SEJARAH MAHATMA GANDHI
Mohandas Karamchand Gandhi merupakan pemimpin politik dan tokoh spiritual tersohor yang lahir pada 2hb Oktober 1869 di Bandar Porbandar, Gujerat, India. Gandhi adalah salah seorang yang paling penting yang terlibat dalam pergerakan kemerdekaan India. Beliau adalah aktivis yang tidak menggunakan kekerasan, yang mengusung gerakan kemerdekaan melalui
demonstrasi secara aman yang menolak kekerasan „ Ahimsa‟. Beliau dari kelas pertengahan dari kasta Vaishya. Bapanya, Karamchand, merupakan seorang Diwan atau Perdana Menteri di pekan tersebut. Manakala ibunya bernama Putlibai, adalah seorang wanita yang lemah lembut dan warak, dan menjadi sumber inspirasi bagi beliau. Mohandas Karamchand Gandhi telah dibunuh pada tahun 1948 oleh seorang fanatik Hindu yang bernama Nathuram V Godsey. Gandhi adalah seorang penganut agama Hindu dan lahir dari kasta yang kedua tertinggi dalam kasta Hindu iaitu Vaisya. Penganut agama Hindu amat percaya pada kelahiran semula yang akan menentukan kehidupan mereka buat selamalamanya. Apabila kelakuan dan peribadi mereka baik di dalam kasta asal mereka, kelahiran semula mereka akan dinaikkan taraf ke kasta yang lebih tinggi daripada sebelumnya. Sebaliknya pula berlaku sekiranya seseorang yang dari kasta yang lebih tinggi melakukan kekejaman dan keburukan semasa hidup mereka, kelahiran semula mereka dalam fahaman Hinduisme akan berada di kasta yang paling rendah dan mengaibkan. Ada juga di kalangan masyarakat Hindu yang tidak boleh disentuh langsung ataupun dikenali sebagai oarang yang tidak mempunyai kasta. Penganut-penganut agama Hindu dari kasta yang lain akan melayan golongan ini dengan begitu buruk sekali dan langsung tidak mahu bersentuhan dengan mereka kerana takut akan bala dan sial yang akan menimpa mereka. Golongan ini hidup di dalam kepapaan dan kemelaratan hidup yang teruk dan peluang untuk mereka berada dalam situasi dan kedudukan yang baik adalah amat tipis. Ghandi telah dilahirkan dalam keadaan India berada dalam kekuasaan dan penjajahan koloni Empayar British. British telah mentadbir dan berada di India untuk beberapa abad. Pada waktu itu, rakyat India berada dalam keadaan kemiskinan kerana pihak British telah mengaut segala kekayaan hasil bumi India. Ini telah menyebabkan kehidupan rakyat ini amat merempat dan daif. Setelah menamatkan alam persekolahan di India, Ghandi telah melanjutkan pelajaran
beliau dalam jurusan undang-undang di London. Seterusnya beliau telah menjadi seorang peguam. Ghandi telah kembali ke India setelah tamat pengajiannya dan tidak lama selepas itu beliau telah dihantar oleh firma tempat beliau bekerja ke Afrika Selatan. Beliau telah menjadi seorang peguam kepada seorang saudagar di sana. Di Afrika Selatan, orang yang berkulit gelap amat tidak disenangi oleh peneroka berkulit putih.
