LATAR BELAKANG TAMADUN Jelaskan latar belakang tamadun India Kedatangan orang Aryan telah meruntuhkan Tamadun Indus. Kedatangan orang Aryan telah membawa budaya baru kepada masyarakat lembah Indus Zaman ini dikenali sebagai Zaman Vedik Zaman Vedik diambil sempena kelahiran kitab-kitab Veda Merupakan permulaan kehidupan beragama dan kelahiran agama Hindu Selepas bertapak di lembah sungai Indus, mereka beralih ke lembah Ganges Terdapat dua bentuk kerajaan dalam tamadun Indus, Kerajaan Janapada (kerajaan kecil) dan Mahajanapada (kerajaan besar). Chandragupta Maurya membentuk empayar pertama India setelah menyatukan seluruh kerajaan kecil di India Utara
SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN Nyatakan bentuk pentadbiran peringkat awal tamadun India Mempunyai dua bentuk kerajaan pada peringkat awal kerajaan kecil dan kerajaan besar Kerajaan kecil bersifat kepuakan dan tidak beraja. Kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi dan Kasola
Jelaskan ciri-ciri pemerintahan beraja dalam tamadun India Raja mengamalkan kuasa mutlak. Raja dianggap suci dan perlu dihormati.
Kedudukan raja diperkukuhkan dengan upacara ritual... Brahmin menjadi penasihat raja. Golongan ksyatria menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan
Jelaskan mengenai Empayar Maurya dalam tamadun India India Chandragupta Maurya membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India. Chandragupta Maurya mengubah status raja kepada maharaja. Empayar Maurya meliputi kawasan Teluk benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negaranya terletak di Pataliputra. Zaman kegemilangan pada zaman maharaja Asoka. Kegemilangan ini disebabkan Asoka berjaya menamatkan Perang Saudara selepas kematian ayahnya, Bindusara dan menakluki neger i Kalinga. Selepas Perang Kalinga, Asoka menekankan keamanan dan kemajuan sosial dan dasar penaklukan melalui penyebaran agama Buddha. Asoka mewujudkan birokrasi pentadbiran dalam pemerintahan
Jelaskan mengenai Perang Kalinga Berlaku pada masa pemerintahan Asoka. 100 000 telah terkorban dan 150 00 cedera. Menyedarkan Asoka tentang penderitaan dan kematian. Menyebabkan Asoka memeluk agama Buddha dan dan menyebarkannya dan mengembangkanya
PERUNDANGAN Jelaskan sistem perundangan dalam tamadun I ndia
Kedudukan raja diperkukuhkan dengan upacara ritual... Brahmin menjadi penasihat raja. Golongan ksyatria menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan
Jelaskan mengenai Empayar Maurya dalam tamadun India India Chandragupta Maurya membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India. Chandragupta Maurya mengubah status raja kepada maharaja. Empayar Maurya meliputi kawasan Teluk benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negaranya terletak di Pataliputra. Zaman kegemilangan pada zaman maharaja Asoka. Kegemilangan ini disebabkan Asoka berjaya menamatkan Perang Saudara selepas kematian ayahnya, Bindusara dan menakluki neger i Kalinga. Selepas Perang Kalinga, Asoka menekankan keamanan dan kemajuan sosial dan dasar penaklukan melalui penyebaran agama Buddha. Asoka mewujudkan birokrasi pentadbiran dalam pemerintahan
Jelaskan mengenai Perang Kalinga Berlaku pada masa pemerintahan Asoka. 100 000 telah terkorban dan 150 00 cedera. Menyedarkan Asoka tentang penderitaan dan kematian. Menyebabkan Asoka memeluk agama Buddha dan dan menyebarkannya dan mengembangkanya
PERUNDANGAN Jelaskan sistem perundangan dalam tamadun I ndia
Perundangan menjadi aspek penting untuk melihat perjalanan kerajaan dan keberkesanan pentadbiran. Kitab Dharma Sastra dianggap kitab undang-undang Hindu tertua. Kitab ini dipercayai dihasilkan antara abad keenam hingga abad kedua sebelum masehi. Raja bertanggungjawab memelihara ke sucian dan kedaulatan undang-undang.
Segala kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindakan atau denda, bergantung pada keseriusan kesalahan tersebut. Golongan Brahmin menjadi golongan dominan dalam bidang undang-undang kerana mahir dalam hukum-hakam. . Pada zaman Dinasti Maurya, Undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah raja. Segala titah perintah raja diukir pada tiang batu yang didirikan di te pi jalan. Tujuanya supaya dapat dibaca oleh rakyat. Tiang itu kini dikenali sebagai Tiang Asoka kerana didirikan pada zaman Asoka. Beliau sentiasa berpegang pada konsep kesejahteraan rakyat PERLUASAN KUASA Jelaskan perluasan kuasa dalam tmadun I ndia Mula berlaku pada masa pemerintahan Chandragupta Maurya. Kejayaan perluasan kuasa dibantu oleh pasukan tentera terdiri daripada 600 ekor gajah, 1000 tentera berkuda dan 10 000 tentera infantri. Kawasan dikuasai meliputi seluruh India Utara, Punjab, Empayar Seleucid di Syria dan Sempadan India Barat. Bindusara, putera Chandragupta meluaskan kuasa ke Mysore di Selatan India.
