ISI KANDUNGAN KANDUNGAN
MUKASURAT
Judul Pengesahan Penghargaan
2 3 4
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Matlamat latihan industri 1.3 Objektif latihan industri 1.4 Objektif laporan latihan industri 1.5 Kepentingan latihan industri
6
7
BAB 2 LATAR BELAKANG SYARIKAT 2.1 Maklumat syarikat 2.2 Carta organisasi projek 2.3 Objektif syarikat 2.4 Sejarah syarikat 2.5 Kakitangan syarikat 2.6 Senarai projek
9 12 13 14 16 18
BAB 3 RINGKASAN MINGGUAN
21
BAB 4 AKTIVITI & LATIHAN 4.1 Skop latihan 4.2 Kandungan latihan
25 27
BAB 5 CADANGAN BAB 6 KESIMPULAN BAB 7 RUJUKAN
48 50 52
BAB 8 LAPORAN TEKNIKAL 8.1 Pelan elevation rumah berkembar dua tingkat (type A) 8.2 Keputusan ujian kiub 8.3 Laporan kemajuan tapak 8.4 Minit mesyuarat tapak
53
~1~
LAPOR LAPORAN AKHI R LATI H AN IND USTR USTRII
~2~
LAPOR LAPORAN AKHI R LATI H AN IND USTR USTRII
~2~
PENGESAHAN
Ketua Pejabat Hubungan Universiti dan Industri Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Tarikh :
Tuan/Puan Pengesahan Penyempurnaan Program Latihan Industri Pelajar UTHM di Shahab Bui lders lders & Engi nee neeri ng Sdn. Sdn. Bh d.
Dengan ini, saya mengesahkan bahawa pelajar ini yang bernama Mohd bernama Mohd Shauqi Lutfi B. Ahmad dengan no. k/p 940925-02-5235 dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menjalani latihan industri di syarikat kami dalam tempoh ________________ sehingga _______________ .Semasa latihan industry beliau telah memenuhi syarat-syarat latihan industri yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat kami. Beliau juga telah mencata kerja harian dalam buku log dan telah menyiapkan laporan latihan industri indu stri seperti yang telah disyaratkan oleh pihak u niversiti penganjur. Pihak kami berpuas hati dengan penyempurnaan latihan industri beliau di syarikat kami. Sekian, terima kasih. Yang benar,
__________________________ _________________________ _ Nama
:
Jawatan
:
Cop syarikat :
~3~
PENGHARGAAN
Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi pengharagaan dan jutaan terima kasih kepada pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia kerana mengadakan latihan industri bagi para pelajar. Secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada pelajarn ya untuk belajar sambil merasai sendiri pengalaman berkerja di syarikat tempatan. Program ini sangat b aik bagi memulakan pendedahan kepada para pelajar akan bidang pekerjaan yang bakal mereka ceburi sejurus selepas tamat pengajian nanti. Selain itu, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih dan berbesar hati kerana diterima oleh syarikat Shahab Builders & Engineering Sdn. Bhd. Untuk mengadakan latihan industri di syarikat mereka. Bekerja dengan meraka adalah sangat menarik kerana segala latihan dan tunjuk ajar diberikan dengan secara profesional. Oleh itu, mudah bagi saya untuk menimba ilmu disini secara tidak terbatas. Layan mereka sangat mesra tanp a mengira pangkat atau jawatan di dalam organisasi ini. Mereka sudi berkongsi pengalaman bersama saya selama bekerja di dalam cabang kejuruteraan ini. Sedikit sebanyak menambahkan lagi pengetahuan saya dalam kejuruteraan dan ianya amat penting sebagai persediaan saya untuk menjadi seorang jurutera suatu hari nanti. Saya juga ingin berterima kasih kepada Encik Zaharin (penyelia tapak) kerana memberikan bimbingan sepanjang menjalani latihan industri di tapak projek. Beliau mengajar saya tanpa jemu dan seringkali berkongsi pengalaman beliau sepanjang berkerja di dalam bidang kejuruteraan ini. Tidak lupa juga saya ingin berterima kasih kepada kakitangan syarikat yang lain seperti Encik Soffian (pengurus projek), Encik Farid (kerani tapak) d an Encik Azim (quantity surveyor) kerana mereka ini juga banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya. Disamping itu juga, saya ingin berterima kasih kepada Tuan Haji Amirkhan B. Suwandi kerana sudi datang melawat saya di tapak bina dan menilai prestasi saya disini sebagai tuntuan bagi fakulti Pusat Pengajian Diploma. Saya dinilai dengan baik dan mesra oleh beliau sepanjang lawatan dilakukan.
~4~
BAB 1 PENGENALAN
~5~
BAB 1 PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN Program Latihan Industri ini merupakan suatu komponen penting kurikulum program diploma dan sarjana muda yang ditawarkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Universiti ini yang terdahulunya dikenali sebagai (KUiTTHO). Program latihan indu stri ini diwajibkan kepada semua pelajar bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal . Secara tidak langsung dapat memberi peluang untuk belajar sambil merasai sendiri pengalaman berkerja di syarikat tempatan. Program ini juga berupaya menyesuaikan para pelajar dengan alam pekerjaan yang bakal diceburi.
1.2 MATLAMAT LATIHAN INDUSTRI Matlamat utama program Latihan Industri adalah untuk membe ri peluang kepada pelajar menjalani latihan pratikal di sektor pekerjaan dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan pengurusan bagi meningkatkan kemahiran profesional dan kemahiran interpersonel sebagai seorang profesional.
1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI Program ini dirancang untuk membantu pelajar mencapai objektif berikut : (a) Mendapat pendedahan pendedahan secara langsung terhadap profesion serta aplikasi dalam bidang masing-masing. (b) Memberi peluang untuk berkomunikasi dan bekerjasama dengan para profesional dari pelbagai bidang. (c) Menimba pengalaman bekerja di dalam suatu organisai professional. (d) Membina daya kreativiti, kemhiran teknikal, interpersonal dan komunikasi. (e) Menjalin dan mengeratkan hubungan dengan ahli professional dari luar kampus. ~6~
1.4 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI Buku log digunakan oleh pelajar untuk melaporkan aktiviti-aktiviti atau kerja yang telah dilaksanakan dan pengetahuan-pengetahuan baru yang diperolehi sepanjang program Latihan Industri. Buku log ini bertindak sebagai salah satu instrument penilaian pencapaian prestasi pelajar sepanjang menjalani program ini. Oleh itu adalah mustahak pelajar mempunyai disiplin diri untuk mencatatkan semua aspek latihan yang dilalui dalam buku log ini setiap hari dengan kemas dan sistematik agar penyemakan dan penilaian yang sebaiknya dapat dilakukan oleh p enyelia.
