BAB 1 : PENGENALAN
1.1 : OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Latihan Industri merupakan syarat wajib bagi semua penuntut di Program Pengajian Ijazah, Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia untuk memenuhi pengambilan kursus diperingkat ijazah. Latihan industri ini merupakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat kursus Ijazah Kejuruteraan Elektrik dan kursuskursus yang lain. Latihan ini
untuk menyesuaikan pelajar ke alam pekerjaan yang penuh
mencabar selepas menamatkan pengajian di bidang masing-masing. Daripada pengalaman yang ditimba semasa menjalankan latihan ini, para pelajar dapat mempraktikkan pengajian semasa di universiti kerana tempat menjalankan latihan industri adalah selari dengan bidang pengajian masing-masing. Justeru itu, latihan industri ini penting bagi pelajar untuk meningkatkan tahap kualiti pembelajaran dan menghasilkan tenaga kerja yang separa mahir serta beretika kerja yang baik.
1
1.2 : OBJEKTIF LAPORAN
Setelah menamatkan sesi latihan industri ini setiap pelajar mesti menyiapkan satu buku laporan lengkap. Buku laporan ini merangkumi kegiatan yang di lakukan oleh saya bersama para pelatih yang lain di TNBD Terengganu ini.
Buku laporan ini adalah bertujuan untuk menyediakan satu laporan khas dan lengkap tentang apa yang telah dipelajari oleh pelajar semasa menjalani latihan industri. Dengan adanya laporan sebegini para pelajar dapat meningkatkan lagi kefahaman tentang apa yang telah dipelajari di firma masing-masing. Selain itu pelajar lebih bersedia untuk melakukan tugasan dan kerts kerja samasa di alam pekerjaan nanti.
Justeru itu, laporan ini telah dibuat mengikut jadual mengikuti pasukan dan dimuatkan di dalam bab-bab. Bab-bab tersebut marangkumi apa yang telah dipelajari sepanjang mengikut pasukan yang mengendalikan tugasan harian mereka.
2
BAB 2 : LATAR BELAKANG SYARIKAT 2.1 : Latar Belakang Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Tenaga Nasional Berhad (TNB) merupakan satu syarikat yang semakin meningkat nama di negara kita sejak dahulu lagi. TNB juga telah setanding dengan syarikat ternama yang terdapat di Malaysia seperti EON (Edaran Otomobil Nasional Berhad), Telekom Malaysia Berhad dan sebagainya. Malah TNB juga terdapat sahamnya yang telah tercatat di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Ini membuktikan yang TNB adalah satu syarikat korporat melalui modal yang agak besar dan juga terdapat sejumlah pekerja yang profesional, cekap dan mempunyai budaya kerja yang baik.
Antara insan yang paling banyak menyumbangkan tenaga dan berpengaruh di dalam syarikat ini ke arah meningkatkan lagi nama TNB ialah Encik Mohd. Azim B. Dato’ Hj. Yusoff selaku Pengurus Besar Kuala Terengganu . Di samping mempunyai punca utama modalnya dari saham dan pelaburan daripada para ahli serta pengguna,
3
kejayaan TNB ini juga adalah hasil kerjasama antara pekerja, pihak atasan dan juga pengguna.
2.2 : SEJARAH PENUBUHAN TENAGA NASIONAL BERHAD
Tenaga elektrik adalah sebahagian penting dalam kehidupan moden kita. Walaupun sentiasa berada di belakang tabir, namun ia merupakan kuasa penggerak utama dalam pencapaian matlamat ekonomi dan sosial negara serta kehidupan manusia. Bekalan elektrik mula diperkenalkan di semenanjung tanah air dalam tahun 1894 oleh Loke Yew dan Thamboosamy Pillai apabila mereka menggunakan sebuah alat janakuasa kecil dalam perusahaan lombong bijih timah mereka. Tahun 1900 juga menandakan bermulanya operasi stesen janakuasa pertama di semenanjung Malaysia iaitu Stesen Janakuasa Hidro Sempam di Raub, Pahang. Seramai 15 pengguna dan 41 lampu jalan menerima bekalan elektrik ketika itu. Pihak swasta telah memainkan peranan penting dalam usaha membawa kemudahan bekalan elektrik ke beberapa bandar di semenanjung. Pada tahun 1927, Jabatan Elektrik Negeri negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan dengan Sir W. J. William sebagai
4
pengarahnya yang pertama. Pada tahun itu juga, Stesen Janakuasa Bangsar, Kuala Lumpur telah dibuka dengan menggunakan arang batu. Peristiwa paling penting dalam sejarah bekalan elektrik negara ialah pada 1 September 1949 di mana Akta Elektrik No. 30, 1949 telah dikuatkuasakan dan perkhidmatan bekalan tenaga elektrik yang selama ini dimiliki oleh kerajaan, telah dipindah milik di bawah kuasa Lembaga Letrik Pusat Persekutuan Tanah Melayu (LLP).
2.3 : SEJARAH PENUKARAN LLN KEPADA TNB
Peristiwa paling penting dalam sejarah bekalan elektrik negara ialah pada 1 September 1949 di mana Akta Elektrik No. 30, 1949 telah dikuatkuasakan dan perkhidmatan bekalan tenaga elektrik yang selama ini dimiliki oleh kerajaan, telah dipindah milik di bawah kuasa Lembaga Letrik Pusat Persekutuan Tanah Melayu (LLP) Pada 22 Jun 1965, Lembaga Letrik Pusat Persekutuan Tanah Melayu telah ditukar namanya kepada Lembaga Letrik Negara Tanah Melayu (LLN). Setelah beberapa dekad memberikan khidmat kepada negara dan menggerakkan jentera pembangunan , maka berakhirlah lembaran Lembaga Letrik Negara dengan penukaran nama kepada Tenaga Nasional Berhad pada 1 September 1990.
5
Menerusi keazaman dan ketekunan anggota kerja dan pandangan jauh para pemimpin kita yang dahulu dan sekarang, ia menjadi satu realiti. Perkembangan dan pembangunan TNB setelah diswastakan begitu pesat dan pada 28 Mei 1992, ia disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Kini, TNB menjadi syarikat terbesar yang disenaraikan di bursa saham tersebut dengan permodalan pasaran RM 26.4 bilion yang mewakili 17.5% permodalan pasaran. Hari ini TNB bukan sahaja dikenali dari aspek kepakarannya dalam menyalurkan tenaga elektrik di peringkat tempatan malah, kini ia juga mula melabur dan mencari peluang pasaran peringkat antarabangsa.
2.4 : SISTEM ELEKTRIK TENAGA NASIONAL BERHAD
2.4.1
Pendahuluan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ialah sebuah syarikat yang didaftarkan di bawah
Akta Syarikat 1965 dan bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas-tugas seperti:
Untuk menjana, menghantar, membahagi dan menjual tenaga kepada pelanggan di Semenanjung Malaysia.
Untuk merancang, memasang, beroperasi dan persaingan elektrik untuk penjanaan, penghantaran dan pembahagian elektrik.
6
Untuk mencapai objektif yang dirancangkan, TNB meluaskan rangkaiannya di Semenanjung Malaysia dan Sabah. TNB mempunyai pusat perkhidmatan yang cekap dan cepat seperti Pusat Pengesan Panggilan dan Pusat Perkhidmatan Pelanggan. TNB mempunyai 3 anak syarikat yang utama dan menjadi penggerak dalam perkembangan TNB iaitu:
TNB Generation Sdn. Bhd
TNB Transmistion Network Sdn. Bhd
TNB Distribution Sdn. Bhd
2.4.2
Penjanaan
Memastikan keperluan bekalan elektrik bagi pelanggan sentiasa mencukupi.
Mematuhi akan peruntukan Akta Kuantiti Alam Sekitar 1974 sertasyarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi semua projek pembangunan serta kendalian logi.
Menyiapkan projek-projek mengikut jadual.
Menjawab pertanyaan atau aduan melalui telefon dalam masa 24 jam.
Menjawab pertanyaan atau aduan bertulis dalam masa tujuh (7) hari.
2.4.3 Penghantaran
7
Memastikan sistem talian penghantaran sentiasa berupaya menyalurkan bekalan elektrik dengan selamat, berkualiti dan ekonomi kepada semua pelanggan.
Mematuhi peruntukan Akta Alam Sekitar 1974 serta syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi segala projek pembangunan.
Menyiapkan semua projek penghantaran mengikut jadual.
Memastikan talian penghantaran dan pencawang dalam keadaan yang boleh dikendalikan setiap masa.
Menyediakan
perkhidmatan
kepakaran
kepada
semua
pelanggan
yang
memerlukannya.
Menjawab semua pertanyaan atau aduan melalui telefon dalam masa 24 jam.
Menjawab segala pertanyaan atau aduan bertulis dalam masa tujuh (7) hari.
2.4.4 Pembayaran
Membuat pembayaran, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:1) Dalam masa dua (2) bulan : -
Pemulangan wang cagaran bil elektrik
2) Dalam masa sebulan :
8
-
Pembayaran kemajuan projek.
-
Pembayaran pampasan dan gantirugi
-
Pembayaran wang tahanan (retention free)
-
Pembayaran
Perkhidmatan dan perolehan.
Menjawab dalam masa 24 jam, segala pertanyaan atau aduan melalui telefon.
Menjawab dalam masa tujuh (7) hari segala pertanyaan atau aduan bertulis.
2.5 : PENCAPAIAN REKOD
2.5.1 Pengenalan TNB merupakan syarikat yang tidak asing di negara Asia.yang mana syarikat ini telah mendapat anugerah Best Of Employer in Malaysia.TNB juga telah terpilih sebagai 10 di antara syarikat yang terbaik di Malaysia dan yang ke 11 daripada 20 syarikat yang terbaik di asia. Syarikat ini banyak banyak menyediakan kemudahan asas untuk kebajikan warga kerjanya.Antara kemudahan yang di sediakan seperti perubatan,pembelajaran dan kemudahan pinjaman untuk warga kerjanya.
2.5.2 Prestasi Kewangan
TNB sekali lagi mencatat sejarah apabila menunjukkan peningkatan prestasi keuntungan syarikat buat pertama kalinya merentasi paras RM 2 billion
9
mencecah 2.11 billion. Keputusan cemerlang ini dikaitkan dengan beberapa faktor semasa termasuk perolehan daripada pertukaran mata wang asing dan pertumbuhan sihat bagi keseluruhan penggunaan kuasa elektrik di Semenanjung Malaysia. Walau apa pun sebab yang mendorong kepada pertumbuhan kewangan yang sedemikian rupa, yang pastinya pencapaian sedemikian sewajarnya menjadi satu kebanggaan di kalangan warga TNB khususnya dan warga Malaysia amnya. Hakikatnya, tanpa sumbangan keringat dan cetusan minda warga kerja TNB, laluan ke arah pencapaian tersebut sudah tentu akan menjadi lebih sukar. Tidak kurang pentingnya keyakinan yang telah diberi kepada TNB oleh semua pihak, iaitu pemegang-pemegang saham, kerajaan dan para pengguna yang membuka lebih banyak ruang untuk TNB membuat beberapa keputusan strategik dan berkesan.
2.6 : PIAGAM PELANGGAN TENAGA NASIONAL
10
2.6.1 Perkhidmatan Pelanggan
Menjawab segala pertanyaan secara langsung atau melalui telefon dalam masa 24 jam. Pertanyaan atau aduan bertulis akan dijawab dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan surat. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah:
Berusaha untuk membaik pulih sebarang gangguan kecil bekalan dalam masa 4 jam dan gangguan besar selewat-lewatnya 2 hari kerja.
Menyambung semula bekalan yang telah dipotong, jika semua bil telah dijelaskan sebelum jam satu petang, pada hari pembayaran dibuat.
Memberi layanan khas kepada pelanggan yang lanjut usia atau cacat anggota.
Menyambung bekalan elektrik selepas temujanji. Pengujian pemasangan dibuat bagi bekalan baru (voltan rendah)
11
-
Keadaan biasa
: tidak melebihi 2 hari kerja
-
Keadaan luar biasa
: tidak melebihi 2 minggu
2.7 : LOGO DAN SIMBOL TNB 2.7.1 Rasional Logo
TENAGA NASIONAL BERHAD
Logo Korporat Tenaga Nasional Berhad (TNB) melambangkan matlamat badan swasta ini yang berterusan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dalam memenuhi kehendak negara dengan azam baru berasaskan masa depan yang dinamik.
2.7.2 Simbol Identiti Korporat TNB berasaskan simbol yang mudah dikenali sebagai penggunaan tenaga elektrik, iaitu mentol lampu. Rekabentuk yang dicipta ini membayangkan nilai-nilai yang bertenaga demi masa depannya. Rekabentuk ringkas dan berkesan ini serta hampir keseluruhannya dibentuk dengan satu garisan yang sama. Bentuk kilat dalam mentol pula membawa gambaran jelas fungsi bekalan elektrik TNB. Rekabentuk mentol yang berbentuk ‘T’ membawa pengertian tenaga.
12
2.8 : NAMA KORPORAT Nama Tenaga Nasional Berhad dengan sendirinya meringkaskan keseluruhan peranan badan swasta ini . Ia digambarkan dalam logo korporat dengan huruf cetak yang jelas dan canggih untuk memaparkan masa depan TNB yang mencabar. Bentuk huruf-huruf condong yang digunakan untuk merekabentuk namanya mencerminkan peranan TNB yang dinamik dalam kemajuan negara.
13
Ibu Pejabat TNB Kuala Terengganu
Stor Pusat TNB Kuala Terengganu
14
Pusat Pemulihan Bekalan TNB Jalan Banggol, Kuala Terengganu
15
16
BAB 3 : RINGKASAN KERJA LATIHAN INDUSTRI Semasa menjalani latihan para pelajar harus mengikuti setiap aktiviti yang telah ditetapkan oleh firma. Di Tenaga Nasional Berhad Distribution ini saya telah mengikuti gerakerja yang telah diatur oleh penyelia khasnya. Penyelia telah memberi jadual tugasan harian kepada para pelatih supaya gerakerja lebih tersusun dan bersistematik. Latihan yang dijalankan hanya 5 kali dalam seminggu. Selama 5 bulan menjalani latihan di firma ini banyak perkara yang telah saya pelajari daripada pasukan yang telah saya ikuti. Berikut ialah ringkasan pasukan yang talah saya ikuti sepanjang latihan;
Pasukan pertama yang diikuti ialah Pasukan Perancang Dan Pembinaan. Bahagian perancang merupakan proses pertama yang mesti dilalui bagi sesuatu projek yang ingin dijalankan. bahagian perancang ini akan membuat lawatan dan proses penilaian atau jangkaan (estimate). Estimate amat penting dan mesti dijalankan kerana membabitkan penilaian kos-kos bagi sesuatu projek. Bahagian pembinaan adalah merupakan bidang yang bertanggungwajab dalam melaksanakan sesuatu projek baru yang akan dibina atau dijalankan. Kerja yang dilakukan bukan saja terbatas kepada projek baru tetapi melibatkan projek meningkatkan bekalan eletrik yang dipohon oleh pengguna dan juga membabitkan projek sistem bekalan elektrik
17
Pasukan kedua ialah Pasukan Pencawang Kendalian Dan Selenggaraan (K&S) Pasukan ini membuat selenggaraan pada pencawang dan bersedia untuk kerja-kerja ‘Break Down.’ Pelajar didedahkan berkenaan bagaimana penyelenggaraan pencawang elektrik (PE) dijalankan, ini termasuklah penyelenggaraan bagi Stesen Suis (SS) iaitu sebahagian dari rangkaian penghantaran elektrik antara PE. .
Pasukan ketiga ialah Pasukan Sesalur Atas Voltan Rendah(SAVR I) bahagian ‘Break Down’ dan SAVR II. Pasukan ini melakukan tugas-tugas membaik pulih kerosakkan wayar sesalur atas 415V serta mengubah suai talian. Bahagian ini terbahagi kepada empat
bidang utama iaitu PPB atau Pusat Pengurusan Bekalan, Serbis, Sesalur Voltan Rendah (SVR) dan Lampu Awam.
Pasukan keempat ialah Pasukan 33 KV menitikberatkan tentang perlindungan dan keselamatan dalam sistem penghantaran dan pengagihan bekalan elektrik oleh TNB. Ianya melibatkan langkah-langkah perlindungan dan keselamatan dari berlakunya sebarang kerosakan atau ‘breakdown’ yang boleh berlaku apabila wujudnya kejadian atau masalah voltan lampau atau lebihan voltan dan juga ‘earth fault’ iaitu rosak ke bumi.
Pasukan kelima ialah Pasukan Jangka. Pasukan ini memasang meter pada pengguna yang memohon bekalan yang baru selain menukar meter yang telah rosak. penggunaan jangka meter samada 1 fasa ataupun 3 fasa, meter CT
Secara keseluruhannya aktiviti yang dilakukan oleh saya sepanjang latihan industri ini menepati kursus yang telah dipelajari di KUTKM.
18
BAB 4 : PEMBINAAN
4.1 : Pembinaan Bahagian Pembinaan merupakan salah satu bahagian yang didedahkan oleh pihak TNBD kepada pelajar. Bahagian ini adalah melibatkan sesuatu projek baru atau sesuatu sistem bekalan yang perlu ditingkatkan yang mesti dilaksanakan oleh pihak TNBD. Bahagian ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Pencawang,talian atas dan Kabel. Memandangkan masa yang singkat, pelajar dapat didedahkan bahagian kabel. Ini kerana bahagian pencawang lebih ditekankan pada bahagian senggaraan dan voltan tinggi.
4.1.1 Di antara alat yang digunakan di TNB
Bahan-bahan yang digunakan untuk pemasangan kabel bertebat di udara ialah:-
19
i)
Penyangkok
ii)
Pencengkam gantungan
iii)
Penetap tamatan
iv)
Perangkai Fusable “Fusable Link”
v)
Tiub pemati hujung
vi)
Pengikat Nylon hitam
vii)
a)
Penyambung bertebat “Piercing”
Penyangkuk
Penyangkuk diperbuat daripada keluli yang diliputi oleh galvanis melalui proses celup panas. Penyangkuk ini digunakan untuk menahan dan menyokong penetap tamatan dan pencengkam gantungan. Penyangkuk juga dikenali sebagai Hook.
b)
20
Pencengkam gantungan
Reka bentuk pencengkam gantungan adalah bersesuaian untuk di gunakan pada dawai gantungan atau Neutral bersalut tanpa menyebabkan berlakunya kerosakan pada penebat (terdapat pelapik pelastik yang dipasang pada pencengkam gantungan). Pencengkam gantungan ini dipasang pada tiang sesalur terus dan tiang sudut sehingga 30o. bagi tiang sudut yang melebihi sudut ini, penetap tamatan perlu digunakan. Terdapat dua saiz yang dibekalkan bergantung pada saiz dawai pengantung atau Neutral:-
c)
21
i)
Pencengkam gantungan 25 – 75mm2
ii)
Pencengkam gantungan 120mm2
Penetap tamatan
Penetap tamatan digunakan untuk menahan tegangan kabel pada tiang tamatan, pembahagian dan tiang sudut dimana sudut peralihannya melebihi 30o. Penetap tamatan dipasang pada dawai pengantung atau neutral bertebat tanpa menyebabkan berlakunya kerosakan pada salutan penebat pengalir. Terdapat 3 saiz yang dibekalkan bergantung pada saiz dawai pengantung atau neutral:-
d)
i)
Penetap tamatan 25mm2
ii)
Penetap tamatan 70mm2
iii)
Penetap tamatan 120mm2
Perangkai Fusable “Fusable Link” Fusable Link merupakan penyangkut berbentuk “S” yang diperbuat daripada keluli
lembut yang disalut dengan galvanis melalui proses celup panas berpandukan B.S.729. Fusable Link perlu dipasang diperataraan penyangkok dengan pengcengkam gantungan. Fusable Link ini perlu dipasang pada tiang sesalur terus dan tiang sudut dimana sudut peralihannya kurang daripada30o. Fusable Link direka bentuk supaya kekuatan di dalam lingkungan 6kN supaya talian kabel bertebat dan segala bahan pepasangan yang lain tidak mengalami kerosakan sekiranya
22
pokok dan dahan yang berat tertimpa di atas talian. Terdapat juga fusable link yang telah dipasang secara siapbina pada pencengkam gantungan. e)
Tiub pemati hujung Tiub pemati hujung digunakan untuk menutup pengalir yang terdedah pada
bahagian hujungnya. Ia diperbuat daripada bahan EPDM hitam penentang cuaca padatan tinggi. Tiub ini dapat di pasang dengan menggunakan tangan tanpa perlu dihangatkan atau menggunakan peralatan khas. Saiz-saiz yang terdapat ialah:
f)
i)
Tiub pemati hujung 16 – 25mm2
ii)
Tiub pemati hujung 70mm2
iii)
Tiub pemati hujung 95mm2
iv)
Tiub pemati hujung 120 – 185mm2
Pengikat Nylon hitam Pengikat Nylon Hitam digunakan untuk mengikat kembali terus pengalir ke dawai
pengantung atau neutral di setiap tempat dimana pengalir tersebut terombak keluar daripada gumpalannya apabila pemasangan bahan-bahan dibuat pada kabel. Pengikat ini diperbuat daripada bahan plastik dengan panjangnya lebih kurang 200mm dan lebarnya 9mm. Terdapat kemudahan untuk mengunci ketat dan meleraikan di satu hujung pengikat ini.