PERJUANGAN GHANDI
Suatu hari, Ghandi telah dihalau keluar dari sebuah kereta api kerana tindakan beliau yang tidak mahu memberi tempat duduknya kepada seorang penumpang berkulit putih. Bertitik tolak dari situlah, beliau bertekad untuk tidak mahu ditindas lagi dan berjuang untuk kepentingan golongan minoriti yang ditindas di Afrika Selatan pada ketika itu. Akibat daripada diskriminasi warna kulit ini, Ghandi telah mengetuai satu kesatuan sekerja India di sana dan berjuang untuk hak asasi mereka. Ghandi telah menekankan satu pegangan hidup yang amat kuat pada dirinya dan beliau telah mengamalkannya untuk seumur hidup beliau iaitu tidak akan menggunakan kekerasan dalam perjuangannya walaupun orang lain akan melakukan penindasan terhadap dirinya. Oleh itu, beliau telah telah mengembangkan satu tindakan baru yang dikenali sebagai satyagraha iaitu menekankan kepada penggunaan kuasa kebenaran untuk menentang penindasan yang menidakkan hak asasi golongan minoriti di Afrika Selatan pada ketika itu. Beliau telah memperjuangkan hak pekerja-pekerja India di sana dan kejayaan yang beliau kecapi adalah amat besar dan bermakna. Namun begitu, di sepanjang perjuangannya, belaiu tidak pernah menggunakan kekerasan. Akibat daripada tindakan beliau ini beliau telah dipenjarakan. Beliau juga telah menubuhkan ashram di mana individu yang berlainan agama dan fahaman hidup bersama dalam keadaan yang aman dan harmoni serta bebas dari penindasan bangsa lain. Beliau adalah seorang pejuang yang tidak menyimpan apa-apa rahsia dalam perjuangannya dan merupakan seorang yang mudah didampingi ketika hayatnya. Apabila beliau kembali ke India, beliau telah disambut oleh ribuan rakyat India dan meraikan kepulangan beliau. Ghandi sendiri pada hakikatnya tidak suka dengan sambut yang sebegitu kerana belaiu mahu hidup seperti rakyat India yang lain; jauh dari bandar dan berada dalam taraf yang sama
seperti mereka. Beliau tidak mahu didewakan sebagai seorang yang hebat tetapi beliau mahu memperjuangkan nasib rakyat India di tanah air sendiri pada ketika itu. Ghandi mahu menjadi rakyat India yang sejati yang lahir di tanah air yang telah sekian lama dianaktirikan oleh pihak penjajah. Oleh itu, beliau telah memulakan penjelajahan ke setiap pelusok India dengan hanya menggunakan kereta api dan berada di gerabak kelas tiga. Melalui
penjelajahan ini beliau telah melihat “India” dan melihat bagaimana rakyat India hidup. Tidak lama selepas itu beliau telah menjadi pemimpin kepada swaraj iaitu satu perjuangan ke arah pemerintahan sendiri.
PENYATUAN RAKYAT INDIA DAN MENUNTUT KEMERDEKAAN INDIA DARI BRITISH
Rakyat India amat menyayangi dan menyenangi Ghandi kerana beliau amat memahami isi hati rakyat India pada ketika itu. Beliau terus menetap di India dalam keadaan yang ringkas dan penuh dengan kesyukuran. Nampak sahaja ringkas tetapi semangatnya penuh dengan perjuangan membela rakyat India itu sendiri. Beliau meneruskan perjuangan sehingga ke akhir hayatnya. Bermula dari sini, Ghandi telah mula mengait dan membuat tenunan. Beliau telah mula mengait kain kerana beliau berpendapat kemiskinan yang berlaku di India adalah akibat daripada pakaian yang digunakan pada ketika itu diimport dan dibuat di Tanah Besar Britain. Memandangkan kerja-kerja mengait dan menenun ini adalah merupakan pekerjaan asas untuk rakyat India di kampung-kampung , Ghandi berpendapat dan percaya pengimportan kain dan bahan-bahan dari luar telah melumpuhkan sebahagian besar ekonomi India dan akibat daripada ini, kebanyakan rakyat India tidak mempunyai pekerjaan dan mengganggur. Inilah, pada pengamatan Ghandi penyebab utama kepada kemiskinan yang berlaku di India pada ketika itu. Ghandi telah menggalakkan rakyat India untuk menenum semula kain sekiranya mereka tidak mempunyai apa-apa yang hendak dilakukan kerana dengan pekerjaan ini mereka boleh menghasilkan sesuatu dan dari penghasilan ini juga nanti mereka akan mendapat pendapatan yang setimpal dengan usaha mereka. Pada suatu hari, sebagai simbolik, Ghandi telah menyeru pengikut-pengikutnya agar mengumpul pakaian-pakaian yang dihasilkan oleh British dikumpul dan dibakar. Beliau lebih menggalakkan rakyat India untuk tidak membeli pakaian dari Britain tetapi menghasil, membeli dan menggunakan pakaian yang dihasilkan orang rakyat India sendiri. Selepas itu semakin banyak orang India yang memboikot barangan Britain. Pada ketika inilah
