1.0 PENGENALAN Melaka diasaskan oleh Parameswara ataupun Raja Iskandar Shah mengikut Sejarah Melayu1. Berlaku perbezaan pendapat antara catatan-catatan penulis asing berhubung dengan pembukaan Melaka. Barros mengatakan Melaka dibuka pada sekitar tahun 1240, Francois Valentijn pula menganggap peristiwa penting itu berlaku pada tahun 1253, Couto pula memilih dasawarsa pertama kurun ke-14, manakala Eredia memilih tahun 14112. Tarikh-tarikh ini telah menimbulkan kekeliruan namun kebanyakan ahli sejarah bersetuju bahawa pembukaan Melaka adalah ekoran kemelut politik dalam kerajaan Majapahit pada akhir kurun ke-14. Dalam buku Sulalatus Salatin diceritakan bahawa kesultanan Melayu Melaka dibahagikan kepada 3 zaman iaitu zaman pembukaan, zaman kegemilangan dan zaman kejatuhan. Dalam aspek ini, Melaka menjadi sebuah kerajaan yang disegani semasa zaman kegemilangan terutamanya zaman Sultan Mansur Syah dan pembesarnya Tun Perak Per ak yang bertindak sebagai local genius. Semasa zaman inilah maka berlakulah perkembangan politik, ekonomi dan sosial sehingga membawa Melaka kepada kerajaan yang kuat dan agung. Walaubagaimanapun, setelah takhta Melaka jatuh ke tangan Sultan Mahmud, maka kesultanan Melayu Melaka telah mengalami kemelut politik dalaman sehingga membawa kejatuhan Melaka dan menggadai kedaulatan Melaka.
Kejatuhan ini telah meninggalkan meninggalkan impak yang besar dalam kesultanan Melayu
Melaka kerana kerajaan Melayu merupakan sebuah kerajaan yang kuat sehingga mampu mengalahkan kuasa-kuasa asing seperti Siam dan Majapahit.
1
Buyung Bin Adil, Sejarah Melaka dalam Sejarah Kerajaan Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, KPM, 1973, hlm 64. 2 Abdul Rahman Haji Ismail, MALAYSIA Sejarah Kenegaraan dan Politik , Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2007, hlm 78.
1
2.0 FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN MELAKA 2.1 FAKTOR DALAMAN Kesultanan Melaka ini kekal selama lebih kurang satu abad, iaitu dari tahun 1400-1511 di Melaka3. Penulis tempatan juga Barat kerap meletakkan Sultan Mahmud Syah (1488-1511 T.M) sebagai raja Melaka yang akhir 4Pada dekad akhir kesultanan ini, Melaka diperintah oleh Sultan Mahmud dan dikategorikan sebagai zaman kejatuhan Melaka ekoran serangan Portugis. Faktor utama yang membawa kepada kejatuhan Melaka ialah kemelut politik dalaman 5 yang berlaku dalam kalangan golongan atasan semasa diambang penyerangan Portugis. Telah banyak keretakan yang berlaku dalam pemerintahan Melaka sehingga membawa kepada kehancuran Melaka. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa pembunuhan keluarga Bendahara iaitu Bendahara Tun Mutahir, adiknya penghulu bendahari, dan anaknya Temenggung yang dituduh merancang merampas kuasa 6. Pembunuhan ini ekoran fitnah yang disampaikan oleh Khoja Hassan. Dan setelah Sultan mengetahui fitnah berkenaan adalah palsu, maka sultan telah menjatuhkan hukuman pengembirian dan pemecatan Laksamana Khoja Hassan. Dalam konteks ini dapat kita lihat bahawa berlaku pergolakan pemimpin atasan yang menjadi tunggak dalam pemerintahan telah mengalami kekacauan ekoran fitnah dengan sekelip mata sahaja hilangnya pemimpin yang berwibawa dalam tampuk pemerintahan Melaka. Ekoran daripada fitnah tersebut, maka lenyaplah para pembesar-pembesar yang berwibawa dan bersama-bersama membawa Melaka kearah kegemilangan terutamanya Tun Mutahir yang menjadi orang kanan sultan. Melalui peristiwa berkenaan, telah memperlihatkan bahawa
3
Muhammad Yusof Hashim, Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 Dalam Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1989, hlm 39. 4 Prof Khoo Kay Kim, Melaka Dan Sejarahnya, Kuala Lumpur, Percetakan Season Sdn. Bhd, 1982, hlm 7 5 Abdul Rahman Haji Ismail, MALAYSIA Sejarah Kenegaraan dan Politik , hlm 109. 6 Abdul Rahman Haji Ismail, MALAYSIA Sejarah Kenegaraan dan Politik , hlm 109.
