SET 1 Soalan 3: Pengetahuan Pengetahuan dan Kemahiran Kemahiran Bahasa
[30 markah] markah] Jawab semua soalan
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)
pulang pulangan memulangkan mansuh pemansuhan memansuhkan [6 markah] markah]
(b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. Kumar Daniel Kumar Daniel Kumar Daniel
: : : : : :
Daniel, kau nak ke mana? Tak ke mana-mana. Aku nak ambil angin sekejap. Wah, Daniel hebat kau sekarang! Semua soalan fizik tadi kau boleh jawab. Mana ada? Biasa aje. Apa rahsia kau semakin bijak ni? Kongsilah dengan aku. Tak adalah. Aku cuma buat ulangkaji dan belajar dengan dengan abang aku aje. [6 markah] markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan . Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) (ii) (iii)
Pasar raya besar itu meletak papan tanda khas bagi memudahkan pelangan mereka membeli produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Pengalaman luas dalam bidang akaun menjadi batu loncatan kepada wanita tersebut untuk menerajui syarikat konglomerat yang tersuhur itu. Kumpulan jurutera tersebut berlepas ke Jerman pada minggu lalu untuk mendalamkan kemahiran menggunakan jentera berteknoloji tinggi dalam industri cari gali minyak. [6 markah] markah]
SET 1 (d) Dalam (d) Dalam ayat-ayat di bawah bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa . Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) (ii) (iii)
Kegiatan luar anak-anak perlulah ibu bapa awasi secara meluas agar mereka tidak terpengaruh dalam masalah sosial. Ilmu tentang kehidupan merupakan pengalaman yang berguna kepada para remaja untuk merempuh kehidupan di masa akan datang. Pihak Kementerian Kesihatan sentiasa mengalu-alukan pemberian darah daripada orang ramai supaya membantu menyelamatkan nyawa pesakit. [6 markah] markah]
(e) Isi tempat kosong di bawah dengan menggunakan menggunakan peribahasa yang sesuai dengan dengan maksud ayat tersebut. Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerjasama bagai …………….(i)……………… Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana …………..(ii)………………… …………..(ii)………………….. Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana …………….(iii)………………. [6 markah] markah]
SET 1 Skema Jawapan Soalan 3 Markah penuh dibahagikan kepada: Soalan 3(a) 3(a) : : 6 markah Soalan 3(b) 3(b) : : 6 markah Soalan 3(c) 3(c) : : 6 markah Soalan 3(d) 3(d) : : 6 markah Soalan 3(e) 3(e) : : 6 markah Perhatian bagi soalan 3(a)
1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul. 2. Tolak 1 markah bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca baca daripada keseluruhan soalan. 3. Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, peribahasa, berikan 0 markah. 4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, khas, berikan 0 markah. 5. Sengaja menambah imbuhan, berikan 0 markah. 6. Jika memberikan makna dan dan tepat maknanya, berikah markah penuh 1 markah. 7. Ayat yang dibina dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat. 7. Jika semua perkataan digunakan digunakan dalam satu ayat, berikan berikan pertimbangan sebagai satu ayat. 8. Boleh menggunakan menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. 9. Idea tidak jelas, berikan 0 markah. Jawapan 3(a) (i)
(ii)
pulang 1. pergi ke tempat asalnya 2. balik 3. kembali pulangan 1. hasil daripada 2. pendapatan
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
memulangkan 1. mengirimkan ke tempat asalnya
2. menyusun/ mengatur semula, memulihkan semula 3. merujukkan, menyerahkan (kepada) mansuh 1. tidak berlaku lagi 2. batal 3. ditiadakan pemansuhan 1. perbuatan memansuhkan 2. pembatalan 3. penghapusan memansuhkan 1. menjadikan tidak berlaku lagi, membatalkan 2. menghapuskan, meniadakan
SET 1 Jawapan 3(b) Menukarkan Cakap Ajuk Kepada Cakap Pindah Kumar menegur Daniel dan bertanya tentang tempat yang ingin ditujuinya. Daniel berkata dia tidak ke mana-mana, cuma hendak mengambil angin sebentar. Kumar menyatakan kekagumannya dan memuji kehebatan Daniel menjawab semua soalan fizik sebentar tadi. Daniel menafikannya dan mengatakan bahawa perkara tersebut biasa sahaja baginya. Kumar bertanyakan rahsia Daniel yang semakin bijak dan memintanya berkongsi rahsia tersebut. Daniel menyatakan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa rahsia, cuma mengulangkaji pelajaran dan belajar dengan abangnya sahaja. [6 markah] Jawapan 3(c) Kesalahan ejaan dan imbuhan
(i)
meletak pelangan
-
meletakkan pelanggan
(ii)
akaun tersuhur
-
perakaunan tersohor
(iii)
mendalamkan teknoloji
-
mendalami teknologi [6 markah]
Jawapan 3 (d) Kesalahan kata atau istilah dan tatabahasa (i) meluas – meluas – menyeluruh menyeluruh ibu bapa awasi – awasi – diawasi diawasi oleh ibu bapa
(ii)
merempuh - menempuh di – di – pada pada
(iii)
pemberian - pendermaan supaya - untuk [6 markah]
Jawapan 3 (e) Peribahasa
(i)
Bagai aur dengan tebing / Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
(ii)
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
(iii)
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat / Muafakat membawa berkat. [6 markah]