Karangan – Karangan – Kepentingan Kepentingan Amalan Berjimat Cermat
Dasawarsa ini, negara kita telah dilanda oleh gelombang inflasi secara global. Setiap pengguna tidak dapat melepaskan diri daripada kepompong inflasi. Sehubungan dengan itu, segenap masyarakat diseru supaya mengimplementasikan amalan berjimat cermat dalam rutin hidup mereka untuk menghadapi keperitan itu. Semua ajaran agama mengajar penganutnya agar berjimat cermat dan tidak membazir dalam kehidupan. Filosofer Laotze berkata, “Kehidupan membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah kebinasaan.” Hal ini memanifestasikan bahawa betapa pentingnya amalan berjimat cermat dalam kehidupan sehari-harian kita. Seperti pepatah , “malang tidak berbau”, iaitu manusia tidak dapat menduga segala bencana atau kecemasan yang terdiri daripada menghidap penyakit, kemalangan , kebakaran dan sebagainya. Ketika berlakunya sesuatu kecemasan, wang sering menjadi faktor utama untuk kita menyelesaikan banyak masalah. Di manakah kita dapat memperoleh jumlah wang yang banyak untuk menghadapi sesuatu yang tidak diingini, terutama menjalani pembedahan? Adakah kita perlu menghulurkan tangan untuk meminta bantuan? Sebaliknya segala masalah dapat dikekang atau diminimumkan jika kita dapat berjimat cermat dan sentiasa bertabung dalam kehidupan sehari-harian. Kita perlu sentiasa mengingati peribahasa Melayu, “Sediakan payung sebelum hujan.” Tuntasnya, amalan berjimat cermat merupakan tindakan berjaga-jaga untuk membuat persediaan sebelum berlakunya sesuatu kecemasan kerana panas tidak sampai ke petang.
Tidak dapat dinafikan bahawa amalan berjimat cermat merupakan mangkin yang efektif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Hal ini demikian kerana manusia sedang mengeksploitasikan sumber alam semaksimumnya tanpa memikirkan akibat yang bakal dihadapi. Jika manusia dapat mengubah kehidupan mereka dengan berjimat cermat dari segi makanan, penggunaan bekalan air dan elektrik serta kertas dan lain-lain lagi, kita sedang menuju ke arah menyelamatkan bumi kita daripada mengalami kemusnahan. Gara-gara manusia mengejar kemewahan hidup dan bersikap boros, banyak khazanah alam telah diteroka terutamanya bahan galian dan hutan. Bayangkan suatu hari nanti, manusia terpaksa bunuh – membunuh dan berperang kerana merebut bekalan air. Bak kata peribahasa, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” dan “jangan terhantuk baru tengadah”, kita perlu berjimat cermat dalam penggunaan setiap benda sebagai langkah mencintai alam kita. Saban hari isu ceti haram atau along sering menghiasi dada akhbar sehingga mangsa tersebut membunuh diri malah membunuh sekeluarga kerana tidak larat lagi menghadapi penganiayaan along yang bermaharajalela. Ketika mengamati berita ini, kita dapat mengetahui bahawa mangsa berkenaan tidak mahir mengurus pendapatan mereka. Lazimnya mereka tidak bersikap ukur baju pada badan sendiri tetapi membesarkan kerak nasi dalam perbelanjaan. Walhasil, mereka sentiasa berhutang keliling pinggang. Sebaliknya jika kita sentiasa berbelanja secara hemat tanpa boros, kita pasti dapat menyimpan wang yang berlebihan dalam simpanan bank atau melabur dalam skim amanah saham untuk keperluan masa depan. Ternyata amalan berjimat cermat berupaya menguruskan perbelanjaan secara teliti bagai menarik rambut dalam tepung daripada berhutang Bukan itu sahaja, amalan berjimat turut menjamin masa depan yang lebih cerah. Setiap umat perlu pandai merancang masa depan mereka sejak kecil lagi. Kita perlu berjimat cermat dalam segala perbelanjaan kita dan menyimpan wang untuk kegunaan masa kelak kita. Bak kata peribahasa, “ikut hati mati, ikut rasa binasa”, jika kita berbelanja berdasarkan nafsu, pendapatan kita akan habis pada hujung bulan. Bagaimana kita dapat merancang masa tua setelah pencen? Bagaimanakah kita dapat membayar kos pendidikan anak kita. Jika kita dapat menjimatkan setiap perbelanjaan yang tidak diperlukan, nescaya kita dapat menyimpan sejumlah wang dalam tabung. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Wang yang dijimatkan itu dapat dirancang demi masa depan yang lebih cerah. Oleh itu ketika berbelanja, kita perlu mengingati peribahasa, “ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.” Natijahnya / Akhirulkalam, amalan berjimat cermat merupakan nilai murni yang diajarkan oleh setiap agama di dunia ini. Berpaksikan amalan ini, kita dapat hidup dengan kesederhanaan tanpa membazir. Sehubungan dengan itu, kehidupan kita akan lebih harmoni, sentosa dan bahagia sehingga mewujudkan masyarakat sakinat
PERANAN KELUARGA DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL
Pada alaf globalisasi dan modenisasi ini, gejala sosial sentiasa menghiasi lembaran akhbar. Gejala sosial yang semakin meruncing telah menggusarkan masyarakat. Fenomena ini diibaratkan duri dalam daging dalam sosial kita. Kenapa pembangunan mentaliti rakyat kita tidak selaras dengan pembangunan fizikal kita sehingga penyakit sosial sentiasa menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan? Tampaknya, masalah gengsterisme, vandalisme, samseng jalanan, pembuangan bayi, remaja lari dari rumah sering berkait rapat dengan kebejatan institusi keluarga. Walhal, peranan keluarga amat signifikan untuk mengekang sindrom sosial terutamanya masalah remaja. Salah satu peranan institusi keluarga adalah ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama dan moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala godaan maksiat . Senario ini dapat membantu anak-anak mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial. Sebagai contoh, bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah agama. Ketua keluarga perlu membimbing anggota keluarga untuk menjalankan solat sembahyang dan mengaji kitab-kitab. Sehubungan dengan itu, anak-anak dapat membezakan antara kaca dengan permata kerana mempunyai jati diri yang kukuh sebagai pedoman hidupnya. Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mengawasi pergerakan anak-anak. Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Hal ini terjadi demikian kerana banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan menghasut jiwa remaja yang bertelinga nipis dan pantang dicabar. Jika rakan sebaya mereka tidak berperibadi mulia, remaja yang setahun jagung dan darah setampuk pinang pasti akan mengikut jejak langkah rakan mereka, seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya. Lantarannya, pergaulan anak tidak boleh dipandang enteng oleh ibu bapa. Dengan kata lain , ibu bapa perlu mewujudkan keluarga yang bahagia demi membentuk personaliti anak-anak yang mulia sehingga berjaya. Tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak. Suri teladan ibu bapa mampu membentuk sahsiah anak-anak. Tambahan pula, sikap anak-anak yang suka meniru apa-apa sahaja yang dilih atnya. Bak kata peribahasa, “bagaimana acuan begitulah kuihnya”. Ibu bapa perlu menjauhi kegiatan yang negatif seperti merokok, minum alkohol, mengakses laman web lucah dan lain-lain lagi. Bapa borek anak rintik merupakan peribahasa yang perlu dihayati oleh ibu bapa. Sikap ibu bapa yang ego, individualistik, materialistik, dan bongkak akan mencanai generasi muda yang berakhlak biadab dan berbudaya sumbang. Dalam pada itu, kasih sayang yang sempurna dan kamil amat diperlukan oleh anak-anak. Ekoran daripada itu , ibu bapa wajar memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. Kejadian ini berlaku kerana anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang akan mudah terpengaruh oleh gejala sosial. Ibu bapa perlu sentiasa melayani anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya membelai dan mengucapkan katakata sayang kepada anak-anak mereka. Sementelahan, ibu bapa perlu memberikan pujian yang ikhlas ketika anak mereka mencapai sesuatu kejayaan atau melakukan perkara yang betul. Dengan itu, anak-anak akan berasa gembira dan seronok berada di rumah bersama-sama keluarga mereka. Mereka pun sanggup meluahkan isi hati ketika mengalami kemusykilan kerana ibu bapa mereka bersedia mendengar rintihan jiwa mereka. Ternyata keluarga yang harmoni berdominan untuk membanteras kegiatan negatif. Di samping itu , setiap ahli keluarga juga perlu sentiasa berkongsi masalah. Ibu bapa harus sentiasa bertanyakan masalah anak-anak. Seterusnya, ibu bapa perlu membantu anak-anak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk membantu masalah pelajaran anak-anak. Sebaliknya anak-anak perlu memahami tanggungjawab dan bebanan ibu bapa mereka. Anak-anak perlu sentiasa membantu ibu bapa membuat kerja rumah tangga untuk meringankan tekanan mereka. Dengan itu, setiap anggota keluarga akan berasa diri mereka diberikan perhatian oleh ahli keluarga yang lain. Aktiviti keluarga seperti gotongroyong dan hari keluarga patut diadakan dari semasa ke semasa supaya mengeratkan silaturahim sekeluarga. Secara tuntasnya, segala langkah di atas tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada semua ahli keluarga seperti ibu bapa, abang dan kakak. Slogan “Keluargaku, syurgaku”, dan “Semakin hari semakin sayang” patut dihayati oleh seisi komuniti kita supaya melahirkan masyarakat madani dan sakinat.
