www.ghousekhan.blogspot.com
2014
Kumpulan bukti kukuh Mengenai Kiyai Gaos bukan seorang Mursyid TQN Suryalaya yang Sah. 17 bukti zahir mendokong hal demikian.1 1- Isyarat jelas dari Mursyid Kamil Mukamil –Pengersa Abah Anom. Pengersa Abah Anom – dalam tangisannya yang kuat ( tidak pernah dilihat sekuat itu oleh khadamnya yang telah berkhidmat lebih dari 30 tahun ) , apabila di tanya kenapa Abah ? – Abah menjawab ‘Gaos ngak nurut’ ( ke dalam thoriqahnya ) . ini berlaku pada tahun 2003 di luar Indonesia. 2- Pesanan Mursyid kepada Pengemban Amanah kedua. Guru kita Abah Anom berpesan kepada adiknya Kh Hj Nur Anom Mubarak : ‘Mari kita amalkan TANBIH hasil mujahadah guru kita selagi masih lagi ada umur, kelak akan ada SETAN GENTAYANGAN di Thariqat kita’. 3- Wasiat Pengersa Abah sebelum wafat. Apabila mendekati waktu wafat, beliau berpesan kepada seorang putranya : Awasi Aos ! 4- Kiyai Gaos tidak menjunjung cadangan Mursyidnya. Dari Ilbasul Khirkoh’...Sabda Ajengan Gaos, suatu saat ketika akan manakib, Pengersa Abah Bilang, ‘Goreskan Manakib itu sedikit". maka Pangersa Ajengan Gaos bersabda dalam khidmat ilmiahnya. "mankobah yang dibaca ini bukan hanya berlaku bagi Tuan Syeikh Abdul Qadir al-Jaelani Qs, tetapi berlaku pula bagi syekh yang ada didepan kita". Usai manakib Pangersa Abah bilang dimadrasah ; '' Aos jangan terlalu depan" Bahasa Pengersa Abah itu disanggah Kiyai Gaos sambil berkata : 'ITU HAK SAYA ABAH. 5- Siapa yang mengaku dirinya Mursyid, artinya bukan. Ajengan Beben Wakil Talqin Suryalaya menegaskan ; barang siapa mengaku atau mengklaim dirinya sebagai Mursyid kepada khalayak ramai .... dirinya sendiri yg mengangkat sebagai Mursyid sudah dipastikan tidak akan jadi... !!! kalaupun jadi maka jadilah Mursyid gadungan, mursyid jadi jadian, mursyid palsu.......'' 6- Mempermainkan Wali Allah – Abah Akeh.
1
Dalam syara’, satu bukti zahir yang sohih lebih kukuh dari 1000 mimpi.
1
www.ghousekhan.blogspot.com
2014
Dari Heri Deden : Pangersa Akeh pernah bertanya kepada KH. Abdul Gaos SM ( Aos ).... Aos apakah benar kamu mengaku mursyid ?? kata Aos : ‘ tidak pangersa akeh’ Pangersa Akeh berkata ''kalau begitu bilang sama pengikutmu kalau kamu bukan Mursyid Tqn Suryalaya !!! Kata Aos lagi biarkan saja,,, itulah kesombongan Aos terhadap wali ALLAH,,,na'uzubilahhimindzalik... 7- Pemberian Nama Pesantren dari seorang Mursyid Kasyaf Pengersa Abah dengan kehebatan hikmahnya dan firasat memberikan nama Pesantren Kiyai Gaos dengan nama Sirnarasa , yang membawa makna ‘Hilang Ma’rifat’ atau ‘’Terbenam Cahaya Suryalaya’ sebagaimana yang ditafsirkan salah seorang pengikut Pesantren Sirnarasa sendiri. 8- Pemberian Nama Masjid berlainan dengan yang lain. Pengersa Abah juga memberikan nama bagi sebuah Masjid tempat bimbingan Kiyai Gaos dengan nama sebutan ‘ Baitu Sirri ‘ yang berarti ‘Rumah Rahsia’ , sedangkan Masjid Masjid Allah semuanya Rumah Nyata kerana dilaungkan azan dan solat berjamaah. 9- Tidak ikut Pesanan Mursyid : Antara tausiyah Pengersa Abah kepada seluruh para ikhwan TQN ialah ayat yang di baca : wa’tasimuu bihablillahi jamiián walaa tafarraquu....... Yang berarti : Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah ( silsilah ) jangan berpecah belah... Dengan membiarkan para pengikutnya menganggapnya mursyid...cukup memecahbelahkan para ikhwan kita.
10- Selaku Murid Yang Tidak Ikut Arahan Mursyid. Sudah tentu seorang Mursyid Kamil Mukamil sudah dapat melihat perkara perkara yang bakal berlaku sebelum timbul Mursyid yang sah nanti , makanya Pengersa Abah telah meletakkan Pengemban Amanah untuk melestari, memastikan kebajikan para ikhwan TQN 2
www.ghousekhan.blogspot.com
2014
terjamin. Secara jelas Pengemban Amanah ketika ini ialah Kiyai Hj Zainal Abidin Anwar , beliau telah beberapa memanggil Kiyai Gaos untuk mendapatkan maklumat mengenai pengakuannya tapi Kiayi Gaos tidak menghiraukan permintaan Pengemban Amanah ini. Dengan tidak menghiraukan keperhatinan Pengemban Amanah berarti Kiyai Gaos tidak memberikan perhatian kepada arahan Mursyid.
