a) Teori Tingkahlaku (behavioris)
Mengikut pendekatan teori tingkahlaku , setiap rangsangan menimbulkan
tindakbalas dan
pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas.
Sesuatu
rangsangan yang berkaitan dengan rabgsangan yang lain akan mendatangkan
pembelajaran yang
dikenali sebagai pelaziman. Contohnya dalam pembelajaran asas perkakasan
komputer minat
pelajar terhadap tajuk adalah disebabkan cara penyampaian pengajaran yang
baik menyebabkan
pelajar memberikan perhatian. Rangsangan yang pertama ialah komputer dan
rangsangan kedua
ialah cara pengajaran yang menarik. Oleh kerana perkaitan antara keduanya
adalah positif maka
gerakbalas yang berlaku juga positif. Tingkahlaku memberikan perhatian akan
dilazimkan ,iaitu
pelajar akan terus memberikan perhatian apabila belajar mengenai komputer.
Tumpuan
pembelajaran adalah kepada tingkahlaku luaran yang dipengaruhi oleh
peneguhan. Kebanyakkan
pembelajaran yang dijalankan adalah tanggungjawab guru dan dikawal
sepenuhnya oleh
perekabentuk pengajaran atau sistem pengajaran seperti komputer yang
digunakan. Prinsip
utama teori ini ialah rangsangan dan gerakbalas serta peneguhan .Dalam
perisian kursus PPBK ,
tumpuan objektif penggunaan ialah hanya pada peringkat kefahaman dan
pengetahuan. Teori ini
akan berpegang kepada anggapan bahawa pembelajaran perisian kursus PPBK
merangkumi
tanggungjawab guru, dan dikawal sepenuhnya oleh pereka bentuk pengajaran
atau sistem
pengajaran. Teori ini juga berlandaskan kepada anggapan bahawa pelajar akan
mengekalkan
sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya.
Sebagai contoh, apabila
seseorang pelajar diberikan ganjaran selepas menunjukkan sesuatu
gerakbalas, ia akan
mengulangi tindakbalas tersebut setiap kali rangsangan yang serupa ditemui.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran perisian PPBK ini, guru perlu
memahami
tingkahlaku-tingkahlaku pelajar yang dapat meningkatkan pembelajaran
pelajar semasa kegiatan
pembelajaran . Prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang diterapkan meliputi:
a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif
didalamnya
b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat
dengan mudah
mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu;
c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya
pelajar dapat
mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar;
d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi
ganjaran dan
motisai .
Menurut (Hartley & Davies, 1978 ) beberapa prinsip-prinsip teori
tingkahlaku yang banyak
diterapkan di dunia pendidikan meliputi
a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif
didalamnya
b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat
dengan mudah
mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu;
c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya
pelajar dapat
mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar;
d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi
penguatan.
Beberapa prinsip prinsip utama teori tingkahlaku pelaziman yang yang
dikemukakan oleh
Pavlov boleh diaplikasikan dalam merekabentuk perisian PPBK ini ialah .
a) Mengaitkan pengalaman yang positif dan baik dengan tugasan pembelajaran.
Guru perlu
menggalakkan aktiviti kumpulan dikalangan elajar untuk
memberikan kesan yang lebih terhadap pelajar disamping menghilangkan
perasaan takut
pelajar sekiranya akviti dijalankan secara individu.
b) Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan dengan antara rangsangan dan
tindakbalas
. Ini bermakna tingkahlaku pelajar boleh
dilazimkan untuk gerakbalas yang dingini oleh guru.
c) Rangsangan dan gerakbalas diperkukuhkan melalui latihan yang diberikan.
Pelajar yang
menerima peneguhan positif seperti 'bagus' , 'anda berjaya' ,
'jawapan anda betul' akan menyebabkan pengguna terus melakukan yang terbaik
berterusan walaupun tidak lagi menerima pujian .
d) Pembelajaran akan dapat dipertingkatkan dengan mengadakan perbincangan
,projek dan
aktiviti kumpulan di kalangan pelajar.
e) Motivasi boleh membangkitkan tingkahlaku positif dengan memberikan
ganjaran yang
sesuai . Contoh motivasi ialah dengan memberikan pujian yang
baik, kata-kata perangsang dan sebagainya ketikan pelajar berjaya
memberikan respon
kepada jawapan yang disediakan . Motivasi juga boleh
dipertingkatkan dengan menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
pelajar.
