Huraikan ciri-ciri sistem pemerintahan yang berdasarkan ideologi demokrasi. Seterusnya bandingkan amalan-amalan demokrasi dalam era pasca-Perang Dingin di Ghana dengan amalan-amalan demokrasi dalam era pasca-Suharto di Indonesia.
PENGENALAN
Dalam kemajuan dan perubahan sistem pentadbiran serta tatacara bermasyarakat, demokrasi diterima sebagai satu sistem politik terbaik yang sesuai untuk kehidupan manusia. Bermula dari pemikiran Socrates hingga kini, demokrasi berkembang selari dengan konsep negara bangsa, kontrak sosial, aspirasi umum, penyertaan rakyat, hak rakyat dan sebagainya. Kesemua konsep ini mengikat demokrasi dengan kehendak majoriti rakyat terhadap pemerintah. Pemerintah yang dibentuk daripada pilihan ramai itu bertujuan memberi perkhidmatan terbaik dan memastikan kehidupan rakyat terjamin.Walaupun ia adalah milik masyarakat paling ramai, namun demokrasi menentang penindasan terhadap kelompok masyarakat minoriti di dalam sesebuah negara.
Perkataan ‘demokrasi’ adalah istilah yang berasal dari bahasa Yunani dan ia terdiri daripada dua gabungan perkataan iaitu ‘demo’ yang bermaksud rakyat atau penduduk suatu tempat dan ‘kratein’ yang bermaksud untuk kekuasaan atau peraturan. Jadi dari segi bahasa, demokrasi adalah keadaan negara di mana dalam sistem pemerintahannya, kedaulatan berada di tangan rakyat, kekuasaan tertinggi berada dalam keputusan bersama rakyat, rakyat berkuasa, pemerintahan rakyat dan kekuasaan oleh rakyat. Negara yang mengamalkan sistem demokrasi dikenali sebagai negara demokratik. Kekuasaan tertinggi dalam sistem demokrasi terletak di tangan rakyat kerana rakyat mempunyai hak dan suara yang sama dalam mengatur pemerintahan sesebuah negara. Merujuk kepada Angelika Klein et al. (2011) demokrasi
1
adalah 'satu bentuk kerajaan di mana kuasa dan tanggungjawab sivik dilaksanakan oleh seluruh warga dewasa, secara langsung atau tidak langsung melalui wakil-wakil mereka yang dipilih secara bebas'.
Dewasa ini menjadi kecenderungan global apabila demokrasi menjadi impian politik berbagai negara khususnya negara-negara membangun. Berakhirnya perang dingin antara Amerika Syarikat dengan Kesatuan Soviet, memberi kesan positif kepada semaraknya idea dan proses pendemokrasian di pelbagai negara. Perhatian dunia beralih dari persoalan ketenteraan, perang konvensional, persaingan senjata dan pertarungan ideologi kepada persoalan demokrasi dan hak asasi manusia. Demokrasi kemudian menjadi agenda utama dunia pasca perang dingin. Dunia menjadi begitu peka terhadap masalah-masalah demokrasi di suatu negara. Maka dapat difahami mengapa penyimpangan hak-hak asasi manusia yang berlaku di suatu negara mendapat sorotan tajam dari dunia antarabangsa. Berakhirnya perang dingin membawa angin segar kepada proses pendemokrasian dan penghargaan yang tinggi terhadap maruah kemanusiaan. Demokrasi diakui sebagai sebuah sistem nilai kemanusiaan yang paling menjanjikan masa depan umat manusia yang lebih baik kerana pada asasnya ia sesuai dengan nilai-nilai luhur kemanusian. Anggapan ini muncul kerana beberapa faktor, antaranya ialah penderitaan manusia akibat fasisme, totaliterianisme, komunisme, dan fahaman-fahaman anti-demokrasi lain.
IDEOLOGI POLITIK
Pengertian ideologi adalah berbeza pada pandangan tokoh dan sarjana Ideologi merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku seseorang. Pada lazimnya ia merujuk kepada set kepercayaan yang menggerakkan suatu pergerakkan politik 2
dan sosial. Ideologi juga dimaksudkan sebagai “salah satu item yang membentuk keperluan mental dan jasmani individu yang membentuk sesebuah masyarakat serta meliputi permasalahan politik, sosial, ekonomi dan perkara yang bersangkut paut dengan sejarah dan sosio-geografi manusia. Ideologi ditafsirkan sebagai “fahaman (ajaran) yang dipakai atau dicita-citakan untuk dasar pemerintahan dan lain-lain tujuan”.
Ideologi politik merupakan satu fahaman politik manusia yang menerangkan sesuatu pendekatan kaedah pengurusan politik pemimpin-pemimpin ataupun pemerintah sesebuah negara dalam urusan pentadbiran negara dan penggubalan sesuatu polisi ataupun dasar politik dalam sesebuah negara bagi menjaga kepentingan rakyat negara tersebut serta memperkukuhkan keyakinan rakyat jelata terhadap cara pemerintahan negara tersebut. ldeologi politik dibahagikan kepada dua jenis iaitu konsep ideologi politik dan falsafah ideologi politik. Konsep-konsep ideologi politik ini merupakan idea-idea politik yang telah dicetuskan ataupun diperkenalkan oleh golongan yang memerintah" sejak dahulu lagi hagi memantapkan kedudukan sesebuah sistem pemerintahan beraja di samping memperkukuhkan kuasa mereka sendiri. Kebanyakan idea konsep ideologi politik ini sering dikaitkan dengan unsur-unsur kepercayaan dan ketuhanan.