1.5 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR
(a) Mempertingkatkan kompentasi dan daya saing dalam bidang pengkhususan masingmasing. (b) Menghubungkait pengalaman di tempat kerja dengan ilmu yang dipelajar di IPT. (c) Mengaplikasi teori dan pengetahuan akademik yang dipelajari. (d) Menambahbaik kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan. (e) Menimba pengalaman dan pengetahuan yang boleh dimanfaatkan untuk memilih pekerjaan yang sesuai selepas tamat pengajian.
~7~
BA B 2
LATAR BELAKANG SYARIKAT
~8~
2.1
MAKLUMAT SYARIKAT
Name
:
SHAHAB BUILDERS & ENGINEERING SDN. BHD.
Board of Directors
:
Tuan Haji Syed Zainal Abidin B. Syed Abdullah Dato Syed Zulkiflee B. Syed Abdullah Tuan Syed Zaini Shahar B. Shahabudin Tuan Syed Anuar B. Syed Abdullah Datin Hajjah Noor Mah B. Omar
Company Secretery
:
Mr. K. Gengadaran LPD Management No. 1465, Jalan Teratai, Taman Sultan Badlishah 05050 Alor Setar, Kedah Darulaman.
Registered Office
:
No. 1465, Jalan Teratai Taman Sultan Badlishah 05050 Alor Setar, Kedah Darulaman.
Business Address
:
120-A, Taman Nakishah Jalan Datu Kumbar 05450 Alor Setar, Kedah Darulaman. Tel : 04-7320688 Fax : 04-7329266
Capital Structure
:
Authorized
- RM1,000,000.00
Paid up Advocates & Solicitors
:
- RM 750,000.00
Messr. Jayadeva & Kamal
No 92, Tingkat 1, 2 & 3 Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid Fasa 1, Persiaran Sultan Abdul Halim 05050 Alor Setar, Kedah Darulaman. Auditors
:
Messr. Lim Teoh & Co. 502-503, Jalan Pintu Sepuluh 05100 Alor Setar, Kedah Darulaman.
~9~
Bankers
:
Bank Muamalat Malaysia Berhad Lot T-1, Tingkat Bawah, Wisma PKNK Jalan Sultan Badlishah 05000 Alor Setar, Kedah Darulaman
CIMB Bank Berhad st
1519B, 1 Floor, Jalan Ibrahim 0500, Alor Setar Kedah Darulaman.
Contact Person
:
General Management –
Tuan Syed Zainal Abidin B. Syed Abdullah
Technical and Contracts – En. Soffian B. Zainal
Commercial and Financial – Nurul Nadila Bt. Ahmad Safri
~ 10 ~
Construction Industry Development (CIDB)
No. Pendaftaran 1970704 – KD038826 Gred, Kategori dan Pengkhususan Berdaftar G7
B
B04
G7
CE
CE21 CE01 CE10 CE13 CE20 CE34 CE36
G7
ME
M15
:
24 Julai 2012
Tarikh Mula Berkuatkuasa
Tarikh Habis Tempoh Perakuan
:
Construction Industry Development (CIDB)
: Perakuan Pendaftaran
B02
B13
B12
B14
E10
23 Julai 2015 : Sijil Perolehan Kerja Kerajaan
No. Pendaftaran 1970704-KD038826 Gred, Kategori dan Pengkhususan Berdaftar G7
B ( Pembinaan Bangunan )
B04
B02
G7
CE ( Pembinaan Kejuruteraan Awam )
B13
G7
B12
B14
CE36
ME ( Mekanikal dan Elektrikal )
Tempoh Sah Laku Dari
B24
CE21 CE01 CE10 CE13 CE20
CE34
B24
M15
E10
:
:
06/08/2012
Hingga :
23/07/2015
Pusat Khidmat Kontraktor ( PKK ) : Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera
No. Sijil Pendaftaran 1970704-KD038826
Gred Pendaftaran
: G7 ( Bumiputera )
Tempoh Sah Laku
:
Dari
:
15/10/2012
Hingga :
23/07/2015
~ 11 ~
2.2 PROJECT ORGANI SATI ON CH ART 2014
MANAGING DIRECTOR SYED ZAINAL ABIDIN B. SYED ABDULLAH
TECHNICAL DIRECTOR
PROJECT DIRECTOR
SYED ZAINI SHAHAR SHAHABUDIN B.
SYED ANUAR B. SYED ABDULLAH
SYED ABDULLAH
ADMINISTRATION EXECUTIVE
PROJECT MANAGER
QUANTITY SURVEY
NIK NOR HAZIRAHANIM BT.
SOFFIAN B. ZAINAL
MOHD AZIM B. PUTEH
BUKHARI
ACCOUNT EXECUTIVE
SENIOR SITE
SENIOR SITE
ASSISTANT Q.S
NURUL NADILA BT.
SUPERVISOR
SUPERVISOR
ZAHARIN B.
AHMAD SAFRI
CHE DAUD HASHIM
ZAN AHMAD
ZAINOL
SITE SUPERVISOR
SITE SUPERVISOR
SITE SUPERVISOR
ROSDIANA BT. MOHAMAD
SYED MOHD FIRDAUS B.
SYAZLINA IRYANI BT.
RAPIAH
SYED HUSSEIN
ABDUL HALIM
GENERAL CLERK
SITE CLERK
SUHANA MAHTAR
ELIAS B. AWANG
TRADEMAN
TRADEMAN
~ 12 ~
TRADEMAN
TRADEMAN
2.3
Objektif Syarikat
Objektif syarikat ini terbahagi kepada dua iaitu O bjektif Kualiti dan Polisi Kualiti.
Objektif Kualiti adalah seperti berikut :a) Semua projek siap 100% tepat pada masa. b) 80% pembelian produk diterima tepat pada masa untuk setiap bulan. c) Bahan buangan adalah kurang daripada 5% untuk setiap projek. d) Aduan daripada pelanggan kurang 3 kes untuk setiap bulan.
We at Shahab Builders & Engineering Sdn. Bhd shall be commited :
Strive towards excellent quality works and continual quality improvement in Quality Management System.
Statisfy legislative and customer requirement through communication amongst all relevant parties.
