LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
DI TELEKOM MALAYSIA BERHAD, SIBU
ABSTRAK
Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).Pelatih disyaratkan lulus Latihan Industri sebelum ianya diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM. Pelatih diberi pilihan memilih sendiri tempat Latihan Industri ataupun melalui pilihan dari Unit Perhubun Perhubungan gan Latihan Industri Industr i di setiap Politeknik. Pelatih akan ditempatkan di organisa organisasi si tertentu selama satu semester. semester. Pelatih telah memilih Telekom Malaysia Berhad Sibu sebagai tempat untuk menjalani Latihan Industri bermula 29 November 2010 hingga 29 April 2011setelah permohonan diluluskan oleh organisasi tersebut. Di dalam laporan Latihan Industri ini pelatih akan menerangkan secara terperinci mengenai objektif Latihan Industri, maklumat tentang firma dan aktiviti atau tugasan yang telah dilakukan sepanjang menjalani Latihan Industri. Antara tugasan-tugasan yang dilakukan sepanjang tempoh 6 bulan menjalani Latihan Industri adalah seperti menghubungi pelanggan, melakukan kerja µjumpering¶, melakukan kerja penyambungan serta membaik pulih talian, mengaturcara telefon tanpa wayar [CDMA], menyambung menyambung dan memotong talian di Main Distribution Frame [MDF], mengenali Fiber Optik, melakukan penyambungan Fiber Optik, pergi ke tapak projek pemasangan dan penyambungan kabel, menyimpan data di dalam komputer,mengenali seksyen Data, memasukkan tetapan serta serta mengaturcara modem. Penggunaan peralatan pejabat pejabat juga merupakan merupakan perkara penting yang perlu diketahuai oleh pelatih sebelum memulakan sesuatu tugasan bagi memudahkan membuat tugasan kerja yang lain. Pelatih akan diawasi oleh Penyelia. Setiap tugasan yang dilakukan oleh pelatih akan diiringi dan mempelajari tugasan tersebut daripada kakitangan dan pegawai pejabat tersebut.
DEKLARASI
Laporan ini disediakan oleh saya sebagai bukti yang saya telah menjalani latihan industri di sini sepanjang tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik dalam bidang Diploma Teknologi Maklumat Rangkaian. Laporan ini adalah milik Politeknik Mukah Sarawak dan ianya tidak boleh diciplak atau di µedit¶ dalam apa carapun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Telekom Malaysia Berhad Sibu.
Sekian, ________________________________
PENGHARGAAN
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan. Syukur kepada Tuhan, Latihan Industri sepanjang 20 minggu ini dapat dijalankan dengan sempurna.Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengurus Telekom Malaysia Berhad, Sibu, Encik Anuar Manai kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menjalani Latihan Industri ini di Telekom Malaysia Berhad Sibu.Tidak ketinggalan kepada semua kakitangan Telekom Malaysia Berhad, Sibu yang prihatin dan komitmen dalam menjayakan Latihan Industri ini. Sepanjang penglibatan di dalam program Latihan Industri dan penghasilan laporan ini, banyak kerjasama, sumbangan dan bantuan dari segi nasihat, sokongan moral dan spiritual, dan bantuan teknikal telah disumbangkan daripada pelbagai pihak. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Robin Wan Kwong Yong dan Encik Harun yang telah sudi mengambil saya untuk menjalani Latihan Industri di Customer Service Management [CSM] serta Cik Lemba selaku Penolong Pengurus Recess Network Operation [RNO] Access Sibu yangmembolehkan saya menimba sedikit sebanyak pengalaman bekerja di sana. Ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Cik dan Cik, yang telah bertungkus-lumus membantu menjayakan program Latihan Industri ini dan juga telah banyak membantu menguruskan hal-ehwal Latihan Industri. Dan tidak lupa kepada ´mentor ´saya, yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan membantu saya menyiapkan laporan Latihan Industri ini. Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada semua ahli keluarga terutama kepada ayah dan ibu, yang telah banyak memberi galakan dan dorongan dari segi moral, rohani, fizikal dan kewangan. Kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya sepanjang tempoh Latihan Industri, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga sumbangan anda semua mendapat ganjaran daripada Tuhan Yang Maha Esa.
