenyataan Asma Allah. ~Nyawa itu jadi kenyataan Sifat Allah. ~Rahsia itu jadi kenyataan Zat Allah. SoalanSyariat,tarikat,hakikat dan makrifat itu kejadian daripada apa? Jawab:~Adapun kejadian syariat itu daripada air. ~Adapun kejadian tarikat itu daripada angin. ~Adapun kejadian hakikat itu daripada bumi ( Tanah ) ~Adapun kejadian Makrifat itu kejadian daripada terang api. SoalSyariat itu kejadian daripada air,adakah air sungai,air hujan,laut,telaga atau lain2 lagi? Jawab:Adapun yang dikatakan syariat itu daripada air bukan seperti air yang tersebut itu,sebenarnya ialah Nur Muhammad. SoalTarikat itu kejadian daripada angin,adakah angin bertiup-tiup atau angin utara,selatan,timur,barat atau sebagainya?? Jawab:Adapun Tarikat itu dikatakan daripada angin tidak sebagaimana angin yang tersebut diatas itu,Sebenarnya ialah Nafas Muhammad. SoalHakikat itu kejadian daripada tanah. Adakah tanah seperti tanah liat,tanah bukit,kuning
pasir dan lain lain lagi? Jawab:Adapun hakikat itu dikatakan tanah,bukan seperti tanah yang tersebut,sebenarnya ialah Tubuh Muhammad. SoalMakrifat itu kejadiaan daripada terang api,adakah seperti matahari,bulan,api biasa atau lampu atau api elektrik? Jawab:Sebenarnya bukan seperti api yang tersebut,Sebenarnya ialah darah Muhammad. ~Adapun kejadian diri kita yang zahir ialah asalnya 4 anasir iaitu tanah,air,api &angin,maka keempat2 itu asalnya 1 jua iaitu asal tanah air,asal air angin,asal angin api,dan asal api itu ialah Nur Muhammad dan Nur Muhammad itu pula Nur Allah. Adapun diri yang zahir itu kepada kita seperti berikut dibawah ini:~Bermula tanah itu menjadi daging pada kita. ~Air itu menjadi tulang pada kita. ~Angin itu menjadi urat pada kita. ~Api itu menjadi darah pada kita. Maka masing2 ini kerjanya didalam sembahyang. SoalTanah,air,api dan angin itu apa kerjanya di dalam sembahyang? Jawab:~Adapun Af‟al api itu berdiri didalam sembahyang. ~Adapun af‟al angin itu rukuk didalam sembahyang. ~Adapun af‟al air itu sujud didalam sembahyang. ~Adapun tanah itu duduk di dalam sembahyang. Maka keempat2 itu dinamakan dia jasmani ertinya tubuh yang zahir. Adapun nyawa jasmani itu rohani,maka yang bernama rohani itu tubuh Muahammad hakikat,kerana tubuh Muhammad itu tiada bercampur dengan keempat2 anasir itu,hanya semata2 tubuh Muhammad itu rohani. SoalApa nama tubuh kita apa nama nyawa kita? Jawab:Adapun tubuh kita bernama jasmani dan nyawa kita bernama rohani, maka yang bernama rohani itu lah tubuh Muhammad, sebab itulah kita beroleh bangsa daripada tubuh Muhammad,maka tiap2 sesuatu yang dibangsakan dengan tubuh Muhammad itu diharamkan atas api neraka,dan sebab itulah maka tiada boleh meninggalkan sembahyang 5 waktu,nescaya putuslah bangsa itu melainkan sebangsa dengan binatang jua adanya. Sabda Nabi SAW Barang siapa keluar masuk nafasnya dengan tiap2 keluar masuk dengan tiada zikir
Allah,maka sia sialah ia. Bermula nafas itu atas 2 langkah-satu naik-kedua turun,maka tatlaka naik itu sampai kepada tujuh petala langit maka berkata ( Wan Nu rul yajri ilal ardhi pakhola Huwallah ) Dan tatkala turun sampai kepada tujuh petala bumi maka nafas nabi itu puji Allah,tatkala masuk nafas itu namanya puji HU. Tatkala ia berhenti seketika antara keluar dan masuk nafas namanya puji AH-AH,dan ia tidur atau mati nafas HAKH dalam,maka ingatlah olehmu akan memelihara nafas itu,dengan menghadirkan makna ini sentiasa,didalam berdiri,duduk dan diatas barang yang diperbuat hingga memberi bekas pada sekelian badan dan limpahlah segala anggotanya,maka apabila tetaplah tilik hatimu maka jadilah anggota hidup didalam 2 negeri yakni dunia dan akhirat dan bahagiakan Allah baginya pintu selamat sejahteralah ia didalam dunia dan akhirat dianugerahkan Allah Taala mereka itu sampai kepada martabat segala nabi dan segala muslimin dan mengharamkan Allah Taala tubuh nya dimakan api neraka dan badan pun tidak dimakan tanah didalam kubur,maka engkau tetaplah dengan hati wahai saudaraku pada hal jangan engkau daripada orang yang lupa.Mudah mudahan dibahagikan Allah Taala atasmu,dengan bersedapan hingga sampai kepada ajal kamu. Adapun Nafas kita keluar masuk pada sehari semalam iaitu pada siang 12000 dan pada malam 12000,Inilah bilangan jam sehari semalam 24 jam iaitu pada siang 12 jam malam 12 jam.Demikianlah juga huruf Kalimah La Ilaha Ilallah dan huruf Muhammad Rasullullah masing2 mempunyai 12 huruf berjumlah semua 24 huruf semuanya. Maka barangsiapa mengucap dengan sempurna yang 7 kalimah ini nescaya ditutup Allah Taala pintu neraka yang 7 juga. Barangsiapa mengucap yang 24 huruf ini dengan sempurna nescaya diampun Allah Taala dosanya yang 24 jam,inilah persembahan kita kepada tuhan kita yang tiada berkeputusan yang dinamai sembahyang Daim dan Puasa itu melakukan nafsu batin dan zahir. Sabda Nabi SAW ( Ana min Nurrullah wal alami Nurri ) Ertinya- Aku daripada Allah dan sekelian alam daripada aku, sebab itulah dikatakan ( Ahmadun Nuril Arwah ) ertinya-Muhammad itu ibubapa sekelian