2
pemimpin atasan bertindak berdasarkan kepentingan diri tanpa mengira aspek kedaulatan Melaka hingga menimbulkan unsur pathos dalam menjatuhkan hukum bunuh yang dilaksanakan oleh Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara 7. Setelah pembunuhan Tun Mutahir, jawatan Bendahara telah diganti oleh Paduka Tuan, anak almarhum Bendahara Paduka Raja Tun Perak, telah terlalu tua, lumpuh tubuh badannya, dan tidak dapat menyempurnakan tugasnya yang berlipat kali ganda beratnya dengan ketiadaan pegawai pegawai berpengalaman8. Sekiranya pentadbiran Melaka seperti zaman kegemilangan sultan Mansur, maka tidak mustahil untuk mematahkan serangan-serangan Portugis kerana kebijaksanaan pembesarnya pada masa itu iaitu Tun Perak yang telah berjaya mematahkan serangan daripada Siam, Majapahit, dan China sehinnga mampu menjalankan hubungan diplomatik. Seterusnya, kemelut dalaman yang paling ketara dalam kesultanan Melaka adalah pemecahan tradisi dan sifat-sifat negatif yang ditonjolkan oleh Sultan Mahmud semasa memerintah. Dalam buku Sejarah Melayu susunan Tun Sri Lanang dan juga catatan dalam The Suma Oriental karangan Tome Pires, jelas menggambarkan bahawa Sultan Mahmud adalah Sultan Melaka pertama yang banyak memecahkan tradisi perjanjian atau Magna atau Magna Carta Melayu yang termaktub sejak persetiaan Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana 9. Percabulan ini ekoran daripada penganiayaan terhadap rakyat sewenang-wenangnya hingga mengakibatkan keruntuhan Melaka. Namun, Sultan Mahmud bukanlah secara total yang telah memecahkan tradisi kerana sebelum ini memang telah terjadi seperti hukuman sula anak Sang Rajuna Tapa. Banyak sifat negatif yang yang dapat dilihat terhadap Sultan Mahmud yang digambarkan digambarkan secara simbolik. Hal ini dapat dibuktikan melalui beberapa peristiwa dalam Sulalatus Salatin
7
Muhammad Yusof Hashim, Hashim , Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 Dalam Sejarah Malaysia , hlm 46. 8 Abdul Rahman Haji Ismail, MALAYSIA Sejarah Kenegaraan dan Politik, hlm Politik, hlm 109. 9 Muhammad Yusof Hashim, Hashim , Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 Dalam Sejarah Malaysia , hlm 42.
3
yang memaparkan sikap Sultan Mahmud. Sikap yang paling utama sehingga membawa kepada kejatuhan ialah Sultan Mahmud seorang yang pendendam dan suka membuat tindakan yang terburu-buru tanpa usul periksa 10.
Hal ini dapat dibuktikan melalui
pembunuhan keluarga Bendahara kecuali Tun Fatimah kerana mempercayai fitnah yang dibawa oleh Kitul dan sifat dendam yang terpahat dalam hati Sultan ekoran Tun Mutahir tidak mempersembahkan Tun Fatimah. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Sultan dengan mudahnya menjatuhkan hukuman bunuh tanpa usul periksa ditambah lagi bendahara merupakan orang kanan sultan. Selain itu, sultan Mahmud juga seorang yang zalim melalui pembunuhan Seri Bija Diraja hanya kerana terlewat sampai ke Melaka semasa hari raya. Kezaliman Sultan Mahmud dapat dilihat lagi melalui episod peristiwa Raja Zainal dibunuh11 kerana cemburu terhadap kekacakannya. Sifat boros dan diskriminasi juga terdapat pada Sultan Mahmud12. Melalui peristiwa Sulalatus Salatin, Sultan Mahmud amat menyanyangi Seri Dewa Diraja walaupun kelakuan dan gelagatnya yang melampau sekiranya hendak mengadap Sultan. Sultan Mahmud juga tidak bertindak terhadap Seri Dewa Raja yang telah membunuh Tun Isap 13. Seterunya Sultan Mahmud gemar berfoya-foya dengan perempuan lain. Misalnya hubungan sulit sultan Mahmud dengan isteri Tun Biajid sehingga menimbulkan kemarahan Tun Biajid dengan mengambil keputusan untuk meletak jawatan dan tidak sekali-kali ke majlis. Selain itu, terdapat perempuan-perempuan lain yang menjadi keinginan sultan seperti Tun Dewi dan Tun Teja Ratna Benggala. Daripada peristiwa peristiwa berkenaan maka tidak hairanlah masa akhir pemerintahan Sultan Mahmud, akibat daripada berbagai-bagai skandal dan nepotisme yang berlaku, masyarakat menjadi kucar-
10
Muhammad Yusof Hashim, Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 Dalam Sejarah Malaysia , hlm 45. 11 Muhammad Yusof Hashim, Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 Dalam Sejarah Malaysia , hlm 48. 12 Muhammad Yusof Hashim, Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 Dalam Sejarah Malaysia , hlm 47. 13 Muhammad Yusof Hashim, Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 Dalam Sejarah Malaysia, hlm 47.
