Teknologi Instruksional Harapan dan cabaran berkaitan pengintegrasian teknologi instruksional ke dalam pendidikan di sekolah-sekolah negara ini. ________________________________________________________________ Pengenalan Pendidikan amat penting kepada rakyat di negara kita. Kepentingannya seiring dengan pembangunan negara. Perlu kita sedar, pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana membangunkan generasi alaf baru. Generasi abad ke-21. Generasi yang bertunjangkan kepada sistem maklumat. Persoalannya, mampu kah atau bersedia kah teknologi diintegrasikan ke dalam teknologi instruksional? Bagaimanakah penerimaan guru, murid, pihak pengurusan sekolah atau ibu bapa ? Adakah mereka sanggup menyediakan minda dan diri mereka untuk berubah? Patut kah teknologi diperbanyakkan di sekolah-sekolah negara kita dengan mengabaikan proses instruksional kepada teknologi yang digunakan? Atau menganggap proses instruksional akan datang dengan sendirinya apabila guru menggunakan sesuatu teknologi tersebut? Selalu kah kita berfikir teknologi itu adalah mesin dan mesin itu adalah teknologi? Jika benar,apa itu teknologi instruksional? Definisi Teknologi Instruksional Sebelum pergi lebih jauh adalah lebih baik diterangkan maksud teknologi instruksional. Menurut Seels & Richey, (1994,), teknologi instruksional bermaksud, perihal berkaitan teori, amalan reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian terhadap proses dan sumber pembelajaran. Mengikut Finn (1960), pula, “instructional technology should be viewed as a way of looking at instructional problems and examining feasible solutions to those problems”. Lumsdaine, (1964), mendefinisikan teknologi instruksional sebagai, “Instructional technology could be thought of as the application of science to instructional practices”. DAVI, (1963) pula mengatakan, “Instructional technology is the design and use of messages which control the learning process. It implies systematic design of planning, production, selection, utilization and management”. Jelas, dari keterangan di atas teknologi instruksional berkaitan dengan proses dalam amalan reka bentuk pengajaran yang bersistematik. Ini bertujuan membolehkan murid-murid menjadi faham apa yang mereka belajar. Amalan penggunaan teknologi di kelas
Penggunaan teknologi di kelas sudah pun bermula sekitar tahun 1920-an di Malaysia. Ketika itu guru-guru pelatih SITC (Sultan Idris Training College), Tanjung Malim, Perak diajar cara-cara membina dan menggunakan alat pandang seperti kad gambar, carta, peta, model dan bahanbahan terbuang (sumber: Kitab Pedoman Guru, Dussek dan Mohd Hashim Talib, 1929, Kitab Pertolongan Ilmu Mengajar, Terjemahan Abd Aziz bin Din, 1948). Mengikut Yusup Hashim, (2002,h.236), penggunaan teknologi dalam teknologi pendidikan di Malaysia dibahagikan kepada tiga zaman iaitu: 1. Zaman pra dan pos merdeka : perkembangan bahan visual dan 1949 – 1971 pandang dengar 2. Zaman 1972 – 1979 : Pengaruh media komunikasi – radio dan TV pendidikan 3. Zaman 1980 – 1990 : Perkembangan pengajaran berasaskan sumber dan pendidikan komputer Pada zaman pra dan pos merdeka, papan hitam, papan flanel, papan kenyataan dan papan magnet digunakan sebagai bahan utama pengajaran visual manakala papan batu dan bahan bercetak sebagai bahan pembelajaran. Sekitar tahun 1950-an, teknologi ini berkembang lagi penggunaannya (dalam kelas) kepada alat pandang dan dengar seperti siaran radio dan rakaman audio. Zaman 1972-1979, pengaruh media komunikasi (TV dan radio pendidikan) mula berkembang. Media ini digunakan untuk membantu guru dalam pengajaran di kelas. Perubahan perkembangan ini berlaku lagi sekitar zaman 1980-an. Zaman yang mula mengecilkan peranan guru, iaitu pengajaran berpusatkan murid. Ini dapat diterjemahkan dalam kurikulum baru yang diberi nama Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR,1983) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM,1987). Kurikulum ini lebih mengutamakan sumber atau media pengajaran dan literasi komputer. Pengajaran pula dikehendaki dirancang secara sistematik dan mampu mengintegrasikan bahan atau sumber dalam pengajaran guru. Perkembangan literasi komputer berkembang kepada perkembangan teknologi multimedia dan mula dilaksanakan di sekolah sekitar tahun 1990-an. Dari sinilah banyak perisian-perisian kursus pendidikan untuk guru dan pelajar dibangunkan. Komputer juga banyak dibekalkan ke sekolahsekolah seluruh negara. Mengikut data Kementerian Pelajaran Malaysia,(2006), bilangan sekolah rendah sehingga 2006 adalah sebanyak 7,613 buah sekolah (bilangan guru sekolah rendah: 1,191, 394 orang) manakala sekolah menengah adalah sebanyak 2,045 buah sekolah(bilangan guru sekolah menengah: 137, 730 orang) dan 88 buah sekolah Bestari. Sebanyak 5,037 buah sekolah telah disediakan makmal komputer dan pembekalan komputer sebanyak 133,000 serta 4,700 pelayan, telah dihantar ke sekolah seluruh Malaysia.(PIPP,2006-2010,h.26).
Bermula 2006 Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina Pusat Akses Sekolah yang berkonsepkan ala “cyber cafe” supaya pelajar boleh belajar secara akses kendiri. Pembinaan pusat akses ini dilakukan secara berperingkat mengikut fasa dan kini berjumlah 4,489 buah sekolah dari fasa 1 hingga fasa 4 pelaksanaannya. Sebuah pusat akses dilengkapi dengan 10 buah komputer meja (desktop computer) untuk satu sekolah. Guru-guru Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris juga turut dibekalkan oleh kementerian, komputer riba. Ini bertujuan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas bagi melaksanakan program PPSMI (pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris). CABARAN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DALAM PENDIDIKAN ICT Di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, (2006-2010, PIPP), beberapa usaha telah dirangka oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan antaranya; • Projek Rintis Sekolah Bestari- pelaksanaannya menekankan penggunaan ICT sebagai pengupayaan pedagogi dan pengurusan sekolah. • School-Net - Projek penyediaan prasarana jalur lebar untuk capaian ke Internet di semua sekolah bagi tujuan mengatasi jurang digital. • Projek My School Net - Projek membudayakan penggunaan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran melalui pembangunan laman web yang menyediakan bahan sumber pendidikan untuk pelajar, guru dan pentadbir sekolah seperti modul pengajaran dan pembelajaran, perisian sukatan pelajaran, berita, forum dan program kolaboratif. • Makmal pengkomputeran • Pengajaran dan pembelajaran – Sekolah dibekalkan komputer riba & desktop, Sains dan Matematik dalam LCD, skrin,troli, TV dan pencetak untuk Bahasa Inggeris (PPSMI) memudahkan proses pengajaran & pembelajaran • TV pendidikan - Diwujudkan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah. • Mata pelajaran ICT - Antaranya literasi komputer, reka cipta, dan teknologi maklumat; diperkenalkan bertujuan untuk memupuk insan celik teknologi dan budaya kreatif. • Latihan ICT untuk guru - Diwujudkan untuk melatih guru supaya mahir dalam ICT. Sehingga 2005, seramai 200,000 guru dilatih dalam ICT. Sepintas lalu, penekanan dalam literasi komputer atau celik IT banyak ditekankan oleh Kementerian Pelajaran pada zaman ini. Zaman teknologi maklumat dan komunikasi. Begitu juga prasarana peralatan, banyak dibekalkan oleh Kementerian ke sekolah-sekolah. Persoalannya mahir kah guru-guru mengintegrasikan peralatan tersebut dalam pengajaran