Karangan Rangsangan: Permainan Tradisional
Berdasarkan bahan rangsang berikut, huraikan pendapat anda tentang kepentingan permainan tradisional . Panjang huraian anda hendak antara 200 hingga 250 patah kata. Kepentingan permainan tradisional
Pada era pascamodenisasi ini, rakyat kita telah menikmati pelbagai kemajuan dan pembangunan fizikal yang pesat. Ironinya pelbagai warisan nenek moyang kita semakin dipinggirkan oleh masyarakat kita, terutamanya golongan muda. Salah satu khazanah kebudayaan kita yang semakin luntur dalam gaya hidup yang moden ini ialah permainan tradisional kita yang terdiri daripada congkak, wau, gasing dan sebagainya. Oleh itu, generasi muda perlu disedarkan tentang kepentingan permainan tradisional kepada bangsa dan negara. Salah satu kemaslahatan permainan tradisional ialah permainan ini merupakan kebanggaan aset budaya bangsa Malaysia. Hal ini demikian kerana permainan tradisional adalah ciptaan nenek moyang kita yang melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa kita. Permainan tradisional tidak boleh disamakan dengan permainan elektronik atau permainan siber. Alat permainan tradisional juga merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul. Sebagai contohnya, wau bulan telah dihias dengan kertas warnawarni yang dilukis dan digunting dengan cantik nian. Jika permainan tradisional kita telah lenyap di bumi kita, apakah kebudayaan yang dapat memperlihatkan maruah bangsa kita? Ingatlah peribahasa, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.” Tambahan pula, permainan tradisional juga merupakan satu daya tarikan yang signifikan dalam industri pelancongan. Selain menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dan menikmati juadah yang lazat di negara kita, para pelancong pasti ingin menghayati corak budaya kita yang berwarna-warni. Lantaran itu, permainan tradisional berupaya memukau hati pelancong yang melawat ke Malaysia. Seperti peribahasa, “Tak kenal maka tak cinta “, setelah diperkenalkan kepada pelancong, lazimnya mereka akan berminat dan turut bermain dengan seronoknya terhadap permainan tradisional. Rentetan daripada itu, hotel- hotel lima bintang dan pusat peranginan yang terkemuka di negara kita patut menyediakan tapak dan alat permainan tradisional kepada pelancong asing kita. Hal ini bukan sahaja dapat memangkinkan industri pelancongan tetapi juga memperkenalkan kebudayaan kita kepada bangsa lain, seperti peribahasa, “serampang dua mata .” Ternyata, permainan tradisional merupak an salah satu tarikan dalam industri pelancongan. Lebih-lebih lagi, permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa dan sentiasa sibuk mengejar kekayaan duniawi. Dengan adanya permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara beramai-ramai. Tamsilnya, terdapat kawasan lapang yang sering dibanjiri oleh orang ramai untuk bermain layang-layang. Peminat itu tidak mengira bangsa dan budaya tetapi bersama-sama memperlihatkan lelayang yang beraneka corak. Mereka juga berkongsi idea dan pendapat tentang lelayang mereka. Tidak hairanlah akan tercetusnya suasana yang muhibah dan harmoni dalam masyarakat. Mereka turut melegakan tekanan dan menghabiskan masa bersama dengan keluarga sendiri. Senario ini jauh lebih baik daripada individu yang asyik bermain permainan komputer di kamar sendiri tanpa berinteraksi dengan orang lain. Natijahnya, permainan tradisional merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai. Oleh itu generasi muda bertanggungjawab untuk melestarikan khazanah ini daripada generasi kepada generasi, seperti peribahasa, “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas .” Walaupun zaman beredar, tetapi segala warisan yang baik dan sejati perlu diperkukuh supaya bangsa kita tidak digelar sebagai etnik yang tidak berakar umbi dan sentiasa terhanyut oleh arus globalisasi.
Berdasarkan bahan rangsang berikut, huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengembangkan permainan tradisional . Panjang huraian anda hendak antara 200 hingga 250 patah kata. Cara-cara untuk Mengembangkan Permainan Tradisional di Negara Kita
Dasawarsa ini, negara kita sedang menempuh arus globalisasi dan modenisasi sehingga mengalami pembangunan yang pesat sekali. Sehubungan dengan itu, permainan tradisional turut dipandang enteng dan dikesisikan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Hal ini berkait rapat dengan perkembangan permainan komputer dan permainan siber yang popular dalam kalangan remaja dan belia kita. Adakah kita sanggup membiarkan khazanah kebudayaan kita ditelan dalam pengedaran zaman dan lenyap dalam bumi kita? Tepuk dada tanya selera. Sebelum nasi menjadi bubur , kita perlu mencari pendekatan yang efisien untuk membangkit permainan tradisional di negara kita semula, seperti peribahasa, “di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh .” Sesungguhnya, Kempen Cintai Permainan Tradisional merupakan salah satu alternatif yang ampuh untuk mengembang permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara besar-besaran dengan kerjasama pihak media massa, terutamanya media cetak dan media elektronik, iaitu surat khabar dan pihak televisyen. Pihak berkenaan perlu menyiarkan dokumentari dan rencana untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita, seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu menyedarkan orang ramai tentang kepentingan permainan tradisional terhadap masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan karangmengarang, pameran, dan peraduan poster dan sebagainya, bak kata peribahasa, “ tak kenal maka tak cinta.” Lantarannya golongan muda pasti terpengaruh oleh kempen tersebut dan berminat terhadap permainan tradisional kita. Selain itu, pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan kokurikulum di sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah harus digalakkan supaya menubuhkan kelab atau persatuan permainan tradisional. Berpaksikan kelab permainan tradisional, pelajar boleh diajar tentang cara membuat alat permainan, cara bermain dan lain-lain lagi. Setelah disuntik ilmu itu, pelajar akan berminat untuk melibati permainan tradisional tersebut. Generasi muda merupakan tunjang yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan dan mewarnai masyarakat kita kelak. Nescaya pelibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional dapat memajukan permainan tersebut di tanah air kita daripada membiarkan seni budaya kita terus lenyap dan pupus begitu sahaja. Bak kata peribahasa, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan ”, atas komitmen pihak sekolah, putera-puteri yang sedang berjuang dalam medan ilmu pengetahuan dapat bergiat aktif dalam permainan tradisional untuk melegakan tekanan sebagai kegiatan riadah. Sementelahan pula, pertandingan merupakan inisiatif yang dominan untuk membangkit permainan tradisional dalam masyarakat kita. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah, manusia memang suka bertanding dan berlaga. Lantarannya, pihak Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Pelancongan Malaysia dan agensi kerajaan boleh bergabung dengan korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis untuk menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hingga antarabangsa. Salah satu contoh yang terbaik ialah Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor. Pertandingan layang-layang itu berjaya menarik peminat-peminat permainan tersebut dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian. Hal ini berjaya mempromosikan pelancongan dan permainan tradisional kepada pelancong asing, selaras dengan peribahasa, “menyelam sambil minum air ”. Secara intihanya, permainan tradisional harus dilestarikan supaya tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas . Jika semua pihak bersikap acuh tak acuh dan hanya melepaskan batuk di tangga , khazanah budaya kita pasti akan lenyap di bumi kita. Ingatlah peribahasa, “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”
Langkah-langkah untuk menangani kenaikan harga barang keperluan Dasawarsa ini, kenaikan harga barang keperluan atau gejala inflasi sering menghantui kehidupan rakyat jelata, terutamanya golongan yang miskin bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Isu barangan keperluan mengalami kenaikan harga sentiasa dipaparkan pada dada akhbar dan menjadi pokok perbincangan di warung kopi hingga sidang parlimen. Inflasi telah menjadi rakyat kita hidup melarat. Bagaimanakah rakyat kita dapat melepaskan diri daripada kemelut sosioekonomi ini? Seperti pepatah, “Di mana tembilang terhentak, di situ cendawan tumbuh” , kita perlu mencari akal untuk menangani kemusykilan ini. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu seia sekata mencari akal untuk menangani masalah kenaikan harga barang keperluan. Pendekatan yang dominan untuk membendung masalah kenaikan harga barang keperluan ialah “Kempen Berhemat”. Kata orang tua-tua, “Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis ” dan “cermat semasa banyak, jimat semasa sedikit “. Amalan berjimat cermat merupakan tabiat yang terpuji. Amalan membesarkan kerak nasi patut dielakkan kerana berbelanja banyak tanpa sekatan hanya merugikan diri sendiri. Pengguna harus diterapkan ilmu kepenggunaan supaya sentiasa membeli barang berdasarkan keperluan dan bukan berdasarkan nafsu. Rakyat kita digesa supaya bersahaja dan sederhana tanpa boros terutamanya pada musim perayaan. Sebagai contoh, telur, daging ayam, tepung menghadapi kekurangan di pasaran gara-gara pengguna membeli secara berlebihan sehingga membazir dan tidak dapat dihabiskan. Jika setiap rakyat dapat berhemat dengan tabiat cicir dipungut, hilang dicari dalam setiap pembelian dan tidak membeli secara berlebihan, nescaya inflasi dapat diminimumkan kerana bekalan tidak mengalami kekurangan berbanding dengan permintaan di pasaran. Dalam konteks ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Hal Ehwal Pengguna harus menganjurkan “Kempen Beli Barangan Malaysia”. Langkah ini amat mustahak untuk memulihkan masalah inflasi. Rakyat Malaysia digalakkan supaya membeli bahan keperluan asas yang sedia ada di negara kita daripada membeli barangan import. Walhal, harga barangan tempatan lebih berpatutan kerana kos pengangkutan lebih murah. Contoh, rakyat kita seyogianya makan buah-buahan dan sayurmayur tempatan yang lebih segar dan berkhasi at daripada barangan import. Seperti peribahasa, “ hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Jika semua rakyat dapat bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dan bersemangat patriotik, kempen tersebut berupaya meningkatkan peniagaan dalam negara. Senarionya, petani, peniaga dan pengusaha industri kecil dan sederhana kita turut memperoleh manfaatnya. Hal ini dapat memantapkan defisit pendapatan negara supaya nilai mata wang Malaysia tidak jatuh berbanding dengan mata wang asing. Inflasi turut diredakan. Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang merupakan tindakan yang ampuh untuk membendung inflasi. Demi mencegah penyelewengan peniaga yang tamak haloba, pegawai yang terlibat tidak patut bertindak sambil lewa atau bena tak bena sahaja. Misalnya pemantauan atau serbuan hanya dijalankan secara bermusim sahaja. Lebih-lebih lagi kegiatan rasuah meruwatkan situasi ini. Tanpa tindakan undang-undang yang ketat, peniaga akan bertindak bermaharajalela dengan meningkatkan harga barangan jualan tanpa belas kasihan. Rentetan daripada itu, kompaun dan hukuman penjara mandatori harus dijatuhkan dengan semaksimumnya terhadap peniaga yang licik. Pemantauan yang lebih kerap harus diadakan terhadap semua premis perniagaan dan pasar malam. Masyarakat ki ta perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa seperti “Rakan Cop” untuk melaporkan berlakunya penyelewengan peniaga . Hukuman yang ketat dan tindakan pegawai yang bersih, cekap dan amanah pasti dapat mengekang peniaga yang ingin menangguk di air keruh. Orang ramai juga diseru supaya menanam sayur-sayuran di halaman rumah masing-masing. Sebenarnya, cadangan ini pernah dipraktikkan pada 1970-an dengan rancangan Buku Hijau. Ketika dilanda inflasi, khalayak ramai diseru supaya menjalankan penanaman di halaman rumah. Contohnya, hidroponik diperkenalkan kepada masyarakat bandar untuk menanam sayur-sayuran di halaman rumah. Orang ramai tidak patut memandang enteng terhadap hal ini kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Kita boleh menanam sayur-sayuran sebagai hobi untuk mengisi masa senggang. Selain menjamin kesihatan fizikal dan mental, kita dapat menjimatkan kos perbelanjaan untuk membeli sayur-mayur organik tanpa racun serangga. Tindakan ini bagai serampang dua mata . Alangkah baiknya, kita dapat memperoleh cili, tomato, bawang hijau, serai, ulam-ulaman yang segar-bugar dari pasu bunga di halaman rumah kita. Dengan kata lain, penanaman sayur-sayuran di rumah turut menyumbang ke arah inflasi sifar. Bagaimanapun, kerajaan kita memerlukan perancangan yang bersepadu untuk menangani inflasi di negara kita. Sebagai cerucuk kepimpinan negara, anggota kabinet harus menentukan segala polisi kerajaan dilaksanakan dengan berkesan tanpa menimbulkan inflasi. Pemimpin dan para pegawai awam yang terlibat harus memantapkan defisit pendapatan negara, meningkatkan produktiviti masyarakat kita, menjamin kestabilan mata wang Malaysia, menaikkan kadar faedah simpanan, mengawal kenaikan gaji secara rasional serta memastikan pengagihan barangan keperluan di dalam negara. Hal ini dapat mengelakkan pengaliran mata wang yang terlalu banyak di dalam pasaran tempatan sehingga berlakunya inflasi. Sebarang tindakan kerajaan akan memberikan kesan yang mendalam kepada rakyat jelata. Kita tidak tergamak melihat golongan miskin dibebankan lagi dengan inflasi kerana berapa berat mata memandang, lebih berat lagi bahu memikul . Kerajaan harus sentiasa bertindak bijaksana seperti peribahasa, “menarik rambut di dalam tepung ”. Sebelum memansuhkan subsidi terhadap bahan keperluan asas, kerajaan patut membuat kaji selidik dan a nalisis tentang kesannya terhadap indeks inflasi di negara kita. Tuntasnya, pihak kerajaan dan Persatuan Pengguna harus berkomitmen untuk menangani masalah inflasi di negara kita. Semua pihak tidak patut bersikap melepaskan batuk di tangga . Bayangkan masih banyak rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan terpaksa menghadapi inflasi. Jangan biarkan cogan kata, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” sebagai slogan sahaja. Lantarannya, kita perlu berganding bahu dan bersinergi untuk menoktahi inflasi di negara kita.
Punca-punca kenaikan harga barang (Inflasi)
Ketika menongkah arus globalisasi yang semakin mencabar, negara kita tidak dapat melepaskan diri daripada belenggu inflasi, iaitu kenaikan harga barang secara holistik. Senario ini bukan sahaja memberikan beban kepada rakyat jelata, terutama golongan yang berpendapat rendah yang terpaksa hidup bagai kain basah kering di pinggang . Duri dalam daging ini perlu dicabut dalam masyarakat kita sebelum parah, rusuhan akibat daripada inflasi yang berlaku di luar negara harus menjadi iktibar di negara kita. Sebelum mengatur langkah untuk menangani masalah ini, biarlah pihak berkuasa menyusuri punca-punca kenaikan harga barang di negara kita. Kata orang tua-tua, “ada asap, ada api ”. Setiap kemusykilan pasti ada pangkal pokoknya. Salah satu faktor prioriti yang menyebabkan inflasi ialah kenaikan harga minyak. Tidak dapat dinafikan bahawa harga minyak petroleum telah naik secara drastik di pasaran antarabangsa, sehingga pernah mencecah US $144 setong pada tahun 2007. Hal ini memangkinkan kegiatan penyeludupan minyak petrol dan diesel yang telah disubsidikan oleh kerajaan itu ke negara jiran kita. Lantaran kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak petrol dan diesel untuk mengurangkan beban kewangan. Penyeludup yang tamak telah menyebabkan rakyat jelata mengalami penderitaan. Hal ini sama dengan peribahasa, “ orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getah. ” Kenaikan minyak yang sebagai kos pengangkutan yang ter utama akan memberikan kesan yang amat besar kepada harga barangan. Walhasilnya, harga semua barangan turut naik dengan serentak. Sesungguhnya, bencana alam juga merupakan punca yang mencetuskan kenaikan harga barang. Ketika berlakunya banjir atau kemarau yang berpanjangan, hasil tanaman pasti berkurangan. Sebagai contoh, ketika dilanda musim tengkujuh, harga sayur-sayuran akan naik secara mendadak. Sayur sawi pernah mencecah harga sebanyak RM8 sekilo manakala cili merah kini telah mencecah harga RM15 sekilo sebagai harga runcit. Sejak beberapa tahun ini, negara pengeluar makanan terutama seperti negara Thai, Rusia, India dan Kanada sering mengalami pelbagai musibah yang berkaitan dengan pemanasan global. Hasil tanaman mereka mengalami kemerosotan. Akibatnya, kerajaan negara berkenaan sanggup mengehadkan eksport hasil tanaman dan ternakan seperti beras, bahan tenusu, tepung gandum, bawang dan lain-lain ke luar negara sehingga harga barang makanan di pasaran antarabangsa turut menjulang. Rentetan daripada itu, rakyat kita terpaksa membeli barang makanan yang semakin mahal. Tambahan pula, kenaikan mata wang asing berbanding dengan mata wang Malaysia telah menyumbang kepada gejala ini. Sejak dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1997, nilai mata wang Malaysia telah terjunam. Peniaga negara kita terpaksa mengimport pelbagai barangan dari luar negara dengan mata wang asing. Sebagai realiti, negara kita terpaksa berurus niaga dengan negara asing melalui US dolar. Walaupun harga barangan tertentu tidak mengalami kenaikan harga di pasaran antarabangsa tetapi rakyat kita terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat nilai mata wang Malaysia yang agak rendah. Tidak dapat dinafikan bahawa mahu tidak mahu, kita tetap perlu membeli pelbagai barang keperluan dari luar negara kerana tidak dapat dihasilkan di dalam negara kita sendiri, seperti tepung gandum. Lebih-lebih lagi, ada peniaga yang bersikap tamak haloba sering memasang jerat untuk meningkatkan harga barang. Demi meragut keuntungan yang lumayan, terdapat banyak peniaga sentiasa menangguk di air keruh dengan menyorok barangan keperluan. Mereka enggan menjual barang keperluan di pasaran lalu menimbulkan suasana yang gelisah dalam kalangan pengguna bahawa sudah kehabisan stok. Pengguna yang seperti cacing kepanasan akan merebut untuk membeli barangan itu sehingga peniaga berani menaikkan harga untuk menjual barang itu. Hal ini sering berlaku dalam masyarakat kita. Barangan keperluan seperti beras, gula, dan tepung sering menjadi sasaran kepada peniaga yang sentiasa menunggu peluang. Kita semua sedar bahawa permintaan pasaran lebih tinggi daripada bekalan akan tercetusnya inflasi. Sehubungan dengan itu, pengguna kita juga perlu bertanggungjawab dalam konteks ini. Rakyat Malaysia tidak memiliki kesedaran tentang ilmu kepenggunaan. Mereka sering membeli-belah dengan berdasarkan nafsu dan bukan berpaksikan keperluan. Sebagai contohnya, ketika musim perayaan, penduduk Malaysia sering membeli barangan secara berlebihan sehingga berboros kerana tidak dapat menghabiskannya. Tamsilnya, mereka sering merebut daging ayam dan telur. Mereka membuat kuih-muih dan juadah dengan terlalu banyak. Apabila permintaan di pasaran lebih banyak daripada bekalan, harga barang naik secara drastik lagi. Siapakah yang menjadi mangsa? Tepuk dada tanya selera . Kenapa perayaan tidak boleh diraikan secara sederhana? Bukankah hubungan yang intim sekeluarga lebih penting daripada menyediakan makanan yang melambak? Ingatlah peribahasa, “Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. ” Untuk melepaskan diri daripada belenggu inflasi, pihak kerajaan, terutama Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna harus bertindak bijaksana seperti menarik rambut di dalam tepung untuk menangani masalah ini daripada terus menular. Kerjasama pihak pengguna, peniaga dan prihatin pihak berkuasa amat signifikan untuk meminimumkan inflasi sehingga mencapai inflasi sifar. Hal ini memang selaras dengan aspirasi 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Soalan: Sejak Kebelakangan ini, kehilangan kanak-kanak dan jenayah yang berkaitan dengan kanak-kanak semakin menjadi-jadi sehingga membimbangkan masyarakat kita. Bincangkan cara-cara yang berkesan untuk menjaga keselamatan kanak-kanak.