Sekian, terima kasih
ISI KANDUNGAN
BAB 1
1.1 PENGENALAN 1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI 1.3 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR
BAB 2 : ORGANISASI
2.1 LATAR BELAKANG ORGANISASI 2.2 VISI DAN MISI ORGANISASI 2.3. OBJEKTIF ORGANISASI 2.4 STRUKTUR ORGANISASI
BAB 3 : KERJA TEKNIKAL
BAB 4 : KOMEN DAN CADANGAN
BAB 5 : KESIMPULAN
BAB 1 : PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Politeknik Mukah Sarawak merupakan antara Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mengeluarkan ramai mahasiswi dan mahasiswa yang berpengetahuan tinggi dalam bidang teknikal, pengurusan IT malah dalam pengurusan peniagaan turut ditawarkan dalam pengajian di Politeknik Mukah Sarawak. Politeknik Mukah Sarawak telah mengeluarkan dua kategori pelajar yang akan menjalani latihan industri ini, iaitu pelajar Sijil semester tiga dan pelajar Diploma bagi semester empat. Latihan Industri merupakan sati komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar juga disyaratkan harus lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil dan Diploma Politeknik KPTM.
1.2
Objektif Latihan Industri
Politeknik memberi peluang kepada semua pelajar latihan industri untuk menjalani latihan industri ini selama satu semester. Dalam tempoh satu semester tersebut, para pelajar boleh mempelajari dan meluaskan ilmu pengetahuan dalam bidang yang dipelajari di tempat menjalani latihan industri ini. Namun sebelum para pelajar didedahkan dengan alam pekerjaan dan menjalani latihan industri, para pelajar akan dinasihati agar menjaga perlakuan diri dalam menjalani latihan ini bagi menjaga nama baik politeknik dan sentiasa menunjukan disiplin yang tinggi. Disiplin yang tinggi mencorakan jati diri pelajar semasa dalam alam pekerjaan kelak. Semasa menjalani latihan industri ini, para pelajar terlebih dahulu akan diajar oleh kakitangan pejabat sebelum melakukan sesuatu tugasan yang diberikan bagi mengelak para pelajar melakukan kesilapan. Tugasan yang diberikan haruslah setimpal dengan bidang pelajaran pelajar tersebut bagi memudahkan pelajar menambahkan pengetahuan beliau berkenaan alam pekerjaan yang bakal dialami pelajar nanti sewaktu bekerja.
Antara objektif latihan industi ini adalah seperti berikut; y
Mendekatkan para pelajar dengan mengalami situasi sebenar alam pekerjaan.
y
Meluaskan dan meyakinkan pelajar dalam bidang komunikasi bersama kakitangan dan pegawai pejabat atau firma tersebut.
y
Memberi pelajar untuk lebih berdisiplin dalam mematuhi etika dan peraturan tempat kerja yang telah ditetapkan di tempat kerja.
y
Pelajar dapat menambahkan perhubungan yang baik dengan melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pejabat atau firma berkenaan.
y
Menambahkan ilmu pengetahuan dengan perkara yang diuruskan oleh pejabat, jabatan dan firma berkenaan.
1.3
Kepentingan Latihan Industri kepada Pelajar
Latihan Industri adalah satu perkara yang penting kerana ia dapat memberi peluang kepada pelajar untuk melatih kemahiran yang telah dipelajari sepanjang pembelajaran di mana ia dapat diaplikasikan dengan berkesan. Ia juga membantu pelajar menghayati realiti kehidupan alam pekerjaan, selain memberi pengalaman dan pengetahuan terhadap perlaksanaan dalam realiti alam pekerjaan. Selain itu, meningkatkan kemahiran pelajar dalam berkomunikasi dan memberi keyakinan untuk menempuh alam pekerjaan pada masa akan datang. Latihan Industri juga merupakan satu cabang untuk membina keyakinan diri dan kendiri para pelajar bagi menghadapi alam pekerjaan yang sebenar.Latihan Industri juga penting, di mana pelajar dapat memanfaatkan pengetahuan yang dipelajari dan organisasi mengenai bagaimana organisasi beroperasi. Ia juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memperluaskan kemahiran serta pengetahuan yang dipelajari semasa latihan. Justeru, Latihan Industri ini turut memperluaskan pengetahuan tentang semua bidang walaupun tidak berkaitan dengan bidang yang diceburi.Keadaan seperti ini boleh dikatakan para pelajar mendapat ilmu tambahan, di mana ianya dapat digunakan apabila berada dalam situasi yang sebenarnya.Memperkenalkan pelajar Politeknik dengan pihak luar. Apabila pelajar menunjukkan kelakuan dan disiplin yang baik, ini akan meningkatkan nama institusi di samping dalam menjalinkan hubungan baik dengan pihak luar.