banyak rakyat Britian yang mula mengganggur dan rakyat India pula telah mula mempunyai pekerjaan. Langkah yang dilakukan oleh Ghandi ini adalah titik permulaan ke arah penyatuan rakyat serta kemerdekaan India dari British. Rakyat India terdiri daripada rakyat yang menganuti pelbagai agama dan kepercayaan seperti Buddha, Hindu dan Islam serta terdapat banyak kaum yang menghuni di bawah negara yang serba miskin ini. Dalam keadaan negara yang begitu luas, Ghandi telah dapat menyatukan rakyat India agar bersatu dalam apa jua tindakan untuk memperolehi kemerdekaan dari British. Kalau kita fikirkan memang mustahil untuk Ghandi melakukannya tetapi itulah hakikatnya. Gandi telah berjaya menyatukan rakyat India pada ketika itu. Satu lagi langkah awal ke arah kemerdekaan India ialah permintaan Ghandi agar semua rakyat India mengadakan mogok sehari di seluruh ini. Pada awalnya, tiada siapa menjangka bahawa suara Ghandi ini akan didengari oleh seluruh rakyat India tetapi sebaliknya pula telah berlaku. Seluruh rakyat India telah menyahut gesaan Ghandi agar mengadakan mogok tersebut. Mereka telah mogok selama sehari. Akibatnya, tiada kesesakan di India pada hari tersebut, penghantaran surat tidak dilakukan dan perkhidmatan mail terhenti, kilang-kilang tidak beroperasi dan yang paling utama untuk British adalah talian telegrafnya yang tidak berfungsi. Ini mengakibatkan rakyat British di India pada ketika itu terputus hubungan dengan Tanah Besar Britian. Bermula dari sinilah , British menyedari tentang kekuasaan Ghandi di India, kuasa menyatukan rakyat dan kuasa untuk memerdekakan India. Gandhi berjaya menyatukan rakyat India yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dalam menuntut kemerdekaan India daripada British kerana fahaman dan pembawaan cara perjuangannya yang mampu diterima semua. Salah satu peristiwa penting ke arah perjuangan untuk memerdekaan India adalah peristiwa garam. Pihak British telah menguasai pergeluaran garam di India dan rakyat India sendiri terpaksa membayar cukai untuk setiap garam yang yang diperlukan. Garam adalah salah satu keperluan asas rakyat India pada ketika itu dan Gandhi bahawa undang-undang terhadap pemilikan dan pencukaian industri garam ini adalah undangundang yang amat asas di India dan ianya boleh dipertikaikan. Oleh itu, beliau telah menunjukan ketidakpuasan hatinya terhadap undang-undang ini dengan berjalan kaki dari darat ke laut sejauh lebih kurang 140 batu. Apabila Gandhi memulakan perjalan beliau, hanya beratus orang pengikut sahaja yang berjalan bersamanya dan apabila menghampiri pantai jumlah tersebut menjadi semakin banyak dengan lautan manusia.
Apabila sampai di pantai secara simboliknya, Gandhi telah mengambil segenggam garam dan mencampaknya ke laut dan telah meminta pengikutnya membuat pekara yang sama. Pihak polis atas arahan pegawai British telah berjaya menyuraikan mereka ini dari pantai dan pengikutpengikut Gandhi ini telah berarak pula ke kilang-kilang garam dan cuba mengambil garam dari sana. British telah mengarahkan pihak tentera untuk mengawal keadaan dan pihak tentera ini telah menggunakan kekerasan untuk menghalang pengikut-pengikut Gandhi dari memasuki kilang-kilang berkenaan. Tentera British telah memukul mereka sehingga mereka tidak mampu berdiri lagi. Walau apapun yang dilakukan oleh tentera British terhadap mereka, mereka tidak membalasnya dengan kekerasan kerana menyahut seruan Gandhi yang mahu berjuang tanpa berlakunya kekejaman di pihak rakyat India. Kebanyakan tindakan dan protes yang dilakukan oleh Gandhi merupakan satu tindakan yang amat berjaya. Kejayaan ini sebenarnya bertitik tolak dari pihak British itu sendiri. Mereka tidak dapat untuk mengambil tindakan ke atas pihak musuh ataupun penentang yang menentang mereka tanpa menggunakan kekerasan. Tindakan Gandhi yang melakukan penentangan secara lembut telah mematikan