SWOT
Strength
Oppurtunity
Threat
Weakness
PENETAPAN HARGA
Berasaskan Nilai
Berasaskan Pesaing
Harga Produk Baharu
PENJENAMAAN
ATRIBUT
KHIDMAT SOKONGAN
ELEMEN CAMPURAN PRODUK
960102-14-5656
1
PENETAPAN HARGA
Berasaskan Nilai
Berasaskan Pesaing
Harga Produk Baharu
ELEMEN CAMPURAN PRODUK
KHIDMAT SOKONGAN
ATRIBUT
PENJENAMAAN
ABSTRAK
ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT IKEA
Satu kajian telah dijalankan bertujuan menganalisis campuran pemasaran syarikat IKEA. Objektif pertama kajian ini adalah mengenalpasti campuran pemasaran yang dijalankan oleh syarikat IKEA bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Objektif kedua menganalisis elemen produk dari segi atribut, penjenamaan dan khidmat sokongan yang dijalankan oleh syarikat IKEA. Objektif ketiga pula adalah menyenaraikan penetapan harga dari segi faktor, pendekatan harga secara umum dan penetapan harga baharu yang dijalankan oleh syarikat IKEA. Manakala objektif keempat ialah mentaktrif strategi campuran promosi menerusi pengiklanan, promosi jualan dan publisiti syarikat IKEA. Instument yang telah digunakan untuk memperoleh dan menganalisis data adalah laman sesawang, jurnal, kamus, majalah bulanan syarikat IKEA dan profil syarikat. Analisis pengkaji diaplikasikan dalam setiap elemen campuran pemasaran yanag disentuh. Pada kesimpulan kajian, pengkaji merumuskan dapatan yang diperoleh dan cadangan untuk penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh syarikat IKEA. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak syarikat ini untuk mengekalkan produk sedia ada dan memperkenalakan produk baru harus dipuji dan dicontohi.
KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
ABSTRAK i
PENGHARGAAN ii
KANDUNGAN iii
1.0 PENGENALAN 1
2.0 OBJEKTIF KAJIAN 3
3.0 LATAR BELAKANG 4
4.0 KAEDAH KAJIAN 7
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
5.1 DAPATAN OBJEKTIF 1 11
5.2 DAPATAN OBJEKTIF 2 13
5.3 DAPATAN OBJEKTIF 3 24
5.4 DAPATAN OBJRKTIF 4 32
6.0 RUMUSAN 40
SENARAI RUJUKAN
LAMPIRAN A- SURAT KEBENARAN SEKOLAH
LAMPIRAN B- LAMPIRAN GAMBAR
PENGHARGAAN
Perasaan syukur tidak terhingga kerana dapat juga pengkaji menyiapkan kerja kursus Pengajian Perniagaan kertas 4 (946/4) penggal 3 tahun 2015 yang bertajuk "Analisis Campuran Pemasaran Syarikat IKEA" dalam masa yang ditetapkan oleh guru pembimbing iaitu Puan Khoo Ah Wan yang merupakan guru matapelajaran Pengajian Perniagaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa, Bandar Country Homes.
Pada kesempatan yang penuh bermakna ini, pengkaji ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Aida Binti Joned yang merupakan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa, Bandar Country Homes yang telah memberi keizinan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan teratur. Kebenaran telah yang diberikan oleh beliau untuk menjalankan kajian diluar dan sokongan moral kepada pengkaji semasa menyiapkan tugasan ini.
Seterunya pengkaji ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru matapelajaran Pengajian Perniagaan, Puan Khoo Ah Wan yang telah banyak meluangkan masa, memberi tunjuk ajar serta nasihat untuk membantu pengkaji menyiapkan kajian ini. Selain memberikan semangat kepada pengkaji untuk menjalankan tugasan ini sebaik-baiknya.
Buat teman-teman seperjuangan, terima kasih juga diucapkan kerana sudi memberi bantuan kepada pengkaji dengan sentiasa memberi dorongan, sokongan dan memberi idea untuk membina ayat yang lebih menarik. Semoga segala usaha kita berhasil dan dapat mencapai cita-cita.
Akhir sekali, pengkaji ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam membantu pengkaji mengumpulkan data dan maklumat.
Semasa saya menjalankan kajian ini, saya telah menghadapi banyak kesukaran dan cabaran dalam menyiapkan kajian, akan tetapi dengan berkat kesabaran dan doa yang tidak putus, dapat juga saya menyiapakan kerja kursus ini dengan jayanya.
1.0 PENGENALAN
Campuran Pemasaran didefinisikan sebagai satu aspek penting yang diguna oleh sebuah organisasi perniagaan untuk menarik perhatian pelanggan dan meningkatkan jualan.
Menurut buku Professional Marketing and Advertising Essays and Assignments yang ditulis oleh Richard TA, Campuran Pemasaran dapat didefinisikan sebagai satu gabungan dengan 4 elemen yang boleh dikawal, iaitu Produk, Harga, Pengedaran dan Promosi atau dikenali sebagai 4P ( Product, Price, Place and Promosion ). Perniagaan akan menjalankan aktiviti pemasaran dibentuk daripada campuran pemasaran, iaitu kombinasi pemboleh ubah yang menentukan strategi pemasaran yang akan digunakan oleh sesebuah organisasi pemasaran. Dengan itu, sesebuah perniagaan itu boleh melakukan aktiviti pemasaran untuk memenuhi permintaan pasaran.
Dalam buku tersebut, elemen yang pertama diterangkan ialah produk ( Product ). Produk merupakan sesuatu yang ditawarkan dalam bentuk barang atau perkhidmatan bagi tujuan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Elemen kedua yang disebutkan ialah harga ( Price ). Harga merujuk pada jumlah wang yang pelanggan sanggup membayar untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkidmatan.
Promosi ( Promosion ) adalah elemen ketiga yang merupakan salah satu proses perhubungan yang berlaku antara peniaga dengan pihak awam dengan memujuk mereka membeli hasil produk yang ditawarkan oleh pemasar. Dan akhir sekali ialah pengedaran ( Place ). Pengedaran merujuk tempat di mana pelanggan membeli produk yang baik pada masa yang sesuai di lokasi yang betul.
Dari buku FCS Advertising and Promotions L2, karya daripada Rob Marsh dan Maria O'Connor menerangkan bahawa tujuan bagi mana – mana campuran pasaran adalah untuk menjual produk yang lebih banyak dan meningkatkan penjualan mereka.
Bagi kajian ini penyelidik telah memilih sebuah syarikat iaitu IKEA untuk menjalankan kajian campuran pemasaran. Syarikat ini bukan merupakan pengeluar perabot yang paling besar di dunia malah mempunyai pengurusan dalaman dengan penerapan campuran pemasaran yang sangat mantap. IKEA ditubuh pada 1943 di Swedish dan mula meluaskan pasarannya ke peringkat global serta semakin meningkat popularisinya semakin meningkat dan terkenal. Selain itu, syarikat IKEA ini juga memenuhi syarat – syarat untuk menjalankan kajian ini, iaitu menjalankan perniagaan dengan menggunakan pembentukan campuran pemasaran yang meliputi produk, harga, promosi dan pengerdaran atau dikenali sebagai 4P. Penyelidik membuat analisis dengan mendalam terhadap pelaksanaan campuran pemasaran oleh syarikat ini dan turut mengemukakan beberapa cadangan agar penambahbaikan dapat dilakukan dan merancang masa hadapan yang lebih cemerlang berdasarkan campuran pemasaran dengan lebih berkesan.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif yang berikut :
Mengenalpasti campuran pemasaran yang dijalankan oleh syarikat IKEA bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
Menganalisis elemen produk dari segi atribut, penjenamaan dan khidmat sokongan yang dijalankan oleh syarikat IKEA.
Menyenaraikan penetapan harga dari segi faktor, pendekatan harga secara umum dan penetapan harga baharu yang dijalankan oleh syarikat IKEA.
Mentaktrif strategi campuran promosi menerusi pengiklanan, promosi jualan dan publisiti IKEA.
LATAR BELAKANG
Pengkaji telah memilih sebuah organisasi yang sesuai untuk tujuan kajian iaitu IKEA kerana syarikat ini memenuhi kriteria campuran pemasaran iaitu penetapan harga, produk, promosi, dan pengedaran.
IKEA merupakan syarikat penjual perabot yang terkemuka dari Sweden yang mempunyai lebih daripada 160 cawangan di 29 buah negara. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 1943 di Sweden dan nama IKEA ini terdiri daripada akronim nama pengasasnya iaitu Ingvar Kamprad, huruf E untuk Elmtaryd yang merupakan nama ladang di mana dia membesar dan huruf A untuk Agunnaryd mewakili tempat lahirnya. Syarikat IKEA ini telah lama wujud pada masa dulu tetapi ia bukan sebagai kedai perabot, ia adalah pemborong yang mengeluarkan pen mata bulat dan telahpun berjaya menekankan pasaran tempatan. Dengan adanya menjual pen, beliau juga mengambil keputusan untuk menjual kad Krismas, rokok, pemetik api, stoking nilon dan produl lain yang secara pukal. Untuk menambahkan portfolio perniagaannya, Ingvar Kampard juga mencemburi bidang perkhidmatan penghantaran susu. Selepas memperoleh keuntungan daripada perniagaan tersebut, beliau telah mengambil keputusan untuk menjual perabot yang bergaya dan berharga pada masa yang sama.