Pada era pascamerdeka ini, kes jenayah dan penculikan kanak-kanak semakin menjadi-jadi sehingga menjadi topik hangat dalam media massa. Kes adik Nurul Huda Abdul Ghani yang telah meninggal dunia dalam usia 10 tahun. Budak yang malang itu telah menjadi mangsa rogol dan dibunuh oleh binatang yang betopeng manusia. . Kes adik Sharlinie dan adik Asmawi yang masih belum ditemui. Kes-kes tersebut turut diperkatakan dari warung kopi hingga persidangan parlimen. Kes-kes jenayah kanak-kanak telah menggusarkan ibu bapa yang mempunyai anak yang seusia dengan kanak-kanak tersebut. Untuk mengelakkan lebih banyak kanak-kanak menjadi mangsa kepada manusia yang yang kedangkalan kemanusiaan, pelbagai langkah yang efisien patut dilaksanakan untuk melindungi anak kita supaya mereka dapat hidup dalam dunia yang aman, harmoni dan bahagia.
Untuk menangani masalah ini daripada terus menjalar, ibu bapa memainkan peranan yang signifikan untuk menyelamatkan cahaya mata yang dianugerahkan oleh Tuhan. Dalam konteks ini, ibu bapa harus sentiasa memastikan bahawa anak mereka tidak lari daripada perhatian mereka ketika berada di tempat awam, terutamanya di pasar malam, pasar raya dan pusat beli belah. Kebanyakan kes kehilangan anak adalah berada di lokasi yang penuh dengan orang ramai, terutama ketika jualan murah diadakan kerana ibu bapa sibuk membeli belah. Ibu bapa perlu mengajar anak mereka serba sedikit pendidikan seks, iaitu bahagian aurat badan mereka yang tidak boleh disentuh oleh orang lain. Ibu bapa perlu membimbing anak mereka supaya menolak ajakan atau pujukan orang yang tidak dikenali walaupun terdapat gula-gula yang enak. Dalam masa yang sama, ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan anak mereka tidak berseorangan sama ada di rumah atau di luar rumah. Contohnya adik Nurin Jazlin membeli sesuatu di pasar malam sehingga tidak pulang untuk selama-lamanya. Tegasnya ibu bapa perlu memikul tanggungjawab untuk menjaga keselamatan anak kecil mereka.
Selain itu, media massa perlu mendukung kewajipan untuk mencelikkan masyarakat kita supaya peka terhadap isu ini. Media massa terutamanya media elektronik mempunyai pengaruh yang kuat sekali terhadap masyarakat kita. Dalam situasi ini, pihak televisyen dan akhbar perlu menyiarkan rencana atau rancangan yang berkaitan supaya masyarakat kita, khasnya pengusaha tabika dan ibu bapa mengambil tindakan yang drastik untuk mengelakkan anak buah mereka daripada menjadi mangsa kepada manusia yang berjiwa binatang buas. Siaran daripada media massa dapat segera memancing perhatian dan kerjasama daripada masyrakat untuk menghulurkan bantuan bersama-sama demi menyelamatkan budak yang hilang atau kena culik. Dalam masa yang sama, media elektronik patut menyekat rancangan ganas yang dapat mempengaruhi orang ramai sehingga menbangkitkan nafsu yang dikutuk oleh Tuhan. Bahan lucah yang berkaitan dengan seksual kanak-kanak harus dilarang sama sekali sama ada dalam cakare padat digital cetak rompak ataupun dalam internet. Adegan keganasan akan terserap ke dalam jiwa yang kedangkalan keimanan. Senarionya, unsur keganasan akan diterjemahkan terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa. Natijahnya, semua media perlu menghalang rancangan yang berunsur ganas dan berusaha menginsafkan masyarakat kita untuk menyelamatkan kanak-kanak kita daripada menjadi mangsa.
Sementelahan itu, penguatkuasaan undang-undang merupakan alternatif yang ampuh untuk membanteras gejala tersebut. Hal ini demikian kerana hukuman yang ketat berupaya memperingatkan orang ramai supaya tidak menganiaya kanak-kanak kita. Mereka yang mencabuli, memperkosa, menculik dan mendera kank-kanak perlu dijatuhi hukuman yang berat, seperti hukuman penjara mandatori, human sebat malar-malar hukuman gantung sampai hati. Hukuman yang maksimum dapat menyebabkan golongan yang sering mendampingi syaitan itu berasa serik untuk melakukan kesalahan tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak polis juga perlu membuat siasat dengan cepat dan segera. Sindiket perdagangan manusia harus dibendung dengan segera. Alangkah malangnya, terdapat kanak-kanak yang diculik ke negeri Thai dan Indonesia telah dicacatkan untuk menjadi pengemis . Oleh itu, pihak penguat kuasa perlu melaksanakan tugas mereka dengan komitmen supaya nyawa anak yang comel tidak diragut oleh manusia yang tidak waras.
Natijahnya, anak merupakan kurniaan Tuhan yang akan membawa kebahagiaan dan hiburan kepada keluarga. Anak juga akan mewarnai masyarakat, nusa dan bangsa kita . Seisi masyarakat kita bertanggungjawab untuk melindungi mereka supaya membesar dengan aman dan sentosa. Janganlah kes jenayah kanak-kanak dan gangguan seksual menjadi fobia kepada ibu bapa tentang keselamatan anak mereka. Jangan terhantuk baru tengadah. Semua pihak yang terlibat tidak patut melepaskan batuk di atas tangga dan berusaha dengan gigih untuk melindungi hak kanak-kanak.
Kepentingan Pengangkutan Awam Kepada Negara Kita Dalam Bajet Tahun 2011, Perdana Menteri memangku Menteri Kewangan telah membentangkan bahawa Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) akan dibina bermula pada tahun hadapan dan dijangka akan siap sebelum tahun 2020. Belanja untuk membina sistem MRT dianggar akan mencecah RM 40 bilion. Senario ini memanifestasikan bahawa kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan mutu sistem pengangkutan awam di negara kita. Setakat ini hanya kira-kira 32% pengguna jalan raya tempatan menggunakan pengangkutan awam manakala di negara maju seperti Jepun dan negara-negara Eropah lebih daripada 70% pengguna jalan raya ialah penumpang pengangkutan awam. Dalam konteks ini, pengangkutan awam merupakan unsur utama bagi penduduk bandar-bandar besar di dunia. Untuk mencapai negara maju, semua pihak perlu sedar akan kepentingan pengangkutan awam kepada negara kita. Kita sedia maklum bahawa salah satu kemaslahatan pengangkutan awam adalah dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas, terutamanya di bandar-bandar besar terutama di Lembah Klang seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam. Kesesakan lalu lintas merupakan duri dalam daging dan mimpi ngeri kepada penduduk bandar. Ketika pergi ke atau balik dari pejabat, mereka terpaksa berjam-jam di jalan raya akibat kesesakan lalu lintas. Sehubungan dengan itu, peningkatan mutu perkhidmatan pengangkutan awam dapat menarik lebih banyak penumpang sehingga penggunaan kenderaan sendiri akan berkurangan di jalan raya. Secara tidak langsung, kesesakan lalu lintas dapat diminimumkan. Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa perlu menetap lintasan khas sebagai laluan kenderaan awam seperti bas dan teksi. Alat pengangkutan awam yang tidak mengalami kesesakan lalu lintas dapat menarik pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam. Walhasilnya, pembangunan dalam sistem pengangkutan awam di tanah air dapat membendung kesesakan lalu lintas yang semakin kronik.