23
g)
Penyambung bertebat “Piercing”
Penyambungan bertebat Piercing digunakan untuk mendapatkan keterusan sambungan elektrik antara talian utama dengan pengalir tee-off. Pelit sesentuh bergerigi yang disediakan dapat menembusi terus pada penebat bagi mendapatkan sambungan elektrik yang baik tanpa membuang salutan penebat. Dengan menggunakan saiz-saiz yang bersesuaian denagn pengalir, semua logam penyambung ditutupi sepenuhnya dalam perumah yang dapat menahan pada sebarang kenadaan cuaca dan kalisair, serta dapat menahan voltan arus ulang alik 5kV untuk 1 minit setelah diredam 300mm dalam air selama 1 jam. Penyambung bertebat Piercing yang digunakan untuk menyambung pelbagai saiz pengalir fasa dan dawai neutral atau pengantung adalah seperti berikut:i)
Penyambung Piercing 185 – 120mm2 @ 185 – 95mm2
ii)
Penyambung Piercing 165 – 120mm2 @ 25 – 16mm2
iii)
Penyambung Piercing 120 – 70mm2
iv)
Penyambung Piercing 95 – 70mm2 @ 95 – 70mm2
v)
Penyambung Piercing 95 – 70mm2 @ 25 – 16mm2
vi)
Penyambung Piercing 25 – 16mm2 @ 25 – 16mm2
4.2 : Pencawang
24
Pencawang elektrik ialah pengumpulan komponen-komponen perkakasius yang digunakan untuk mengarahkan pengaliran tenaga elektrik di dalam sistem kuasa dan memastikan keselamatan sistem dengan menyediakan satu badan dimana alat-alat perlindungan automatik dan pengaliran tenaga dapat dipasang. Secara asasnya Pencawang elektrik mengandungi beberapa litar pendatang (incoming circuit) dikawal oleh perkakasuis-perkakasuis bertemu di satu sistem busbar yang sama yang kemudiannya dikendalikan untuk penyusaian atau ditinggi atau direndahkan nilai bekalan voltan untuk penghantaran atau pembahagian.
PENCAWANG OUTDOOR
25
H POLE
4 . 3 : Fungsi-fungsi Pencawang Fungsi pencawang ialah untuk: i) Membentuk satu ‘nodal point’ dimana kuasa diubah atau dan diagihkan daripadanya ke pencawang lain atau pengguna. ii) Membolehkan penyusaian masuk atau keluar ke bahagian-bahagian lain dalam satu-satu sistem. i) Membolehkan bahagian yang rosak dalam satu-satu sistem diasingkan dengan cara penyusaian dan pembekalan elektrik dapat diteruskan melalui litar yang lain.
26
Rajah 4.1 :
Pencawang pembahagian
4.3.1 : Keperluan Pencawang Elektrik Nilai voltan yang terguna akan dinaikkan untuk penghantaran dan direndahkan untuk pembahagian. Proses pengendalian meninggi atau merendah nilai voltan memerlukan pencawang. Faedah-faedah voltan tinggi untuk penghantaran: i) Nilai susutan voltan rendah ii) kos perbelanjaan pengaliran kurang. Faedah-faedah voltan rendah untuk pembahagian: i) Kos perbalanjaan perkakasuis rendah ii) Senang dibekal kepada pengguna-pengguna sebab alat-alat yang digunakan oleh pengguna memerlukan voltan rendah
27
4.4 : Pembinaan Pencawang Atas Tiang 11 Kv ( Pole Mounted substation) Penerangan Sebelum pekerjaan dijalankan para pelatih mestilah dapat merancangkan pekerjaan tersebut. Dengan tindakanberlakunya kelambatan perlaksanaan projek dan pembaziran yang tidak menentu (seperti menyediakan alat-alat yang tidak perlu dan sebagainya). Di bawah ini disertakan panduan-panduan bagi melaksanakan pembinaan pencawang atau tiang 11Kv. 4.4.1
Panduan-panduan untuk Pembinaan Pencawang Atas Tiang 11Kv.
1) Melukis Pelan Pencawang atas Tiang 11Kv Lukisan pelan hendaklah dibuat mengikut spesifikasi. Dengan berpandukan pelan yang disediakan para pelatih akan dapat membuat pelan pencawang dengan menyertakan segala alatan ukuran dan tempat kedudukan alatan. 2) Membuat Senarai Barang-barang Dengan berpandukan gambarajah pencawang para pelatih dikehendaki memberikan senarai barang-barang bagi pembinaan pencawang tersebut. 3) Persiapan Barang a) Persediaan 2 tiang besi berukuran 11.4 cm x 14 cm x 1066.8 cm. Pastikan keduadua tiang mempunyai lubang untuk menyokong alatubah kemudaian pastikan ia telah dicat dengan “anti-rust” dan disalut dengan cat aluminium. Jika perlu tiangtiang tersebut hendaklah dicat semula. b) Persediaan palang besi untuk penebat pin, petikabel, penangkap kilat, fius, penebat pin shakel dan pengelas alatubah dengan menggunakan besi alur 10.2 cm x 5.1 cm x 0.635 cm.
28
c) Persediaan pengapit kabel berukuran 5.1 cm x 0.635 cm. kabel dialarkan salari dengan tiang, para pelatih dikehendaki menyemak jumlah pengapit kabel yang diperlukan. Ianya perlu dicari kembali jika keadaan tidak memuaskan. Palang untuk fius tiang dari kayu cengal berukuran 7.6 cm x 7.6 cm. semak kembali palang tersebut. Jika perlu para pekerja dikehendaki membuat yang baru. d) Persediaan paip pembinaan. Pembumian bolehlah dijalankan seperti rajah dibawah. Jarak diantara batang paip mestilah 2 kali ganda panjang paip tersebut. Jenis paip bumi adalah seperti berikut: i)
Batang tembaga 15.24 cm x 1.6 cm diameter
ii)
G.I. paip 30.5 cm x 6.35 cm diameter. Adalah baik pembumian dibuat cara gelung dan peyambungan jejari jikalau nilai rintangan tidak mencukupi 3 ohm. Pembumian penagkap kilat mestilah diasingkan dan ditanam berhampiran dengan tiang. Ini adalah untuk mengelakkan dari gelangan yang berlebihan.
Rajah 4.2 :
Rajah rintangan pembumian pencawang atas tiang.
e) Peyampai Penebat Pin 11 Kv. Bagi penyampai pin 11 Kv peraturan membuatnya mestilah mengikut panduan. Saiz dawai peyampai ialah S.W.G. 16. f) Keselamatan pekerja di pencawang atas tiang.
29
Oleh sebab pekerjaan ini merbahaya, para pekerja mestilah mematuhi segala peraturan kerja seperti dicataitkan: i)
Pekerja dikehendaki memakai topi keselamatan semasa menjalankan kerja.
ii)
Tangga yang digunakan hendaklah diikat hujungnya kepada tiang. Pastikan sudut tangga denga tiang tidak begitu besar.
iii)
Perhatikan tali-tali yang digunakan pada masa menjalankan kerja di dalam keadaan yang baik.
iv)
Gunakan tali pinggang keselamatan semasa menjalankan kerja di atas tiang.
v)
Semua perkakas yang digunakan di atas tiang hendaklah di simpan di dalam beg semasa tidak menggunakannya.
vi)
Semasa pekerja-pekerja menjalankan kerja diatas tiang. Pekerja lain tidak dibenarkan duduk di bawah kawasan pekerjaan tersebut.
vii)
Gunakan tali untuk menaikkan barang-barang perkakas.
g) Kedudukan tiang dan penentuan tapak. Para pekerja dikendaki membuat tapak pada pencawang atas tiang iaitu dengan memancang kayu serta menutuskan arah lubang slur bagi menaikkan tiang. Untuk peringatan, dalam dan lebar mestilah tepat 183 cm x 122 cm persegi.
30
Rajah 4.3 :
31
Rajah pencawang atas tiang 11 Kv
4.5 : Pembinaan Pencawang Berbangunan 11 Kv (Indoor Substation)
Penerangan Sebelum pekerjaaan dijalankan para pekerja mestilah dapat merancangkan pekerjaan tersebut. Denga itu, tindaklah berlaku kelambatan perlaksanaan projek dam pembaziran yang tidak menentu ( seperti menyediakan alat-alat yang tidak perlu atau berlebihan dan sebagainya) Panduan-panduan bagi perlaksanaan pencawang berbangunan 11 Kv. 1. Melukis Pelan Pencawang Pelan bangunan mesti dilukis dan diluluskan oleh jabatan berkenaan. 2. Senarai Barang-barang Senarai barang-barang untuk pembinaan pencawang berbangunan mesti disediakan. 3. Membuat Persediaan Tempat Pencawang Berbangunan Pastikan kedudukan alatubah, perkakasuis, tapak papan pembahagian voltan rendah dan peparit-peparit untuk kabel voltan tinggi dan rendah. 4. Pepasang Alatubah Kedudukan alatubah mesti ditentukan dipasang di tengah-tengah tapak alatubah. 5. Pepasangan Perkakasuis Pastikan jenis perkakasuis yang akan dipasang dan disediakan tapak seperti ukuran perkakasis tersebut.
32
6. Pepasangan Papan Pembahagian Voltan Rendah dan Kabel Tentukan suis papan pembahagian voltan Rendah dan lokasi kedudukannya. 7. Pembumian Perkakasuis dan Alatubah Semua perkaksuis mestilah dibumikan. Pembumian dilakukan kepada semua alatubah, perkakasuis dan kabel, kemudian disambungkan kepada punca pembumian utama yang direntang di bahagian bangunan tersebut dan seterusnya ke sistem pembumian pencawang.
Rajah 4.4 :
Pencawang Berbangunan 11 kV
4.6 : Papan Pembahagian Voltan Rendah ( PPVR ) 1. Penerangan Papan pembahagian voltan rendaf mengandungi bahagian-bahagian berikut: a) Jangka TDI ( Thermal Demang Indicator Meter ) b) Basbar
33
c) Unit Menatang ( Incoming Unit ) d) Unit Pengagih ( Outgoing Unit ) e) Alatubah arus ( current Transformer )
2. Jangka TDI Untuk mengukur beban iaitu bekalan elektrik yang digunakan oleh keseluruh pengguna. 3. Basbar Menyambung bekalan dari unit mendatang ke unit pengagaih. Terdapat empat Basbar iaitu fasa merah, kuning, biru dan neutral. 4. Unit Mendatang Alat yang digunakan untuk mengasingkan bekalan dati alatubah ke basbar di PPVR. 5. Unit Pengagih Alat yang digunakan untuk mengasingkan bekalan atau memberi bekalan kepada pengguna. 6. Alatubah Arus Untuk merendahkan nilai arus yang mengalir pada basbar supaya dapat dibaca . oleh jangka TDI mengikut nisbah pada alatubah arus. Contoh 800 A : 5 A. 7. Contoh beberapa ukuran PPVR a) 1000 Amp b) 1600 Amp c) 2000 Amp 8. Cara mengendali
34
Untuk mengendalikan PPVR, kita mestilah berdiri sekurang-kurangnya 2 kaki dari PPVR. Untuk mengasingkan bekalan dari alatubah ke basbar. Bekalan di unit mendatang dengan menggunakan ‘ kayu penyambung’.
Rajah 4.5 :
Peti Pembekal Voltan Rendah
4.6.1
Cara Mengendalikan Papan Pembahagian Voltan Rendah (PPVR)
1)
Berdiri sekurang-kurangnya 2 kaki dari PPVR.
2)
Untuk mengasingkan bekalan dari alatubah ke basbar gunakan kayu penyambung.
3)
Untuk pemotongan bekalan, didahulukan dengan Red, Yellow, Blue. Untuk memasukkan bekalan, didahulukan dengan Red, Yellow, Blue.
4.7 : Perkakasan Vacuum Circuit Breaker Jenis Aci a)
Penerangan Komponen-komponen luar perkakasan pemutus litar vacuum jenis Aichi ialah: 1)
35
Jangka Ampiar.
2)
Jangka Voltan.
3)
Geganti.
4)
Suis alat pemanas.
5)
Gius.
6) Plat nama ( penerangan pemutus litar vacuum ). 7) Lengan untuk menarik keluar atau menolok dalam pemutus litar vacuum. 8) penunjuk keadaan pemutus litar ( ON atau OFF ). 9) Penunjuk keadaan spring ( Spring Charged atau Spring Free ). 10) Penunjuk pengira kendalian pemutus litar. 11) Butang pembumian. 12) Butang penutup (ON ) pemutus litar. 13) Butang pelantik ( OFF ) pemutus litar. 14) Tuil interlock. 15) Penunjuk lokasi pemutus litar ( Service atau Isolated ). 16) Penutup pesawat pembumian. 17) Pesawat mengecas spring. 18) Kemudahan mengunci untuk kedudukan ( Service atau Isolated ). 19) Kemudahan mengunci untuk menutup atau pelantik pemutus litar. b)
Kendalian
Pemutus litar vacuum jenis Aichi boleh dikendali dalam tiga kedudukan iaitu: 1) Perkhidamatan biasa ( Normal Service). 2) Membumi kabel ( Cabel Earth ). 3) Membumi busbar dan kabel ( Busbar and Cabel Earth ). c)
Kedudukan Perhkidamatan Biasa ( Normal Service )
1) Pemutus litar ditolak masuk ke kedudukan service. 2) Lengan kendalian digunakan untuk mengecas spring pemutus litar tersebut. ( 5-6 pergerakan lengan diperlukan untuk mengecas spring tersebut ).
36
3) Penunjuk keadaan spring akan menunjukkan “spring Charged”. 4) Butang menutup pemutus litar di tarik untuk menutup ( ON ) pemutus litar tersebut. 5) Penunjuk keadaan pemutus litar akan menunjukkan ‘ON’. 6) Penunjuk keadaan spring akan menunjukkan “Spring Free”. 7) Untuk peringatan iaitu Tuil Interlock mesti ditekan ke bawah dengan kaki semasa menolak atau pemutus litar.
d)
Pesawat Palam Litar Pendua ( Secondry Circuit Plug )
1) Palam litar pendua mesti dimasukkan dalam pemegangnya sebelum monolak pemutus litar ke kedudukan service. Jika tidak, pemutus litar tidak boleh ditutup. 2) Bila pemutus litar berada dalam keadaan service palam litar pendua tidak boleh dikeluarkan dari pemegangnya. e)
Membumi Kabel
i. Pemutus litar vacuum ditarik keluar ke kedudukan ‘ISOLATED’ atau pun keluar dari perkakasuis. ii. Masukkan lengan pengendalian ke pesawat pembumian setelah penutupnya dialih dan tolak lengan ke bawah ke kedudukan ‘ON’ untuk membumi kabel. f)
Membumi Busbar Dan Kabel
1) Tolak pemutus litar ke kedudukan ‘Service’. 2) Tarik butang pembumian dengan satu tangan dengan menggunakan lengan pengendalian. Kendalain pesawat pembumian ke kedudukan “ON”. 3) Kemudian tutup (ON) pemutus litar vacuum tersebut dan busbar akan dibumikan melalui pemutus litar serta suis pembumian. 4) Untuk mengeluarkan pembumian buka (OFF) pemutus litar dengan butang pelantik dan kemudian kemdalian suis pembumian ke kedudukan “OFF”.
37
5) Untuk peringatan iaitu untuk membumikan busbar, kabel serta busbar mesti dipotong bekalannya kerana dengan perkakasuis jenis ini tidak ada kemudahan untuk membumikan busbar sahaja.
Alatubah Kuasa
Nisbah Pengubah Di sebuah alatubah sempurna ,nisbah pengubah diantara voltan arus dan bilangan lilitan adalah seperti berikut: VP = NP VS
NS
Di mana ,
38
VP adalah lilitan utama. VS adalah lilitan pendua. NP adalah bilangan lilitan di lilitan utama NS adalah bilangan lilitan di lilitan pendua
Dan , KVA (masuk)
=
KVA (keluar)
VP x IP
=
VS x IS
VP
=
IS
VS
=
IP
Dimana , IS adalah arus di lilitan pendua. IP adalah arus di lilitan utama. Kesimpulan diantara voltan,arus dan juga bilangan lilitan ialah VS VS
=
IS IP
=
NP NS
4.7 .1 : Alatubah Kuasa ( Prinsip ) ( Power Transformer ) Alatubah kuasa ialah sebuah alat statik arus ulang alik yang di gunakan untuk mengalih kuasa elektrik dari satu litar yang lain dengan mengubah voltan an arus tetapi tanpa mengubah frekuensinya. Prinsip kerja alatubah ialah kuasa (power) boleh dipindahkan secara efektif melalui induksi magnatik dari satu gegelang lilitan kepada yang lain dengna daya magnetik yang dihasilkan oleh arus ulang alik. Apabila arus ulang alik ini dihidupkan ke lilitan utama, arus yang mengalir ini membuat teras besi (iron core) menjadi magnetik. Arus ini mulanya mengalir pada satu arah dan kemudian sebaliknya (arus ulang alik). Medan magnetik yang dihasilkan mengelilingi seluruh litar mangetik (teras besi) dan
39
menghasilkan (induce) voltan ke litar utama dan pendua kerana kedua-dua ini di sambung dengan medan magnetik yang sama. Voltan yang dihasilkan di satu lilitan (per turn) di lilitan utama dan lilitan pendua adalah sama dan di arah yang sama. Voltan yang dihasilkan di lilitan pendua adalah bergantung kepada voltan yang dimasukkan pada lilitan utama dan bilangan lilitan pada lilitan pendua. Oleh kerana voltan di lilitan utama dan lilitan pendua berubah, arus di lilitan pendua juga turut berubah. Kuasa ( VA ) = Voltan x
Rajah 4.6 :
Arus
Gambarajah asas Alatubah kuasa.
4.7.2 :Keupayaan Alatubah
Keupayaan alatubah ditafsirkan di dalam KVA atau MVA contohnya 100 KVA, 200 KVA, 1 MVA, 30 MVA dan lain-lain. Adalah mustahak untuk mengetahui keupayaan alatubah kerana ini dapat menentukan: 1) Arus maksima di bahagian utama ( primary ) dan pendua ( secondary ).
40
2) Kadar fius yang akan digunakan bahagian utama dan pendua.
Arus Maksima =
KVA x
1000 3
KEUPAYAAN
x
V
VOLTAN BAHAGIAN UTAMA ( PRIMARY VOLTAGE )
ALATUBAH (KVA) 100 200 300 400 500 750 1000 Jadual 4.1 :
KADAR FIUS 11 Kv
KADAR FIUS 6.6 Kv
(Ampiar ) 10 20 30 40 50 75 90
( Ampiar ) 15 30 50 60 75 125 140
Kadar Fius Voltan Tinggi untuk Gegelang Utama
4.7.3 : Rekabentuk Alatubah Pembahagian
41
Alatubah kuasa ialah satu perkakas elektrik yang boleh mengubah voltan tinggi ke voltan rendah atau dari voltan rendah ke voltan tinggi. Alatubah yang digunakan untuk sistem pembahagian biasanya ialah yang mengubah voltan dari voltan tinggi ke voltan rendah, untuk dialirkan kepada pengguna. Voltan yang dikeluarkan oleh alatubah pembahagian biasanya ialah 415 Volt 3 fasa. Biasanya alatubah-alatubah yang digunakan untuk sistem pembahagian mempunyai kumpulan vektor Dy 11 iaitu dinamakan ‘Delta star’.