Pada masa itu, IKEA telah berkembang dalam pasaran lain dan populariti syarikat ini telah diterima oleh pihak umum dalam masa yang pendek tetapi masih mempunyai jangka yang panjang untuk menjadi salah satu jenama perabot yang terkenal. Sekarang, IKEA menggunakan lebih kurang 1 % daripada jumlah kayu di atas bumi untuk menghasilkan produk. Hal ini menyebabkan syarikat IKEA menjadi kilang pembuat perabot terbesar di dunia. Pada tahun 2013, Ingvar Kampard juga dianggap sebagai salah satu usahawan yang paling kaya di dunia.
Pengetahuan pemasaran dalam aspek pemasaran khususnya strategi campuran pemasaran adalah penting kepada usahawan bagi menjamin kejayaan sesebuah perniagaan. Aspek pengetahuan tentang strategi campuran pemasaran penting bagi membolehkan syarikat menyusun strateginya untuk mencapai objektif pemasaran. Pengetahuan ini terdiri daripada pengetahuan tentang 4 elemen iaitu produk, harga, saluran agihan dan promosi. Campuran pemasaran dan strategi pemasaran keseluruhan yang dijalankan oleh IKEA telah berjaya menjadikan ia sebagai jenama perabot yang paling popular dan menjamin kejayaan perniagaan tersebut.
IKEA sebuah syarikat perabot yang paling besar di dunia yang mementingkan kualiti telah menjalankan kajian dan analisis terhadap kehendak dan keperluan yang memenuhi permintaan pelanggan. Hal itu menyebabkan IKEA banyak melaksanakan pengubahsuaian terhadap produk baru yang ingin dikeluarkan bagi tujuan memenuhi permintaan pelanggan pasaran. Kebanyakan produk yang dikeluarkan dapat mengurangkan masalah hiasan dalaman rumah kediaman dan kebanyakan produknya direka bagi fungsi pasang sendiri dan boleh berpindah ke mana–mana dengan senang. Produk yang dikeluarkan oleh IKEA juga memenuhi syarat mesra alam dengan mengutamakan kualiti produk mengikut piawaian yang ditetapkan. Antara produk yang dikeluarkan termasuklan sofa, meja, katil, tilam, kabinet, alatan dapur dan lain – lain.
Maklumat–maklumat yang terperinci tentang produk yang dihasilkan boleh merujuk katalog yang dikeluarkan bagi tujuan lebih memahami produk tersebut dari segi warna, kualiti, ketinggian, kelebaran, harga dan sebagainya. Katalog–katalog akan dikeluarkan pada setiap setengah tahun megikut tema berbeza yang telah dirancangkan untuk tujuan mempromosikan produk-produk yang terbaru direkakan. Biasanya katalog ini akan diterbitkan pada bulan April atau Ogos setiap tahun. Selain itu, jurnal-jurnal juga akan sentiasa dikeluarkan mengikut musim yang tertentu contohnya tahun baru atau perayan-perayaan yang terdapat di Malaysia termasuklah Tahun Baru Cina dan Hari Raya yang memperkenalkan produk baru dan juga promosi yang dilangsungkan secara ringkas.
Secara keseluruhannya, perlaksanaan strategi pemasaran yang berkesan dan berjaya bergantung kepada operasi syarikat mencampurkan pengetahuan tentang strategi campuran pemasaran dalam bidang keusahawanan yang bersesuaian kepada suatu program tindakan yang padu dan dapat menyokong strategi yang bakal dilaksanakan.
KAEDAH KAJIAN
Terdapat beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan data-data dan juga maklumat yang lebih tepat bagi menyiapkan kajian ini dengan lancar. Pengkaji telah memilih kaedah-kaedah yang berikut dalam kajian ini kerana mudah diperoleh, senang diguna pakai dan membolehkan kajian ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa masalah. Secara keseluruhannya, terdapat empat kaedah telah digunakan dalam sepanjang proses pelaksanaan kajian ini.
Salah satu adalah kaedah kualitatif. Menurut John F Schostak daripada buku Understanding , Designing and Conducting Qualitatif Research in Education: Framing the Project, kaedah kualitatif adalah kaedah yang diperoleh semulajadi yang tidak mematuhi spesifikasi statistik, seterusnya dapatan kajian yang diperoleh adalah tidak boleh digeneralisasikan. Kaedah kualitatif adalah keadah kajian yang menggunakan data yang diperoleh dengan cara pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dan rujukan daripada internet untuk mendapatkan data yang lengkap.
Kaedah yang seterusnya ialah kaedah kuantitatif. Berdasarkan buku Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research yang diterbit oleh John W. Creswell pada tahun 2005, kaedah kuantitatif ialah kaedah yang menggunakan teknik perhitungan matematik atau statistik untuk menganalisis data yang berbentuk angka. Kaedah kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan data yang boleh diukur melalui proses analisis dengan menggunakan alat-alat pengukuran seperti borang soal selidik dan sesi temu bual terhadap responden.
Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih kaedah kualititif sebagai kaedah kajian bagi kerja khusus ini. Hal ini disebabkan data-data lebih mudah diperolehi dan mudah difahami kerana data yang dikumpul berbentuk dalam perkataan dan ayat daripada buku dan juga pemerhatian yang dijalankan dengan lebih tepat dan cepat.
Kaedah pengumpulan data terbahagi kepada dua jenis iaitu data primer dan data sekunder. Menurut Rohana Yusof dalam buku Penyelidikan Sains Sosial (2004), data primer ialah data yang berasal dari sumber asli atau edisi yang asal. Data primer akan dikumpulkan sendiri oleh penyelidik untuk menguji hipotesis dalam kajiannya melalui sesi soal selidik dengan responden rawak.
Berdasarkan pengertian yang diakses dari http://www.bimbingan.org/ pada 27 Jun, data sekunder merupakan data yang diperoleh dari penelitian orang lain atau sumber yang dipublikasikan sehinnga data tersebut telah disediakan. Data ini boleh diperoleh melalui profil syarikat, laporan kewangan, buku dan kamus.
Dalam kajian ini, pengkaji lebih menitikberatkan data sekunder dalam pengumpulan maklumat yang diperlukan. Hal ini kerana data sekunder lebih mudah diperoleh dari sumber awam dan telah menjimatkan masa dan kos untuk menjalankan sesi soal selidik yang memerlukan masa yang panjang.
Tambahan pula, instrumen merupakan alat yang digunakan untuk mengumpul data-data atau maklumat tentang kajian. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, instrumen didefinisikan sebagai dokumen rasmi yang sah di sisi undang-undang dan mengikut peraturan tertentu yang menyatakan hak pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu kontrak yang telah dijanjikan. Instumen yang digunakan oleh pengkaji adalah data internal,iaitu data dalaman dari syarikat tersebut termasuklah laman web sendiri dan profil syarikat. Manakala, instrumen yang digunakan oleh pengkaji dalam usaha memperoleh data eksternal iaitu rujukan perpustakaan, rujukan melalui laman sesawang dan jurnal. Data eksternal merupakan data yang dapat dari sumber luar organisasi yang dapat menggambarkan faktor-faktor yang mungkin memberi kesan terhadap hasil kerja sesuatu syarikat tersebut.
Internet bermaksud rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia. Pengkaji menggunakan internet untuk melayari beberapa laman sesawang bagi mendapat maklumat yang lebih lanjut tentang IKEA sama ada dalam tempatan atau luar negara. Antara laman web yang pengkaji telah gunakan termasuklah http://www.marketing91.com/ dan http://www.ikea.com/my/en/ yang telah dirujuk oleh pengkaji pada 14 Julai 2015, untuk mengenalpasti campuran pemasaran yang dijalankan oleh syarikat IKEA.
Profil syarikat adalah keterangan terperinci beserta butiran perihal syarikat yang memaparkan segala informasi dalaman berkenaan sesebuah organisasi atau syarikat termasuklah visi dan misi syarikat tersebut. Pengkaji telah menggunakan profil syarikat untuk tujuan mengenal pasti aktiviti perniagaan yang dijalankan dan latar belakang syarikat IKEA dari peringkat awal hingga peringkat globalisasi dengan lebih tepat.
Menurut buku Bookbinding karya daripada Guten Berg pada 1990, buku didefinisikan sebagai kumpulan kertas atau bahan lainnya yang berisi tulisan atau gambar. Pengkaji telah banyak menggunakan pelbagai jenis buku untuk menyelesaikan kerja kursus ini termasuklah mencari definisi pasaran campuran dan menganalisis elemen produk yang dihasilkan dari segi klasifikasi poduk, atribut dan penjenamaan dari buku katalog yang dikeluarkan oleh syarikat IKEA pada setiap tahun.