Setiap negara yang dibentuk harus mempunyai sebuah kerajaan yang kukuh. Ini juga merupakan suatu ciri utama sebuah negara. Sebuah kerajaan yang baru dibentuk boleh memilih ideologi kerajaan mereka. Antara ideologi kerajaan yang terdapat di dunia adalah demokrasi, komunisme, fasisme, nazisme, sosialisme dan autokratik. Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dengan kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan ditentukan
3
oleh rakyat.
Dalam
sistem
demokrasi, undang-undang digubal
sama
ada
oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dikenali sebagai negara atau kerajaan yang demokratik.
Komunisme adalah ideologi politik yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Ideologi ini diperkenalkan oleh Karl Marx, menurut beliau komunisme tulen merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial. Fasisme merupakan ideologi politik yang meletakkan kepentingan negara lebih penting daripada kepentingan individu atau masyarakat. Fasisme mementingkan perpaduan antara masyarakat bangsa yang sama
CIRI-CIRI
SISTEM
PEMERINTAHAN
YANG
BERDASARKAN
IDEOLOGI
DEMOKRASI
Secara dasarnya demokrasi bertujuan untuk memelihara maruah dan hak-hak asasi individu, mencapai keadilan sosial, memupuk pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat, mengukuhkan perpaduan masyarakat dan meningkatkan ketenteraman negara, serta untuk mewujudkan iklim yang amat baik untuk keamanan antarabangsa. Sebagai satu bentuk kerajaan, demokrasi adalah cara yang terbaik untuk mencapai objektif ini, di samping ia juga satu-satunya sistem politik yang mempunyai keupayaan untuk pembetulan diri. 4
Ciri-ciri asas sebuah negara demokrasi terdiri daripada pertama, wujudnya kebebasan bersuara, media massa yang bebas dan dan berkecuali, pilihan raya diadakan secara konsisten, bebas dan adil, ada kebebasan berorganisasi dan berpesatuan, pemerintahan berasaskan majoriti, hak golongan minoriti dihormati dan wujud badan kehakiman yang sentiasa bebas dan berkecuali. Prinsip-prinsip demokrasi meliputi:
a) Perlembagaan Perlembagaan Perlembagaan bermaksud prinsip asas yang memperkenalkan sistem pemerintahan sesebuah negara. Perlembagaan adalah undang-undang serta peraturanperaturan yang boleh dikuatkuasa untuk mengawal kerajaan dan rakyat. Perlembagaan sesebuah negara adalah prinsip-prinsip atau dasar-dasar penting berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diisytiharkan.
b) Pengasingan Kuasa Perlembagaan merupakan medium yang mengehadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, sama ada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya, Perlembagaan akan memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan satu cabang kerajaan itu tidak diberi lebih dari satu kuasa. Struktur pemerintahan diasingkan kepada tiga badan bagi menjamin pemerintahan yang cekap dan telus. Badan tersebut ialah Badan Perundangan (Legislatif), Badan Pemerintahan (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari).
Badan perundangan dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat oleh kebanyakan negaranegara demokrasi moden zaman sekarang. Ia sangat perlu untuk menggerakkan jenterajentera kerajaan. Badan perundangan amat penting kerana ia mengawal kebijaksanaan wakil-
5
wakil yang dilantik oleh rakyat. Melalui badan perundangan inilah segala keperluan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat dapat diketengahkan dan dibincangkan dengan sebaikbaiknya untuk kepentingan rakyat.
Badan eksekutif ialah badan yang menjalankan undang-undang dan dasar-dasar yang telah ditetapkan. Justeru, ahli-ahli eksekutif perlulah mempunyai sifat bertanggungjawab untuk melaksanakan demi rakyat. Ketua eksekutif mempunyai bidang kuasa dan autoriti yang luas dan harus melaksanakan tugas tersebut dengan baik dan demi rakyat.
Strukur kehakiman yang bebas perlu ada dalam sesebuah negara demokrasi iaitu bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Mahkamah penghakiman bebas mempunyai fungsi menghasilkan keputusan kehakiman dengan baik dan adil, penerangan mengenai undang-undang tersebut yang menjadikan undang-undang tersebut untuk kerajaan dan bukan untuk rakyat yang suka berdolak-dalik.