1) Peti Kabel Peti kabel adalah tempat di mana voltan tinggi disambung. 2) Gebok Putusan Voltan Tinggi Ruang ini ialah untuk sambungan lilitan alatubah di tangki utama denga peti kabel. 3) Tangki Konservator Adalah ruang untuk menyimpan minyak. Ianya menentukan paras minyak tangki minyak utama. Tangki konservator memastikan tangki utama dipenuhi minyak dan juga mengurangkan luas. Permukaan minyak bertemu dengan udara dan menyediakan ruang untuk minyak mengembang apabila panas. 4) Ruang Jangka Suhu Ruang berupa slinder, berisi minyak alatubah di mana suhu minyak ditangki dapat diukur. 5) Tolak Paras Minyak Menunjuk paras minyak di tangki konservator. 6) Injap Injap di mana aliran minyak dari tangki konservator ke tangki utama dikawal.
42
7) Dehydrating Bresther Di dalam ‘breather’ diisikan dengan ‘silica gel’ ke paras tengah dan dibawahnya diisikan dengan minyak alatubah. Breather bertugas sebagai sistem penafasan bagi alatubah. Apabila minyak didalam tangki utama memanas dan mengembang, udara dari alatubah akan keluar melaluinya dan semasa minyak menyejuk dan menurun, udara akan masuk melalui ‘Breather’. ‘Silica gel’ didalam ‘Breather’ ialah untuk mengeringkan udara lembap yang melaluinya dan masuk ke dalam alatubah. Begitu juga dengan kegunaan minyak, iaitu supaya udara yang mengandungi air dan habuk tidak masuk ke dalam tangki utma alatubah. Warna Silica Gel akan bertukar dari biru ke merah samar setelah beberapa lama bertugas kerana udara yang mengandungi lembapan melaluinya. 8) Suis Penukar Tap Suis penukar tap ialah untuk meninggi atau merendahkan voltan yang keluar dari alatubah. Suis penukar tap ini hanya boleh diputar apabila alatubah telah dimatikan. 9) Pengelak Haba Pengelak haba digunakan untuk menyejukkan minyak didalam alatubah dengan cara menyediakan permukaan yang lebih luas untuk megalirkan haba. 10) Pelit Kadar Pelit yang menunjukkan rajah skematik alatubah serta lain-lain maklumat. 11) Pili Saring Minyak Tempat di mana contoh minyak boleh diambil untuk diuji penebatannya.
12) Injap Pengering Rendah Ialah saluran di mana minyak dikeluarkan semasa menukar atau menggantikan minyak lama dengan minyak baru.
43
13) ‘Bushing’ Voltan Rendah Sesumbu dimana bekalan voltan rendah 415 volt 3 fasa di keluarkan dan dibekalkan kepada pengguna-pengguna. Ianya mempunyai tiga punca untuk fasa dan satu punca untuk neutral kabel voltan rendah disambung kepada papan pembahagian voltan rendah melalui sesumbu ini. 14) ‘Tank Cover Lifting Lug’ Pemegang untuk mengangkat penutup tangki utama alatubah. 15) Tapak Alatubah Tapak bawah alatubah untuk menampung alatubah.
16) ‘Haulage Holes’ Digunakan untuk menjalankan alatubah dari satu tempat ke satu tempat uyang lain. 17) Punca Pembumian Punca pembumian tangki alatubah untuk disambungkan ke sistem pembumian di pencawang. 18) Minyak Alatubah Minyak di dalam tangki alatubah yang digunakan sebagai bahan penebat di antara lilitan dan juga badab alatubah. Minyak ini juga berfungsi sebagai bahan untuk penyejukkan alatubah.
44
Rajah 4.7
: Pandangan alat alatubah pembahagian
4.8 : Senggaraan Pencawang ( Substation Maintenance ) Perkakas elektrik setelah di pasang memerlukan pemeriksaaan dan senggaraan berkala jika ia dikehendaki beroperasi dengan selamat dan efisyen. Pemeriksaan dan senggaraan ini di panggil ‘Senggaraan Berjadual’. Objektif senggaraan berjadual ini adalah untuk mencegah berlakunya kerosakan kepada perkakasan dan alatan elektrik yang terlibat. Dari definasi ini jelas bahawa senggaraan berjadual perlu dilakukan dengan kerap mengikut program yang di rancang supaya semua aspek seperti kakitangan, pengangkutan dan peralatan dapat disediakan untuk kerja yang akan dijalankan. Untuk memudahkan lagi kerja senggaraan ini mungkin dapat dipecahakan mengikut senggaraan tahunan, senggaraan bulanan dan senggaraan mingguan.
45
Sistem pembahagian dirangkumi pelbagai perkakas dan peralatan seperti kabel bawah tanah, talian atas, perkakasuis voltan tinggi, alatubah kuasa, papan pembahagian voltan rendah dan lain-lain. Kesemua yang tersebut di atas memerlukan senggaraan yang berbeza dan terperinci. Secara amnya, sistem senggaraan berjadual ini boleh dibahagikan seperti berikut: a) Senggaraan struktur pencawang dan peralatan yang berkaitan. b) Senggaraan alatubah. c) Senggaraan pemutus litar minyak atau pemutus litar hampagas atau unit gegelang utama dan pengasing. d) Senggaraan bateri dan pengecas bateri.
4.8.1 :
Senggaraan Struktur Dan Peralatan Yang Berkaitan
Ini melibatkan pemeriksaan secara fizikal dan senggaraan berjadual di bahagian struktur di dalam pencawang termasuk pagar. Satu senarai semak boleh disediakan untuk memudahkan kerja-kerja penyemakan.
4.8.2 i)
46
Kawasan Luar Memotong rumput rampai di sekeliling kawasan pencawang.
ii)
Kerja-kerja pembersihan longkang.
iii)
Papan tanda ‘DI LARANG MASUK’ dan ‘MERBAHAYA’ dipamerkan denngan terang.
iv)
4.8.3
Mangga untuk pintu masuk pencawang.
Kawasan Dalam
i)
Kawasan dalaman pencawang mesti di simpan bersih.
ii)
Tikar getah di letakan di hadapan perkakasuis voltan tinggi dan papan pembahagian voltan rendah ( untuk pencawang berbangunan ).
iii)
Peparit kabel mesti dipenuhi dengan pasir supaya aitr tidak bertakung dan semua lubang kemasukan kabel ditutup.
iv)
Pamirkan ‘Shock Card’.
v)
Alat pemadam api mesti di dalam keadaan beroperasi dan di periksa selalu oleh pihak pembekal.
vi)
Semua alatan untuk kendalian perkakasuis mesti di letak di dalam keadaan teratur.
vii) Periksa keadaan jaring di semua pintu dan tingkap. viii) Periksa semua lampu. xi)
Papan Pembahagian Voltan Rendah atau kotak fius mesti di periksa untuk memastikan sambungannya dalam keadaan ketat.
x)
47
Semua tag untuk ‘Feeder’ dinamakan dengan betul dan jelas.
xi)
Ambil bacaan beban pada semua ‘feeder’.
xii) Ambil bacaan voltan.
48
xiii) Periksa semua sambungan pembumian supaya tidak berkarat atau longgar. xiv) Periksa keadaan bateri dan pengecas bateri. xv)
Periksa keadaan semua sambungan di antara sel dan di sapu dengan ‘Vaseline’.
xvi)
Ambil bacaan ketumpatan bandingan pada semua sel, jika bateri jenis ‘Lead Acid’ digunakan. Periksa juga paras ‘electrolyte’ sel berkenaan.
xvii) Ambil bacaan voltan pada setiap sel. xviii) Ambil bacaan arus dan voltan pada pengecas bateri. Bacaaan di ambil sebelum dan sesudah senggaraan bateri dilakukan, dimana suis pemilih di letakkan pada ‘Tickle Charge’ dan ‘Quick Charge’.
4.9 : Pembumian Pencawang
4.9.1
Pembumian Pembumian ialah sambungan kepada jisim ( masa ) bumi. Pembumian secara am
merangkumi dua bahagian iaitu pembumian sistem sua pembumian peralatan.
4.9.2
Pembumian Sistem Pembumian sistem dilakukan untuk sebab-sebab berikut:
a) Mengasingkan sistem apabila berlaku kerosakan. b) Menghadkan perbezaan potensi diantara pengalir yang tidak bertebat di sesuatu kawasan. c) Menghadkan berlakunya voltan berlebihan dalam keadaan berbeza.
49
4.9.3
Pembumian Peralatan Pembumian peralatan dilakukan untuk satu sebab tertentu iaitu perlindungan kepada
manusia. Apabila peralatan ini dibumikan, ia memberi satu laluan yang kurang rintangan ke bumi. Ini bermakna jika sesuatu punca yang hidup menyentuh badan peralatan kuasa elektrik akan mengalir ke bumi dan arus tidak mengalir ke badan sesiapa jika disentuh peralatan tersebut kerana rintangan badan tinggi daripada rintangan pengalir ke bumi. 1) Kesan Aliran Arus Charles Dalzied telah membuat kajian tentang kesan aliran arus melalui badan dan mendapat hanya memerlukan 25 mA untuk membuat jantung berhenti berdenjut. Jika ketegangan otot di bahagian dada berlanjutan. Seseorang itu mengalami kesesakan pernafasan. Beliau juga mendapati bahawa badan boleh menerima arus yang tinggi dalam jangka masa yang pendek dan arus yang kurang bagi jangkamasa yang panjang. Arus
=
0.116 / t
2) Jenis Pembumian i) Pembumian Secara Terus Dalam Pembumian secara terus, neutral alatubah itu di sambungkan secara terus kepada sistem Pembumian Utama Pencawang dengan rintangan yang rendah. Biasanya sistem ini digunakan di dalam Alatubah Pembahagian 11/0.433 Kv. Kerosakkan ke bumi di dalam sistem ini menyebabkan arus lampu mengalir untuk membenarkan kegunakan fius kepada sistem pembahagian. ii) Pembumian Rintangan Pembumian cara ini digunakan untuk mengurangkan arus lampu kepada bumi. Sejenis perintang dimasukkan di antara neutral dengan bumi bagi menghadkan arus itu kepada nilai yang selamat. Cecair di dalam tanngki silinder ialah sodium
50
bikobornat yang dicampuri dengan air suling. Pembumian jenis ini biasa digunakan dalam Alatubah Pembahagian.
3) Pembumian Peralatan Dan Struktur Struktur logam dan peralatan seperti tangki latubah dan perkakasuis boleh dicas melalui induksi. Ia juga boleh dicaskan melalui kerosakan penebatan, bushing dan lain-lain. Dengan sebab itu semua struktur logam dan peralatan mesti dibumikan. Secara am, sambungan ke bumi dibuat menggunakan dawai tembaga jalinan tembaga atau dawai bagi bergalvani SWG 7/10. perhatian mesti diberikan kepada semua punca sambungan supaya dapat menghindarkan daripada kerosakan mekanikal, sambungan terbuka dan tidak berkarat, dimana akan mengakibatkan kenaikan nilai rintangan 4) Rangkaian Pembumian Rangkaian pembumian ialah sambungan dawai besi bergalvani 7/10 yang ditanam didalam tanah diantara semua elektrod pembumian, struktur logam dan perkakas untuk mewujudkan satu pembumian sepunya. 5) Kriteria Pembumian Berikut adalah 4 kriteria pembumian: i) Jenis Tanah Tanah jenis kapor, tanah liat, gravek, berbatu, berpasir dan lain-lain boleh menmpengaruhi nilai rintangan sistem pembumian. ii) Elektrod Jenis-jenis elektrod yang biasa digunakan ialah paip besi bergalvani dan rod tembaga. Kedua-dua jenis elektrod ini didapati berkesan kerana mempunyai ciri-ciri tersebut: a) Nilai pengaliran yang tinggi. b) Rendah nilai rintangan.
51
c) Tidak mudah berkarat. d) Tahan lasak. Kedalaman elektrod yang ditanam didapati lebih berkesan daripada garispusat elektrod. Ini adalah disebabkan kawasan yang diliputi oleh elektrod mempunyai ruang jumlah rintangan yang menyeluruh.
iii) Pengalir Pengalir yang digunakan mestilah mempunyai saiz yang mencukupi untuk membawa arus lampu dan tidak mudah panas dalam apa jua keadaan. Jenis pengalir yang digunakan ialah dawai bergalvani 7/10 SWG dan dawai tembaga 0.1 in 2 iv) Cuaca Keadaan cuaca juga di sesuatu kawasan mempengaruhi nilai rintangan pembumian. Di kawasan yang mempunyai banyak hujan dan lembap akan menghasilkan nilai yang rendah.
4.9.4 :
Pemasangan Pembumian Di Pencawang
Penerangan i) Kedudukan Paip Besi Bergalvani Paip bumi biasanya ditanam di sudut bangunan pencawang dan smbungan paip-paip adalah dibuat dengan menggunakan dawai besi bergalvani 7/10 SWG atau dawai tembaga 0.1in2 secara selari. Jika empat batang paip bumi tidak menghasilkan rintangan bumi yang dikehendaki, paip tambahan boleh ditanam lagi dan sambungan dibuat pada mana-mana sudut pencawang yang sesuai. Adalah kurang baik bagi kita menanam paip-paip itu dalam
52
jarak yang terlalu dekat. Ini adalah kerana satu kawasan akan menutupi sebahagian kawasan rintangan paip-paip yang berlebihan.
Rajah 4.8 :
Gambarajah Kedudukan Paip Bumi.
ii) Kedudukan Rod Tembaga a) Tanam beberapa dalam yang boleh, tetapi ingatkan bilangan batang rod yang telah ditanam di satu sudut. b) Jarak bagi rod pertama ke rod kedua ialah dua kali ganda lebih panjang bagi batang rog yang telah ditanam. iii) Cara Sambungan a) Gunakan bol loyang 12.7 mm x 38 mm untuk membuat logam kepingan pada paip bumi. b) Gunakan ‘crossby’ clip 12.7 mm sambung dawai-dawai pada logam kepingan itu. c) Jalinan tembaga saiz 1’ x1/8’ digunakan untuk menyambungan diantara bumi perkakasuis, alatubah dan papan pembahagian voltan rendah kepada pembumian utama. d) paip besi bergalvani yang ditanam ke bumi denga menggunakan tukul besi atau ‘monkey hammer’ mestilah 10 kaki dalamnya.
53
e) ‘Crossby Clip’ ialah untuk menyambungkan diantara dawai galvani dengan elektrod bumi dan juga dimana dawai temabag dari perkakasuis disambung selari dengan dawai galvani di elektrod bumi.
iv) Cara-Cara Membuat Sambungan Ke Bumi a) Brazing Cara membuat penyambungan dengan menggunakan silver sifos. Cara ini memberi keteguhan yang baik pada sambungan. b) Pretining Juga dikenali bagai sweating. Ini untuk memberi keterusan yang lebih baik apabila menggunakan bol dan nat. di buat dengan membuat satu lapisan edngan pateri di tempat penyambungan. c) Bol and Nat Cara ini murah dan cepat untuk siap. Tetapi bol dan ant mesti diikat dengan kuat memberi keterusan yang baik. d) Soketing Biasa digunakan di pencawang luar dan selalunya menggunakan dawai besi bergalvani.
54
Rajah 4.9:
Cara sambungan pembumian pencawang
4.10 : Kabel Kabel merupakan bahan atau komponen utama yang digunakan untuk penyambungan dan pembekalan elektrik ke sesuatu kawasan ataupun bahagian yang dikehendaki. Kabel digunakan bagi menyambungkan bahagian utama ke sub-utama dan dari sub utama kepada litar akhir atau peralatan atau perkakasan yang menggunakan elektrik. Terdapat pelbagai jenis, saiz, dan keupayaan kabel yang diguna pakai hari ini, bergantung kepada keadaan atau faktor-faktor tertentu dan juga keadaan semasa. Kabel ini terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu kabel voltan tinggi dan kabel voltan rendah. Kabel voltan tinggi ini mampu membawa beban atau voltan setinggi 11kV dan ke atas manakala kabel voltan rendah hanya mampu mnembawa voltan setinggi 415V dan ke bawah. Kegunaan kabel ini bergantung kepada voltan yang diperlukan dan menjadi perkara utama untuk mengetahui beban yang dikehendaki bagi menentukan kabel yang hendak dipakai.
55
4.10.1 Komponen utama Kabel Kabel terdiri daripada dua komponen utama iaitu pengalir dan juga penebat.
4.10.2 Jenis- Jenis dan Saiz Kabel. Terdapat pelbagai jenis dan saiz kabel yang digunakan oleh TNB dalam penyambungan dan penghantaran bekalan elektrik kepada pengguna. Semua kabel pada asasnya adalah sama iaitu mempunyai pengalir untuk membenarkan arus mengalir dan penebat bagi membataskan pengaliran arus atau mengelak dari arus mengalir serta melindungi pengalir bagi kabel tersebut. Kabel dibuat mengikut kadaran arus dan voltan yang boleh dibawa olehnya semasa penghantaran bekalan elektrik. Pada umumnya, kabel boleh dikelaskan kepada dua iaitu kabel voltan tinggi dan kabel voltan rendah. Berikut ini merupakan penerangan ringkas jenis dan saiz bagi kabel voltan tinggi dan kabel voltan rendah. Penerangan ini berdasarkan jadual 1- 4 di muka surat sebelah.
1. Kabel Voltan Rendah. a. PVC b. ABC (Arial bundle Cable) c. BARE AI (Bare Alminium) Jenis kabel yang terkini dipakai oleh pihak TNB ialah kabel jenis ABC dan kabel sedia ada adalah PVC dan BARE AI. Kedua-dua kabel ini akan dimansuhkan secara berperingat-peringkat. Ini kerana pemilihan kabel ABC dalam penggunaan penghantaran dan pendawaian voltan rendah adalah lebih baik dan selamat berbanding kabel BARE AI dan PVC. Kabel ABC adalah lebih selamat digunakan kerana sukar berlakunya kerosakan kerana kabel ini dibaluti penebat pada luarnya. Ini menyebabkan kabel ini sukar rosak atau pun putus dan juga kerosakan talian ke talian tak akan berlaku berbanding kabel BARE AI yang mana pangalirnya terdedah kepada luar. Ini mengakibatkan kabel ini mudah rosak,
56
putus seterusnya memudahkan kejadian kerosakan antara dua talian apabila bersentuhan dan kejadian rosak ke bumi. ABC juga lebih baik berbanding kabel PVC. Ini kerana walupun bersalut, kabel PVC tidak menetapkan yang mana kabel hidup, neutral dan juga yang mana kabel bagi lampu jalan. Ini menyusahkan pekerja untuk memilih yang mana kabel untuk dijadikan kabel hidup mahupun neutral. Ini mengakibatkan apabila tersalah sambung dan tertukar fasa hidup dengan hidup atau tertukar fasa dengan neutral pada kabel, akan berlakunya kerosakan dan mengakibatkan kemusnahan pada kabel itu sendiri dan juga perkakasan elektrik yang terlibat. Oleh kerana itulah kabel ABC telah dipilih memandangkan kabel ini telah ditetapkan untuk penggunaannya iaitu berdasarkan saiznya dan label yang diberikan oleh pengeluar dengan menetapkan sesuatu saiz untuk kabel fasa atau hidup, kabel untuk neutral dan untuk lampu jalan.
2. Kabel Voltan Tinggi. a. XLPE (cross Link Poly Etthlyn) b. PILC (Paper Insulated lead cover)
Kabel voltan tinggi yang digunapakai oleh TNBD pada masa sekarang adalah XLPE terutamanya melibatkan kerja-kerja pemasangan kabel yang baru. Kabel PILC adalah kabel sedia ada yang masih digunapakai tetapi tidak melibatkan pemasangan yang baru. Kabel PILC ini akan diganti dengan kabel XLPE apabila terjadinya kerosakan atau ‘breakdown’. Penggunaan kabel XLPE ini bagi menggantikan kabel PILC ini adalah memandangkan kabel ini mempunyai banyak kelebihan. Berdasarkan jadual ‘cables rating’, jelas menunjukkan bahawa pada saiz kabel yang sama, kabel XLPE mempunyai kadaran arus yang lebih tinggi berbanding kabel PILC, oleh itu kabel ini mempunyai keupayaan membawa beban yang lebih tinggi berbanding kabel PILC. Selain itu, kerja pemasangan sambungan atau tamatan bagi kabel XLPE adalah lebih mudah berbanding kabel PILC. Kabel XLPE juga mempunyai keselamatan dan prestasi yang lebih baik berdasarkan bahan
57
dan rekabentuk pembinaannya. Ini dapat dilihat contoh rajah kabel XLPE dalam lampiran bahagian pembinaan. Penggunaan kabel XLPE juga adalah lebih baik berbanding kabel PILC kerana kabel ini lebih mudah dan selamat apabila digunakan sebagai kabel talian atas ‘over head’ untuk penghantaran voltan tinggi.