Menurut Gagne,Briggs& Wager(1992) terdapat sembilan elemen utama untuk
sesuatu
pengajaran ,
a) menarik perhatian
b) menyatakan objektif pelajaran
c) merangsang proses mengingat semula kandungan lepas
d) bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan pelajar
e) memberikan bimbingan
f) tugasan dan soalan
g) membuat penilaian tahap penguasaan pelajar
h) mengekal dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pelajar.
Dalam merekabentuk perisian PPBK ini ,pendekatan menggunakan teori
tingkahlaku di atas
dapat diaplikasikan seperti berikut
a) Perisian yang dibangunkan oleh penulis haruslah menarik perhatian
pengguna . Untuk
mewujudkan suasana ini, pembangunan perisian ini
dimasukkan beberapa unsur-unsur grafik yang bersesuaian dengan persembahan
multimedia
yang bertujuan untuk mendapatkan perhatian
pengguna Ini sememangnya sudah menjadi kelaziman kepada manusia yang suka
melihat
kepada gaya persembahan yang menarik atau lebih tepat
lagi yang berorientasikan penglihatan . Pepatah Confucious menyatakan
bahawa" sebuah
gambar mampu menggantikan seribu perkataan". Grafik
merupakan blok pembangunan utama dalam pembangunan multimedia.(Vilamil-
Casanova&Molina 1997) Penampilan permulaan yang menarik
dengan memasukkan unsur-unsur grafik,warna dan animasi dalam perisian ini
akan
memberikan daya tarikan kepada pengguna untuk terus
menggunakan perisian ini dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
b) b) Pernyataan objektif pengjaran pembelajaran. Menurut Gagne pernyataan
objektif ini
merupakan satu motivasi untuk pelajar mengetahui apakah tugasan
pembelajaran yang harus
dicapai. Pernyataan objektif disampaikan dengan beberapa cara yang menarik
sama ada
melalui teks ataupun dalam bentuk animasi yang menarik . Dalam perisian ini
matlamat dan
objektif serta apa yang hendak dicapai daripada pengguna perisian ini
diakhir nanti akan
dinyatakan . Keadaan ini akan memberikan rangsangan kepada pengguna untuk
terus
mengguna dan mencuba perisian ini untuk mempelajari serta mendapat
pengetahuan dan
kemahiran mengenai komponen-komponen yang terdapat dalam sesebuah sistem
komputer
sepertimana yang terdapat dalam tajuk asas perkakasan komputer.
c) c) Melalui perisian ini pengguna akan dapat mengetahui dan mengenalpasti
jenis-jenis
komponen-komponen utama yang terdapat dalam sesuatu sistem
komputer.,menyenaraikan
dan membezakan jenis komponen serta fungsi bagi setiap komponen komputer
secara lisan
dan bertulis,dapat melabelkan komponen-komponen perkakasan yang terdapat
pada sesebuah
papan induk, mengetahui beberapa masalah biasa yang sering berlaku kepada
komputer dan
boleh membuat jangkaan masalah untuk membaikpulih komputer.
d) Persembahan dalam perisian juga boleh meningkatkan rangsangan kepada
pelajar untuk
terus menggunakankannya , Oleh sebab itulah dimasukkan juga beberapa elemen-
elemen
yang boleh mewujudkan suasana menarik dalam perisian ini antaranya ialah
penggunaan
ikon –ikon tertentu yang berfungsi untuk memberikan maklumat dan bantuan
serta
menyediakan panduan kepada pengguna mengenai perkara tertentu yang
diperlukan
semasa menggunakannya. Disamping itu juga terdapat unsur-unsur penggunaan
audio yang
jelas dan menarik boleh membantu pengguna untuk memahami sesuatu aktiviti
yang
dijalankan atau masalah yang dihadapi. Grafik dan animasi juga berkesan
untuk
menyampaikan maklumat . Penggunaan grafik dan animasi komponen-komponen
komputer
juga dapat menjelaskan pemahaman , menerangkan konsep dan fakta pengguna
terhadap
kandungan perisian yang digunakan. Penggunaan audio dan video dalam
perisian ini akan
memberikan kesan konkrit dan penegasan dalam menyampaikan maklumat . Audio
dapat
disampaikan dalam bentuk suara manusia yang lebih ringkas dan tepat
mengenai beberapa
fungsi komponen komputer dapat membantu pengguna khususnya yang sukar untuk
membaca teks.