Pengasingan kuasa dalam sesebuah pemerintahan ini dikenali sebagai “Doktrin Pengasingan Kuasa”. Sistem Semak dan Seimbang pula mengiktiraf setiap cabang kerajaan akan kuasa untuk mengehadkan kuasa cabang kerajaan yang lain. Secara teorinya, tiada cabang kerajaan yang boleh mempunyai kuasa yang mutlak dalam pentadbiran sesebuah negara.
c) Pilihan Raya Bebas Pilihan raya merupakan satu daripada tonggak yang paling penting dalam demokrasi. Pilihan raya jelas menjadi indikasi asas melihat sesebuah negara untuk dilabelkan sebagai demokrasi atau tidak demokrasi. Dianggap sebagai penzahiran mutlak kepada konsep
6
kebebasan bersuara, pilihan raya dianggap sebagai mekanisme utama dalam mengkaji penglibatan masyarakat dalam politik sesebuah negara. Pilihan raya demokratik adalah apabila rakyat mempunyai kebebasan dan hak untuk memilih pemimpin-pemimpin politik dan ketua negara. Pilihan raya boleh diadakan dengan pelbagai kaedah. Ia adalah pemilihan umum ke atas seseorang untuk sesuatu jawatan dan pemilihan tersebut dibuat menerusi undi sesebuah perkumpulan. Dalam pilihan raya, pemilihan mestilah dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan orang. Maka dalam pilihan raya terdapat dua objek yang terlibat, iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilihnya. Tujuan mengadakan pilihan raya adalah untuk memilih orang atau orang-orang yang akan mewakili kepentingan pemilih-pemilih dalam hal yang terletak di bawah bidang kuasa organisasi tertentu, di mana orang atau individu-individu berkenaan dipilih untuk melaksanakan tugas.
d) Kebebasan Bersuara Kebebasan bersuara merujuk kepada hak seseorang individu untuk mengekspresikan idea-ideanya, kritikan dan persetujuan mereka untuk mempengaruhi matlamat politik tanpa campur tangan kerajaan. Hak kepada kebebasan bersuara adalah, sebenarnya suatu kesinambungan kepada hak terhadap kebebasan. Jika seorang manusia itu mempunyai hak berfikir untuk dirinya sendiri dan untuk menggunakan mindanya semahunya, maka dia juga haruslah mempunyai hak untuk mengekspresikan buah fikirannya dan idea-idea dalam bentuk yang konkrit sama ada dalam bentuk penulisan ataupun lisan.
d) Kebebasan Mengkritik (media massa) Kebebasan memungut dan menyiarkan berita sering dikaitkan dengan kebebasan akhbar. Definisi kebebasan adalah berbeza dari suatu negara dengan negara yang lain
7
mengikut keadaan setempat. Media juga harus bersifat berkecuali dengan tidak menyebelahi salah satu pihak samada kerajaan atau pembangkang. e) Hak Asasi Manusia Terjamin Demokrasi mempunyai hubungan yang erat dengan hak asasi manusia kerana demokrasi berkait dengan kedaulatan rakyat, rakyatlah sebagai pemegang kekuasaan politik tertinggi dalam sesuatu negara demokratik. Rakyat mempunyai kehendak dan keupayaan untuk menjayakan demokrasi bagi menjaga hak mereka untuk hidup, memperoleh pendidikan, hidup bersama-sama seperti orang lain, mendapatkan perlakuan yang sama dan mendapatkan pekerjaan.
f) Persamaan dan Keadilan dalam Semua Aspek Sistem demokrasi akan lebih berjaya jika masyarakat dapat disatukan walaupun terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, bangsa, warna kulit dan sebagainya. Sistem demokrasi tidak mungkin akan berjalan dengan lancar jika terdapat perselisihan dalam masyarakat majmuk, yang kemudian mampu melahirkan golongan yang suka menimbulkan masalah. Malah, lebih teruk lagi jika terdapat golongan yang ingin meruntuhkan sistem demokrasi dalam sesebuah negara. Justeru, menjadi kepentingan kepada sesebuah kerajaan untuk memberi kesaksamaan dan keadilan kepada rakyat agar sesebuah negara demokratik itu sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.
BENTUK DEMOKRASI
1) Demokrasi Langsung Demokrasi langsung merupakan suatu bentuk demokrasi di mana setiap rakyat memberikan suara atau pendapat dalam menentukan suatu keputusan. Dalam sistem ini,
8
setiap rakyat mewakili dirinya sendiri dalam memilih suatu kelebihan sehingga mereka memiliki pengaruh langsung terhadap keadaan politik yang terjadi. Sistem demokrasi langsung digunakan pada masa awal terbentuknya demokrasi di Athens, di mana ketika itu terdapat suatu permasalahan yang harus diselesaikan, seluruh rakyat akan berkumpul untuk membahasnya. Pada era moden sistem ini tidak dipraktikkan kerana secara umumnya populasi suatu negara adalah cukup besar dan mengumpulkan seluruh rakyat dalam satu forum merupakan perkara yang agak mustahil. Selain daripada itu, sistem ini menuntut penyertaan yang tinggi dari rakyat.