Kaedah peluasan kuasa berubah semasa pemerintahan Asoka. Asoka menekankan dasar lebih lembut untuk memperluaskan pengaruh Maurya. Asoka meluaskan kuasa melalui penyebaran agama Buddha. Ini berlaku akibat kemenangan Asoka ke atas Kalinga dalam Perang Kalinga
KEGIATAN EKONOMI Jelaskan mengenai kegiatan ekonomi dalam tamadun India Berkembang pesat sejak abad ketiga. Melibatkan perdagangan kawasan di dalam wilayah India dan perdagangan dengan luar negara.
Pusat perdagangan penting ialah Anga, Kalinga dan Karusa. Pusat-pusat ini menghasilkan gading, senjata, emas, berlian dan mutiara untuk diperdagangkan.
Kerajaan Maurya menjalankan hubungan perdagangan dengan Macedonia, Sri Lanka, Asia Tenggara dan Asia Tengah. Pelabuhan utamanya menghubungkan India dengan negara luar ialah Broach, Chaul,Kalyan dan Cambay.
Terdapat persatuan perdagangan dan per usahaan(stresthin) di setiap bandar. Persatuan itu termasuklah persatuan tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit. Matlamat stresthin adalah untuk mengawal harga, kualiti barang dan gaji pekerja. Terdapat undang-undang untuk mengawal stresthin. Pelaksanaan undang-undang diawasi oleh raja. Mata wang digunakan sebagai medium jual beli. Semasa Zaman Gupta , bentuk wang em as telah digunakan.
Aktiviti perdagangan sangat disokong oleh perkembangan dalam sektor perusahaan terutama tekstil, kain kapas dan sutera Perusahaan barangan emas, mutiara dan batu permata turut berkembang. Pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap hasil perdagangan. Contohnya hasil pertanian dan buah-buahan. Cukai ini bertujuan menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.
Perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu meningkat pada zaman Gupta. Pedagang India memperolehi rempah, bedak wangi, gading gajah dari Alam Melayu. Memperolehi tembikar, barang kaca dan minyak wangi dari China. Perdagangan maritim dengan Rom dan Sri Lanka juga berkembang.
PENDIDIKAN Jelaskan ciri-ciri pendidikan dalam tamadun India Bermula pada Zaman Vedik. Pendidikan sangat mementingkan keagamaan iaitu agama Hindu. Pendidikan hanya didominasikan oleh kaum lelaki. Golongan wanita tidak diberi peluang dalam pendidikan. Pendidikan memberi perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab Veda. Bahasa Sanskrit menjadi medium pengajaran penting. Kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda. Matlamat pendidikan berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati. Tumpuan pendidikan ialah agama.
Segala hukum agama harus dipelajari supaya hidup sempurna. Pendidikan tinggi telah diberikan oleh Kolej Brahman bermula sebelum 100 S.M. Sebelum itu, pendidikan diberi di istana dan rumah. Pada abad ke empat lahir universiti agama Buddha iaitu Nalanda. Untuk mencapai taraf Brahmin, seseorang harus menghafal buku-buku agama khususnya Veda. Kitab Veda mengandungi peraturan ritual, mentera, dan lagu-lagu agama. Mereka juga harus mempelajari karya sinstifik dan falsafah. Pada zaman seterusnya pendidikan bertujuan untuk menambah ilmu , mengatasi buta huruf serta mendapatkan jawatan dalam pemerintahan
FALSAFAH Jelaskan ciri-ciri Falsafah dalam tamadun India Falsafah India merupakan falsafah terawal di dunia . Falsafah ini wujud dalam dua bentuk pemikiran yang besar.
.
Kumpulan yang bersumberkan kitab Veda dan yang menolak kitab Veda. Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharya Veda. Mahabharata dan Bhagavad Gita merupakan sumber falsafah yang terdapat dalam Veda. Falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainisme dan Buddhisme
SAINS DAN TEKNOLOGI Jelaskan ciri-ciri Sains dan teknologi dalam tamadun India Sains dan teknologi adalah cabang kepada pengetahuan Vedik. Pengetahuan tentang astronomi terdapat dalam Rig Veda. Ilmu matematik berkembang pesat pada zaman Gupta.