BAB 2 : ORGANISASI
2.1 : LATAR BELAKANG ORGANISASI
Telekom Malaysia Berhad (TM) merupakan syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara.Telekom Malaysia memegang hak monopoli untuk penyediaan rangkaian telefon talian darat serta mempunyai pegangan yang kukuh dalam pasaran komunikasi telefon mudah alih setelah mengambil alih Celcom Berhad dan mengabungkannya dengan perkhidmatan mudah alih sendiri, TM Touch. Telekom Malaysia pada asalnya dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan, Jabatan Telekom Malaysia (JTM).Telekom Malaysia diswastakan pada 12 Oktober 1984 dan dikenali sebagai Syarikat Telekom Malaysia Berhad (JTMB).Telekom Malaysia disenaraikan dalam Bursa Malaysia pada 9 September 1990.Pada April 2005, Telekom Malaysia secara rasminya menukar jenama dari Telekom Malaysia kepada TM. Logo baru melibatkan tiga warna iaitu jingga, biru dan merah.Warna jingga melambangkan semangat yang dipamerkan warga TM Net Berhad.Manakala merah melambangkan identiti Celcom.Perkataan µTM¶ yang berwarna biru memberi maksud kumpulan TM sebagai sebuah organisasi yang empati, dan mempunyai semangat dan jiwa yang kental.Gabungan ketiga-tiga warna ini menunjukkan TM Net Berhad, Celcom dan Telekom Malaysia berkerja seiring dalam mencapai matlamat organisasi. Telekom Malaysia Berhad (TM) menyediakan perkhidmatan yang luas dari segi perkhidmatan suara, perkhidmatan maklumat, perancangan sumber syarikat, perkhidmatan internet, perkhidmatan talian mudah alih, satelit, maritim dan radio, siaran dan pakar perkhidmatan rangkaian.
Terdapat tiga (3) jenis perniagaan yang dilaksanakan di dalam Telekom Malaysia.Perniagaan kecil, sederhana dan korporat membekalkan talian tempatan dan perkhidmatan panggilan jarak jauh. Panggilan
merupakan panggilan yang di buat di dalam kawasan bandar dan di antara bandar dengan bandar yang mempunyai caj dan kawasan liputan panggilan yang sama. Panggilan jarak jauh dibahagikan kepada panggilan nasional dan panggilan antarabangsa.Panggilan nasional merupakan panggilan yang dibuat di antara bandar dengan kawasan luar liputan sebagai contoh panggilan dari Sibu ke Kuala Lumpur manakala panggilan antarabangsa merupakan panggilan yang di buat ke luar negara seperti panggilan dari Malaysia ke Indonesia.
Jualan keseluruhan TM menyumbang kepada industri telekomunikasi secara keseluruhan. Ianya juga pekar dalam mereka dan membekalkan penyelesaian infrastruktur telekomunikasi yang terbaik pada pelanggan TM.
2.2 : VISI DAN MISI ORGANISASI
Visi
Untuk menjadi syarikat telekomunikasi pilihan dengan penumpuan ke arahmenyampaikan nilai terunggul kepada pelanggan dan pihak-pihak lain yangmemainkan peranan pentingan dalam syarikat.
Misi
Berikut merupakan Misi TM iaitu :
i.