2) Demokrasi Perwakilan Dalam demokrasi perwakilan, seluruh rakyat memilih perwakilan melalui pemilihan umum untuk menyampaikan pendapat dan mengambil keputusan bagi mereka. Hampir keseluruhan negara di dunia mengamalkan demokrasi sebegini. Dalam konteks ini wujudnya instrumen yang menjadi medium kepada pembentukan sesebuah kerajaan iaitu parti politik. Melalui parti ini akan ada calon-calon yang dilantik dan rakyat akan memilih calon–calon yang telah dipilih dalam sesuatu parti yang bertanding dalam pilihan raya. Konsep demokrasi secara perwakilan wujud sebahagian besarnya dari idea dan institusi yang dibangunkan semasa Zaman Pertengahan Eropah dan Zaman Pencerahannya dan dalam Revolusi Amerika dan Perancis. Demokrasi melambangkan kesejagatan, persaingan untuk jawatan, kebebasan bersuara dan akhbar, dan kedaulatan undang-undang. Contoh negara yang mengamalkan sistem demokrasi adalah seperti Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia, India, dan Malaysia.
3) Demokrasi Berparlimen
9
Demokrasi yang memisahkan antara institusi ketua negara dengan ketua kerajaan. Ketua negara dalam sistem ini merupakan seorang raja atau presiden (bukan eksekutif) manakala ketua kerajaan ialah perdana menteri. Perdana menteri dilantik daripada parti atau kumpulan yang mendominasi parlimen dan berkuasa selagi mendapat sokongan majoriti parlimen. Kerajaan dan kabinet ini dibentuk oleh parti yang menang dalam pilihan raya dan ketua mereka akan menjadi ketua kerajaan. Parti yang tewas pula akan menjadi pembangkang. Sistem ini membahagikan parlimen kepada dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang.Antara negara yang mengamalkan sistem ini ialah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, dan New Zealand.
4) Demokrasi Berpresiden Sistem demokrasi yang presidennya berkuasa dalam pemerintahan mengikut corak pemerintahan Amerika Syarikat. Sistem demokrasi ini berbeza daripada sistem demokrasi berparlimen seperti yang diamalkan oleh Great Britain. Dalam sistem ini, presiden menjadi ketua negara dan juga ketua kerajaan serentak. Presiden dan ahli kabinetnya tidak menganggotai dewan perundangan atau kongres, walaupun begitu semua keputusan kongres perlu mendapat perakuan presiden sebelum dilaksanakan. Presiden melantik anggota kabinet atas nama setiausaha seperti setiausaha pertahanan dan pelajaran. Dalam maksud lain, beliau merupakan seorang yang sangat berkuasa dalam pemerintahan negaranya. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Amerika Syarikat dan Filipina.
5) Demokrasi Liberal Merupakan sistem demokrasi yang terbuka tanpa sekatan tetapi masih tertakluk kepada perlembagaan, undang-undang dan suara majoriti. Kerajaan dalam sistem demokrasi ini tidak meletakkan berbagai-bagai sekatan atau peraturan ketat kepada individu atau
10
kelompok yang bergerak dalam apa juga bidang sama ada ekonomi, politik, dan sosial. Ia membenarkan persaingan politik yang bebas, kegiatan ekonomi yang terbuka dan hubungan sosial tanpa sempadan. Melalui pilihan raya, rakyat menyuarakan pilihan mereka dan keputusan majoriti akan membentuk kerajaan dan mempengaruhi penggubalan dasar negara. Kebanyakan negara Eropah Barat mengamalkan demokrasi liberal dan kelihatan kerajaannya sering bertukar ganti menurut kehendak rakyat.
6) Demokrasi Sosial Sistem demokrasi yang terpengaruh dengan unsur sosialisme. Demokrasi ini memelihara dan memperbaik kedudukan buruh secara perlahan-lahan dan bukan secara revolusi. Kedudukan buruh tidak semestinya terhapus tetapi penderitaan mereka yang perlu dihentikan. Sistem ini menghalang buruh untuk menentang dan menguasai kerajaan. Sistem ini juga mendukung pemikiran bahawa kerajaan hanya berperanan mengawal ekonomi dan kedudukan buruh. Pada asalnya, sistem ini dipengaruhi dari idea sosialis dan komunis Marx, namun lama-kelamaan berkembang sendiri dan menolak idea Marx khususnya yang berhubung dengan revolusi dan perubahan sosial secara kekerasan. Demokrasi sosial kemudian berkembang pesat di Eropah Barat sehingga mendorong kepada pembinaan Negara Kebajikan. Kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan dilaksanakan, sementara itu golongan atasan terpaksa membayar cukai yang tinggi untuk membantu kelas bawahan.
7) Demokrasi Terpimpin Sistem demokrasi yang kuat dipengaruhi oleh pemimpin negara yang biasanya terdapat di negara yang sedang membangun. Demokrasi ini dikatakan terpimpin kerana masyarakat negara yang baru merdeka dianggap tidak cukup matang untuk mengamalkan
11
demokrasi liberal. Dalam demokrasi ini, kebebasan politik seperti bersuara, menubuhkan organisasi, menerbitkan akhbar dan buku serta kebebasan pembangkang terhad. Tokoh yang memperkenalkan idea ini di Indonesia ialah Sukarno ekoran daripada kegagalan demokrasi liberal yang diamalkan di negara tersebut sebelum itu. Beliau kemudiannya melancarkan zaman demokrasi terpimpin dengan mengimbangi kuasa tentera dan parti komunis dalam jentera pemerintahannya serta menolak peranan modenis Islam. Dalam sistem ini, Sukarno menggantung parlimen dan pilihan raya, memilik negarakan pelbagai perusahaan besar terutamanya milik Belanda dan menahan penentang politiknya secara menghantar mereka ke pulau buangan. Beliau juga percaya bahawa hanya dengan campur tangan pemerintahan memungkinkan pertumbuhan demokrasi bagi negara yang baru merdeka.