~ 13 ~
2.4
Sejarah Syarikat Shahab Builders & Engineering Sdn. Bhd telah diperbadankan di Malaysia
dibawah Akta Syarikat 1965 pada 8 November 1994 dan pejabatnya telah didaftarkan di 1465, Jalan Teratai, Taman Sultan Badlishah, 05050 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Syarikat ini bermodalkan RM1,000,000 pada tarikh diperbadankan. Prinsip utama bagi syarikat ini adalah pembinaan d an kerjuruteraan awam. Bermula pada tarikh ditubuhkan, penglibatan tuan pengarah syarikat melalui kerjasama dengan Syarikat Sakan Sdn. Bhd dan Seng Hong Enterprise Sdn. Bhd selama lebih daripada 15 tahun di dalam pembangunan pemilikan dan pembinaan sektor. Langkah kerjasama secara berterusan yang dilakukan oleh tuan pengarah syarikat telah mempelbagaikan sektor pembinaan bagi syarikat ini. Syarikat ini juga telah mendapat manfaat berterusan daripada persefahaman antara Syarikat Sakan Sdn. Bhd dan Seng Hong Enterprise Sdn. Bhd. Dari tahun 1994-2005, syarikat ini telah membuktikan penyerahan dan penyiapan semua kontrak yang telah diterima. Pada tarikh 24 September 2000, syarikat ini akhirnya telah mencapai sasarannya menjadi 100% status syarikat bumiputera melalui ke rjasamanya dengan pengarah syarikat Aima Developtment Sdn. Bhd. Perhubungan dua hala ini sebagai satu pasukan pengurusan akan menambahkan potensi syarikat ini pada masa akan datang. Gross Domestic Product (GDP) telah meningkat pada kadar sederhana iaitu dari tahun 1999 ke 2004 sebanyak 5.2%. Sepanjang tahun tersebut industri pembinaan negara Malaysia tidak mengalami peningkatan ketara dengan hanya mencatatkan pertumbuhan sebanyak 0.4%. Sektor ini telah menjadi penyumbang kecil kepada peningkatan ekonomi negara. Pembatalan beberapa jumlah projek berskala besar telah dikenalpasti sebagai faktor utama industri ini menjadi perlahan dalam tahun terdekat. Faktor lain pula adalah disebabkan pergantungan kepada buruh tempatan, keengganan pengambilan teknologi dan perubahan pada pasaran. Dalam usaha untuk mencari punca kemerosotan ekonomi dan mengiatkan pertumbuhan ekonomi, kerajaan telah memperkenalkan Majlis Pembangunan Ekonomi.
~ 14 ~
Industri pembinaan telah mengalami pertumbuhan mantap melepasi tahun-tahun sebelumnya sehingga tahun 1997. Walaubagaimanapun industri pembinaan kurang merasai kesan daripada krisis ekonomi global. Pihak kerajaan merancang pelbagai strategi yang merangkumi penstabilan mata wang ringgit, pengembalian keteguhan pasaran, mengekalkan kestabilan sektor kewangan negara, dan menguatkan ekonomi utama negara. Banyak manfaat yang diperolehi selepas daripada perancangan itu dengan peningkatan industri ini tahun demi tahun. Dengan penglihatan negara yang agak baik, peningkatan perindustrian negara menjelang Visi 2020, pembangunan sektor jangka masa panjang tampak menyakinkan. Strategi yang diatur bersama sekutunya Syarikat Sakan Sdn .Bhd dan Aima Development Sdn. Bhd telah menyumbang manfaat yang besar dalam pendapatan kontrak segera dan pembekalan bahan bangunan. Fokus pembangunan dan pembinaan merangkumi :i.Pembangunan perumahan -
Kos rendah
-
Kos sederhana
-
Banglo dan pembangunan perumahan mewah.
ii.Jenis-jenis unit perumahan -
Teres
-
Semi-D
-
Rumah sesebuah
iii.Pembangunan komersial -
Kedai/pejabat
-
Kompleks komersial
-
Pusat membeli belah
iv.Pembangunan industri -
Kilang teres
-
Kilang semi-D
-
Kilang sesebuah
-
Lot industri ~ 15 ~
2.5
Kakitangan Syarikat
NO.
NAME
1.
AGE
QUALIFICATION
*13 years
M anaging Di rector
Syed Zainal Abidin B.
EXPERIENCE
62
B.Social Sc (USM)
Syed Abdullah
(Banking) *19 years (Construction)
2.
Technical D ir ector
Syed Zaini Shahar
51
B.Eng (Civil)
*24 years
Shahabudin B. Syed Abdullah 3.
Dip.in Small & Medium
Proj ect Di rector
Syed Anuar B. Syed
55
Abdullah 4.
56
B.Architecture (USM)
*24 years
Dip. In Q. Surveying 38
(UiTM)
*16 years
Cert. in Q.Surveying
Assistant QS
Zaharin B. Zainol 7.
(Training Inst Korea)
QS
Mohamad Azim B.Puteh 6.
*25 years
Proj ect M anager
Soffian B. Zainal 5.
Ind. Promotion Corp
42
(POLIMAS)
*21 years
50
Cert. in Draughtmanship
*26 years
Seni or Site Supervi sor
-Che Daud B. Hashim
(IKM) -Zan B. Ahmad 8.
57
Exprience
*19 years
28
Dip. In Building
*5 years
Site Supervi sor
-Rosdiana Bt. Mohamad Rapiah -Syazlina Iryanni Bt.
Technology (KKTM) 23
Abdul Halim -Syed Mohd Firdaus B. Syed Hussein
Dip. In Civil Engineering
*2 years
(POLITEKNIK) 23
Dip. In Civil Engineering (POLITEKNIK) ~ 16 ~
*2 years
NO.
9.
NAME
QUALIFICATION
EXPERIENCE
47
Exprience
*8 years
25
Dip. Acc (POLITEKNIK)
*4 years
36
B. BA (UM)
*9 years
33
(STPM)
*13 years
Sit e Clerk
Elias B. Awang 10.
AGE
Account E xecuti ve
Nurul Nadila Bt. Ahmad Safri 11.
Admini stration Executive
Nik Nor Hazirahanim Bt. Bukhari 12.
Admin Clerk
Suhana Bt. Makhtar
~ 17 ~
2.6
Senar ai Proj ek
1.