Ahli matematik India mengetahui konsep geometri. Mereka memperkenalkan sistem nombor Angka Brahmin dan angka Kharosti.. Ilmu perubatan berkembang kerana kecenderungan masyarakat dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga
SENI BINA Jelaskan ciri-ciri seni bina dalam tamadun India Stupa Besar di Sanchi bertujuan keagamaan. Great Bath merupakan tempat mandi untuk tujuan penyucian diri. Kompleks kuil di Gua Ajanta mengandungi 28 kuil-gua. Terdapat menara pelbagai bentuk seperti kon, kubah dan pagoda
KESUSASTERAAN Jelaskan ciri-ciri sastera dalam tamadun India Bahasa utama zaman Vedik ialah bahasa Sanskrit Bidang sastera terbahagi kepada bentuk Vedik, Epik dan Sajak Sastera agama Hindu dan Buddha terkenal ialah Epik Mahabharata dan Epik Ramayana SISTEM SOSIAL Jelaskan susun lapis masyarakat dalam tamadun India Brahmin (Pendeta), Ksyatria (Pahlawan) Vaisya (Pedagang) Sudra (Petani)
Jelaskan ciri-ciri kasta dalam tamadun India Terdapat tanggungjawab berbeza mengikut kasta Diikuti dengan ketat oleh masyarakat Seseorang yang dilahirkan dalam kasta tertentu tidak boleh mengubah kasta lain Lelaki dilarang berkahwin dengan wanita kasta lain Percampuran di kalangan ahli yang berbeza kasta dilarang
Latar Belakang Jelaskan belakang tamadun China Terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas ke Selatan China Dinasti Chin wujud tahun 221s.m – 206 s.m Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin Nama sebenar ialah Raja Chen Beliau berjaya membentuk empayar yang luas sehingga ke sungai Merah di Vietnam Beliau berjaya menyatukan semua jajahan takluknya di bawah pentadbirarn pusat
Pemerintahan dan Pentadbiran
Jelaskan ciri-ciri pemerintahan dan pentadbiran t amadun China Perluasaan kuasa telah mengubah pemerintahan Feudal kepada pentadbiran berpusat Melahirkan zaman empayar pada zaman Dinasti Chin Konsep raja bertukar menjadi maharaja Membentuk birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai kerajaan Pegawai kerajaan terdiri daripada rakyat yang dilantik oleh jawatankuasa dalam Sistem perkhidmatan awam iaitu Hon Kao Tsu Perlantikan ini berasaskan pencapaian dalam peperiksaan awam
Perundangan Jelaskan ciri-ciri perundangan tamadun China Sistem perundangan berteraskan dua prinsip utama iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif
Teras undang-undang ini adalah daripada Falsafah Legalisme Undang-undang ini diperkenalkan oleh ahli falsafah bernama Han Fei Tzu Menurut falsafah ini , undang-undang tegas dapat mengawal tingkah laku manusia Dalam melaksanakan undang-undang , belas kasihan tidak harus wujud Penguatkuasaan undang-undang harus dipelihara dalam apa juga ke adaan Raja mesti memiliki kuasa yang utuh Ini bertentangan dengan undang-undang berteraskan ajaran Confucius Ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian masyarakat
PERLUASAN KUASA Jelaskan mengenai perluasan kuasa tamadun China Bermula pada zaman Dinasti Chin Semasa pemerintahan Shih Huang Ti Beliau berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China Memerintah secara autakratik Kuasa bangsawan dihapuskan dan digantikan dengan gabenor dan panglima tentera Tembok Besar China dibina daripada serangan orang gasar ( orang Hun ) Kejatuhan Dinasti Chin menyebabkan kem unculan Dinasti Han Mahajara Han Wu Tin pada zaman Dinasti Han meluaskan kawasan takluknya melalui angkatan tentera yang kuat EKONOMI Jelaskan mengenai perkembangan ekonomi tamadun China Tenggala talah diperkenalkan untuk membuat batas tanaman
Penciptaan kolar kuda untuk menarik tenggala kayu , kereta kuda dan penyisir tanah Di Barat penggunaan kolar kuda telah menyebabkan kuda tercekik te tapi di China dapat menarik beban yang berat dan tidak mencekik kuda Sistem penanaman bergilir diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah Kawasan telah diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang Pembinaan terusan untuk sumber air pertanian Pembinaan terusan untuk mengawal banjir Perusahaan logam dan tembikar berkembang sejak zaman Dinasti Han Hasil perusahaan di dagangkan hingga ke Alam Melayu , India , Timur Tengah dan Barat Hasil dibawa melalui jalan darat iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudiannya melalui jalan laut
Jalan Sutera Darat bermula dari Rom mere ntasi kawasan Asia Tengah ke India dan seterusnya ke China Jalan laut ialah jaringan jalan yang menghubungkan China dengan India dan negara Barat
Muncul persatuan perdagangan yang melahirkan golongan kelas pertengahan yang besar
Perkembangan ekonomi mencetuskan perkembangan Sistem perhubungan seperti jalan raya , jambatan Mewujudkan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu
Pendidikan
Senaraikan ciri-ciri pendidikan tamadun China
Matlamat utama pendidikan adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan Terdapat tiga peringkat pendidikan Pendidikan rendah tertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci Peringkat menengah , tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera Pendidikan di China untuk kepentingan pentadbiran
Jelaskan mengenai Peperiksaan Awam tamadun China Mengandungi tiga tahap iaitu tahap pertama ( Hsiu Tai ) , tahap ked ua ( Chun-Jen ) dan tahap ketiga ( Chin-Ship ) Tahap pertama setaraf ijazah pertama Tahap kedua setaraf dengan sarjana Tahap ketiga setaraf doktor Falsafah Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah Peperiksaan tahap kedua di ibu kota daerah Tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana Lulus tahap pertama berpeluang menjadi pegawai kerajaan Lulus tahap ketiga layak menjadi pendidik Peperiksaan tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun Peperiksaan tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia Peperiksaan ini dikendalikan dengan ketat Mereka didapati meniru dikenakan hukuman mati
Pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan Calon akan ditempatkan dalam bilik dengan disediakan makanan Calon dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan
Sistem Sosial Senaraikan ciri-ciri sistem sosial tamadun China Golongan pertama ialah golongan atasan yang terdiri daripada lapisan pentadbir ( Maharaja , pegawai, bangsawan , sida-sida ) Kumpulan kedua terdiri daripada rakyat bawahan iaitu petani dan artisan Golongan ketiga ialah golongan hamba Individu di China boleh menukar kelas kepada lebih baik menerusi pendidikan
Senaraikan ciri-ciri Kelas Masyarakat Mengikut Confucius Membahagikan kepada empat kelas utama Golongan teratas ialah golongan sarjana Golongan kedua ialah golongan petani Golongan ketiga ialah golongan tukang Golongan paling bawah ialah golongan pedagang
Seni Bina Jelaskan seni bina dalam tamadun C hina Membina Tembok Besar China sepanjang 1,500 batu dari Kansu ke Pe king Tembok batu dibina di bandar-bandar lain seperti Anyang , Peking dan Loyang Setiap tembok terdapat pintu gerbang yang dikelilingi parit besar dan menara Dalam tembok menempatkan kediaman Maharaja Salah satu istana raja yang kekal ialah kota larangan Istana ini mempunyai taman dan dewan Pembinaan kuil , pagoda , pintu gerbang dan jambatan Kebanyakan pagoda dibina berbentuk oktagon atau segi empat sama
Sains dan Teknologi Jelaskan kemajuan sains dan teknologi dalam tamadun China Penciptaan kertas Konsep keseimbangan antara dua kuasa iaitu Yang ( kuasa aktif ) dan Yin ( kuasa pasif ) membolehkan seseorang berada dalam keadaan sihat
TAMADUN HWANG HO
Di manakah lokasi tamadun Hwang Ho (ms28)
Dilembah Hwang Ho yang subur(Sungai Kuning)
Senaraikan Tiga dinasti yang wujud dalam tamadun Hwang Ho (ms29) Dinasti Hsia
/
Dinasti Shang
/
Dinasti Chou
Namakan dinasti beraja pertama di China Dinasti Hsia
Namakan Bandar terawal Tamadun Hwang Ho (ms29)
Anyang
Senaraikan ciri-ciri Bandar Anyang (ms29) Salah satu contoh Negara kota
Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran.
Ketua pemerintah ialah raja, golongan pembesar dan golongan agama.
Dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pe ncerobohan musuh.
Di kelilingi oleh perkampungan petani.
Senaraikan susun lapis masyarakat Dinasti Shang (ms30) Golongan raja dan pembesar. /
Golongan petani dan artisan.
/
Golongan hamba
Apakah kegunaan gangsa yang dalam Dinasti Shang yang dihasilkan oleh golongan artisan Menghasilkan senjata / perisai / hiasan pada kereta kuda
Jelaskan pengkhususan pekerjaan dalam Dinasti Shang Golongan pembesar mempunyai tentera m asing-masing
Terdapat pasukan tentera berkuda dan tentera berj alan kaki
Golongan petani menjadi tonggak ekonomi
Terbentuk golongan artisan yang mencipta barangan tembaga seperti bekas minuman/ makanan / senjata
Wujud golongan hamba
Apakah tugas golongan hamba (ms30) Tentera paksaan.
Membantu kerja-kerja perburuhan.
Untuk tujuan korban dan upacara penyembahan
Jelaskan ciri-ciri sistem pemerintahan Dinasti Shang (ms31) Pemerintahan beraja.
Pengganti raja selalunya saudara lelaki atau anak lelaki raja.
Raja mempunyai kewibawaan politik / ekonomi / sosial / agama.
Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.
Masyarakat percaya kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.
Raja-raja Shang tidak perlu mendapat pengesahan politik kerana mereka daripada keturunan pemerintah agama
Raja dibantu oleh golongan bangsawan / pegawai kerajaan dalam pentadbiran..
Bagi wilayah luar, pentadbiran dibantu ole h golongan bangsawan.
