Yang Arif, Pihak Pendakwaan ingin menjawab bantahan yang dikemukakan oleh pihak Peguambela berdasarkan dua hujahan. HUJAHAN PENGAWAI
1:
KETERANGAN
PENGUATKUASA
LISAN AGAMA
YANG A
DIKEMUKAKAN
ADALAH
BUKANNYA
OLEH TIDAK
RELEVAN DAN SEBALIKNYA ADALAH KETERANGAN LISAN BAYYINAH
Seksyen 3 EKMS yang membuat tafsiran terhadap perkataan keterangan seperti berikut: ‘keterangan’ ‘keterangan’ termasuklah: (a) bayyinah dan syahadah; (b) segala pernyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh mahkamah dibuat di hadapannya oleh saksi berhubung dengan perkara- perkara fakta yang disiasat: pernyataan sedemikian disebut keterangan lisan; (c) segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan mahkamah:dokumen sedemikian disebut keterangan dokumentar. d okumentar. ‘ Bayyinah’ Bayyinah’ ertinya ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan kepen tingan dan termasuklah qarinah; Berdasarkan kepada tafsiran tersebut apa-apa keterangan yang membuktikan sesuatu hak yang diakui oleh Hukum Syarak termasuklah keterangan melalui kesaksian, iqrar, sumpah, qarinah dan dokumentar adalah merupakan keterangan dan bayyinah yang boleh diguna pakai oleh mahkamah untuk membuat pertimbangan terhadap dakwaan P. Seksyen 86(5) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa “Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam seksyen ini, keterangan hendaklah diberikan oleh dua orang saksi lelaki atau oleh seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan”. Kesaksian dari segi bahasa bermaksud penerangan atau khabar yang pasti. Menurut seorang ulama mazhab syafie, Syeikh Shihabuddin , kesaksian ialah pemberitahuan tentang sesuatu hak atau kepentingan bagi orang lain dengan menggunakan lafaz “aku naik saksi”.
Kesaksian merupakan satu cara pembuktian yang kukuh dalam undang-undang keterangan Islam. Antara dalil yang membuktikan bahawa kesaksian disyariatkan ialah surah Al-Baqarah ayat 282. Dalam ayat tersebut, Allah berfirman, “dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki daripada kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki maka bolehlah seorang lelaki dan dua orang perempuan daripada orang -orang yang kamu setujui menjadi saksi.” Syarat-syarat penyampaian seorang saksi pula ialah Islam, baligh, sempurna akal, adil, kuat ingatan, tiada tohmah, berakhlak mulia, merdeka, boleh berkata-kata dan melihat. Syarat-syarat ni juga telah disenaraikan dalam Seksyen 83 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Surah Al- Nisa’: Wahai orang -orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapak dan kaum kerabatmu. Jika dia (yang terdakwa) kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatan(kebaikannya). Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka ketahuilah Allah Mah ateliti terhadap segala apa yang kamu kerjakan. Dalam situasi ini, keterangan lisan telah diberikan oleh Pengawai Penguatkuasa Agama A yang telah mengetuai intipan dan serbuan pada malam kejadian. Walaupun begitu, saksi yang betul- betul yang telah melihat tertuduh melakukan persetubuhan haram dan mengumpul barang kes/ekshibit adalah Pengawai Penguatkuasa Agama B, C ,D. Walau bagaimanapun, Pengawai Penguatkuasa Agama A tidak memenuhi kriteria kesaksian syahadah seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 86(5) dan hanya boleh diterima sebagai saksi untuk keterangan lisan bayyinah. *** Saksi-saksi yang tidak memenuhi syarat untuk syahadah masih diterima keterangan mereka atas dasar bayyinah dan terpulang kepada pihak mahkamah bagi menentukan status keterangan berkenaan.1
1
Mahmud Saedon (1995), op.cit., h. 89; Ahmad Ibrahim (1995), op.cit., h. 9.