Merunut Kamus Dewan Edisi Keempat, tesis merupakan kajian ilmiah yang dikemukakan oleh seseorang calon untuk melayakkannya memperoleh ijazah atau diploma. Manakala, 'bruchure' merupakan majalah atau terbitan berkala yang khusus bagi sesuatu perkara, profesion atau bidang tertentu. Pengkaji telah merujuk 'brochure' yang diterbitkan oleh IKEA untuk mentakrif strategi campuran promosi menerusi pengiklanan, promosi jualan dan perhubungan awam IKEA dengan lebih teliti. Melalui 'brochure' ini juga dapat menyenaraikan penetapan harga dari segi faktor, pendekatan harga secara umum penetapan harga baharu yang dilaksanakan oleh syarikat IKEA.
Majalah merupakan bahan bacaan yang meliputi artikel-artikel dari pelbagai penulis dan seterusya diterbit oleh sesebuah media publikasi secara berskala dalam tempoh yang ditentukan. Berdasarkan Majalah Niaga yang diterbit pada 16 February 2011 yang ditulis oleh Mazlan Mohamad, pengkaji dapat tahu cara-cara tersendiri syarikat IKEA untuk meletakkan harga terhadap produknya pada harga yang berpatutan.
Selain daripada instrumen yang dinyatakan, pengkaji juga merujuk kamus untuk mencari maksud yang lebih mendalam bagi perkataan yang kurang faham atau kurang jelas. Antaranya Kamus Dewan Edisi Keepat yang banyak pengkaji rujukkan untuk mendapatkan definisi perkataan tesis dan instrumen. Dengan itu, pengkaji dapat lebih memahami maksud sebenar perkataan tersebut dan penggunaannya supaya dapat huraikan dengan lebih teliti.
Keseluruhannya, semua kaedah yang telah dipilih adalah kaedah yang memudahkan pengaji memperoleh maklumat serta membuat analisis dengan lebih tepat dan lancar tanpa sebarang kesamaran pada maklumat yang diperoleh.
DAPATAN KAJIAN
Campuran pemasaran yang dijalankan oleh syarikat IKEA untuk mencapai matlamat perniagaan.
Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, penyelidikan pemasaran perlu dijalankan mengetahui keperluan dan permintaan penduduk setempat. Melalui pasaran yang sedia ada, pemasar akan menggunakan campuran pemasaran untuk mengenal pasti sasaran yang boleh membantu organisasi mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan seterusnya menguasai keseluruhan pasaran. Oleh sebab itu, syarikat IKEA juga menjalankan pembentukan campuran pemasaran untuk memuaskan keinginan dan keperluan pengguna dan seterusnya mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Konsep campuran pemasaran merupakan satu kaedah khusus dalam merangka strategi pemasaran bagi memastikan produk yang dibuat atau dipasarkan diterima oleh masyarakat. Dengan itu, syarikat IKEA membuka cawangannya di bandar-bandar yang lebih pesat dan ramai orang yang berpendidikan tinggi, contohnya bandar Cheras akan dibukakan satu lagi francais pada akhir tahun sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan keseluruhan di seluruh Asia Tenggara, sebelum itu syarikat telahpun menubuhkan IKEA di Damansara.
Berdasarkan Majalah Niaga yang ditulis oleh Mazlan Mohamad pada 16 February 2011, syarikat IKEA menyediakan beribu-ribu jenis produk di mana-mana fraincais seluruh dunia dan juga mempamerkan produknya dengan cara tersendiri, termasuklah menyediakan bilik pameran yang berbeza-beza. Justeru, pelanggan diberikan ruang yang cukup dan keselesaan kepada pelanggan yang datang berkunjung. Bukan sahaja itu, syarikat ini turut pameran perabot-perabot untuk rumah kediaman yang disediakan, tetapi syarikat IKEA juga menyediakan medan selera yang luas untuk pelanggan menikmati makanan di suasana yang selesa.
Disamping itu, syarikat IKEA turut menawarkan produk yang dapat dipasang sendiri bukan sahaja untuk meminimumkan kos pengeluaran malah ia juga memberi peluang kepada pelangaan untuk meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang. Dengan itu, pelanggan juga berpeluang membeli produknya pada harga yang paling minimum. Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, IKEA telah menurunkan harganya sebanyak 2% hingga 3% pada setiap tahun. Ini merupakan kadar sasaran dan impian yang telah ditetapkan oleh syarikat IKEA untuk dicapai bagi sesuatu jangka masa yang telah ditetapkan. Sasaran ini ditetapkan agar semua pelanggan dapat membeli belah di IKEA pada mencapai harga yang berpatutan dan syarikat mencapai tahap keuntungan yang disasarkan.
Pelbagai cara dilaksanakan oleh IKEA untuk menarik lebih banyak pelanggan datang berkunjung ke gedung IKEA. Syarikat ini menjalankan promosi dengan memberi tawaran istimewa menjelang hari-hari perayaan bagi menggalakkan jualan. Selain itu syarikat ini juga membuat promosi dengan menyediakan potongan harga dan keistimewaan yang hanya diberi kepada sesiapa yang telah mendaftar menjadi IKEA Family atau dikenali sebagai seorang ahli keluarga IKEA dengan mendapatkan sekeping kad ahli.
Melalui analisis yang pengkaji telah jalankan, IKEA banyak melaksanakan rancangan-rancangan yang dapat menarik lebih banyak pelanggan dan juga berpandangan jauh untuk merebut peluang yang sedia ada bagi tujuan mengembangkan perniagaan di semua lokasi terutama di kawasan yang berpotensi. Syarikat IKEA merancangkan pelan perniagaannya berdasarkan SWOT, iaitu kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat di dalam dan di luar organisasi. Oleh sebab itu, syarikat boleh merancang dengan lebih tepat dan teliti berdasakan semua faktor tersebut serta melaksanakan dengan komitmennya secara berkesan.
5.2 Menganalisis elemen produk dari segi atribut, penjenamaan dan khidmat sokongan yang dijalankan oleh syarikat IKEA.
Bagi kajian ini, pengkaji telah mengkaji campuran produk yang dikeluarkan oleh syarikat IKEA berdasarkan segi atribut produk, penjenamaan dan khidmat sokongan. Antara produk yang dikeluarkan termasuklah perabot rumah, kelengkapan bilik mandi, kelengkapan dapur, kabinet buku, almari pakaian, kelengkapan bilik kanak-kanak dan lain-lain.
5.2.1 Campuran produk berdasarkan atribut
Aspek atribut produk merupakan ciri-ciri atau sifat-sifat yang terdapat pada sesuatu produk. Penekanan dari aspek ini berdasarkan produk yang dikeluarkan dan dijualkan di syarikat IKEA iaitu perabot rumah dan kelengkapan yang diperlukan. Atribut produk merangkumi bebrapa aspek yang perlu dipertimbangkan oleh syarikat dalam pembangunan sesebuah produk, salah satu adalah penekanan terhadap mutu produk yang dihasilkan. Mutu produk amat diutamakan dari sudut kualiti bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan produk yang hendak dikeluarkan. Konsep mesra alam diterapkan oleh syarikat ini melalui pemilihan bahan mentah yang boleh dikitar semula.
"Kami mengambil berat tentang bahan produk kami. Itulah sebabnya kami bekerja dengan bahan yang lebih mesra alam sekitar – bahan yang boleh diperbaharui, boleh dikitar semula dan daripada bahan yang dikitar semula. Kami sentiasa mencuba melakukan lebih banyak dengan sedikit bahan. Dengan menggunakan bahan secara teliti, kami dapat mengekalkan harga yang rendah dan menggunakan sumber sepenuhnya." Ini merupakan ayat yang diperolehi dari laman web rasmi IKEA yang menjelaskan penggunaan dan pemilihan bahan mentah bagi menghasilkan produk mereka. Kebanyakan bahan mentah yang mereka gunakan adalah keladi, kapas, jut, buluh, kayu, komposit plastik kayu, flaks dan plastik PET kitar semula yang diperoleh dari alam semula jadi. Hal ini adalah untuk menjaminkan kesihatan manusia dan juga keseimbangan alam sekitar.
"Kami mahu memberikan kesan positif terhadap orang ramai dan planet. Selama bertahun-tahun kami telah memfokuskan penjimatan sumber dan membantu mencipta kehidupan lebih baik untuk orang ramai. Satu tahun dari pelancaran Strategi Mesra Alam Sekitar, People & Planet Positive, kami telah melakukan kemajuan yang bagus. Hari ini, lebih 76% daripada kapas kami dihasilkan daripada sumber yang lebih lestari. Lebih daripada 700,000 panel solar kini terpasang di bangunan IKEA di seluruh dunia dan kami komited memiliki dan mengendali 224 turbin angin. Kami menghasilkan kecekapan menggunakan sumber pencahayaan LED yang boleh mampu, membolehkan lebih ramai lagi menjalani kehidupan dengan lebih lestari dan mengurangkan bil elektrik mereka. 75% daripada semua produk pencahayaan terjual pada 2014 ialah LED atau setara dengan mentol LED. Perjuangan belum selesai, hanya baru titik permulaan..." Sumber dari laman web rasmi syarikat IKEA yang diakses oleh pengkaji pada hari 1 Julai 2015. Laman web ini juga menerangkan usaha-usaha dan pencapaian mereka dalam tahun 2014 yang terkini telah membuktikan syarikat IKEA amat mengambil berat tentang alam semula jadi disamping menetapkan sasaran untuk mencapai pencapaian yang lebih tinggi dengan mengaplikasikan konsep mesra alam mini setara dengan zaman teknologi yang canggih ini.
