1
CONTOH KARANGAN SPM
2
SOALAN : Keharmonian dalam rumah tangga dapat diwujudkan daripada sikap yang baik dalam kalangan anak-anak. Bincangkan sikap yang perlu ada kepada anak-anak bagi melahirkan sebuah keluarga yang harmoni. Keluarga bahagia adalah menjadi impian semua orang. Matlamat “Rumahku Syurgaku” menjadi hasrat semua keluarga. Keluarga bahagia menjadi terminal untuk membangunkan sebuah masyarakat yang sihat sama ada dalam aspek mental, fizikal, emosi mahupun sahsiah. Namun demikian, bukan semua impian untuk melahirkan sebuah keluarga yang harmoni boleh mencapai matlamat. Sekiranya semua impian boleh dicapai dengan begitu mudah, nescaya tiadalah keluarga yang pincang dan terbentur kecundang ditelan gelombang. Walaupun, tanggungjawab membangunkan keluarga yang harmoni terletak atas kebijaksanaan ibu bapa, namun anak-anak turut tidak terkecuali. Oleh yang demikian, bagi merealisasikan matlamat keluarga yang harmoni, anak-anak haruslah bersikap positif dan turut memainkan peranan agar keluarga yang dibina menjadi keluarga progresif, harmoni, dan sejahtera. Strategi penting untuk menjayakan matlamat di atas, anak-anak hendaklah menjadi seorang insan yang patuh kepada agama dan taat kepada ibu bapa. Hal ini demikian kerana sikap tersebut amat dituntut sama ada di sisi agama mahu pun budaya. Oleh itu, jadilah anak-anak penawar hati dan pelunak perasaan kepada ibu dan ayah. Hormati dan taatilah ibu bapa kerana kesejahteraan dunia dan akhirat adalah dengan redha ibu bapa. Apabila ibu bapa dipatuhi manakala perintah Tuhan ditaati nescaya lahirlah insan sempurna sama ada peribadi mahupun nurani . Sesungguhnya, inilah watak yang menjadi resepi lengkap untuk mewujudkan keharmonian dalam harapan menjadikan “Rumahku Syurgaku”. Selain itu, anak-anak yang baik adalah yang mulia budi perkerti dan bermoral tinggi. Budi pekerti dan moral sentiasa menjadi pakaian peribadi. Apabila elok pekerti nescaya terserlahlah nilai-nilai insani. Sudah sewajarnya, anak-anak mencerminkan diri dengan akhlak dan sopan santun, bak kata Imam al Ghazali, “Hendak mengenal diri lihatlah pada cermin, hendak mengenal peribadi bercerminlah pada wajah”. Oleh itu, hiasilah diri dengan kelembutan hati dan kesederhanaan sikap sebagai penyuluh pekerti kita. Hormatilah setiap ahli keluarga dengan yang tua dihormati, manakala yang muda disayangi. Seandainya, karekter seperti ini kekal diperkasakan, insya-Allah lahirlah sebuah keluarga yang harmoni, ibarat di air yang bening terpancar bayang yang jernih. Sikap ringan tulang dan keletah yang ada pada sesetengah anak merupakan kriteria yang amat baik untuk membentuk keluarga yang harmoni. Anak-anak seperti ini tidak pernah berkira sama ada tenaga mahupun penat lelah dalam memberi khidmat kepada keluarga. Mereka mudah mesra dan cepat peka terhadap segala kerenah dalam keluarga. Ketiadaan mereka di rumah amat dirasa oleh semua ahli keluarga. Malahan ada ketika wujud salah faham apabila anak-anak seperti ini
3
dianggap anak emas pula. Sepatutnya inilah sikap yang wajar ditunjukkan oleh anak-anak sebagai tanda membalas budi ibu bapa di samping mengikat hubungan mawaddah dengan ahli keluarga yang lain. Sebagai anak, ingatlah akan kelahiran kita ke dunia adalah atas limpahan darah, peluh dan air mata seorang ibu. Dengan hal yang demikian, balasi ibu bapa dengan sikap ringan tulang demi sebuah keluarga yang harmoni dan prihatin. Resam hidup, patah tumbuh hilang berganti. Sampai waktu ibu bapa akan berlalu pergi, justeru anak-anak pula yang mengambil giliran. Memahami situasi hukum alam itu, anak-anak wajar bersedia untuk mengambil tanggungjawab. Tanggungjawab seperti menjaga rumah tangga, menghubungkan silaturahim dengan adik beradik dan menjaga maruah serta nama keluarga amatlah dituntut oleh mana-mana masyarakat pun. Seandainya, nilai-nilai murni ini boleh diperkasakan sudah pasti keharmonian dalam rumah tangga akan terbentuk. Anakanak seyogia perlu berpandangan jauh kerana segala sikap mereka menjadi cermin kepada ibu bapa kerana mengenal batang (perdu) lihatlah pada daunnya. Janganlah