Menjadi peneraju yang diiktiraf dalam semua pasaran yang kita ceburi.
ii. Menjadi sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada pelanggan dan yang menyediakan penyelesaian setempat yang menyeluruh. iii. Membina hubungan yang berkekalan dengan pelanggan dan rakan niaga kita berdasarkan kepercayaan. iv. Menjana nilai pemegang saham dengan merubut peluang-peluang perniagaan di Asia Pasifik dan lain-lain pasaran serantau terpilih.
v. Menjadi majikan pilihan yang memberi inspirasi ke arah kecemerlangan prestasi.
2.3
OBJEKTIF
i.
Untuk menyediakan kemudahan yang berkesan dan berfaedah.
ii.
Untuk mempertingkatkan prestasi perniagaan para pelanggan dengan menyediakan penyelesaian maklumat dan komunikasi yang bernilai tinggi.
iii.
Untuk menyediakan bangunan kerajaan yang berfungsi, selamat, berkualiti, ekonomik dan mematuhi spesifikasi yang diiktiraf.
iv.
Memberi peluang kepada pelanggan supaya dapat berkomunikasi satu sama lain.
2.3 STRUKTUR ORGANISASI
NAMA ORGANISASI : TELEKOM MALAYSIA BERHAD ALAMAT
:
TELEKOM MALAYSIA BERHAD,
PERSIARAN BROOKE, 96000 SIBU, SARAWAK.
RECESS NETWORK OPERATION [ RNO ] ACCESS SIBU
NAMA PENYELIA : CIK LEMBA ANAK UDOL JAWATAN :PENOLONG PENGURUS RNO SEKSYEN :RECESS NETWORK OPERATION [ RNO ] ACCESS SIBU
CUSTOMER SERVICE MANAGEMENT
NAMA PENYELIA : ENCIK ROBIN WAN KWONG YONG JAWATAN :PENOLONG PENGURUS FLYING SQUAD SEKSYEN : CUSTOMER SERVICE MANAGEMENT [ CSM ]
BAB 3 : KERJA TEKNIKAL
i.
SWITCHING
Merupakan salah satu seksyen yang mengendalikan serta mengawal semua talian telefon sama ada dari segi penyambungan dan pembatalan talian telefon, penukaran port talian dan penukaran nombor perkhidmatan.Di bahagian ini juga mengendalikan
ii.
Transmission
Merupakan seksyenyang menyalurkan serta menghantar data melalui µRadiowave¶ dari Base Transmission Station [BTS] utama ke Base Transmission Station [BTS] yang lain. Transmission berkait rapat dengan Fiber Optik kerana hampir kesemua sambungan menggunakan Fiber Optik. Bagi penghantaran data ke tempat yang jauh, gelombang radio digunakan untuk menghantar data dari satu Base Transmission Station[BTS] ke satu Base Transmission Station[BTS]. Manakala, bagi penghantaran yang dekat, kaedah pencahayaan digunakan untuk menghantar data. iii.
Data Services
OSI Model memainkan peranan penting dalam perkhidmatan data. OSI Model Layer : 7.) Application Layer 6.) Presentation Layer 5.) Session Layer 4.) Transport Layer 3.) Network Layer 2.) Data Link Layer 1.) Physical Layer
iv.
Main Distribution Frame
v.
y
Menerima µorder¶ [ Jenis µorder¶ ]
y
Membuat pemasangan baru [ µP order¶ ]
y
Pemindahan µport¶ talian telefon dan streamyx.
y
µC¶ order.
y
µInstallation¶, µMaintenance¶, µVendor¶
CDMA [ Code Digital Multi Access ]
Merupakan seksyen yang mengatur telefon tanpa wayar [ wireless ] yang dikenali sebagai CDMA. Telefon CDMA ini kebanyakannya digunakan di kawasan luar bandar yang sukar mendapatkan isyarat telefon. Telefon CDMA berbeza dari telefon biasa kerana telefon ini mempunyai µbuild in card¶. Telefon CDMA haruslah diprogram sebelum digunakan dan proses untuk memprogram telefon CDMA berbeza mengikut model. Antara contoh telefon CDMA ialah:
vi.
y
Dowtell Wireless Phone
y
Dowtell DTT800 [ Fax ]
y
ZTE
y
450 ZTE 800
y
HUAWEI 450 Mhz
y
HUAWEI 800 Mhz
TR / Stremyx y
Membaiki talian telefon dan streamyx.
y
Membaiki modem Telekom
vii.
