Bikar Makmal terdiri daripada kaca pelbagai guna atau kadang-kadang daripada plastik, silinder yang boleh menahan haba dan tekanan, dan ia datang dalam pelbagai saiz. Kakitangan makmal menggunakan menggunakan bikar untuk mengukur dan menyimpan menyimpan bahanbahan. Setiap jenis bikar mempunyai reka bentuk yang khusus yang membolehkan ia digunakan dalam situasi makmal tertentu.
Kegunaan
Fungsi Fungsi utama utama sebuah sebuah bikar bikar adalah adalah untuk untuk memegang memegang dan berfungs berfungsii dengan dengan cecair. Jika lulus, ia boleh berkhidmat untuk membuat ukuran anggaran isipadu cecair. Bikar itu dibuat daripada kaca khusus supaya ia boleh dipanaskan dan disejukkan tanpa pecah. Ini sejenis kaca membuat bikar rapuh dan ia mesti dikendalikan dengan 1
berhati-hati. Bikar biasanya digunakan dalam penyelidikan saintifik. Mereka biasanya menggunakannya sebagai bekas di mana untuk mencampurkan pelbagai cecair atau sebagai alat mengukur. Bikar biasanya dibuat dengan kaca borosilikat yang boleh mengendalikan perubahan suhu pesat. . JENIS-JENIS BIKAR
Bikar Plastik
Bikar Kaca
Ada dua jenis alat kaca di gunakan di makmal iaitu kaca borosilikat dimana ia lebih tebal, keras dan tidak mudah pecah oleh haba. Contoh seperti bikar dan tabung uji. Bikar terdiri daripada 10 jenis pelbagai saiz: •
Bikar glass 100ml- pyrex
•
Beaker low form pyrex 100ml
•
Bikar 100ml
•
Beaker glass 2000ml
•
Beaker low form pyrex 25ml 2
•
Beaker lor form, heavy duty pyrex 250ml
•
Beaker low form heavy duty 400ml
•
Bikar 500ml
•
Beaker glass, pyrex 600ml
Sebahagian harga bikar yang disediakan oleh pembekal (Noorul Generation Sdn.Bhd) Beralamat No.20&20a, Jalan Rahmat 83000 Batu Pahat.
50ml
RM 5.90
100ml
RM 6.60
250ml
RM 8.80
500ml
RM 11
1000ml
RM 26.50
PENGGUNAAN BIKAR DALAM PENGAJARAAN DAN PEMBELAJARAN.
Biasanya saiz bikar yang digunakan di sekolah rendah adalah yang bersaiz sederhana iaitu 250ml, 100ml. Setakat pengalaman saya mengajar di sekolah rendah saiz bikar yang paling besar digunakan ialah 250ml. Ini disebabkan ia lebih sesuai digunakan di peringkat rendah dan biasanya digunakan untuk mengiri cecair larutan bukan asid.Jika bahan berasid pun hanya melibatkan larutan cuka. Penggunaan cuka biasanya melibatkan pelajaran Sains Tahun 5 iaitu menguji Sifat Kimia Bahan iaitu samada asid, alkali atau neutral. 3
Selain itu penggunaan bikar biasnya untuk mengukur isipadu cecair iaitu untuk pelajaran sains Tahun 4 di bawah tajuk mengukur Isipadu Cecair. Selain silinder penyukat, bikar digunakan untuk mengukur isipadu cecair. Bikar juga digunakan sebagai alat untuk mengukur isipadu air yang tepat untuk menguji kebolehan air melalui jenis tanah yang berbeza iaitu untuk tajuk Tanah Sains Tahun 3. Sukatan air dimalarkan. Pengukuran isipadu cecair penting dalam penyediaan larutan dengan kepekatan tertentu. Adalah penting membaca paras isipadu dengan mata berada pada paras yang sama dengan meniscus.Bokar selalu digunakan untuk pemindahan cecair tau llarutan dengan kuantiti yang banyak.Penentuan isipadu diambil daripada bacaan bahagian bawah meniscus yang dilihat pada tahap separas dengan mata.Bacaan isipadu berdasarkan semua digit yang pasti (tanda pada bikar).
CARA PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN BIKAR •
•
Menyimpan bikar kaca pada rak yang sesuai dan selamat. Asingkan penyimpanan daripada bahan yang berat.
•
Bersihkan bikar dan simpan pada rak penyimpanan.
•
Penyimpanan bikar mengikut saiz dan jenis .
•
Bersihkan alatan kaca dengan menggunakan bahan cuci, bilas dengan air dan keringkan.
•
Untuk pengeringan biarkan alatan kaca berdiri, digantung atau dibiaarkan kering diatas rak atau papan pengering.
•
Selepas menggunakan sebarang alat pastikan ianya bersih sebelum disimpan.
KEPENTINGAN BIKAR DALAM PENGAJARAAN DAN PEMBELAJARAN.
4
Alatan di dalam makmal sains seperti bikar merupakan salah satu radas atau bahan yang sangat penting untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Walaupun Bikar daripada kaca, sangat sukar untuk dikendalikan di peringkat sekolah rendah tetapi untuk ketepatan ukuran bikar adalah yang paling sesuai. Walaubagaimanapun kini terdapat bikar yang diperbuat daripada plastik yang mana ia lebih mudah dikendalikan dan disimpan. Ianya lebih selamat untuk pelajar sekolah rendah.Penggunaan alatan dalam P&P sangat memberi kesan yang menyeronokan dikalangan pelajar.
RUMUSAN
Kemahiran manipulatif adalah kemahiran psikomotor yang membolehkan kita untuk melaksanakan kerja-kerja amali yang melibatkan perkembangan koordinasi matatangan dan kebolehan mengendalikan projek.Dengan menguasai kemahiran manipulatif para pelajar mampu mendapatkan keputusan yang sah. Ia juga akan menghindarkan kemalangan dan bila menggunakan kemahiran manipulatif pelajar perlu menganbil kira keselamatan diri dan rakan-rakan. Langkah-langkah yang perlu diambil termasuk menggunakan alatan yang pecah, tidak mencucuk bahan yang tajam dan panas kepada rakan-rakan. Melatih sikap tanggungjawab terhadap keselamatan diri dan orang lain adalah sikap yang baik dan murni.