Selain itu, syarikat IKEA juga mengekalkan hubungan yang baik dengan pembekal di seluruh dunia. Syarikat IKEA mempunyai sekira-kiranya 1,000 pembekal di 53 buah negara. Untuk memelihara suasana bekerja yang menyihatkan, IKEA telah mengadakan tatakelakuan pembekal yang dipanggil IWAY. "Fasa pengeluaran kami bertambah apabila inovasi berlaku di IKEA. Apa yang menjadikannya unik ialah kebolehan kami bekerja bersama pembekal berasingan di kilang mereka. Dengan bantuan mereka, kami boleh menggunakan cara yang paling efisien, efektif kos dan kreatif bagi menjadikan reka bentuk kami suatu kenyataan. Inilah semangat istimewa bersatu hati yang membolehkan kami maju dalam reka bentuk produk, pembungkusan dan pengangkutan yang bijak." Berdasarkan ayat ini yang dipetik dari laman web rasmi IKEA dapat mengetahui bahawa IKEA berhubungan baik dengan pembekal mereka iaitu IWAY.
Tatakelakuan pembekal IKEA, Standard IWAY, memainkan peranan penting dalam perkembangan positif. Ia menyatakan syarat minimum mereka berkenaan alam sekitar, kesan sosial dan suasana bekerja. Antara syarat-syaratnya termasuk tiada buruh kanak-kanak, tiada buruh paksa atau terikat, tiada diskriminasi, kebebasan berpersatuan, menetapkan gaji minimum dan pampasan lebih masa, persekitaran kerja yang selamat dan sihat, mencegah pencemaran udara, tanah dan air dan bekerja untuk mengurangkan penggunaan tenaga. Pihak pengurusan akan sentiasa mengunjungi pembekal secara kerap untuk memeriksa bahawa produk yang diterima daripada pembekal mengikut Standard IWAY yang ditetapkan. Sekitar 80 auditor IKEA, dan juga pihak ketiga yang bebas membuat pemeriksaan yang diumumkan dan juga tidak diumumkan di tempat pembekal dan sub-pembekal mereka.
Syarikat IKEA juga mementingkan ketahanan dan kesempurnaan produk yang dihasilkan. Pembekal-pembekal menguji semua bahan dan produk ketika fasa pembangunan produk. Kualiti yang baik adalah berdasarkan keperluan pelanggan, cara penggunaan perabot dan kehidupan mereka di rumah. Produk-produk IKEA juga perlu melalui ujian yang ketat dan lasak bagi memastikan ianya mencapai piawai (standard) keselamatan antarabangsa dan sesuatu negara.
Sebagai contoh, terdapat pembekal di Vietnam menguji mainan lembut yang dilkelurkan IKEA untuk menjamin keselamatan kanak-kanak. Pekerja-pekerja akan menjalankan QC iaitu Incoming Quality Control atau dikenali sebagai pengendalian mutu sebagai langkah pertama bagi mengawasi dan mengendalikan semua mutu bahan mentah sebelum memulakan proses pembuatan. Selepas itu, pekerja-pekerja akan menganalisis semua risiko yang mungkin akan berlaku disebabkan oleh mainan tersebut. Seterusnya, kawalan jarum akan dijalankan. Kawalan jarum amat penting dalam proses pembuatan agak memastikan tiada sebarang jarum yang tinggal dalam pemainan walaupun secara kemalangan. Langkah keempat ialah pengesanan logam seperti dawai kokok yang mungkin tinggal dalam maian tersebut. Langkah yang seterusnya ialah Pull And Tear yang bermaksud tarik dan mengoyakkan. Pembekal harus memastikan ketahanan produk adalah baik dan cukup kuat pada setahap yang tertentu bagi mengelakkan kerosakan mudah berlaku. Dan pemeriksaan akhir merupakan langkah yang terakhir dalam proses pembuatan ini. Mereka telah menyediakan satu pasukan yang khas untuk mengasingkan produk dan menjalankan pemerikasaan terakhir terhadap produk secara rawak.
Bagi mengenalpasti kualiti semua produk adalah bermutu dan seragam, syarikat menyediakan dua makmal ujian IKEA di Sweden dan China juga merupakan pusat latihan bagi pekerja dan pembekal untuk tujuan melahirkan pekerja yang mahir dan separuh mahir supaya dapat menghasilkan produk dengan berkualiti. Kualiti produk yang dihasilkan perlu bersesuaian dengan tujuan penggunaan produk tersebut. Sebagai contoh, bagi rak buku IKEA, panel belakang rak buku tersebut akan diperbuat dari bahan yang lebih rendah harganya tapi masih memenuhi tujuannya iaitu melindungi buku dari kotoran dan dari terjatuh ke belakang.
Aspek seterusnya yang terlibat dalam atribut produk adalah ciri yang terdapat pada produk yang dihasilkan oleh syarikat IKEA. Ciri produk yang unik mampu menonjolkan keistimewaan produk daripada produk persaing. Oleh sebab itu, ciri produk merupakan unsur penting yang menentukan kebersaingan sesuatu produk dalam pasaran. Produk yang pelbagai jenis dapat menarik pelanggan datang berkunjung bagi memenuhi keperluan masing-masing yang berlainan. Hal ini juga dapat memberikan keuntungan yang lumayan sebagai pulangan kepada perniagaan.
Peragaan produk di gedung IKEA tidak hanya untuk memberi inspirasi dan idea kepada pelanggan, malah ia diperagakan agar pelanggan boleh memegang, merasai dan menggunakannya. Dengan cara ini, mereka dapat menentukan kesesuaian produk tersebut di kediaman mereka. Sebagai contoh perabot-perabot ruang tamu IKEA diperagakan agar menyerupai ruang tamu sebenar yang terdapat kediaman yang lengkap dengan sofa, meja, televisyen, rak buku, meja sisi, karpet dan sebagainya. Untuk kemudahan seisi keluarga pula disediakan kawasan permainan untuk kanak-kanak, surau, penganjuran aktiviti-aktiviti khas dan restoran untuk menjamu selera.
Seterusnya, reka bentuk produk turut menjadi teras dalam menerapkan campuran pemasaran produk IKEA berasaskan atribut produk. Reka bentuk produk menggambarkan gaya produk. Sesuatu produk mempunyai reka bentuk yang menarik dapat menarik perhatian pembeli pada pandangan pertama turut meningkatkan jualan produk tersebut. Syarikat IKEA memegangkan konsep rak bentuk demokrasi atau bermaksud reka bentuk untuk semua orang. IKEA percayakan kualiti dan reka bentuk haruslah dihasilkan agar mampu dimiliki oleh orang ramai. Contohnya, lampu meja Lampan direka bentuk menggunakan lima elemen "reka bentuk demokratik" - bentuk, fungsi, kualiti, mesra alam sekitar dan harga yang rendah.
"Bagi kami, reka bentuk yang baik merupakan kombinasi yang sesuai antara bentuk, fungsi, kualiti, mesra alam sekitar dan harga yang rendah. Pembangun dan pereka bentuk produk kami perlu mencari keseimbangan yang tepat bagi semua elemen ini ketika proses reka bentuk bermula. Ia cabaran unik yang menjadikan kami inovatif." Ini adalah mesej penting yang dapat daripada laman web rasmi IKEA. IKEA menekankan faktor kefungsian dalam reka bentuk produknya di mana ianya perlu menarik, praktikal dan mudah digunakan. Produknya tidak mengandungi ciri-ciri yang tidak perlu, memberi penyelesaian untuk setiap keperluan dalam melengkapi kediaman dan diperbuat dari bahan yang bersesuaian berdasarkan kegunaannya. Justeru, setiap produk IKEA ada kisahnya tersendiri. Seperti setiap kisah yang menarik, ia bermula dengan idea yang hebat. Matlamat asal yang masih dipegeng oleh IKEA adalah mahu menjadikan kehidupan harian di rumah lebih baik. Itulah sebabnya mereka melakukan beribu-ribu lawatan ke rumah-rumah setiap tahun untuk mengetahui keperluan dan impian orang ramai. Inilah titik permulaan bagi setiap produk yang direka bentuk. Reka bentuk produk kelengkapan rumah di IKEA bermula dengan memahami keperluan harian orang ramai di rumah, terutamanya kebanyakan orang yang mempunyai pendapatan dan ruang yang terhad. Inilah caranya IKEA berjaya menawarkan produk berfungsi yang berharga sangat rendah sehingga ramai orang mampu memilikinya.