4
kacir, perselisihan peribadi kalangan anggota istana, fitnah-memfitnah dan juga perselisihan faham telah memudahkan pihak Portugis untuk menjatuhkan kesultanan Melayu Melaka jika dibandingkan dengan zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah yang penuh gemilang ekoran local genius yang bertindak bijak. Pentadbiran Melaka juga semakin goyah apabila berlakunya penyelewengan dalam kalangan pembesar. Pembesar yang bertindak sebagai orang kanan sultan telah melakukan penyelewengan untuk kepentingan peribadi sehingga memakan diri sendiri. Hal ini meyakinkan lagi apabila kenyataan Tome Pires juga menimbulkan kepastian bahawa Naina Chatu yang pernah memberikan rasuah untuk melepaskan banduan-banduan Portugis, mungkin dapat diandaikan bahawa Tun Mutahir menjadi kaya raya sebab rasuah kerana rasuah merupakan kelumrahan hidup masyarakat. Kekayaan Tun Mutahir diceritakan bahawa tiap-tiap hari Tun Mutahir bergaya dengan pakaian yang mahal berjumlah seribu pakaian dan akan bercermin mata. Anak cucu Tun Mutahir pula bermain dengan guli emas 14. Sejarah Melayu juga menyatakan bahawa beliau begitu aktif dan berminat dalam kegiatan perdagangan. Oleh itu, kegiatan perdagangan dan perniagaan Melaka disinonimkan dengan ketokohan Bendahara keturunan Keling ini. Bendahara juga dikatakan orang yang paling kaya di seluruh Melaka, “… demikianlah hal Bendahara Seri Maharaja pada zaman itu, seorang pun tiada taranya” 15. Melalui penceritaan ini, timbul persoalan mengenai kekayaan yang ada pada Tun Mutahir kerana selain menjalanken perniagaan sendiri, bagaimanakah caranya beliau menjadi pembesar yang terkaya di Melaka. Oleh itu, amalan rasuah ini tidak dapat dielakkan lantaran wujudnya bentuk perdagangan dan sistem perniagaan Melaka. Ekoran daripada berleluasanya amalan rasuah ini, maka berlakulah peristiwa yang memakan diri bendahara dan Temenggung Khoja Hassan sehingga membawa kepada kematian.
14
Muhammad Yusof Hashim, Hashim , Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 Dalam Sejarah Malaysia, hlm 261. 15 W. G Shellabear, Sejarah Melayu, Melayu, Fajar Bakti, 1975, hlm 208.