4.10.3 Langkah-Langkah Keselamatan Ketika Memgendalikan Kabel. Beberapa langkah perlu diambil semasa kerja-kerja mengendalikan kabel seperti ketika mengangkat kabel, membuat pemasangan dan tamatan. Kabel yang dikeluarkan dari kilang pengeluaran biasanya telah diuji terlebih dahulu sebelum dikeluarkan. Ini bagi menjamin mutu dan prestasi kabel agar ia tidak mendatangkan sebarang masalah kepada penggunaannya kelak. Tetapi jika kabel ini tidak menuruskannya dengan dan berhati-hati, ianya boleh mendatangkan masalah dan mudah rosak serta tidak boleh digunakan. Kabel hendahlah dibuka dengan berhati-hati ketika memulakan kerja seperi membuka dari penggulungnya iaitu gelungan kayu. Kabel ini hendaahlah dibuka dengan mengelakkan dari terkena benda-benda tajam dan keras agar tidak terluka. Sekiranya sesuatu kabel dipotong dan sebelum dipasang kepada sesuatu peranti atau peralatan elektrik, hujung kabel yang dipotong tersebut hendaklah dibaluti dengan segera agar penebat dan pengalirnya tidak rosak dan tidak dipengaruhi faktor luaran seperi dimasuki air. Satu lagi perkara yang mesti dititikberatkan ialah ketika mahu membengkokkan kabel sewaktu kerja mengendalikan kabel dijalankan. Membengkokkan kabel tidak perlu dilakukan berhampiran dengan kotak tamatan. Kabel akan mudah rosak jika garis pusat pembengkokkan itu adalah kecil. Dalam kerja-kerja pemasangan kabel, bengkokkan kabel pada susdut-sudut tertentu mestilah dibuat dengan garis pusat sebesar mungkin. Ini bagi mengurangkan tekanan pada kabel tersebut dan mengekalkan kelegaan kabel tersebut. Bengkokan kabel dengan garis pusat yang kecil akan menyebabkan kerosakan pada penebat, pengalir dan perisai perlindungan kabel tersebut.
58
4.10.4 Membuat Tamatan dan Penyambungan Kabel. Tamatan dan penyambungan kabel adalah proses yang amat penting bagi memastikan keterusan, kesempurnaan penebatan atau pengalir dan keterusan perisai perlindungan terus kekal prestasi dan keupayaannya. Ini penting kerana agar kabel dapat membawa arus beban yang telah dikadarkan dan juga nilai arus yang terhasil apabila berlaku kerosakan ataupun litar pintas. Kerja ini juga amat penting bagi menggelakkan dari mudahnya berlaku kerosakan pada kabel sekaligus ‘breakdown’ atau gangguan bekalan eletrik mudah terjadi. Contohnya ialah semasa kerja tamatan dan penyambungan antara kabel bagi kabel bawah tanah iaitu biasanya kabel voltan tinggi. Kerja ini penting bagi memastikan penyambungan dan tamatan yang dibuat tahan dari masalah gegaran atau perubahan struktur tanah yan menyebabkan kabel tersebut mudah terluka ataupun rosak. Ianya juga amat penting agar kabel tidak mudah dimasuki air sehingga kabel ‘shock’ ataupun sebagainya. Kerja ini juga amat penting agar tahan dari faktor-faktor cuaca seperti hujan yang memudahkan kabel dimasuki air seperti yang dinyatakan tadi. Selain hujan suhu yang amat tinggi atau keadaan persekitaran yang panas juga boleh mengakibatkan kabel mudah pecah ataupun terluka. Kesan ini semua adalah penting dan mesti dititikberatkan semasa kerja tamatan dan penyambungan kabel dijalankan.
4.10.5 Pengujian Kabel Kabel yang dipasang ataupun yang digunakan oleh TNB dalam penghantaran atau pengagihan bekalan elektrik mestilah diuji bagi memastikan kabel tersebut betul- betul berada pada prestasi yang sempurna dan tidak berlaku sebarang kerosakan mahupun berada dalam keadaan yang tidak memuaskan. Diantara ujian yang dimaksudkan ialah :
59
1. Insulation Test (ujian penebatan). Ujian ini dijalankan menggunakan peralatan yang dipanggil ‘Megger’ . Ujian ini adalah untuk mengukur tahap kekuatan penebat bagi sesuatu kabel dengan melihat rintangan yang dihasilkan melalui alat tersebut (megger). Untuk mengenalpasti kabel tersebut betul-betul baik, rintangan yang terhasil semasa ujian ini dijalankan mestilah melebihi 100M. Megger ini mempunyai 2 terminal E dan L, 1 pemilih suis dan 2 sekil. Sekil yang dimaksudkan ialah sekil untuk Megaohm dan ohm. Sebelum sebarang ujian pada kabel dijalakan, pemilihan sekil mestilah betul agar bacaan sebenar boleh diperolehi dan suis pemilih juga harus ditetapkan. Suis pemilih ini adalah jumlah voltan yang hendak disuntik semasa ujian dijalankan. Semasa ujian dijalankan, terminal E mestilah dibumikan dan terminal L disambung pada pengalir kabel. Pemilihan voltan juga hendaklah berkesesuaian dengan kabel yang hendak diuji. Prestasi penebatan kabel juga boleh dilihat dengan mengambil bacaan arus bocor yang berlaku pada kabel semasa ujian penebatan dijalankan. Sekiranya arus tinggi terhasil, ini bermakna kabel itu gagal berada dalam prestasi yang dikehendaki.
2. Continuity Test (ujian keterusan.). Ujian keterusan dijalankan bagi memastikan pengalir kabel berada dalam keadaan yang baik. Ujian ini juga dijalankan dengan menggunakan ‘Megger’. Untuk mengetahui kabel ini mempunyai pengalir yang baik, rintangan yang terhasil mestilah kecil sehingga bacaan sifar atau 0. Apabila bacaan tanpa rintangan, ianya menunjukkan bahawa pengalir pada kabel tersebut tidak berintangan yang boleh mengganggu pengaliran arus. Apabila rintangan tinggi terhasil kabel ini tidak berada pada prestasi yang baik kerana wujudnya masalah pada pengalit tersebut. Semasa ujian ini dijalankan, kedua-dua hujung pada sesuatu kabel disambung dengan kedua-dua terminal Megger tersebut 3. Phasing Test ( ujian fasa).
60
Ujian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti sambungan fasa yang betul bagi setiap penyambungan kabel, tidak kira semasa tamatan atau sambungan. Ujian ini dijalankan dengan menggunakan ‘Phasing Indicator’ atau penunjuk fasa.
BAB 5 : PERANCANG 61
5.1 : Pengenalan Perancang merupakan bahagian yang bertanggungjawab menguruskan sesuatu projek permohonan bekalan elektrik yang baru ataupun projek yang melibatkan meningkatkan atau ‘upgrade’ sesuatu bekalan elektrik sedia ada. Secara umumnya, perkara atau kerja yang terlibat dalam bahagian ini ialah membuat surat-surat yang berkaitan dengan pembekalan projek baru atau meningkatkat bekalan sedia ada untuk diberikan kepada pihak yang terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran atau Daerah, Syarikat Telekom Malaysia Berhad ataupun kontraktor iaitu pemaju bagi sesuatu projek yang berkaitan. Juruteknik yang terlibat juga membuat lawatan ke tapak projek bekalan berkenaan dan akan memikirkan kaedah pengambilan bekalan elektrik samada daripada pencawang elektrik atau tiang elektrik sedia ada yang paling hampir atau pun memerlukan pencawang baru. Ini bergantung kepada ‘total connection load’(TCL) dan ‘maximum demand’ (MD) yang berkaitan dengan projek berkenaan serta beban yang ditanggung pada pencawang yang berhampiran. Semasa peninjauan dan lawatan yang dijalankan, juruteknik terlibat juga bertanggungjawab membuat anggaran atau ‘estimate’ bagi projek tersebut iaitu kos yang terpaksa dibayar oleh pengguna atau pemaju terlibat dan kos yang terpaksa dikeluarkan oleh TNB. Setelah kos yang terlibat ini diketahui, penyediaan borang kerja modal mestilah dilaksanakan oleh juruteknik terbabit sebelum diluluskan oleh eksekutif bahagian perancang. Bagi projek yang dijalankan ini, pelukis pelan iaitu bahagain CAD akan membuat pelan cadangan skematik untuk pembekalan kepada pengguna. Jika sesuatu
projek
memerlukan pencawang elektrik yang baru, juruteknik atau wakil dari bahagian perancang akan membuat pemeriksaan (checklist) pencawang serta sebarang kerja-kerja dengan penyerahan pencawang kepada TNB.
62
5.2 : Lawatan dan Jangkaan (estimate) di Tapak Projek Apabila menerima projek baru, wakil TNBD akan membuat lawatan dan peninjauan terlebih dahulu di kawasan berkenaan bagi memudahkan kerja-kerja memberi bekalan kepada pengguna. Semasa di tapak projek, wakil TNBD seperti juruteknik atau pomen akan melakukan perkara seperti di bawah: a) Melihat tapak projek dan kawasan sekitarmya bagi memudahkan penanaman tiang yang di perlukan. b) Mencari punca bekalan elektrik yang hendak kepada tersebut seperti mencari pencawang elektrik yang terdekat atau mencari tiang elektrik yang sedia ada. c) Membuat lakaran atau pelan yang kecil daripada pencawang elektrik yang terdekat ke tapak projek. Bagi sesuatu projek yang memerlukan bekalan elektrik atau beban yang tinggi, maka ia seharusnya membina pencawang elektrik yang baru di tapak projek tersebut. Pembinaan pencawang elektrik yang baru ini dibuat oleh pihak pemaju atau kontraktor projek berkenaan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak TNB. Apabila ia siap sepenuhnya, pihak TNB akan membuat pemeriksaan sepenuhnya dan beberapa perkara perlu dilakukan oleh pekerja TNB ialah :a) Memerhati dan meneliti pencawang elektrik baru sama ada mengikut pelan dan prosidur yang di kehendaki oleh pihak TNB ataupun tidak. b) Membuat perbincangan dengan pihak yang terlibat mengenai pembinaan pencawang tersebut sama ada menepati apa yang dikehendaki atau tidak. c) Membuat ‘checklist’ pencawang setelah memeriksa dan meneliti pencawang tersebut. ( Lampiran – checklist PE )
63
d) Membuat surat komen mengenai pencawang elektrik tersebut.
GAMBAR BERSAMA KONTRAKTOR DAN TNB
64
PENCAWANG YANG BARU DISERAH KUNCI
5.2.1 : Pengiraan Berapa Amp (Arus) yang perlu berdasarkan beban pengguna. Tujuan pengiraan ini dibuat adalah untuk membuat anggaran iaitu estimate bagi setiap projek yang ingin dijalankan setelah kerja-kerja lawatan dijalankan oleh pihak TNBD di tapak projek. Pengiraan ini adalah berdasarkan beban yang mungkin terlibat dalam projek terbabit dan anggaran beban ini mestilah disediakan oleh pihak pemaju atau kontraktor bagi projek tersebut. Pengiraan tersebut adalah mengikut formula berikut: I (arus) = MD/ 0.61 di mana MD ialah maximum demand (kehendak maksimum) P = VI KOS , KOS ialah 0.85 iaitu standard yang dipakai oleh TNB. P ialah maximum demand.
65
Pengiraan arus ini adalah penentu bagi sesuatu projek samada memerlukan pencawang elektrik yang baru atau mengcukupi dengan sumber bekalan sedia ada seperti tiang atau pun dari pencawang elektrik berdekatan. Arus dari bekalan sedia ada mestilah diukur dan dibandingkan dengan arus yang dikira melalui maximum demand. Sekiranya arus beban baru ini iaitu maximum demand tersebut adalah hampir atau kurang dari 50% dari arus bekalan sedia ada, ini bermaksud arus bekalan sedia ada ini boleh diambil sebagai punca bekalan kepada projek tersebut dan sekiranya melebihi 50%, ini bermakna PE baru diperlukan. Pemaju mestilah mengemukakan MD atau TCL ( total connection load) iaitu jumlah sambungan beban iaitu jumlah sambungan beban yang dipakai bagi semua pengguna terlibat dalam satu masa. MD boleh diperolehi dari TCL jikalau pemaju tidak memberi MD semasa mengemukakan permohonan bekalan iaitu dengan menggunakan formula yang ditetapkan oleh TNB MD = TCL X faktor kepelbagaian (ditetapkan oleh TNB)
5.3 : Kaedah Permohonan Bekalan Elektrik a. Penerimaan surat permohonan bekalan elektrik daripada pemunya projek. Mengandungi :-
66
i.
Pelan lokasi bersekil
ii.
Pelan tatatur pembangunan bersekil
iii.
Rajah skematik papan suis utama
iv.
Tarikh sasaran bekalan elektrik diperlukan
v.
Nilai MD dan TCL bagi yang baru dan lama
vi.
Nama, alamat, no. telefon, dan faks pemunya projek
vii.
Kaedah penyambungan
viii.
Makluman kepada TNB bagi % pembinaan bangunan, jalan, dan bilik pencawang tersebut dari semasa ke semasa.
b. Membuat anggaran ( estimate ) dan pemeriksaan. i.
Ambil bacaan beban talian atas bagi siang dan malam pada talian atas yang berhampiran dengan kawasan tersebut.
ii.
Buat pengiraan sama ada perlukan P/E atau tidak. Jika perlu : i.
Hantar surat bagi pembinaan P/E yang baru.
ii.
Buat pemeriksaan terhadap P/E yang baru dari semasa ke semasa ( ikut spesifikasi TNB )
iii.
Buat anggaran kaedah / jarak pemasangan talian yang hendak di gunakan.
iv.
Lakarkan pelan rajah skematik projek tersebut.
Jika tidak perlu : i.
Buat anggaran kaedah / jarak pemasangan talian yang hendak di gunakan.
ii.
Lakarkan pelan rajah skematik projek tersebut.
c. Buat laporan BKKM. i.
Jika ada P/E :
ii.
Hantar ke bahagian autocad untuk lukis rajah skematik bagi kawasan tersebut.
67
iii.
Jika terlibat, majukan cadangan teknik daerah.
iv.
Hantar surat cas sambungan kepada pemunya projek.
v.
Hantar surat kelulusan projek tersebut kepada bahagian pembinaan bagi tindakan
selanjutnya.
BAB 6 : BAHAGIAN PERLINDUNGAN 33 kV
6.1 : Pengenalan
68
Tujuan sistem perlindungan ini dijalankan adalah bagi memastikan sistem kuasa dan pengagihan bekalan elektrik dalam TNB boleh beroperasi dengan baik, sempurna dan selamat kepada pengguna, orang awam, kakitangan dan semua sistem yang terlibat termasuklah dari segi peralatan atau komponen yang terbabit. Perlindungan juga adalah bertujuan untuk mengelakkan secepat mungkin dan meminimumkan kerosakan. Prinsip Asas Sistem Perlindungan. Pemutus Litar
Rajah 6.1 :
Pengubah Arus
Komponen Asas Dalam Sistem Perlindungan.
Geganti
Berdasarkan rajah tersebut prinsip kendalian dalam sistem perlindungan ialah Pengubah arus (Current Transfomer) mengukur arus yang melaluinya dan menukarkannya kepada arus sekunder dan menghantarnya kepada geganti (relay), apabila arus yang diukur tadi melebihi arus yang diset pada relay, relay akan trip atau belantik seterusnya menghantar isyarat kepada pemutus litar. Pemutus litar pula akan trip untuk memutuskan litar bagi mengasingkan kerosakan yang berlaku.
6.2 : Komponen Atau Peralatan Yang Terbabit Dalam
Sistem
Perlindungan Peralatan yang paling penting dan terlibat dalam sistem perlindungan ialah ‘Current Transfomer’ (CT) iaitu Pengubah Arus, ‘Relay’ iaitu Geganti
dan ‘Circuit Breaker’
Pemutus Litar. Dalam bahagian ini, penerangan adalah berkaitan CT dan Relay sahaja memandangan bahagian perlindungan ini hanya melibatkan dua komponen ini sahaja.
69
Pemutus Litar tidak akan diterangkan memandangkan ianya adalah dibawah penyeliaan atau penguasaan TNBT (TNB Transmission). Oleh itu segala masalah dan penyenggaraan pemutus litar adalah diuruskan oleh TNBT dan bukannya di bahagian TNBD.
6.2.1 : Pengubah Arus (CT)
CT secara asasnya berfungsi untuk pengukuran dan perlindungan. CT akan merendahkan arus bagi mengukur arus tinggi dan disambung pada relay bagi litar perlindungan. Dalam system, CT akan menurun atau menukarkan arus dari tinggi (primary) kepada arus kecil (secondary). CT penting bagi menghasilkan arus sekunder daripada arus primer semasa arus primer melalui CT. Tujuan menghasilkan arus yang kecil adalah untuk penggunaan relay yang kecil dalam system yang bertujuan untuk menjimatkan kos,saiz komponen dan ruang yang terlibat.CT terdiri daripada dua belitan iaitu i.
Belitan Utama (primary Winding)- belitan sedikit dengan conductor atau dawai pengalir yang kasar atau besar.
ii.
Belitan Sekunder (secondary Winding)- belitan banyak dengan dawai pengalir yang halus.
Terdapat 3 jenis CT iaitu i.
Gelang (ring type)
ii.
Belitan Utama Bar (Bar Primary Type)
iii.
Belitan Utama Wound (Wound Primary Type)
Tiap-tiap CT mempunyai ratio atau nisbah. Contohnya 400/5. Nisbah ini bermaksud arus primary 400A dan arus sekunder 5A atau ringkasnya nisbah CT dari 400 kepada 5. CT mempunyai dua saiz saja yang bergantung kepada arus sekunder iaitu 5A dan 1A. Saiz yang digunakan ini adalah bergantung kepada penggunaan relay.
70
6.2.2 : Kelas CT Kelas CT yang diguna pakai oleh TNB dalam perlindungan ialah i.
5P10
ii.
5P20
iii.
10P10
Berdasarkan kelas tersebut, nombor pertama iaitu 5 dan 10, adalah petunjuk bagi ralat yang boleh berlaku ke atas CT dan ianya telah ditetapkan oleh pengeluar.
Ralat bagi arus terkadar (rated current) ialah arus yang sepatutnya CT kendali mengikut ratio iaitu arus promer yang ditetapkan tetapi berlaku ralat. Composite error pula ialah ralat yang disebabkan oleh CT itu sendiri iaitu ralat bahan atau pembinaannya. Dari jenis kelas itu juga, P pula bermaksud Protection iaiti CT yang diguna untuk perlindungan dalam sesuatu sitem kuasa atau elektrik. Nombor ke tiga iaitu 10 atau 20 dikenali sebagai factor tepu (saturation factor). Faktor ini digunakan sebagai pengukur untuk had ketepatan bagi CT. Ketepatan CT mesti mengikut gandaan arus utama mengalir iaitu 10 atau 20 darab (X) ganda arus utama atau pimer. Apabila arus primer melebihi had ketepatan ini, CT ini akan out iaitu tidak akan memberi bacaan yang betul atau tepat.
6.2.3 : Burden Burden ialah beban yang ditanggung oleh CT, contohnya relay, pendawaian atau peralatan dan diukur dalam unit VA. Pengiraan burden adalah berdasarkan rumus berikut: VA = I²Z.