Untuk menjadikan produk boleh dijual dan sesuai dengan identiti IKEA, pekerja IKEA di bahagian reka bentuk produk dan pembangunan produk memfokus kepada harga dan kualiti, reka bentuk dan fungsi, alam sekitar dan kesihatan. Mereka membincang setiap idea tentang produk dengan mengambil kira peluang pengeluaran dan penggunaan bahan mentah dengan cara terbaik. Inilah sebabnya keputusan tentang reka bentuk kerap dibuat di gedung tempat pereka dan pengeluar bekerja sama.
5.2.2 Campuran produk berdasarkan penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan.
Daripada buku "Prinsip Pemasaran". Edisi Kelapan. Prentice Hall: Malaysia, 2000 yang diterjemah oleh Jaffar, Norjaya Mohd Yasin, Ahmad Azmi Mohd Ariffin menerangkan bahawa pembungusan sesuatu produk berfungsi sebagai bekas yang akan memuat dan melindungi produk supaya selamat dan tidak dirosakkan. Penjenamaan produk dapat didefinisikan sebagai istilah, tanda nama, simbol yang dikaitkan dengan identiti syarikat. Syarikat IKEA mempunyai slogan antarabangsa tersendiri iaitu "Everything Is Possible If You Think In Opportinities" dan juga slogan tahunan yang terkini adalah " Where The Wonderful Everyday Starts And Ends". Tanda nama syarikat adalah IKEA. Langkah penjenamaan produk yang dilaksanakan oleh syarikat IKEA adalah seragam bagi semua francais di seluruh dunia kerana semua jenis produk yang dikeluarkan adalah sama. Penjenamaan produk bertujuan untuk membezakan sesuatu produk pengeluar dengan pesaing-pesaingnya di pasaran. Jenama lazimnya menggambarkan janji pengeluar untuk menghasilkan produk yang berprestij dan berkualiti tinggi.
Pembungkusan juga amat penting dalam proses pembuatan. Pembungkusan yang menarik dapat menambahkan nilai sesuatu produk. Selain itu, pembungkusan juga mengambil kira aspek keselamatan bagi mengelakkan sebarang kerosakan semasa proses penghantaran. Tujuan syarikat IKEA melakukan langkah pembungkusan memudahkan pelanggan menyimpan dan melidungi produk terutamanya pada masa meletakkan ke dalam kenderaan selepas pembelian. Untuk mengekalkan harga rendah, IKEA perlu mendapatkan produk daripada pembekal dan diperolehi oleh pelanggan dengan cara yang paling terus dan kos efektif dan kurang bahawa terhadap alam sekitar. Ini juga bergantung kepada cara menggangkut barang menggunakan trak, bot atau keretapi dan mengendalikannya di pusat pengedaran dan gedung. Sebagai contohnya, pembungkusan leper dan produk yang boleh disusun bertindan membolehkan IKEA menggangkut dan mengendalikan lebih produk untuk satu perjalanan. Ini bermakna kurang trak di jalan raya dan kurang pengeluaran CO². Pembungkusan leper IKEA dan pengguna memasang produk sendiri mampu membolehkan syrikat mengurangkan tenaga kerja, pengangkutan dan kos menyimpan. IKEA membuat rekaan pada perabot agar ia mudah dibungkus dan tanpa pemasangan yang siap. Oleh itu, IKEA mampu menawarkan produk kepada pengguna pada harga yang rendah.
Di IKEA Group, mereka percaya dengan memikul tanggungjawab pengguna dan alam sekitar adalah syarat untuk menjalankan perniagaan. IKEA bekerja keras untuk mengurangkan impak pada perubahan suhu cuaca dan produk IKEA mesti dihasilkan dalam keadaan persekitaran kerja terbaik dari pembekal yang mengambil tanggungjawab untuk alam sekitar. Mereka juga berpegang dengan penggunaan kotak kertas bagi kebanyakan produk di dalam gedung IKEA. Hal ini dapat mengurangkan kadar penggunaan plastik di seluruh dunia dan juga menjimatkan ruangan yang terhad untuk menyimpankan bahan-bahan buangan yang tidak boleh dicerna ke dalam tanah, contohnya plastik.
Berdasarkan salah satu petikan dari "Keupayaan Pemasaran Dalam kalangan Pengusaha Kecil Makanan halal di Melaka Tengah : Satu Kajian Awal". Universiti Teknikal Malaysia Melaka, 2009 yang ditulis oleh pengarang A. Sazelin, pelabelan member maksud sebahagian daripada pembungkusan yang mengandungi maklumat bercetak atau bersama produk. Label memuatkan maklumat penting terhadap sesebuah produk. Syarikat IKEA mencetakkan maklumat tenteng sesebuah produknya seperti nama produk tersebut, alamat pengeluar, kandungan produk, cara penjagaan, ukuran serta cara penggunaan. Oleh sebab IKEA menggunakan pembungkusan leper, maka cara pemasangan amat penting bagi rujukan pelanggan untuk memasang sendiri. Label yang dipapan di bungkusan juga menunjukkan pelbagai jenis simbol khusus yang mempunyai maksud yang berbeza, contohnya tanda mudah pecah, simpan kering dan dilarang menginjak yang boleh didapati di permukaan bungkusan.
Penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan adalah elemen penting untuk menjaga kepentingan nama syarikat dan juga kualiti produk. Ini bagi memastikan perniagaan bertahan lama di pasaran walaupun menghadapi persaingan yang sengit sama ada dalam negara atau globalisasi. Dengan ini produk yang bermutu tinggi, lebih banyak dan lebih berkualiti akan diambil berat secara tidak langsung bagi memastikan prestasi syarikat berada di tahap yang tinggi dan juga meningkatkan keyakinan terhadap produk yang dipasarkan.
5.2.3 Campuran produk berdasarkan khidmat sokongan.
Konsep khidmat sokongan merupakan pemberian cirri produk tambahan kepada pengguna selepas membeli. Ciri-ciri tambahan yang ada termasuklah khidmat penghantaran dan jaminan produk sehingga suatu temboh yang tertentu. Perkhidmatan pelanggan juga merupakan salah satu cirri tambahan yang merangkumi pengendalian adauan pengguna, pengubahsuaian perkhidmagtan, pengumpulan idea dan cadangan baharu daripada pengguna.
Terdapat pelbagai servis yang ditawarkan oleh IKEA seperti penghantaran dan pemasangan yang boleh dipilih oleh pelanggan. Sebagai contoh, perkhidmatan penghantaran dijalankan oleh syarikat IKEA bagi sesiapa yang tidak mampu pindahkan barang yang besar sukar digerak ke dalam kenderaan atau jarak yang jauh daripada destinasi. Perkhidmatan ini memberikan kemudahan kepada banyak pelanggan yang tidak mempunyai kenderaan besar yang muat menyimpankan perabot dengan caj penghantaran yang berpatutan.
Kebanyakan produk di IKEA direka buat pengguna memasang di rumah. Jika pelanggan memilih untuk memerlukan bantuan dari IKEA untuk pemasangan perabot, IKEA boleh mencadangkan rakan perkhidmatan pemasangan dan dengan harga yang berpatutan, mereka akan memasang semua perabot. Kaedah ini dapat menjimatkan masa pelanggan dan perabot juga dipasang dengan professional serta boleh ditempatkan ke mana-mana yang pelanggan inginkan.
Untuk membantu pelanggan membuat keputusan pembelian yang tepat dengan mudah pula, IKEA memastikan produk-produknya diperagakan dengan betul, mempunyai gambaran dan spesifikasi produk yang tepat dan mempunyai polisi pemulangan yang mudah. IKEA dengan murah hati menawarkan polisi pemulangan dalam tempoh 100 hari . Sekiranya pelanggan berubah fikiran, mereka boleh memulangkan produk yang dibelikan dalam bungkusan asal untuk ditukarkan dengan produk lain ataupun pembayaran balik sepenuhnya. Terdapat juga syarat-syarat yang perlu dimatuhi bagi menjalankan polosi pemulangan ini, antaranya adalah produk mestilah masih belum dipasang dan masih dalam bungkusan asal dalam tempoh 100 hari dari tarikh pembelian, beserta dengan resit utama untuk sama ada menukar pada produk yang sama atau pulangan wang semula. Polisi pemulangan 100 hari ini tidak sah buat fabrik yang telah dipotong, tumbuhan, linen katil yang telah dibuka bungkusannya, barangan dapur, produk daripda As-Is, atau barangan yang ditempah mengikut spesifikasi sebagai contoh bahagian atas kerja yang ditempah khas dan produk yang rosak setelah meninggalkan gedung.