Cadangan Membina Dan Menyiapkan Projek Perumahan 33 Uint Terdiri Daripada 6 Unit
Rumah Banglo 2 Tingkat, Di Atas Sebahagian Lot 1918, Mukim Naga, Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. (Taman Tengku Maheran 6)
Pemilik
: Aima Developtment Sdn. Bhd.
Nilai Kontrak : RM 6,302,157.00
Tarikh Mula
: 01-12-11
Tarikh Siap
: 01-12-13
2.
Cadangan Pembangunan Perumahan & Perniagaan Yang Mengandungi 8 Unit Kedai
Pejabat 3 Tingkat, 21 Unit Kedai Pejabat 2 Tingkat, 63 Unit Rumah Teres 2 Tingkat & 8 Unit (Taman Putra Utama Fasa 1)
Pemilik
: Aima Developtment Sdn. Bhd.
Nilai Kontrak : RM 13,810,730.00
Tarikh Mula
: 10-05-12
Tarikh Siap
: 09-11-14
3.
Cadangan Membina Dan Menyiapkan 4 Unit Rumah Sesebuah 1 Tingkat dan 26 Unit
Rumah Berkembar 1 Tingkat Di Atas Lot 1398, Mukim Kangkung, Daerah Kota Setar Kedah Darul Aman. (Taman Mayang Sari)
Pemilik
: Syarikat Sakan Sdn .Bhd
Nilai Kontrak : RM 3,014,000.00
Tarikh Mula
: 01-04-13
Tarikh Siap
: 01-10-14
~ 18 ~
4.
Cadangan Membina Dan Menyiapkan 7 Unit Rumah Banglo Jenis A ( Lot 1, 2, 75) &
Jenis B (Lot 3, 4, 183, 184) – Taman Shahab II Alor Setar Kedah. (Taman Shahab II)
Pemilik
: Syarikat Sakan Sdn Bhd
Nilai Kontrak : 1,945,399.00
Tarikh Mula
: 07-07-13
Tarikh Siap
: 06-07-15
5.
Cadangan Pindaan Kepada Pelan Pindaan Yang Telah Diluluskan Bertarikh:18 April
2010. Rujukan : MBAS/B/19/06/(62A 1-62A) Untuk : a) 1 Unit Rumah Sesebuah 2 Tingkat b) 26 Unit Rumah Berkembar 2 Tingkat – Type A c) 4 Unit Rumah Berkembar 2 Tingkat – Type B (Fasa 2B) Di Atas Sebahagian Lot 1198, Mukim Kuala Kedah, Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman ( Taman Nusantara Fasa 2B)
Pemilik
: Kedah Holdings Sdn. Bhd
Nilai Kontrak : RM 6,200,00.00
Tarikh Mula
: 01-01-14
Tarikh Siap
: 31-03-15
6.
Cadangan Membina Dan Menyiapkan 3 Unit Kedai Pejabat Di Atas Lot PT 4856; PT
4857; PT 4859 Dan 1 Unit Rumah Berasingan 2 Tingkat Di Atas Lot PT 4859 Dan 2 Unit Rumah Berkembar 2 Tingkat Di Atas Lot PT 4860 & PT 4861 Seksyen 53 – Suka Menanti – Alor Setar Kedah.
Pemilik
: Syarikat Sakan Sdn. Bhd
Nilai Kontrak : RM 2,100,300.00
Tarikh Mula
: 15-06-14
Tarikh Siap
: 15-12-15
~ 19 ~
BAB 3 RINGKASAN MINGGUAN
~ 20 ~
3.1
TARIKH Dari
Hingga
23/6
28/6
RINGKASAN MINGGUAN
RINGKASAN KERJA /
MASA YANG DIAMBIL
AKTIVITI HARIAN
(JAM)
Minggu 1 -
Taklimat dan penerangan awal
2
-
Menyelia pekerja di tapak bina
4
-
Membaca pelan bangunan
3
-
Perjalanan kerja konkrit
3
-
Mengira dan mengesahkan penerimaan
2
barang
30/6
6/7
Minggu 2 -
Teknik bukaan formwork
3
-
Pemasangan paip
3
-
Bancuhan mortar
2
-
Memastikan dinding bata memenuhi
4
kehendak pelan. -
7/7
13/7
Teknik kerja konkrit
3
Minggu 3 -
Teknik ikatan bata
3
-
Urusan penerimaan barang (simen)
2
-
Menyemak kedudukan pintu dan
4
tingkap -
Kaedah pembetulan semula struktur
3
(column) -
Menyediakan bahan untuk laporan
2
kemajuan kerja -
Teknik pemasangan pile cap ~ 21 ~
3
TARIKH Dari
Hingga
14/7
19/7
21/7
25/7
24/7
3/8
RINGKASAN KERJA /
MASA YANG DIAMBIL
AKTIVITI HARIAN
(JAM)
-
Persediaan bagi mesyuarat tapak
4
-
Persediaan untuk lawatan pihak ISO
3
-
Pemasangan roof trusses
3
-
Pemasangan formwork staircase
2
-
Teknik lepaan
2
Minggu 4
Minggu 5 -
Kerja konkrit bagi beam dan slab
3
-
Langkah pencegahan (cuaca)
2
-
Membersihkan jalanraya awam (aduan)
4
-
Kerja penimbusan pile cap.
2
Minggu 6 -
4/8
Cuti Hari Raya Aidilfitri
-
Minggu 7 -
Kerja konkrit bagi roofbeam
3
-
Menyemak kedudukan asas/foundation
3
-
Pemasangan formwork bagi staircase
3
-
Kerja konkrit bagi staircase
3
-
Kerja quantity survey (drainage)
4
-
Kerja mengukur panjang parit
4
~ 22 ~
TARIKH Dari
Hingga
11/8
17/8
18/8
25/8
24/8
30/8
RINGKASAN KERJA /
MASA YANG DIAMBIL
AKTIVITI HARIAN
(JAM)
-
Penerimaan barang (atap rumah)
2
-
Kerja penyediaan formwork baru
3
-
Pemeriksaan sebelum kerja konkrit
4
dilakukan.