mereka di kelas? Adakah Kementerian Pelajaran Malaysia memberi kursus khas kepada guruguru cara menggunakan “peralatan” itu untuk diintegrasikan ke dalam pengajaran mereka secara efektif? Atau cukup kah sekadar latihan pengoperasian perkakasan seperti notebook dan LCD? Yang mana lebih penting kepada pencapaian pelajar? Latihan mengurus pengoperasian perkakasan atau latihan cara menggunakan alatan, supaya mampu diintegrasikan dengan efektif dalam pengajaran dan pembelajaran guru? Sebagaimana kata Tiene & Luft, (2001), “working in an appropriately designed technology-rich environment has the potential of producing a variety of positive outcomes”. Sebagai seorang guru atau pendidik, teknologi (seperti, komputer, perisian kursus, akses Internet) perlulah diintegrasikan dengan objektif pembelajaran yang dirancang awal. Perancangan ini harus mengambil kira kebolehan pelajar yang boleh diukur dan proses instruksional yang bagaimanakah patut dijanakan supaya sesuai dengan kebolehan pelajar. Menurut Hadley & Sheingold,(1993), “ integration does not just mean placement of hardware in classrooms. If computer are merely add-on activities or fancy work sheets, where is the value? Technologies must be pedagogically sound”. Pengintegrasian teknologi bukanlah mengenai teknologi itu, ia sebenarnya mengenai kandungan dan keberkesanan amalan instruksional. Teknologi melibatkan alat yang mana pendidik menggunakannya untuk menyampaikan pengajaran dengan cara yang lebih baik dengan berfokuskan kepada kurikulum dan pembelajaran. Mendefinisikan pengintegrasian dengan meletakkan jumlah atau jenis teknologi yang digunakan bukanlah tepat sepatutnya bagaimana dan mengapa ia digunakan. (Earle,2002). Bernauer (1995,p.1), mengatakan, “it is not technology per se that has resulted in improved student outcomes, but rather how the technology was used and integrated into instructional processes”. Nah! cuba kita amati pula kata-kata YB Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, “Penggunaan komputer riba dan projektor multimedia didapati kurang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah. Komputer riba dan projektor multimedia ialah alat kaku yang tidak mempunyai makna kalau tidak diiringi dengan satu proses”. Kata beliau ketika mengulas kajian kementeriannya mengenai kebimbangan terhadap statistik yang menunjukkan hampir separuh daripada pelajar tingkatan satu dan dua di luar bandar gagal dalam subjek sains dan matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris. (Portal Pendidikan, Utusan Malaysia,2005). Keupayaan untuk berubah Perubahan dari keadaan biasa ke suatu “keadaan” lain bukanlah mudah. Perubahan di sini bermaksud cara baru dalam amalan instruksional dan pembelajaran, sumber bahan pengajaran dan pembelajaran termasuk akses Internet dan pengubahsuaian sistem pendidikan dari aspek kurikulum. Perubahan baru ini memerlukan anjakan paradigma, pengorbanan, masa, wang
ringgit dan motivasi yang tinggi pada guru dalam proses penyesuaian. Menjelang abad ke-21, pendidikan di Malaysia menumpukan kepada pusat kecemerlangan (center for academic excellence) di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa. Ini bersesuaian dengan keinginan negara untuk mencapai pendidikan bertaraf, “world class education”. Oleh itu bagaimanakah perubahan itu harus dilakukan? Bagaimanakah teknologi (multimedia) yang diketengahkan mampu diintegrasikan dalam kurikulum? Wujud kah kekangan atau halangan dalam melaksanakan perubahan-perubahan ini di sekolah? Ertmer (1999) mengkategorikan halangan ini kepada dua kumpulan iaitu halangan ekstrinsik kepada guru seperti masa, sumber, akses, latihan dan sokongan. Kategori yang kedua ialah halangan intrinsik kepada guru seperti sikap, kepercayaan, amalan dan rintangan. Menurut Ertmer, seandainya halangan ekstrinsik berjaya diatasi, guru tidak akan terus menggunakan teknologi malah mungkin menyingkirkan dari menggunakannya (h.51). Guru dan teknologi Guru adalah medium dalam menyampaikan maklumat. Penyampaiannya berkesan ataupun tidak bergantung pada persediaan, latihan yang diterima, sikap dan amalan mereka terhadap pengajaran itu sendiri. Guru harus sedar, mahu tidak mahu kita akan menghadapi generasi mendatang. Generasi yang hidup dalam dunia teknologi komputer dan telekomunikasi, yang kian pesat membangun menjelang abad ke-21. Namun begitu, keghairahan menyodok “hardware atau courseware” ke sekolah–sekolah perlu dilihat dari aspek kualiti bukannya kuantiti. Kualiti yang dimasukkan ialah kemampuan “hardware atau courseware” itu membantu pelajar belajar. Kemampuan membantu guru menggunakannya untuk mengajar dengan lebih efektif dan produktif serta interaktif dari aspek pencapaian pelajar yang ingin diukur. Sebagaimana kata YB Dato’ Hishammuddin bin Tun Hussien Onn, Menteri Pelajaran Malaysia, “ we should manage our ICT projects by the quality of our ICT inputs. Instead of being overly distracted by the quantity of hardware or courseware we are putting out, we should be looking at the most effective use of technology to enhance teaching and learning” (2005). Cuba kita renungkan apa kata Taylor,(2000,p.4), “ we also need to remember, technology is a communication tool. It is not the silver bullet that will solve all of our education problems, but it is certainly a useful tool that enables us to link various learning communities together in new and different ways”. Earle,(2002), “ It is not about what technology by itself can do, but what teachers and learners may be able to accomplish using these tools”. Untuk para pendidik dan pengamal instruksi, perkara penting yang menentukan cara pelajar belajar menggunakan teknologi adalah guru. Tanpa guru, pelajar hilang haluan tanpa
pengintegrasian teknologi instruksional, pengisian pengajaran menjadi hambar. Kesimpulan Setiap pembaharuan dalam pendidikan menghasilkan harapan dan cabaran dari sudut guru, pelajar, ibu bapa mahupun masyarakat. Pembaharuan yang tidak hanya memfokuskan kepada “alat” kepada teknologi semata-mata tetapi pembaharuan yang mengambil kira juga kehendak guru dan pelajar. Perlu kita sedar di sekolah, teknologi amat diperlukan dalam abad ke-21 ini. Sebagaimana kata Honey, (2001), “technology does have a positive impact when the right conditions are in place”. Menurut beliau lagi, “ if technologies are to be used to support real gains in educational outcomes, six factors must be in place: leadership, solid educational objectives, professional development, adequate technology resources, time and evaluation”. (Honey, Culp, & Carrigg, 2000). Justeru itu pengintegrasian teknologi instruksi ke dalam teknologi amat diperlukan di sekolah. Demi untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.(sembilan cabaran ke arah wawasan 2020). BIBLIOGRAFI Earle, R.S. (2002). The Integration of instructional technology into public education: Promises and challenges. Vol.42, no.1, January-February, P.5-13. Ertmer, P. (1999). Addressing first and second-order barriers to change: Strategies for technology implementation. Educational Technology Research and Development, 47(4), 47-61. Hadley,M., & Sheingold, K. (1993). Commonalities and distinctive patterns in teachers’ integration of computers. American Journal of Education, 101, 261-315. Honey, M. (2001, July 25). Technology’s effectiveness as a teaching and learning tool. Testimony and statement for the record before the Labor, HHS, and Education Appropriations subcommittee of the U.S. Senate. Education Development Center, Inc. Available: http://www.edc.org/spotlight/Tech/mhtestimony.htm Honey, M., Culp, K.M., & Carrigg, F. (2000). Perspectives on technology and education research: Lessons from the past and present. Educational Computing Research, 23(1), 5-14. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia ke-9:Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006-2010.
Seels, B.B., & Richey, R.C. (1994). Instructional technology: The definition and domains of the field. Washington, DC: AECT. Taylor, D.R. (2000). Developing powerful learning communities using technology. AACTE Briefs, 21(14), 4-5. Tiene, D., & Luft, P. (2001). Teaching in a technology-rich classroom. Educational Technology, 41(4), 23-31. Yusup Hashim, (2002). Teknologi pengajaran. Shah Alam. Fajar bakti. Aliran Pemikiran Pendidik Malaysia: Aplikasi multimedia dalam pendidikan. Tarikh mendapatkan maklumat 22 Januari 2008 daripada http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=News&file=print&sid=378 Kurikulum abad ke 21: Sembilan cabaran ke arah wawasan 2020. Tarikh mendapatkan maklumat 3 Mac, 2008 daripada http://www.ppk.kpm.my/sphsp/kurikulum21.html.
Wahid Hashim. (2005). Komputer riba bukan hak milik kekal. Tarikh mendapatkan maklumat 3 Mac 2008 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&dt=0707&pub=utusan_malaysia&sec=p endidikan&pg=pe_01.htm&arc=hive.
Exhibition on celebrating 50 years of Malaysia’s education accomplishments in conjunction with teachers’ day celebration 2007. Persada Johor International convention centre Johor, Malaysia. 14-16 May 2007.
Penggunaan Teknologi Instruksional dalam Kurikulum dan Instruksi ISI PENTING Perbezaan kurikulum dan instruksi Domain penggunaan dalam teknologi instruksional Penggunaan model ASSURE untuk merancang dan menggunakan media dalam P & P HASIL PEMBELAJARAN Setelah membaca tajuk ini pelajar dapat: Menjelaskan perbezaan antara kurikulum dan instruksi Menjelaskan domain penggunaan dalam teknologi instruksional Mengaplikasi model ASSURE untuk merancang penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dengan memberi contoh amalan di sekolah Menjelaskan pendekatan berfokuskan media sebagai satu pendekatan instruksional menggunakan rajah.