Selain daripada itu, Syarikat IKEA juga menyediakan bantuan pakar kepada pelanggan-pelanggan yang tiada idea untuk mengubahsuaikan rumah kediaman mereka. Pakar Kelengkapan Rumah IKEA sentiasa bersedia membantu pelanggannya dengan khidmat nasihat dan idea percuma buat rumah. Bagi sesiapa yang berminat dengan perkhidmatan ini boleh berkunjung ke IKEA untuk membuat temu janji dengan pakar IKEA. Para pelanggan juga boleh menjadi pereka sendiri dengan bantuan Peralatan Merancang IKEA. Pelanggan diberi kebebasan untuk menggunakan ruang kerja yang terdapat di bahagian dapur atau bahagian Kerja IKEA dan juga bilik tidur di aras 1 di gedung IKEA yang di mana-mana negara adalah sama. Pelanggan-pelanggan yang ingin mencuba boleh susun semula dan cuba gaya yang berbeza dengan menggunakan perancang 3D untuk merancang dapur, almari pakaian, penyelesaian storan atau pejabat. Pelanggan boleh merujuk senarai, harga dan juga menyemak ketersediaan stok di gedung IKEA apabila sudah berpuas hati dengan rekaan akhir yang dibuat. Bagi semua reka bentuk yang dihasilkan, pakar-pakar yang berprofesional dan pekerja yang berkemahiran akan sentiasa sedia membantu memberi khidmat nasihat seiring dengan perancangan yang dirancangkan.
Perkhidmatan lain yang desediakan oleh syarikat IKEA juga termasuklah jaminan produk dalam sesuatu tempoh yang tertentu. Setiap jenis produk dapat jaminan yang berlainan dan tempoh yang berbeza juga. Terdapat beberapa kategori yang mengasingkan, antaranya adalah 3 tahun, 5 tahun , 10 tahun, 15 tahun dan maksimumnya 25 tahun jaminan yang dilaksanakan bagi menjaminkan kualiti produk dan juga menimbulkan kepercayaan umu terhadap produknya.
Dengan itu, pengkaji berpendapat bahawa strategi yang syarikat IKEA menjalankan terhadap produk mereka amat berjaya dari mana-mana segi. Hal ini bukan sahaja dapat memastikan kualiti dari bahan mentah hingga produk yang dihasilkan tetapi juga dapat menimbulkan keyakinan pihak umum terhadap jenama IKEA. Justeru, kepercayaan ini telah menjadi asas yang kukuh bagi syarikat IKEA, dengan adanya sokongan ramai, pengaji yakin syarikat IKEA akan menambahbaik pada semua segi pada masa akan datang. Selain itu, perkhidmatan-perkhidmatan yang syarikat IKEA tawarkan amat bertimbang rasa bagi setiap pelanggan. Perkhidmatan yang diberikan, contohnya pengahataran sapai ke lolasi yang diingini dapat memberi banyak faedah dan kemudahan serta menjimatkan masa mereka. Semua yang dirancangkan ini merupakan kelebihan syarikat IKEA bagi membangun dan mengembangkan nama baik syarikat IKEA.
5.3 Menyenaraikan penentuan harga berasaskan nilai, pesaingan, dan penentuan harga produk baharu bagi syarikat IKEA.
Dalam bahagian ini, pengkaji telah mengkaji pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk menentukan harga umum terhadap produk yang dihasilkan oleh syarikat IKEA, iaitu penentuan harga berasaskan nilai, penentuan harga berasaskan persainagan dan penentuan harga produk baharu.
5.3.1 Penetapan harga berasakan nilai
Penetapan harga berasaskan nilai berdasarkan nilai menggunakan persepsi pembeli tentang nilai produk dan bukan kos penjual sebagai penentunya. Hal ini bermaksud penentu harga ini perlu dimulakan dengan analisis tentang keperluan pengguna dan persepsi nilai terhadap sesuatu produk dan seterusnya harga yang ditetapkan akan disesuaikan kepada persepsi nilai yang telah dikenalpasti.
Konsep IKEA bermula dengan idea menyediakan rangkaian produk yang mampu dimiliki kepada orang ramai, bukan hanya kepada sesetengah orang sahaja. Ia dicapai dengan menggabungkan fungsi, kualiti, reka bentuk dan nilai - sentiasa mengutamakan mesra alam sekitar. Konsep IKEA wujud dalam setiap bahagian syarikat, daripada reka bentuk, sumber, pembungkusan dan pengedaran menerusi model perniagaan. Sasaran mereka tetapkan ialah membantu lebih ramai orang menjalani kehidupan yang lebih baik di rumah. Oleh sebab itu, syarikat IKEA sentiasa mengeluarkan idea yang bervariasi demi mengurang lagi kos pengeluarannya dan turut mengurangkan harga produk siap.
Syarikat amat mementingkan kemampuan pembeli dan juga penilaian terhadap rumah kediaman masing-masiang tanpa mengira peringkat masyarakat yang berbeza. Oleh itu, syarikat sentiasa menghasilkan produk yang berharga rendah bagi mencapai objektif yang sentiasa dipegang, iaitu membantu masyarakat untuk membinakan rumah kediaman yang diingini pada kemampuan mereka. Mereka akan membuat pertimbangan dari sudut pelanggan dahulu termasuklah kemampuan dan kuasa beli masyarakat baru merekakan produk yang ingin dikeluarkan pada harga yang munasabah dengan mendapatkan keuntungan daripadanya. Dengan konsep ini, masyarakat dapat menikmati faedah daripadanya dengan membeli perabot-perabot yang moden mengikuti keupayaan sendiri dan syarikat IKEA juga mencapai matlamatnya serta menjaga kebajikan masyarakat.
Syarikat IKEA menetapkan harga pada tahap yang rendah dalam tempoh yang selama mungkin. Pekerja di bahagian kewangan akan mengabungkan pendekatan membuat keputusan dan berdaya usaha dengan keterperincian dan struktur. Mereka memainkan peranan penting mengambarkan visi dan idea perniagaan IKEA. Kewangan adalah bertanggungjawab untuk keperluan kewangan dan maklum balas. Mereka memberikan maklumat kepada kumpulan pengurusan, memastikan keperluan undang-undang dipenuhi dan memastikan pembangunan jangka masa panjang IKEA. Perancang perniagaan menggunakan kemahiran usahawan dan maklumat pengurusan untuk mengenal pasti dan menilai peluang perniagaan. Kedua-dua fungsi Kewangan dan Perancangan Perniagaan merangkumi seluruh syarikat dan kerja-kerja dilakukan dengan cara yang sama tanpa mengira lokasi. Seperti mana di bahagian lain di IKEA, pekerja dari satu bahagian IKEA boleh dipindahkan ke bahagian lain yang membolehkan peluang untuk pembangunan ramai para profesional dan peribadi.
Syarikat IKEA juga menjalankan satu promosi 'Harga Lebih Rendah' yang telah mengurangkan harga sebenar produk tersebut ke tahap yang serendah mungkin. "Lebih banyak kami jual, lebih murah harganya. Anda hanya perlu mencari produk yang ditandakan dengan symbol Harga Lebih Rendah (HLR) apbila anda di gedung kami. Ini bermakna produk tersebut kini berharga lebih rendah daripada dahulu. Bukan rasiah lagi, kami hanya membuat produk yang kami sendiri akangunakan. Kerana jika orang menyukainya, kami boleh membuat lagi pada kos yang lebih remdah dan penjomatnya dapat disalurkan kepada anda." Daripada laman web rasmi IKEA http://www.ikea.com/my/ms/campaigns/2015/evenlowerprices.html yang dilayari pada 29 Julai 2015 telah menyebarkan dan juga menerangkan tujuan sebenar bagi menjalankan aktiviti promosi ini. Dalam aktiviti ini, terdapat pelbagai jenis produk telah ditandakan sebagai produk yang dijual pada Harga Lebih Rendah berbanding dengan harga lama tahun lepasnya. Produk-produk yang terlibat dari berbeza jenis dari size kecil hingga ke size besar termasuklah rangka, almari pakaian, set meja makan bersama dengan kerusi, lampu, bingkai kolaj, cermin dan berbagainya. Dengan ini, pelbagai pihak yang berlainan peringkat juga dapat menikmatikan faedah daripada pelaksanaan IKEA ini bersama-sama.
Selain itu, syarikat IKEA turut memperkenalkan restoran atau dikenali sebagai IKEA FOOD di hampir setiap rangakian stornya di seluruh dunia. Dalam syarikat IKEA, bahagian yang selalu mendapat keuntungan yang terbanyak adalah medan seleranya. "Kepuasan Pelanggan Adalah Perut Yang Kenyang" merupakan salah sqatu konsep yang mereka pengangkan. "Kami mendapati sukar untuk melakukan perniagaan apabila pelanggan merasa lapar. Itulah sebabnya kami menawarkan kepada mereka tempat yang selesa untuk menambah tenaga dan menikmati juadah Sweden." Ayat ini diperolehi daripada laman webnya yang diakses pada 31 Julai 2015. IKEA FOOD ini memainkan peranan penting dalam Konsep IKEA untuk menarik minat pengunjung ke gedung IKEA dan menggalakkan mereka berada lebih lama di gedung. Restoran, bistro dan Kedai khas Makanan Sweden juga dapat membantu memperkuatkan identiti Sweden dan harga rendah. Makanan-makanan Sweden yang popular ditawarkan termasuklah bebola daging bersama dengan Lingonberry jem, Fish and Chips, salad ikan Salmon ,roti kayu manis dan juga lain-lain yang melambangkan tradisional Sweden. Harga pada setiap hidangan juga amat berpatutan mengikut jenis makanan dan juga kuantiti yang diambilkan. Sesiapa sahaja yang boleh datang ke restoran untuk menjamu selera.