DEMOKRASI DALAM ERA PASCA-PERANG DINGIN DI GHANA
Ghana adalah negara pertama di sub-Sahara Afrika yang mencapai kemerdekaan iaitu pada tahun 1957. Sejarah Ghana selepas merdeka telah dicirikan oleh tempoh pemerintahan tentera yang panjang dan dikaitkan dengan pencabulan hak asasi manusia. Kecuali Republik Pertama di bawah Nkrumah (1960-1966), ketika pemerintahan Republik Kedua (1969-1972) dan Republik Ketiga (1979-1981), kerajaan awam hanya bersifat sementara kerana ia tidak dapat bertahan sehingga tiga tahun tanpa digulingkan dalam rampasan kuasa. Pada akhir 1980-an, selepas hampir satu dekad pemerintahan kuasi-tentera di bawah Majlis Pertahanan Nasional Provisional (PNDC), tekanan dalaman dan luaran yang kukuh kepada kerajaan membawa kepada pengisytiharan perlembagaan liberal pada tahun 1992 dan pembentukan sebuah demokrasi parti berbilang pada tahun 1993, detik ini membawa Ghana ke Republik Keempat.
12
Dalam dekad yang pertama selepas merdeka, negaranya dikuasai oleh Kwame Nkrumah. Di bawah pemerintahan beliau, ideologi Nkrumaisme dilafazkan sebagai ideologi negara. Nkrumaisme dianggap sebagai satu falsafah sosialisme yang cuba mempergunakan idea-idea sosial , ekonomi dan politik semasa sebagai penyelesaian masalah-masalah dalam negeri dan peringkat antarabangsa. Kepimpinan demokrasi Kwame Nkrumah di Ghana merupakan sistem yang diamalkan oleh suku kaum yang berpengaruh. Wujud parti pembangkang yang dikenali sebagai “Mankradd” yang menentang apa-apa keputusan yang dinyatakan oleh ketua parti. Dalam sistem ini terdapat sistem pusat iaitu parti yang memerintah. Apabila keputusan telah dibuat melalui undi majoriti dan menerusi perbincangan maka tidak perlu lagi mewujudkan berbagai-bagai parti politik.
Sebelum tahun 1945, kegiatan nasionalisme tidak bertindak untuk membebaskan Ghana daripada belenggu kolonialisme, tetapi telah tertumpu kepada penyertaan politik dan dewan perundangan negara itu. Selepas Perang Dunia ke Dua, pihak nasionalis menekankan kemerdekaan untuk negara mereka. Pihak nasionalis tidak menerima satu sistem politik di mana mereka tidak dibiarkan mentadbir negara mereka sendiri. Oleh kerana tiada keadilan politik dan sosial pada tahun 1947, pihak nasionalis bertindak untuk melahirkan satu badan politik iaitu, United Gold Coast Convention (UACC). Kwame Nkrumah menjadi setiausaha agong UACC. Pada tahun 1949, Nkrumah berundur daripada UACC dan beliau menganjurkan parti baru iaitu Convention People Party (CCP). Jika dibandingkan dengan parti-parti politik lain seperti UACC, di mana aktiviti politik dihadkan kepada ketua-ketua puak dan orang bangsawan, gerakan CPP meliputi semua lapisan masyarakat, khasnya golongan pekerja dan petani. CPP menjadi parti utama untuk memperjuangkan kemerdekaan. Pada pilihan raya pertama tahun 1951, Nkrumah menjadi Perdana Menteri Ghana.
13
Pada tahun 1966, Nkrumah diguling oleh pihak militeri. Maka berakhirlah ideologi Nkrumaisme di negara Ghana. Di bawah perlembagaan baru tahun 1969, pemerintahan baru di bawah Dr Busia menjaminkan hak kebebasan individu. Di ruangan dasar luar negara itu, negara Ghana tidak lagi mengamalkan polisi-polisi anti-imperialisme dan polisi-polisi yang memperjuangkan persatuan Afrika. Walaupun terdapat beberapa rampasan kuasa selepas tahun 1966 iaitu pada tahun 1975 dan 1979, negara itu lebih cenderung kepada nilai-nilai demokrasi.