Golongan bangsawan dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya
Bangsawan berhak mewujudkan pentadbirannya sendiri dalam hal cukai /pertahanan/ undang-undang
Senaraikan ciri-ciri sistem pemerintahan Dinasti Chou(ms31) Raja-raja Dinasti Chao membahagikan tanah kepada wilayah-wilayah
Melantik pembesar di setiap wilayah
Raja mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintah dan diminta memberi hadiah kepada raja seperti hamba kereta kuda / senjata /
Pembesar diminta melindungi raja
Pembesar diminta memberi bantuan tentera semasa perang
Pembesar diberi hak menjadi ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan
Apakah yang dimaksudkan mandat daripada tuhan (ms31) Percaya jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran kerana pemerintahan direstu oleh tuhan.
Percaya pemerintah Shang telah kehilangan mandat kerana berlaku zalim
Jelaskan ciri-ciri keagamaan dan kepercayaan tamadun Hwang Ho. (ms 31) kepercayaan animisme
Kepercayaan politeisme.
Penyembahan roh nenek moyang.
Menyembah tuhan syurga dan tuhan bumi
Penyembahan terhadap sungai / bukit / gunung
Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban
Upacara penyembahan diketuai oleh golongan bomoh
Jumpaan tulang binatang dan kulit kura yang dikenali sebagai tulang oracle
Fungsi tulang oracle untuk meramalkan sesuatu keadaan
Golongan bomoh terlibat dalam upacara penilikan ini dengan meletakkan tulang ini di atas unggun api.
Rekahan pada tulang ditafsirkan dengan sesuatu kejadian
Apakah kesan amalan penilikan tulang oracle? (ms31) Membawa kepada sistem tulisan awal di China
Apakah nama tulisan tamdun awal China? (ms31) Tulisan China ini berbentuk ideogram iaitu tulisan berbentuk simbol
SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO
Terangkan sumbangan tamadun Hwang Ho dalam peradaban dunia Bidang politik Mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno . Sistem pemerintahn monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching. Sedikit perubahan dialkukan iaitu gelaran raja ditukar kepada maharaja Konsep anak syurga dan mandat dari syurga dikaitkan dengan raja..
Aspek ekonomi (Pertanian) Pembinaan sistem pengairan Mengairi kawasan pertanian dan untuk mengelakkan banjir Kemajuan teknologi pembajakan Penciptaan cangkul / sabit Penggunaan batas untuk tujuan tanaman Perubahan secara evolusi penggunaan alat pertanaian daripada kayu kepada besi
Sistem Tulisan Berkembang secara evolusi
Digunakan oleh orang China hingga sekarang Penggunaannya meluas Digunakan dalam bidang penulisan / percetakan Diajar di sekolah-sekolah di China Penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun
Sistem kepercayaan Pemujaan roh nenek moyang Dijalankan semenjak Dinasti Shang Diteruskan mengikut kesesuaian masa Upacara korban manusia tidak lagi diamalkan tetapi digantikan dengan unsure lain Konsep Ying dan Yang dan Feng Hsui masih terdapat dalam masyarakat C hina hari ini
Penciptaan kalendar Dicipta semasa Dinasti Shang 30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun Untuk menentukan musim menanam dan menuai Untuk menjalankan aktiviti harian Upacara perkahwinan / perburuan / pengkebumian
Pengamalan Falsafah Perang Sun Tzu Karya beliau The Art of War Membicarakan selok-belok perang dan menangani musuh Diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa. Hari ini diaplikasikan sebagai tektik dalam urusan perniagaan
Apakah yang dimaksudkan dengan Yin dan Yang (ms33) Orang China percaya baawa alam semesta dan kejadian alam terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi iaitu Yin dan Yang (Yin ialah kuasa pasif dan Yang kuasa aktif)
o a l an S t r u k t u r
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan tamadun dari sudut pandangan sarjana berikut : (i) Sarjana Barat (ii) Sarjana Islam [2 markah] (b) Berikan dua buah tamadun awal dunia yang muncul di kawasan lembah sungai. [2 markah] (c) Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat dalam tamadun awal membina tamadun mereka di kawasan lembah sungai ? [2 markah] (d) Nyatakan ciri tamadun awal dunia. [2 markah] (e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan tamadun awal kepada peradaban manusia pada masa kini ? [2 markah]
Soalan Esei
(a) Apakah maksud tamadun ? [4 markah] (b) Huraikan ciri tamadun awal dunia. [10 markah] (c) Apakah sikap yang perlu kita contohi daripada masyarakat dalam tamadun awal untuk membolehkan kita membina sebuah tamadun yang unggul ? [6 markah]
NOTA PENGERTIAN TAMADUN
Maksud Tamadun Berasal daripada bahasa Arab – mudun, madain dan madana Bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar Dalam bahasa Inggeris disebut civilization Berasal daripada perkataan Greek – civitas Bermaksud bandar Bermaksud peradaban Sarjana Barat – tamadun ialah pembangunan lahiriah Kemajuan dalam aspek ekonomi, pembandaran, perundangan, kebudayaan dll Tamadun tiada kaitan dengan unsur rohaniah Sarjana Islam – tamadun ialah pembangunan lahiriah dan rohaniah
Kemajuan dalam bidang fizikal dan sahsiah Mesti seimbang antara kemajuan lahiriah dan rohaniah Jawapan
Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu mudun, madain dan madana. Perkataan tersebut bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Dalam bahasa Inggeris, tamadun disebut sebagai civilization. Perkataan civilization berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas. Perkataan civitas bermaksud bandar. Dari segi konsep, tamadun membawa maksud peradaban, pembangunan atau kemajuan. Menurut pandangan sarjana Barat, tamadun bermaksud pembangunan dalam bidang lahiriah iaitu kemajuan manusia dalam aspek yang berkaitan dengan ekonomi, pembandaran, kebudayaan, undang-undang dan sebagainya. Menurut mereka, tamadun tidak ada kaitan dengan unsur rohaniah. Menurut sarjana Islam pula, tamadun bermaksud pembangunan dalam aspek lahiriah dan rohaniah iaitu kemajuan dalam bidang fizikal dan sahsiah manusia. Menurut mereka, tamadun mestilah wujud keseimbangan antara kemajuan lahiriah dan ro haniah.
