Common law
Untuk maksud lain istilah ini dalam konteks undang-undang, sila rujuk Common rujuk Common law (nyahkekaburan).. (nyahkekaburan)
Common law merupakan satu istilah bahasa Inggeris yang bermaksud "undang-undang am" atau "undang-undang semua" dan merupakan sebahagian daripada undang-undang ramai negara negara,, terutama mereka yang mempunyai sejarah penjajahan empayar British keatas mereka. Ia dinotakan untuk cirinya yang mempunyai undang-undang bukan statut dengan konsep duluan mengikat didapati daripada keputusankeputusan-keputusan mahkamah terhadap kes terdahulu yang merangkumi masa berabadabad. Terdapat tiga maksud yang mengikat kepada i stilah ini:
Common law sebagai berlawanan dengan undang-undang akta dan undang-undang regulasi: regulasi : Satu maksud adalah untuk membezakan dengan satu pihak kuasa yang menguatkuasakan sesuatu undang-undang: sebagai contoh, Malaysia sentiasa mempunyai akta yang diluluskan perundangan perundangan,, "regulasi" (atau "peraturan") yang dikuatkuasakan cabang eksekutif yang dibenarkan perundangan, dan "common law" (juga dikenali sebagai "undangundang kes" kes", "undang-undang keputusan" atau "undang-undang duluan") yang diisu mahkamah (atau tribunal quasi-kehakiman dalam agensi) yang membincangkan dan membuat berbezaan diantara statut dan regulasi. Lihat undang-undang statut dan undang-undang bukan statut.. statut Common law sebagai berlawanan dengan undang-undang sivil: sivil: Satu lagi maksud bidang kuasa "common law" (kebanyakan berasal daripada sistem perundangan Inggeris) yang menekankan keputusan common law berbanding keputusan "undang-undang sivil" sivil", yang bersifat "kebenuaan Eropah" atau "kod", yang pula dipengaruhi undang-undang Roman yang berusia 2000 tahun lamanya. Undang-undang sivil ini di pelajari di universiti-universiti Eropah dan dipraktikkan oleh peguam-peguam sememjak kurun ke-12 di sana. Undangundang jenis ini juga berhaluan kod seperti kod Napoleon Perancis atau BGB Jerman Jerman.. Dalam bidang kuasa undang-undang sivil, duluan tidak mengikat dalam kes -kes masa depan. Common law sebagai berlawanan dengan undang-undang equiti Maksud ketiga pula adalah perbezaan "common law" (ataupun hanya " undang-undang") dengan "equiti equiti"". Sehingga permulaan abad ke-20, kebanyakan bidang kuasa common law hanya mempunyai sistem mahkahmah selari, iaitu mahkamah "undang-undang" yang hanya boleh menganugerahkan ganti rugi berbentuk kewangan dan hanya mengiktiraf pemilik hartanah dan satu lagi mahkamah-mahkamah "equity" yang mengiktiraf pegangan mengiktiraf pegangan tanah dan boleh mengeluarkan injunksi injunksi,, iaitu arahan untuk melakukan atau berhenti melakukan sesuatu. Walaupun kedua-dua jenis mahkamah ini telah lama pun disatukan bidang kuasa mereka dan semua mahkamah diluaskan bidang kuasa mereka meliputi kesemua yang dinyatakan di atas, perbezaan diantara common law dan equiti masih penting dalam mengkatagorikan dan pengutamaan hak keatas hartanah, dan prinsip-prinsip yang yang diaplikasi kepada gran ganti rugi saksama oleh mahkamah-mahkamah. Di Malaysia seperti juga di England, jika terdapat konflik diantara kedua-dua cabang undang-undang ini, undang-undang ekuti akan mengatasi.