arwah dan dikatakan (Adam Abu Basar ) ertinya- Bapa sekelian tubuh. Adapun yang dikatakan sebenar benarnya fardhu itu ialah nyawa,kerna nyawa itu memerintah kepada badan kita,jikalau digerak Allah nyawa itu bergeraklah badan kita. Adapun Awal Muhammad itu Nurani. Akhir Muhammad itu Rohani. Adapun zahir Muhammad itu Insani. Adapun Batin Muhammad itu Rabbani. Adapun awal Muhammad itu nyawa oleh kita. Adapun akhir Muhammad itu hati kepada kita. Adapun zahir Muhammad itu rupa oleh kita. Adapun batin Muhammad itu ujud oleh kita. Adapun yang bernama Allah itu sifatnya. Adapun yang bernama Sebenar-benar Allah itu zat wajibal Ujud Adapun yang bernama insan itulah nyawa. Adapun yang sebenar-benar insan itu manusia yang tahu berkata-kata adanya. Maka inilah suatu risalah yang tersimpan daripada perkataan usul takhlik jalan segala
orang yang mengenal Allah Taala. SoalTatkala manakah ia bernama „ HU‟ dan tatkala manakah ia bernama „ Allah „ dan tatkala manakah ia bernama „ Rahman „. Jawab:Tatkala „La Takyin‟ tiada nyata ia bernama ( HU ) dan tatkala „La Takyin‟ Awal nyatanya ia bernama ( Allah ) dan tatkala „La Takyin‟ Sani kenyataan ia bernama ( Rahman ) SoalAkan La Takyin itu martabat apa dan Takyin awal martabat apa dan Takyin Sani itu martabat apa? Jawab:Adapun La Takyin itu martabat zat mutlak dan akan Takyin awal itu martabat zat( Muqaiyyid pertambatan) dan akan takyin sani itu Sifat ( Muqaiyyid ) SoalMana yang bernama zat mutlak dan mana yang bernama zat Muqaiyyid dan mana yang bernama Sifat Muqaiyyid? Jawab:Adapun yang bernama Zat Mutlak iaitu (Qaibal Quyub) atau lenyap.Maka zat Muqaiyyid itu Muqaiyyid dengan sifat dan asma dan Muqaiyyid dengan alam ini. SoalApa sebab 3 martabat itu dikatakan oleh pendita,tiada ia kepada baharu ujud? Jawab:Kerana martabat yang 3 itu sebab ia ketuhanan hak Taala daripada ujudnya dengan cahaya dan jauhar dan a‟rad supaya jangan sama. SoalBetapa beza hakikat Muhammad dengan Hakikat Insan? Jawab:Adapun Hakikat Muhammad dengan Insan itu umpama sumbu maka ada nyala di hujung sumbu itu,demikian juga hakikat Muhammad dengan Insan,maka yang lain itu hakikat Allah maka sempurnalah hakikat Makrifat diri kita dengan dia. SoalAhdiat,Wahdah,Wahdiat itu ketuhanan kepada Allah?? Jawab:Satu ketuhanan zat,kedua ketuhanan sifat,ketiga ketuhanan Af‟al asma‟ SoalAkan alam roh,alam misal,alam ajsam,alam insan,apa kepada Allah Taala? Jawab:Adapun alam roh,alam misal,alam ajsam dan alam insan itu rohul Qudus kerana ia
teladan segala hakikat. SoalApa martabat Rohul Qudus?? Jawab:Bayang hak Allah kerana Pusaka ia yang Asa SoalApa pusaka mutlak atau pusaka zat Muqaiyyid? Jawab:Iaitu pusaka zat mutlak pandangan zat Muqaiyyid kerana 2 tilik, 1) Tilik keatas maka iaitu Mutlak 2) Tilik kepada Ujudnya iaitu zat Muqaiyyid SoalApa martabat Muhammad itu kepada kita tilik kita? Jawab:Adapun martabat Muhammad itu kepada kita Roh Idofi dan akan kita Sir Qalbi. SoalMuhammad itu apa kepada Allah dan apa kepada insan? Jawab:Adapun akan Muhammad tilik takyin kepada Allah Taala khatam isyarat kepada kita. SoalBetapa isyarat kepada kita? ( Makfirat ) Jawab:Adapun isyarat makrifat itu kepada kita atas 4 hal:1) Musyahadah 2) Murakhobah kita 3) Muqarannah 4) Muqabalah Inilah pekerjaan yang dikerjakan oleh ulamak. SoalApa sebab dinamakan dengan Musyahadah,Muraqobah,Muqaranah,Muqabalah? Jawab:Adapun sebab itu kerna ia menghasilkan zikir kepada rahsia yang mengzahirkan Baqa maqam rahsia. SoalMuhammad itu apa ia kepada Allah dan Allah itu apa ia kepada Muhammad? Jawab:Adapun Muhammad itu sifat Allah dan Allah itu zat kepada Muhammad. Soal-
Hakikat Muhammad itu apa ia dan insan apa ia? Jawab:Adapun sebenarnya diri itu sifat Muqaiyyid ialah yang dinamakan „ Akyan Sabitah‟ maka Akyan Sabitah itu Hak Allah Taala disempurnakan dengan Hak Allah. SoalApa dinamakan Hak Taala itu? Jawab:Adapun yang dinamakan Hak Taala yang tiada betapa dan tiada meminta.Inilah sebenarnya Hak Taala tiada baginya peri,maka hak Taala ( Peri yang maha tinggi ) SoalBetapa hak kita kepada Allah Taala? Jawab:Adapun hak kita kepada Taala itu bayang kepada haknya adapun hak kita serahlah akan bayang-bayangnya. SoalMaka hak itu pula apa kepada kita? Jawab:Apapun hak itu kepada kita zat sekali2. SoalBetapa dikatakan oleh segala ahli hakikat hak Taala itu tuhan kita? Jawab:Sebab dikatakan itu kerana tatkala menilik dirinya menjadi tubuh insan kerana inilah pihak dikatakan ia tuhan dan pihak ujudnya dikatakan zat. SoalAdakah zat itu berzat pula kepada hakikat Muhammad itu adakah ia berzat? Jawab:Adapun hakikat Muhammad itu hakikat Allah itulah sekali2 ditilik. SoalApa sebab maka segala insan itu termulia kepada Allah daripada yang dijadikan? Jawab:Adapun manusia termulia dari kerana Rohul Quddus.Inilah dimuliakan Allah Taala. SoalRoh Quddus itu nyawa siapa? Jawab:Adapun roh Quddus itu nyawa Muhammad dan hakikat insan ia,maka sekelian itu ialah memerintah sekelian isi langit dan bumi. SoalApa yang nyata Muallim itu?