PENGENALAN Kertas kerja ini akan menjelaskan perbezaan antara kurikulum dan instruksi dan lima domain yang terdapat dalam bidang teknologi instruksional. Perbincangan akan bermula dengan konsep kurikulum dan instruksi dan diikuti dengan domain penggunaan yang akan memberi tumpuan kepada model reka bentuk ASSURE. Model ASSURE akan menerangkan proses merancang dan menggunakan media instruksional dalam proses pengajaran dan pembelajaran. TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DAN PENDIDIKAN Secara umum bidang pendidikan adalah luas dan mencakupi bidang kurikulum, kaunseling, penilaian, pengurusan, dan instruksi (Beauchamp, 1968). Bidang yang menjadi tumpuan dalam tajuk ini ialah instruksi dan kurikulum. Dalam bidang instruksi terdapat 5 elemen penting yang menjadi teras kepada bidang teknologi instruksional (Rajah 2.1). Di Malaysia unit-unit yang terdapat dalam bidang pendidikan, di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) ialah unit-unit Kurikulum, Penilaian, Kerjaya, Dadah, dan Pengurusan. Unit Instruksi tidak termasuk dalam struktur organisasi JPN. Fungsi unit ini dilaksanakan oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) yang memainkan peranan sebagai pusat ikhtisas dan sumber untuk meningkatkan profesionlisme guru menggunakan teknologi instruksional dan dibantu oleh Pusat Kegiatan Guru (PKG) di peringkat Daerah. Manakala Pusat Sumber Sekolah (PSS) sebagai rangkaian sumber terakhir akan melaksanakan instruksi menggunakan kaedah dan media sesuai dalam bilik darjah. Sebelum kita membincangkan peranan domain penggunaan dalam teknologi instruksional, sedikit penjelasan perlu dibuat tentang bidang kurikulum dan instruksi (Rajah 1)
Rajah 1: Komponen Teknologi Instruksional
PERBEZAAN DI ANTARA KURIKULUM DAN INSTRUKSI Kurikulum memberi tumpuan utama kepada apa yang hendak diajar manakala instruksi memberi tumpuan utama kepada bagaimana (cara) hendak mengajar (Snelbecker,1974). Pembina kurikulum menentukan rasional, struktur, falsafah, kandungan, nilai dan tujuan kurikulum manakala pakar instruksional (Termasuk teknologi) mencari jalan paling baik untuk menyampaikan kandungan kurikulum kepada pelajar. Jalan yang paling baik bermaksud apakah strategi, kaedah dan jenis teknologi yang sesuai untuk memudahkan pelajar menguasai kandungan kurikulum (Yusup, 2000). Dengan lain perkataan pereka kurikulum hanya menentu dan menyatakan kandungan kurikulum manakala pereka instruksional akan menentukan cara atau proses untuk menguasai kandungan kurikulum. Di Malaysia, kurikulum dan instruksi dirancang dan dibina di peringkat Pusat iaitu oleh Pusat Perkembangan Kurikulum dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) merancang dan membina kurikulum sekolah rendah dan menengah. Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) pula mereka bentuk, membina, melaksana, mengurus dan menilai bahan media instruksional. Cuma kadangkala terdapat pertindihan di antara BTP dan PPK dari segi reka bentuk dan pengembangan atau pembinaan instruksi. Pereka kurikulum dan pereka instruksional kadangkala memainkan peranan yang sama seperti menghasilkan bahan kurikulum dan bahan instruksional. Pertindihan fungsi antara kurikulum dan instruksi dapat dielakkan jika memahami definisi, domain dan proses teknologi instruksional.
LIMA DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL Mengikut Seels dan Richey (1994), teknologi instruksional mencakupi lima domain utama. Lima domain yang dimaksudkan ialah: Reka bentuk Pengembangan/Pembinaan Penggunaan
Pengurusan Penilaian Kelima-lima domain ini menjadi asas dan struktur kepada bidang teknologi instruksional (Rajah 2). Mereka definisikan teknologi instruksional sebagai teori dan amalan reka bentuk, pengembangan/pembinaan, penggunaan, pengurusan dan penilaian terhadap proses dan sumber untuk pembelajaran. Teori ini mengandungi idea, konsep, konstruk, prinsip dan saranan yang menyumbang kepada pembinaan kerangka pengetahuan. Manakala amalan adalah aplikasi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk menyelesaikan masalah instruksional dan pembelajaran. Dalam kertas kerja ini saya akan membincangkan domain penggunaan iaitu salah satu daripada lima domain teknologi instruksional
Teori dan Amalan Pengembangan Penggunaan Penilaian Reka bentuk Pengurusan
Rajah 2: Domain Penggunaan Dalam Teknologi Instruksional
Domain Penggunaan
Domain penggunaan boleh tafsirkan sebagai tindakan menggunakan proses (kaedah dan model RBI), sumber (bahan dan perkakasan media) dan persekitaran untuk memperbaiki atau meningkatkan suasana pembelajaran. Ia melibatkan hubungan antara pelajar dengan bahan pembelajaran dan sistem. Mengikut Seel dan Richey (1994) dalam domain penggunaan terdapat empat kategori: 1. Penggunaan media dan kaedah 2. Penyerapan atau difusi inovasi 3. Pelaksanaan dan 4. Proses pengekalan inovasi atau institutionalisasi. 1. Penggunaan media dan kaedah Penggunaan media dan kaedah adalah proses menggunakan bahan pengajaran secara sistematik. Di Amerika, usaha menggalakkan penggunaan media berlaku selepas Perang Dunia Kedua melalui Bahagian Alat Pandang Dengar. Dalam Tahun 1946 Edgar Dale telah menerbitkan buku Audiovisual Materials in Teaching yang memberi panduan dan rasional kepada guru memilih dan menggunakan media dalam pengajaran. Kemudian disusul pula oleh penerbitan beberapa buah buku media yang lain seperti Audiovisuals Instruction (Brown, et. al, 1967), Instructional Technology: Its Nature and Use (Wittich dan Schuller, 1979), Planning and Producing Instructional Media (Kemp, 1980) dan Instructional Media and the New Technologies of Instruction (Heinich, Molenda dan Russell, 1982). Buku-buku ini digunakan oleh pelajar pendidikan, guru dan bakal guru dalam kursus-kursus media pendidikan atau teknologi pendidikan di universiti dan kolej. Contohnya, model ASSURE dalam buku Heinich, et al (1982) telah digunakan oleh guru secara meluas untuk merancang penggunaan media instructional secara sistematik. Model ini akan dijelaskan kemudian. Di Malaysia, seperti di Amerika usaha untuk menggalakkan penggunaan alat bantu mengajar bermula pada akhir tahun 1920an. Dalam tahun 1929, Abdul Aziz Din telah menterjemahkan sebuah buku bertajuk ‘Kitab Pertolongan Ilmu Mengajar’ dan pada tahun 1953, Dussek dan Mohd Hashim Talib telah menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘Kitab Pedoman Guru’. Kedua-dua buah buku ini memberi panduan bagi guru pelatih SITC (Sultan Idris Training College) untuk menggunakan kaedah dan alat bantuan mengajar dalam kelas. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957, alat pandang dengar mula diperkenalkan. Pada tahun 1967 Pusat Alat Pandang Dengar Kebangsaan (APD) telah ditubuhkan untuk menyelaras penggunaan APD di peringkat negeri dan daerah. Pusat ini telah menerbitkan Buletin APD iaitu sebuah majalah media ulung yang menjadi rujukan utama guru yang menggunakan APD. Pada tahun 1972 siaran TV Pendidikan telah dilancarkan dan serentak dengan peristiwa itu Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSP), Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan untuk memantapkan dan meluaskan lagi penggunaan media di sekolah dan maktab perguruan. Tahun 1980-an menyaksikan perkembangan yang pesat dalam penggunaan teknologi instruksional (Yusup, 1993). Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah diperkenalkan. Reformasi kurikulum sekolah rendah dan
menengah ini antara lain menggalakkan guru menggunakan pelbagai media semasa mengajar. Mereka telah diberi latihan untuk menghasilkan dan menggunakan bahan pengajaran melalui bengkel dan kursus yang dianjurkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG), universiti tempatan dan maktab perguruan. Beberapa buah buku teknologi instruksional telah diterbitkan seperti Teknologi Pengajaran (1984) oleh Sharifah Alwiah Alsagoff, Pameran Visual (1984) dan OHP dalam pengajaran (1984) oleh BTP, Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (1987) oleh Bahagian Sekolah, Transparensi dalam sistem pengajaran (1993) oleh Yusup Hashim, dan Buku Prosiding tentang Teknologi Pendidikan oleh Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia. Di samping itu sebanyak 15 buah PSPN dan 375 PKG telah ditubuhkan untuk menyediakan satu rangkaian penggunaan sumber yang efektif dan cekap dari peringkat negeri hingga ke peringkat daerah dan sekolah. Tiap-tiap sekolah mempunyai pusat sumber untuk menyediakan dan membekalkan bahan pengajaran untuk kegunaan guru. Bahagian Teknologi Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1988 untuk merancang, menggubal dan melaksana teknologi instruksional di peringkat Kementerian. BTP menyelia penggunaan siaran radio pendidikan (Siaran radio onair ini telah diberhentikan di Semenanjung tahun 1997), TV Pendidikan melalui rangkaian ASTRO dan bahan multimedia CDI yang dibekalkan ke sekolah bestari. Beberapa kajian penggunaan bahan pengajaran di sekolah telah dijalankan oleh BTP, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Nazir Sekolah dan Universiti Tempatan. 