Perlembagaan Ghana 1992 telah membahagi kuasa pemerintahan antara presiden, parlimen, kabinet, dewan negara dan mahkamah yang bersifat adil dan bebas. Sejak tahun 1992, Ghana telah berjaya mengadakan empat pilihan raya pelbagai parti, dengan pilihan raya kelima presiden dan Parlimen ialah pada 7 Disember 2008. Pemindahan kuasa secara aman daripada kerajaan Kongres Demokratik Kebangsaan (NDC) kepada Pihak Patriotik Baru (RFN) berikutan pilihan raya kebangsaan pada Disember 2000 jelas menunjukkan sejauh mana perjalanan Ghana ke arah penyatuan demokratik sepanjang dekad yang lalu. Melepasi pilihan raya yang berjaya, Ghana telah mencapai kemajuan yang ketara dalam membangun tadbir urus demokrasi pelbagai parti dalam rangka Perlembagaan 1992. Setakat ini, terdapat bukti bahawa politik liberalisasi membolehkan Ghana untuk menikmati pelbagai hak-hak dan kebebasan yang lebih luas, serta kemunculan masyarakat sivil yang bertenaga dan media yang bebas dan merdeka yang semakin mendesak kerajaan bertanggungjawab bagi pihak rakyat. Malah, dengan perkembangan yang ketara, pendemokrasian Ghana telah disebutsebut sebagai salah satu daripada kisah kejayaan politik di Afrika.
DEMOKRASI PASCA SUHARTO
14
Sejak Indonesia mencapai kemerdekaan pada 17 Ogos 1945, para Pengasas Negara Indonesia melalui UUD 1945 telah menetapkan bahawa Negara Kesatuan Republik Indonesia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi, yang mana kedaulatan iaitu kekuasaan tertinggi ditentukan oleh rakyat dan dilaksanakan sepenuhnya oleh Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR).
Sewaktu pemerintahan Suharto, pembangkang tidak dibenarkan dan hanya tiga parti yang diizinkan beroperasi: Golkar, PPP dan PDI. Ketiga-tiga partai ini akan dilantik wakilwakil mereka dalam kabinet Suharto. Dengan kata lain, kerajaan Orde Baru Suharto ini tiada pembangkang sebagaimana sebuah kerajaan perpaduan iaitu sama seperti corak dan ideologi pemerintahan oleh Perdana Menteri Ghana iaitu Nkrumah pada pasca perang dingin di Ghana. Perletakan jawatan Suharto pada tahun 1998 yang menandakan keakhiran Order Baru. Kekurangan semasa pemerintahan Suharto ialah amalan rasuah berleluasa, pakatan sulit, pembangunan negara yang tidak seimbang, wujud perbezaan pendapatan antara kelas atas dengan kelas rendah, kunci mulut para pengkritik serta pengharaman sebarang tentangan dan pembatasan kebebasan individu serta kebebasan akhbar.
Tempoh pelaksanaan Demokrasi Masa Transisi ialah bermula pada tahun 1998 sehingga 1999. Pada tanggal 21 Mei 1998, Presiden Suharto mengundur diri dan pada ketika itu berlaku penyerahan kuasa oleh beliau kepada Naib Presiden BJ. Habibie. Pada awal kekuasaan Presiden BJ. Habibie, beliau telah menunjukkan kesungguhan untuk membina negara undang-undang dan demokrasi kerana beliau mengetahui objektif rejim Orde Baru iaitu ketika pemerintahan Suharto dalam hal pelanggaran hak asasi manusia. Antara langkah yang diambil oleh Presiden BJ. Habibie ialah dengan melepaskan sejumlah tahanan politik, membuka kebebasan akhbar dan kebebasan memberi pendapat, membatalkan undang-undang
15
subversif dan dasar-dasar yang berkaitan dengan penghormatan, perlindungan dan penegakkan hak asasi manusia. Tindakan yang dilakukan oleh beliau pada awal pemerintahannya itu merupakan suatu permulaan penting dalam peralihan demokrasi yang memang perlu dilakukannya. Secara empirikal tempoh panjang pelanggaran hak asasi manusia semasa Orde Baru bukan sahaja telah memberi gambaran kekuasaan kurang positif pada mata rakyat tetapi juga menjadi sebab kegagalan Orde Baru dalam mempertahankan kekuasaanya setelah puluhan tahun menyokong kekuasaan autoritarin.
Agenda utama yang dilakukan B.J. Habibie dalam melaksanakan peralihan politik ialah mempercepatkan pilihan raya umum, serta menegakkan kedaulatan undang-undang dan dasar penghormatan dan penegakan hak asasi manusia, khususnya dalam penyelesaian pelanggaran hak asasi manusia masa lalu. Kuasa pro demokrasi dalam negara mendesak pilihan raya dilakukan secepat mungkin sebagai proses formal demokratik bagi menamatkan jejak rejim Orde Baru sekaligus sebagai “perlembagaan demokrasi” dan pembangunan semula perpaduan sosial. Pelaksanaan pilihan raya bertujuan untuk melantik kerajaan baru atau rejim demokratik yang menggantikan pemerintahan autoritarian yang dahulu.
