falsafah dan logika melayu pantun budi SITI NUR SYAKIRAH BINTI MAT TAZALIFull description
lucu
pantun mengenai kebudayaanDeskripsi lengkap
pantunFull description
Makalah Pantun
Himpunan pantun untuk majlis-majlis sekolahFull description
Full description
Menyenaraikan maklumat & senarai tugasan penanggah majlis perkahwinan Fas Nadiah & Abdul Rahim. Segala bantuan & sokongan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga majlis ini dibe…Full description
Doa Majlis Perkahwinan.Full description
@@Full description
Deskripsi lengkap
UNTUK PANDUANFull description
SAJAK/PANTUN KAHWIN PENGANTIN Buah pauh si bunga rampai Kilauan bintang sungguh mengasyikkan Orang jauh sudahlah sampai Selamat datang kami ucapkan
Bauhulu kuih traditional Masak mi wap berkepul Mangkuk timah penuh sarat Guna penyejat si kayu jati Kalau dahulu tidak kenal Hari ini kita berkumpul Sekarang beramah semakin erat Menyampaikan hajat di dalam hati
Tiup serunai di atas kota Uda memupuk bunga Melati Mula kenal kemudian bercinta Cinta tersemai dalam hati
Ikan di laut asam di darat Dalam kuali bertemu jua Hati terpaut janji diikat Atas pelamin bertemu jua
Amat garang datuk bentara Musuh melanggar habis dibenam Dulu seorang kini berdua Hidup bersama susah senang
Tunduk segala rakyat jelata Memberi takzim raja gahari Raja rupawan di atas takta Duduk memerintah barang sehari
Orang jauh berkirimkan surat Berkali-kali dibaca jua Ikan dilaut asam didarat Dalam kuali bertemu jua
Orang jauh dikenang-kenang Dari Johor kekuala Kedah Hanya terkenang pada yang satu Dagang merantau beratus batu Mula berkenal kemudian Surat sudah, SMS pun sudah bertunang Sudah kawin masih begitu Diatas pelamin sama bersatu
Di malam hari terang senegeri Bulan purnama dihujung julai Majlis gahari bertambah seri Menyambut kedatangan kedua mempelai
Panas kering siapakan tahu Hujan rintik di daun pandan Berjalan seiring bersentuh bahu Sama cantik sama padan
Doa berkat penutupnya amin Ayam dara di buat gulai Jari lentik memukul gendang Bungkus bekalan letak di bucu Mempelai berangkat di atas pelamin Riang gembira kedua mempelai Sama cantik sama padan Semoga berkekalan keanak cucu
Ke Seberang Takir membeli cermin Beli ikan dimasak gulai Cinta berakhir di jinjing pelamin Sama segak kedua mempelai
Kain sekayu itulah ukurannya Kain songket berbenang emas Berbaju Melayu sama segaknya Berdandan berlokek berselendang emas Pokok pulai tidak berduri Di buat bumbung luas melebar Dua mempelai berseri-seri Dua jantung berdebar-debar
Rimbun semalu di jambu batu Bangkit pelanduk terus berlalu Kompang dipalu menyahut restu Pengantin duduk tersenyum malu
Tuan puteri tersenyum-senyum Seronok mengadap beramai beramai-ramai -ramai Melihat laksamana bermain rodat Masing-masing dengan lakunya Senyum-senyum jangan tak Jemput pengantin makan berdamai senyum Semoga bahagia selama-lam selama-lamanya anya Sudah sempurna segala adat
Semerbak bunga seroja Dibelai dara pingitan Lauk pauk penuh semeja Jemput mempelai menikmati hidangan
Sianak dara memakai lokek Lokek tersangkut dihujung julai Untuk majlis membelah kek Jemput bangun kedua mempelai
Feringgi melanggar Inderagiri Lalu dibedil oleh laksamana Suami ibarat kepala negeri Hendaklah adil lagi saksama
Pergi berzanji di pekan pagoh Beli sekati ikan senohong Sudah berjanji bersetia tegoh Jangan dimungkiri bercakap bohong
Keris dan sundang lambang diraja Itulah tanda raja yang makbul Tanah ladang diletak baja Makin dibaja semakin subur
Bunga Melati dihujung dahan Disunting dara dengan cermat Suami isteri berkasih-kasihan Seperti nabi kasihkan umat
Hadirin berpakaian serba indah Meraikan majlis yang gilang gemilang Bersanding sudah, bersantap pun sudah Sila pengantin berangkat pulang
Ikan todak si ikan pari Malam hari memasang damar Ikan linang di dalam peti Menangkap ikan di tepi titi Adapun adat bersuami isteri Suami isteri mesti bersabar Senang dan susah sampai kemati Kekal rukun damai dihati
Dalam gelap durian gugur Dikumpul dapat berpikul-pikul Kalau tersilap boleh ditegur Jangan pula dip ukul-pukul
Dengarlah ini ayah berpesan Anak menantu, ayah ingatkan Berkasih sayang sesama insan Jangan cepat menjadi bosan
Ikan todak si ikan pari, Ikan linang di dalam peti, Adapun adat suami isteri, Senang dan susah sampai kemati.
Tuan puteri tersenyum-senyum, Melihat laksmana bermain rodat, Senyum2 jgn xsnyum, Sudah sempurna segala adat.
Ayam dara dibuat gulai, Bungkus bekalan letak dibucu, Riang gembira kedua mempelai, Smoga brkekalan keanak cucu.
Panas kering siapakan tahu, Hujan rintik di daun pandan, Berjalan seiring bersentuh bahu, Sma cantik sama padan.