langkah pihak berkuasa untuk menentangnya secara kekerasan. Dalam pada masa yang sama pihak media dari serata dunia telah berkata tentang kehebatan Gandhi dalam usahanya menentang kekejaman yang telah dijalankan oleh pihak British terhadap rakyat ini. Ini telah menambah lagi bebanan kepada pihak British untuk terus bertapak dan berkuasa di bumi India. Pihak pemerintah British telah menjadi pening kepala memikirkan tetang pengaruh Gandhi yang begitu kuat itu. Tindakan yang dilakukan oleh Gandhi telah mendapat sokongan ramai orang dari serata dunia apabila mereka melihat kekejaman yang dilakukan oleh pihak British terhadap mereka yang menentang mereka secara aman. Semakin banyak orang India menyayangi Gandhi kerana beliau amat rapat dengan rakyat di negaranya sendiri. Gandhi adalah seorang pemikir yang amat kritis dan mempunyai semangat juang yang amat tinggi terhadap keperluan rakyat India pada ketika itu. Beliau banyak memikirkan tentang orang-orang India tanpa memikirkan kasta mereka. Beliau ingin memperjuangkan semua nasib orang India dan memertabatkan orang India setanding dengan bangsa lain. Dalam pada masa itu
juga, beliau mencari jalan bagaimana hendak membantu golongan “Untouchables”. Golongan “Untouchables” adalah golongan mereka yang berada di luar kasta atau pun lebih dikenali sebagai golongan tanpa kasta. Mereka ini dipandang hina oleh golongan kasta lain di India pada
ketika itu. Gandhi telah menggelar golongan yang kurang bernasib abik ini „harijan‟, yang
bermaksud „anak -anak Tuhan‟. Gandhi juga telah mengatakan bahawa „harijan‟ ini adalah golongan mereka yang telah diberkati dan dirahmati oleh Tuhan mereka. Walaupun merupakan seorang yang kuat beribadah dan berpegang teguh pada agamanya yang berpaksikan kasta, namun beliau berpendapat bahawa Tuhan mereka juga tidak menidakkan hak golongan yang di luar kasta ini. Untuk membantu golongan yang tidak berkasta ini, Gandhi telha melakukan satu penghijrahan jauh dan merentasi hampir kesulurh India untuk memungut dan mengutip wang bagi membantu golongan yang selama ini dikatakan telah ditindas oleh kasta lain di India. Beliau telah membantu golongan ini sehingga di akhir hayat beliau. Gandhi telah menggunakan pengetahuan beliau dalam bidang undang-undang untuk membantu masyarakat India yang masih daif dan kuat mempercayai kasta-kasta yang berkaitan. Beliau telah berbincang dan berjumpa dengan golongan India yang berada di Afrika Selatan tentang hak-hak asasi manusia. Beliau cuba untuk menyatukan semua orang India tanpa mengira kasta mereka, tanpa juga mengira agama mereka dan tanpa juga memgambil kira kedudukan mereka dalam masyarakat. Dengan berbuat demikian beliau berpendapat masyarakat India dapat disatukan dengan lebih baik dan menjadi satu bangsa yang berpengaruh di dunia. Pada pendapat Gandhi, menyatukan seluruh masyarakat India dan meminta kemerdekaan dari British adalah satu agenda yang paling utama dalam hidupnya. Tanpa penyatuan yang telus dalam masyarakat India, ia akan mengakibatkan kacau bilau yang berpanjangan apabila India merdeka kelak. Maka baginya, tiada gunanya sebuah negara yang merdeka jika rakyatnya hidup dalam keadaan yang kucar-kacir dan tidak bersatu hati. Proses penyatuan masyarakat India yang terdiri dari banyak anutan ini telah menjadi usaha yang paling diambil kira oleh Gandhi. Gandhi juga berjuang untuk pemahaman keamanan di antara penganut dan pengikut yang berbilang kaum dan anutan agama. Bila mana berlaku pertelingkahan di antara penganut Hindu dan Islam, Gandhi berpendapat bahawa persengketaan ini tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak dan kejadian ini juga telah menyebabkan Ganndhi berasa tidak senang hati. Beliau berasa amat sedih. Beliau juga telah menggesa agar diadakan rundingan damai untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul dan apabila cadangan serta gesaan beliau tidak diambil peduli, Gandhi telah melancarkan puasa yang berpanjangan. Pernah satu ketika Gandhi berpuasa sehingga keadaannya menjadi semakin teruk apabila menyaksikan persengketaan di antara Hindu dan Islam di India yang menjadi semakin tidak terkawal.