Hal ini kerana walaupun kelayakan sebagai saksi syahadah tidak dipenuhi, namun Pegawai Penguatkuasa Agama A adalah masih tertakluk dalam memberikan keterangan sebagai saksi bayinnah menurut Seksyen 83 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Merujuk kepada seksyen tersebut, semua orang Islam adalah kompeten untuk memberikan syahadah atau Bayyinah sebagai saksi dengan syarat bahawa mereka adalah ‘aqil, baligh, adil, mempunyai ingatan yang baik dan tidak berprasangka. Oleh itu, walaupun syarat sebagai saksi syahadah tidak dipenuhi, namun syarat kelayakan sebagai saksi telah dipenuhi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama A dan hal ini telah meletakkan beliau boleh diterima sebagai saksi bayinnah.
Seksyen 46 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa segala fakta, kecuali kandungan dokumen, boleh dibuktikan dengan keterangan lisan dan keterangan lisan mestilah secara langsung. Seksyen 47 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa keterangan lisan mestilah secara langsung melalui deria penglihatan, pendengaran, rasa ataupun keterangan orang yang berpegang pada pendapat atau alasan tersebut. Oleh itu, sebagaimana yang dihujahkan oleh Pihak Peguambela, Saksi Pengawai Penguatkuasa Agama A adalah tidak relevan adalah tidak rasional sama sekali kerana walaupun Saksi A tidak memenuhi keterangan lisan syahadah berdasarkan Seksyen 86 (5) EKMS, keterangan lisan yang dikemukakan oleh Pengawai Penguatkuasa Agama A adalah keterangan lisan bayyinah dan ia adalah secara langsung. ***Bagi keterangan secara langsung, keterangan terbaik ialah pernyataan secara langsung oleh seseorang saksi yang hadir bagi memberikan keterangann ya berhubung sesuatu kes di mahkamah. Hal ini kerana keterangan langsung bermaksud jika fakta itu boleh dilihat maka keterangan saksi mengatakan bahawa ia telah melihat fakta itu. Demikian juga bagi fakta yang boleh didengar atau ditanggapi dengan lain-lain pancaindera, maka keterangan perlulah diberikan oleh orang yang mendengar atau orang yang menan ggapi fakta itu. Berdasarkan fakta kes dengan merujuk kepada Seksyen 47 EKMS, keterangan lisan yang dikemukakan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama A adalah secara langsung disebabkan beliau merupakan pegawai yang menerima aduan berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan dan beliau juga telah melakukan intipan dan serbuan di premis tersebut bersama
dengan pegawai yang lain. Oleh hal yang demikian, keterangan lisan yang dikemukaman oleh Pegawai Penguatkuasa Agama A sememangnya merupakan fakta yang boleh diterima secara langsung melalui deria penglihatan, pendengaran, rasa dan Pegawai Penguatkuasa Agama A juga boleh pegang pada fakta tersebut bagi membuktikan kesalahan yang dilakukan. Keterangan lisan bayyinnah mempunyai nilai probatif yang rendah jika dibandingkan dengan keterangan syahadah. Kesannya adalah Mahkamah akan menerima keterangan Pengawai Penguatkuasa Agama A, namun begitu keterangan bayyinah adalah tidak sekuat keterangan syahadah dan harus disokong dengan bukti keterangan yang lain seperti penemuan barang kes/ekshibit untuk mensabitkan tertuduh.