5
Selain itu, punca kejatuhan Melaka ke tangan portugis juga ekoran daripada kemelut dalaman iaitu masalah perpaduan dalam kalangan pemimpin dan rakyat. Perbalahan sentiasa berlaku dalam kalangan pegawai atasan dan pergelutan tampuk pemerintahan ekoran semangat nepotisme dan kekeluargaan sehingga menjadi penghalang dalam menyatupadukan seluruh masyarakat. Masalah perpaduan ini mula timbul sejak zaman pembesar Tun Perak dan Tun Ali16. Dalam Sulalatus Salatin, Salatin , diceritakan bahawa perbalahan timbul antara Tun perak yang memegang jawatan sebagai Paduka Raja dan Tun Ali sebagai Seri Nara Diraja telah berpecah kerana ada yang berpihak kepada Tun Ali dan sebaliknya. Ketiadaan muafakat ini selalu menimbulkan persengketaan sesama mereka. Namun, perbalahan ini berjaya diselesaikan dengan kebijaksanaan Sultan Muzaffar dengan mengahwinkan Tun Kudu dengan Tun Ali 17. Walau bagaimanapun, hubungan ini hanya bersifat sementara sahaja kerana setelah kematian Tun Perak, fenomena kaum ini telah berubah. Golongan berketurunan Tamil-Islam yang memonopoli jawatan Bendahara dimulakan oleh Tun Mutahir, sentiasa bermusuh-musuhan dengan golongan Melayu, terutama golongan Melayu daripada keturunan Hang Tuah yang memonopoli jawatan Laksamana bersama-sama dengan golongan Melayu daripada keluarga Seri Bija Diraja18. Hal ini telah menunjukkan bahawa keluarga bendahara sering bertelingkah dengan keluarga Laksamana. Dari aspek ini, sekiranya pimpinan di atas telah mengalami kekacauan tidak mustahil juga dalam kalangan penyokong-penyokongnya bertindak seperti pegawai atasannya atasann ya sehingga mengakibatkan kekecohan social s ocial dan muncul gejala pilih kasih. Sekiranya permuafakatan tidak berlaku, maka sesuatu pimpinan tidak akan berjalan lancar. Dari aspek pertahanan dan ketenteraan pula, ternyata kelemahan dalam pentadbiran ketenteraan telah membawa kepada kejatuhan Melaka. Hal ini demikian kerana semasa 16
Muhammad Yusof Hashim, Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 Dalam Sejarah Malaysia, hlm 322. 17 Muhammad Yusof Hashim, Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 Dalam Sejarah Malaysia, hlm 322. 18 Muhammad Yusof Hashim, Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 Dalam Sejarah Malaysia , hlm 261.
6
pemecatan Temenggung Laksaman Khoja Hassan, maka tiadalah pelapis dalam merancang dan mempertahankan perairan Melaka. Maka, seluruh pertahanan laut musnah sehingga Portugis berupaya terus mara mengucar-ngacirkan pertahanan darat Melaka 19. Kekalahan Melaka dengan mudah ini telah menimbulkan banyak tanda tanya kerana serangan pihak Portugis hanya memiliki sekitar 20 buah kapal dan tidak sampai 20 orang askar. Tidak dinafikan juga angkatan perang Portugis adalah tahan lasak dan kuat serta azam dan semangat keagamaan dan permusuhan yang meluap-luap terhadap mana-mana sahaja kuasa Islam yang ditemui 20. Tambahan pula, bilangan askar upahan Melaka lebih banyak berbanding tentera Portugis. Selain daripada orang-orang Melayu, terdapat 20 000 orang peranjurit perang yang terdiri daripada askar upahan Jawa 21. Walaupun mempunyai bilangan tentera yang ramai, namun askar-askar ini kurang semangat juang dan nasionalisme kerana mereka hanyalah askar upahan dan bukannya askar yang sanggup berkorban nyawa seperti askar Portugis. 2.2 FAKTOR LUARAN Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis juga disebabkan oleh factor luaran iaitu untuk menguasai perdagangan entrepot Melaka. Menyedari akan kepesatan perdagangan kerajaan Melaka, maka pihak Portugis telah tertarik untuk memasukkan sebuah entrepot yang begitu berjaya ke dalam rangka cita-cita mereka menguasai monopoli perdagangan rempah di Asia. Dengan Melaka berada di dalam cengkaman orang Portugis, d’Albuqueque percaya bahawa barang-barang berharga yang dibawa ke Iskandariah melalui Laut Merah dan kemudian dibawa ke pasar-pasar di Eropah oleh para pedagang Venice akan dapat dihalakan ke Lisbon dan menjadikan ibu negara Portugal itu sebagai pusat semua kegiatan perdagangan untuk
19