Jawab:Adapun yang nyata di dalam Muallim itu Roh Idofi iaitu cermin yang suci. SoalApa sebab Roh Idofi itu dinamakan cermin yang maha suci.Dan ditaksilkan dengan cermin yang maha suci? Jawab:Adapun roh idofi itu ditaksilkan cermin kerana ia nyata bayang2 yang didalam cermin sebab itulah maka dinamakan cermin. SoalApa sebab roh Quddus bayang2 Hak Taala? Jawab:Kerana inilah maka dikatakan ia nyawa Muhammad iqtiqad Ulama‟. SoalKerana apa hak Taala itu nyawa kepada insan? Jawab:Kerana teladan ujudnya Hak Taala serupa dengan ujudnya yang berujud insan itu,tetapi dia dialam bahawa alam tiada berupa.Inilah dikatakan serupa tiada lain yang diserupakan kerana harus pada akal dan lafaz mengatakan:“Nutasabiha wa pairi mutasabih” SoalUjud yang mana serupa dengan insan itu,Ujud Mutlak atau Ujud Muqaiyyid? Jawab:Adapun ujud yang serupa dengan insan itu ujud Muqaiyyid jua. SoalYang mana dinamakan Ujud Muqaiyyid itu? Jawab:Inilah Ujud Allah Taala hakikat ujud insan yang dinamakan Muqaiyyid itu kerana ialah pertambatan hak Taala SoalApa sebab hak Taala dikatakan oleh segala ahli hakikat dan segala ahlillah insan itu hak Taala? Jawab:Kerana mengzahirkan akan dirinya kepada insan sifat Allah,Itulah sebab dikatakan itu. SoalAdakah hakikat bertakyin itu sampai „Makrifat‟ insan itu kesana atau tiadakah? Jawab:InsyaAllah Taala.Mudah mudahan dikurniai hal keadaan yang demikian. Ketahuilah olehmu hai orang yang menuntut ilmu, jangan syak wasangka.Seperti kata Ahdah zat,Wahdah sifat Allah,Wahdiat Asma‟ Allah,alam roh,alam misal,alam
ajsam,alam insan itu af‟al Allah dan af‟al Allah itu tubuh pada kita.Asma Allah itu hati pada kita,Sifat Allah itu nyawa pada kita dan zat Allah itu Sirr pada kita yakni rahsia pada kita. Adapun Sirr itu pada kita tempat tajali zat Allah roh pada kita tempat tajali sifat Allah hati pada kita etmpat Tajali Asma‟ Allah, tubuh pada kita tempat tajali Af‟al Allah Adapun sempurna niat tiada diatas tiada dibawah tiada dikanan tiada dikiri tiada dibelakang tiada dihadapan. Ertinya:- Asa kan sama dengan akalmu lenyapkan badanmu dengan nyawamu,pejamkan pandanganmu mata disana,lumatlah rupamu ertinya barang siapa menghasilkan kata empat itu didalamYakni fikirannya.Nama ( Khassa khass ) Diri Batin:Adapun diri yang batin itu iaitu nyawa daripada anasir yang batin iaitu ujud,ilmu nur suhud yang dinamai ia insan hakikat.Adapun diri kita yang zahir itu umpama sebuah perahu diperintah oleh nahudanya.Masing2 perahu masing2 nahudanya. Adapun 7 sifat itu ialah Hayat,Ilmu,Kudrat,Iradat,Samak,Basar,Kalam maka yang 7 sifat dikurniakanAllah Taala kepada nyawa kita supaya kuasa ia memerintah tubuh kita itu kerana bahawa tubuh kita itu semata-mata wayang kulit tiada mempunyai perintah melainkan dengan perintah Dalang.Dan adalah nyawa itu umpama pesawatnya kerana dalang itu jika tiada pesawat nescaya tiada zahir hikmat dalang itu maka jangan lah terhenti memandang pesawat itu( Makrifat yg sebenar2 nya.) Kerana itu tiada bercerai dalang dengan wayang dan wayang tiada bercerai dengan dalang jikalau bercerai nescaya binasa wayang itu tiada berketahuan lagi.Demikianlah keadaan hamba dengan tuhan sentiasa tiada bercerai daripada azali datang kepada Abda. Inilah pasal menyatakan sembahyang dan mengetahui asal sembahyang dan mengetahui segala Fardhu sembahyang. SoalJika ditanya orang sembahyang itu dengan solat,satu namakah atau berbeza? Jawab:Adapun pada pihak lafaznya itu berbeza tetapi pada pihak maknanya satu jua.Tetapi yg dinamakan solat itu penerimaan adapun dinamai sembahyang itu pada pekerjaan yg zahir. SoalJika ditanya orang apa asalnya Subuh 2 rakaat,zohor 4 rakaat,asar 4 rakaat,maghrib 3 rakaat dan isyak 4 rakaat? Jawab:Adapun sembahyang subuh itu 2 rakaat kerana kenyataan zat dan sifat.Sembahyang Zohor 4 rakaat kerana Tajali Tuhan itu 4 perkara iaitu Hayat,Kudrat,Ilmu,Iradat,Sembahyang Asar 4 rakaat kerana asal Adam itu 4 martabat iaitu Tanah,air,api,angin.Dan sembahyang maghrib 3 rakaat kerana 3 perkara Ahdah,Wahdah,Wahdiyat ertinya (Allah,Muhammad,Adam ) dan sembahyang Isyak 4 rakaat iaitu ( Di,Wadi,Mani,Maknikam ) SoalJika ditanya orang kepada kita sembahyang itu apa faedahnya kepada kita yang
mengerjakan dia itu dan apa kehendak kita? Jawab:Adapun disuruh kita sembahyang itu iaitu tiada memberi manfaat kepada Allah Taala dan tiada mengambil faedah atasnya.Adapun faedahnya sebab kita mengerjakan sembahyang itu sebab kita sebenar2 hamba lagipun kita mengaku akan Allah Taala itu Tuhan yang sebenar2nya lagi Asa ia zatnya,sifatnya,Af‟alnya,iaitu seperti firman Allah didalam AlQuran:(Alastu Birobbikum Kholu Bala ) Ertinya- Bukankah aku tuhanmu,maka sembah segala zuriat(engkaulah lah tuhan kami ) Maka hendaklah kita sembahyang itu dengan ikhlas,ertinya tiada sebab berkehendak syurga dan sebab takut akan neraka hanya kita ini martabat kehambaan maka Allah itulah tuhan kita yang sebenar2nya jika tiada demikian itu nescaya berdosalah kita dengan tuhan kita. SoalBerdiri didalam sembahyang itu apa asal? Jawab:Bermula berdiri itu daripada api asalnya.Rukuk itu angin asalnya.Sujud itu Air asalnya.Duduk itu Tanah asalnya. SoalApi,angin,air,tanah itu apa pada kita? Jawab:Adapun api itu nyawa kita,angin itu jadi nafsu kita,air itu jadi darah kita,tanah itu jasad yakni badan kita. SoalBerdiri itu perbuatan apa,rukuk itu perbuatan apa,sujud itu perbuatan apa,duduk itu perbuatan apa? Jawab:Adapun berdiri itu kebangkitan pada nyawa,rukuk itu kebangkitan pada nafsu,sujud itu kebangkitan pada darah dan duduk itu kebangkitan pada jasad kita Inilah af‟al nabi SAW.Rasullullah kepada Abu Bakar,Omar,Osman,Ali ( Radiallah ) maka sabdanya barang siapa mengetahui Tajali waktu ini maka sempurnalah sembahyang dan makrifatnya.Dan jika tiada diketahui maka tiada sah sembahyang dan makrifatnya.Maka inilah yang bernama Fardhu.Maka inilah yang asal fardhu dan juga inilah Tajali waktu maka sembah Ali Ya Junjunganku.Apa sebab Subuh 2 rakaat,zohor 4 rakaat,asar 4 rakaat,maghrib 3 rakaat dan isyak 4 rakaat.Maka sabda nabi,Ya Ali,Subuh 2 rakaat kenyataan zat dan sifat,waktu zohor 4 rakaat kerana tajali Tuhan 4 perkara Ujud,Ilmu Nur,Suhud.Waktu Asar 4 rakaat kerana 4 perkara,Tanah,air,api,angin.Waktu maghrib 3 rakaat kerana tajali 3 perkara Ahdah,Wahdah,Wahdiat ertinya Allah,Muhammad,Adam(Zat,Sifat,Af‟al).Waktu Isyak 4 rakaat kerana tajali Hamba itu 4 perkara ( Di,Wadi,Mani,Maknikam ). SoalJika ditanya orang mana asal sembahyang itu?
