Tugasan Harian 1 Program Latihan Khidmat Negara
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib bagi sesetengah daripada mereka yang baru menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia. Kerajaan telah melancarkan program ini pada Febuari 2004. Pada setiap tahun, 24% daripada remaja yang akan berumur 18 tahun pada tahum latihan mereka dipilih untuk menyertai program ini yang berlangsung selama 3 bulan. Aktiviti yang dijalankan oleh program tersebut dikategorikan kepada fizikal, kenegaraan dan perbentukan perwatakan. Antara kemaslahtan PLKN termasuklah memupuk ketahanan mental dan fizikal remaja. Peserta PLKN akan melakukan aktiviti berkumpulan seperti berkhemah, mendaki bukit, berkawad dan latihan lasak. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut, semua peserta perlu saling bekerjasama untuk mencapai sesuatu matlamat. Dengan ini, nilai saling membantu dan bekerjasama dapat dipupuk dalam kalangan peserta. Selain itu, perpaduan antara kaum turut dapat dipupuk. Program Latihan Khidmat Negara memperkenalkan modul yang dapat memupuk perpaduan kaum melalui aktiviti dengan kumpulan sasarannya, iaitu belia. Semua peserta, tanpa mengira bangsa dan agama dapat berganding bahu untuk melakukan sesuatu perkara., bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Interaksi secara langsung dalam kem latihan program ini dapat memupuk nilai toleransi yang utuh antara kaum. Dengan nilai yang ada, ini dapat mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Di samping itu, PLKN juga dapat melahirkan modal insane yang berilmu. Dalam konteks agama Islam, menuntut ilmu merupakan perjuangan demi masa depan diri, keluarga dan masyarakat. Melalui Khidmat Alam Sekitar, remaja akan membantu menyelamatkan alam sekitar. Hal ini dapat memupuk nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar dan seterusnya menjadikan remaja lebih prihatin terhadap alam sekitar. Seterusnya, Program Latihan Khidmat Negara juga memperkenalkan aktiviti khidmat masyarakat. Melalui aktiviti tersebut, remaja akan sentiasa prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik dan cuba sedaya upaya untuk membantu mereka. Secara langusung, nilai menghormati hak golongan kurang upaya dapat ditanam dalam jiwa setiap peserta. Remaja dapat bersikap penyayang dam mengambil berat tentang apa-apa yang berlaku dalam masyarakat kita. PLKN menanam semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda Malaysia. Dengan semangat patriotisme, remaja dapat memupuk nilai cinta akan negara pada setiap masa, iaitu memiliki perasaan saying dan bangga kepada negara. Generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme pasti akan mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Bukan itu sahaja tetapi, Malaysia yang dihuni masyarakat pelbagai kaum memerlukan semangat patriotisme untuk bergerak maju dan stabil. Sebagai kesimpulan, PLKN perlulah diteruskan. Masyarakat sepatutnya bahumembahu dan menyokong program ini agar remaja dapat menerajui ibu pertiwi ke arah yang lebih cemerlang, gemilang and terbilang di persada dunia, seterusnya melahirkan insane yang seimbang dari segi jasmani,emosi,hohani dan intelek.