Hal ini juga memberi kemudahan kepada pengunjung-prngunjung yang datang ke gedung IKEA membeli-belah belum lagi mengisi perut dengan mencuba makanan yang amat istimewa bagi negara Malaysia. Dan ia dapat menimbulkan kepuasan terhadap perkhidmatan IKEA oleh kerana perancangan yang dijalankan amat teliti. Makanan-makanan yang ditawarkan juga amat berbeza daripada citarasa rakyat Malaysia pada kehidupan harian dan ia merupakan sesuatu isu baru yang dapat menarikkan lebih banyak pelanggan datang untuk mencubakan makanan Sweden yang jarang dinikmati oleh pelanggan Malaysia.
5.3.2 Penetapan harga berasaskan pesaingan
Penentuan haraga berdasarkan persaingan merujuk kapada pemasar akan mengkaji harga produk pesaing. Mengikut kaedah penentuan harga kadar kini, syarikat IKEA meletakkan harga yang kurang daripada harga pesaing utama.
Harga yang lebih rendah adalah pernyataan misi untuk IKEA. Menurut lama web http://liveinikea.tumblr.com/Brand_Analysis, semua orang membeli produk di IKEA oleh kerana itu produknya murah. Berbandingkan dengan pesaing, harga untuk produk yang sama antara IKEA dan jenama lain adalah rendah dengan jelas. IKEA adalah lebih murah daripada jenama lain sekurang-kurangnya sebanyak 30% hingga 40%. Dan mereka masih mencari bahan mentah yang berbeza untuk membuat kos produk rendah lagi.
IKEA sebagai pengeluar perabot yang terbesar di dunia berusaha mempertahankan harga pasar. Meraka tidak akan membiarkan para pesaing menawaarkan harga yang lebih rendah daripada harga IKEA. Dengan kemampuan mereka untuk memproduksi dengan skala yang besar dan mengekalkan kos pengeluaran yang rendah untuk mengeluarkan sesuatu produk, kebanyakan pelanggan telah tertarik dengan pelaksanaan IKEA ini.
Dengan falsafah perniagaan "Low price with meaning" ?, Ikea tak berhenti berupaya membuat segalanya lebih murah tanpa membuat pelanggan merasa citarasanya menjadi murahan. Ikea boleh melakukan ini kerana mereka mempunyai kepakaran reka bentuk, pengeluaran, dan pengedaran yang luar biasa. Kepiawaian unik ini, dari segi citarasa, kaedah, dan semangat yang tinggi dapat meningkatkan daya saing IKEA dengan meperjuangkan dengan semua jenama perabot di dunia.
Salah satu pesaing yang terdapat di Malaysia adalah Muji. Muji merupakan sebuah syarikat runcit Jepun yang menjual pelbagai barang keperluan isi rumah dan barangan pengguna. Muji bermula dengan 40 produk pada tahun 1980-an, produk mereka terdiri daripada alat tulis, dan pakaian untuk lelaki dan wanita, untuk barangan makanan dan peralatan dapur utama dan telah pun termasuk sebuah kereta. Perniagaan utamanya termasuk muji Café, Meal muji, Muji tapak perkhemahan, kedai bunga dan perabot rumah. Selepas itu syarikat ini juga telah terlibat dalam projek seni bina seperti rumah muji.
Menjelang akhir 2000-an, Muji menjual lebih daripada 7,000 produk. Ia diletakkan sebagai jenama "berpatutan", mengekalkan harga runcit produk "lebih rendah daripada biasa" oleh bahan-bahan yang ia memilih, memperkemas proses pembuatan, dan meminimumkan pembungkusan.
Daripada laman web rasmi muji, https://www.muji.eu/pages/online.asp?Sec=19 yang dilayari pada 31 Julai 2015 dapat memperkenalkan perabot-perabot yang dikeluarkan termasuklah katil, kabinet, almari pakaian, meja makan dan juga lain-lain. Dengan ini, perbandingan produk yang dikeluarkan oleh syarikat IKEA antara kedua-dua syarikat ini dapat dilakukan berdasarkan harga produk. Melalui pemerhatian pengkaji, terdapat beberapa jenis produk dapat membandingkan harga bagi kedua-kedua syarikat ini, antaranya :
Harga (RM)
Jenis Produk
Syarikat IKEA
Syarikat Muji
Rangka katil kayu
899
1807.26
Almari berlaci
499
1531.58
Cermin
129
489.49
Jadual 5.3.2 : Perbandingan Harga antara syarikat IKEA dan Muji
Berdasarkan hasil dapatan ini, jadual 5.3.2 menunjukkan perbezaan harga produk yang sma jenis antara syarikat IKEA dan syarikat Muji. Dengan ini dapat mengetahui dengan jelas bahawa harga produk Muji jauh berbanding dengan produk syarikat IKEA dengan lebih mahal samapai beberapa peratus kali berganda.
Berdasarkan pendapat pengkaji, perbezaan yang besar antara kedua-dua syarikat ini berlaku berkemungkinan kerana harga bahan mentah yang dibeli untuk menghasilkan barang siap adalah berbeza. Syarikat IKEA dapat memperolehi harga bahan mentah yang lebih murah dengan pembelian yang berskala besar, ada juganya yang pembekal IWAY yang sendiri menanamkan pokok-pokok untuk mendapatkan bahan yang diperlukan contonya conton. Oleh sebab itu, kos mbelian bahan mentah IKEA menjadi lebih rendah.
5.3.3 Penetapan harga produk baru
Penentuan harga produk baharu merupakan salah satu strategi untuk meningkatkan jualan. Strategi penentuan harga melalui penembusan pasaran merujuk pada kaedah penetapan harga permulaan yang rendah bagi mnembusi sesuatu pasaran dan menarik seberapa ramai pengguna untuk membeli produk baharu tersebut. Pengeluaran produk dalam kuantiti yang banyak dan penjimatan kos pengeluaran membolehkan pengeluar memperoleh syer pasaran yang besar.
Harga rendah merupakan satu visi dan idea perniagaan dalam menentukan hala tuju di IKEA. Asas di sebalik pemikiran di seluruh konsep IKEA adalah rekaan menarik dengan harga rendah, fungsi kelengkapan rumah sesuai untuk semua. Oleh itu, visi mereka adalah untuk mencipta kehidupan yang lebih baik buat semua orang. Syarikat IKEA akan konsisten untuk mencuba segala supaya lebih baik, lebih mudah, dan lebih efisien dan sentiasa kos efektif. Semua unit di IKEA memainkan peranan penting dalam mengekalkan harga yang rendah buat pengguna.
Langkah yang syarikat IKEA mengambil ialah merekakan tanda harga terlebih dahulu. Sebagai contoh, Lampan, sebuah lampu telah dicipta dari asas pemikiran iaitu gabungan harga yang amat rendah beserta reka bentuk yang cantik dan tinggi kualiti adalah tidak mustahil. Dengan memikirkan harga yang rendah, pereka akan mula mengkaji keseluruhan proses pembuatan, temasuk bahan, logistik, tenaga kerja dan kos pengangkutan. Kesudahan yang dikecapi adalah kejayaan yang membanggakan bagi pembungkusan terendak lampu boleh digunakan sebagai bekas untuk asas lampu. Produk kelengkapan rumah yang berkualiti dengan harga yang mampu dibeli oleh semua peringkat masyarakat dapat menarik lebih banyak pelanggan berbanding dengan syarikat lain. Harga permulaan yang rendah bertujuan untuk menghalang persainagn kerana bakal pesaing tidak akan tertarik dengan yang sedikit apabila terpaksa menjual pada harga yang rendah
Pada pendapat pengkaji, cara penetapan harga yang dilaksanakan oleh syarikat IKEA amat berkesan dan efektif. Dengan memegangkan konsep yang ditetapkan, iaitu menyediakan rangkaian yang mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat, syarikat IKEA telah pun mengambil kira kemampuan memiliki pihak umum bagi menetapkan harga produknya pada harga yang lebih rendah berbanding dengan jenama lain. Berdasarkan laporan yang dipaparkan di surat kharbar 'The Star' pada 1 April 2014 menunjukkan bahawa semua produk IKEA akan kekal pada harga asal selepas pelaksanaan dasar GST. Hal ini banyak membantu pelanggan untuk terus mempunyai keupayaan untuk membelikan produk yang berharga rendah bagi mencapai objektif IKEA iaitu menjadikan kehidupan harian lebih baik untuk orang ramai.