Hadis dan ayat Al -Quran berkaitan dengan saksi Bayyinah
Kepentingan Al-Bayinnah (keterangan-saksi) Hadis riwayat Bukhori, Abu Daud dan Turmuzi dari Ibn. Abba r.a.menceritakan bahawa Hilal b. Umayyah telah menuduh isterinya melakukan zina dengan Syuraik b. Sahma’ dihadapan Rasulullah s.a.w. Lalu baginda bersabda: Berilah keterangan (saksi), jika tidak maka hukuman hudud (qazaf) akan dikenakan keatas belakangmu. Al- bayyinah ialah sebarang bentuk keterangan atau hujjah atau dalil yang dapat membuktikan kebenaran dakwaannya ‘Alam al-Muwaqqi’in’An Rabb al-‘Alamin, jld.1, hlm. 90 “Penggunaan al -bayyinah di dalam kalam Allah, perkataan rasulnya dan para sahabat merujuk kepada sesuatu yang menerangkan kebenaran, ia lebih umum dari pengertian yang dipakai oleh para fuqaha’ (jumhur) dimana mereka hanya mengkhususkan maksudnya kepada dua orang saksi atau seorang saksi beserta sumpah, Istilah yang digunakan tidak menjadi kesalahan selama-mana ia tidak melibatkan kalam Allah dan Rasulnya. Sebaliknya jika terlibat, ia akan mengakibatkan kesalahan dalam memahami nas dengan membawa pengertian yang tidak dimaksudkan oleh penuturnya… sedangkan maksudnya (al -bayyinah) yang sebenar di dalam kitab Allah ialah nama bagi setiap yang menerang atau menjelaskan kebenaran.”
HUJAHAN 2 : KETERANGAN LISAN BAYYINAH YANG DIKEMUKAKAN OLEH
PENGAWAI
PENGUATKUASA
AGAMA
A
BOLEH
DISOKONG
DENGAN BARANG KES/EKSHIBIT YANG DITEMUI SEMASA SERBUAN
Seksyen 6 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa “Fakta- fakta yang, walaupun tidak menjadi persoalan, sebegitu berkaitan dengan suatu fakta persoalan sehingga menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama ialah qarinah”.
Misalan Seksyen 6 memperuntukkan bahawa A dituduh memukul isterinya B. Apa-apa jua yang telah dikatakan atau dibuat oleh A atau B atau oleh orang-orang yang berada di situ pada masa B dipukul atau sejurus sebelum atau selepasnya hingga menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama ialah qarinah.
Melalui misalan di atas, Pihak Pendakwa boleh mengemukakan Pegawai Penguatkuasa Agama B,C,D sebagai keterangan sokongan (mana-mana 2 saksi lelaki antara B.C,D) yang berada di tempat kejadian untuk melakukan serbuan dan intipan tersebut hingga menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama ialah qarinah. Pada masa yang sama, barang kes/ekshibit boleh dijadikan sebagai bukti untuk menyokong keterangan lisan syahadah yang dikemukakan oleh B,C,D.
Surah al-Talaq 2: “Dan adakanlah dua orang saksi yang adil antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya) dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata.
Sebagaimana yang telah dibangkitkan dalam hujahan pertama, keterangan yang dikemukakan oleh Pengawai Penguatkuasa Agama A adalah keterangan lisan bayyinah dan
penghujahan
pihak
Peguambela
bahawa
keterangan
lisan
bayyinah
yang
dikemukakan oleh Pengawai Penguatkuasa Agama A adalah keterangan lisan bayyinah yang lemah adalah tidak berasas sama sekali. Pihak Pendakwaan ingin menegaskan di sini bahawa keterangan lisan bayyinah yang dikemukakan oleh Pengawai Penguatkuasa Agama A adalah kuat kerana disokong oleh pengemukaan barang kes/ekshibit seperti baju, skirt, seluar, coli, seluar dalam, sarung bantal serta kain cadar yamg mempunyai kesan tompokan air mani. Pengemukaan barang kes adalah sebagai qarinah. Keterangan qarinah ini hendaklah dilihat dan dinilaikan bersekali. Setiap qarinah saling sokong menyokong antara satu dengan lain. Ingin Pihak Pendakwaan menegaskan sekali lagi bahawa barang- barang kes yang dijumpai ini merupakan antara salah satu pembuktian yang pasti dan menyakinkan untuk mensabitkan suspek dengan kesalahan persetubuhan haram kerana pengemukaan barang kes/ekshibit sebagai keterangan sokongan telah menjadikan keterangan lisan bayyinah Pengawai Penguatkuasa Agama A kuat dan bukannya lemah sepertimana yang dihujahkan oleh Pihak Peguambela.