Cable E/side, Cable D/side, Rehad dan C ivil y
y y
y
viii.
Cable E/side : Memantau tugas pemasangan serta penyambungan µcable¶. Dari µExchange¶, µMDF¶, µMainhole¶, µCabinet¶, µDP¶, telefon. [melakukan tugas kabel bawah tanah ] Cable D/side : Memantau tugas pemasangan serta penyambungan µcable¶ di tiang µDP¶. Rehad : Melakukan kerja pembersihan di kawasan pemasangan, membaik pulih serta pembersihan kawasan sekitar tapak projek. Civil : Melakukan tugas seperti membuat peta kawasan projek, menilai kawasan pemasangan, membuat µsite survey¶, membuat ukauran serta membuat surat izin lalu [ Wayleave ] daripada semua pihak yang berkaitan.
Jumpering¶
µ
Melakukan tugas seperti membuat penyambungan talian telefon atau streamyx yang baru.Selain itu, tugas seperti menyemak talian telefon turut dilakukan di seksyen ini. Peralatan yang digunakan untuk melakukan tugas ini ialah µOptimus II¶, µhandset¶, µjumpering tool¶, µjumpering wire¶, µcutter¶ dan µdocket¶. µOptimus II¶ digunakan sebagai µtest gear¶ dan boleh dijadikan modem. Kestabilan internet bagi µOptimus II¶ ialah: DSL : Kuning y y
Internet : Hijau
y
Power : Merah
y
Voice : Merah
Handset berperanan untuk menyemak nombor perkhidmatan melalui µtracing number¶ iaitu µ1313¶. µJumpering wire¶ terdiri daripada: y
Biru putih : Talian telefon
y
Merah oren : Talian streamyx
Semua pemasangan ini dilakukan serta disimpan di dalam kabinet yang terdiri daripada kabinet APO [ American Post Office ], Krone, ZTE, Huawei dan sebagainya.
ix.
Fiber y
Membuat pemeriksaan kabinet untuk Fiber Optik.
y
Memastikan peralatan Fiber Optik berada dalam keadaan baik.
y y
y
x.
Membuat pemantauan sekiranya berlaku µFiber cut¶. Membuat pemasangan serta penyambungan Fiber Optik memngikut kaedah serta langkah keselamatan yang betul Secara keseluruhannya, Fiber Optik merupakan kabel yang berbahaya kerana Fiber Optik diperbuat daripada kaca dan menyalurkan tenaga cahaya yang terdiri daripada kuasa laser yang boleh menyebabkan buta. Selain itu, pengendalian Fiber Optik sekiranya tidak dilakukan dengan cermat boleh menyebabkan kematian.
Produk & Servis
Bagi menambah dan meningkatkan jumlah pelanggan, TELEKOM MALAYSIA BERHAD telah memperkenalkan pelbagai produk-produk baru serta menyediakan pelbagai servis bagi membantu pelanggannya mengatasi masalah-masalah yang mereka hadapi.
Antara servis dan produk yang disediakan oleh TELEKOM MALAYSIA BERHAD adalah seperti berikut: TALIAN TETAP TM
Untuk melanggan talian tetap, TM menyediakan pelbagai tarif yang berbeza mengikut kapasiti ibusawat. Bagi pemasangan baru talian tetap TM, pelanggan perlu menyediakan wang cagaran sebanyak RM75.00 dan stem sebanyak RM10.00. Bayaran tersebut akan dimasukkan kedalam bil. Kadar yuran langganan adalah seperti berikut: Bagi ibusawat yang kapasiti melebihi 1000 talian, sewa bulanan adalah RM25.00 Bagi ibusawat yang kapasiti kurang dari 1000 talian, sewa bulanan adalah RM13.00 Kadar caj panggilan adalah antara 4 sen - 8 sen seminit. Walaubagaimana pun, kadar sewa bulanan dan juga caj panggilan adalah percuma dan tanpa had bagi mereka yang melanggan perkhidmatan streamyx Block Buster Deals. Untuk melanggan, sila emelkan maklumat peribadi dan salinan kad pengenalan ke
[email protected]
Maklumat yang diperlukan: NAMA PENUH SEPERTI DALAM KAD PENGENALAN ALAMAT PENUH NOMBOR KAD PENGENALAN NOMBOR TELEFON YANG BOLEH DI HUBUNGI. Tiada sebarang bayaran diperlukan semasa memohon BROADBAND STREAMYX
BLOCKBUSTER DEALS - Broadband Streamyx.