71
Semakin tinggi burden, ketepatan CT semakin kurang. CT mestilah mengandungi beban VA iaitu kurang dari kadaran beban VA dan factor tepunya tidak boleh lebih dari CT yang telah ditetapkan. Oleh itu, untuk memastikan CT beroperasi dalam ketepatahn yang tinggi, burden mestilah dikurangkan, contohnya dengan menurangkan beban seperti mengurangkan pendawaian. Tujuan burden ini dikira atau dinilai ialah untuk menentukan kesesuaian penggunaan CT dengan relay. Contohnyarelay 5A mungkin tidak beroperasi jikalau dipasang jauh dari CT. Ini kerana burden yang dikira tinggi dan rintangan yang kecil terhasil. Bila rintangan ini kecil, ianya tidak berkesesuaian untuk relay yang digunakan.
6.2.4 : Geganti (Relay) Geganti ialah peranti yang menerima arus dari CT yang bertindak untuk trip atau belantikyang bergantung kepada arus yang diset dan arus yang melalui bahagian primer CT. Apabila arus melebihi arus yang diset pada geganti, relay atau geganti ini akan trip bagi menghantar isyarat kepada pemutus litar untuk belantik bagi memutuskan litar bagi mengasingkan kerosakan. 2 jenis relay yang diguna pakai dalam TNB ialah earth fault relay (geganti rosak ke bumi) dan over current relay (geganti lebihan arus). Terdapat 3 jenis rekabentuk dan binaan relay iaitu i.
Kutub Tunggal
ii.
Kutub Tiga Tegak
iii.
Kutub Tiga Mendatar
Ianya menunjukkan komponen asas dalam relay dan nama komponen yang terlibat dengan pembinaannya. Geganti IDMT (Inverse Definite Minimum Time lag) – Geganti Arus Lebih Masa Minimum Terhad.
72
Ciri- ciri geganti IDMT boleh dilihat berdasarkan graf ciri masa melawan arus geganti IDMT seperti yang ditunjukkan graf . Berdasarkan graf ini, makin tinggi arus rosak, makin cepat masa geganti beroperasi. Ini boleh juga dibuktikan melalui formula dibawah. t0
0.14 IF I Set
TSM
0.02
1
Berdasarkan formula ini juga jelas menunjukkan apabila arus rosak meningkat, masa geganti operasi turut bertambah iaitu makin cepat. Berdasarkan formula tersebut : t 0 = masa geganti beroperasi untuk trip iaitu untuk menghantar isyarat agar
pemutus litar bertindak. I F = Arus Rosak.
I Set = Arus yang disetkan pada geganti.
TSM = Pendarab Setan Masa iaitu masa kendalian geganti. Pihak TNB mengesetkan geganti yang diguna pakai dalam sistem adalah berdasarkan formula diatas. Pengesetan arus geganti ‘over current (O/C)’ dan geganti ‘earth fault (E/F)’ adalah berbeza. Arus yang diset pada geganti O/C adalah lebih tinggi dari geganti E/F. Ini kerana untuk meningkatkan kepekaan geganti E/F, pengesetan arus mesti rendah bagi meningkatkan masa relay beroperasi. Kepekaan relay atau geganti E/F perlu tinggi kerana arus rosak yang berpunca dari rosak kebumi lebih rendah berbanding kerosakan lebihan arus.
6.3 : PENGENALAN TALIAN ATAS 33KV
73
1. Tiang Tiang keluli digunakan untuk menyokong pengalir, penebat dawai bumi,palang pengalir dan juga lain-lain bahan pepasangan talian yang diperlukan. 2. Penebat Samada menggunakan penebat pin atau set penebat gantungan (penebat cakera) 3. Dawai bumi Dawai keluli galvanis digunakan sebagai dawai bumi. Ia direntang atas dawai pengalir bertujuan untuk melindungi pengalir daripada penahan kilat.
4. Palang pengalir Palang pengalir digunakan untuk menyokong pengalir 3 fasa. 5. Bingkai dawai bumi Bingkai ini digunakan untuk menyokong dawai bumi.
74
6. Saiz-saiz tiang Terdapat 4 saiz tiang:-
75
10500 x 168.3 x 139.7 x 114.4mm
1200 x 193.7 x 168.3 x 139.7mm
1200 x 219.1 x 193.7 x 168.3mm
13500 x 193.7 x 168.3 x 139.7mm
MELARASKAN KEDUDUKAN TIANG PEMBAHAGIAN
Semasa meneyelaraskan tiang-H perkara berikut perlu diperiksa:
Kedua-dua titik tengah tiang berada di garisan pembahagi
Garisan talian mestilah berada di tengah tiang-H (titik tengah tiang berada pada jarak 914.5mm dari pancang tengah).
Kedua-dua tiang berada pada ars yang sama.
Kedua-dua batang tiang berada dalam keadaan tegak.
MELARASKAN KEDUDUKAN TIANG DI GARISAN PEMBAHAGI
Untuk melihat kelurusan tiang di atas garisan pembahagi, rentang benang pada pancang yang selari dengan garisan pembahagi pada jarak setengah garis pusat luar sarung perlindung bumi. Alihkan tiang sehingga bahagian luar sarong pelindung bumi menyentuh benang.
MENDAPATKAN KEDUDUKAN TENGAH TIANG-H
Untuk mendapatkan kedudukan tengah tiang-H,alihkan tiang tersebut supaya jarak paku diatas pancang tengah ketepi kedua-dua tiang berada pada jarak yang sama (914.5D/2)mm dimana D adalah garispusat luar sarong pelindung bumi.
76
MENGARASKAN TIANG
Untuk mengaraskan tiang letakkan tanda di setiap tiang pada ukuran sama daripada palang pengalir. Tiang tersebut hendaklah diselaraskan supaya kedua-dua tanda tersebut berada di aras yang sama. Ini boleh juga dilakukan dengan bantuan alat ukur aras ‘ level’ atau pun tiub plastik yang diisi air.
TEGAK TIANG
Tali pandu hendaklah diselaraskan supaya tiang boleh dipasti tegak dengan menggunakan tali batu plumbum atau alat timbang air.
MENYELARASKAN TIANG SUDUT DAN TIANG TAMATAN
Tiang-H ‘sudut dan tamatan’ ditempatkan sama seperti tiang-H pembahagian, kecuali tiang sudut didirikan condong kebelakang lebih kurang 150mm terkeluar daripada tegak pasti sebelum merentang. Tiang tamatan juga perlu dicondongkan kebelakang 150mm daripada talian. Ini memboleh sedikit ruangan pergerakan untuk tiang dan umbang semasa tegangan dilakukan.
77
KERJA-KERJA SENGGARAAN TALIAN ATAS VOLTAN TINGGI
Senggaraan talian atas terbahagi kepada dua; 1. Rondaan 2. Senggaraan Rondaan Rondaan rentis
Rondaan dijadualkan tiap-tiap bulan supaya bagi setiap talian dan rentis berada dalam keadaan baik. Rentis diperiksa sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Rondaan talian Kekerapan
Talian voltan tinggi dironda sekali bagi setiap 3 bulan dengan melihat semua penebat dari paras tanah Pemeriksaan yang teliti pada semua penyokong dan umbang hendaklah dilakukan setahun sekali Kerja-kerja logam yang terdapat di dalam tanah dan bukan di dalam konkrit hendaklah diuji daripada hakisan di bhagian bawahnya dalam tempoh 2 tahun sekali
Pekerja rondaan
78
Pekerja rondaan menjalankan tugas rondaan biasanya merupakan pemasang talian yang berpengalaman, dapat mengenal tanda-tanda sebarang bahagian yang ketinggalan pada penebat, pengalair atau lain-lain bahan pemasangan. Mereka perlu mencatitkan segala kemungkinan yang menyebabkan terjadinya kesankesan terhadap keupayaan kendalian litar.
PERKARA-PERKARA YANG DITITIKBERATKAN SEMASA RONDAAN TALIAN
Perhatian hendaklah diberi kepada perkara-perkara berikut: a) Penebat Perhatikan tanda-tanda arka atau lain-lain kerosakan disebabkan oleh lontaran batu atau tembakan peluru. Penebat kaca akan hancur dan penebat tembikar akan retak, periksa tanduk arka yang gantungan yang tidak lurus(tegak).
79
longgar dan ambil catitan penebat
b) Pengalir dan dawai bumi
Periksa pengalir bebas daripada dawai atau benang yang tergantung misalnya benang layang-layang dimana mungkin hingga ke paras tanah. Keadaan ini MERBAHAYA pada cuaca lembap. Perhatikan kepada lembar yang putus atau gumpalan pada pengalir. Keadaan ini akan menunjukkan tanda karat pada pengalir. Ambil catitan keadaan dawai bumi dan pengalir.
80
c) Kenduran pengalir
81
Ambil catitan sebarang kenduran yang berlebihan dengan menggunakan highmeter.
d) Kelegaan pengalir Kelegaan kebumi, bangunan dan sebagainya mestilah diambil catitan.
e) Tiang,umbang,dan bahan pepasangan
82
Perhatikan kepada tiang dan umbang yang berkarat dan ambil catitan sekiranya karat meresap kedalam. Teropong kembar hendaklah digunakan untuk memeriksa semua bahan-bahan pepasangan diatas tiang .
f) Penghalang memanjat dan notis bahaya Penghalang dan notis hendaklah dalam keadaan baik. Membuat pemerhatian ketas lembar yang yang putus dan kendur pada kawat berduri. Pastikan plat BAHAYA dapat dibaca dengan mudah. g) Pokok kayu Buat pemerhatian terhadap pokok kayu yang merbahaya dimana mungkin tumbang menimpa talian. Semak(belukar) yang terdapat dibawah talian tidak dibenarkan membesar melebihi ketinggian 2.4 m (8ft) h) Bangunan dan rentis Laporkan dengan segera sebarang pembinaan rumah tanpa kebenaran dalam kawasan rentis.
i) Laluan tengah rentis Ambil catitan keadaan rentis untuk mengesahkan bahagian laluan dengan rentis tengah 1.8m (6ft) boleh dimasuki serta merta semasa kecemasan.
83
SENGGARAAN TAHUNAN Kerja-kerja yang terlibat meliputi perkara-perkara seperti berikut:a) Mengecat tiang b) Menukar penebat pecah c) Pemeriksaan keatas peralatan seperti dawai bumi, pencekam gantungan dan lainlain lagi.
6.4 : PENGALIR TALIAN SEHINGGA 33Kv Jenis-jenis pengalir Pengalir yang digunakan ialah:a. Tembaga tarik kuat ( hard drawn cooper ) b. Silmalec Simalec ialah bahan logam campuran daripada aluminium, magnesium dan silicon
84
simalec Saiz dan lembar pengalir tembaga tarik kuat
Saiz dan lembar pengalir tembaga tarik kuat yang didapati diterangkan seperti berikut: Keluasan sebenar inc2 0.15 0.1 0.075 0.05 0.125 No.6 SWG No.8 SWG
Bilangan lembar & garis pusat pengalir 7/0.166 7/0.136 7/0.116 3/0.147 3/0.104 1/0.192 1/0.60
Saiz dan lembar pengalir silmalec
Saiz dan pengalir yang didapati diterangkan seperti berikut: Kelulusan sebenar 150mm2 100mm2
Bilangan lembar & Kod nama garispusat pengalir (mm) 19/3.47 Ash 7/4.65 Oak
Persamaan tembaga
pengalir
0.15inc2 0.10 inc2
Keupayaan membawa Keupayaan membawa arus untuk pengalir diberikan dijadual dibawah. Kadar keupayaan dikira pada suhu udara 950F dengan tiupan angin 1b.s.j. Saiz 7/2.00mm (7/14 SWG) 7/2.65mm (7/12 SWG) 7/2.00mm (7/14 SWG) 7/2.65mm (7/12 SWG)
85
Grade / kualiti 700 / 45 ton 700 / 45 ton 1150 / 70 ton 1150 / 70 ton
Penggunaanya Dawai keluli galvanis grade 700 digunakan pada talian tembaga dan dawai keluli grade 1150 untuk silmalec. Pemasangan satu atau dua dawai bumi Pada amnya talian dibina denan satu dawai bumi. Dua dawai bumi digunakan mengikut pada keadaan-keadaan di bawah; i.
Pada talian tugas berat apabila kerosakan menuju ke pencawang
ii.
Di kawasan di mana aras kerosakan ke bumi tinggi.
iii.
Di antara tiang ‘jarak jauh’
86
ANTARA AKTIVITI YANG TELAH DILAKUKAN
87
88
BAB 7 :KENDALIAN DAN SENGGARAAN
7.1 : Pengenalan Senggaraan adalah bahagian penjanaan (Maintenance) atau melakukan kerja baik pulih, pembinaan projek baru, pengawalan kawasan-kawasan talian serta berbagaibagai kerja yang berkaitan di sekeliling kita. Bahagian senggaraan sekarang ini boleh dikatakan senang dari dahulu. Tidak susah atau seteruk dahulu jika hendak dibandingkan dengan sekarang. Ia adalah disebabkan apabila LLN telah diswastakan maka sekarang dipanggilkan TNB dimana telah banyak perubahan yang telah dilakukan oleh TNB. Ini adalah untuk kemudahan dan keselesaan kepada kakitangan TNB.
89
Kontraktor-kontraktor Bumiputra telah ditawarkan kerja yang dahulunya dilakukan oleh pihak TNB seperti merentang kabel 3 X 185 + 120 + 16 ABC dan memasang meter-meter di kawasan perumahan dan banyak lagi. Kontraktor-kontraktor ini adalah yang berdaftar dengan TNB sahaja. Dahulunya kerja-kerja TNB ini adalah menanam tiang dan menyelenggarakan talian-talian yang merentangi jalan raya dan rumah-rumah pengguna. Tetapi sekarang, ianya telah dilakukan oleh kontraktorkontraktor yang berdaftar ini dengan dibantu oleh pihak TNB. Tugas-tugas senggaraan ini semakin mudah apabila ianya, dilakukan dengan semangat kumpulan yang dijadikan satu tradisi dari dahulu lagi. Kumpulan yang melibatkan 7 hingga 10 orang pekerja bagi satu lori sudah cukup meringankan bagi kerja-kerja dan dilakukan. Memang wajarlah pada dahulunya LLN ini adalah satu badan kerajaan dan ditukarkan kepada badan berkanun iaitu TNB sekarang ini. Kumpulan-kumpulan ini sekarang hanya ditugaskan menjaga dan melakukan kerja baik pulih serta membuat satu pembaharuan bagi kemudahan penggunaan tenaga elektrik tidak kira samada pengguna kediaman mahupun kilang-kilang. Di TNB Kuala Terengganu ini, hanya 2 buah lori sahaja yang digunakan bagi kerja-kerja senggaraan ini dengan melibatkan 14 orang pekerja dengan termasuk seorang Incharge (ketua) bagi tiap-tiap kumpulan. 2 orang pomen di bahagian senggaraan sahaja yang dikhaskan untuk mengarahkan ketua-ketua kumpulan ini melakukan kerja-kerja pada hari tersebut dan hari-hari berikutnya. Kerja-kerja yang dilakukan oleh bahagian senggaraan adalah kerja-kerja yang berkaitan dengan overhead dan talian-talian atas yang disalurkan kepada pengguna. Di sepanjang jalan kita, tiang-tiang dan talian-talian atas itu kesemuanya adalah yang berkaitan dengan kerja-kerja senggaraan.
90
KERJA SENGGARAAN YANG SEDANG DILAKUKAN
7.2 : Kerja-Kerja Yang Dilakukan Oleh Bahagian Senggaraan 7.2.1 Menanam Tiang i)
Ditanam sekurang-kurangnya 4-6 sehari yang diuruskan oleh pihak pekerja Crain Auger. Jarak antara satu tiang ke satu tiang yang lain lebih kurang 100 hingga 110 kaki.
ii)
Menanam penyokong tiang yang terdiri daripada plit dan sebatang rod sepanjang 5 kaki. Di tanam sehingga sedalam 2 hingga 3 kaki dalamnya.
iii)
Membina Stay Wire dengan menggunakan 2 player. Pengalir bersaiz 7/10mm2 (7 core). Dimulakan dengan 8 lilitan iaitu mengikut turutan bermula 8, 7, 7, 7, 6, 6, 5.
91
Setelah ketiga-tiga kerja yang dilakukan seperti diatas, maka kerja-kerja penanaman tiang boleh dikatakan lengkap dengan terpasangnya ‘stay’ atau umbang. Bagi kemudahan kerja ini, tali, tangga, spanar, wise dan safety beld (tali pinggang keselamatan) digunakan untuk keselamatan pekerja. Masa yang diambil bagi mengerjakan shutdown ini bergantung kepada tiang iaitu kedudukan tiang itu sendiri. Kedudukan tiang adalah seperti berikut :i)
Tiang tengah
ii)
Tiang tamatan
iii)
Tiang mula
iv)
Tiang sudut
v)
Tiang pembahagi
Bagi tiang tamatan adalah yang paling mudah dan mengambil masa yang singkat untuk menyiapkannya. Bagi tiang pembahagi pula, adalah kerja yang paling sukar dan mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Bahagian ini adalah lebih bahaya dan perlu berhati-hati. Ini adalah kerana bimbang tertukar Phase dan Neutral. Untuk memudahkan kerja, tiang pembahagi memerlukan 2 atau 3 orang bagi satu-satu kerja. Tiang-tiang yang lain hanya seorang sahaja melakukannya dan tidak begitu sukar daripada tiang pembahagi dan tidak semudah pula tiang tamatan. Sebelum menanam tiang, bekalan hendaklah diputuskan dahulu untuk keselamatan kerja. Bekalan dipotong dari substation-substation yang berhampiran atau yang mengawal kawasan kerja tersebut. Terdapat 3 jenis pencawang-pencawang iaitu:-
92
i)
Indoor
ii)
Poledoor
iii)
Outdoor
7.3 : Indicator
Ia boleh digunakan untuk menguji i)
Voltan arus terus
ii)
Voltan arus ulang alik.
iii)
7.3.1 Cara mengenali bekalan yang diuji samada AC atau DC
i)
Kedua-dua filamen pada lampu neon menyala, ianya menunjukkan belakan itu adalah AC.
ii)
Jika salah satu daripada dua filamen pada lampu neon menyala ini adalah bekalan DC.
7.3.2 Cara menguji penunjuk voltan (Voltage Indicator)
1)
Penguji penebat 500 volt untuk menguji keterusan prod. Bekalan elektrik yang boleh dikenalpasti untuk menentukan ianya dalam keadaan yang baik.
2)
3)
93
Menguji bekalan di puncak bekalan:i.
Fasa Merah dengan Neutral
ii.
Fasa Kuning dengan Neutral
iii.
Fasa Biru dengan Neutral
Mengukur voltan diantara Fasa dengan Fasa:-
i.
Fasa Merah dengan Kuning
ii.
Fasa Kuning dengan Biru
iii.
Fasa Biru dengan Merah
Rajah 7.10 :
Voltage Indicator
7.4 : Phase Rotation / sequence tester Alat ini digunakan untuk mengetahui samada kedudukan Red, Yellow dan Blue disambungkan dengan betul.
7.4.1 Cara menggunakannya
94
i)
Mula-mula letakkan pengapit pada alat yang hendak diuji.
ii)
Tekan punat “ON”.
iii)
Lihat dalam bulatan dimana arah lawannya, jika mengikut arah pusingan ia dalam keadaan yang baik dan jika berlawanan, ia menunjukkan wayar serbis bertukar.
7.4.2 Kesan-kesan jika bertukar wayar servis ii)
Meter akan berputar berlawanan.
iii)
Bagi motor, ia memberi kesan seperti pusingan yang berlawanan jika rumah atau bangunan itu pendawaian 3 fasa.
iv)
Bagi 1 fasa, ia tidak memberi apa-apa kesan.
Rajah 7.11
: Phase Rotation / sequence tester
7.5 : Gangguan Bekalan Selalunya gangguan bekalan ini berlaku akibat perkara-perkara yang tidak disengajakan dan kerja-kerja perancangan. Kerja-kerja baik pulih yang selalu dilakukan apabila berlaku kejadian seperti ini adalah yang melibatkan talian-talian akibat daripada:-
95
a. Angin kencang b. Ribut petir c. Talian ditimpa dahan atau pokok kayu. d. Penyambung ditengah talian (Piercing Connector atau Iine Tap) longgar. Pengalir akan ditukarkan kepada yang baru atau yang lebih baik apabila penyambung (linetape) diragukan akan keselamatannya. Bagi keselamatan kerja, fius di tiang harus dicabut dahulu sebelum kerja-kerja baikpulih dilakukan. Fius ini akan dipasang semula selepas kerja-kerja baikpulih selesai. Fius ini berkadaran hanya 50Ampere dan 100 Ampere.