Abdul Rahman Rahman Haji Ismail, MALAYSIA Sejarah Kenegaraan dan Politik , hlm 109. Abdul Rahman Haji Ismail, MALAYSIA Sejarah Kenegaraan dan Politik , hlm 108. 21 Buyung Bin Adil, Sejarah Melaka dalam Sejarah Kerajaan Melayu, hlm 72. 20
7
memasarkan hasil-hasil dari Asia yang jarang-jarang ditemui di Barat22. Setelah Dom Jao II menaiki takhta kerajaan pada 1481, barulah Raja Portugis benar-benar mengambil berat untuk mendapatkan rempah ratus dari Asia 23. Untuk mencapai cita-cita cita-cita ini, d’Albuquerque sendiri telah mengepalai sebuah angkatan menyerang Melaka yang berjaya menakluk kota yang begitu kuat pertahanan dan perbekalannya itu pada 10 ogos 1511, setelah mengepungnya selama lebih daripada satu bulan 24. Beliau juga telah dilantik menjadi Gabenor atau Wakil Raja Portugal yang kedua bagi Estado bagi Estado Da India. Selain itu, faktor luaran yang membawa kepada kejatuhan Melaka ialah strategi peperangan Portugis yang sistematik sehingga berjaya mengalahkan Melaka dengan mudah. Hal ini demikian kerana sebelum seranga Portugis, d’Albuquerque telah mengadakan hubungan sulit dengan Ruy de Araujo 25 yang menjadi pengintip semasa di ambang kejatuhan Melaka. Hal ini telah memudahkan d’Albuquerque untuk melakukan serangan kerana adanya penginti p penginti p dalaman yang menjadi mata-mata portugis. Strategi yang dibuat ini ekoran maklumatmaklumat yang diberikan oleh pengintipnya yang meminta pihak Portugis menawan jambatan dekat kuala sungai Melaka yang menghubungkan kawasan Bandar Melaka bahagian Utara dengan kawasan istana Raja Melaka dan masjid di kaki Bukit Melaka di bahagian selatan Bandar itu. Apabila jambatan itu dapat ditawan, bolehlah orang Portugis menentukan kemenangan dalam peperangan itu. Selain itu, Albuquerque telah bermesyuarat di kapal “Flor de la Mar” dengan pegawai-pegawai pegawai -pegawai dibawahnya mengaturkan cara-cara mereka hendak mendaratkan askar-askar mereka ke daratan Melaka.26 Melalui strategi ini, pihak Portugis telah berjaya menawan Melaka dan mengucar-ngacirkan mengucar-ngacirkan pertahanan Melaka.
22
Leonard Y.Andaya, Kerajaan Johor 1641-1728, Kuala 1641-1728, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm 27. 23 Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Macmillan Malaysia, Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd, 1983, hlm 63. 24 Leonard Y.Andaya, Kerajaan Johor 1641-1728 , hlm 28. 25 Buyung Bin Adil, Sejarah Melaka dalam Sejarah Kerajaan Melayu hlm 72. 26 Buyung Bin Adil, Sejarah Melaka dalam Sejarah Kerajaan Melayu, hlm Melayu, hlm 72.
8
Bukan itu sahaja, pembelotan pedagang-pedagang asing juga turut menjadi faktor luaran kejatuhan Melaka. Hal ini terbukti apabila terdapat segelintir para pedagang asing yang memberikan sokongan terhadap pihak Portugis dan berpaling tadah terhadap Melaka. Terdapat sebahagian orang asing yang membantu Melaka menghadapi serangan Portugis, sebahagian pula ada yang secara terang-terangan membantu Portugis mengalahkan angkatan perang Melaka. Setelah Portugis menguasai Melaka sebahagian daripada orang asing ini terus kekal di Melaka dan membantu memperkukuhkan kedudukan kuasa penjajah itu 27. Hal ini dibuktikan apabila orang Cina telah menawarkan lima buah tongkang besarkepunyaan mereka di pelabuhan Melaka untuk menolong Portugis 28
27
Abdul Rahman Haji Ismail, MALAYSIA Sejarah Kenegaraan dan Politik, hlm 109 Haji Buyong Bin Adil, Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, hlm 15-19, hlm 16.
28
9
3.0 KEMUNCULAN KERAJAAN JOHOR Setelah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis, maka dengan ini tidak bermakna kesultanan Melayu Melaka telah berakhir. Hal ini demikian kerana selagi waris dari bukit si guntang ini masih wujud, maka sesebuah kerajaan akan dapat dibina semula bak kata pepatah “Ada raja, maka adalah kerajaan”. Setelah penaklukan Melaka, keluarga diraja menjadi pelarian yang mencari perlindungan, p erlindungan, mula-mulanya di Bentan dan kemudiannya di Muar Johor dan cuba menyatukan anggota-anggotanya yang berpecah belah 29. Setelah rampasan Melaka wujudnya usaha Sultan Mahmud untuk mengembalikan pemerintahan dan mendapatkan mendapatkan semula kota Melaka.