Selain itu, pengangkutan awam yang bermutu turut memperkasakan industri pelancongan. Di rantau Asia Tenggara ini, industri pelancongan negara kita masih ketinggalan berbanding dengan negara Thailand dan Singapura. Salah satu sebab ialah pengangkutan awam di Bangkok dan Singapura sangat canggih dan memudahkan pelancong ke sesuatu destinasi. Sebaliknya sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur masih belum mencapai taraf negara maju. Di Hong Kong, Singapura dan Taiwan, penumpang hanya perlu membeli sekeping Kad Penumpang untuk menaiki MRT, bas malah Feri. Sistem pengangkutan yang canggih, selesa, mesra , bersih dan selamat dapat memberikan imej yang baik kepada pelancong ke negara kita. Malangnya, bas ekspres dan bas persiaran di negara kita sering terlibat dalam kemalangan yang dahsyat. Tambahan pula, sesetengah pemandu teks yang biadab dan meminta tambang yang berlebihan akan menjejaskan industri pelancongan di negara kita. Tegasnya, pengusaha pengangkutan jalan raya tanah air kita perlu meningkatkan mutu perkhidmatan mereka kerana perkhidmatan pengangkutan awam yang berkualiti dapat mendorong industri pelancongan negara kita.
Lebih-lebih lagi, sistem pengangkutan awam yang baik dapat menjanakan pembangunan ekonomi negara. Tanpa disedari bahawa pengangkutan awam yang berkualiti dapat meningkatkan produktiviti negara. Hal ini demikian kerana pekerja dapat sampai di pejabat atau kilang tanpa lewat dengan adanya sistem pengangkutan yang menepati jadual waktu. Saban hari banyak orang lewat ke medan kerja kerana mengalami kesesakan lalu lintas. Hal ini merupakan satu pembaziran kerana para pekerja telah letih dan penat setelah tiba di tempat kerja. Jika negara kita memiliki sistem pengangkutan yang canggih terutamanya MRT, LRT, Komuter dan sebagainya, pekerja kita dapat sampai di destinasi tempat kerja dengan cepat dan tepat pada masa. Nescaya, mereka lebih bersemangat dan memiliki daya produktiviti yang lebih tinggi. Daya pengeluaran yang tinggi dapat memangkinkan pembangunan ekonomi negara supaya negara kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju. Gara-garanya, pengangkutan awam yang canggih berkait rapat dengan produktiviti negara .
Tambahan pula, pembangunan sistem pengangkutan awam dapat meminimumkan pencemaran udara di negara kita. Beberapa dasawarsa ini, kualiti udara negara kita semakin merosot sehingga negara kita dilanda jerebu. Salah satu faktor utama adalah kenderaan di jalan raya semakin banyak. Atas promosi pengeluar automobil dan syarikat kewangan, rakyat suka memiliki kenderaan sendiri. Mereka tidak suka menggunakan pengangkutan awam. Sesungguhnya rakyat kita perlu dicelikkan supaya menyedari bahawa menaiki pengangkutan awam merupakan tindakan mesra alam. Jika orang ramai menggunakan perkhidmatan bas, LRT dan sebagainya, kenderaan yang ada di jalan raya akan berkurangan sehingga asap yang mengandungi toksik dapat dikurangkan terutama karbon monoksida, sulfur dioksida dan lain-lain lagi. Ternyata, pengangkutan awam yang canggih lebih mesra alam, khasnya MRT yang akan dibina. Natijahnya, orang ramai perlu digalakkan supaya menaiki pengangkutan awam untuk meningkatkan kualiti alam sekitar kita.
Secara tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh, pengangkutan awam yang berkualiti merupakan elemen yang penting untuk menjamin pembangunan negara kita. Sehubungan itu pihak berkuasa dan pengusaha pengangkutan awam perlu bersinergi bagai aur dengan tebing untuk memartabatkan mutu pengangkutan awam di tanah air kita. Sistem pengangkutan yang canggih dapat menjanakan pembangunan negara kita ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang
Cara-cara yang berkesan untuk melahirkan insan yang cemerlang
Pada alaf digital yang mendepani ombak globalisasi ini, negara kita telah pesat membangun dan bangunan yang mencakar langit telah didirikan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Namun demikian, pembangunan kerohanian tidak mengalami transformasi yang ketara secara anjakan paradigma. Untuk merealisasikan wawasan 2020, Misi Nasional atau Satu Malaysia, kerajaan perlu menjanakan pembangunan kerohanian untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, terutamanya golongan remaja kerana mereka merupakan tonggak negara yang bakal menerajui cerucuk kepimpinan di negara kita. Dalam konteks ini, modal insan yang cemerlang memerlukan ciri-ciri yang unik, iaitu berintelek, berakhlak mulia, kreatif dan kritis, berbadan sihat serta memiliki kepimpinan. William J. Siegel berkata, “ Manusia tidak meracang untuk gagal tetapi mereka gagal merancang.” Oleh itu, semua pihak yang terlibat perlu merancangkan tindakan-tindakan yang efektif untuk melahirkan insan yang cemerlang dalam kalangan rakyatMalaysia.
Untuk mencambahkan insan yang cemerlang, ibu bapa memainkan peranan yang prioriti. Menurut Hadis, anak dibaratkan kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapanya. Lantaran itu, ibu bapa yang bertanggungjawab dan memiliki ilmu keibubapaan berupaya mencanai insan yang gemilang. Terlebih dahulu, ibu bapa perlu menitikberatkan pencapaian akademik anak mereka. Selain menemani anak mereka mengulang kaji dan membuat latihan, ibu bapa juga perlu menjadi role model atau suri teladan kepada anak mereka dalam amalan membaca kerana ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Amalan membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi, persis peribahasa “ melentur buluh biarlah dari rebung”. Banyak membaca luasnya ilmunya. Ibu bapa tidak patut lokek atau kedekut untuk memberikan pujian kepada anak atas sesuatu kejayaan. Hal ini dapat memberikan dorongan kepada mereka untuk mendaki lereng yang penuh dengan onak dan duri hingga mencapai kejayaan yang cemerlang. Hal ini selaras dengan kata- kata El Leseur, “ Tanpa semangat tidak ada pekerjaan besar yang dapat dilakukan.”Tegasnya ibu bapa perlu berusaha membimbing anak mereka ke arah kecemerlangan akademik.
Bagaimanapun, kecemerlangan akademik atau intelek tidak akan membawa sebarang makna jika tidak dilengkapi dengan sahsiah yang mulia. Ternyata, banyak golongan yang terdidik turut melibatkan diri dalam pelbagai jenayah kolar putih atau gejala sosial terutamanya pengagihan dadah dan kegiatan maksiat bagai melukut di tepi gantang. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memastikan anak mereka menerima ajaran agama dan nilai-nilai murni di rumah. Ibu bapa perlu membimbing anak mereka menjalankan solat sembahyang dan mengaji kitab-kitab suci. Golongan muda perlu memiliki keimanan yang teguh untuk menjauhi segala godaan dan nafsu. Pemuda dan pemudi yang berbudi bahasa, bertanggungjawab dan berjati diri dapat melahirkan masyarakat sakinat yang diidam-idamkan. Dengan kata lain, ibu bapa hendak membentuk anak remaja yang berakhlak mulia untuk melahirkan masyarakat penyayang menjelang wawasan 2020.
Untuk melunaskan hasrat negara, modal insan yang kreatif dan kritis merupakan komponen yang signifikan. Pihak sekolah berperanan penting untuk melahirkan insan yang kreatif dan kritis. Sukatan pelajaran dan kokurikulum sekolah perlu mengalami reformasi dan keluar dari kepompong yang tradisi dan statik. Dalam dunia ICT, pendapatan Google, Facebook dan Microsoft telah mengatasi pendapatan negara kita. Produk yang dijual oleh mereka ialah kreativiti dan ilmu mereka. Hal ini telah membuktikan bahawa ilmu yang dimiliki tidak akan berguna jika tidak dicampuri dengan imaginasi yang berani dan praktikal yang berterusan. Ekoran daripada itu, pihak sekolah perlu menggalakkan pelajar mengemukakan idea mereka. Pertandingan reka cipta robotik, laman web dan fesyen serta lain-lain lagi perlu diadakan . Secara tidak langsung, pihak sekolah dan warga didik tidak boleh lagi bergantung pada buku teks sahaja tetapi perlu
bersikap terbuka untuk melatih anak buah mereka untuk mencetuskan idea yang kreatif dan kritis.
Di samping itu, ibu bapa dan pihak sekolah perlu memastikan generasi muda kita memiliki badan yang sihat dan cergas. Pihak sekolah perlu memberikan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menjaga kesihatan kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Pendidikan Jasmani di sekolah perlu dititikberatkan. Kementerian Pelajaran telah menetap setiap pelajar perlu bergiat dalam satu sukan. Hal ini merupakan tindakan yang bijaksana. Ibu bapa perlu memastikan anak mereka senantiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan pemakanan seimbang seperti kriteria dalam piramid makanan. Sehubungan dengan itu, putera dan puteri yang sedang berjuang dalam medan ilmu dapat menjauhi penyakit kronik dan penyakit berjangkit. Badan cergas otak cerdas. Fizikal yang sihat akan membentuk semangat kental dan waja diri untuk menghadapi pancaroba dalam gelombang globalisasi. Natijahnya, ibu bapa dan pihak sekolah perlu menitikberatkan kesihatan dan kekuatan fizikal anak muda kita.