d) Berapa latihan ataupun tugasan yang berbentuk soalan objketif, subjektif
dan kuiz yang
mencabar minda pengguna dimasukkan dalam perisian ini . Tujuannya ialah
untuk mengesan
kemajuan ataupun tahap penguasaan pelajar , dapat menilai dan mentaksir
kemajuan yang
telah dicapai oleh pengguna khususnya dalam topik-topik tertentu semasa
menggunakan
perisian ini . Setiap jawapan kepada soalan latihan akan disediakan
maklumbalas yang
positif . maklumbalas komputer ini adalah dalam bentuk grafik,teks,visual
dan audio.
Maklumbalas positif ini dapat menimbulkan minat , rangsangan dan motivasi
kepada
pengguna untuk terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka
disamping akan
dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari . Pengguna akan diberi peluang
untuk
menunjukkan penguasaannya terhadap sesuatu kemahiran sebelum melangkah ke
kemahiran
yang lain. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh pengguna
perisian ini untuk
memberikan tindakbalas . Jawapan boleh diberikan melalui penggunaan tetikus
atau
menekan butang tertentu pada papan kekunci. Jawapan yang diberikan adalah
lebih
mencabar. Pengguna juga dikehendaki memberikan jawapan atau tindakbalas
terhadap
soslan-soalan dalam jangka masa yang ditetapkan . Jika pengguna tidak dapat
menjawab
atau memberikan respon dalam jangkamasa yang ditetapkan , komputer akan
mengarahkan
pengguna menggunakan butang bantuan atau memberikan kebenaran untuk
menjawab
semula soalan atau meneruskan aktiviti menjawab soalan lain.
e) Perisian ini juga mengambilkira faktor penilaian akhir peristiwa
pengajaran dan
pembelajaran. Melalui aktiviti latihan menjawab soalan objektif dan
subjektif serta kuiz
dalam perisian ini. Komputer akan menyediakan maklumbalas,mendiagnosis
kelemahan dan
kekuatan pelajar. Penilaian dan maklumbalas tahap penguasaan pelajar ini
boleh
mengukuhkan ingatan dan membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuannya
dalam
situasi pemgalaman pembelajaran yang lebih mencabar.
b) Teori Konstruktivisme
Menurut konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa
yang diberikan guru
atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri
dan pada masa yang
sama mengubahsuai realiti tersebut. Ini adalah sesuai dengan pengajaran dan
pembelajaran
PPBK . Perisian PPBK ini memerlukan pelajar yang aktif mengaplikasikan
pengetahuan dalam
membina realiti mereka sendiri. Segala pengetahuan dibina oleh pelajar
tidak disokong dari
pengetahuan luar. Dick (1997) menyatakan bahawa konstruktivisme hanya
mencadangkan
kaedah dalam mana persekitaran pemelajaran boleh disusunatur dan diurus
supaya dapat
membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Pembelajaran akan
melibatkan
pelajar yang aktif dengan mencari pengetahuan dan melibatkan kerja-kerja
merekabentuk. Teori
ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan,
menganalisis,
mempersembahkan maklumat berkenaan perisian kursus PPBK
Penggunaan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dan mereka
bentuk perisian PPBK asas perkakasan komputer ini dapat dilihat melalui
aktiviti-aktiviti
berikut.
a) Pelajar berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.
b) Pelajar berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.
c) Pelajar menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.
d) Semua pandangan pelajar dihormati dan tidak dipandang rendah
e) Pembelajaran berpusatkan pelajar
f) Aktiviti berasaskan 'hands-on' dan 'minds-on'
g) Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
h) Pelajar mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk
mengukuhkan
kefahaman idea tersebut.
I) Pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina
j) Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai
k) Pelajar digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan
teori
l) Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan pelajar mencari jawapan
m) Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar
n) Pelajar banyak berinteraksi dengan pelajar lain dan guru
o) Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat pelajar
p) Pelajar bekerja dalam kumpulan
c) Teori Kognitif
Teori kognitif adalah berkaitan dengan ingatan iaitu ingatan jangka panjang
dan ingatan jangka
pendek. Salah satu daripada teori kognitif ialah pemprosesan maklumat yang
digunakan dalam
pengajaran pembelajaran komputer. Teori ini juga menyediakan pembelajaran
aktif dimana
pelajar bertindak secara aktif memperoleh, menstruktur semula dan mengkaji
pengetahuan untuk
menjadikannya bermakna. Pelajar memerlukan kepada pemindahan pembelajaran
dan
pengetahuan. Teori ini lebih menekan kepada pengetahuan kini dan
pengetahuan yang lepas.
Untuk membantu pelajar memperolehi maklumat, rekabentuk perisian hendaklah
dalam bentuk
simbol dan lain-lain saluran agar maklumat itu lebih teratur dan mudah
diperolehi. Alessi &
Trollip (1991) mempercayai bahawa beberapa bidang dalam teori kognitif
sangat penting dalam
mereka bentuk bahan pengajaran terancang berasaskan komputer. Bidang-bidang
tersebut ialah
pengamatan dan penanggapan , ingatan , kefahaman pembelajaran secara aktif
, motivasi,
pemindahan pembelajaran , dan perbezaan individu .
3.0 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Merekabentuk Perisian PPBK
Pelbagai teknologi dan perancangan secara sistematik digunakan semasa
proses pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer
memerlukan strategi yang tertentu dan pendekatan yang boleh diterapkan dan
digunakan ke
dalam pengajaran dan pembelajaran agar matlamat dan objektif pengajaran
tersebut boleh
dicapai.
Antara strategi dan pendekatan yang digunakan dalam perisian kursus PPBK
ini ialah seperti
berikut:
a) Pembelajaran koperatif
b) Pembelajaran kolaboratif
c) Pembelajaran Anjal
d) Pembelajaran Bersepadu
e) Pembelajaran Aktif
f) Pembelajaran Reflektif
a) Strategi Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan pembelajaran yang melibatkan
kumpulan atau
pasukan pelajar. Ia menggunakan.strategi rangkaian komputer untuk
menyiapkan tugasan yang
bebas daripada kekangan masa, jarak dan tempat. Konsep kerjasama dan dalam
kumpulan telah
diperkenalkan oleh Johnson dan Johnson (1991) dan Salvin (1983). Mereka
percaya bahawa
pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam kumpulan akan dapat belajar
dengan lebih baik
dan berupaya meningkatkan prestasi mereka. Menurut Steven , mendapati
bahawa pembelajaran
koperatif telah dapat meningkatkan motivasi pelajar semasa perbincangan
dalam kumpulan.
Hasil dari peningkatan motivasi yang ditunjukkan ia akan menyebabkan
pelajar lebih berminat
kepada perisian yang sedang dipelajari. Melalui pendekatan koperatif juga
pelajar dari pelbagai
kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat
yang sama .
Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri
sendiri, tetapi juga
untuk rakan-rakan yang lain.
Melalui perisian kursus bertajuk perkakasan komputer ini ,pelajar akan
dapat melaksanakan
aktiviti pembelajaran yang meliputi ,
a. saling bergantung antara satu sama lain secara positif.
b. saling berinteraksi secara bersemuka.
c. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri.
d. kemahiran koperatif.
e. pemprosesan kumpulan
Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing -masing
dan
memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Ia juga akan menggalakkan pelajar
berinteraksi secara
aktif dan positif dalam kumpulan Cara pembelajaran yang melibatkan
interaksi atau penglibatan
individu ini menyumbangkan kadar pemahaman yang tinggi. Pembelajaran secara
aktif ini
akan memberikan kesan yang lebih berbanding pembelajaran secara pasif .
anjaran akan diberi
kepada individu dan kumpulan dalam aktiviti yang dijalankan. Ini
membolehkan perkongsian
idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai
dengan falsafah
konstruktivisme.
b) Strategi Pembelajarn Kolaboratif
Pendekatan ini menekankan proses penyiasatan dan inkuiri. Dalam pembangunan
perisian PPBK
perkakasan komputer ini, pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti
menjawab soalan terbuka
supaya kemahiran inkuiri boleh dibina. Pendekatan ini akan membolehkan
pelajar berpelunagn
untuk menambahkan pengetahuan dan kefahaman dan pada masa yang sama membina
kemahiran menyiasat. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan,
interaksi berlaku
di antara pelajar dengan perisian , pelajar dengan pelajar dan pelajar
dengan tenaga pengajar.