PENGGULUNGAN
Kesimpulannya, Pihak Pendakwaan ingin menggulungkan hujahan kami berdasarkan kepada 2 pekara :-
Pengawai
Penguatkuasa
Agama
A
tidak
memenuhi
kriteria
syahadah
sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 86(5) EKMS. Oleh itu, keterangan lisan yang dikemukakan oleh Pengawai Penguatkuasa Agama A adalah relevan sebagai keterangan lisan bayyinah dan ia adalah secara langsung. Seksyen 47 EKMS memperuntukkan bahawa keterangan lisan mestilah secara langsung melalui deria penglihatan, pendengaran, rasa ataupun keterangan orang yang berpegang pada pendapat atau alasan tersebut. Keterangan lisan bayyinnah mempunyai nilai probatif yang rendah jika dibandingkan dengan keterangan syahadah. Mahkamah seharusnya menerima keterangan lisan Pengawai Penguatkuasa Agama A sebagai bayyinah, namun begitu keterangan lisan bayyinah adalah tidak sekuat keterangan lisan syahadah dan harus disokong dengan bukti keterangan yang lain seperti penemuan barang kes/ekshibit agar keterangan lisan bayyinah menjadi kuat dan kukuh untuk mensabitkan tertuduh.
Keterangan lisan bayyinah yang dikemukakan oleh Pengawai Penguatkuasa Agama A adalah kuat kerana disokong oleh pengemukaan barang kes/ekshibit seperti baju, skirt, seluar, coli, seluar dalam, sarung bantal serta kain cadar yamg mempunyai kesan tompokan air mani. Pengemukaan barang kes adalah sebagai qarinah seperti mana yang diperuntukkan dalam Seksyen 6 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa fakta-fakta yang, walaupun tidak menjadi persoalan, sebegitu berkaitan dengan suatu fakta persoalan sehingga menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama ialah qarinah. Pengemukaan barang kes/ekshibit sebagai keterangan sokongan telah menjadikan keterangan lisan bayyinah Pengawai Penguatkuasa Agama A kuat
dan cukup kukuh untuk mensabitkan tertuduh dengan kesalahan persetubuhan haram berdasarkan Seksyen 26 Enakmen Jenayah di mana jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dip enjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau disebat tidak melebihi tidak melebihi 6 sebatanatau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
AUTORITI - AUTORITI KEGUNAAN QARINAH
All reference was taken from
“Qarinah Sebagai Satu Sumber Keterangan: Tinjauan Di Beberapa Buah Mahkamah Syariah Malaysia, Pakistan Dan Indonesia”
by
Norazlina Bt Abd Aziz, accessed at:
https://www.researchgate.net/profile/Norazlina_Aziz/publication/281102912_Qarinah_se bagai_satu_sumber_Keterangan_Tinjauan_di_beberapa_buah_Mahkamah_Syariah_di_M alaysia_Pakistan_dan_Indonesia/links/55d5412008ae1e6516637617/Qarinah-sebagai-sat u-sumber -Keterangan-Tinjauan-di- beberapa- buah-Mahkamah-Syariah-di-Malaysia-Pakis tan-dan-Indonesia [16 Mac 2018]
DALIL AL-QURAN
Surah Yusuf: 18 Maksudnya: ‘Mereka datang membawa baju Yusuf(yang berlumur darah) dengan darah dusta. Berkata bapanya: Bahkan dirimu menghiaskan(memandang baik) urusan itu. Sabarlah yang lebih baik. Kepada Allah minta pertolongan, tentang apa yang kamu terangkan itu.’