Sementelahan, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang terancang untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa . Apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang berwibawa? Tidak lain tidak bukan pemimpin yang berketerampilan perlu bersikap disiplin, tanggungjawab, amanah, dapat bekerjasama, berinteraksi dan bermusyawarah dengan orang lain serta berupaya berucap di khalayak ramai. Dalam situasi ini, pihak sekolah perlu menyediakan satu ruang yang kondusif kepada pelajar untuk menonjolkan kepimpinan mereka. Setiap pelajar perlu diberikan peluang untuk menjadi ahli jawatankuasa dalam kelas, persatuan kokurikulum dan pasukan beruniform. Menurut kata- kata mutiara, “ Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman getir untuk menziarahi keunggulan anda. ” Justeru itu, guru sebagai penasihat harus membimbing pelajar untuk menjadi pemimpin tanpa banyak campur tangan. Seperti peribahasa, “bumi mana tidak ditimpa hujan”, pelajar yang bersalah atau bersilap perlu diberi peluang untuk membaiki diri mereka sehingga meminimumkan kelemahan mereka. Kepimpinan seseorang insan akan berputik setelah dibimbing, diasak, dilatih dan diberi peluang. Hakikatnya, sekolah merupakan medan yang kondusif untuk membuahkan modal insan yang bercirikan kepimpinan.
Kesimpulan, bak kata peribahasa, “ pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara” , golongan muda perlu dicanai supaya menjadi modal insan yang cemerlang. Ibu bapa dan guru memainkan peranan yang terpenting untuk mencapai aspirasi tersebut. Adakah pada tahun 2057, negara kita telah memiliki saintis yang memperoleh hadiah Nobel? Adakah negara kita akan memiliki usahawan seperti Bill Gates? Adakah negara kita akan memiliki olahragawan yang akan memiliki pingat emas dalam Sukan Olimpik? Hasrat tersebut akan tercapai jika masyarakat kita mengalami anjakan paradigma dari segi pembangunan kerohanian untuk melahirkan model insan yang cemerlang seperti tema Hari kebangsaan, 1 Malaysia Menjana Transformasi.
Sungai merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai dan perlu dijaga dengan baik oleh manusia. Jelaskan pendapat anda tentang sebab-sebab sungai tercemar dan kepentingan sungai dalam kehidupan.
ekor ikan terapung-apung “Beribu-ribu “sungai di Pahang telah teruk dicemar”.
di
permukaan
sungai”
“
Begitulah tajuk-tajuk berita yang acap kali menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar tempatan. Berita dan paparan media umpama ini bukan sahaja menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar tempatan, isu ini juga sering menjadi liputan media massa antarabangsa dan persidangan utama dunia. Pencemaran yang berlaku sepanjang dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat pelosok dunia. Oleh itu, isu pancemaran sungai sudah menjadi berita basi. Kerajaan pernah mengadakan kempen-kempen seperti “Cintailah Sungai Kita” tetapi mendapat sambutan yang dingin daripada segenap lapisan masyarakat. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan meningkatnya kes ibarat cendawan tumbuh selepas hu jan, pernahkah terlintas dalam benak anda apakah yang dimaksudkan dengan “pencemaran sungai”? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi keempat, “pencemaran sungai” dapat didefinisikan sebagai perbuatan yang mengotorkan sungai yang jernih sehingga keruh dengan pelbagai bentuk cara. Fenomena yang terjadi ini pasti ada sebab-sebab yang munasabahnya kerana kalau angin tidak bertiup, masakan pokok bergoyong ? Tahukah anda faktor-faktor yang menyumbang kepada pencemaran sungai? Segalanya bakal terhurai tirai bicara dibuka.
Faktor perdana yang menyumbang kepada pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap oleh masyarakat. Hal ini ghalibnya dilakukan oleh masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sungai. Mereka membuang apa-apa sahaja sampah sarap yang mereka ada ke dalam sungai. Fenomena ini boleh dikatakan telah menjadi satu lumrah dalam kehidupan masyarakat. Pada zaman globalisasi ini, masyarakat telah menganggap sungai sebagai sebuah tong sampah yang besar .Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Sungai Malaysia pada tahun 2007, alasan yang diberikan oleh masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai ialah tong sampah yang sedia ada berada jauh dari tempat tinggal mereka. Mereka malas untuk membuang sampah sarap tersebut ke dalam tong sampah yang sedia ada kerana perlu memakan masa yang banyak dan meletihkan mereka. Oleh sebab itu, mereka mengambil jalan mudah dengan membuangkan sampah sarap tersebut ke dalam sungai yang jernih itu dan mengakibatkan sungai itu menjadi keruh. Sampah sarap yang terapung-apung di permukaan sungai itu mempunyai bahan kimia yang akan menyumbang kepada pencemaran sungai.
Selain itu, punca yang seterusnya ialah pembuangan sisa toksik daripada kilang-kilang ke dalam sungai. Sisa toksik dari kilang-kilang tersebut akan mencemarkan sungai dengan menurunkan pH air sungai tersebut. pH air sungai yang rendah amat berbahaya kepada manusia dan hidupan akuatik . Hal ini dikatakan demikian kerana jikalau seseorang meminum air sungai yang pH rendah, kesihatan seseorang itu mungkin terjejas dan yang memburukkan keadaan lagi ialah mendatangkan kematian yang tidak diingini sama sekali. Kualiti kehidupan akuatik seperti ikan akan menurun kerana keadaan sungai yang tercemar tidaklah sesuai untuk ikan-ikan tersebut. Statistik yang sahih lagi tepat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Air Malaysia pada tahun 2008 jelas menunjukkan kebanyakan kilang yang membuang sisa toksik ke dalam sungai ialah kilang-kilang besar. Ketika ditanya tentang sebab mereka mengalirkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai, alasan yang diberi ialah mereka tidak ada pilihan lain selain mengairkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai tanpa memikirkan impaknya. Sikap sebegini yang mementingkan diri sendiri ibagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis demi kepentingan bersama.
Faktor yang seterusnya ialah tumpahan minyak oleh kapal-kapal. Hal sebegini telah lama berlaku di dalam negara kita. Mengapakah hal ini akan berlaku? Sebabnya ialah tong yang mengisi minyak bagi kapal tersebut telah bocor ataupun pecah. Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung di permukaan air. Masalah ini akan menjejaskan tumbesaran bagi tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam sungai. Hal ini dikatakan demikian kerana minyak tersebut akan menghalang sinaran matahari daripada sampai ke tumbuhtumbuhan tersebut. Hal ini secara langsungnya akan menjejaskan proses tumbesaran tumbuhan tersebut kerana tumbuhan itu tidak dapat menjalankan proses pemhasilan makanan. Di negara lain seperti Jerman dan Australia, masalah tumpahan minyak ini tidak pernah berlaku dalam negara tersebut kerana mereka mempunyai kapal yang serba canggih dan tong minyak yang baik sekali.
Apakah kepentingan sungai dalam kehidupan seharian kita? Tidak dapat dinafikan bahawa sungai memang mempunyai kepentingan tertentu dalam kehidupan seharian kita. Kepentingan utamanya ialah sungai memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan dan penghubungan. Berbalik kepada sejarah dahulu, pembukaan Terusan Suez telah memendekkan jarak perjalanan antara Timur dan Barat. Hal ini akan menjimatkan masa dan memudahkan perhubungan. Kawasan yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya dapat dihubungkan dengan menggunakan jalan air. Keadaan ini akan memajukan sistem pengangkutan di negara kita dengan mempunyai pengangkutan darat, pengangkutan udara dan juga pengangkutan air. Hal ini dapat meyakinkan rakyat negara kita agar visi kudsi Wawasan 2020 dapat direalisasikan dan menjadi bumi Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara gergasi yang lain di persada dunia.
Seterusnya, sungai amat penting kerana membekalkan sumber air dan protein kepada manusia. Air yang diminum oleh penduduk bumi kebanyakannya datang dari air sungai. Jikalau air sungai telah tercemar, air sungai tersebut perlu dibersihkan melalui proses yang merumitkan dan memakan kos seperti yang berlaku di negara Jerman. Sungai amatlah penting sebagai habitat hidupan akuatik seperti ikan, ketam, dan udang. Tanpa air sungai, manalah datangnya ikan, ketam dan udang yang kita makan pada hari ini? Ikan, ketam dan udang membekalkan sumber protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan, ketam dan udang adalah amat tinggi. Persis kata jauhari “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya ”. Peribahasa ini mengingatkan manusia supaya tidak mencemarkan air sungai yang merupakan habitat hidupan akuatik dan merupakan anugerah istimewa daripada Tuhan yang akan membahagiakan kita pada hari esok agar kita tidak menyesal pada hari kemudiannya.
Secara kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu ibarat “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni ” untuk mengatasi kemelut pencemaran air yang dapat diibaratk an seperti duri dalam daging kepada masyarakat dan negara. Janganlah kita membiarkan masalah ini terus bernanah di dalam negara kita. Sebagai khalifah Allah yang dikurniakan akal fikiran dan bergelar insan kamil, kita bertanggungjawab untuk menjaga sungai yang merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai ini. Kita haruslah menjauhkan diri daripada perbuatan mencemarkan sungai agar tidak terjadi fenomena “sudah terhantuk baru tengadah”. Marilah kita bersama-sama merealisasikan hasrat dan visi kudsi wawasan 2020. „Cintailah Sungai Kita‟.
Langkah-langkah untuk memajukan sektor pertanian.