Demokrasi yang dibangunkan pada masa reformasi iaitu bermula pada tahun 1999 sehingga sekarang pada asasnya adalah demokrasi dengan berpandukan Pancasila dan UUD 1945, dengan peningkatan pelaksanaan dan penambahbaikan peraturan-peraturan yang tidak demokratik, dengan meningkatkan peranan institusi tertinggi negara dengan menegaskan fungsi, bidang kuasa dan tanggungjawab yang merujuk kepada prinsip pemisahan kuasa dan sistem hubungan yang jelas antara lembaga-lembaga eksekutif, legislatif dan kehakiman. Prinsip demokrasi atau kedaulatan rakyat dapat menjamin peranan masyarakat dalam proses membuat keputusan sehingga setiap peraturan undang-undang yang diterapkan dan
16
ditegakkan adalah mencerminkan keadilan terhadap masyarakat. UUD 1945 dipinda sebagai langkah untuk mewujudkan prinsip-prinsip demokrasi dalam pemerintahan negara. Contoh pindaan UUD 1945 yang ketara ialah berkaitan dengan sekatan kuasa presiden yang mana jika sebelum pindaan, UUD 1945 memberikan kuasa yang begitu besar kepada presiden meliputi kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman sekaligus, tetapi kini kuasa presiden terbatas kepada kuasa eksukutif sahaja.
Secara spesifiknya, pindaan perlembagaan Indonesia menghasilkan sejumlah reka bentuk baru format kenegaraan seperti berikut: a) Presiden dan wakil presiden dipilih melalui pilihan raya secara langsung oleh rakyat, sedangkan bidang kuasa MPR hanya terbatas melantik presiden dan wakil presiden terpilih sahaja. b) Demokrasi dilaksanakan oleh pelbagai institusi negara sesuai dengan bidang tugasnya masing-masing menurut perlembagaan UUD 1945. Hal ini dilihat dengan adanya pembahagian tugas masing-masing yang makin jelas dan terperinci untuk mengelakkan berlakunya pertindihan dan campur tangan bidang kuasa antara lembaga negara.
Presiden
memegang
kekuasaan
menjalankan
pemerintahan.
Dewan
Perwakilan Rakyat (DPR) dan Dewan Perwakilan Daerah (DPD) berperanan mengawasi perjalanan pemerintahan yang dilaksanakan oleh presiden dan kabinet, manakala institusi kehakiman iaitu Mahkamah Agung dan Mahkamah Konstitusi mempunyai bidang kuasa melakukan kawalan penghakiman melalui ulasan penghakiman terhadap dasar yang diambil oleh presiden sebagai pemegang kekuasaan eksekutif ataupun terhadap dasar yang dibuat oleh DPR.
17
c) Jawatan presiden dihadkan untuk tempoh lima tahun dan jawatan itu hanya dapat dilucutkan oleh MPR dalam keadaan tertentu sahaja berdasarkan UUD melalui mekanisme undang-undang.
Pindaan UUD 1945 juga menegaskan tentang prinsip keseimbangan antara kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman sebagai salah satu intipati demokrasi. Dengan hasil pindaan UUD 1945 tersebut, kuasa presiden menjadi terhad dalam masa yang sama jawatan dan penggunaan kuasa presiden dikawal oleh kuasa legislatif dan kehakiman. Pindaan juga menyentuh tentang larangan bagi presiden membekukan atau membubarkan DPR, ini jelas menunjukkan kewujudan institusi DPR yang kuat dalam mengawasi presiden kerana presiden tidak mempunyai kuasa untuk membubarkan MPR dan DPR mempunyai bidang kuasa dalam mengusulkan pemberhentian presiden jika prestasinya tidak baik atau melanggar UUD 1945.
Elemen demokrasi lain yang berubah hampir seratus peratus adalah berkaitan dengan kuasa kehakiman. Sebelum pindaan dibuat, kuasa kehakiman berada di bawah kuasa eksekutif. Pindaan terhadap kuasa kehakiman meliputi kebebasan dari aspek struktur, fungsi dan personal. Kebebasan struktur kuasa kehakiman meletakkan institusi negara ini pada strukturnya tersendiri yang tidak berada di bawah atau di samping kuasa eksekutif dan atau perundangan. Kebebasan kuasa kehakiman yang semakin kuat berbanding sebelum ini sememangnya penting dalam memastikan tertegaknya undang-undang, keadilan dan perlindungan hak asasi manusia kerana dalam sistem negara moden, cabang kuasa kehakiman memang harus disusun tersendiri tanpa dipengaruhi oleh kuasa-kuasa lain kerana prinsip pemisahan kuasa menempatkan kuasa kehakiman pada dimensi sangat penting. Di samping itu, kebebasan kuasa kehakiman itu adalah jaminan perlembagaan terhadap tertegaknya undang-undang dan keadilan, jaminan kepada perlindungan hak asasi manusia dari
18
penyalahgunaan kuasa, serta jaminan adanya mekanisme memperjuangkan hak asasi manusia yang diabaikan oleh undang-undang.
PENUTUP
Ideologi politik ialah satu fahaman politik manusia tentang sesuatu pendekatan kaedah pengurusan politik oleh pemerintah sesebuah negara dalam urusan pentadbiran negara dan penggubalan sesuatu polisi ataupun dasar politik dalam sesebuah negara bagi menjaga kepentingan rakyat negara tersebut serta memperkukuhkan keyakinan rakyat jelata terhadap cara pemerintahan negara tersebut. Pelbagai ideologi politik yang ada, antaranya ialah demokrasi, sosialisme, komunisme dan sebagainya. Idealisme demokrasi merupakan satu tuntutan dunia global kini yang cukup popular dan merupakan idealogi politik yang terbaik untuk diamalkan khususnya bagi sebuah negara yang sedang berkembang maju.