Al Qurtubi berpendapat bahawa ayat di atas menunjukkan bahawa apabila abang-abang Nabi Yusuf ingin menjadikan darah palsu itu sebagai bukti keben aran mereka, Allah telah membuatkan mereka tidak terfikir dan membiarkan pakaian itu tidak dikoyakkan agar menjadi bukti pembohongan mereka. Al-Qurtubi juga mengatakan bahawa para ulama telah menggunakan ayat ini sebagai satu landasan untuk menjadikan qarinah ini diterima sebagai bukti keterangan dalam kaedah-kaedah lain seperti qasamah.
Surah Yusuf :70-77
Maksudnya: Setelah Yusuf menyiapkan perbekalan mereka itu, dimasukannya piala ke dalam kenderaan saudaranya, kemudian berkata seorang: hai kafilah sesungguhnya
kamu
mencuri.
Jawab
mereka itu
setelah
mereka kembali
mendapatkannya: Apakah barang yang kamu hilang? Sahutnya: Kami kehilangan piala sukatan Raja, untuk orang yang mendapatkannya akan menerima gandum
seberat beban seekor unta, dan saya menjaminnya. Jawab mereka: Demi Allah, sesungguhnya kamu telah mengetahui bahwa kami datang kemari bukan untuk berbuat bencana di muka bumi dan bukanlah kami orang mencuri. Sahutnya: Apakah
balasannya, jika kamu berdusta?
Di dalam ayat ini, mereka tidak melihat perbuatan mencuri tetapi qarinah bahawa piala itu ada di dalam karung mereka menyebabkan mereka pasti akan kecurian itu. Selain itu kita juga diberi pengajaran di sini bahawa elemen qarinah itu mempunyai potensi untuk direka dan ditipu. Dengan sebab itu hanya qarinah yang benar - benar kuat sahaja yang boleh diterima. Hakim juga tidak terikat untuk menerimanya sebagaimana keterangan yang diberikan dalam bentuk syahadah atau iqrar.
SUNNAH
Pada zaman Rasulullah s.a.w ada sekumpulan orang yang telah datang kepada baginda untuk menyelesaikan masalah siapakah pemilik sebuah pondok yang mereka pertikaikan. Baginda telah mengarahkan Huzaifah menyelesaikan masalah itu. Huzaifah telah melihat ke arah manakah lencongan buluh yang tumbuh berdekatan pondok tersebut . Maka diputuskan pondok itu adalah kepunyaan tuan tanah di mana buluh itu melencong. Apabila perkara ini dirujuk kepada baginda, maka baginda telah mengesahkan keputusan tersebut. Lencongan pohon buluh itu merupakan satu qarinah di sini.
Wai’l Ibn Hajar telah menceritakan suatu kisah di mana seorang gadis ketika dalam perjalanannya ke masjid pada suatu pagi telah dirogol oleh lelaki pertama (Anwarullah, 1992:67) Beliau menangis dan ketika itu datang pula lelaki kedua dan gadis tersebut
menceritakan akan hal itu. Lelaki kedua tersebut telah pergi mencari lelaki pertama tadi. Dalam pada itu datang pula lelaki ketiga dan beberapa orang kepada gadis tersebut dan gadis itu telah sekali lagi menceritakan hal yang sama. Mereka kemudiannya telah pergi mencari lelaki tersebut dan terserempak dengan lelaki kedua dalam keadaan yang mencurigakan. Lantas mereka menangkapnya. Lelaki kedua itu telah dibawa kepada Baginda Rasulullah s.a.w. Apabila gadis itu sekali lagi mengesahkan bahawa lelaki itulah yang telah merogolnya, lelaki tersebut telah berdiam diri. Keadaan berdiam diri lelaki kedua tadi merupakan qarinah yang telah diambil kira oleh baginda dalam menjatuhkan hukuman rejam sampai mati kepadanya memandangkan beliau telahpun berkahwin. Mendengar akan keputusan itu lelaki pertama tadi telah bangun dan mengaku bahawa beliaulah yang sebenarnya merogol gadis tadi.