Terdapat banyak cabang undang-undang dikawal oleh common law. Sebagai contoh di England dan Wales, undang-undang mengenai kontrak dan tort tidak dijumpai di dalam statut, tetapi di dalam common law (meskipun di Malaysia, undang-undang kontrak dan satu cabang undang-undang tort, iaitu cabang saman fitnah, dikawal oleh statut bertulis iaitu Akta Kontrak 1950 dan Akta Fitnah) Fitnah). Di dalam hampir semua cabang undang-undang, statut hanya memberikan kenyataan ri ngkas mengenai prinsip-prinsip asas, tetapi simpadan dan definasi definatif wujud hanya di dalam common law. Untuk
mengetahui apakah dia undang-undang berkenaan satu topik yang sebenarnya, seseorang hendaklah merujuk kepada keputusan duluan yang berkenaan dan menggunakan logik analogi untuk memahaminya. Sebagai contoh, katakan ada satu statut yang mewajibkan semua rakyat satu negara untuk mengundi dalam pilihan raya. Statut itu pula mengatakan bahawa hanya "alasan yang munasabah" akan diterima bagi mereka yang gagal mengundi. Untuk mengetahui "alasan munasabah" tersebut, seseorang hendaklah merujuk kepada keputusan kes-kes berkenaan kegagalan mengundi dan alasan yang diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk mengetahui sama ada ia diterima oleh hakim atau tidak. Sejarah common law Common law berasal daripada sistem adversarial mahkamah yang diamalkan di England dari keputusan-keputusan perbicaraan yang didasarkan tradisi, adat dan duluan. Institusi-institusi perundangan dan budaya ini serupa dengan yang wujud secara bersejarah di benua Eropah dan masyarakat lain dimana duluan dan adat telah pada satu masanya memainkan peranan yang penting dalam sistem kehakiman, termasuk undang-undang Jermanik yang direkod dalam sejarah Rome Purba. Jenis logik yang digunapakai dalam common law dikenali sebagai safsatah atau logik berdasarkan kes. Common law yang diaplikasi pada kes sivil (yang berlawanan dengan kes jenayah diwujudkan sebagai cara untuk memberi peluang kepada mereka yang menderita disebabkan kerosakan kepada harta benda mereka untuk menuntuk ganti rugi. Bentuk-bentuk common law ini dipanggil undang-undang Tort dengan klasifikasi Tort yang sengaja dilakukan (seperti pencerobohan) dan yang tidak sengaja dilakukan (seperti kecuaian). Undang-undang untuk meregulasi kontrak juga berasal daripada common law. Prosidur yang dipanggil sistem adversarial juga berpunca daripada common law. Sebelum stabiliti yang berinstitusi dikenakan keatas England oleh Penjajah William pada tahun 1066, penduduk Inggeris seperti yang lainnya diperintah oleh adat -adat tempatan yang berubah daripada satu komuniti ke satu komuniti yang lainnya. Pula itu, perintahan seringkali dikuatkuasakan mengikut kesukaan sendiri. Sebagai contoh, mahkamah secara amnya terdiri daripada himpunan beramai-ramai penduduk yang menimbang tuntutan-tuntutan yang berkonflik dalam satu kes dan, j ika tiada kata sepakat, akan memandatkan satu "ujian" untuk menentukan kebenaran sesuatu pihak, umpamanya dengan memegang keluli yang sedang panas atau mengambil satu batu daripada satu periuk ai h yang sedang mendidih (perbicaraan ujian kepahitan). Jika luka yang alami defenden pulih pada satu tempoh yang ditetapkan, dia akan dilepaskan sebagai tidak bersalah; dan jika tidak, hukuman mati sering menjadi ikutan. Pada tahun 1154, Henry II menjadi raja Plantagenet pertama. Disamping jasanya yang lain, dia telah menginstitusikan common law dengan menyatukan adat-adat t empatan dibawah "apa yang selalu" menjadi amalan negara, dengan ini, kuasa pada peringkat tempatan juga dihampuskan, dan menamatkan penguatkuasaan sesuka sendiri. Sistem juri diperkenalkan semula dengan rakyat yang disumpahkan menyasat tuduhan-tuduhan sivil dan jenayah yang berasas. Para juri mencapai keputusan dengan mengadili pengetahuan am tempatan, tidak semestinya melalui pengenalan bukti, satu faktor yang berbeza apabila dibandingkan dengan sistem kehakiman sivil dan jenayah hari i ni. Penubuhan satu sistem mahkamah yang berpusat dan berkuasa oleh Henry II menyekat sedikit sebanyak kuasa yang dipegang oleh kekanunan mahkamah gereja, dan seterusnya mewujudkan perbalahan diantara gereja dengan beliau, t erutama dengan Ketua Biskop Canterbury, Thomas Becket yang memuncak dengan pembunuhan Thomas oleh konco-konco Henry. Pertelagahan diantara Gereja dan Henry pun tamat, meskipun Gereja telah mengkanunkan Thomas sebagai satu keramat.