Jawab:Adapun asal sembahyang itu ( 4 ) Tanah,air,api,angin. SoalJika ditanya orang apa perbuatan sembahyang itu? Jawab:1) Kiyam yakni berdiribetul 2) Rukuk 3) Sujud 4) Duduk iaitu yakni tetap. Maka kiyam itu yakni berdiri betul iaitu af‟al api,kerana api menyala betul berdiri. Rukuk itu pula af‟al angin kerana angin itu condong betul. Sujud itu af‟al air kerana air itu menolak kebawah dan duduk pula af‟al tanah kerana tetap dibawah. SoalJika ditanya orang 5 waktu itu keluar daripada apa? Jawab:Bermula 5 waktu itu keluar daripada Alif,Lam,Ha,Mim,Dal.( 5 huruf ) SoalJika ditanya orang 5 waktu keluar dari apa,Zohor,asar,maghrib,isyak? Jawab:Adapun waktu zohor itu daripada huruf ( Alif )Asar itu daripada huruf ( Lam ),Maghrib itu dari huruf ( Ha ),Isyak itu dari huruf ( Mim ) waktu subuh pula dari huruf ( Dal ). SoalJika ditanya orang apa sebab bacaan waktu zohor dan asar tidak dinyaringkan dan apa sebab waktu maghris,isyak,subuh bacaan dinyaringkan? Jawab:Sebab waktu zohor keluar dari huruf ( Alif ).Waktu Asar keluar dari huruf ( Lam ) maka huruf alif dam huruf lam keluar daripada lafaz nama Allah.Kerana Alaah Taala tiada bertakyin kerana batin adanya.Maka sebab itulah sembahyang zohor,asar itu disembunyikan yakni tiada dinyaringkan.Adapun waktu maghrib,isyak,subuh itu dinyaringkan kerana waktu yang 3 itu keluar daripada huruf ( Ha,Mim,Dal )kerana 3 huruf ini huruf Muhammad ( SAW ) Kerana Muhammad itu tuhan takyin dan segala takyin itulah mengzahirkan nama Allah dan takyin itulah juga menyatakan zat,sifat,af‟al daripada nyatanya. Itulah sebab sembahyang maghrib,isyak,subuh dinyaringkan,kemudian disembunyikan segala takyin itu daripada takyin.Maka kembalilah kepada takyin seperti sabda nabi(Alan Kama) kata takyin sekarang pun dahulu jua tiada bertakyin juga.Kerana zahir itu kembali kepada yakin pertamanya.Maka kita bertafakur kemudian disunyikan,barangsiapa tahu akannya hakikat yang demikian,maka tahulah ia akan hakikat sembahyang.Sekian adanya. Bismillahhirrohmanirrohim
Ini pasal menyatakan kiblat orang sembahyang itu 3 perkara:1) Kiblat tubuh 2) Kiblat hati 3) Kiblat nyawa 1) Adapun kiblat tubuh itu atau kiblat dada itu kaabah,maka segala orang yang sembahyang hendaklah mengadapkan kiblat ini.Jikalau tiada kiblat ini maka tiada sah sembahyangnya.Maka hendaklah dadanya,segalanya anggotanya,urat,daging,darah,tulang semua segala anggotanya sebab difardhukan oleh Allah Taala segala orang islam mengadapkan dia maka sah sembahyangnya. 2) Kiblat Hati:-Adapun kiblat hati itu kepada tuhan Kaabah Allah maka hendaklah kita iktikadkan Allah Taala tiada dikanan,tiada dikiri,tiada dihadapan,tiada dibelakang,tiada diatas,tiada dibawah bahkan tiada ditentukan disuatu tempat ia jua melainkan meliputi alam selian ( Ahadon Shomadan ) seperti firman Allah ( Wallahhumuhithom Anil alamin ) ertinya-Allah meliputi alam sekelian.Firman Allah lagi ( Wahuwa ma‟akum A‟innama Kuntum ) ertinya-Allah jua suatu kata barang dimana saja kamu berada adalah tuhan kamu,jikalau demikian itu nyata bahawa Allah itu tiada ditentukan akan tempat kepadanya.Suatu tempat tetapi ia hadir jua.Maka keadaan demikian itu iktikad kita inilah yang dikehendaki hati kita. 3) Kiblat nyawa:-Adapun kiblat nyawa itu pula sentiasa ia tiada bercerai dengan tuhannya kerana anugerah oleh tuhannya.7 sifat iaitu hayat dihantarkan kepada nyawa kita maka hiduplah dengan yang hidup maka dihantar pula ilmu kepad Hati kita maka tahulah kita dengan yang tahu,maka dihantar pula kudrat kepada anggota kita maka kuasalah kita dengan kuasanya,maka dihantar pula iradat kepada nafsu kita jadi berkehendaklah kita yang berkehendaknya.Maka dihantar pula Samak kepada telinga kita maka mendengarlah kita dengan yang mendengarnya,maka dihantar pula Basar kepada mata kita maka melihatlah kita dengan melihatnya maka dihantar Kalam kepada kita maka berkata-katalah kita denagn berkata-katanya.Maka ditakyinkan kepada iktikad kita yang berkata-kata inilah Allah Taala.Apabila engkau ketahui hal yang demikian maka hendaklah engkau ketahui fanakan dirimu itu segala perbuatanmu itu didalam Af‟al Allah semata-mata maka hapuslah,karamlah,lenyaplah sifat itu didalam sifat Allah.Maka sifat Allah semata2 tiada sekali2 sifat kita,maka hapuskanlah zat sifat kita didalam zat Allah.Biarlah tinggal zat Allah semata2 kerana kita tanah kembali kepada Adam sedia kala. Maka kata olehmu ( Allah Hu Akhbar )itulah bernama sembahyang orang ( KhasulKhas ) namanya maka peroleh makam fana jati dan makam Tabdul Kalam Allah.Jikalau tiada demikian maka tiada sah sembahyangnya maka tiliklah sembahyangnya.Ia menyembah huruf dan suara dan menyembah bayang yang Asa.Maka sempurnalah ibadatmu dan amalan mu itu kepada Allah Taala kerana inilah dinamakan sembahyang-Hai saudaraku,ketahuilah olehmu akan sempurna sembahyang itu tiada sah sembahyang itu tiada niat,dan ikhlas,melainkan dengan