PUSAT TAMADUN AWAL DUNIA
Pusat Tamadun Awal Dunia Tamadun Mesopotamia – di lembah sungai Tigris dan Euphrates Tamadun Mesir Purba – di lembah sungai Nil Tamadun Indus – di lembah sungai Indus Tamadun Hwang Ho – di lembah sungai Hwang Ho
CIRI TAMADUN AWAL DUNIA
Ciri Tamadun Awal Dunia Mempunyai petempatan kekal Penduduk nomad menetap di lembah sungai Lembah sungai dipilih kerana dapat menjamin kelangsungan bekalan makanan Contohnya di lembah sungai Tigris dan Euphrates, di lembah sungai Nil, di lembah sungai Indus dan di lembah sungai Hwang Ho. Mempunyai organisasi sosial Terjadi disebabkan penduduk bertambah ramai Masyarakat mempunyai susun lapis Terdapat dua lapisan masyarakat iaitu lapisan atasan dan bawahan Lapisan atasan terdiri daripada raja dan bangsawan Lapisan bawahan terdiri daripada rakyat dan hamba Mempunyai sistem pemerintahan Diperintah oleh raja Raja berkuasa mutlak Raja berkuasa di peringkat pusat Dibantu oleh bangsawan dan pendeta Bangsawan menjadi pentadbir wilayah Pendeta menjalankan urusan keagamaan Mewujudkan undang-undang untuk melicinkan pentadbiran
Mempunyai pengkhususan pekerjaan Berlaku kerana terdapat pelbagai keperluan Contoh – petani, artisan, tentera, tukang dll. Mempunyai agama dan kepercayaan Mempercayai animisme – unsur alam dikawal oleh semangat Semangat boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan Contohnya memuja bukit-bukau, laut, gunung dsb. Mempercayai politeisme – banyak tuhan Contohnya tuhan bukit, tuhan syurga, tuhan matahari dll. Mempunyai bahasa dan tulisan Bahasa digunakan untuk berhubung dengan masyarakat luar Tulisan digunakan untuk merekodkan pelbagai urusan Contoh tulisan ialah hieroglif, cuneiform, ideogram dan piktograf
Jawapan
Ciri tamadun awal dunia ialah mempunyai petempatan kekal. Penduduk nomad mula hidup menetap d i kawasan lembah sungai yang subur. Mereka membina petempatan kekal di situ s u p a y a d a p a t m e n j a m i n k e l a n g s u n g a n b e k a l an m a k a n a n . Mereka menjalankan aktiviti b e r c u c u k t a m a m . Kawasan lembah sungai yang menjadi pusat petempatan kekal ialah di l e m b a h s u n g a i T i g r i s d a n E u p h r a t e s , d i l e m b a h s u n g a i N i l , l e m b a h Indus sertal e m b a h H w a n g H o . Ciri yang kedua ialah mempunyai sistem organisasi sosial. Lebihan bekalan makanan menyebabkan berlakunya p e r t a m b a h a n p e n d u d u k . Pertambahan penduduk menyebabkan wujudnya s u s u n l a p i s dalam masyarakat. Masyarakat tamadun awal mempunyai dua susun lapis utama iaitu l a p i s a n a t a s a n d a n l a p i s a n bawahan . Lapisan terdiri daripada r a j a d a n b a n g s a w a n . Lapisan bawahan pula terdiri daripada golongan r a k y a t d a n h a m b a . Ciri yang ketiga ialah mempunyai sistem pemerintahan. Sistem pemerintahan d i t e r a ju i o l e h r a j a . Raja mempunyai kuasa m u t l a k . Raja b e r k u a s a d i p e r i n g k a t p u s a t . Raja dibantu oleh golongan b a n g s a w a n d a n p e n d e t a . Bangsawan dilantik menjadi p e n t a d b i r w i l a y a h . Pendeta diberi kuasa menjalankan u r u s a n k e a g a m a a n . U n d a n g - u n d a n g diwujudkan untuk melicinkan pentadbiran. Ciri yang keempat ialah mempynyai pengkhususan pekerjaan. Penduduk yang ramai menyebabkan wujudnya pelbagai keperluan. Ada yang memerlukan tukang untuk membina tempat tinggal dan ada yang memerlukan artisan untuk menghasilkan barang keperluan dan perhiasan. Oleh itu, wujudlah pelbagai jenis pekerjaan seperti petani, tukang, artisan, tentera dan sebagainya. Ciri yang kelima ialah mempunyai agama dan kepercayaan. Masyarakat dalam tamadun awal mempercayai a n i m i s m e . Mereka mempercayai bahawa setiap unsur alam d i k a w a l o l e h s e m a n g a t . Semangat tersebut boleh m e n d a t