Marcapada, negara kita telah mengalami pembangunan yang pesat, terutamanya dalam sektor perindustrian. Rentetan daripada itu, sektor pertanian telah dikesisikan dalam arus pembangunan sejak 1980-an. Bagaimanapun di bawah Misi Nasional, kerajaan telah meningkatkan kedudukan sektor ini semula dalam pelan pembangunan negara kita iaitu Rancangan Malaysia Kesembilan. Hal ini demikian kerana ketika dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan1998, minyak kelapa sawit bertindak sebagai “penyelamat” ekonomi negara kita. Selain itu kerajaan juga mendapati bahawa negara kita memperuntukkan berbilion -bilion ringgit untuk mengimport makanan sehingga meningkatkan defisit ekonomi negara kita. Sesungguhnya, banyak makanan dapat dihasilkan di negara kita melalui sektor pertanian. Persoalan, bagaimanakah kita dapat meningkatkan sektor pertanian? Kata or ang tua-tua, “genggam bara api biarlah sampai jadi arang”, semua pihak yang terbabit perlu menggembleng tenaga untuk menjanakan sektor pertanian di tanah air. Untuk memajukan sektor pertanian, kaum petani kita perlu memiliki prakarsa untuk membuat perubahan atau sedia membuat reformasi terhadap sektor pertanian. Jika kaum petani masih mengekalkan cara tradisional u ntuk mengusahakan petanian, nescaya hasil tanaman atau ternakan mereka hanya sekadar sara diri. Mereka akan terus dibelenggu oleh kemiskinan. Untuk mengikut rentak perkembangan sektor industri, petani moden kita perlu menggunakan ilmu sains dan teknologi yang canggih demi meningkatkan produktiviti, iaitu menjimatkan penggunaan tenaga dan meninggikan hasil tanaman yang berkualiti dan berkuantiti. Sebagai contoh, ilmu genetik perlu digunakan untuk mencari baka benih yang dapat menjamin hasil tanaman yang bermutu, seperti “padi hibird” dapat menjamin penghasilan padi yang banyak dan berkualiti. Secara holistiknya, kaum petani perlu disun tik semangat transformasi untuk menggunakan bioteknologi dalam sektor pertanian. Tidak dapat dinafikan bahawa Kementerian Pertanian dan sektor swasta perlu menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap sektor pertanian kita. Jurusan Pertanian di Pusat Pengajian Tinggi (IPT) dan pakar pertanian perlu berkomitmen untuk mengkaji penggunaan ilmu sains dan teknologi dalam sektor pertanian dan penternakan. Mereka hendak memastikan bahawa industri hilir dalam pertanian dapat dimajukan untuk meningkatkan pendapatan kaum petani seperti lada dapat dijadikan sos cili, ubat pelangsing dan ubat kesakitan sendi. Sengkuang telah diproses sebagai bahan kosmetik dan sebagainya. Hal ini selaras dengan peribahasa Melayu, “ di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. ” Pegawai Kementerian Pertanian terutamanya MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia ) sewajarnya menawarkan bengkel atau kursus untuk memberikan khidmat nasihat serta membekalkan baka benih yang bermutu kepada petani kita untuk menggunakan bioteknologi yang canggih. Untuk menjalankan pertanian secara besar-besaran dan komersial, skim pinjaman yang berkadar faedah rendah perlu disediakan oleh bank, terutamanya Bank Agro untuk pekebun kecil . Dengan modal yang mencukupi, pekebun kita baru dapat membeli mesin yang canggih dan bahan racun serangga serta baja kimia untuk menjalankan pertanian mereka. Sebagai contoh, Bank Agro telah menawarkan Modal Usahawan 1 Malaysia kepada petani kita untuk mengusahakan industri kecil dan sederhana (IKS) yang berasaskan pertanian. Bak kat a peribahasa, “ada padi semua kerja jadi; ada beras semua kerja deras,” oleh itu, dengan pinjaman skim mikro, pekebun kecil kita dapat mengusahakankan pertanian atau penternakan secara komersial dan saintifik malah berupaya menjalankan IKS. Walhasilnya, kaum petani tidak akan digelar sebagai golongan miskin tetapi akan berperanan sebagai usahawan. Selain itu, sistem pengagihan yang kamil perlu disediakan oleh pihak berkuasa supaya kaum petani kita tidak lagi dianiayai oleh orang tengah yang bersikap tamak haloba. Penubuhan koperasi peladang digalakkan untuk memainkan peranan sebagai pemborong dan pembekal kepada kaum petani. Petani kita juga digalakkan menyertai Pasar Tani untuk meningkatkan pendapatan mereka. Sehubungan dengan itu, pengguna juga dapat membeli hasil tanaman dan ternakan yang segar dengan harga yang berpatutan. Tindakan ini dapat memberikan manfaat kepada pihak petani dan pengguna, seperti peribahasa “ serampang dua mata.” Rentetan daripada itu, pihak FAMA(Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua n) harus mengaturkan strategi yang bersepadu dan bijaksana bagai menarik rambut dalam tepung untuk menjamin pemasaran produk pertanian kita. Sistem pengagihan yang teratur dapat memantapkan harga produk pertanian. Antaranya Kementerian Kebudayaan telah mengadakan laman web tentang harga borong produk pertanian supaya kaum petani tidak lagi ditipu oleh pemborong yang tidak bertanggungjawab. Sementelahan, agropelancongan merupakan bidang yang patut dikembangkan dalam sektor pertanian. Kaum petani seyogianya memperkasakan kemudahan yang tersedia dalam ladang mereka untuk memajukan sektor pelancongan. Tindakan dapat menjamin pendapatan yang lumayan. Penginapan yang lengkap seperti bilik yang selesa perlu disediakan kepada pelancong, khasnya dari bandar. Selain menghayati penghidupan kaum petani, pelancong dapat menikmati buah-buahan tempatan yang lazat, memancing ikan dalam kolam ikan ternakan, menikmati lauk ala kampung serta berpeluang untuk mencucuk tanah di samping melegakan fikiran yang kusut. Hal ini bagai menyelam sambil minum air. Bagaimanapun, pakej agropelancongan perlu mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia, seperti menyeranaikan pengusaha agropelancongan yang beramanah dalam laman web kementerian berkenaan. Secara realitinya, inap d esa semakin menarik perhatian pelancong domestik dan luar negara. Natijahnya, sektor pertanian perlu mengalami revolusi supaya sektor ini berprestij kepada generasi muda. Pembangunan sektor dapat mengurangkan import makanan dari luar negeri dan dapat mengelakkan penduduk kampung berhijrah ke bandar. Tampaknya, perkembangan pertanian mengundang seribu satu kebaikan kepada negara kita. Masyarakat kita j uga perlu menyedari sumbangan, jasa dan pengorbanan kaum petani kita. Sebaliknya kaum petani kita perlu mengalami transformasi untuk menjanakan 1 Malaysia.
Bencana alam sering berlaku di merata-rata. Mangsa bencana telah kehilangan harta benda dan ahli keluarga. Sebagai negara penyayang, negara kita sering menghulurkan bantuan untuk menolong negara yang dilanda bencana alam. Huraikan sumbangan yang dapat kita berikan untuk membantu negara yang dilanda bencana alam.
Bencana alam merupakan fitrah alam yang tidak dapat kita halang bak kata pepatah, geruh tak berbunyi, malang tidak berbau.Tamsilnya, tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac 2011 telah menggemparkan seluruh dunia. Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana Malaysia sering terlepas daripada pelbagai bencana alam seperti gempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami, ribut taufan dan sebagainya. Sebagai masyarakat yang mempunyai sifat kemanusiaan , kita sepatutnya bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan ibarat hulurkan tangan, ringankan beban. Persoalan yang terus melanda ruang legar fikiran kita, apakah bantuan yang dapat kita hu lurkan kepada negara yang terlibat dalam malapetaka? Tidak dapat dipertikaikan lagi, sumbangan kewangan merupakan bantuan yang afdal untuk membantu mangsa bencana. Khalayak ramai boleh menyalurkan bantuan dengan kutipan derma. Badan-badan NGO dan media perlu menyeru orang ramai supaya memberikan sedekah dan derma kerana mangsa bencana yang amat memerlukan dan mendambakan bantuan kewangan bagi meneruskan kehidupan di alam fana ini. Mangsa bencana alam memerlukan wang kerana segala harta mereka telah dimusnahkan. Makanan, susu dan pakaian juga perlu diderma untuk membantu mangsa bencana yang hidup sehelai sepinggang dan tengah kelaparan. Untuk mencapai hasrat murni ini, pelbagai peringkat kutipan derma sering dijalankan oleh badan NGO, terutamanya Persatuan Bulan Sabit Merah dan pihak berkenaan supaya dapat meringankan beban mangsa seperti peribahasa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semua umat tidak harus lokek atau kedekut dalam menghulurkan sumbangan kerana cubit paha kiri, paha kananya pun sakit juga agar mangsa bencana dapat pulih seperti sedia kala. Tambahan pula, kita perlu menghulurkan sumbangan dalam bentuk tenga dan kepakaran kepada negara yang menghadapi bencana untuk menyelamatkan mangsa. Negara kita boleh menghantar pasukan sukarela dan pasukan penyelamat yang profesional untuk mencari mangsa-mangsa yang tertimbus dan hilang. Ketika tertimbus dalam gempa bumi, setliap mangsa hanya mempunyai “72 jam” untuk diselamatkan sebelum menemui maut. Proses penyelamatan mangsa memerlukan perancanga n yang sistematik, saintifik dan efektif. Pasukan Gerakan Cepat dan Pasukan SMART di negara kita telah mempunyai segala kelengkapan yang canggih dan kemahiran yang cekap untuk memberikan bantuan pada bla-bila dan di mana-mana sahaja. Sumbangan tenaga penyelamatan boleh menjadi platform untuk menyalurkan bantuan dalam melaksanakan usaha murni dengan menyedari pepatah, hari tidak selamanya panas.