Schrage (1990) menyatakan pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti
bekerjasama kerana ia
melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil yang didapati daripada
pembelajaran baru.
Menurut Jonassen (1996), pembelajaran secara kolaboratif dapat membantu
pelajar membina
pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran
secara individu.
Dengan menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran secara kolaboratif
secara tidak langsung
kemahiran-kemahiran seperti bagaimana berkomunikasi akan dipelajari oleh
pelajar.
c) Pembelajaran Anjal
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian PPBK perkakasan komputer
ini tidak
semestinya dijalankan pada jadual waktu rasmi. Pembelajaran anjal
melibatkan masa pelajar
belajar dan kurikulum harus dirancang dengan sebaiknya disamping mewujudkan
jadual waktu
anjal. Dalam kaedah pengajaran pendidik perbezaan pelajar itu sendiri amat
perlu diambil kira.
Penggunaan perisian PPBK perkakasan komputer ini boleh digunakan oleh
pelajar diluar waktu
rasmi ,ataupun diluar waktu pembelajaran kelas biasa. Ini memberikan ruang
dan kebebasan
kepada pelajar untuk belajar dan meneroka ilmu pengetahuan baru disamping
dapat membantu
mengukuhkan kefahaman yang telah dipelajari semasa di kelas. Pelajar juga
dapat maklumbalas
dengan cepat dan positif daripada komputer , keadaan ini akan menimbulkan
keseronokan
belajar kerana mereka mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap proses
pembelajaran .Ini dapat
meningkatkan motivasi pelajar.
d) Pembelajaran Bersepadu
Sistem Pembelajaran Bersepadu ialah pendekatan pembelajaran yang
menggunakan rangkaian
komputer. Penggunaan perisian PPBK perkakasan komputer ini juga memenuhi
kehendak dan
keperluan bahan yang berasaskan komputer dan media sokongan yang memenuhi
keperluan
pembelajaran individu dan mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan. Dalam
pembelajaran
ini, sistem instruksi, pembelajaran dan pengurusan, dikendalikan oleh
komputer menggunakan
rangkaian komputer (Yusup & Razmah, 1999)
e) Pembelajaran Aktif
Pelajar secara aktif di dalam aktiviti pembelajaran contohnya, dalam
aktiviti mengenalpasti
komponen-komponen utama dalam sistem komputer dan fungsi setiap komponen
berkenaan .
Pelajar akan dapat membuat penerangan mengenai komponen-komponen tersebut
sepertimana
yang telah dipelajari sebelumnya melalui demonstrasi yang ditunjukkan
kepada mereka. Melalui
penglibatan secara aktif ini penekanan pembelajaran dapat diberikan kepada
pemikiran
konstruktif oleh semua pelajar, dengan aktiviti biasanya tertumpu kepada
pembinaan
pengetahuan dan kemahiran baru . Proses pemindahan dan penerimaan maklumat
hanya akan
berlaku melalui penglibatan pelajar secara aktif. Pelajar akan dapat
menterjemahkan konsep yang
dipelajari melalui latihan susulan yang diberikan kepada mereka.
f) Pembelajaran Reflektif.
Pembelajaran reflektif membantu pelajar mempelajari bagaimana menggunakan
pengetahuan
untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, pembentukan dan pemahaman
konsep,
inkuri dan kesedaran diri,mengenal pasti andaian yang melandasi sesuatu,
menilai ketepatan
andaian, kesimpulan dan pegangan, menaakul perbezaan moral dan
etika.Pelajar akan mengingat
dan mengkaji semula beberapa langkah mengenai beberapa teknik yang telah
dipelajari.
Contohnya dalam aktiviti membuka dan memasang beberapa komponen perkakasan
komputer
beberapa urutan kerja perlu difahami oleh pelajar sebelum melaksanakan
proses yang sama
berikutnya.
Maksud & Definisi T/laku :
· Semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur & dinilai
· Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,
secara sedar atau separa sedar.
· Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan
nilai-nilai tertentu.