Tiga daerah di Sumatera yang dahulunya di
bawah kuasa Melaka iaitu Pasai, Kampar dan Aru membebaskan diri kerana pewaris terlalu lemah untuk mengekalkan kuasa mereka di kawasan berikut. Di Bentan asas pembinaan semula dimulakan dengan membina kekuatan tentera bagi menghadapi serangan Portugis, untuk membina kekuatan tersebut, kebanyakan keraajaan naungan sebelumnya telah menyatakan taat setia kepada Sultan Mahmud dan bersedia mempertahankan saki baki kekuatan Melaka yang masih ada. Sulta Melaka bukan sahaja gagal mengambil semula Melaka dengan bantuan pasukan-pasukannya yang kecil dan tidak bersatu tetapi juga terpaksa menahan serangan berterusan Portugis terhadap Bentan, Muar dan Johor. Keadaan ini menyukarkan Kesultanan Melayu Melaka untuk membina suatu tapak kuasa politik dan ekonomi yang baharu di Selat Melaka hingga tahun 1641 30. Ketahanan Johor menghadap serangan berterusan daripada Portugis pada tahun 1518, 1520-1521, 1523-1524, 1526, 1535-1536 dan 1587 jelas menunjukkan bahawa pewaris
29
Abdul Rahman Haji Ismail, MALAYSIA Sejarah Kenegaraan dan Politik , hlm 132. Abdul Rahman Haji Ismail, MALAYSIA Sejarah Kenegaraan dan Politik , hlm 133.
30
10
Kesultanan Melaka telah pulih dan mempunyai tenaga kerja dan kekuatan ekonomi yang cukup untuk mendapatkan semula kuasa yang hamper sama sewaktu menguasai Selat Melaka dahulu. Sultan Mahmud juga melakukan serangan terhadap kubu Portugis pada 1518 tetapi menemui kegagalan. Menurut Andaya (1982), Sultan Mahmud Syah memilih untuk bersemayam di Bentan kerana wila yah Kepulauan Riau-Lingga merupakan wilayah yang didiami oleh majoriti. Orang Laut yang setia kepada Kesultanan Melaka semenjak era Srivijaya. Keselamatan baginda telah dikawal oleh orang-orang laut yang setia di Bentan dan wilayah sekitarnya dari serangan Portugis. Pada 1526, Portugis berjaya memusnahkan kubu pertahanan Sultan Mahmud Syah di Kopak, Bentan dan baginda terpaksa berundur dan bersemayam di Kampar.
11
4.0 PENUTUP Secara ringkasnya kesultanan Melayu Melaka telah melahirkan, memulakan dan meningggalkan suatu tradisi sejarah dalam rantaian dan landasan pensejarahan yang berlanjutan sejak awal abad ke-15 sehinggalah sekarang. s ekarang. Melalui penghuraian fakta-fakta yang dikemukakan, jelaslah bahawa faktor dalaman merupakan factor yang utama yang membawa kepada kejatuhan Melaka. Hal ini demikian kerana, sekiranya pihak pemerintah berjaya mengawal kekucar-kaciran dalam pentadbiran, maka sesebuah kerajaan itu dapat dikekalkan dengan penyatuan antara golongan atasan dan bawahan. Sekiranya pemerintah bertindak bijak tanpa menggunakan nafs dan emosi, banyak pekara yang negatif dapat dielakkan dan pemecahan tradisi Magna Carta tidak akan berlaku. Walaubagaimanapun, selepas kejatuhan Melaka, terdapat berbagai peristiwa yang ditunjukkan dalam Sulalatus Salatin yang menunjukkan kewibawaan politik Melayu yang masih utuh melalui kemunculan kerajaan Johor. Ketabahan Sultan Mahmud dalam menghadapi serangan-serangan Portugis telah memperlihatkan falsafah baginda iaitu “negeri alah hanya selepas rajanya mati”. Oleh Oleh itu, penerusan warisan kesultanan Melayu Melaka dari Bukit Siguntang ini tidaklah jatuh sepenuhnya kerana baginda telah berjaya membuka kerajaan baru iaitu kerajaan Johor.
12
5.0 BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Haji Ismail(peny. 2005. Malaysia : Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Andaya Barbara Watson dan Leonord Y.Andaya. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Malaysia. Petaling Jaya Macmillan Publishers A.Samad Ahmad. 2010. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Melayu. Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa dan Pustaka Buyong bin Adil. 197). Sejarah Melaka Dalam Zaman Kerajaan Melayu . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Leonard Y.Andaya. 1987. Kerajaan Johor 1641-1728 : Pembangunan Ekonomi dan Politik . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Muhammad Yusof Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka : Institusi Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) Malaysia (IKSEP) Prof Khoo Kay Kim. 1982. Melaka Dan Sejarahnya, Kuala Lumpur: Percetakan Season Sdn. Bhd
13