2. Difusi inovasi Penyerapan atau difusi inovasi adalah proses komunikasi yang dirancang secara strategik untuk mendapat pengakuan dan penerimaan terhadap sesuatu perubahan. Untuk mendapatkan penerimaan sesuatu inovasi, Rogers (1995) mengemukakan enam fasa: a. Menimbulkan kesedaran, b. Menimbulkan minat, c. Membuat penilaian, d. Melakukan percubaan, d. Menerima inovasi, dan e. Mengintegrasi inovasi. Sebagai contoh inovasi penggunaan pembelajaran online di institusi pengajian tinggi. Dalam fasa pertama, pehak pentadbir dan pensyarah universiti harus diberi kesedaran tentang kepentingan pembelajaran online dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesedaran boleh dicetus dengan mengadakan ceramah atau seminar tentang pembelajaran online. Setelah kesedaran terhadap inovasi ini dapat dicetuskan, fasa kedua ialah menimbulkan minat terhadap penggunaan inovasi ini. Minat boleh ditimbulkan dengan menyediakan maklumat, melawat institusi yang menggunakan pembelajaran online atau menjemput pembekal atau pakar pembelajaran online menunjukkan cara sistem pembelajaran online dilaksanakan. Fasa ketiga ialah melakukan penilaian terhadap sistem yang akan diperkenalkan. Beberapa pusat pengajian atau Fakulti disediakan sistem pembelajaran ini dan penilaian dilakukan oleh pensyarah konten dan kaedah untuk mendapatkan kesan sistem ini terhadap pengajaran dan pembelajaran. Soal selidik juga boleh diedarkan kepada pensyarah yang menggunakan sistem ini. Fasa yang ketiga ialah mencuba inovasi ini dengan memasukkan sistem ini dalam perancangan akademik universiti. Soal selidik dan temu bual dilakukan untuk mendapatkan maklum balas dari
pensyarah hasil dari kajian percubaan ini. Pada peringkat ini, pihak pengajian tinggi boleh membuat keputusan untuk menerima atau menolak sistem pembelajaran online. Jika diterima, usaha harus dijalankan untuk mengintegrasi sistem pembelajaran online dalam kurikulum dan instruksi di pusat pengajian tinggi . 3. Pelaksanaan Pelaksanaan adalah proses untuk menggunakan bahan atau strategi instruksional dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah inovasi diterima oleh pusat pengajian tinggi maka sistem pembelajaran online ini akan dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk melaksanakan sistem ini, pusat pengajian tinggi harus menyediakan infrastruktur dan peralatan multimedia di bilik kuliah. Latihan harus diberi kepada pensyarah cara menggunakan peralatan multimedia, keadah menggunakan pembelajaran online serta cara membina bahan online. Pelaksanaan pembelajaran online harus dijalankan secara berperingkat mengikut kesediaan, minat dan kebolehan pensyarah. Kajian Mohamed Hisyam (2006) menunjukkan ada lima fasa kontinum interaksi dalam talian yang akan dilalui oleh pensyarah di IPTA. 4. Pengekalan dan Institutionalisasi Pengekalan adalah proses untuk mengekal penggunaan teknologi instruksional berasaskan peraturan dan polisi yang ditetapkan oleh sesuatu kumpulan masyarakat seperti warga universiti atau masyarakat sekolah. Setelah inovasi ini diterima dan dilaksanakan maka uasaha harus diteruskan untuk mengekalkan atau menginstitutionalisasikan inovasi dengan menyediakan peraturan dan polisi menggunakan sistem pembelajaran berkenaan (Contoh: Penggunaan papan tulis). Penyeliaan dan pemantuan berterusan harus dilakukan supaya sistem pembelajaran pada akhirnya menjadi budaya dan amalan di skolah atau pusat pengajian tinggi. MODEL RBI ASSURE : MODEL TUMPUAN BILIK DARJAH Bagi melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan, guru digalakkan merancang instruksi secara sistematik supaya teknologi dan media (alat dan bahan bantuan mengajar) yang digunakan benar-benar memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Sistematik bermaksud tiap-tiap langkah dalam model ini akan menerima input daripada langkah-langkah sebelumnya dan akan memberi output pula kepada langkah berikutnya. Model ASSURE boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dan teknologi dalam instruksi (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1982, 1996). ASSURE adalah perkataan Inggeris yang direka daripada enam huruf yang membawa maksud sesuatu itu iaitu pembelajaran pasti akan berlaku: Model ini mempunyai enam langkah: A = Analyse learner (Analisis pelajar). S = State objectives (Nyatakan objektif). S = Select, modify or make media (Pilih, baiki atau buat media) U = Use media (Gunakan media) R = Require learner response (Perlukan tindak balas pelajar). E = Evaluate materials (Menilai dan menyemak semula bahan).
1. Analisis pelajar. Langkah pertama dalam model ini ialah menyesuai atau memadankan kandungan dalam kaedah, media dan bahan yang digunakan dengan ciri-ciri pelajar. Justru guru harus menganalisis pelajaranya iaitu mengenal pasti tiga perkara berikut: a. Mengenal pasti ciri umum pelajar b. Mengenal pasti kompetensi peringkat masuk pelajar (Specific entry competencies) c. Mengenal pasti gaya pembelajaran Mengenal pasti ciri umum pelajar mencakupi jantina, umur, kelas (tahun/ tingkatan), pekerjaan, budaya atau taraf sosio-ekonomi. Komptensi pelajar merujuk kepada pengetahuan atau kemahiran sedia ada serta sikap pelajar terhadap tajuk dan kandungan pelajaran yang akan dipelajari. Manakala mengenal pasti gaya pembelajaran merujuk kepada ciri psikologi pelajar iaitu cara pelajar mengamati serta bertindak balas terhadap pelbagai rangsangan seperti kebimbangan, aptitud, visual, audio, kinestatik dan motivasi. Ciri umum pelajar Menganalisis ciri pelajar boleh membantu guru memilih media, teknologi dan kaedah yang sesuai dengan pelajar. Sebagai contoh, jika pelajar lemah dalam kemahiran membaca, adalah lebih sesuai menggunakan bahan bukan cetak. Begitu juga jika pelajar itu lemah dalam menghafal sifir, kaedah latih tubi menggunakan instruksi berbantu komputer atau CAI boleh membantu pelajar. Guru harus juga memilih media yang sesuai bagi kumpulan pelajar yang berasal dari kumpulan etnik tertentu atau yang mempunyai budaya atau nilai tertentu. Bagi pelajar yang tidak atau kurang berminat terhadap pelajaran, guru boleh memilih jenis media yang boleh merangsang pembelajaran seperti pita video, kaedah simulasi atau permainan atau aktiviti yang berasaskan teknologi. Jika guru memperkenalkan sesuatu konsep baru adalah lebih berkesan menggunakan pengalaman enaktif (pengalaman sebenar, simulasi atau lawatan) atau pengalaman ikonik (Video, CD) seperti yang terdapat dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale. Bagi kumpulan heterogenus iaitu kumpulan pelajar yang mempunyai tahap kebolehan atau pengalaman yang sangat berbeza, guru boleh memilih bahan pandang dengar atau multimedia seperti persembahan video atau PowerPoint. Media dan teknologi ini dapat memberi asas kepada kumpulan berkenaan untuk memulakan perbincangan kumpulan atau belajar secara individu. Terdapat juga keadaan di mana guru tidak mempunyai masa untuk menganalisis pelajar kerana pertama kali bertemu dengan pelajar atau kumpulan itu terdiri dari pelbagai kebolehan dan pengalaman. Dalam situasi ini, guru boleh berbincang lebih awal dengan pelajar atau mendapatkan rekod akademik pelajar supaya dapat ditentukan jenis media dan kaedah yang diperlukan. Penceramah biasanya tidak dapat menganalisis penontonnya dan cara yang paling baik ialah datang lebih awal supaya dapat sedikit maklumat tentang pengetahuan, kemahiran, pengalaman, sikap atau minat mereka.
Kompetensi Peringkat masuk Lazimya apabila guru merancang pelajaran dalam buku Rekod Mengajar guru membuat dua andaian terhadap komptensi pelajar. Andaian pertama, pelajar sudah mempunyai pengetahuan asas. Andaian kedua, pelajar tidak atau kurang mempunyai pengetahuan atau kemahiran terhadap pelajaran yang akan diajar. Justru guru terus memulakan pelajarnnya tanpa menganalisis kompetensi pelajar. Dalam keadaan yang pertama, pengajaran guru akan terjejas terutama bagi pelajar yang lemah atau sederhana. Hal ini biasanya berlaku dalam pelajaran matematik atau sains yang melibatkan pembelajaran konsep, peraturan dan prinsip. Sebagai contoh, pelajar tidak boleh mencari luas rajah empat segi jika tidak dapat menguasai konsep rajah empat segi. Dalam situasi yang kedua, pelajar mungkin mersa bosan atau tidak berminat belajar jik apa yang diajar adalah sesuatu yang sudah dipelajari. Guru dikehendaki mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar untuk membantu ia menulis objektif instruksional atau hasil pembelajaran. Komptensi peringkat masuk boleh dikesan melalui praujian, temubual atau perbincangan secara formal atau tidak formal. Praujian, temubual atau perbincangan ini dapat menentukan pra syarat untuk membolehkan pelajar mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Pra syarat yang telah dikenal pasti harus ditulis dalam bentuk objektif pengajaran.