Semua pelanggan yang memilih pakej BlockBuster Deals akan mendapat tawaran istimewa dari TM spt berikut: 1. Yuran pengaktifan (RM75.00) - Percuma 2. Yuran pemasangan (RM88.00) - Percuma 3. Modem tanpa wayar WiFi (RM130.00) - Percuma 4. Panggilan kemana mana talian tetap TM - Percuma dan tanpa had 5. Sewa bulanan talian tetap telefon (RM25) - Percuma 6.Telefon tanpa wayar (RM99.00) - Percuma 7. Panggilan ke mobile (semua operator) - 10 sen / minit
Sila ambil maklum, anda tidak akan menerima bil pada bulan pertama. Bil Pertama akan anda terima pada bulan kedua atau ketiga dan jumlah bil bulan pertama akan dimasukkan kedalam bil pertama tersebut. Ini akan menjadikan bil pertama tersebut agak tinggi sedikit dan kembali normal pada bulan berikut nya. Syarat permohonan
Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia . Bukan warganegara Malaysia akan dikenakan deposit sebanyak RM1,075.00. Sekiranya pemohon belum mempunyai talian tetap telefon hendaklah memohon nya terlebih dahulu. Langganan mestilah sekurang kurang nya selama 12 bulan dan jika pelanggan mahu menamatkan perkhidmatan sebelum tamat tempuh 12 bulan akan dikenakan penalti sebanayk RM350.00. Selepas tempuh tersebut pelanggan bebas untuk menamatkan atau meneruskan langganan. Tawaran adalah untuk pelanggan baharu sahaja. Harga pakej BB Deals bermula RM90.00 (512kbps), RM110.00 (1Mbps), RM130.00 (2Mbps) dan RM140 (4Mbpa). Sekiranya berminat sila emelkan maklumat berikut untuk pendaftaran. 1. NAMA SEPERTI DI K/PENGENALAN 2. NO K/PENGENALAN LAMA & BARU SERTA SALINAN NYA (SCAN) 3. NO TELEFON UNTUK DIPASANG STREAMYX - Jika masih belum ada kami akan mohonkan talian telefon untuk anda 4. ALAMAT LENGKAP PEMASANGAN 5. LOGIN ID (sila sediakan 3 cadangan, sekurang kurang nya 3 karektor - _ _ _ @ Streamyx) 6. NO HANDFON YANG BOLEH DI HUBUNGI 7. PAKEJ YANG DI KEHENDAKI
TALIAN TETAP TM PAKEJ VOICE DEALS
TAWARAN PAKEJ VOICE DEALS
Selain daripada Blockbuster Deals, TM juga memperkenalkan promosi TM Homeline terkini yang dipanggil Voice Deals. Ciri-ciri utama Voice Deals termasuklah Tiada caj untuk sewa TM Homeline, panggilan PERCUMA di antara pelanggan Talian Tetap TM, caj panggilan yang rendah ke talian mudah alih dan rangkaian talian tetap yang lain dan telefon DECT percuma dengan tempoh jaminan selama 12 bulan Butiran pakej Voice Deals adalah seperti berikut:
Voice Deals 38 (Yuran bulanan RM38.00) - Sewa bulanan dikecualikan - Panggilan ke talian tetap TM percuma - Panggilan ke talian mudahalih 15 sen / minit - Percuma Dect Telefon Voice Deals 48 (Yuran bulanan RM48.00) - Sewa bulanan dikecualikan - Panggilan ke talian tetap TM percuma - Panggilan ke talian mudahalih percuma 60 mins pertama dan 12 sen bagi setiap minit berikutnya - Percuma Dect telefon. Voice Deals 68 (Yuran bulanan RM68.00) - Sewa bulanan dikecualikan - Panggilan ke talian tetap TM percuma - Panggilan ke talian mudahalih percuma 120 mins pertama dan 10 sen bagi setiap minit berikutnya - Percuma Dect Telefon.