7.6 : Fius Black Board (LV ABC Switch Cross Section) Black Board digunakan di talian-talian ABC. Kebanyakkan pada talian-talian TNB, ia menggunakan fius lama jenis ‘Yorkshire’. Akan tetapi pada masa kini, pihak TNB telah menggunakan Black Board kerana keupayaannya membawa arus sebanyak 400 Amp.
7.6.1
96
Kerja-Kerja Am Senggaraan
Tugas-tugas am senggaraan adalah mengalih laluan mengalirnya arus bekalan (jumper) dengan membuat serta mengubah dan menukar jumper yang sedia ada di talian atas tiang pembahagian. Sebab-sebab perlu dialihkan ialah : i)
‘Fedeer’ (F1) tidak cukup untuk menampung satu kawasan yang menggunakan beban-beban yang bertambah banyak, maka ia memerlukan bantuan daripada F2 pula untuk menampung beban-beban ini dan seterusnya membantu F1.
7.7 : Feeder Feeder adalah fius yang mengawal sesuatu kawasan. Satu feeder mengandungi 3 fius yang sama tiap-tiap satu fius berkadaran 125Amp. Ia hanya mengawal beban yang terhad.
Pemasangan Kabel Bertebat Di udara Voltan Rendah
97
7.8 : Sistem Kabel Bertebat Diudara Sistem kabel bertebat diudara yang dilaksanakan terdiri daripada satu hingga empat mengalir aluminium yang bersalut da pengalir-pengalir tersebut membelit disekeliling dawai pengalir penggantung yang juga dikhususkan sebagai dawai Neutral. Dengan menggunakan sistem kabel diudara keterusan bekalan kepada pelanggan dapat dijamin dengan lebih berkesan disebabkan kurangnya berlaku kerosakkan (kemungkinan berlakunya litar pintas tidak mudah terjadi) disamping kos-kos pembinaan dan senggaraan lebih mudah). Didalam proses pembinaan talian dapat dilakukan dengan lebih cepat dan masalah untuk mencatas dan menebang pokok-pokok kayu dapat dikurangkan. Oleh kerana keeseluruhan sistem pemasangan kabel ini bertebat sepenuhnya, pemasangan sistem ini lebih selamat dan tidak memberi satu keadaan yang merbahaya kepada pekerja dan orang awam untuk menyentuh kabel tersebut. Keterangan ringkas berikut adalah diantara beberapa perkara-perkara yang perlu dilaksanakan didalam pembinaan talian kabel bertebat diudara:i.
Terdapat 2 saiz kabel bertebat diudara yang telah diseragamkan penggunaannya sebagai sesalur talian utama:a) 3 x 185 mm2 + 16 mm2 + 120 mm2 b) 3 x 95 mm2 + 16 mm2 + 70 mm2 Pengalir 16 mm2 terdapat pada kedua-dua kabel tersebut untuk kegunaan pengalir lampu awam.
98
ii.
Terdapat 2 saiz kabel bertebat diudara yang telah diseragamkan penggunaanya sebagai sesalur servis:a) 3 x 16 mm2 + 25 mm2 untuk bekalan 3 fasa b) 3 x 16 mm2 + 25 mm2 untuk bekalan 1 fasa
iii.
Walaupun sambungan pada pengalir kabel bertebat diudara perlu menggunakan penyambung bersalut Piercing.
iv.
Penggunaan Perangkai Fusable (mekanikal) diperkenalakan bagi melindungi kabel dan pelbagai pepasangan lain daripada mengalami kerosakan sekiranya dahan atau pokok-pokok kayu yang berat menimpa talian.
v.
Dawai bersalut PVC perlu digunakan sebagai dawai bumi bagi memastikan keseluruhan pepasangan sistem ini bertebat sepenuhnya.
vi.
Tegangan kabel dibuat sehingga kelegaan kabel ke paras tanah sepertimana yang diperlukan didalam kehendak peraturan diperolehi dengan cara membuat pengukuran ditapak kerja dan tidak perlu menggunakan Dynamometer dan papan kenduran. Walaupun didalam pemasangan kabel bertebat diudara, kadaran fius-fius yang
dipasang perlulah pada kadar yang betul bagi mengelak berlakunya kerosakan pada bahan penebat. Semua sambungan sesalur serbis bagi tujuan pengimbangan beban pada setiap fasa perlu dibuat dengan berhati-hati.
7.8.1 Kabel Bertebat Di Udara Voltan Rendah i.
Binaan Dan Rekabentuk
Kabel ini mempunyai satu hingga empat pengalir aluminium bertebat dengan Polyethylene. Pengalir-pengalir ini membelit disekeliling dawai penggantung bersalut aluminium Alloy. Dawai penggantung ini juga dikhususkan sebagai dawai Neutral.
99
ii.
Pengalir Fasa
Bahan pengalir yang digunakan adalah Aluminium Tarik Kuat (Hard Drawn Aluminium) dikeluarkan mengikut keadaan H68 mengikut panduan BG 2627 Wrought Aluminium For Electrical Purpose. Pengalir-pengalir ini di bentukkan di dalam keadaan bulat, berlembar dan dipadatkan bersesuaian seperti kehendak IEC 228 Conductor of Insulated Cables.
iii.
Dawai Penggantung Atau Neutral
Dawai penggantung atau neutral diperbuat daripada bahan aluminium alloy di dalam bentuk dawai yang ditarik daripada rod yang sentiasa melalui proses pengolahan dan penangungan. Sambungan tidak boleh dibuat sama sekali pada dawai penggatung. Dawai penggantung perlu mempunyai ciri-ciri fizikal berikut:-
Beban putus (sebelum dilembarkan)
30 h Bar (min)
Kerintangan pada suhu 20oC
0.0328. Ohm mm2/2
Ketumpatan pada suhu 20oC
2.70 kg / dm3
Jadual 7.3 : 7.9 :
Ciri-ciri fizikal pada dawai penggantung
Penebat
Semua pengalir termasuk dawai penggantung atau neutral perlu disalut dengan lapisan Polyethylene hitam penentang cuaca padatan tinggi. 7.10 : Arah Pusingan Membelit Pengalir
100
Pengalir-pengalir membelit disekeling dawai penggantung atau neutral mengikut arah tangan kanan susunan cara (Z). Semua teras-teras pengalir perlu kemas dan rapat di antara satu sama lain.
7.11.1 : Fius Di Tiang Dan Kadar Fius Penebat Polythylene akan mengalami kerosakan yang berkekalan sekiranya pengalir kabel dibenarkan membawa arus yang tinggi melebihi dariapda kadar maksima arus kabel. Dalam kes-kes yang tertentu kehangatan haba yang terjadi di sepanjang kabel tersebut boleh mengakibatkan berlakunya kebakaran. Bagi memastikan penebat tidak akan mengalami kerosakan oleh penghasilan haba yang keterlaluan disebabkan lebihan beban, fius-fius yang dipilih akan terputus sebelum arus melebihi kadar keterusan maksima sesuatu kabel. Untuk melindungi kabel-kabel ini, fius-fius HRC yang mempunyai ciri-ciri kelakuran fius pengeluar berpandukan spesifikasi B.S. 88 part 5 perlu digunakan. Kadar fius maksima untuk pelbagai saiz kabel adalah seperti berikut:-
Saiz Pengalir Fasa
Kadar Fius
Maksima Arus
Fius
Sebenar
185 mm2
(AMP) 200
(Faktor Fius 1.5 Kali) 300
95 mm2
125
188
16 mm2
50
75
Jadual 7.13 : Kadar fius yang digunakan dalam pelbagai saiz kabel.
101
Untuk melindungkan talian kabel bertebat terhadap beban lampau serta untuk mendapatkan kemudahan pengasingan bahagian talian utama kabel bertebat diudara. L.V. Outdoor Fuse Switch 400 amp dengan kadar fius maksima 200 amp dan 125 amp perlu di gunakan berpandukan kepada penggunaan saiz kabel. Cara pemasangan fius ditiang sepertimana yang diamalkan sekarang pada talian atas voltan rendah dan sesalur serbis perlu diikuti.
Rajah 7.27 :
Pepasangan peti fius
Kebaikan Dan Keburukan Kabel Bertebat Diudara Kebaikan 1)
102
Penyesuaian penggunaan sistem ini dapat digunakan dalam jangka masa yang lama.
2)
Kos-kos binaan talian dan senggaraan lebih murah jika dibandingkan dengan talian tak bersalut.
3)
Masalah untuk menebang pokok-pokok dapat dikurangkan (hanya pokok yang condong ke talian sahaja). Oleh itu langkah ini tidak mengendalakan perlaksanaan sesuatu projek itu.
4)
Oleh kerana neutral pada talian ini tidak mempunyai nombor, pengenalannya mudah diketahui tanpa menghadapi sebarang masalah ketika kerja-kerja pemasangan atau pembaikan dijalankan.
5)
Kabel-kabel pada talian ini bertebat, pengenalannya mudah di tahui dan tidak merbahaya kepada orang-orang yang menyentuh talian tanpa berlapik samada kepada orang awam atau pekerja-perkerja.
6)
Kejadian-kejadian litar pintas pada pengalir bertebat diudara dapat dikurangkan.
Keburukan
1)
Mengalami kesukaran sedikit apabila memisahkan pengalir-pengalir bersalut ketika
membuat
sambungan
disebabkan
dawai-dawai
tersebut
melilit
disekeliling dawai neutral yang tegang. 2)
Sambungan sesuatu bekalan bagi tujuan pengimbangan beban setiap fasa mestilah dilakukan dengan berhati-hati.
3)
Fius-fius pada talian ini mestilah dipasang dengan kadar yang betul untuk mengelakkan dariapda bahan penebat terbakar.
103
PENGGUNAAN KABEL ABC PADA TIANG OVERHEAD
BAB 8 : SESALUR ATAS VOLTAN RENDAH (SAVR)
8.1 : PENGENALAN Dalam pemasangan sesalur atas voltan rendah, perkara-perkara yang berikut mestilah diketahui :
Mengenal pasti saiz-saiz pengalir yang digunakan di dalam pembinaan talian atas voltan rendah.
104
Menyatakan kelegaan dan perantaraan pengalir dengan tanah, bangunan dan lain-lain talian.
Menyatakan segala perhatian yang perlu diambil ketika kerja-kerja merentang pengalir.
Menyatakan prihal mustahak melakukan tegangan bunuh dan tegangan bina pada atas carta kenduran dengan betul.
Membuat segala tegangan-tegangan yang diperlukan pada pengalir, samaada secara menggunakan dynanometer atau papan kenduran.
8.2 : SAIZ PENGALIR
Jadual 8.2(a),(b),(c) di bawah menunjukkan saiz pengalir dengan kadaran fius mengikut kabel yang berlainan jenis. JADUAL 8.2(a) : Saiz Kabel Jenis PVC PVC
105
SIZE
RATING AI (A)
RATING Cu (A)
7/083 (25mm )
90
110
19/064 (35mm)
120
140
19/083 (70mm )
180
230
7/173 (1000mm )
250
JADUAL 8.2(b) :Kabel ABC ABC SIZE
MAX. FUSE (A)
1 X 16 +25
50
3 X 16 + 25
50
3 X 95 + 70
125
3 X 185 + 120
200
JADUAL 8.2(c) : Kabel Bare A1
106
BARE AI SIZE AI
Max. fuse (A)
3/132
80
7/122 (50mm)
100
7/173 (100mm)
160
7/173 (100mm)
260
8.3 : SUSUNAN PENGALIR Susunan pengalir untuk talian voltan rendah dibuat secara menegak dengan mengikut aturan berikut. Ianya bermula daripada atas :-
Fasa Merah
-
Fasa Kuning
-
Fasa Biru
-
Lampu Jalan
-
Neutral Jika satu fasa atau dua fasa dilarikan, susunan pemasangan yang sama mengikut aturan-
aturan tersebut hendaklah dipatuhi. Sekiranya pengalir lampu jalan tidak dikehendaki untuk pemasangan tiga fasa, kedudukan lubang yang keempat pada tiang tersebut perlulah dikosongkan untuk pepasangan pengalir lampu jalan dimasa akan datang.
107
Kelegaan Dan Perantaraan Pengalir Kelegaan Minima Dengan Tanah Kelegaan minima ( Ketinggian minima diantara dawai dengan paras tanah ) bagi sebarang dawai pengalir atau penambahan dawai bumi yang tergantung di udara pada suhu 60C (140F) mengikut keadaan berikut :a) Merentangi Jalan Raya
-
5.49 meter
b) Merentangi kawasan tanah lapang
-
5.18 meter
c) Merentangi kawasan dimana kenderaan
-
4.57 meter
tak mungkin boleh masuk. Tiang
KELEGAAN
108
Rajah 8.3(a) : Menunjukkan Kelegaan Pengalir Dengan Tiang
8.4 : PERANTARAAN DENGAN BANGUNAN DAN RUMAH KEDIAMAN
1) Semua pengalir tak bersalut kecuali bertebat sepenuhnya tidak boleh direntang dekat atau berhampiran dengan bangunan atau rumah kediaman kecuali bangunan pencawang. Walaubagaimanapun ianya tertakluk apabila mengikut syarat-syarat tersebut :
a) Perantaraan atau jarak minima pengalir dengan bangunan secara mendatar mestilah tidak kurang daripada 2.1 meter atau 7 kaki. b) Dengan bangunan secara menegak mestilah tidak kurang daripada 2.7 meter atau 9 kaki.
2) Hanya pengalir yang bertebat sepenuhnya dapat ditempatkan dibangunan atau rumah kediaman dengan syarat dawai tersebut hendaklah di tempatkan dengan ketinggian tidak kurang daripada 2.7 meter daripada paras tanah 3) Melintasi Tiang Telekom Sudut Semasa Pelintasan Antara sudut minima yang perlu dibuat diantara talian pengalir dengan talian telekom ditempat pelintasan tidak boleh kurang daripada 30 darjah. Jarak Minima
109
Jarak minima diantara talian pengalir yang tidak boleh dibumikan, antara contohnya ialah dawai fasa dengan talian telekom adalah 610 mm, sementara jarak minima diantara pengalir yang boleh dibumikan iaitu dawai neutral adalah 305mm.
4) Menegang Dan Kenduran Pengalir Tegangan-Tegangan dawai aluminium berlembar tidak bersalut yang dilakukan adalah seperti jadual berikut:-
Jadual 8.4(a) :Tegangan Pengalir Aluminium Berlembar tidak bersalut
SAIZ
TEGANGAN
TEGANGAN
TEGANGAN
MM2
BUNUH
BUNUH
BUNUH
KN
ib
kN
ib
25
1.22
274
0.61
137
50
2.42
544
1.21
272
100
4.88
1096
2.44
548
Nota : 1kN = 224.8 ib = 102kgf
Tegangan Bunuh Tegangan bunuh ini dilakukan pada setiap dawai pengalir
110
yang baru dikeluarkan daripada drum. Nilai tegangan bunuh adalah dua kali nilai tegangan bina dan tegangan bunuh perlu dilakukan selama satu jam atau 60 minit. Sebelum tegangan ini diturun, tegangan bina didalam kerja sebenar tegangan bunuh perlu diperiksa setiap 20 minit dan ditegangkan semula ketegangan tersebut. Walaubagaimanapun tujuan tegangan bunuh ini dilakukan supaya:a) Setiap dawai pengalir dapat diluruskan daripada bengkokkan-bengkokkan yang terjadi dan dengan ini kadar pengembangan
pengucupan pada setiap dawai
pengalir akan mempunyai kadar yang sama, dan jarak antara pengalir sentiasa sama iaitu 230 mm. b) Ianya juga bertujuan untuk memperkemaskan lembar-lembar pengalir kembali dalam kedudukan asal supaya tidak terdapat udara yang terperangkap diantara lembar-lembar tersebut yang boleh mengakibatkan bertambahnya rintangan elektrik dawai pengalir. Tegangan Bina Ianya merupakan tegangan yang dilakukan pada pengalir dan dibiarkan didalam pembinaan selama-lamanya. Tegangan ini merupakan tegangan yang selamat yang mengesahkan dawai tersebut tidak akan mengalami kerosakan atau putus dengan sendiri walaupun dalam keadaan cuaca yang buruk
5) Perlu Melakukan Tegangan Dengan Betul Pengalir perlu di buat tegangan dengan betul supaya:
111
a) Sekiranya tegangan kurang, boleh menyebabkan labuhan dawai yang berlebihan sehingga kelegaan minima tidak diperolehi. b) Sekiranya lebih tegangan, daya-daya yang terjadi akan melebihi beban kerja selamat yang direka bentuk pada tiang,bumbang dan lain-lain.
6) Cara Pengukuran Menggunakan Dynanometer Dynanometer dipasang bersiri dengan ‘pull-lift’ dan ‘come along clawp’. Setelah ‘pulllift’ ditarik, pengalir tersebut ditegangankan dan tegangan mengikut tegang yang boleh dibaca secara terus pada Dynanometer. Jadual Kenduran Jadual kenduran pengalir untuk tegangan bunuh dan tegangan bina pada pelbagai panjang span diberi dalam jadual dibawah. Jadual ini adalah bagi kegunaan ketiga-tiga pengalir.
Jadual 8.4(b) : Menunjukkan Kenduran Pengalir Untuk Tegangan Bunuh dan Bina
112
Spun (meter)
Kenduran
bunuh Kenduran
(mm)
(mm)
25
45
90
30
65
130
35
90
150
40
115
230
45
145
290
50
180
360
bina
8.5 : MENYAMBUNG PENGALIR DAN PENYAMBUNG 1) Penyambung Dalam Tegangan a) Penyambung Di tengah Jarak - Pengalir aluminium disambung dengan menggunakan penyambung di tengah jarak. b) Saiz-saiz Penyambung Di tengah Jarak - Terdapat 3 saiz penyambung di tengah jarak untuk ketiga pengalir iaitu 100 mm², 50 mm² dan 25 mm². c) Penggunaan Penyambung Di tengah Jarak - Penggunaan penyambung di tengah jarak seberapa yang boleh perlu dielak daripada penggunaannya. Penyambung ini hanya perlu digunakan didalam kerjakerja senggaraan sahaja. Penyambung di tengah jarak tidak digunakan dikawasan talian melintasi talian telekom, jalan raya atau terdapat saluran paip air yang besar.
113
Didalam apa-apa keadaan sekali pun, penyambung ditengah jarak tidak boleh digunakan pada dawai neutral.
2) Penyambung tidak dalam tegangan a) Penyambung Dua Logam - Penyambung dua logam digunakan untuk menyambung diantara pengalir tembaga dengan pengalir aluminium. Apabila penyambungan dibuat, bahagian aluminium perlu diletakkan dibahagian atas. Setiap penyambung mempunyai kadar arus 60 amps dan penyambung ini digunakan pada pengalir yang lebih daripada 39 mm persegi ( 19/1.53 mm). b) Tiub Aluminium Berisi Geris - Jika sekiranya talian utama adalah pengalir aluminium, pengalir tembaga atau keluli yang kecil dibawah 39 mm persegi boleh disambung ketalian utama dengan menggunakan tap talian aluminium tetapi pengalir tembaga perlu dimasukkan terlebih dahulu ke dalam tiub aluminium berisi geris. c) Tiub Tembaga Berisi Geris - Sekiranya pengalir aluminium yang kecil perlu disambung ke punca sambungan atau talian tembaga, pengalir aluminium tersebut perlu disarongkan dengan tiub tembaga berisi geris.
114
8.6 : PENYOKONG
TIANG
ELEKTRIK
SESALUR
ATAS
VOLTAN RENDAH
1)
Jenis-jenis Tiang Terdapat 4 jenis tiang yang biasanya digunakan didalam Tenaga Nasional. Tiang-tiang tersebut seperti berikut: a.
Tiang Kayu
b.
Tiang Konkrit
c.
Tiang Konkrit Span
d.
Tiang Keluli
115
2) Fungsi Tiang Fungsi tiang adalah sebagai penyokong dawai pengalir dan lain-lain bahan pemasangan seperti fius, peti kabel dan lain-lain supaya: a)
kelegaan yang selamat daripada tanah, bangunan dan lain-lain dapat diperolehi.
b)
Kelegaan diantara fasa dan neutral dapat diperolehi.
3) Panjang Tiang a.