5.4 Mentaktrif strategi campuran promosi menerusi pengiklanan, promosi jualan dan publisiti yang dijalankan oleh syarikat IKEA.
Dalam bahagian ini, pengkaji telah mengkaji beberapa kaedah yang digunakan untuk menjalankan promosi terhadap produk IKEA, iaitu pengiklanan, promosi jualan dan publisiti yang dilakukan oleh syarikat IKEA. Promosi ialah aktiviti-aktiviti yang memberitahu, menarik dan mempengaruhi pengguna tentang kebaikan keluaran dan cuba memujuk pengguna sasaran untuk membeli produk tersebut. Tujuannya juga termasuklah mewujudkan, megekal dan memperluasakan pasaran bagi sesuatu peoduk.
5.4.1 Pengiklanan
Pengiklanan didefinisikan sebagai satu proses komunikasi secara tidak langsung yang dikenakan bayaran kepada pihak pemasar. Saluran media massa sesuai digunakan dalam pengiklanan sama ada melalui media elektronik atau media cetak. Dengan adanya pengiklanan, maklumat produk dapat disampaikan dengan cepat dan melangkaui sempadan sesebuah negara. Syarikat telah memilihkan pengiklanan sebagai salah satu strategi untuk mempromosikan produknya ke seluruh dunia. Konsep IKEA boleh dihidupkan dengan banyak cara: menerusi gedung IKEA di seluruh dunia, dalam katalog IKEA, menerusi laman web dan aplikasi, dan paling penting, di dalam berjuta-juta kediaman di sekeliling dunia.
Bagi memudahkan pihak umum boleh maklumat yang lanjut tentang produknya, Syarikat IKEA akan mengeluarkan katelog tahunan pada setiap akhir tahun. Isi kandungan dan maklumat dalam katelog ini adalah tentang aktiviti promosi dan maklumat yang teliti tentang produk pada tahun yang ke hadapan. Mereka telah merancang dan akan menjalankan semua aktiviti yang telah ditentukan serta menyebarkannya melalui katelog tersebut bagi tujuan untuk pelanggan lebih faham operasi dan aktiviti yang akan diadakan pada masa akan datang. Strategi ini berjaya menarik lebih banyak pelanggan datang berkunjung ke gedung mereka dengan lebih jelas aktiviti mereka dan juga menimbulkan keyakinan terhadap syarikat IKEA ini. Sesiapa sahaja yang datang ke gedung IKEA boleh dapat katalog ini di kaunter khidmat nasihat secara percuma. Tarikh terbitan biasanya akan berada pada bulan April atau Ogos setiap tahun dan ia sah sepanjang tahun. Harganya dijamin tidak akan meningkat selagi katalog ini sah digunakan. Di dalamnya, pengunjung akan dapati segalanya tentang perabot, aksesori dan dekorasi bilik bersama dengan maklumat terperinci tentang bahan, warna, ukuran, penjagaan produk dan harga. IKEA tidak pernah memandang remeh soal pengiklanannya. Katalog sentiasa mengemaskini, memperbaharui dan menambah baik konsep persembahan di dalam katalognya untuk menjadikannya sentiasa terkini dan segar. Dengan cara ini, pengunjung-pengunjung boleh merancang pembelian di IKEA untuk kepuasan dan keselesaan rumah kediaman masing-masing.
Disamping itu, semasa katalog yang dicetakkan IKEA juga memegangkan prinsip mesra alam. Katalog yang dicetak dengan kertas bebas klorin dan mengandungi sekurang-kurangnya 10-15% menggunakan bahan buang pengguna. Tiada hutan hujan atau serat lama di gunakan. Proses percetakan pula menggunakan 100% digital yang tidak menggunakan filem dan bahan kimia lain. Tidak menggunakan kilauan optikal di atas kertas. Hal ini telahpun membuktikan bahawa IKEA amat mementingkan kualiti alam sekitarnya sehingga bahagian terperinci ini juga akan dikawalkan.
Syarikat IKEA juga memperkenalkan aplikasi "IKEA Store" yang boleh muat turun dari telefon pintar secara percuma untuk mendapatkan lebih banyak maklumat yang terkini. Dengan aplikasi ini dapat membelikan produk secara atas talian denga lebih pantas dan mudah dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja. Pelanggan-pelanggan boleh membuatkan senarai membeli-belah di telefon bimbit dan hantarkan ke IKEA.com dan membuatkan pembayaran dan akhirnya selesailah proses pembelian ini.
5.4.2 Promosi Jualan
Promosi jualan merupakan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan jualan pemasar dalam jangka pendek untuk mendorong tindakan terus daripada pihak umum untuk membuat keputusan pembelian. Dalam bahagian ini, Syarikat IKEA telah menggunakan beberapa alat promosi yang dapat menarik pengguna untuk membelikan produknya.
Sama seperti sayrikat gergasi yang lain, syarikat IKEA juga tidak ketinggalan mewujudkan Program Kesetiaan supaya pelanggan-pelanggan akan terus setia bersama mereka walaupun dengan wujudnya persaingan dari syarikat-syarikat lain. Program Kesetiaan ini disimbolkan menerusi sekeping kad yang degelar sebagai IKEA Family yang dapat memberikan layanan istimewa dan diskaun menarik untuk sebarang pembelian produk atau di restoran IKEA.
Pemohonan kad ahli ini mudah dan senang didapatkan, hanya mendaftar secara atas talian dan dapatlah kad tersebut. Antara kelebihan dengan adanya kad ini, setiap pembelian produk dapat menikmati harga istimewa yang hanya bagi kepada ahli-ahli IKEA sahaja. Selain itu, ahli-ahli boleh menggunakan kd tersebut di mana-mana gedung IKEA sama ada di restoran atau di akunter pembayaran. Ahli-ahli akan mendapat secawan minunan kopi atau tea dengan percuma dan juga dapat menikmati hidangan di Restoran IKEA pada harga yang lebih rendah daripada harga asalnya.
Program istimewa yang dijalankan oleh IKEA adalah kad hadiah atau dekenali sebagai " Gift Cards" . Apabila pelaggan-pelanggan ingin memberikan sesuatu hadiah tetapi sukar untuk memilih, kad ini dapat menyelesaikan masalah ini. Pelanggan boleh memilih IKEA Gift Card pilihan seterusnys isikan ia dengan sebarapa banyak amaun yang ingin diberikan dan bagi kepada sesiapa yang ingin dibagi. Kad ini akan digunakan setelah membuat pilihan dan membayarkan dengan menggunakannya. Hadiah ini mudah untuk mereka memilihkan barangan idaman yang mereka hendakkan. Kad ini juga tiada had penggunaan dengan hanya mengikut amaun yang ada dalam kad tersebut. Kad ini untuk semua pembelian di gedung IKEA, Restoran and Kedai Khas Makanan Sweden.
5.4.4 Publisiti
Publisiti merupakan satu komunikasi yang disampaikan kepada pengguna melalui cerita dan berita yang ada kaitan dengan produk yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan melalui media massa seperti elektronik dan cetak. Publisiti juga melibatkan penghebahan mengenai sesuatu produk baru dalam pasaran melalui siaran berita di televisyen dan radio. Contoh-contoh publisiti termasuklah siaran berita, artikel, wawancara dan siding akhbar. Syarikat juga boleh menyampaikan maklumat kepada pihak media melalui temu ramah dan sesi soal jawab.
Syarikat IKEA menggunakan cara ini untuk menarik lebih banyak perhatian pihak awam kepada gedungnya. Hal ini bertujuan bagi memperkenalkan produk yang dikeluarkan selain daripada menarik pengguna yang baharu. Publisiti produk yang merangkumi liputan berita tentang produk yang dikeluarkan juga dijalankan oleh IKEA bagi tujuan mempersembahkan produk yang terkini kapda pihak masyarakat. Syarikat IKEA juga meyediakan ruang berita untuk memperkenalkan produk-produk yang terbaru diciptakan oleh pereka-pereka dan juga mengumumkan kepada pihak umum tentang aktiviti promosi yang sedang dijalankan.
Perhubungan dengan akhbar yang berterusan antara syarikat IKEA dengan pihak akhbar supaya mendapat liputan yang baik daripada pihak akhbar dapat mewujudkan reputasi yang baik antara perniagaan dengan masyarakat kerana perhubungan awam lazimnya mewujudkan hubungan mesra dengan komuniti. Disamping itu, syarikat IKEA juga dapat menyebarkan maklumat atau informasi yang terkini ingin dilaksanakan melalui dengan laporan ke atas akhbar atau berita kepada masyarakat umum. Sebagai contoh, berdasarkan salah satu surat akhbar yang berjenama 'Berita Harian' melaporkan bahawa syarikat IKEA akan membuka rangkaian keduanya, IKEA Cheras di Jalan Cochrane, Cheras pada akhir tahun 2015. Dan berita ini juga dapat dilaporkan di berita saluran Astro Awani pada 29 Julai 2015. ( Lampiran )
Melalui analisis pengkaji, pengkaji dapat
Strength
Oppurtunity
Threat
Weakness
SWOT