Bukan itu sahaja, bantuan perubatan dan rawatan kesihatan harus disumbangkan kepada negara yang dilanda musibah. N egara kita perlu memberikan bantuan ubat-ubatan, terutama ubat pelali, vaksin dan sebagai. Pasukan perubatan yang terdiri daripada pegawai Jabatan Kesihatan, doktor dan jururawat harus dihantar ke negara yang dilanda malapetaka untuk memberikan rawatan kecemasan . Tidak dapat dinafikan bahawa nasib mangsa bagai sudah jatuh ditimpa tangga kerana pelbagai penyakit berjangkit akan merebak selepas bencana alam. Hal ini demikian kerana mayat yang bergelimpangan tidak dikebumikan dengan baik. Bekalan air bersih turut tercemar. Lazimnya mangsa bencana akan cirit-birit, demam dan muntah malah sistem imuniti mereka turut terjejas. Penyakit taun, kepialu dan batuk kering akan menular di tapak bencana alam. Oleh itu, pasukan perubatan kita perlu mendirikan pusat rawatan atau hospital sementara untuk menjalankan pembedahan dan memberikan rawatan kepada mangsa yang sakit atau cedera memandangkan kebanyakan hospital dan klinik tempatan telah musnah atau sarat dengan pesakit. Selain keperluan fizikal, keperluan rohani tidak kurang pentingnya kepada mangsa bencana alam. Pakar psikologi dan ahli kaunseling negara kita juga perlu dihantar ke negara yang dilanda bencana alam. Lazimnya mangsa bencana alam akan menjadi trauma, iaitu sentisasa cemas, takut, kesiangan dan fikiran sentisa bercelaru. Mereka hidup dalam penderitaan dan kesedihan akibat kehilangan ahli keluarga yang disayangi. Dalam konteks ini, bimbingan dan kaunseling perlu disalurkan kepada mangsa bencana alam. Sokongan moral daripada negara kita amat penting untuk merawati hati mereka yang telah remuk-redam. Pemimpin dan artis yang terkemuka boleh menziarahi mangsa untuk memberikan semangat kepada mereka supaya mereka memperoleh nur harapan selepas menempuhi dugaan Tuhan. Lantas, mangsa dapat menghadapi masa depan yang lebih berprestij dan penuh keyakinan. Setelah ditimpa malapetaka, segala infrastrutur di negara kita akan binasa, bagai padang jarak, padang terkuku r. Walhasilnya, sekolah, hospital , klinik, jalan raya, rumah dan sebagai telah musnah. Lebih-lebih lagi, ekonomi negara berkenaan telah lumpuh. Sehubungan dengan itu, kerajaan negara kita patut menghantar pegawai-pegawai perancang ekonomi bersama-sama dengan ahli korporat tempatan untuk menghidupkan aktiviti ekonomi yang telah lumpuh di kawasan bencana itu. Saranan tentang pelan induk pembinaan dan pembangunan sosioekonomi boleh dicadangkan agar ekonomi dan masyarakat terbabit dapat pulih dengan secepat mungkin. Sebagai contoh, negara kita telah berjaya mendirikan lebih daripada 3 ribu buah rumah kos rendah yang dilengkapi dengan pelbagai prasarana di Aceh , Sumatera Indonesia selepas dilanda tsunami pada tahun 2004. Oleh itu , bantuan membina prasranan dan infrastrutur yang rosak patut dihulurkan oleh negara kita terhadap mangsa bencana alam. Secara tuntasnya, sebagai makhluk ciptaan Tuhan , semua umat bagai saudara yang tidah harus dibezakan atas batasan geografi untuk bantu-membantu. Kita tidak harus bersikap ego, bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Kata orang tua-tua, di sebalik malapetaka ada hikmatnh ya, iaitu seluruh dunia memperlihatkan perikemanusiaan dengan menghulurkan bantuan kepada negara yang ditimpa musibah. Amat wajarnya kita membudayakan sikap tolong-menolong sesama manusia tanpa mengira bangsa, agama dan negeri lantaran buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Seluruh dunia akan bermuafakat sehingga melahirkan dunia utopia yang aman sentosa.
Karangan – Kepentingan Amalan Berjimat Cermat
Dasawarsa ini, negara kita telah dilanda oleh gelombang inflasi secara global. Setiap pengguna tidak dapat melepaskan diri daripada kepompong inflasi. Sehubungan dengan itu, segenap masyarakat diseru supaya mengimplementasikan amalan berjimat cermat dalam rutin hidup mereka untuk menghadapi keperitan itu. Semua ajaran agama mengajar penganutnya agar berjimat cermat dan tidak membazir dalam kehidupan. Filosofer Laotze berkata, “Kehidupan membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah kebinasaan.” Hal ini memanifestasikan bahawa betapa pentingnya amalan berjimat cermat dalam kehidupan sehari-harian kita. – Seperti pepatah , “malang tidak berbau”, iaitu manusia tidak dapat menduga segala bencana atau kecemasan yang terdiri daripada menghidap penyakit, kemalangan , kebakaran dan sebagainya. Ketika berlakunya sesuatu kecemasan, wang sering menjadi faktor utama untuk kita menyelesaikan banyak masalah. Di manakah kita dapat memperoleh jumlah wang yang banyak untuk menghadapi sesuatu yang tidak diingini, terutama menjalani pembedahan? Adakah kita perlu menghulurkan tangan untuk meminta bantuan? Sebaliknya segala masalah dapat dikekang atau diminimumkan jika kita dapat berjimat cermat dan sentiasa bertabung dalam kehidupan sehari-harian. Kita perlu sentiasa mengingati peribahasa Melayu, “Sediakan payung sebelum hujan.” Tuntasnya, amalan berjimat cermat merupakan tindakan berjaga-jaga untuk membuat persediaan sebelum berlakunya sesuatu kecemasan kerana panas tidak sampai ke petang.
Tidak dapat dinafikan bahawa amalan berjimat cermat merupakan mangkin yang efektif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Hal ini demikian kerana manusia sedang mengeksploitasikan sumber alam semaksimumnya tanpa memikirkan akibat yang bakal dihadapi. Jika manusia dapat mengubah kehidupan mereka dengan berjimat cermat dari segi makanan, penggunaan bekalan air dan elektrik serta kertas dan lain-lain lagi, kita sedang menuju ke arah menyelamatkan bumi kita daripada mengalami kemusnahan. Garagara manusia mengejar kemewahan hidup dan bersikap boros, banyak khazanah alam telah diteroka terutamanya bahan galian dan hutan. Bayangkan suatu hari nanti, manusia terpaksa bunuh – membunuh dan berperang kerana merebut bekalan air. Bak kata peribahasa, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” dan “jangan terhantuk baru tengadah”, kita perlu berjimat cermat dalam penggunaan setiap benda sebagai langkah mencintai alam kita. Saban hari isu ceti haram atau along sering menghiasi dada akhbar sehingga mangsa tersebut membunuh diri malah membunuh sekeluarga kerana tidak larat lagi menghadapi penganiayaan along yang bermaharajalela. Ketika mengamati berita ini, kita dapat mengetahui bahawa mangsa berkenaan tidak mahir mengurus pendapatan mereka. Lazimnya mereka tidak bersikap ukur baju pada badan sendiri tetapi membesarkan kerak nasi dalam perbelanjaan. Walhasil, mereka sentiasa berhutang keliling pinggang. Sebaliknya jika kita sentiasa berbelanja secara hemat tanpa boros, kita pasti dapat menyimpan wang yang berlebihan dalam simpanan bank atau melabur dalam skim amanah saham untuk keperluan masa depan. Ternyata amalan berjimat cermat berupaya menguruskan perbelanjaan secara teliti bagai menarik rambut dalam tepung daripada berhutang • Bukan itu sahaja, amalan berjimat turut menjamin masa depan yang lebih cerah. Setiap umat perlu pandai merancang masa depan mereka sejak kecil lagi. Kita perlu berjimat cermat dalam segala perbelanjaan kita dan menyimpan wang untuk kegunaan masa kelak kita. Bak kata peribahasa, “ikut hati mati, ikut rasa binasa”, jika kita berbelanja berdasarkan nafsu, pendapatan kita akan habis pada hujung bulan. Bagaimana kita dapat merancang masa tua setelah pencen? Bagaimanakah kita dapat membayar kos pendidikan anak kita. Jika kita dapat menjimatkan setiap perbelanjaan yang tidak diperlukan, nescaya kita dapat menyimpan sejumlah wang dalam tabung. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Wang yang dijimatkan itu dapat dirancang demi masa depan yang lebih cerah. Oleh itu ketika berbelanja, kita perlu mengingati peribahasa, “ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.”
Natijahnya / Akhirulkalam, amalan berjimat cermat merupakan nilai murni yang diajarkan oleh setiap agama di dunia ini. Berpaksikan amalan ini, kita dapat hidup dengan kesederhanaan tanpa membazir. Sehubungan dengan itu, kehidupan kita akan lebih harmoni, sentosa dan bahagia sehingga mewujudkan masyarakat sakinat.