2
-
Persediaan bagi mesyuarat tapak
2
-
Kerja konkrit bagi roofbeam
4
-
Jenis-jenis simen
2
Minggu 8
Minggu 9 -
Langkah hasilkan konkrit bermutu
2
-
Kaedah ujian penurunan
2
-
Kerja pemadatan di tapak bina
4
-
Jenis ikatan tembok bata
3
-
Kerja bata bertetulang
3
-
Pemasangan lantai bawah
3
Minggu 10 -
Pengelasan bumbung
2
-
Pemasangan genting rata
2
-
Jenis binaan tangga
2
-
Menambat binaan peranca
2
~ 23 ~
BAB 4 AKTIVITI & LATIHAN
~ 24 ~
4.1 SKOP LATIHAN Pengalaman yang saya perolehi semasa menjalani latihan industri ini adalah amat menarik kerana sebelum ini saya hanya mempelajari teori semasa kuliah. Namun ianya amat berbaloi kerana dapat melihat sendiri segala kerja kejuruteraan yang pernah dipelajari. Oleh itu, saya dapat membandingkan dengan apa yang telah saya pelajari. Ilmu yang diselangi dengan pengalaman dapat membantu saya lebih memahami dan mencintai ilmu kejeruteraan yang telah saya ceburi ini. Semasa menjalani latihan saya di dedahkan dengan tugas-tugas sebagai seorang penyelia tapak. Pendedahan ini amat penting kerana mengajarkan akan tugas sebenar seorang penyelia tapak. Setiap hari saya akan mengambil kehadiran para pekerja di tapak bina mengikut jenis pekerja masing seperti tukang kayu, besi, dinding bata dan konkrit. Selain itu, saya juga perlu mencatat segala kerja yang sedang berlangsung di tapak bina, jumlah mesin, dan juga kadar hujan mengikut jam. Semua maklumat ini perlu diisi ke dalam diari tapak setiap hari. Seterusnya, saya juga belajar tentang aturcara menguruskan urusan penerimaan barang di tapak bina. Segala barang perlu dikira terlebih dahulu supaya mencukupi seperti yang tertulis di dalam “delivery order” yang diterima. Sekiranya barang yang diterima mencukupi tandatangan dan cop pengesahan diturunkan. Kaedah dan teknik untuk membaca pelan bangunan juga telah saya pelajari semasa menjalani latihan. Latihan ini dilakukan dengan membandingkan struktur yang telah di dirikan menepati kehendak pelan dari segi rekabentuk dan ukurannya. Sebagai langkah pemeriksaan saya mengukur sendiri setiap bahagian yang terlibat dengan mengunakan pita ukur. Hal ini demikian sebagai pihak kontraktor kita hendaklah mematuhi segala lukisan yang telah dikeluarkan oleh pihak klien agar tidak berlaku perbalahan di kemudian hari. Saya juga seringkali diberikan tugas untuk mengira anggaran kuantiti bahan yang diperlukan untuk sesuatu kerja. Antara contoh anggaran kuantiti bahan yang telah dilakukan adalah pengiraan untuk menentukan jumlah atap bagi blok bangunan. Pengiraan ini dilakukan dengan mengunakan pandangan pelan bangunan. Diketahui pula kecondongan bagi bumbung jenis tibar layar ini adalah 25°. Oleh itu kaedah pengiraan luas diguna pakai untuk menentukan jumlah atap yang diperlukan. ~ 25 ~
-Pandangan pelan bagi rumah dua tingkat berkembar Type A-
~ 26 ~
4.2 KANDUNGAN LATIHAN Berikut adalah kandungan latihan yang telah saya pelajari sepanjang latihan industri ini. Latihan ini diperolehi ditapak projek yang sedang dalam pembinaan. Semasa saya memulakan latihan, kerja-kerja ditapak bina telah berlangsung dan kebanyakkannya adalah pada proses pembinaan superstruktur. Oleh itu, di dalam kandungan latihan ini saya cuma sertakan pembinaan bagi superstruktur bagi projek taman perumahan iaitu projek perumahan Taman Nusantara Fasa 2B.
4.2.1
M EM BACA PELAN BANGUNAN
Semasa menjalani latihan saya telah banyak belajar mengenai kaedah dan cara untuk membaca pelan dengan bimbingan daripada penyelia industri. Perkara ini amat mustahak untuk memastikan kerja yang dijlalankan di tapak bina memenuhi kehendak pelan dari segi rekabentuk, kedudukan, dan ukuran. Sekiranya hal ini tidak dipatuhi pihak kontraktor boleh didakwa kerana tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan di dalam dokumen tender. Pada permulaanya saya telah belajar membaca pelan bagi door schedule dan window schedule. Saya telah menjalankan pemerhatian pada struktur yang telah disiapkan untuk memastikan segalanya dipatuhi seperti yang tertulis pada pelan bangunan. Kedudukan bagi pintu pada rumah contoh (Blok A) didapati salah pemasangan bingkainya kerana engsel tidak berada pada arah yang sepatutnya. Oleh itu, bingkai pintu perlu dibuka semula dan diubah kepada yang arah yang sepatutnya. Pemerhatian juga dijalankan pada tingkap dan didapati berlaku kesalahan kerana lebarnya kurang daripada ukuran sebenar. Kerja pembaikan dilakukan segera dengan memecahkan dinding bata agar mendapatkan lebar yang sepatutnya. Selain itu, saya juga turut meneliti pelan bagi pembinaan dinding bata. Segala lebar dan tinggi dinding bata diukur sendiri oleh saya dengan mengunakan pita ukur. Didapati dinding bata pada rumah contoh ini adalah mengikut pelan. Saya juga telah membantu tukang bata untuk memberikan bantuan sekiranya terdapat bahagian pada dinding bata yang mengalami masalah dari segi kedudukan dan ukurannya. Dengan bantuan pelan yang sedia ada saya telah membantu menyelesaikan permasalahan ini.
~ 27 ~
Disamping itu, saya juga telah meneliti pelan untuk tangga bangunan. Pada bangunan ini terdapat 20 anak tangga serta ketinggian bagi „riser‟ adalah 172.5mm dan „thread‟ adalah 255mm. Pemerhatian juga telah saya lakukan pada struktur tangga yang telah disiapkan dan didapati segalanya adalah baik dan memenuhi kehendak pelan.