9 meter iaitu digunakan pada talian sesalur utama
b.
7.5 meter digunakan pada sesalur bekalan.
4) Kedalaman Tiang Yang Ditanam Tiang yang didirikan ditanam sedalam 1.5 meter, kecuali tiang span konkrit 7.5 meter ( Kebiasaannya digunakan pada talian telekom, tiang ini ditanam sedalam 1.2 meter).
5) Pengebumian Di Tiang a) Sebab-sebab Pembumian Tenaga Nasional Berhad menggunakan cara Pembumian Neutral Berkali (Multiple-Earthed-Neutral) untuk sesalur talian atas voltan rendah iaitu neutral disambungkan ke bumi dengan menggunakan dawai bumi pada setiap tiang. Di pencawang elektrik dawai neutral juga dibumikan. Dengan membumikan neutral disetiap tiang, rintangan bumi dapat dikurangkan dan apungan neutral dapat dielakkan sekiranya dawai neutral putus.
116
b) Pembumian Bahan-bahan Logam Semua bahan-bahan logam sebagai contohnya seperti pendakap D dan dibahagian atas tiang disambungkan ke bumi (Neutral).
c) Penentuan Dan Pemilihan Kedudukan Tiang # faktor-faktor penentuan kedudukan memancang tiang
Di dalam tanah simpanan jalan Di perantaraan longkang dengan susur tepi jalan Mengikut keadaan simpang siur jalan, selekoh tiga dan lain-lain lagi. Panjang atau jarak span lebih kurang sama dan tidak melebihi had maksima sesuatu pembinaan talian. Mempunyai kawasan tanah yang mencukupi untuk pembinaan umbang. Pada kedudukan tanah yang sesuai, misalnya mengelak daripada terletak diatas saluran perkhidmatan yang lain, seperti kabel elektrik, paip air dan lain-lain. Manakala keadaan tanah yang tidak perlu membuat penambahan tapak asas. Pada kedudukan perantaraan sempadan diantara rumah, bangunan, pagar atau pintu pagar bangunan. Pada kawasan yang tidak memberi gangguan pada penghuni atau orang awam. Penempatan tiang membolehkan pengalir mempunyai kelegaan-kelegaan yang memcukupi misalnya, kelegaan dengan tanah, bangunan, pokok atau dahan kayu dan talian-talian perkhidmatan lain.
117
Jenis Talian
Span maksima ( Meter )
Pengalir tak bersalut
55
Kabel bertebat di udara
50
Jadual 8.6(a) : Ketinggian tiang span dengan jenis pengalir
Dawai PVC
Span maksima (meter)
7/1.12 mm
25
7/2.14 mm
35
19/1.53 mm
45
19/2.14 mm
45
Jadual 8.6(b) : Saiz Dawai Dengan Ketinggian Tiang Span
6) Penggalian Lubang Atau Mendirikan Tiang a) Bentuk dan Ukuran Lubang yang digali Cangkul dan pengali digunakan untuk mengali lubang tiang. Penggalian lubang tiang dapat dilakukan dengan menggunakan kren auger. 300 mm
1.2m
118
300
Lebar 1 mm cangkul
Peg penanda
Lubang tiang
Gambarajah 8.6 (i) : Menunjukkan ukuran lubang untuk Tiang Span
b) Cara Mendirikan Tiang Langkah-langkah tertentu haruslah diikuti apabila mendirikan tiang. Untuk menyenangkan pergerakan tiang masuk kedalam lubang, satu penahan perlu diletakkan kedalam lubang dan tiang tersebut perlu diselaraskan supaya tiang sentiasa didalam keadaan yang lurus semasa mendirikannya menerusi tali-tali manila yang diikat di kepala tiang. Walaubagaimanapun dalam zaman yang canggih ini cara sebegini tidak lagi dilakukan.
119
c) Tegak tiang dan menimbus Tegak tiang dapat dipastikan dengan menggunakan tali batu pelambam, selepas tiang tegak pada kedudukannya, lubang akan ditimbus dan pada setiap 150 mm hendaklah dipadatkan dengan menggunakan penumbuk bumi.
7) Meletak Nombor Pada Tiang Semua tiang elektrik yang dibina perlu diletakkan dengan nombor. Nombor-nombor tiang diletakkan dibahagian pangkal tiang dengan jarak 1.5 meter daripada paras tanah. Pilihan bahagian atau permukaan tiang yang mudah dilihat apabila membuat pemeriksaan sebagai contohnya permukaan yang berhadapan dengan jalan. Saiz nombor dan tulisan yang digunakan adalah stensil 75 mm atau 3 inci. Di bahagian dimana nombor atau tulisan ditiang hendaklah dicat hitam dan nombor dan tulisan dicat putih atau sebaliknya.
8.7 : UMBANG TALIAN ATAS VOLTAN RENDAH 1) Fungsi Umbang Umbang merupakan alat untuk memperseimbangkan daya-daya yang dihasilkan oleh tegangan dawai serta daya-daya yang terhasil disebabkan tiupan angin di talian supaya tiang sentiasa dalam keadaan tegak.
120
2) Bahan-Bahan Yang Digunakan Pada Umbang i) Dawai umbang ii) Dawai umbang yang digunakan adalah dari jenis dawai keluli galvani ‘grade’ 700N/mm ( kuantiti 45 tan ). iii) Saiz dawai adalah seperti berikut:-
Jadual 8.7(a) : Saiz dawai umbang dengan beban Saiz
Beban
Putus
Beban
Selamat
Berat
(mm)
(KN)
(KG)
(KN)
(KG)
(KG/)
7/2.00
15.4
1571
6.16
628
0.17
7/2.65
27.0
2754
10.8
1102
0.30
7/3.25
40.65
4146
16.28
1659
0.64
iv) Dawai umbang bersaiz 7/2.65 mm dan 7/3.25 mm digunakan pada talian sesalur utama. Sementara dawai umbang bersaiz 7/2.00 digunakan pada sesalur bekalan.
3) Komponen Pada Umbang i) Sepit Umbang ii) Didal iii) Penebat Umbang iv) Bebusar Umbang dan Didal v) Rod dan Pelit Umbang vi) Bingkai Kayu Umbang
121
vii) Penyelaras Berpusing
ROD DAN PLET BESI ( DITANAM DALAM LUBANG SEBELUM UMBANG DI IKAT)
4 )Cara membuat sambat umbang di didal Keterangan: 1)
Sambat umbang ialah cara-cara yang sesuai untuk menamatkan hujung dawai umbang supaya mendapat ikatan yang kuat dan juga untuk menahan tegangan pada dawai umbang.
2)
Sambat umbang dibuat dengan melilitkan lembar-lembar yang terdapat pada dawai umbang.
122
3)
Tiap-tiap lembar yang dililitkan hendaklah diketukkan dengan kuat supaya sambatnya kuat dan kemas.
4)
Setelah siap, sambat umbang hendaklah disapu dengan cat “Bituminous” kerana semasa menyambat “Galvanise” pada lembar-lembarnya akan luka dan hilang.
5)
Didal umbang digunakan supaya senang membentukkan dawai umbang dan perlindungan daripada umbang patah apabila dawainya ditegangkan.
6)
123
Bilangan-bilangan lilitan sambat umbang ialah:Lembar pertama
-
8 lilitan
Lembar kedua
-
7 lilitan
Lembar ketiga
-
7 lilitan
Lembar keempat
-
7 lilitan
Lembat kelima
-
6 lilitan
Lembar keenam
-
6 lilitan
Lembar ketujuh
-
5 lilitan
124
Rajah 7.12 :
Turutan-turutan lilitan
8.8 : PEMILIHAN DAN PENENTUAN UMBANG 1) Carta Pemilihan Umbang # Dua umbang perlu dipasang dalam garisan yang bertentangan dengan kedua-dua pengalir.
Jadual 8.8(a) :Carta pemilihan umbang bagi pembinaan talian 3 fasa, pengalir, lampu jalan dan neutral
Bilangan
Jarak
saiz minima
umbang Jarak umbang
Nama Tiang
dan
4
x minima
4
x
Tamatan
Umbang 2 x 7/3.25
100mm + 25mm 6.0m
50mm + 25mm 5.5m
Pembahagian
4 x 7/3.25
6.0m
5.5m
sudut lebih 60° Sudut 10°
1 x 7/2.65
3.0m
2.0m
20°
1 x 7/2.65
3.5m
3.0m
30°
1 x 7/3.25
4.5m
3.5m
45°
2 x 7/3.25
4.5m
4.5m
60°
2 x 7/3.25
6.0m
5.5m
2) Jenis-Jenis Umbang i) Umbang Terbang Umbang terbang hanya digunakan apabila kawasan tanah yang tidak sesuai digunakan untuk memasang satu atau dua umbang pada tiang berkaitan.Pemasangan
125
umbang terbang membolehkan umbang biasa dipasang pada tiang umbang terbang yang mengimbangi daya disebabkan oleh tegangan dawai pengalir. ii) Umbang penolak luar dan tiang sokongan Umbang jenis ini hanya akan digunakan sekiranya kawasan tanah untuk pemasangan umbang biasa tidak boleh dibuat, pemasangan umbang ini hanya boleh dilakukan pada sudut yang kecil sahaja iaitu:a) Talian 4 x 100mm + 25mm sehingga sudut peralihan maksima 5. b) Talian 4 x 50mm +25mm sehingga peralihanmaksima 8.
iii)
Umbang sementara Semasa pembinaan, penamatan dawai umbang perlu dibuat sebalum pengalir-
pengalir ditegangkan. Pengalir ditegangkan ketahap tegangan bunuh sebelum di turun kembali kepada tegangan yang akan ditinggalkan dalam pembinaan. Sekiranya jarak umbang ditempatkan pada jarak kedudukan minima umbang sementara mungkin perlu digunakan pada
tiang-tiang tamatan dan sudut bagi
menampung lebihan daya disebabkan oleh tegangan bunuh tersebut. Umbang sementara juga diperlukan pada tiang pembahagian apabila kerja-kerja menegang pengalir tidak dijalankan secara serentak kedua-dua bahagian tiang tersebut.
126
umbang
BAB 9 : Sistem Lampu Awam
9.1
Pemasangan Lampu Jalan
Pepasangan peralatan lampu jalan dapat dibuat pada tiang dan sambungan dawai dibuat dengan menggunakan Penyambung Piercing ke pengalir lampu jalan kabel bertebat diudara.
9.2
127
Jenis-jenis Lampu Jalan
Lampu-lampu yang standard digunakan didalam Tenaga Nasional untuk menerangi jalan adalah:i)
Lampu Filament atau Filament Lamp.
ii)
Lampu Wap Raksa atau High Pressure Mercury Vapour Lamp.
iii)
Lampu Wap Materiam atau Sodium Vapour Lamp. Selain daripada jenis-jenis lampu standard yang di nyatakan diatas, jenis-jenis
lampu yang lain mungkin digunakan atau permintaan daripada pihak pengguna. Pengguna lampu-lampu awam ini terdiri daripada Majlis Perbandaran, Penguasa-penguasa Awam atau Tempatan, Jabatan-jabatan Kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya atau Pemaju-pemaju perumahan.
9.3
Litar Sambungan Lampu a. Litar Lampu Filament
Rajah9.1
b. Litar Lampu Wap Raksa
128
Rajah 9.2
c. Litar Lampu Wap Naterium
Rajah 9.30
9.4
Tempat Penggunaan
Lampu Filament
-
Jalan di kawasan luar bandar.
Lampu Wap Raksa
-
Jalan di kawsan bandar.
Lampu Wap Naterium
-
Sebagai di kawasan yang standard di sekitar
129
kawasan
simpang-simpang
jalan,
bulatan
dan
selekoh jalan raya.
9.5 Penggunaan Atau Fungsi Bahan-Bahan Lampu
a)
Choke Fungsi choke adalah untuk meninggikan voltan pada permulaan dan mengurangkan
arus yang mengalir.
130
b)
Alatubah Fungsinya adalah untuk meninggikan voltan pada permulaan dan mengurangkan
arus yang mengalir.
131
Rajah 9.6 c)
Kapasitor Fungsi kapasitor adalah untuk membetulkan kembali angkadar kuasa (power faktor)
serta mengurangkan gangguan gelombang telekomunikasi.
d)
Fius Kecil “Minor Fuse”
Fius ini dikenali sebagai fius berdawai. Binaannya terdiri daripada pemegang fius, elemen fius dan dasar fius. Dasar dan pemegang fius diperbuat daripada tembikar dan elemen fius menggunakan dawai tembaga bersalut timah. Kadar fius kecil adalah 15 amps, kadar elemen fius ditentukan daripada pengaliran arus pada sesuatu litar, pada kebiasaannya untuk pepasangan litar lampu jalan raya hanya 5 amps. Element fius ini dipasang pada pemegang dan seterusnya di masukkan kedalam dasar fius untuk melengkapkan litar. Fungsinya adalah untuk melindungi litar lampu dan bahan daripada mengalami kerosakkan apabila terjadinya:i)
Litar pintas
ii)
Beban lampau
132
Rajah 9.8
9.6 : Suis Masa Fungsi suis masa adalah:i)
Mengawal arus elektrik secara automatik daripada pengalir fasa ke pengalir lampu jalan.
ii)
Pengawalan ini dilakukan dengan membenarkan arus elektrik mengalir menerusi suis (sesentuh tertutup pada jangka waktu yang dikehendaki dan bekalan di tutup). Sesentuh terbuka pad ajangka waktu yang tidak dikehendaki.
9.6.1 Jenis Suis Masa
133
Suis masa yang digunakan adalah daripada jenis “Horstman”, Y mark 2 dan juga Y mark 5 yang mengandungi motor elektrik yang mempunyai gerakan jam beserta juga dengan kemudahan pergerakan dengan menggunakan spring (Jenis Y mark 2-12 jam dan Y mark 5-168 jam), kadar membawa arus suis masa adalah seperti berikut:Beban kerintangan (sesistive)
-
30 Amps 80 Amps
Beban tungsten
-
20 Amps
Beban regangan (Reactive)
-
12 Apms
a)
Penentuan Masa Harian
i)
Jarum penunjuk masa ditempatkan dibahagian atas laluan piring suis masa.
ii)
Di piring suis masa ditandakan masa 24 jam (1 hingga 24) iaitu “DAY” (Siang 6 pagi hingga 6 petang) dan NIGHT (Malam 6 petang hingga 6 pagi).
iii)
Di perantaraan 1 jam dipecahkan kepad a4 ruangan iaitu satu ruangan (garisan) bersamaan dengan 15 minit.
iv)
Piring masa boleh dipusing mengikut pusingan jam sehingga masa sekarang yang tepat sehingga selari dengan jarum penunjuk waktu apabila memula tugas suismasa.
b)
Putaran Spring Bagi Menggerakkan Jam
i)
Putaran spring bagi mengerakkan jam perlu dilakukan apabila kerja pemasangan suismasa dilakukan dan bekalan elektrik yang terputus didalam jangkamasa yang lama (Senggaraan).
ii)
Untuk membuat putaran spring, piring masa perlu dibuka terlebih dahulu dengan membuka knob sekeru.
iii)
Dengan menggunakan pemandu sekuru yang sesuai bagi 3 pusingan penuh melawan arah pusingan jam pada spindle berlubang.
134
iv)
Apabila meletakkan semula piring suismasa ke tapak perumahannya, pastikan lubang alur pada lubang piring masa bercantum rapat dengan bolt tetap dipermukaanya.
c)
Pembetulan Perjalanan Jam
i)
Penyelarasan masa pada suismasa perlu dilakukan sekiranya didapati perjalanan masa pada suismasa lambat atau cepat.
ii)
Tempat penyelarasan ini boleh didapati dibawah piring masa (piring masa perlu dibuka), dan terdapat tanda “S” (untuk melambatkan perjalanan jam) dan “F” (untuk mempercepatkan perjalanan jam).
iii)
Di setiap bahagian garisan boleh menyesuaikan mas alebih kurang 2 minit sehari.
d)
Penentuan Masa Untuk Suis Menjalankan Fungsinya
i)
Takat kendalian “ON” (Hidup) dan “OFF” (Mati) yang di pelit dengan warna merah boleh didapati pada bahagian hujung pring masa.
ii)
Tape “ON” menunjukkan bahawa suis akan tertutup apabila ia melepasi atau melalui bahagian jarum penunjuk waktu.
iii)
Tape “OFF” menunjukkan bahawa suis akan terbuka apabila ia melepasi atau melalui bahagian jarum penunjuk waktu.
iv)
Tape ini boleh diselarakan mengikut masa yang dikehendaki bagi mengawal bekalan elektrik dengan cara melonggarkan knob sekeru lebih kurang setengah pusingan dan seterusnya tape-tape ini dapat diselaraskan satu persatu mengikut masa yang dikehendaki. Setelah penyelarasan dibuat ketatkan kembali knob sekeru suismasa.
9.7 Penyentuh Elektrik
135
Fungsinya adalah:i)
Untuk menukar fasa bekalan ke pengalir lampu jalan dengan pengawalan satu suis masa sahaja.
ii)
Untuk menambah bilangan penggunaan lampu (kuasa elektrik tinggi) di sistem lampu jalan – kadar membawa arus penyentuh elektrik lebih tinggi daripada suis masa.
9.7.1 Jenis Penyentuh Elektrik i)
Penyentuh elektrik yang digunakan pada masa sekarang daripada jenis Watford UCA 3, UCA 7 dan UCA 10. Kadar membawa arusnya untuk lampu-lampu kadar alir gas (gas discharge) adalah 45 amps, 85 amps dan 125 amps.
ii)
Binaannya terdiri daripada suis penyentuh dan gelong genganti yang dipasang pada satu peti untuk melindungi alat-alat dan sambungnya.
9.7.2 Keterangan Kendalian Penyentuh Elektrik i)
Mempunyai tiga bahagian yang penting iaitu:a) Suis b) Gelung geganti ‘Relay Coil’. c) Spring
ii)
Apabila bekalan mengalrikan menerusi gelung geganti ini akan menyebabkan suis sesentuh tertutup”ON” – ini disebabkan oleh keluli yang terdapat dalam kandungan alatgerak telah menjadi magnet.
iii)
Jika bekalan tidak mengalirkan dalam gelung genatin, ini akan menyebabkan suis sesntuh terbuka “OFF” – ini disebabkan oleh keluli yang terdapat dalam kandungan alatgerak kembali menjadi keluli biasa dan spring akan menolak sehingga menyebabkan suis terbuka.
iv)
Di dalam sistem lampu jalan, pengalir lampu jalan yang telah dikawal oleh suismasa disambungkan ke punca sambungan gegelung geganti sementara dawai masuk perlu disambung pada dawai fasa dan dawai keluar disambung pada pengalir lampu jalan.
136
9.8 Sistem Pepasangan Lampu Awam
Sistem pepasangan lampu awam bergantung kepada:i)
Bagaimana pembayaran perlu dibuat oleh pengguna. Sekiranya pengguna menggunakan tarif G, pemasangan jangka elektrik “meter” perlu dibuat dan sekiranya pembayaran menerusi kontrak khas, jangka elektrik tidak perlu dipasang. Buat masa sekarang, pengguna yang memohon lampu jalan di rumah kediaman dikenakan bayaran sebanyak RM 10.00 bagi satu bulan bagi beban lampu 100 watt.
ii)
Bilangan serta bahan lampu yang perlu dipasang bagi menentukan keupayaan peralatan kawalan samada suis masa dan atau penyentuh elektrik digunakan.
iii)
Diantara cara sistem pepasangan lampu awam adalah:a)
Penggunaan suis masa tanpa jangka.
b)
Penggunaan suis masa yang menggunakan jangka.
c)
Penggunaan suis masa dan penyentuh elektrik tanpa jangka.
d)
Penggunaan suis mada dan penyentuh elektrik yang menggunakan jangka.