hati dan tiada diterimanya hati itu dengan ilmu dan takyin.Adapun erti hati itu Ikhlas ilmu dan makrifat itu ialah rohani,maka ketahuilah olehmu bahawa sekelian perbuatan itu dengan niat dan tertib.Tertib itu daripada Qasad dan Qasad tertib itu daripada hati yang tatif iaitu rohani. Adapun cita2 terdahulu daripada niat dan Qasad itu pula 3 bahagi 1) Qasad nafsu 2) Qasad kiblat 3) Qasad roh Adapun Qasad roh didalam rahsia adapun tatkala berdiri sembahyangnya itu maka kita hapuskan dan lenyapkan perbuatan kita didalam af‟al Allah,maka tinggallah af‟al Allah semata2 dan kudratnya.Maka kata olehmu Allah Hu Akhbar makam hanaak jati dan makan pana mikraj mikraj tabdul dan makam Islam maka peroleh lazat dan citarasa baginya. Ketahuilah olehmu bahawasanya jalan kepada Allah Taala itu 4 jalan 1) Jalan Syariat 2) Jalan Tarikat 3) Jalan Hakikat 4) Jalan Makrifat Adapun syariat itu kata2 nabi2 Tarikat itu perbuatan Nabi Hakikat itu tempat kediaman nabi Makrifat itu ialah rahsianya. Adapun istana syariat itu lidah,Istana tarikat itu hati,Istana Hakikat itu nyawa,Istana Makrifat itu kelakuan Nabi.Meliputi dengan semata2 sekelian alam inilah dinamai jalan yang 4 itu.Maka hendaklah kita ketahui dan kenal dengan hatinya. Bermula syariat itu kerja tubuh,tarikat itu kerja hati,hakikat itu kerja nyawa dan makrifat itu kerja rahsia. SoalJika ditanya orang apa dijunjungan islam? Jawab:Adapun dijunjung oleh islam itu Titah yang 4 bahagi 1) Syariat yang dijunjung oleh anggota islam 2) Tarikat dijunjung oleh hati islam 3) Hakikat dijunjung oleh nyawa islam 4) Makrifat itu dijunjung oleh orang yang mengetahui islam yang 4 Maka inilah orang yang dinamakan ( Sho Fi Daari ) ertinya hidup kepada 2 negeri maka orang inilah dinamakan orang segala orang yang arif ( Ya Allahi Khasu Khass)ertinya pilihan dan mukmin shodiq mukmin yang sebenar maka inilah yang dikatakan bergantung pada tali Allah.Allah yang tiada berputus musyahadah dan muqabalah dan muraqabah dengan hak Allah Taala daripada Aadam kepada ujudnya.Daripada ujud
kepada aadamnya tiada bercerai tiada bertemu tiada lain daripadanya.Dan lagi Allah Taala menjadikan sembahyang seperti nabi Ahmad Muhammad pun namanya.Maka Ahmad itu 4 huruf Alif,Ha,Mim,Dal,maka berdiri itu seperti Alif,rukuk itu seperti Haa,Sujud seperti Mim,duduk seperti Dal,demikian 4 itu. Adapun tubuh manusia itu yakni tubuh Adam alai hissalam.Asal kejadian dari 4 anasir tanah,air,api dan angin. Adapun tanah itu tempat nyawa ujud Allah yang bernama Hakim ertinya yang tahu pada hukumnya.Adapun air itu tempat nyata ujud Allah yang bernama Muhyi yag yang hidup. Angin itu tempat nyata ujud Allah yang bernama Qaiyum ertinya yang kuasa.Api itu pula tempat nyata ujud Allah yang bernama Aazim.Maka hendaklah ditilik dan dilihat kamil mukamil itu seperti memilik ia kepada bercerai maka ia melihat berhimpun 4 itu kepada insan maka ia menilik kepada insan dilihat dengan mata hati pada insan ujud Allah yang bernama Allah inilah isyarat hadis nabi ( Man nazara ila Sai in Walam yarallah fi fahuwa batiun )Barangsiapa memilik kepada sesuatu tempat tiada dilihat Allah pada maka iaitu batal.Inilah arif kamil mukamil tiada berputus dirinya,hatinya,nyawa,dan rahsianya itu,berkehendak kepada yang bernama Allah. Adapun diri kita 2 bahagi 1) Diri berdiri 2) Diri terperi Maka berdiri itulah sifat kehambaan yang jadi daripada 2 ibubapa kita asal daripada mani,tatkala masuk kedalam rahim ibu 40 hari,nutpah namanya.Genap 80 hari Alagah namanya ertinya Darah berkumpul.Genap 120 hari Mudqah namanya ertinya daging tiada bertulang.Kemudian daripada manusia dirupakan Allah Taala akan dia yang kehendaki merupakan dia dan tanah sempurnalah kejadiannya. Maka dititahkan nyawa masuk kedalam dengan dikehendaki ,dan apakala masuk nyawa kedalam ibunya maka dikeluarkan Allah daripada perut ibunya kepada alam wasitah seperti orang yang telah jaga dari tidurnya.Maka dilihat tiada lagi rupa yang telah dilihatnya maka ia pun menangis.Sebab suaranya itulah bernama insan.Tatkala ia tahu menangis Muhammad namanyatatkala inilah dijadikan Allah ( Ahlil Sunnah Waljamaah ) Tatkala ia tahu menyusu ( Sipiah namanya ) tatkala ia tahu berkata-kata kitab namanya.Kerna tatkala itu nyata rupa semasa dalam kandungan ibunya inilah yang dikenalnya itu,tatkala ia pandai meniarap Hanafi namanya,tatkala ia tahu duduk Malik namanya,tatkala tahu berdiri Hambali namanya,tatkala ia boleh merangkak Syafie namanya.Inilah jalan aman yang 4 itu,dijadikan Allah Taala tatkala dalam peliharaan ibubapa tahu berlari Shorih namanya.Kerana tatkala itu suatu pun tiada menkhabarkan diri ada kelebihan didalam rahim ibunya. Maka tatkala sudah cerdik boleh berjalan berlari,pandai berkata2 maka tatkala itu leka ia dengan dunia dan lupa ia akan dirinya.Maka masuklah kedalam dunia ini hilanglah ilmu itu menunjukkan diri kita yang terperi itu Araad jua.Segala guna yang ada ini tiada kekal ia pada kedua masuk dan kurang itu 1 alam jasmani jua bukan alam rohani kerana alam jasmani itu tempat nyata alam rohani,ertinya ( alam jasmani,alam rohani ) maka telah ketahui bahawasanya keadaan kita insan bahawasanya alam rohani itu tetap selama2nya