Definisi Menurut Lewis M.Beaker(2001)
· Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,
secara sedar atau separa sedar.
· Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan
nilai-nilai tertentu.
Definisi Menurut Garry Martin & Joseph Pear(2003)
· tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas,
tindakan, dan reaksi.
· dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar
(glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ.
· pada dasarnya t/laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan
oleh individu.
Definisi oleh Carl Rogers (1999)
· Rogers menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut
persepsi diri sendiri dan keadaan.
· Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia
berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.
Definisi Menurut Al-Ghazali dari perspektif Islam
· Tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.
· Tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri:
· Setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan dorongan serta tujuan.
· Dorongan atau motivasi itu berasal dari dalam diri manusia itu sendiri.
· Motivasi ini boleh di rangsang oleh rangsangan-ransangan luar atau
dalaman yang berkaitan dengan keperluan-keperluan fisiologi atau emosi
seperti perasaan lapar atau cinta dan takut kepada Allah.
· Motivasi akan mendorong seseorang individu melakukan sesuatu.
· Tingkah laku yang timbul adalah berkaitan dengan perasaan dan kesedaran
terhadap satu-satu situasi itu.
· Interaksi sentiasa berlaku secara terus menerus antara satu motivasi dn
tingkah laku.
Tingkah laku manusia terbahagi kepada dua peringkat
· Manusia dipengaruhi oleh motivasi dan kegopohan serta kelakuannya.
· Manusia lebih dipengaruhi oleh pemikiran yang rasional.
DEFINISI SALAH LAKU
· Sebarang tingkahlaku yang dianggap tidak sesuai kepada satu tempat atau
keadaan di mana ia berlaku.
· Tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial
masyarakat termasuk sekolah (Mok Soon Sang, 2004)
· Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya
dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam
masyarakat.
· Tingkah laku bermasalah yang timbul adalah kerana kekurangan keupayaan
individu dalam proses adaptasi/akomodasi apabila menghadapi perubahan
situasi dalam alam persekitaran.
Definisi Tingkah laku bermasalah
· Mohd.Nazar Mohamad (1990), mentakrifkan tingkah laku bermasalah sebagai
tingkah laku yang menganggu perjalanan kehidupannya.
· Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang
tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran terutama dalam bilik darjah.
Jenis-jenis Masalah Tingkah laku
1. Minor-tidak perlu tindakan disiplin serius, pemulihan.
2. Kronik-perlu kaunseling/teknik modifikasi
Masalah Minor
1.Tidak ikut peraturan, prosedur.
2.Ganggu aktiviti bilik darjah, pembelajaran Contoh, Lupa siapkan kerja
rumah,Ganggu guru
3. Buat aktiviti yang tiada kaitan dengan pelajaran semasa p&p
4. Enggan patuhi arahan guru
Masalah Major
1. Masalah minor yang kerap
2. Contoh, ganggu kelas, tidak patuhi arahan, ganggu murid lain, cabar guru
Masalah Kronik
· Masalah serius berterusan, konsisten dan sukar diubah
· Perlu intervensi jangka panjang
· Perlu kaunseling atau modifikasi tingkah laku
· Jika tidak dibetulkan menjadi masalah emosi dan sosial yang serius
· Contoh- anti sosial, cabar autoriti,tidak hormat guru, murid lain,
bergaduh, vandalisme dll.
Sejarah kpd teori Pengurusan T/laku:
· Kajian ahli psikologi :
1. Operant Conditioning (Pertalian antara t/laku & akibat) Thorndike &
Skinner
2. Classical Conditioning (Pertalian antara rangsangan & tindakbalas)
Watson & Pavlov
3. Teori Psychoanalytic – Sigmund Freud
4. Teori Pembelajaran Sosial – Bandura
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN T/LAKU
- Ilmu psikologi telah memberi pelbagai maklumat berkaitan perkara-perkara
yg menentukan t/laku
- Pd. peringkat awal, para pengkajiberpendapat t/l disebabkan oleh kuasa
dalaman spt. keturunan, kandungan kimia dlm. badan & pengalaman
- Mulai tahun 1920 an – perubahan terdapat perubahan pendapat dpd. Faktor
dalaman kpd. peristiwa luaran / persekitaran
- Rumusan – 'kebanyakan t/laku adalah dipelajari sepanjang masa'
- 't/laku yg tidak sesuai boleh diubah kpd. t/laku baru'
- Semua t/laku dipelajari
- Semua t/laku adalah 'stimulus spesific'
- T/laku boleh diajar & diubah
- Matlamat perlu jelas & spesifik
- Program perlu secara individu
- Program perlu fokus masa kini
- Program perlu fokus pada persekitaran kanak-kanak
MODEL TINGKAH LAKU MANUSIA
Psychodynamic
Environmental
Biophysical
Behavioral (Model ABC)
Maksud & Definisi T/laku :
· Semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur & dinilai
· Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,
secara sedar atau separa sedar.
· Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan
nilai-nilai tertentu.
Definisi Menurut Lewis M.Beaker(2001)
· Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,
secara sedar atau separa sedar.
· Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan
nilai-nilai tertentu.
Definisi Menurut Garry Martin & Joseph Pear(2003)
· tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas,
tindakan, dan reaksi.
· dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar
(glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ.
· pada dasarnya t/laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan
oleh individu.
Definisi oleh Carl Rogers (1999)
· Rogers menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut
persepsi diri sendiri dan keadaan.
· Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia
berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.
Definisi Menurut Al-Ghazali dari perspektif Islam
· Tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.
· Tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri:
· Setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan dorongan serta tujuan.
· Dorongan atau motivasi itu berasal dari dalam diri manusia itu sendiri.
· Motivasi ini boleh di rangsang oleh rangsangan-ransangan luar atau
dalaman yang berkaitan dengan keperluan-keperluan fisiologi atau emosi
seperti perasaan lapar atau cinta dan takut kepada Allah.
· Motivasi akan mendorong seseorang individu melakukan sesuatu.
· Tingkah laku yang timbul adalah berkaitan dengan perasaan dan kesedaran
terhadap satu-satu situasi itu.
· Interaksi sentiasa berlaku secara terus menerus antara satu motivasi dn
tingkah laku.
Tingkah laku manusia terbahagi kepada dua peringkat
· Manusia dipengaruhi oleh motivasi dan kegopohan serta kelakuannya.
· Manusia lebih dipengaruhi oleh pemikiran yang rasional.
DEFINISI SALAH LAKU
· Sebarang tingkahlaku yang dianggap tidak sesuai kepada satu tempat atau
keadaan di mana ia berlaku.
· Tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial
masyarakat termasuk sekolah (Mok Soon Sang, 2004)
· Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya
dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam
masyarakat.
· Tingkah laku bermasalah yang timbul adalah kerana kekurangan keupayaan
individu dalam proses adaptasi/akomodasi apabila menghadapi perubahan
situasi dalam alam persekitaran.
Definisi Tingkah laku bermasalah
· Mohd.Nazar Mohamad (1990), mentakrifkan tingkah laku bermasalah sebagai
tingkah laku yang menganggu perjalanan kehidupannya.
· Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang
tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran terutama dalam bilik darjah.
Jenis-jenis Masalah Tingkah laku
1. Minor-tidak perlu tindakan disiplin serius, pemulihan.
2. Kronik-perlu kaunseling/teknik modifikasi
Masalah Minor
1.Tidak ikut peraturan, prosedur.
2.Ganggu aktiviti bilik darjah, pembelajaran Contoh, Lupa siapkan kerja
rumah,Ganggu guru
3. Buat aktiviti yang tiada kaitan dengan pelajaran semasa p&p
4. Enggan patuhi arahan guru
Masalah Major
1. Masalah minor yang kerap
2. Contoh, ganggu kelas, tidak patuhi arahan, ganggu murid lain, cabar guru
Masalah Kronik
· Masalah serius berterusan, konsisten dan sukar diubah
· Perlu intervensi jangka panjang
· Perlu kaunseling atau modifikasi tingkah laku
· Jika tidak dibetulkan menjadi masalah emosi dan sosial yang serius
· Contoh- anti sosial, cabar autoriti,tidak hormat guru, murid lain,
bergaduh, vandalisme dll.