a n g k a n k e b a i k a n d a n k e b u r u k a n kepada manusia. Oleh itu, mereka m e m u j a semangat supaya memberikan kebaikan kepada mereka. Masyarakat tamadun awal juga mempercayai p o l i t e i s m e iaitu mempercayai wujudnya b a n y a k t u h a n . Mereka mempercayai t u h a n b u l a n , t u h a n m a t a h a r i , t u h a n i b u , t u h a n s u n g a i dan sebagainya. Ciri yang keenam ialah mempunyai bahasa dan tulisan. Bahasa digunakan untuk b e r h u b u n g dengan masyarakat luar. Tulisan digunakan untuk m e r e k o d k a n p e l b a g a i u r u s a n seperti mencatat doa, menulis surat kredit, menulis undang-undang dan lain-lain. Contoh tulisan tamadun awal ialah h i e r o g l i f , c u n e i f o r m , i d e o g r a m d a n piktograf .
SEBAB TAMADUN AWAL DUNIA BERTUMPU DI LEMBAH SUNGAI
Membina petempatan kekal di lembah sungai kerana ..... Tanah subur Sesuai bercucuk tanam Menjamin kelangsungan bekalan makanan Tanah pamah yang luas Sesuai membina tempat tinggal Bekalan air untuk kegunaan harian Bekalan air untuk pengairan Bekalan sumber protin Laluan perhubungan dan pengangkutan Mana-mana jawapan munasabah
Jawapan
Masyarakat tamadun awal membina petempatan kekal di kawasan lembah sungai kerana tanah subur sesuai untuk bercucuk tanam dan dapat menjamin kelangsungan bekalan makanan. Selain itu, masyarakat tamadun awal membina petempatan kekal di lembah sungai kerana terdapat tanah pamah yang luas sesuai untuk membina tempat tinggal. Sebab yang lain ialah sungai dapat membekalkan sumber air untuk kegunaan harian dan sumber pengairan. Seterusnya sungai juga membekalkan sumber protin serta menjadi laluan untuk perhubungan dan pengangkutan.
SUMBANGAN TAMADUN AWAL DUNIA Sumbangan Tamadun Awal Dunia T a m a d u n M es o p o t a m i a
Pembinaan negara kota Penciptaan dan penggunaan roda Penciptaan layar dan kapal layar Pengenalan Kod Undang-Undang Hammrurabi Mengkatalogkan ubat-ubatan dan cara penggunaannya Tamadun Mesir Purba
Pengenalan sistem pemerintahan bercorak teokrasi Menebusguna padang pasir menjadi kawasan pertanian Perkembangan dalam ilmu matematik dan astronomi Pengenalan kaedah pengawalan banjir Penciptaan kalendar Pengenalan teknik pembedahan Penciptaan teknik memumiakan mayat Tamadun Indus
Pengenalan bandar terancang Penciptaan batu-bata daripada tanah liat melalui pembakaran Perubahan sikap mengambil unsur baik daripada tamadun lain Kebijaksanaan menggunakan persekitaran untuk membina tamadun Tamadun Hwang Ho
Pengenalan sistem pemerintahan berasaskan dinasti Penciptaan alat-alat pertanian Penggunaan teknologi baru dalam pertanian Penciptaan terusan Pengenalan kaedah dan strategi peperangan
Rangka Jawapan
Sumbangan tamadun Mesopotamia kepada peradaban manusia pada hari ini ialah pembinaan negara kota, penciptaan roda serta penggunaannya dan penciptaan layar kapal.Selain itu, sumbangan tamadun Mesopotamia juga ialah pengenalan Kod Undang-Undang Hammrurabi dan teknik mengkatalogkan ubat-ubatan serta cara-cara penggunaannya. Sumbangan tamadun Mesir Purba kepada peradaban manusia pada hari ini ialah pengenalan sistem pemerintahan bercorak teokrasi, Menebusguna padang pasir menjadi kawasan pertanian serta mengembangkan ilmu matematik dan astronomi. Selain itu, sumbangan tamadun Mesir Purba juga ialah memperkenalkan kaedah mengawal banjir, mencipta kalendar, memperkenalkan teknik pembedahan dan mencipta kaedah memumiakan mayat. Sumbangan tamadun indus kepada peradaban manusia pada hari ini ialah memperkenalkan kaedah membina bandar terancang serta mencipta batu-bata daripada tanah liat dengan menggunakan suhu yang tinggi. Selain itu, sumbangan tamadun Indus juga ialah mengajar agar bersikap mengambil unsur baik daripada tamadun lain dan bertindak bijak menggunakan persekitaran untuk membina tamadun.