Tiada berubah,tiada kurang daripadanya.Inilah diri kita dengan terperi dengan segala peri mulia.Adapun diri terperi itu tiada makan,tiada minum,tiada beristeri,tiada beranak,tiada beribu,tiada tidur,tiada mati,maka diri kita inilah dikurniakan Allah Taala sifat 2 x 7. Maka dengan sifat inilah diri berdiri itu umpama perahu diperintah oleh nahudanya.Masing2 perahu masing2 nahudanya.Adapun sifat 2 x 7 dikurniakan Allah Taala kepada roh iaitu sifat Ma‟ani dan sifat Maknawiyah itulah dikurniakan Allah Taala roh kita supaya kuasa memerintah jasad kita.Semata2 wayang kulit.tiada yang empunya perintah melainkan dengan perintah Tok Dalang jua.Dan roh adalah umpama menutup dalang itu jikalau tiada pesawatnya.Nescaya tiada akan zahir hikmatnya memandang pesawat itu.Maka hendaklah Makrifat yang tahkik kerana dalang itu tiada bercerai dengan wayang dan wayang itu tiada bercerai dengan dalangnya.Seketika juapun,jikalau bercerai nescaya binasalah wayang itu.Demikianlah juga keadaan hamba denagn Tuhan.Sentiasa tiada bercerai daripada asal datang kepada Abda‟ inilah firman Allah. (Wahuwa Maakum Anama kuntum ) ertinya Allah serta kamu barang dimana kamu.Dan martabat Sani pun serta kita maka Allah Fardhukan kita pandangan jangan lalai serta hamba dengan tuhan daripada azali datang kepada Abda‟,kemudian daripada itu ketahui olehmu akan nama Allah akan nama Allah dan Muhammad.Adapun nama Allah ini 4 huruf iaitu Alif,Lam,Lam Haa dihimpun (Allah).demikian suatu Allah dan lagi insan pun 5 jari kelingking huruf alif,jari manis huruf lam,dan jari tengah huruf lam akhir dan telunjuk dan ibu jari itu huruf haa.Demikianlah suatu Allah pada jari tangan kiri kanan dan kaki kiri kanan itu jua huruf insan itu nama ( Allah ) dan nama rasullullah kerana firman Allah didalam hadis Qudsi iaitu jasmani insan. Tubuh manusia,nafsu,hati,nyawa,melihat,lidah,tangan,kaki semuanya itu aku nyatakan bagi diriku maka tiada insan lain daripada aku dan tiada aku lain daripadanya.Maka sebenar2 insan itu Muhammad.Maka Allah Subhanawataala itu tajalilah ia kepada insan itu seperti firmannya ( Al insanin siri waana sirrhu ) ertinya insan itu rahsiaku dan rahsia aku rahsianya.Lagi ( Al insannu sirri wana sirri wasifatu la qairuh ) ertinya-insan itu rahsiaku dan sifatnya sifatku tiada lain daripadaku.Demikian kemuliaan insan kepada Allah Taala maka hendaklah ketahui keadaan rahsia Allah itu jikalau tiada ketahui nescaya didalam dosa yang amat besar seperti sabda nabi ( Ujuduka zambuu la yuqasabihi zambun ) ertinya-Adamu rasanya yang sebagai denagn dia rasa sentiasa rasa engkau,engkau didalam rasanya. Didalam kebaktian sekelian pun kerana kebaktian jikalau tiada ilmu maka tiada sempurnalah kebaktian kepada Allah Taala kerana ini sabda nabi ( Al ilmu rohu wal amal jasad ) ertinya-Ilmu itu nyawa dan amal itu tubuh yakni jikalau tiada nyawa maka tiada dapat tubuh itu bergerak.Demikianlah kebaktian pun jika tiada dengan tiada sempurnanya.Adapun nama Muhammad itu pada tubuh kita ada 4 huruf mim,haa,mim,dal.Adapun kepala kita huruf mim,tangan kita huruf haa,pinggang itu huruf mim akhir dan peha kedua itu huruf dal.Demikianlah didalamnya.Tiada lain daripada nama Allah dan nama Muhammad maka tiliklah nyata2 dengan memohonkan kerana Allah Taala tuhan yang sebenar2nya. Adapun rahsia itu tersembunyi nyawa,nyawa dan rahsia tersembunyi pada tubuh maka inilah ( Tanzil ) yakni pandangan turun pada taqwa.Yakni pandangan naik.Maka pandangan badan menunjukkan hati,hati menunjukkan nyawa,nyawa menunjukkan rahsia
dan rahsia menunjukkan ujud Allah Taala.Maka zikirlah ( Lailaha illa Allah ) tiada tuhan hanya Allah. Sabda nabi,barangsiapa tiada tahu akan sembahyang maka iaitu sia2lah sembahyangnya kerana sembahyang 5 waktu itu rasullullah empunya waktu,rasul 5 waktu Allah jadikan dia dahulu daripada 70000 tahun dahulu lamanya iaitu dari 4 bangsa Kudrat,Iradat,Rahmat,Hibatnya.Maka tilik Allah akan 4 itu menjadikan 5 rupanya iaitu Putih,kuning,merah,hijau.Bermula putih waktunya subuh.Kuning waktunya zohor,merah waktunya asar,Hijau waktunya maghrib dan hitam waktunya isyak.Semuanya ini pada tubuh manusia ( tubuh kita ) maka sebab itulah berdiri,rukuk,sujud,duduk kerana Allah Taala menjadikan Nabi Adam itu daripada 4 anasir iaitu tanah,air,api,angin.Maka berdiri itu peri api kerana api nyala tegak menjulang keatas,rukuk itu perbuatan angin betul condong,sujud itu perbuatan air kerana air itu mengalir kebawah dan duduk itu itu perbyatan tanah kerana tanah atau bumi.Demikianlah asalnya orang (Ahlul Hakikat ). Adapun berdiri itu daripada huruf alif,rukuk itu daripada huruf lam,sujud itu daripada huruf haa.tomakniah itu dari huruf mim,duduk itu dari hurf dal.Adapun asal waktu yang 5 itu daripada alif,lam,haa,mim,dal.Adapun waktu zohor itu huruf alif maknanya dari ujud waktu asar daripada hurf lam,makna daripada ilmu Allah.Waktu maghrib itu daripada huruf haa makna kudrat Allah,waktu subuh itu daripada huruf