Nyatakan objektif pembelajaran secara khusus a. Objektif pembelajaran mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks. b. Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi atau hasilan yang ingin dicapai, keadaan dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati. Contoh: Diberi satu keratan akhbar yang mengandungi 200 patah perkataan (Keadaan/syarat pembelajaran), boleh membaca keratan akhbar tersebut (Prestasi) dengan lancar dan jelas (Kriteria/darjah pencapaian). 2. Pilih media dan bahan Bahan media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. 3. Gunakan alat/bahan pengajaran. a. Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan tentukan masa pembelajaran yang diperlukan. Contoh: Pribiu (Preview) video sebelum mengajar. b. Sediakan media dan bahan, alat serta kemudahan yang diperlukan. c. Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain kemudahan dan keperluan untuk belajar. d. Sediakan pelajar. Contoh, sediakan set induksi atau nyatakan tujuan dan objektif pembelajaran. e. Sedia pengalaman pembelajaran. Bagaimana anda menyampaikan pelajaran menggunakan media? Sebagai penyampai utama (Tumpuan guru) atau bertindak sebagai pemudah cara atau
pengurus pembelajaran yang memberi tumpuan kepada pelajar (Tumpuan pelajar)? 5. Libatkan pelajar Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Kegiatan pengukuhan (Reinforcement activities) seperti pengukuhan serta-merta diberi sebaik sahaja pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner, 1954). 6. Nilai dan semak semula bahan. Setelah selesai pengajaran, lakukan penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan alat/bahan media itu secara menyeluruh. Dalam penilaian itu persoalan berikut harus difikirkan: a. Adakah objektif pembelajaran tercapai? b. Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan pembelajaran? c. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/bahan media dengan cara yang betul? d. Adakah suasana pembelajaran selesa? e. Adakah peluang pemerhatian individu diberi? IMPAK TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL TERHADAP KURIKULUM DAN INSTRUKSI Teknologi instruksional (TI) mempunyai impak yang signifikan terhadap struktur pendidikan terutama kurikulum dan instruksi. Mengikut AECT (1979), impak TI boleh diperhatikan melalui tiga cara: 1. TI mengubah peringkat membuat keputusan. Bilakah TI mula masuk ke dalam struktur pendidikan? Adakah keputusan menggunakan TI dibuat pada peringkat tertinggi iaitu pada peringkat penentuan kurikulum atau peringkat perancangan kurikulum? Atau dibuat pada peringkat terendah iaitu semasa pelaksanaan dalam bilik darjah? Rajah 2.3 menunjukkan bahawa TI masuk pada peringkat perlaksanaan kurikulum. Penggunaan alat dan bahan pandang dengar diintegrasikan setelah kurikulum dirancang. Peringkat ini merupakan peringkat tradisional iaitu penggunaan media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan bukan pada peringkat penentuan kurikulum atau perancangan kurikulum. Penggubal kurikulum menganggap media tidak penting! Justeru tidak hairanlah terdapat guru menggunakan bahan media mengikut sesuka hati tanpa perancangan yang sistematik. Keputusan ini samalah seperti membina sebuah pusat sumber sekolah. Guru media hanya dipanggil berbincang setelah bangunan pusat sumber sudah siap. Dalam Rajah 2.4, keputusan menerima TI dibuat pada peringkat perancangan kurikulum. Setelah kurikulum ditentukan, perancang kurikulum bekerjasama dengan pereka instruksional berbincang cara merancang penggunaan teknologi instruksional dalam kurikulum sekolah. Keputusan pada peringkat perancangan kurikulum mengambil kira kepentingan teknologi instruksional. TI dianggap sama pentingnya dengan kurikulum. 2. TI membentuk empat jenis pola instruksional iaitu:
2.1. Guru dengan pelajar Dalam pola instruksional yang melibatkan guru dengan pelajar (Rajah 2.5), guru mengawal sepenuhnya proses pengajaran dan pembelajaran. Guru adalah sumber tunggal maklumat dan pengajaran menggunakan kaedah penyampaian kapur dan tutur. Ini merupakan kaedah tradisional iaitu tiada media digunakan dalam pengajaran kecuali guru dan papan kapur. Guru bertutur sepanjang masa dalam kelas dengan sedikit atau tiada langsung interaksi antara guru dengan pelajar sama seperti kaedah kuliah atau penyampaian khutbah sembahyang Jumaat. Pendekatan ini juga dikenali sekarang sebagai fokus guru atau pengajaran terarah guru. 2.2. Guru dengan media Dalam pola yang kedua ini (Rajah 2.6), pendekatan masih terarah guru iaitu, guru berperanan sebagai pemberi utama sumber maklumat dan pengajaran. Perbezaan ialah, ia membuat keputusan sama ada mahu atau tidak mahu menggunakan media. Media digunakan mengikut kesesuaian dan biasanya tidak diintegrasikan secara sistematik di dalam kurikulum. Pola ini masih berunsurkan tradisional. Penentuan Kurikulum Perancangan Kurikulum Perlaksanaan Kurikulum Teknologi instruksional Rajah 2.3: Media dirancang Pada Peringkat Pelaksanaan Kurikulum Penentuan Kurikulum Perancangan Kurikulum Perlaksanaan Kurikulum Teknologi Instruksional Rajah 2.4: Media dirancang Pada Peringkat Perancangan Kurikulum 2.3. Guru dengan sistem instruksional dan media Pola ketiga ini melibatkan guru dengan sistem instruksional dan media (Rajah 2.7). Pendekatan masih terarah guru tetapi keputusan menggunakan media dikongsi bersama oleh guru dan media. Media diintegrasikan dalam kurikulum dan proses instruksional. Penggunaan media dirancang secara sistematik. Model ASSURE (Heinich, Molenda dan Russell, 1982) adalah contoh perancangan sistematik penggunaan media dalam bilik darjah. 2.4. Media instruksional sahaja (Tiada peranan guru) Dalam pola keempat ini, media instruksional (Rajah 2.8), mengambil alih peranan guru. Guru tidak memainkan peranan yang aktif dalam pengajaran seperti dalam pola 1 hingga 3. Dia hanya menjadi pemudah cara, pengurus atau penasihat kepada proses instruksional.