~ 28 ~
WI NDOW SCHEDUL E
~ 29 ~
STAI RCASE DETAI LS
~ 30 ~
4.2.2
ACUAN KONKRI T (FORM WORK)
Sepanjang latihan juga telah mempelajari kaedah dan teknik dalam pemasangan formwork ditapak bina. Formwork yang terlibat dalam struktur-struktur seperti pile cap, column, slab dan beam. Berikut adalah dapatan yang telah saya perolehi sepanjang latihan. 4.2.2.1 Fungsi bahagian-bahagian acuan Bentuk binaan konkrit boleh dibina mengikut sebarang rekaan yang dicipta mengikut kegunaan acuan. Acuan biasanya dibuat untuk pembinaan tapak, ambang, rasuk, tiang dan sebagainya. Acuan adalah binaan sementara dan mesti ditanggalkan selepas kerja konkrit yang dibuat cukup itu kuat. Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan acuan : a) Lapik papan (sheathing) terdiri daripada papan bertanggam lidah dan lurah. b) Papan alas tapak ialah untuk meluruskan acuan tersebut dan menyokong belebas pada jarak yang sama. c) Belebas merupakan tetulang pada acuan dan menegakkan lapik papan supaya kedudukannya tidak berubah. d) Susur dinding (waler) ialah untuk memastikan kelurusan acuan serta mengukuhkannya. e) Tupang menentukan jarak diantara kedua-dua lapik papan dalam acuan. f) Rembat bertujuan mengukuh dan menetapkan kedudukan acuan serta menahan tegasan semasa bancuhan konkrit ditempatkan.
~ 31 ~
4.2.2.2 Jangka masa penanggalan acuan Acuan haruslah menetap sehingga konkrit mencapai kekuatan yang cukup untuk menanggung beban sendiri dan beban yabg disokong. Jangkamasa untuk menanggalkan acuan bagi bahagian-bahagian yang berlainan adalah seperti berikut :
Bil.
Bahagian acuan
Jangka masa
1
Tepi rasuk, tiang dan tembok
2 – 6 hari
2
Bawah rasuk dan papak (yang tidak dibebankan)
7 – 14 hari
3
Papak tepi (yang dibebankan)
Tidak kurang 7 hari
4
Papak bawah (yang dibebankan)
28 hari
4.2.2.3 Langkah-langkah keselamatan dalam pembinaan acuan Langkah-langkah keselamatan yang harus dipatuhi dalam pembinaan acuan adalah seperti berikut : a) Memastikan bahan-bahan yang digunakan untuk membina acuan mengikut peraturan. Bahan-bahan yang mempunyai kecacatan tidak boleh digunakan. b) Pemasangan mestilah kukuh dengan melakukan sokongan mengunakan papan penggalas dan baji pada kaki jermang. Semua jermang hendaklah dipasakkan dengan rembat atau tupang. c) Pemeriksaan hendaklah dibuat sebelum penempatan konkrit. d) Permukaan tempat acuan hendaklah disapu dengan minyak bagi memudahkan penanggalannya.
~ 32 ~
Kerja penanggalan acuan
Acuan konkrit bagi staircase
~ 33 ~
Formwork bagi slab yang sedia untuk dibuka
Formwork bagi column dan 1st floor beam yang telah siap dipasang
~ 34 ~
4.2.3
Kerj a Tetulan g
4.2.3.1 Pengenalan Dalam kerja binaan konkrit tetulang, bar tetulang ialah sejenis besi yang berbentuk bulat dan panjang yang digunakan sebagai tetulang. Konkrit biasanya tidak berupaya menanggung beban tegasan dan tekanan dengan sangat berkesan. Struktur-struktur seperti tiang, lantai, rasuk, dan lain-lain bahagian sering men galami tegasan tegangan. Oleh itu, konkrit biasa adalah tidak sesuai digunakan, maka ia diatasi dengan mengunakan konkrit bertetulang (reinforcement concrete) iaitu dengan mencantumkan besi tetulang dengan konkrit.
4.2.3.2 Jenis bar tetulang a) Keluli lembut (hot rolled mild steel) b) Bar berbunga (deformed bar) c) Tetulang anyaman (BRC steel fabric) d) Dawai keluli tegangan tinggi (high tensile wire)
4.2.3.3 Penyimpanan besi tetulang Bagi kegunaan ditapak, besi tetulang dihantar ke tapak. Apabila ia sampai ke tapak ia perlu diikat dan diasingkan mengikut saiz dan jenis. Apabila besi t etulang telah sampai ke tapak bina, pemeriksaan keadaan bar tetulang itu perlu dilakukan dan permerhatian kadar karatnya dan kebengkokkannya. Jika kadar karatnya terlampau teruk, ia hendaklah diganti kerana kemungkinan ia akan merosakkan struktur bangunan. Bar-bar tetulang hendaklah diletakkan diatas lapik mengikut pembahagian supaya ia tidak berkarat dan mudah diambil untuk pengunaan. Tetulang hendaklah sentiasa bersih dan jauh dari kotoran minyak, tanah, karat, dan lain bahan.
~ 35 ~
4.2.3.4 Pembengkokan besi tetulang Lukisan kejuruteraan yang disertakan untuk sesuatu pembinaan memainkan peranan pada bahagian ini. Kerja pembengkokan bar tetulang dilakukan me ngikutnya. Pembengkokan „bender‟ atau „hooker‟ berguna dalam membengkok bar tetulang yang saiznya kurang daripada 25mm. Bagi bar tetulang yang lebih daripada 28mm ia boleh dibengkokkan dengan memanaskan bar tetulang tersebut. Bar tetulang utama hendaklah dibentukkan cangkuk atau tambatan pada hujungnya. Selepas ia dibengkokkan ia dihantar ke tapak dan dipasang ke dalam acuan. Bagi kerja pemasangan ia diikat dengan mengunakan dawai halus yang berdiameter 1.63mm.
4.2.3.5 Pemasangan tetulang keluli Tetulang keluli yang dipasang pada rasuk perlu diikatkan dahulu dengan „link‟. Kerja pengikatan link‟ adalah dilakukan dikawasan bawah. Kerja-kerja pengiikatan link adalah seperti yang berikut:a) Tetulang keluli yang hendak dipasang adalah diletakkan diatas dua peranca b) Link akan dimasukkan ke dalam sekeliling tetulang serta dijarakkan 150mm atau 200mm pusat ke pusat mengikut bentuknya. c) Seterusnya, link akan diikat pada tetulang dengan dawai mengunakan cangkuk pengikatnya.
~ 36 ~
Keadaan besi yang berkarat akibat pengabaian kaedah penyimpanan.
Kedudukan link pada tetulang.
~ 37 ~
Alat pemotong yang digunakan untuk memotong tetulang.
Kerja memasukkan tetulang ke dalam formwork beam.