dal makna daripada sir Allah,maka dinamakan isyarat daripada zatnya,sifatnya,asmanya dan af‟alnya.Dan inilah sebenarnya sempurna tuhan namanya maka ketahuilah oleh akan waktu yang 5 itu.Kija tiada ketahui tiada sah pekerjaannya adapun pertama dijadikan Allah Taala hati dan mata inilah menjadikan waktu subuh,kemudian dijadikan Allah urat inilah menjadikan waktu zohor,kemudian dijadikan Allah tulan.Inilah menjadikan Maghrib.Kemudian dijadikan Allah roh inilah dijadikan Allah waktu jumaat maka inilah berhimpun puji dan sembah jua adanya. Adapun kemudian itu wahai saudaraku ketahuilah olehmu dunia dan akhirat akan perkataan ini ingatkan dan pandanglah didalam rupamu,berjalan,berdiri,bergerak,didalam sembahyang,didalam berkira.Jangan saudaraku lupakan pandangan itu seketika walaupun sekelip mata jua pun.Maka kenyataan ini tiada tahu oleh orang.Jikalau tiada guru yang kasih akan anak muridnya.Maka tiadalah dapat akan perkataan ini tiada boleh didengar oleh orang lain kerana ilmu kesudahan,maka tiada lagi dikata inilah nama ( Mahmu Utirida ) ertinya-perhimpunan rahsia yang mulia2. Inilah rahsia hamba kepada saudaraku maka hendaklah ingat baik2 jangan lupa walau sekelip mata jua pun seperti firman Allah ( Barang siapa tiada kenal akan milikku itu nescaya akan bakar akan dia dengan api neraka walau pun ia seorang alim sekalipun dan barang siapa akan ambil milikku,maka orang itu hampirlah ia dengan aku dan tiada terlindung dia dengan aku. Adapun yang bernama milik Allah itu iaitu segala sifat yang 7 pada kita itu ialah barang ujudnya.Maka barang tiada maujud melainkan dengan ampunya bayang2 maka bukan ia tetapi lain daripadanya.Maka wajiblah atas kita mengambil hak Allah yang daripada kita inilah sifatnya yakni jangan ada lagi hidup kita,tahu kita,melihat kita,dan kata2 kita melainkan hanya Allah Taala.Dengan hakikat hati jua bukan dikata dengan lidah menyebut zikir La Ilaha Illallah atau Hu Hu atau tatkala
duduk,berjalan,bergerak,diam,makan,minum,maka inilah lafaz menilik bagi Allah hendaklah kita pandang siang dan malam.Adapun kita ini bertubuhkan Muhammad Batin dan zahir,maka yang ada jadi pada tubuh kita hakikat kerana kejadian roh kita dan tubuh kita daripada Nur Muhammad nescaya Muhammad juga namanya.Maka tiada lain kepada hakikat dan jadi bertubuh yang batin dan zahir namanya itu kerana nama rahsia itu terlalu banyak.Allah pun namanya jua.Adapun sebenar2 sifat kepada kita inilah rahsia yang sebenar2 rahsia yang ada pada kita yang ketahui.Adapun jalan hakikat inilah ( Allah Hu Akhbar ) inilah sifat af‟al tiada lagi hati menyebut dan tiada lagi lidah berkata,hanya sifat Asma‟ hayat,ilmu,kudrat,iradat yang mengatakan.tiadalah hati lagi kerana rahsia Allah Hayat,Ilmu,Kudrat,Iradat nama rahsia Allah kepada batin kita memerintah roh2 memerintah hati.Hati memerintah tubuh,maka tubuh pun berlakulah berbagai2 kehendak memerintah sekelian itu,maka makrifat ada dengan sendirinya tiadalah dua ,tiga.Hanya Allah memuji dirinya sendiri tiadalah kita lagi rasa hati dan tubuhnya maka jangan diingatkan lagi hanya Allah yang ada itu kerana Allah yang bernama rahsia itu kehendaknya kita menjadi serasi dengan dia.Jikalau tiada serasi siapa kita hendak lagi kerana rahsia yang dapat melihat Allah Taala mengenal Allah,Memuji Allah,hendaklah bagi kita rahsia Allah kepada kita itu jadi serasi yang hendak berzikir berbagai2 rahsia Allah.Seperti Sabda Nabi: Asal kejadian itu 4 anasir iaitu tanah,air,api,angin.Turun kepada kita tanah itu tubuh kita,angin itu nafas kita,api itu darah kita.air itu rahsia bg kita..Maka inilah mengenal diri namanya.Kejadian tanah itu bernama syariat,kejadian angin itu bernama tarikat,kejadian Api itu bernama bernama hakikat dan kejadian air itu bernama makrifat.Inilah mengenal diri namanya.Maka syariat itu umpama kaki,tarikat itu umpama tangan,hakikat itu umpama tubuh,makrifat itu umpama kepala.Maka tiadalah ia bercerai hendaklah kita hilangkan bicara tubuh dirahsiakan inilah fana namanya.Maka tiadalah boleh bercerai2 hanya ada Allah sendiri kerana dilihat mengatakan ( La Yakrifu Allah Ilallah )ertinyaTiada mengenal Allah hanya Allah maka tiada dapat kita mengenal Allah kerana tiada kita melihatnya. Adapun yang kata berbagai2 itulah rahsia Allah kepada batin dan zahirnya kita mengatakan ( La Ilaha Illa Allah ) itulah rahsia Allah yang mengatakan rahsia ertinyaTiada lagi hatinya dapat mengenal Allah hanya rahsia Allah saja yang dapat mengenal maka berganti2lah tubuh dan hati itu tiada lagi menyebut hanya Allah dengan rahsia jua iaitu yang ada pada jalan makrifat. Tatkala mengata ( Allah Hu Akhbar ) itu hanya Allah yang ada menyebut jangan ada lagi rasa berbagai2 yang diingatkan batin dan zahir hanya Allah saja maka hilanglah cita2 yang lain hanya Allah yang ada pada makrifat itu.Maka hairanlah kita tercengang2 setelah itu Allah tahukan dirinya dan tiada tahu akan tuhannya.Jikalau lagi kata didalam hati kita menyebut itu dan yang disembah itu Allah maka jadi dua,belum lagi ada rasa,jikalau anugerah Allah akan hambanya mengerti pengajaran itu menjadi asa jikalau kita zikir atau sembahyang.Jangan berbeza lagi.Jika mengatakan ( La Ilaha Illa Allah ) Rahsia Allah kehendaknya Allah memujinya sendiri dan hati memujinya dirinya Allah,jangan lagi kata hati memuji itu hanya rahsia Allah juga memuji dirinya beza yang dipakai oleh Aulia Allah sekelian .Maka tiada lagi makrifat kita.Hanya sendirinya dengan rahsianya dan kehendaknya maka inilah Fana pada Allah dan Ya Allah,jikalau sudah rasa kepada Allah maka tiada bercita2 kepada yang lain lagi.Maka hendaklah wahai saudaraku sekelian pagi dan petang,siang dan malam,dunia dan akhirat,hidup dan mati jangan