Pendekatan ini dikenali sebagai fokus pelajar atau berpusat pelajar. Pola ini mirip dengan instruksi yang disampaikan secara jarak jauh seperti program pendidikan terbuka yang diamalkan oleh Open University United Kingdom atau Universiti Sains Malaysia. Media dibina oleh satu pasukan pembina kursus yang terdiri daripada pakar mata pelajaran, pereka instruksional dan pakar pengeluaran. Media ini boleh digunakan oleh pelajar secara kendiri tanpa bantuan guru. Contoh bahan instruksional kendiri ialah modul cetak, panduan belajar, perisian pengajaran berasaskan komputer, dan hipermedia/hiperteks. 3. TI mengubahkan sistem atau pendekatan pendidikan. TI boleh mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh menukar sistem pendidikan konvensional (bersemuka), kepada sistem pembelajaran jarak jauh menggunakan bahan gaya pos dan kelas telesidang; sistem kelas terbuka menggunakan sistem pengajaran individu dan pengajaran peribadi atau sistem sekolah bebas menggunakan sistem belajar sendiri dan pembelajaran bebas menggunakan bahan Internet. Objektif Menentukan isi dan kaedah Guru Pelajar Rajah 2.5: Pendekatan Kapur dan Tutur (Fokus Guru) Objektif Menentukan isi dan kaedah Guru Dan Media Pelajar Rajah 2.6: Guru Guna Media jika Perlu Objektif Menentukan isi dan kaedah Guru Pelajar Media Rajah 2.7: Perancangan Media yang Sistematik Objektif Menentukan isi dan kaedah Media Pelajar Rajah 2.8: Media Sahaja (Tanpa Guru, Fokus pelajar) TI juga boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun. Sebagai contoh, kurikulum literasi komputer (Jadual 1.1) mempunyai strategi instruksional yang berlainan dengan strategi
instruksional konvensional. Dalam perancangan pengajaran, ia melibatkan penggunaan komputer, masa tambahan untuk berinteraksi dengan komputer, pembinaan pengetahuan, pembelajaran koperatif, penyelesaian masalah dan penggunaan penilaian dan strategi pengajaran penguasaan (Mastery learning). Dalam kursus literasi komputer, pelajar perlu menguasai kemahiran asas sebelum bergerak kepada kemahiran yang berikutnya. Sebagai contoh jika menggunakan Microsoft Word for Windows atau Internet, pelajar harus tahu menggunakan tetikus dan papan kekunci sebelum menggunakan perisian pemprosesan perkataan Word atau Internet Explorer. Selagi pelajar belum menguasai kemahiran asas ini, adalah sukar bagi mereka menggunakan pukal perisian komputer ini. Jadual 1.1Rancangan Pengajaran Literasi Komputer (Ubahsuai daripada Abdul Hamid Abdul Rahman, 1995) Memberi arahan dan memulakan operasi komputer 10 minit Mengulang kaji dan menyediakan set induksi 20 minit Menyampaikan Pelajaran: Topik, Kandungan 30 minit dan Demonstrasi (Tugasan) Pengalaman `Hands-on' 10 minit Kurikulum Literasi Komputer Cadangan Perancangan Strategi Pengajaran Tutorial MengikutJadual Waktu Anjal (120 minit = Tiga Waktu) Aktiviti Prapengajaran (15 minit) Persediaan dan memulakan sistem komputer Mendapatkan perhatian (set induksi) Mengingat semula pelajaran lepas Persembahan pelajaran (25 minit) Menyampaikan objektif/hasil pengajaran Menyampaikan isi pelajaran Memberi contoh/ panduan pelajaran Interaksi pelajar dengan komputer (30 minit) (`Hands-on experience') Penilaian pembelajaran (20 minutes) Maklum balas daripada pelajar Beri ujian /latihan Aktiviti pengayaan (30 minit) (Pembinaan Pengetahuan) Catitan: Pelajar perlu buat latihan sendiri di makmal komputer sekurang- kurangnya empat jam dalam seminggu sebagai latihan tambahan kepada jadual waktu formal sekolah Kemajuan dalam teknologi instruksional memberi kesan terhadap kurikulum dan instruksi. Institusi pendidikan perlu distruktur semula untuk menerima dan menyesuaikan dengan pendekatan baru dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran soft technologies dan penggunaan hard technologies seperti yang dinyatakan oleh Reigeluth (1987): ‘As we enter deeper into a highly technological, rapidly changing information-oriented society, the present structure of our education system will become more and more inadequate! With our entire nation still at risk, we are forced to reevaluate and restructure the entire way schools operate, the approaches we use in teaching, and the way students learn’.
Penggunaan TI terutama teknologi komunikasi dan maklumat mungkin mengubah cara jadual waktu dirancang dan dilaksanakan di sekolah, maktab dan di universiti. Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusat kepada pelajar dan berasaskan pengetahuan dan maklumat. Guru mengurus aktiviti pembelajaran dengan menyediakan sebanyak mungkin pengalaman pembelajaran dan pencarian maklumat menggunakan teknologi baru untuk pembelajaran. Pengenalan kepada jadual waktu anjal oleh Kementerian Pendidikan dalam tahun 1993 memberikan fleksibiliti dalam perancangan kurikulum dan strategi instruksional. Seperti yang disuarakan oleh seorang pengetua sekolah yang mengamalkan jadual waktu anjal: ‘Jadual waktu anjal membolehkan guru merancang pelajaran dengan lebih berkesan dan memberi lebih masa bagi guru menyemak buku latihan dan menangani masalah pembelajaran sedangkan jumlah waktu mengajar adalah sama’.
PENUTUP Tajuk ini telah membincangkan definisi dan domain teknologi instruksional, perbezaan di antara kurikulum dan instruksi dan impak teknologi instruksional terhadap pendidikan. Lima domain teknologi instruksional seperti reka bentuk, pengembangan, pengurusan, pelaksanaan dan penilaian dapat memberi gambaran tentang fungsi bidang teknologi instruksional khususnya dan bidang instruksi amnya dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Bidang instruksi menjelaskan dan menentukan kaedah yang paling baik untuk mengajar manakala bidang kurikulum memilih dan menentukan kandungan kurikulum paling baik untuk diajar atau disampaikan kepada pelajar supaya dapat membentuk dan melahirkan generasi yang berilmu, bertamadun dan berakhlak mulia. RUJUKAN Abd. Aziz Din (1952) Kitab Pertolongan Ilmu Mengajar (Cetakan kedua). Kuala Lumpur: Arts Printing House Abdul Hamid Abdul Rahman (1995). Perlaksanaan program literasi komputer dan kesannya ke atas kepercayaan menggunakan komputer di kalangan pelajar sekolah menengah, Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya AECT (1977). The definition of educational technology. Washington DC: AECT Andrews, D. & Goodson, L. (1980). A comparative analysis of models of instructional design. Journal of Instructional Development 3(4), 2-16 Beauchamp, G. (1968). Curriculum theory (Edisi ke-2) Wilmette IL: Kegg Press. Brown, J., Lewis, R. & Harcleroad, F. (1967). AV instruction: Materials and methods. (Edisi ke-3). New York: Mc Graw Hill. Chang Chan Tek (1996). Effectiveness of instructional design model on mastery learning in the teaching of secondary school mathematics. Disertasi Kedoktoran, Universiti Sains Malaysia Dick,W. & Carey,L. (1999). The systematic design of instruction. (4th ed.) NewYork: PrenticeHall. Dussek, O. & Mohd Hashim Zainal (1929). Kitab Pedoman Guru. Singapore: Malaya Publishing House Limited. Euis Mariani Koswara (2005). Keberkesanan reka bentuk pengajaran bersistem dalam pengajaran dan pembelajaran geografi. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan
Idris Fleming, M. & Levie, H. (1993). Instructional message design (Edisi ke-2). New Jersey: Educational Technology Publications Gagne’ R., Briggs, L. & Wager, W. (1992). Principles of instructional design, (5th ed.). New York: Holt, Rinehart and Winston. Grabowski, B. (1991). Message design: Issues and trends. Dalam G. J. Anglin, (Editor) Instructional technology past and present.(h.222-232). Colorado: Libraries Unlimited Gustafson, K. & Branch R. (1997). Survey of instructional development models. (3rd ed.) New York: Syracuse University Gustafson, K. (1991). Survey of instructional development models. (2nd ed.) New York: Syracuse (Terjemahan Yusup Hashim & Razmah Man, Tinjaun model pengembangan instruksi, 1999) Heinich, R., Molenda, M. & Russell, J. (1982). Instructional media and the new technologies of instruction, New York:Macmillan. Ismail Md Zain (1994). Keberkesanan reka bentuk pengajaran di kalangan pelajar sekolah menengah. Tesis Kedoktoran, Universiti Sains Malaysia Jeyanti, V. (1997). Kajian kesan atribut media pendidikan untuk membantu pencapaian objektif pembelajaran. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Jonassen, D. (2004). Handbook of research on educational communications and technology. New Jersey: Lawrence Erlbaum. Kemp, J., Morrison, G. & Ross, S. (1994). Designing effective instruction. New York: Merrill Leshin, C., Pollock, J., & Reigeluth, C. (1992). Instructional design strategies and tactics fo improving learning and performance. Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology Publications. Martin, B. (1997). Media and IT (Instructional Technology) as part of education (Part 2), Educational Media International, 34(2), 103-106 Mohamed Hisyam bin Mohd Hashim (2006). Interaksi dalam talian menggunakan LMS: Satu kajian kes. Tesis Ph. D, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Projek Inspire (1977), Uinversiti Sains Malaysia Reigeluth, C.M. (1987). The search for meaningful reform: A third wave educational system, Journal of instructional development,10(4), 5-10 Reigeluth, C. (Editor) (1983). Instructional-design theories and models: An overview of the current status. Hillsdale NJ: Lawrence Erlbaum. Reigeluth, C. (Editor) (1987). Instructional theories in action: Lesson illustrating selected theories and models. Hillsdale NJ: Lawrence Erlbaum. Reiser, R. & Dempsey, V. (2002) Trends and issues in instructional design and technology. Columbus, Ohio: Merril and Prentice Hall Rogers, E. (1995). Diffusion innovations (Edisi ke-3). New York: Free Press Seels, B. dan Richey, R (1994). Instructional technolog: The definition and domains of the field. Washington DC; AECT Smaldino, S., Russell, J, Heinich, R. & Molenda, M. (2005). Instructional Technology and media for learning, (8th ed.) New Jersey: Pearson Snelbecker, G. (1974). Learning theory, instructional theory and psychoeducational design. New York: Mc Graw Hill Tessmer, M. (1990). Environmental analysis: A neglected stage of instructional design.