Maklumat yang
di per lukan:
NA M A SEPERTI DI DALA M KAD PENGENALAN NO MBOR KAD PENGENALAN / TENTERA / POLIS DS B ALA M AT LENGKAP PE M ASANGAN NO MBOR TALIAN YANG BOLEH DI HU BUNGI PAKEJ YANG DIPILIH. Tiad a sebar ang ba yar an di per lukan sema sa memohon.
BAB 4:Komen Dan Cadangan
4.1 : Cadangan Untuk Telekom Malaysia Sibu
Di sini saya ingin kemukakan sedikit cadangan untuk pihak Telekom MalaysiaBerhad ( TM ) agar pihak syarikat dapat membantu pelajar untuk mencapai 100%objektif sebenar latihan:
y
Pihak TM kurang memberi maklumat berkenaan dengan organisasiseperti latar belakang Telekom Malaysia bagi cawangan Sibu.Oleh itu,pihak TM sepatutnya memberi penjelasan yang terperinci dan tepatwalaupun ianya hanya sebagai pengetahuan seseorang.
y
Pihak TM juga seharusnya menyediakan sijil kepada pelatih setelah tamat latihan industri, sebagai bukti yang pelajar pernah menjalani latihanindustri di tempat berkenaan.
Komen Untuk TM Sibu
Secara amnya, Latihan Industri yang telah tamat saya jalankan di Telekom Malaysia Berhad telah mencapai objektif sebenar latihan ini dijalankanmengikut kehendak Politeknik bagi setiap pelajar yang berada di semester tiga bagi peringkat Diploma dalam Teknologi Maklumat Rangkain. Semasa menjalani Latihan Industri ini, saya amat berpuas hati kerana kebanyakan pekerjanya memberi kerjasama yang begitu baik terhadap kami darisegi pergaulan dan dalam apa jua hal contohnya dalam menjelaskan sistem-sistem yang digunakan secara terperinci. Sepanjang Latihan Industri ini, banyak pengalaman dan ilmu yang dapat saya pelajari.
BAB 5 : KESIMPULAN
Latihan industri adalah sangat baik untuk semua pelajar Politeknik.Ini kerana, dengan adanya latihan industri pelajar dapat didedahkan ke alam pekerjaan yang sebenar dan selepas lulus kelak pelajartidak akan menghadapi masalah di tempat kerja.Ia juga membolehkan pelajar memahami perbezaan antara teori yang dipelajari dengan kerja-kerja pratikal yang sebenarnya.Latihan industri juga dapat mempratikalkan apa yang telah dipelajarioleh pelajar semasa menjalani pelajaran di Politeknik berkenaan tentang keperluan dan kelengkapan dalam jurusan Teknologi Maklumat Rangkaian. Latihan industri juga untuk meluaskan lagi pergaulan dan persefahaman antara pekerja dan masyarakat sekeliling lagi bagi mewujudkan interaksi yang sihatantara satu sama lain.Ia juga membolehkan pelajar itu sendiri memahami dari segikesanggupan berkerja, kebolehan dan mempunyai sikap yang baik sewaktu bekerjakepada bakal majikan.Dengan begitu, para pelajar dapat mengetahui kebolehan kerja dan keselamatan kerja yang sebenarnya dan pada masa akan datang pelajar dapat mengubahkan kelemahan menjadi kebolehan dalam alam pekerjaan. Oleh itu, latihan industri adalah baik untuk para pelajar bagi meningkatkanlagi prestasi pelajar.Dengan itu pelajar dapat membezakan antara teori yang telah dipelajari di Politeknik dengan kerjakerja yang dilakukan semasa menjalani latihan industri.