Asasnya konsep demokrasi dapat ditakrifkan sebagai sebuah negara atau kerajaan yang berpandukan atau bersumberkan kepada kehendak rakyat atau masyarakat majoriti. Demokrasi adalah bentuk atau mekanisme sistem pemerintahan suatu negara yang diamalkan untuk mewujudkan kedaulatan rakyat (kekuasaan warganegara) terhadap negara tersebut yang dijalankan oleh pemerintah negara. Kekuasaan tertinggi dalam sistem demokrasi terletak di tangan rakyat kerana rakyat mempunyai hak dan suara yang sama dalam mengatur pemerintahan sesebuah negara. Demokrasi merupakan 'satu bentuk kerajaan di mana kuasa dan tanggungjawab sivik dilaksanakan oleh seluruh warga dewasa, secara langsung atau tidak langsung melalui wakil-wakil mereka yang dipilih secara bebas'. Dalam sistem demokrasi, kerajaan adalah dari rakyat dan bertanggungjawab kepada rakyat. Untuk mendapatkan
19
mandat pemerintahan, sesebuah parti harus mendapatkan mandat dari rakyat melalui pilihanraya yang dilakukan mengikut perlembagaan. Golongan minoriti mendapat layanan yang baik dari golongan majoriti atas sifat tolak ansur. Walau bagaimanapun pendapat golongan majoriti haruslah diterima dan dipertimbangkan oleh pihak minoriti. Individu ataupun kumpulan-kumpulan bebas untuk mengeluarkan sebarang cadangan, kritikan dan sebagainya kepada pihak kerajaan. Ketika pilihanraya diadakan, rakyat dibenarkan untuk memilih sesiapa sahaja menjadi pilihan mereka. Calon pilihanraya dipilih secara rahsia dan tanpa paksaan. Orang ramai bebas meluahkan cadangan, kebebasan bersuara, berkumpul dan menerbit. Kuasa yang terdapat di dalam pentadbiran terbahagi kepada beberapa bahagian seperti legislatif, eksekutif dan kehakiman atau judisiari yang dikuasai oleh individu yang berlainan agar tidak berlaku sebarang campurtangan kepada urusan setiap bahagian.
Secara bandingan, sejak mencapai kemerdekaan sistem pemerintahan negara Ghana adalah berlandaskan ideologi Nkrumaisme pada Republik Pertama, seterusnya negara tersebut dikuasi oleh militeri. Pada tahun 1992 pemerintahan secara demokrasi bermula di Ghana. Perlembagaan 1992 dibentuk yang membahagikan kuasa antara presiden, parlimen, kabinet, dewan negara dan kehakiman. Preseiden negara dipilih rakyat melalui pilihan raya. Sistem pemerintahan secara demokrasi bagi negara Indonesia telah ditetapkan dalam perlembagaan sejak negara itu mencapai kemerdekaan. Walau bagaimanapun ianya tidak dilaksanakan secara sempurna oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Akibat daripada itu berlakunya pemusatan kuasa, rasuah berleluasa dan pencabulan hak-hak asasi manusia. Demokrasi yang diimpikan oleh rakyat mula terlaksana pada era pemerintahan pasca Suharto. Beberapa perkara dalam perlembagaan dipinda bersesuaian dengan kehendak rakyat yang mengimpikan pemerintahan berpaksikan sistem demokrasi.
20
RUJUKAN Abdul‐Gafaru Abdulai. (2009). Political Context Study- Ghana. Universities of Oslo, Leeds
Angelika Klein, Yusuf Kiranda and Regina Bafaki (2011). Concepts and Principles of Democratic Governance and Accountability. Kampala: Konrad-Adenauer-Stiftung Arif Wijaya. (2014). Demokrasi dalam Sejarah Ketatanegaraan Republik Indonesia. AlDaulah: Jurnal Hukum Dan Perundangan Islam. 4 (1) Cherif Bassiouni, David Beetham, Justice M. Fathima Beevi, Abd-El Kader Boye, Awad El Mor, Hieronim Kubiak, Victor Massuh, Cyril Ramaphosa, Juwono Sudarsono, Alain Touraine, and Luis Villoro. (1998). Democracy: Its Principles and Achievement. InterGeneva: Parliamentary Union. Denny, J. A (2006). Jatuhnya Soeharto dan Transisi Demokrasi Indonesia.Yogyakarta: LKIS Yogyakarta
Kwame Boafo.(2008). Democracy and Stability in West Africa: The Ghanaian Experience. Uppsala: Uppsala University and the Nordic Africa Institute (NAI) Leeds, C.A. (1981). Politics Studies. Plymouth: Macdonald and Evans Lutfi Wahyudi (2005). Demokrasi Orde Baru Sebuah Catatan Bagi Masa Depan Demokrasi. Jurnal Sosial-Politika. 6 (11) Paula Becker and Jean-Aimé A. Raveloson. (2008). What is Democracy?: KMF-CNOE and Nova Stella 21
Terry Eagleton (1991). Ideology An Introduction. London: Verso
22