Educational Technology Research & Development, 38(1,:55-64 Wittich, A. dan Schuller, C. (1979). Instructional technology; Its nature and use. New York: Harper & Row Yusup Hashim & Razmah Man (1993). Instructional design considerations in developing hypermedia/hypertext in instruction.Journal of hypermedia and multimedia studies, (4(1),18-22 Yusup Hashim (1991). A study on educational media programs in Malaysian Universities and Colleges, Disertasi Kedoktoran, Kansas State University Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti Yusup Hashim (2000). Konsep dan perkembangan kurikulum dan instruksi. Kuala Lumpur: Utusan Publication.
opik 1 teknologi pendidikan — Presentation Transcript
1. EDU3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2. Teknologi Pendidikan Konsep Domain-domain Prinsip-prinsip Peranan dan kepentingan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran-pembelajaran 3. Teknologi boleh diterangkan sebagai aplikasi pengetahuan sains dalam mereka cipta alat-alat yang dapat meningkatkan keupayaan manusia. Teknologi 4. perkataan latin “ Teknos” – Teknik/cara/kaedah “ Logos” _ Kaji/belajar/ ‘Study’ ‘ Mengkaji/Mempelajari teknik/ cara’ atau Teknologi bermaksud kaedah, cara, idea untuk menghasilkan sesuatu dengan mudah dan berkesan. Teknologi 5. Bahasa Yunani “ techne” – kemahiran Teknologi 6. Teknologi Kata Galbraith (1967) … the systematic application of scientific knowledge and other organized knowledge to practical tasks. … kemahiran menggunakan pengetahuan (saintifik mahupun tidak) secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. 7. Kata Heinich, Molenda dan Rusell (1969) Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea , manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat . Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan “pemangkin” ke arah mencapai kejayaan . Teknologi 8. Kata Evans dan Nation (2000), Teknologi adalah bagaimana kita menggunakan alat untuk memenuhi sesuatu keperluan. (Technology is not a tool – it is an art or science of how to use a tool for a purpose.) Teknologi 9. Kajian Wan Zah Wan Ali (2000) 4 Kategori pengertian pengajaran: Menyampaikan maklumat, Memindahkan maklumat, Mendorong pembelajaran, Membina manusia yang lebih baik. Pengajaran 10. Kata Ramsden,(1993); Trigwel, Prosser & Lyons,(1997) Proses bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka berkebolehan dan berkemungkinan untuk belajar. Ia melibatkan: mencari dan mengenal pasti salah tafsiran pelajar terhadap sesuatu yang diajarkan, mengambil tindakan untuk memastikan perubahan kefahaman dan mencipta konteks pembelajaran yang menggalakakan pelajar terlibat secara aktif dalam pelajaran yang diikuti. Pengajaran 11. Pembelajaran di sekolah seharusnya merupakan : Satu pergerakan ke arah pembentukan insan yang berupaya menyelesaikan persoalan yang kompleks, mengiktiraf kuasa dan keelokan konsep-konsep sesuatu bidang pelajar, dan menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam kelas dalam menyelesaikan masalah di luar kelas. Pengajaran 12. Kata Ramsden,(1998) Ertinya pembelajaran itu berguna bagi mentafsir dunia yang kita diami ini. Pembelajaran yang sebenar dapat mengubah kefahaman seseorang mengenai sesuatu. Pengajaran 13. Pullias dan Young (1968), ..cara membimbing murid untuk memperoleh sejumlah pengalaman yang cukup bermutu. Pengajaran 14. Pullias dan Young (1968), Manusia boleh menjadi pemikir, pemaham, pembangun dan pencari penuh daya gerak jika mereka dibimbing dengan cinta dan kebenaran, bukan dengan kebencian dan tengking herdik . Pengajaran 15. Kesimpulannya, pengajaran membebaskan manusia daripada ikatan pandangan yang sempit dan terbatas. Pengajaran
16. Mengikut Robert Glaser (1962), proses pengajaran meliputi empat komponen yang penting iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada, kaedah mengajar dan penilaian. Pengajaran 17. Kata Mok Soon Sang & Lee Shok Mee, 1991 Dari segi pendidikan, pengajaran merupakan suatu aktiviti atau proses yang bertujuan untuk mengubah tingkah laku, sikap atau kepercayaan pelajar. Proses pengajaran melibatkan aktiviti-aktiviti seperti penghuraian, demonstrasi, penggunaan alat bantu mengajar, bersoal jawab dan sebagainya. Pengajaran 18. Satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Teknologi Pengajaran 19. Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia , idea , alat-alat , teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada proses pendidikan Crowell (1971) Encyclopedia of Education Teknologi Pendidikan 20. Teknologi pendidikan ialah aplikasi prinsip-prinsip saintifik untuk mereka dan membina sesuatu bagi menjalankan sistem pengajaran dan pembelajaran Good (1973) Dictionary or Education Teknologi Pendidikan 21. Teknologi pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan pendidikan dan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ia menimbulkan pembelajaran Uhwin, Derek (1976) Applying Educational Technology Teknologi Pendidikan 22. Teknologi pendidikan ialah proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (1988) Teknologi Pendidikan 23. Teknologi pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik-teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bahagian Teknologi Pendidikan (1991) Teknologi Pendidikan 24. Posters Bulletin Board 25. Podcasts Diorama 26. Twitter 27. Manakah daripada yang ditunjukkan merupakan teknologi dalam pendidikan? 28. Teknologi Pendidikan : Sesuatu yang digunakan untuk membantu dalam pengajaran guru atau pembelajaran murid 29. Domain Teknologi Dalam P-P Domain Teknologi Dalam P-P Fasa 1 Domain Teknologi Dalam P-P Fasa 2 Mewujudkan keberkesanan proses P-P yang cemerlang 30. Domain Teknologi Dalam P-P Perbincangan 31. Domain Teknologi Dalam P-P Fasa 1 (1977, oleh AECT) Pengurusan Pengajaran Pengembangan pengajaran Sumber pembelajarn 32. Fungsi Pengurusan Pengajaran Pengurusan organisasi Pengurusan kakitangan Fungsi Pengembangan Pengajaran Penyelidikan teori Reka bentuk Penerbitan Penilaian Pemilihan Logistik Penggunaan Pengedaran Fungsi Sumber Pembelajaran Mesej Manusia Bahan Peralatan Teknik Seting P E L A J A R Domain Teknologi Dalam P-P 33. Fungsi Pengurusan Pengajaran Mengarah, menyelaras dan mengawal fungsi-fungsi pengembangan pengajaran & sumber pengajaran Bertanggungjawab untuk pastikan teknologi dalam pengajaran berjalan lancar dan berkesan 34. Fungsi Pengurusan Pengajaran Pengurusan organisasi Pengurusan kakitangan Mengenal pasti keperluan organisasi Menentukan matlamat dan objektif Anggaran perbelajaan Urusan pembelian Prosedur pentadbiran Pengambilan Penyeliaan Penilaian pekerja Pastikan hubungan bbaik antara pekerja dengan cara mewujudkan keberkesanan komunikasi
35. Fungsi Pengembangan Pengajaran Menganalisis masalah-masalah pembelajaran Mereka bentuk, melaksana, dan melakukan penilaian dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi 36. Fungsi Pengembangan Pengajaran melalui peringkat-peringkat berikut: 1. Penyelidikan 2. Mereka bentuk pengajaran 3. Penerbitan 4. Penilaian & pemilihan 5. Penggunaan 6. Logistik 37. Fungsi Sumber Pembelajaran Pihak atau bahan-bahan dan media yang berupaya untuk meneyelesaikan masalah Contoh: mesej, manusia, peralatan, teknik atau seting 38. Domain Teknologi Dalam P-P Fasa 2 (1994) Peranan yang dmainkan oleh teknologi dalam P-P lebih luas 39. Teori dan Amalan Pembangunan Teknologi percetakan Teknologi audiovisual Teknologi berasaskan komputer Teknologi bersepadu Pengurusan Pengurusan projek Pengurusan sumber Pengurusan sistem penyampaian Ppengurusan maklumat Penilaian Analisis masalah Pengukuran rujukan kriteria Penilaian formatif Penilaian sumatif Penggunaan Penggunaan media difusi dan inovasi Pelaksanaan Polisi dan peraturan Reka Bentuk Reka bentuk sistem pengajaran Reka bentuk mesej Strategi pengajaran Ciri-ciri pelajar 40. Perbincangan Peranan Teknologi Pendidikan dalam P-P 41. Peranan dan Kepentingan Teknologi dalam P-P Pembelajaran kendiri Meningkatkan keberkesanan pembelajaran Peluang belajar kepada semua Meningkat motivasi untuk belajar Memupuk kerja pasukan Membolehkan pembelajaran pada kadar sendiri Mengoptimakan penggunaan sumber yang terhad 42. Perbincangan Mengapakah teknologi diperlukan dalam pengajaran masa kini? Adakah pengajaran tradisional tidak berkesan yang menyebabkan teknologi diperlukan?
ASAS TEKNOLOGI PENGAJARAN Thursday, October 28, 2010
MEDIA TEKNOLOGI PENGAJARAN Definisi media • Penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima (contoh: Video, multimedia, gambar foto) (Heinich et al, 1981) • Peralatan dan bahan yang dibina, dirancang dan dilaksana untuk tujuan menyampaikan maklumat dan/atau menghasilkan pembelajaran (Yusup, 2000, 2001)
Definisi multimedia Multimedia adalah salah satu daripada media yang terangkum dalam teknologi instruksional. Ia merupakan satu pukal pembelajaran kendiri yang interaktif yang dikawal oleh komputer sepenuhnya yang menggabungkan teks, grafik, audio, visual (gerak dan kaku) dan imej animasi untuk menghasilkan bahan P & P
Tinjauan penjenisan dan kategori media dan multimedia daripada yang tradisional hingga yang canggih masa kini:
Media cetak.