~ 38 ~
4.2.4
Kerja konkr it
4.2.4.1 Pengenalan Konkrit merupakan sejenis bahan yang dihasilkan daripada gabungan simen, batu baur halus, batu baur kasar dan air mengikut nisbah tertentu. Konkrit juga adakalanya perlu ditambah dengan bahan tambah untuk tujuan meningkatkan taraf pada sifat-sifat konkrit. Konkrit boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut kegunaann ya. Jenis konkrit adalah seperti berikut :i. ii. iii.
Konkrit simen Konkrit bertetulang Konkrit kapur
4.2.4.2 Membancuh konkrit Konkrit boleh dibancuh dengan cara iaitu :iiiiii-
Membancuh dengan mengunakan penyodok. Membancuh dengan mengunakan mesin penggaul. Bekalan daripada kilang bancuh siap.
Biasanya membancuh konkrit dengan mengunakan penyodok atau „concrete mixer‟ adalah bagi kuantiti yang kecil sahaja. Sukatan simen perlu ditambah kira-kira 10% lagi untuk memudahkan kerja-kerja membancuh. Semasa membancuh konkrit dengan cara ini, bahan campuran akan digaul kering dahulu. Kemudian air akan dicampurkan sedikit demi sedikit sehingga sukatan airnya mencukupi. Kerja menggaul dilakukan sehingga campuran bahan itu sekata. Untuk projek-projek besar, jumlah konkrit yang diperlukan adalah banyak. Bancuhan konkrit biasanya adalah daripada kilang bancuhan siap. Pembancuhan ini baik di kilang ataupun ditapak perlulah mematuhi nisbah bancuhan yang ditentukan untuk menghasilkan konkrit yang berkualiti.
~ 39 ~
4.2.4.3 Jenis-jenis gred konkrit Pada masa kini, jenis-jenis bancuhan konkrit lebih dispesifikasikan sebagai gred-gred konkrit yang tertentu. Bancuhan konkrit tidak lagi dikenali dengan campuran nisbah bancuhan. Gred ini didefinisikan sebagai satu nombor yang membayangkan “Campuran konkrit akan digredkan dengan gred-gred berikut :a) b) c) d)
G15 (1:3:6) G20 (1:2:4) G25 (1:1.5:3) G30 (1:1:2)
4.2.4.4 Ujian keatas bancuhan konkrit Tujuan utama ujian ini dilakukan adalah untuk mengetahui kekuatan sesuatu konkrit. Dengan adanya ujian ini ia akan dapat menentukan samada bancuhan ini sesuai untuk kegunaan berkenaan ataupun untuk mencapai kehendak kekuatan mampatan yang dikehendaki dalam kerja-kerja pembinaan. Jenis-jenis ujian konkrit adalah :a) b) c) d)
Ujian Runtuh Ujian Kiub Ujian Vebe Consistometer Ujian Faktor Mampatan
~ 40 ~
Konkrit bancuhan siap.
st
Konkrit bagi 1 floor slab
~ 41 ~
Pemadatan dilakukan selepas konkrit dimasukkan ke dalam a cuan.
Honeycomb berlaku jika konkrit tidak dipadatkan dengan sempurna.
~ 42 ~
4.2.5
Kerj a bata
4.2.5.1 Pengenalan Dalam kerja bata, terdapat 3 bahan penting yang diperlukan antaranya :1. Simen - simen hendaklah daripada jenis Portland biasa. 2. Pasir - pasir untuk penghasilan mortar hendaklah daripada jenis pasir tawar yang keras, bersih dan bebas daripada sebarang selapur atau kotoran lain. 3. Mortar – mortar hendaklah mengandungi 1 bahagian simen dan 6 bahagian pasir dan dicampur dengan bahan pemudah adun. Pemudah adun hendaklah digunakan mengikut piawai yang ditetapkan.
4.2.5.2 Prinsip utama ikatan bata Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah :1. Mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak yang terus menerus baik di permukaan mahupun di dalam tembok. 2. Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk. Prinsip yang pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang dibina. Prinsip kedua pula mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok. Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan tegaknya berterusan, kekuatan dan kestabilanya adalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang berterusan ini seboleh-bolehnya hendaklah dalam segala kerja bata.
4.2.5.3 Jenis ikatan bata Jenis ikatan atau susunan yang boleh dibuat apabila bata digunakan dalam pembinaan tembok adalah banyak tetapi untuk tembok setengah bata, cara susunan yang boleh digunakan hanyalah ikatan sisi bata. Boleh dikatakan kesemua jenis ikatan kecuali ikatan sisi bata sesuai digunakan untuk pembinaan tembok satu bata tebal atau lebih. Jenis ikatan bata yang digunakan pada struktur projek ini adalah jenis ikatan sisi bata. Ikatan jenis ini adalah digunakan pada tembok yang tebalnya ½ bata atau 112.5mm. Ikatan ini disusun dengan men yambungkan bata kepada kepalanya. Lekapan ialah ½ bata. Pembinaan b ermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata sis penuh dan seterusnya. Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi. Oleh itu, ianya digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembok tandas, dan sebagainya. ~ 43 ~
4.2.5.4 Kerja-kerja pembinaan ikatan bata 1. Benang dan pelambab digunakan untuk menandakan kawasan ikatan bata. 2. Benang akan dipakukan pada bahagian bawah tingkat dan ditarik benang tadi ke atas mengikut ukuran yang ditetapkan dengan disertakan paku sebagai pengukuhan. 3. Permulaan kerja ikatan bata ialah dengan penuangan bitumen secara memanjang mengikut tempat ikatan bata ialah dengan penuangan bitumen secara memanjang mengikut tempat ikatan bata nanti dibina. 4. Lapisan kalis lembab dipotong dan diletakkan di atas bitumen tadi. 5. Dengan mengunakan sudip tangan, bancuhan mortar akan diturap di atas lapisan kalis lembap. 6. Bata disusun memanjang bermula dari atas mortar tadi. Sambungan antara bata dengan bata ditempelkan sedikit mortar sebagai pengikat bata itu. 7. Kegunaan benang sebagai bantuan untuk mendapatkan penghasilan tembok yang benar-benar lurus secara melintang atau menegak. 8. Jaring keluli „Exment‟ dipasang pada setiap 4 lapisan bata yang berfungsi sebagai penguat dan pengukuh kepada ikatan bata itu sendiri.
~ 44 ~
Jenis Ikatan sisi bata yang digunakan.
Kerja-kerja mengikat bata yang sedang dijalankan.
~ 45 ~
Minyak bitumen.
Lapisan kalis lembap.
Dawai Exmet.