OALAN STRUKTUR (Modul 1) (a) Apakah ciri bandar dalam Tamadun Hwang Ho. Terletak di kawasan tanah tinggi Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran Didiami oleh raja, golongan pembesar dan golongan agama Dilengkapi tembok menghalang pencerobohan musuh Dikelilingi oleh perkampungan petani
[2 markah] (b) Berikan dua golongan bawahan yang terdapat dalam susun lapis mas yarakat Hwang Ho.
Petani, Artisan Pedagang Hamba [2 markah] (c) Jelaskan sistem kepercayaan yang menjadi amalan dalam masyarakat Hwang Ho.
Mempercayai kuasa raja adalah mandat tuhan. Mempercayai animisme Menyembah sungai, bukit dan gunung. Mengamalkan politeisme. Menyembah tuhan syurga (shang-ti ), Dewa Syurga (Tien) dan tuhan bumi (Tu). Memuja roh nenek moyang. Mempercayai ramalan. Mempercayai konsep Yin dan Yang. Mempercayai konsep Feng Hsui. [2 markah] (d) Nyatakan kepentingan penggunaan kalendar dalam kehidupan harian masyarakat Hwang Ho.
Menentukan bilangan hari dalam setahun Meramalkan cuaca Menetapkan tarikh perkahwinan Memulakan aktiviti bercucuk tanam Menjalankan aktiviti harian Memulakan pelayaran Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan Tamadun Hwang Ho kepada peradaban manusia pada hari ini.
Memperkenalkan sistem pemerintahan monarki. Mengamalkan pemerintahan berasaskan putaran dinasti Pembinaan terusan untuk tujuan pertanian dan mengelakkan banjir. Membajak tanah pertanian. Menggunakan peralatan cangkul dan sabit untuk pertanian. Menggunakan batas untuk tujuan penanaman. Memperkenalkan sistem tulisan ideogram. Mengamalkan pemujaan roh nenek moyang Mengamalkan konsep Yin dan Yang Mengamalkan konsep Feng Hsui Memperkenalkan Sistem kalendar 12 bulan dan 360 hari setahun. Mengamalkan penggunaan kalendar untuk menjalani aktiviti harian. Memperkenalkan Falsafah perang Sun Tzu.
[2 markah]
TAMADUN HWANG HO
SOALAN STRUKTUR (Modul 2) (a) Apakah keistimewaan bandar Anyang ? Terletak di kawasan tanah tinggi Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran Didiami oleh raja, golongan pembesar dan golongan agama Dilengkapi tembok menghalang pencerobohan musuh Dikelilingi oleh perkampungan petani
[2 markah] (b) Bagaimanakah sistem pemerintahan beraja diamalkan dalam
Dinasti Shang ?
Pengganti raja adalah saudara lelaki atau anak lelaki raja. Raja berkuasa dalam politik, ekonomi, sosial dan agama. Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran. Kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan. Raja tidak perlu mendapatkan pengesahan politik. Raja dibantu oleh bangsawan dan pegawai kerajaan. Golongan bangsawan mentadbir wilayah. Bangsawan boleh wujudkan sistem pentadbirannya sendiri. Bangsawan dibenarkan memungut cukai, menguatkan pertahanan dan melaksanakan undang-undang sendiri. [2 markah] (c) Nyatakan amalan agama dan kepercayaan yang terdapat dalam masyarakat Shang.
Mempercayai kuasa raja adalah mandat tuhan. Mempercayai animisme Menyembah sungai, bukit dan gunung. Mengamalkan politeisme. Menyembah tuhan syurga (shang-ti ), Dewa Syurga (Tien) dan tuhan bumi (Tu). Memuja roh nenek moyang. Mempercayai ramalan. Mempercayai konsep Yin dan Yang. Mempercayai konsep Feng Hsui. [2 markah] (d) Kegemilangan tamadun Hwang Ho banyak bergantung kepada kemajuan masyarakat Dinasti Shang dalam bidang pertanian? Nyatakan kemajuan tersebut.
Penggunaan sistem pengairan dalam pertanian. Pembinaan terusan untuk pengairan dan mengelakkan banjir. Teknologi pembajakan. Penciptaan cangkul. Penciptaan sabit. Penggunaan batas untuk penanaman. Penggunaan peralatan besi mengganti peralatan daripada kayu. [2 markah] (e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah peranan petempatan kekal terhadap pembinaan tamadun di lembah Hwang Ho ?