Sejarah kpd teori Pengurusan T/laku:
· Kajian ahli psikologi :
1. Operant Conditioning (Pertalian antara t/laku & akibat) Thorndike &
Skinner
2. Classical Conditioning (Pertalian antara rangsangan & tindakbalas)
Watson & Pavlov
3. Teori Psychoanalytic – Sigmund Freud
4. Teori Pembelajaran Sosial – Bandura
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN T/LAKU
- Ilmu psikologi telah memberi pelbagai maklumat berkaitan perkara-perkara
yg menentukan t/laku
- Pd. peringkat awal, para pengkajiberpendapat t/l disebabkan oleh kuasa
dalaman spt. keturunan, kandungan kimia dlm. badan & pengalaman
- Mulai tahun 1920 an – perubahan terdapat perubahan pendapat dpd. Faktor
dalaman kpd. peristiwa luaran / persekitaran
- Rumusan – 'kebanyakan t/laku adalah dipelajari sepanjang masa'
- 't/laku yg tidak sesuai boleh diubah kpd. t/laku baru'
- Semua t/laku dipelajari
- Semua t/laku adalah 'stimulus spesific'
- T/laku boleh diajar & diubah
- Matlamat perlu jelas & spesifik
- Program perlu secara individu
- Program perlu fokus masa kini
- Program perlu fokus pada persekitaran kanak-kanak
MODEL TINGKAH LAKU MANUSIA
Psychodynamic
Environmental
Biophysical
Behavioral (Model ABC)
Definisi Pengurusan Tingkah laku.
PTL ialah tingkahlaku yang dilakukan oleh guru, ibu bapa atau pihak-pihak
tertentu untuk membentuk perlakuan luaran dan dalaman individu atau
kumpulan supaya individu tersebut mempunyai tingkahlaku yang bermanfaat,
produktif, dan diterima oleh masyarakat.
Apakah Program Pengurusan Tingkah Laku
Ia adalah dokumen bertulis yg menjelaskan perkara-perkara berikut :
v Jenis perlakuan yg dinilai
v Kekerapan perlakuan
v Keadaan semasa perlakuan dinilai
Konsep Pengurusan Tingkah Laku
- Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk
memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah
ditetapkan dengan teknik yang sesuai.(Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh
(2005).
- Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku-kawal
kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif.
- Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif-
bebas gangguan
- Langkah asas:-
v Kenal pasti tingkah laku
v Tentukan sasaran
v Pilih strategi, kaji kesan
v Aplikasi strategi baru jika perlu, bina yang baru
Teknik Pengurusan Tingkah Laku
1. Alat pengukuran personal (personal tools)
v Kedekatan fizikal (physical proximity) dekati murid yang bermasalah.
v Mobiliti fizikal (physical mobility)-jalan depan ke belakang, ke tepi
atau keliling kelas, buat pengawasan.
v Pandangan guru (ekspresi wajah), menyenangkan, menarik, marah, benci,
kecewa.
v Setiap guru mesti mahir menggunakan teknik ini
2. Teknik pencegahan (preventive techniques)
v Kurangkan ketegangan, pengajaran lancar
v Iklim positif
v Peramah, peneguhan, berhati-hati
v Persekitaran terurus
v Patuhi rutin bilik darjah, sistem kutip buku
v Bentuk peraturan, perlakuan yang diterima dan tidak diterima
3. Tindakan Pembetulan (corrective measures)
v Tangani masalah secara spontan, henti secara baik tidak merosakkan
v Ubah fokus tingkah laku secara positif, henti tingkah laku negatif dan
harmonikan iklim bilik darjah
v Caranya:-
v Guna hukuman yang diketahui murid dan relevan
v Tukar tempat duduk, jumpa selepas pengajaran
v Bimbing perlakuan yang positif
v Jelaskan hak mereka, ingatkan mereka selalu
v Gunakan alat pengukuran personal-wajah dll.
Teknik - teknik Pengurusan Tingkah Laku
1. Peneguhan
2. Tukar persekitaran fizikal
3. Ubahsuai program pengajaran
4. Guru menukar tingkahlaku sendiri
5. Kualiti guru
6. Penggunaan ganjaran
7. Pembentukan
8. Pengasingan (time-out)
9. Dendaan / hukuman
10. Penghapusan
11. Rakan sebaya (modelling)
12. Kejalakan (satiation)
13. Bimbingan dan Kaunselling
ceritarasahati2.blogspot.com/.../pengurusan-tingkah-laku-no-1.html