11- Melanggar Ijma Para Wakil Talkin, Keluarga Abah Sepuh dan Abah Anom Pengemban Amanah dengan tawadhu’ meminta para wakil talkin untuk melakukan tawajuh sekali lagi serta berrabitah ke Abah untuk melihat mungkin mungkin Kiyai Gaos ini Mursyid yang di nanti nantikan. Selepas mereka pulang ke tanah air masing masing dan beristikharah, ketika pertemuan para wakil selanjutnya mereka memberikan hasil dapatan, ternyata sangat mengkagumikan , semua wakil talkin mengeluarkan dapatan yang sama tiada seorang yang terkecuali iaitu : Abah masih menggengam kita. 12- Melanggar Ijma para ulama satu kekufuran. Melanggar kesepakatan para wakil talkin PP Suryalaya walaupun dalam hal thoriqah juga termasuk satu kekufuran kerana Thoriqah Qodiriyah Naqsyabandiyah yang berpusat di PP Suryalaya hanya merujuk kepada ulama ulama ini sahaja, bukan ulama Tasauf lain thoriqah, bukan JATMAN dan bukan Persatuan Thoriqah Sedunia.
13- Tidak Mencontoh Abah dalam kemursyidan Salah satu cara melihat gaya kemursyidan Kiayi Gaos sangat berlainan dengan tatakarama Mursyid TQN kita. Abah Anom tidak melantik wakil talkinnya selepas menjadi Mursyid TQN selama 16 tahun , oleh kerana beliau masih memerlukan perkhidmatan mereka dalam menalkin zikir sehingga akhir diantara mereka wafat. Kiyai Gaos melantik wakilnya walaupun wakil talkin Abah masih hidup dan masih aktif berkhidmat kerana Allah swt, malah hubungan diplomasinya dengan para wakil Abah Anom nol.
14- Semangat yang jelas dalam bersaing dengan Suryalaya. Banyak dilihat kemampuan Kiyai Gaos yang ‘luarbiasa’ sehingga tersenarai 10 macam kemampuan hebat oleh salah seorang ‘kiyai’di bawah bimbingannya. Antara yang jelas: Abah Anom mula melantik wakil talkinnya pada tahun 1972 dan apabila tahun 2003bilangan wakil talkinnya mencapai 40 orang semuanya ..satu proses yang lama iaitu 31 tahun dan terkumpul sebanyak 40 wakil talkin. 3
www.ghousekhan.blogspot.com
2014
Kiyai Gaos telah melantik 41 wakil talkinnya dalam masa kurang setahun.
15- Menggelirukan Masyarakat Umum Kiayi Gaos telah memaklumkan kepada para muridnya demi untuk menguatkan keyakinan mereka, bahawa Abah Anom telah memberikan kertas Rajah silsilah TQN dan nama beliau pada urutan 38. Apabila di kaji dan diselidiki ternyata kertas yang diberi Abah kepadanya adalah apa yang Kiyai Gaos minta dari Abah sebelumnya untuk melihat kertas rajah silsilah keluarga antara dirinya, Abah dan uwak Kiayi Gaos yang pernah menjadi guru Abah dalam ilmu hikmah satu ketika dahulu. 16- Pengakuannya Sendiri Ketika menyampaikan khidmat ilmiah dalam majlsi manaqib di Masjid Istiqlal, Jakarta, Kiyai dengan lantang jelas mengatakan : Tidak ada lagi Mursyid ke 38, soalnya tiang Madinah Cuma ada 37. Siapa ngaku Mursyid itu Gadungan. Dengan beliau membiarkan para murid mencetak poster silsilah TQN PP Suryalaya dan meletakkan namanya di angka yang ke 38, adalah satu pengakuan senyap oleh Kiayi Gaos. Sila dengar sendiri : http://youtu.be/4_t3XMpj-Qw 17- Tiada Bukti Kukuh Yang paling terkuat dan pasti, tidak ada satu bukti jelas dari Pengersa Abah, keluarga Abah , wakil talkin dan pengemban Amanah sesuatu pesanan , sesuatu isyarat jelas yang menunjukkan beliau seorang mursyid yang sah, malah yang terkumpul disini adalah sebaliknya. Dalam adat pemindahan mursyid thoriqah Qodiriyah , seorang mursyid perlu menekan kuku ibu jari kanannya ke atas ibu jari penerusnya dalam satu majlis yang dihadiri semua para muridnya. Dalam adat pengalihan mursyid thoriqah Naqsyabandiyah pula, seorang mursyid perlu mengusap kepala penerusnya dilakukan secara privasi. Adat dalam thoriqah Qodiriyah Naqsyabandiyyah pula, tongkat kemursyidan adalah khirqah terbesar sebagai tanda kemursyidan. Tulisan ini bukan berniat menghina salah seorang wakil Abah dan tidak juga untuk mengkufurkannya, ia adalah penerangan bagi mereka yang bingung dan juga pemberitahuan kepada kita semua bahawa apabila maqam kita dinaikkan Allah swt, maka cubaannya pasti ada, ada yang 4
www.ghousekhan.blogspot.com
2014
lulus dan ada yang gagal dengan cubaan tersebut. Sultanul Auliya juga dicuba sehingga Iblis mengatakan ‘aku telah berjaya mengelirukan wali wali Allah sebelum kamu sebanyak 70 orang bilangannya, tapi kamu ‘sahaja yang berjaya.’
Membidas golongan ‘ sufi azraq’’ adalah wajib kerana merekalah yang mengotori nama baik Tasauf dan Thoriqah...sebagaimana yang dilakukan para ulama kita dalam kitab Talbis Iblis dan Ighathatul Lahfan oleh Imam Abu Faraj Aljauzi , juga karya karya Sheikh Nuruddin Ar-Raniri. Di kumpulkan oleh : Mohamad Ghouse Khan Surattee Ikhwan TQN 1982.
5