Maka, dalam sejarah perundangan Inggeris, "undang-undang selalu" common law menjadi kuasa tertinggi di seluruh England buat beberapa abad lamanya sebelum Parlimen mendapat kuasa untuk membuat undang-undang. Seawal kurun ke-15, ia menjadi amalan yang para litigen yang berasa tertipu oleh sistem common law akan memgemukakan satu petisyen kepada Raja sendirinya. Sebagai contoh, mereka mungkin mengemukakan argumentasi bahawa pampasan yang diberikan oleh sistem common law tidak mencukupi untuk menggantikan tindak tanduk seorang yang telah mencerobohi tanah mer eka, dan mahu penceroboh berkenaan dihalau. Daripada situasi ini ti mbullah sistem ekuiti yang ditadbir oleh Lord Chancellor di mahkamah-mahkamah canseri. Oleh disebabkan sifatnya, ekuiti dan common law sering bercanggah dan litigasi antara kedua-duanya sering ter us menerus bertahun lamanya kerana mahkamah-mahkamah common law dan ekuiti sering berlawanan sesama sendiri walaupun telah diteggakkan dalam kes Earl of Oxford pada tahun 1615 yang ekuiti akan menjadi pilihan utama. Satu contoh terkenal adalah kes fiksyen Jarndyce dan Jarndyce dalam Bleak House oleh Charles Dickens. Mahkamah common law dan ekuiti kemudiannya disatukan oleh Akta-akta Pentadbiran Keadilan 1873 dan 1875 dengan ekuiti menjadi utama dalam satu konflik diantara mereka. Dengan penjajahan British, amalan ini kemudiannya diperkenalkan di Malaysia. Tidak semua keputusan menjadi common law. Peraturannya ti dak tetap, tetapi secara amnya mahkamah akan menganggap sesetengah keputusan sebagai tidak penting, dan seterusnya tidak bole h dipakai dalam kes masa depan. Maka ketidakterbitan sesetengah keputusan menjadi cekap dalam mengurangkan beban kerja pada era sebelum zaman pengkomputeran, t etapi kini dengan pengenalan dan kebolehan komputer menyimpan keputusan semua kes, ini mungkin akan menyebabkan letupan petikan kes terdahulu di mahkamah akan dat ang. Prinsip-prinsip asas common law Statut yang mencerminkan common law Inggeris sentiasa difahami sebagai ditafsirkan dengan tradisi common law, maka ia mungkin meninggalkan sebilangan perkara yang tidak dikata kerana ia telah difahami berdasarkan undang-undang kes dan adat sebelumnya. Ini boleh dilihat dalam cabang undang-undang jenayah, dimana common law masih memerintah perihal je nayah di England, tetapi tidak di Amerika Syarikat kerana ia telah dikodifikasi. Kodifikasi adalah proses dimana satu statut diluluskan dengan tujuan menyusun dan memperkatakan semula kedudukan common law dalam satu dokumen daripada mencipta kesalahan-kesalahan baru, supaya common law terus menjadi releven kepada tafsiran mereka. Inilah sebabnya di Amerika sekolah-sekolah perundangan mengajar common law sebagaimana dipraktikkan pada tahun 1750 kerana semenjak itulah koloni-koloni Amerika mengalih daripada yang dipraktikkan di England. Di Malaysia, pekara yang sama berlaku dibawah undang-undang yang ditetapkan Akta Undang-undang Sivil 1956 dengan Seksyen 3 mengatakan bahawa common law hanya akan dipraktikkan sebagaimana di England setakat sebelum bulan A pril 1956 sahaja. Sebagai kontras kepada kodifikasi oleh statut perundangan, sesetengah undang-undang hanya bersumberkan statut dan mungkin menimbulkan satu lagi sebab tindakan yang baru bebas daripada common law, sebagai contoh, tort kematian salah yang membenarkan sesetengah orang, biasanya ahli keluarga, untuk menyaman dan menuntut ganti rugi sebagai wakil si mati. Tiada tort begini dalam common law Inggeris maka apa-apa bidang kuasa yang tidak mempunyai statut kematian salah tidak akan membenarkan apa-apa tindakan undang-undang berdasarkan sebab berkenaan. Dimana statut kematian salah wujud, ganti rugi yang diberi dibatasi apa yang ditetapkan statut berkenaan sahaja, dan ini biasanya berhad. Mahkamah secara amnya menafsirkan statut yang memperkenalkan sebab tindakan tidak secara meluas iaitu, berhadkan kepada istilah tepatnya kerana mahkamah-mahkamah mengenalpasti bahawa hanya perundanganlah mempunyai kuasa menafsir maksud sebenar sesuatu statut, kecualilah kalau statut berkenaan melanggar persekutuan negara (bandingkan dengan aktivis kehakiman).
Di mana satu tort berdasarkan common law, semua ganti rugi yang dianugerahkan secara tradisinya merujuk kepada perskripsi common law mengenai tort berkenaan dengan tidak kira sama ada ia wujud atau tidak dalam undang-undang statut. Sebagai satu senario, satu orang yang telah mengalami kecederaan kepada anggota badannya melalui kecuaian seseorang yang lain boleh menyaman untuk bayaran kos perubatan, kesakitan, penderitaan, kehilangan keupayaan untuk berkerja serta hasil pekerjaan, kesakitan mental atau emosi yang dialami, kehilangan kualiti kehidupan, dan pelbagai lagi. Ganti rugi ini tidak perlu dihuraikan dalam statut kerana ia sudah pun ditegakkan dalam tradisi common law. Akan tetapi tuntutan berkenaan sebab tindakan yang perlukan statut seperti kematian salah, kebanyakan ini terhampus dengan kematian si pendakwa.