~ 46 ~
BAB 5 CADANGAN
~ 47 ~
BAB 5 CADANGAN
Saya selaku pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia amat berbesar hati kerana melibatkan diri di dalam latihan industri ini. Pelbagai faedah dan ilmu telah saya perolehi sepanjang latihan berlangsung. Program seperti amat baik kerana ia dapat memberikan pengalaman kepada para pelajar untuk merasai sendiri suasana di dalam pekerjaan mengikut bidang masing-masing. Dengan ini fikiran dan pandangan para pelajar terhadap ilmu kejuruteraan semakin bertambah sejurus selepas tamat latihan. Pe ngalaman seperti ini tidak boleh di beli melainkan ianya di usahakan sendiri oleh para pelajar. Peluang baik seperti ini wajib dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar. Antara cadangan saya adalah menambahkan lagi bilangan staf di Pejabat Hubungan Universiti dan Industri. Bilangan staf bertugas untuk menguruskan permohonan p ara pelajar adalah tidak mencukupi. Seringkali berlaku kesesakkan di pejabat menyebabkan berlaku kelewatan dan kesulitan kepada kedua-dua belah pihak. Isu ini merupakan isu yang patut dipertimbangkan oleh pihak university bagi menambahkan lagi kelancaran bagi proses permohonan. Saya juga memerhatikan proses untuk mengambil surat penerimaan syarikat adalah berlaku secara tidak teratur dan kurang professional. Surat-surat ini diletakkan pada satu ruangan secara pukal dan para pelajar itu sendiri perlu mencari nama mereka sendiri di dalam hampir beratus-ratus helaian itu. Saya mencadangkan agar pihak pengurusan menyerahkan tugas untuk mencetak surat penerimaan kepada pelajar itu sendiri. Mewujudkan portal khas kepada paa pelajar untuk menerima surat penerimaan ini dan mencetaknya sendiri. Pelajar itu sendiri yang mencetak dan menyerahkan kepada pejabat secara msing-masing. Hal ini akan memudahkan lagi proses permohonan dan penerimaan kepada pihak industri. Selain itu, saya ingin mencadangkan agar pihak industri memberikan penilaian kepada para pelajar dengan lebih kerap. Penilaian ini diberikan kepada pihak universiti sebagai pemantauan dari masa ke semasa. Skop latihan perlu disediakan oleh pihak industri dan dihantarkan kepada pihak universiti pada minggu pertama latihan. Hal ini amat penting bagi pengawalan kualiti dan mutu latihan. Tidak cukup dengan han ya lawatan pada akhir latihan, lawatan oleh pihak industri perlu dilakukan dengan lebih kerap lagi. Saya juga ingin mencadangkan agar tempoh masa bagi latihan industri ditambahkan lagi iaitu dari 2 bulan kepada 6 bulan latihan. Hal ini demikian, tempoh 2 bulan itu tidak mencukupi bagi segala latihan yang dirancang. Sekiranya tempoh ini dilanjutkan, banyak lagi latihan yang bakal diterima oleh para pelajar. Oleh itu, pelajar akan lebih memahami akan tugasnya dalam industri dan menjadi lebih cekap dalam bekerja.
~ 48 ~
BAB 6 KESIMPULAN
~ 49 ~
BAB 6 KESIMPULAN
Sepanjang saya menjalani latihan industri saya telah mempelajari pelbagai pengetahuan yang baru mengenai bidang Kejuruteraan Awam ini dengan syarikat Shahab Builders & Engineering Sdn. Bhd. Saya berpeluang untuk mengadakan latihan di salah sebuah projek mereka di daerah Kuala kedah. Projek perumahan ini yang diberikan nama Taman Nusantara Fasa 2B. Disini saya dapat mempraktikkan apa yang telah saya pelajari semasa di university iaitu dengan mengikuti kerja-kerja yangberkaitan di tapak bina dan di pejabat. Selain itu juga saya dapat melihat perkembangan semasa dalam hal-hal kerja yang berkaitan dengan pembinaan. Pengalaman bekerja disini tidak akan dapat saya lupakan kerana ianya mengajarkan saya akan banyak perkara yang selama ini saya tidak ketahui. Belajar semasa kuliah adalah tidak sama jika dibandingkan dengan pengalaman latihan industri ini. Ilmu yang pernah dipelajari akan dapat dipraktikkan. Oleh itu, kefahaman para pelajar akan bertambah baik terhadap bidang ini. Para pelajar akan lebih bersedia untuk berkerja setelah menerima pendedahan awal ini. Saya juga amat berbesar hati kerana dapat menyertai syarikat ini untuk mengadakan latihan industri. Saya berpeluang bekerja dengan mereka-mereka yang professional dan jauh lebih berpengalaman. Ini merupakan satu peluang kepada saya untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin dengan bantuan golongan ini. Segala perkara baru saya catatkan sebagai nota tambahan kepada diri saya. Sekurang-kurangnya saya menamatkan latihan dengan dada yang penuh dan tidaklah sia-sia tanpa meperolehi sesuatu sepanjang latihan berlangsung. Disamping itu, saya dapat mengetahui bagaimana untuk berkomunikasi dengan para pekerja sama ada dari pihak bawahan mahupun atasan yang terlibat dengan jabatan ini. Memahami kerenah-kerenah pelanggan yang mempunyai pelbagai permintaan untuk mendapat kepuasaan dalam mencapai hasil yang terbaik. Oleh itu, adalah sangat baik latihan industri ini dijalankan supaya pelajar memahami segala aspek yang terkandung dalam bidang yang diikuti iaitu Kejuruteraan Awam.
~ 50 ~
BAB 7 RUJUKAN
~ 51 ~
BAB 7 SUM BER-SUM BER RUJUKAN
Individu
1. Encik Zaharin B. Zainol Abidin Penyelia tapak ( Taman Nusantara Fasa 2B), Shahab Builders & Engineering Sdn. Bhd. Alor Setar, Kedah
2. Encik Mohamad Azim B. Puteh Jurukur Bahan. Shahab Builders & Engineering Sdn. Bhd. Alor Setar, Kedah
3. Encik Soffian B. Zainal Pengurus projek Shahab Builders & Engineering Sdn. Bhd. Alor Setar, Kedah
Buku
1. Teknologi Binaan Bangunan Penulis : Jahman Bin Badron Penerbit : IBS Buku Sdn. Bhd.
Internet
1. www.google.com 2. www.yahoo.com.my
~ 52 ~