berubah lagi.Adapun yang bernama alam sapiir itu didalam otak kita kerana otak kita itu tempat nyata roh kita yang bernama alam sapiir itu kerana alamnya. Adapun yang bernama alam kabir itu pula ialah tubuh yang nyata diperintah rahsia Allah tempat nyata roh.Adapun tempat segala perintah itu daripada tengah hati kita maka berkehendaklah hati kita berbagai2.Adapun rahsia itu pula didalam pesaad ertinya didalam jantung kita.Maka inilah namanya Allah,maka inilah rahsia zat kerana disana tempat nyata segala kehendak Allah,maka Siir kita itu namanya sifat batin,didalam tubuh kita bernama sifat zahir jua sekelian adanya. Adapun masa tidur,Adapun masa kita tidur itu hilang segala rasa sebab tiada diperintah rahsia Allah jangan hendak berbagai2.Ingatkan diripun tiada.Hanya yang ada hayat kerana rahsia Allah itu jadi berkehendak kepada manusia dan segala binatang.Jika tiada Batin dan zahirnya itu berkehendak baginya.Maka roh itulah yang bernama manusia bernama tubuh pada sekelian aulia Allah.Maka roh itulah bernama makrifat yang dapat berjalan batin dan dapat melihat batin,yang demikian itu roh itulah melakukan perintah rahsia Allah orang yang sudah sampai ilmunya itu bertubuh Idofi bertubuh akan (Muhammad) sekian jua adanya. Sekian saja hamba menulis sebuah kitab ini iaitu sebuah kitab Arwah Tokku Paloh yang telah diturunkan kepada anak muridnya yang dikasihi. Sekian Terima Kasih. LikeUnlike · ·Follow postUnfollow post · 6 hours ago 3 people like this..
Dyah Mika Syukur Alhmdulillah, Terima Kasih Nizzam.6 hours ago · LikeUnlike.Nizzam Shahiibul-Karibb Maaf...dlm islam tiada disebut sembahyang....tolong tukarkan pada perkataan solat.6 hours ago · LikeUnlike.Dyah Mika Benar tu Nizzam, Perkataan Sembah Hyang di petik drp perkataan bahasa agama Hindu yg bermaksud Sembah Sang Hyang Dewata Raya maka di pendekan kpd SembaHyang. Sangat Berbeza Dg Solat atau Solah yg bermaksud penceraian dan penyatuan setiap Ib...adat yg di lakukan dlm tata cara hidup yg di namakan Addin menurut Al Quran. Jika ada apa2 kekurangan dan kesalahan dlm penjelasan saya ini tolong tambahkan atau pun berilah jalan semuga saudara2 disini dpt manfaatkan bersama. Terima Kasih Nizzam dan sahabat2 yg lain sedia mengirimkan menuskrip lama untuk berkongsi dg kami semua disini. Mudah2an Saudara2 Sekalian dpt memelihara laman ini sebagai teman karib. Insya Allah Ta'ala manalah tahu akan terbentuk nya satu laman Insan Yg Di Pilih Allah SWT. WallahuA'lam. Ya Allah Ya Rabbi Pimpin Lah Aku dan Saudara2Ku Sekalian KeJalan Di Redhai Dlm Rahmat Engkau Ya Allah Ya Rabbi. Amiin, Amiin, Amiin, Ya Rabbul Alamiin.See more4 hours ago · LikeUnlike.TokJabat Hj Nazri kawan kawan semua dah baca ke belum karangan kitab di atas ...ini petikan nya pasal sembahyang .... "SoalJika ditanya orang sembahyang itu dengan solat,satu nama...kah atau berbeza? Jawab:-
Adapun pada pihak lafaznya itu berbeza tetapi pada pihak maknanya satu jua.Tetapi yg dinamakan solat itu penerimaan adapun dinamai sembahyang itu pada pekerjaan yg zahir."See moreabout an hour ago · LikeUnlike · 1Loading....TokJabat Hj Nazri cuma lafaz berbeza....selagi jasad, hati iktikad menghadap kepada Allah sebagai bukti menyatakan kehambaan kepada NYA...buboh lah nama apa sekali pun...kenapa kita dok cari makna dan istilah yang menjurus kepada yang lain ...selagi kita faham sembahyang itu merujuk mengadap jasad dan rohani kepada Allah maka tiadalah ada lagi dakwa dakwinya yang nak bangsakan kepada yang lain nya..about an hour ago · LikeUnlike.Dyah Mika Ya, benar tu Tok Jabat. Ada pun di kalangan orang Melayu menyebut Sembah dan Yang, yg membawa maksud Sembah Yang mana? dari perkataan Hyang dg tersendiri sudah berubah menjadi Yang. Hanya perkataan Hyang dan Eyang ada perbezaan maksud pula.... Hyang di maksudkan kpd penyembahan Dewa dan Eyang dimaksudkan sembah kpd yg tua. Ada lebih baik kita lupakan saja soal ini dan kembali kpd saranan Tok Jabat. Keterangan diatas hanya menambah pengetahuan sahaja. Don't too hard my brother....Hee...Hee....See moreabout an hour ago · LikeUnlike.TokJabat Hj Nazri minta maaf lah saudara2 kalau terkasar bahasa..bukan bermaksud begitu...sama sama lah kita belajar, terima kasih tak terhingga kepada sudara Nizam kerana malempirkan kitab Tok Ku Paloh ...lama dah dok cari sumber ...tapi tak ketemu.