137
BINAAN DALAM LAMPU JALAN
9.8.1 Lampu Jalan Terpasang Di Waktu Siang
Kadangkala lampu jalan menyala pada waktu siang. Ini adalah disebabkan oleh:i)
Ujian sistem lampu jalan sedang dijalankan oleh pekerja TNB untuk mencari dan memperbaiki kerosakan tertentu. Proses ini pada kebiasaannya tidak mengambil masa yang panjang.
ii)
Kerosakan alat kawalan lampu jalan telah menyebabkan perkhidmatan lampu jalan diseluruh kawasan tergendala pada malam sebelumnya. Untuk membiarkan kawasan itu tidak terus bergelap, pasukan peronda malam telah memasang lampu-lampu tersebut secara manual iaitu tidak melalui kawalan ‘timeswitch’. Keesokan paginya lampu ini akan dipadamkan satu persatu. Ini akan memakan masa, kadang-kadang sampai sampai jam 9.00 pagi dibandar-bandar besar.
iii)
Dahan-dahan pokok mengganggu sistem talian atas dan tidak bertebat akan menyebabkan arus elektrik tersambung pada pengalir lampu jalan di luar pada
138
waktu biasa. Ia akan menyebabkan lampu jalan terpasang sepanjang siang dan terpadam pada waktu malam. 9.8.2 Masa Lampu Jalan Di Hidupkan
Pada kebiasaannya sistem pampu jalan dikawal dengan menggunakan ‘timeswitch’. Untuk meringankan bahan membayar bil ada penguasa tempatan menghadkan perkhidmatan lampu jalan kepada jam 1.30 minit setiap malam (11 jam 30 minit). Sebagai contoh di Kual Lumpur jika perkhidmatan lampu jalan di panjangkan selama 10 minit lagi setiap malam, bil elektrik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan ditambah lebih kurang RM 60,000 setahun. Melalui pengalaman kita yang luas didapati waktu subuh dan senja bertukar sepanjang tahun. Untuk menyesuaian perubahan itu, sesuatu jadual tahunan untuk menukar waktu perkhidmatan lampu jalan diadakan.
9.8.3 Mengalihkan Tiang Lampu
Kadar pertumbuhan bandar di negara kita pesat membangun. Kdang-kadang didapati kedudukan tiang-tiang elektrik terutama jenis kayu dan konkrit berada di tempat yang tidak sesuai lagi. Permohonan boleh dibuat terus kepada TNB supaya tiang-tiang yang terlibat boleh diubah segera. Walaubagaimanapun permohonan untuk mengubah tiang-tiang yang terlibat hendaklah dibuat melalui Penguasa Tempatan berkenaan kerana tinag-tiang ini merupakan hak milik mereka. Amalan tolong-menolong membawa keharmonian dalam kehidupan kita. Kerjasama orang ramai dan Penguasa-penguasa Tempatan sangat diharapkan untuk menjamin kemudahan awam ini terus menerus di nikmati oleh semua individu.
139
Antara perkara yang patut sama-sama diberi perhatian ialah:i)
Melaporkan segera masalah lampu jalan yang tidak berfungsi dengan betul.
ii)
Melaporkan segala kegiatan-kegiatan yang boleh merosakkan lampu-lampu jalan tersebut.
iii)
Jangan menanam pokok-pokok di bawah talian elektrik.
iv)
Semasa membuat aduan, jangan lupa memberitahu TNB iaitu nama, alamat, nombor tiang serta nombor telefon pengadu jika ada.
BAB 10 : PUSAT PEMULIHAN BEKALAN (PPB)
10.1 :
140
PENGENALAN
Kakitangan TNB terutamanya yang terlibat untuk perkhidmatan pengguna hendaklah sentiasa bersedia memberi layanan yang memuaskan kepada pengguna yang datang berurusan dengannya. Oleh itu Pasukan Pemulihan Bekalan (PPB) di wujudkan untuk membaik pulih kerosakan sekira berlakunya bekalan elektrik terputus di rumah kediaman dan premis pengguna.
10.2 : BIDANG KERJA Bidang
kerja
memeriksa,mengendali
untuk dan
PPB
merangkumi
menyelenggara
sistem
aspek-aspek voltan
rendah
seperti setakat
1000V(1KV) dan menukar fius 25 A di “cut out” meter rumah. PPB juga mempuyai satu unit khas untuk aduan pengguna kepada TNB yang mana data daripada pengguna akan di masukkan ke dalam Pusat Pengurusan Panggilan (Call Management Center-CMC) dan akan di terima oleh PPB melalui Trouble Call System(TCS).
10.3 :
141
SISTEM TCS
TCS merupakan salah satu perkhidmatan kepada pengguna secara on-line 24 jam.Pengguna hanya perlu mendail 15454 untuk membuat aduan mengenai kerosakan yang berlaku di kawasan sekitar. Selepas anggota PPB siap melakukan tugas,semua kenyataan mengenai tugas yang di lakukan akan di catatkan di TCS . Sistem ini akan membantu pasukan PPB untuk mengetahui jenis kerosakan yang berlaku. Antara contoh kerosakan yang kerap berlaku kepada pengguna seperti :-
Wayar khidmat fasa atau neutral longgar pada tamatannya. Kelonggaran ini mungkin terjadi pada tamatan pada fius khidmat, neutral atau sambungan pada wayar sesalur atas (415v) pada tiang.
-
Bebanan arus yang tinggi adalah disebabkan oleh kilat akan memutuskan fius . Arus beban tinggi juga akan menyebabkan wayar menjadi hangus dan longgar.
-
Wayar
terlalu lama yang di gunakan juga adalah salah satu faktor kenapa
bekalan di rumah tiada(mati) kerana wayar tersebut mudah terdedah kepada kerosakan. Keadaan akan menyebabkan
wayar menjadi hangus dan longgar pada
tamatannya. -
Kerosakan lain ialah disebabkan oleh kejadian bencana alam seperti ribut melibatkan pokok-pokok kayu yang tumbang ke atas wayar khidmat seterusnya akan menyebabkan wayar akan terputus. Berikut adalah contoh kerosakan yang sering berlaku:-
142
TIANG TERBALIK KERANA TIANG BERADA DEKAT SUNGAI
POKOK TUMBANG YG MENYEBABKAN SEVIS PUTUS
143
10.4 : PEMULIHAN BEKALAN Pepasangan elektrik selepas jangka adalah dibawah tanggungjawab pengguna. Oleh itu, jika berlaku sebarang kerosakan pada sistem elektrik selepas jangka iaitu pada pemasangan di premis pengguna sendiri, pengguna hendaklah menhubungi kontraktor elektrik untuk membaiki kerosakan tersebut. Kakitangan TNB hanya boleh memberi nasihat. Jika kerosakan berlaku sebelum jangka atau pengguna mendapati tidak ada apa-apa silapnya pada sistem elektrik dalaman, maka pengguna boleh menghubungi Pusat Pengurusan Bekalan (PPB) yang berdekatan.
i) Apabila membuat aduan:
Bercakaplah dengan terang dan jelas
Maklumkan kepada petugas TNB maklumat-maklumat penting seperti nama anda, alamat,no. tiang TNB yang berdekatan dan perkara yang berkaitan kerosakan dialami. Jika premis anda sahaja yang tiada elektrik, besar kemungkinan alat pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) atau yang biasa disebut suis automatik terpelantik.
Pastikan ELCB atau ACB terpelantik atau tidak. Jika tidak terpelantik, sila hubungi PPB TNB yang berdekatan.
ii) Sebab berlakunya kerosakan bekalan elektrik Punca utama berlaku kerosakan bekalan elektrik ialah :-
144
Kerosakan pada kabel bawah tanah akibat pergerakan tanah, kerja-kerja penggali oleh kontraktor, lebihan beban kabel dan kabel-kabel lebih usia.
Kerosakan pada pokok yang tergantung atas talian, tiang-tiang patah akibat lebihan beban talian, talian yang lebih usia dan sentuhan oleh binatang. Fius atau tiang menara pembekal dan kotak pencawang voltan tinggi terbakar disebabkan oleh pokok yang tergantung atas talian dan lebihan beban talian.
Fius terbakar pada sambungan jangka disebabkan oleh lebihan beban dalam premis pengguna atau kerosakan kepada pepasangan elektrik pengguna.
ELCB terpelantik atau sebarang alat kawalan automatik yang dipasang oleh pengguna di sebabkan oleh beberapa kerosakan kapada pemasangan elektrik di premis pengguna. Ini biasanya dianggap sebagai masalah dalaman persendirian.
Lain-lain sebab seperti kerosakan kepada peralatan elektrik.
Gambar : Merupakan antara contoh kerosakan pada wayar yang telah lama
145
BAB 11 : METER DAN PEJABAT 11.1
:
PERKHIDMATAN
NASIONAL BERHAD
YANG
DISEDIAKAN
OLEH
TENAGA
(TNB)
Selain memberi bekalan baru TNB juga menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:
Bacaan jangka khas
Penukaran jangka
Pengujian jangka
Pemulihan bekalan
Pemotongan bekalan
Penyambungan semula bekalan
Aduan atau pertanyaan
Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan bekalan elektrik , TNB mempunyai kewajiban memberi perkhidmatan yang sempurna kepada pengguna–penggunanya. Panduan yang diberikan ini adalah untuk menjelaskan mengenai
146
jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan oleh TNB selain menyediakan bekalan. Maklumat yang diberikan turut menjelaskan hak-hak pengguna yang perlu disempurnakan oleh TNB .
11.2 : BACAAN JANGKA KHAS
Pembaca jangka akan mengeluarkan bil kepada pengguna sebaik sahaja bacaan dibuat .Sekiranya pembacaan jangka tidak boleh dibuat atas sebab –sebab seperti tiada penghuni ataupun pintu pagar berkunci maka bacaan jangka anggaran akan dibuat dan bil anggaran akan dikeluarkan .Bagi menyelaraskan bacaan meter , pengguna perlu memohon dari Pejabat TNB yang berkenaan agar bacaan khas dilaksanakan .Caj sebanyak RM 3 akan dikenakan bagi setiap permohonan bacaan jangka khas.
11.3 : PENUKARAN JANGKA
Sekiranya jangka anda ;
Mengeluarkan bunyi (berdengung)
Rosak akibat dipanah petir
Pecah atau retak cerminnya
147
Mempenyai piring yang tidak berjalan dengan betul
*Sila laporkan segera kepada PejabatTNB yang berdekatan supaya tindakan penukaran jangka dapat dilakukan .
MENUKAR JANGKA
11.4 : PENGUJIAN JANGKA
Pengujian jangka akan dilakukan jika seseorang itu dirasakan jangka tidak mengikut bacaan yang betul ataupun pergerakan terlalu laju,seseorang itu hendaklan membuat pengaduan secara bertulis kepada Pejabat TNB yang berdekatan.
148
Penguna hendaklah membuat bayaran sebanyak RM 5 pihak TNB akan memasang jangka semak untuk menentukan samada betul atau tidak .Sekiranya benar jangka bergerak laju lebih dari 3 % , jangka tersebut akan ditukarkan yang baru dan wang ujian RM 5 akan dikembalikan kepada pengguna .Sekiranya kelajuan jangka kurang dari 3 %, maka jangka tidak akan ditukarkan dan wang ujian tidak akan dikembalikan.
11.5 : PEMASANGAN JANGKA SAMBUNGAN TERUS
Oleh kerana kadaran maksima jangka sambungan terus ialah 60 A, maka pepasangan jangka sambungan terus hanya dilakukan apabila beban arus pengguna tidak melebihi 60 A.
Tarif yang berkaitan dengan pepasangan jenis ini ialah tarif A
Saiz-saiz panel jangka adalah seperti berikut:i)
Untuk jangka satu fasa:* Panel papan = 9” x 12” * Panel logam = 12” x 18” x 11/2.
ii)
149
Untuk jangka tiga fasa:-
* Panel papan = 12” x 18” * Panel logam = 14” x 18” x 11/2
Papan jangka servis hendaklah dari kayu keras, dikimiakan untuk melindungi anai-anai. Pengguna hendaklah menyediakan fius pemotong ialah 15 A, 30 A dan 60 A (maksima). Tinggi pendaftar jangka dari lantai ialah lebih kurang 6 kaki. Apabila panel logam jangka digunakan, jangka diletakkan pada pelit fibre.
Pemasangan jangka jenis ini meliputi semua pepasangan 60 A per fasa. Pemasangan ini boleh di ketegorikan kepada dua bahagian iaitu perjangkaan bukan himpunan (nonsummation) dan perjangkaan himpunan (summation).Kedua-dua bahagian ini boleh diketegorikan kepada kelas presis (precision) dan bukan presis (non-precision).
Panel jangka dari ‘mild stell’ dan tebalnya tidak kurang dari 1.5 mm hendaklah disediakan oleh pengguna.
Sais panel adalah seperti berikut :i)
Perjangkaan himpunan = 3’ x 2.5 x 0.5.
ii)
Perjangkaan bukan himpunan = 3’ x 3’ x 0.5.
Tinggi panel lebih kurang 4.5 kaki dari tapak ke lantai.
Panel jangka hendaklah berdekatan dengan pengubah arus (C.T) dan jauh antaranya tidak melebihi 8m bagi perjangkaan voltan rendah dengan tanggungan pengubah arus 7.5 VA dan 25M bagi penjanakan voltan tinggi dengan tanggunggan 15 VA. Pendawaian di panel dan sambungan untuk pengubah arus hendaklah dari saiz dawai ‘2.5mm’ 7/ 0.067 tembaga atau 7/ 0.029 single insulated.
150
Pengubah arus hendaklah diletakkan untuk merendahkan pemasang atau penukaran dimana perlu. Pengubah arus untuk pemasang voltan rendah di sediakan oleh Tenaga Nasional Berhad. Untuk pemasang voltan tinggi pula , ‘ switchgear’ Tenaga Nasional di gunakan maka pengubah arus dan voltan digunakan oleh TNB. Pengubah arus untuk perjangkaan voltan rendah biasanya dari kelas 1.0 (atau CM ) dan tanggunggan 7.5 VA.
Pengubah arus untuk voltan tinggi pula dari kelas 0.5 ( atau BN) dan tanggungan 15 VA. Pengubah potensi biasanya dari kelas B dan dari tanggungan 100 VA perfasa. Pengubah potensi disambung dalam bentuk ‘star-star’ dengan punca fasa kuning dan dililitan perdua dibumikan. Semua fius potensi jangka dikadarkan 2 AMP melainkan untuk sesentuh pemilih voltan dimana kadarannya antara 4 – 6 AMP.
Gambar : Menunjukkan antara contoh pemasangan jangka
11.6 :
KOMPONEM-KOMPONEM
DIGUNAKAN
151
TAMBAHAN YANG
Tapak fius dan carriet (Fuse Base and Carriet)
Blok penguji (Test Block)
Sesentuh pemilih voltan (Voltage Selector Contactor)
Suis masa (Time Switch)
11.7 : KEBAIKAN MENGGUNAKAN BLOK PENGUJI
Menguji pendawaian jangka
Mengambil bacaan beban.
Menguji susunan fasa.
Mengambil bekalan (tapping) dari punca tambahan.
Menukar jangka ‘shutdown’
Meneliti fungsi jangka
152
11.8 : PERALATAN UNTUK PENDAWAIAN PENJANGKAAN KENDALIAN PENGUBAH ARUS
i) Peralatan
Star Clips atau Cable Lugs
Cable Strape
Wayar (warna) 2.5 mm² atau 7/0.067mm atau 7/0.029mm.
Pengubah arus untuk setiap fasa.
Pengubah arus himpunan (untuk penjangkaan himpunan).
ii)
Setelah ujian pepasangan selesai, bahagian berikut hendaklah dimateri:*Untuk pepasangan sambungan terus.
Pepotong
Penutup punca jangka *Untuk pemasangan kendalian pengubah arus .
Semua penutup punca jangka.
Semua fius potensi jangka
Penutup blok penguji
Pintu panel
Tranking atau conduit di inspection elbow
Penutup punca pendua pengubah potensi
153
11.9 : Jenis-jenis jangka yang biasa terdapat dalam pepasangan tnb
154
jangka 3fasa jenis digital
jangka 1 fasa jenis digital
jangka 1 fasa jenis elektromekanikal
155
KESIMPULAN Selama 5 bulan menjalani Latihan Industri di Tenaga Nasional Berhad Distribution (TNBD) Kuala Terengganu, banyak pengalaman dan pengetahuan saya perolehi. Sepanjang menjalani latihan industri di syarikat ini , saya telah didedahkan dengan tatacara kerja dan peraturan-peraturan syarikat. Selama 5 bulan ini juga, saya menjalani pelbagai kerja di bahagian Pencawang Elektrik yang bervoltan 132/33kV, 33/11kV dan 11/0.415kV.
156
Semangat kerja secara berhati-hati, menepati masa dan suka tolong-menolong semasa melakukan kerja adalah merupakan faktor penting dalam menjayakan sesuatu kerja yang dilakukan. Di samping itu sifat ketekunan dan kesabaran perlu ada dalam diri bagi melaksanakan tugas-tugas yang di beri. Hanya dengan ketekunan dan kesabaran yang tinggi sahaja dapat menghasilkan kerja yang bermutu dan terbaik. Selain itu sifat minat bekerja perlu di tanam dalam diri kita supaya setiap kerja yang dilakukan adalah berkualiti. Oleh itu, dengan adanya sifat ini dalam diri, ia akan memudahkan kita menerima segala ilmu yang diberikan dan secara tidak langsung dapat menaikkan semangat untuk terus belajar. Kita juga perlu menggunakan pemikiran dalam menyelesaikan masalah kerana ia adalah satu faktor penyumbang dalam menyiapkan sesebuah projek dan menghasilkan kerja yang terbaik. Akhir sekali dapat di buat kesimpulan bahawa selepas menjalani latihan industri, banyak kemahiran dan pengalaman yang perolehi. Secara tidak langsung ia bukan saja dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam aspek teori dan praktikal bahkan dapat melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam semua aspek pengurusan.
KOMEN DAN CADANGAN Sepanjang tempoh saya menjalani latihan di Tenaga Nasional Berhad (TNBD) Kuala Terengganu, saya telah menimba banyak pengalaman serta pengetahuan yang tidak dapat diperolehi ditempat lain ataupun di Universiti sendiri. Pada pendapat saya, latihan industri memang wajar diadakan kerana dapat melahirkan pelajar cemerlang yang berpengetahuan tinggi serta telah mempunyai
157
pengalaman yang luas. Dengan cara ini, sistem pendidikan di universiti-universiti di Malaysia dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin dan berkemahiran. Di sini, saya ingin mengemukakan beberapa komen yang berkaitan dengan kerja yang dilakukan sepanjang tempoh latihan. Ada diantara sesetengah pekerja menganggap para pelatih telah mengetahui cara kerja yang akan dijalankan. Ini telah menyukarkan para pelatih untuk membuat kerja yang diberi. Pihak pekerja (Network servis) telah menghadapi banyak masalah kerana kerja yamg diberi hendak disiapkan dalam tempoh yang singkat sedangkan barang-barang dan peralatan yang disediakan tidak mencukupi. Sedangkan pihak pengurusan (Customer Servis) hendakkan kerja disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini telah menyukarkan kerja yang hendak dilakukan, oleh itu kedua-dua pihak hendaklah bekerjasama diantara satu sama lain.
Kebanyakan kerja yang dilakukan hanya dilaksanakan oleh pekerja dan para pelatih tidak diberi peluang untuk melakukannya. Ini memyebabkan para pelatih tidak mengetahui suasana kerja yang sebenar. Di samping itu, para pelatih tidak dapat mempraktikkan kemahiran tentang sesuatu kerja dengan lebih mendalam. Sepatutnya para pekerja memahami kedudukan para pelatih dengan memberi peluang untuk melakukan kerja-kerja yang dilakukan.
158
Kadang-kadang para pelatih merasa kurang yakin terhadap sesuatu kerja, walaupun para pelatih merasa mereka boleh melakukannya. Disebabkan kurang kepercayaan dari pihak menyebabkan pihak universiti tidak tercapai cita-cita mereka untuk melahirkan pelajar yang berkebolehan.
SENARAI RUJUKAN
1.
IKATAN, Papan Pembahagian Voltan Rendah (PPVR).
2.
UNITEN, Alatubah Kuasa (Pembahagian).
159
3.
UNITEN, Pembumian Pencawang Elektrik.
4.
Jabatan Kejuruteraan TNB, Kabel Bertebat Di Udara Voltan Rendah, 2001.
5.
Jabatan Kejuruteraan TNB, Kabel Bertebat Di Udara Voltan Tinggi, 2001.
6.
IKATAN, Jenis-jenis Pencawang 11 kV.
7.
IKATAN, Penghantaran Dan Pembahagian SVR, 1995.
8.
IKATAN, Penghantaran Dan Pembahagian Pemasangan Jangka Dan Peraturan Pemasangan Jangka, 1993.
160
161