Melihat pada keadaan Gandhi yang semakin teruk, pengikut kedua-dua belah pihak telah berhenti bertelagah dan berdamai semula. Akhirnya kedua-dua belah pihak yang mencetuskan perasaan sedih Gandhi telah dapat hidup bersama di bawah satu bumbung negara yang diidamkan merdeka oleh Gandhi. Gandhi juga telah menamatkan puasa yang hampir meragut nyawanya bila kedua-dua belah pihak tadi mula berdamai dan berhenti berkelahi. Gandhi juga akan berpuasa bila berlaku sesuatu perkara yang tidak menyenangkan hati beliau. Keganasan serta ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak British juga telah menyebabkan gandhi berpuasa. Tindakan berpuasa ini merupakan satu bentuk protes kepada pemerintah bagi menunjukkan ketidaksenangan hati beliau dengan situasi semasa yang melanda India pada ketika itu. Keganasan dan ketidakadilan menyebabkan Gandhi berasa amat sedih dan beliau berperasaan bahawa segala tindakan yang telah beliau lakukan adalah sia-sia sahaja bila mana berlakunya persengketaan sekali lagi. Pada tahun 1947, India mendapat kemerdekaan daripada British dan kuasa penjajah ini telah meninggalkan India dengan seribu satu kenangan yang amat pahit. Ketidakupayaan mereka menahan dan mengekalkan India sebagai tanah jajahannya merupakan satu tamparan yang hebat kepada British. Rakyat India telah meraikan kemerdekaan ini namun tidak kepada Gandhi. Beliau merasakan tiada gunanya maksud kemerdekaan kerana pertikaian dan konflik keagamaan meletus lagi di India selepas itu. Walaupun dengan puasa yang beliau buat telah menamakan semula persengketaan, kesedihan tetap terbit di hati Gandhi kerana perdamaian ini telah menyebabkan India berpecah dua iaitu India dan Pakistan. Pakistan adalah sebahagian negara yang kebanyakan rakyatnya beragama Islam dan India pula, majoriti rakyatnya beragama Hindu. Gandhi sebenarnya tidak mahu pemisahan ini berlaku kerana beliau berpendapat rakyat Pakistan adalah rakyat India. Beliau tidak dapat menahan perpecahan ini dari berlaku tapi beliau tidak mampu berbuat apa-apa untuk menidakkan sejarah tersebut dari berlaku.
PENUTUP
Gandhi berjaya menyatukan rakyat India kerana bentuk penyelesaian yang diperkenalkan oleh beliau. Gandhi juga merupakan ikon masyarakat dunia pada masa ini jika kita jadikan usaha beliau menentang kekejaman dan kekerasan dengan bentuk yang lebih lembut diambil kira sebagai satu bentuk penyelesaian yang universal. Beliau juga telah membuktikan bahawa tidak mustahil
untuk melakukan penentangan tanpa
kekerasan tetapi
beliau
telah berjaya
membenarkan segala usaha beliau itu. Gandhi telah berjuang sehingga ke akhir hayat beliau dengan bersifat mementingkan nilai kemanusiaan serta maruah setiap individu, bertoleransi dan yang pentingnya tanpa kekerasan. Beliau merupakan seorang pejuang yang menunjukan kepada umum bagaimana dunia ini boleh berada dalam keadaan yang aman tanpa persengketaan. Inilah yang menyebabkan rakyat India menyayangi Gandhi dan kebanyakan pemikir dunia ini menggunakan teori dan filosopi Gandhi sebagai ramuan mewujudkan keamanan dunia. Usaha Gandhi menyatukan seluruh rakyat India tanpa mengira kasta, agama dan kedudukan mereka adalah juga menjadi penyebab kepada keberkesanan usaha beliau untuk memerdekakan India. Seluruh rakyat India berdiri di belakang Gandhi dalam perjuangan beliau. Satu perkara yang orang lain tidak jangka telah berjaya dibuktikan oleh Gandhi dan beliau telah memahatkan nama beliau sebagai menyalakan fahaman dan idea penentangan tanpa kekerasan dalam tiga revolusi iaitu penentangan tanpa kekerasan terhadap kolonialisme, penentangan tanpa kekerasan juga terhadap isu perkauman dan akhir sekali menentang kekerasan tanpa kekerasan. Namun, tidak semua apa yang dilakukan oleh beliau dapat menyenangkan hati setiap rakyat India. Ada juga yang berpendapat bahawa Gandhi adalah penyebab kepada perpecahan wilayah India dan ada juga yang mengatakan bahawa Gandhi adalah seorang yang pro Islam. Akibat daripada fahaman inilah beliau telah ditembak tiga kali dari jarak dekat oleh seorang fanatik Hindu pada 30 Januari 1948. Satu kehilangan yang amat besar bagi rakyat India dan Gandhi pergi bukan setakat meninggalkan nama tapi juga meninggalkan satu bentuk perjuangan dan penyatuan yang amat bermakna bagi rakyat India.