Media tayang. Media bukan tayang. Media audio dan video. Komputer dan multimedia. Proses teknologi.
Panduan umum mengguna media secara berkesan: Mesti bersesuaian dengan topik dan objektif pengajaran. Sesuai dengan ciri-ciri dan saiz kumpulan sasar; iaitu kumpulan besar, kumpulan sederhana dan pelajar individu.
Pertimbangan kepada aspek-aspek perkakasan, perisian, kesesuaian, kemahiran tenaga pengajar dan khidmat sokongan. Ingatan penting: Tiada suatu media yang sesuai bagi semua pelajar untuk semua situasi pembelajaran. Strategi yang disarankan masa kini ialah mengguna pendekatan multimedia. Penggunaan media telah menukarkan peranan guru daripada pengajar kepada fasilitator pembelajaran. Media boleh digunakan dalam pelbagai situasi pengajaran-pembelajaran, misalnya
Memperkenalkan topik baru Menjelas, menginterpretasi dan mengukuhkan idea, konsep atau prinsip Mendemonstrasi sesuatu kemahiran, amalan atau siri tindakan Merumuskan dan mengulangkaji pelajaran Melaksanakan aktiviti atau tugasan Menilai pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan media secara bersistematik: kelebihan dan batasan sesetengah media; proses pemilihan dan penghasilan media berdasarkan model seperti model “ASSURE”, Romiszowski dan ADDIE.
Model ASSURE dan ADDIE
Model Assure (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1996) adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik. Model Assure bermaksud mempastikan atau ‘to assure’ pembelajaran berlaku. Dalam model ini terdapat enam langkah:
Analyse learner (Analisis pelajar). State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran). Select media and method (Pilih media dan kaedah). Utilise media and method (Gunakan media dan kaedah). Require learner response (Dapat respons pelajar). Evaluate (Nilai bahan, kaeadah dan seluruh proses pengajaran).
Dalam Model reka bentuk instruksional ADDIE terdapat lima komponen utama yang boleh digunakan untuk merancang pengajaran yang sistematik. Komponen utama dalam Model ADDIE ialah analisis, design, develop, implement dan evaluation
Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.
Panduan menggunakan elemen teks Teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat – sekiranya teks kurang jelas elemenelemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat. Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian. Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai. Pemilihan stail tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran dan suasana persembahan. Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.
Panduan menggunakan elemen grafik/visual Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya. Ia merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual. Grafik juga boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.
Pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran. Pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama. Pilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas. Pilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi. Gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada sistem berkeupayaan rendah.
Panduan menggunakan elemen audio Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Ia juga boleh digunakan untuk meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan. Gunakan audio jika ianya bersesuaian dengan isi kandungan aplikasi. Pastikan pengguna mempunyai kuasa kawalan (mengawal ketinggian audio, memberhentikan dsb) terhadapnya. Elak guna terlalu banyak kesan audio yang sama di dalam sesebuah aplikasi bagi mengelakkan kebosanan. Gunakan saiz dan kadar sampel yang tidak terlalu tinggi bagi tujuan rakaman atau semasa menyimpan fail audio. Elakkan guna audio jika ia didapati boleh mengganggu persembahan.
Panduan meggunakan elemen video Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.
Panduan menggunakan elemen animasi Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Ia membolehkan sesuatu yang sukar untuk diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
Di samping itu animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk depetakan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman. Animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran
pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun mungkin melibatkan kos yang tinggi.
Pengenalan kepada perisian persembahan dan komponennya
Pesembahan slaid sama ada menggunakan Microsoft PowerPoint, Astound dan Open Office sering digunakan dalam menyampaikan maklumat secara tutorial, kuliah dan seminar persembahan contents knowledge dan dapatan kajian.
Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan bagi memastikan kita dapat menyampaikan maklumat secara efektif dan berkesan. Antaranya hádala melalui pendekatan teori pengajaran.
Pendekatan teori pengajaran (contoh Gagne’s events of instruction) Jika Malcolm Knowles dikenali sebagai bapa kepada teori pembelajaran dewasa, Robert Gagne pula dianggap penyumbang utama kepada pendekatan sistem rekabentuk pengajaran dan latihan. Salah satu sumbangan terpenting beliau adalah teori "events of instruction" yang boleh diguna pakai untuk menghasilkan satu persembahan slaid pengajaran yang berkesan.
Mendapatkan Perhatian (Gaining Attention) Sebelum sesuatu pembelajaran boleh berlaku, kita perlu menarik perhatian pelajar melalui: Tarik perhatian dengan mempersembahkan sesuatu yang baru atau yang mengejutkan, menanyakan soalan atau mempersembahkan fakta-fakta yang menarik. Kajian menunjukkan tumpuan seseorang dewasa akan menurun selepas 10 minit pertama mereka terdedah kepada sesuatu stimulus Menggunakan perubahan stimulus (audio, visual dan sebagainya)
Beri maklum balas (Providing Feedback) Pecahkan maklumat kepada isi-isi penting (Selective perception).
Persembahkan isi menerusi fitur-fiturnya yang tersendiri dengan menerusi grafik, animasi ataupun urutan teks yang sesuai (Display the content with distinctive features).
Menyampaikan stimuli atau maklumat (Presenting the Stimulus) Memaklumkan Objektif (Inform Learner of the Objectives) Nyatakan tujuan persembahan dan mengapa mereka perlu mengikutinya (Expectancy) • Nyatakan apa yang mereka boleh lakukan selepas aktiviti pembelajaran tersebut (Tell learners what they will be able to do after learning)
Menggalakkan ingat kembali (Stimulate Recall of Prior Learning) Kaitkan maklumat baru dengan maklumat yang telah dipelajari (Retrieval to working memory) Ingat kembali konsep, isi dan pengetahuan yang telah dipelajar sebelum ini (Ask for recall of previously learned knowledge or skills)
Panduan gabungan elemen-elemen teks, grafik, animasi dan multimedia dalam persembahan slaid.
Bergerak di sekitar bilik ataupun ruang dimana anda melakukan persembahan dan perhatikan bagaimana slaid anda muncul di skrin. Bagi bilik yang boleh memuatkan 30 orang, tajuk selaid seharusnya tidak kurang daripada 24 points dan saiz minima untuk butiran teks (bulleted text) adalah 18 points. Elak daripada memberikan terlalu banyak data dalam satu slaid. Slaid seharusnya memberi gambaran ringkas, huraiannya boleh dilakukan secara verbal. Elak menggunakan grafik atau gambar yang terlalu kecil. Jika anda perlu meminta maaf, maka jangan guna. Guna warna secara selektif. Sebagai contoh warna latar yang terang lebih sesuai untuk bilik yang cerah dan warna yang padat untuk bilik yang gelap. Merah sering dikaitkan dengan bahaya dan berhenti dan kewangan muflis, maka elak menggunakan warna merah untuk carta kewangan yang menunjukan peningkatan.
Teks kekalkan ia pada nombor LIMA (+ - 2), contoh lima baris teks untuk satu slaid dan lima perkataan untuk satu ayat. Grafik: Gunakan visual yang dinamik untuk menarik perhatian dan berikan ruang kosong antara grafik dan teks.
Memberi bantuan pembelajaran (Providing Learner Guidance) • Proses enkod semantik (Semantic Encoding) Cadangkan organisasi isi yang bermakna, seperti mnemonik, pemberian contoh dan bukan contoh, analogi ataupun perlambangan grafik (Suggest a meaningful organization)
Beri Latihan (Eliciting Performance) Minta pelajar memberikan respond (Responding) Minta pelajar buat latihan (Ask learner to perform)
Dicatat oleh Sukri Suk di 8:41 AM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook 0 ulasan: Post a Comment Newer Post Older Post Home Subscribe to: Post Comments (Atom)
About Me
Sukri Suk Kuala Berang, Terengganu, Malaysia View my complete profile
My Blog List
CikguBudak.com
Minggu 11 - *WORDPRESS* Salam ! Untuk minggu ke11, Dr Chin telah mengajar kami tentang satu laman blog free yang baru iaitu Wordpress. Laman blog ini adalah free untuk... 2 months ago
Followers Blog Archive
▼ 2010 (11) o ▼ October (7) Teknik penilaian /ujian MEDIA TEKNOLOGI PENGAJARAN KAEDAH KOPERATIF,,TUTORIAL,,PENEROKAAN,,APLIKASI,,... MODEL ROBERT GLAZER,SIM ,TABA,LATIHAN TERUS,INKUIR... TEORI SOSIAL DAN HUMANIS
o
TEORI JEAN PIAGET ► September (4) Picture Window template. Powered by Blogger.