terjadi seperti segelintir anak-anak yang lupa diri ibarat buah melayang jauh, tampuk dilupakan. Oleh itu, sebagai anak yang baik bersedialah untuk mengambil tanggungjawab untuk mengharmonikan keluarga. Bertolak ansur dan saling memahami menjadi sebahagian resepi untuk melahirkan sebuah keluarga yang harmoni. Oleh hal yang demikian, dalam kalangan anak-anak wujudkan sikap saling bertoleransi supaya keluarga beroleh aman dan tenteram. Daripada sikap bertoleransi akan lahirlah perasaan saling menyayangi dan saling menghargai antara satu sama lain. Tiada masalah salah faham dan salah anggap kononnya ada yang lebih istimewa dan ada pula yang terpinggir. Sesama adik-beradik jalinan hormat dan kasih ibarat isi dengan kuku. Sebarang perbuatan yang boleh menyakiti darah daging sendiri tidak lebih daripada cubit peha kiri peha kanan pun sakit juga. Seandainya wujud salah faham pun, carilah jalan penyelesaian kerana perselisihan dalam kalangan adik-beradik ibarat air dicencang tidak akan putus. Oleh itu, setiap ahli keluarga bertanggungjawab untuk menjaga dan memupuk institusi yang tertua dalam sejarah manusia ini agar terus subur dengan sifat kasih sayang, harmoni dan penuh mawaddah. Sesungguhnya, keluarga yang harmoni menjadi teras kepada masyarakat yang dinamik. Sikap penyayang ibu bapa dan tingkah laku yang positif dalam kalangan anak-anak menjadi wadah utama untuk membina keluarga yang harmoni. Oleh itu, sebagai anak, berilah sumbangan yang terbaik agar keluarga memperoleh kebahagiaan. Ingatlah pada pesanan, “Keluarga bahagia penjana kecemerlangan ummah”.
4
Soalan : Usaha-usaha Memajukan Industri Pelancongan Negara
Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi itu dieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke negara kita sejak belakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting dalam usaha negara menarik kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi tanggungjawab semua pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja. Saya berpendapat bahawa masih banyak usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan lebih banyak pelancong mengunjungi Malaysia dan tinggal di negara ini. Antara faktor utama pelancong datang di sesebuah negara ialah adanya kemudahan prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan. Hal ini kerana pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara ingin keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar memperlengkap kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju. Misalnya, banyak pelancong yang datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesan sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut. Kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, dan sebagainya turut menjadi faktor penting dalam menarik ramai pelancong mengunjungi negara kita. Kemudahan penginapan penting kerana ini akan menentukan sarna ada seseorang pelancong itu akan tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, hal ini akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini sekali gus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan rumah penginapan yang tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan di bandar atau di desa di seluruh negara membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negara ini. Penyediaan kemudahan penginapan harus juga mengambil kira kadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu.
5
Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini, khususnya di tempat- tempat baharu yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan sama ada menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selain itu, dengan mewujudkan halaman pelancongan dalam internet juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing. Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah bas di kota London pada tahun lalu menandakan usaha serius pihak terbabit dalam nenarik lebih banyak pelancong datang ke negara ini. Jika maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan pelancong, mereka tentunya akan datang melawat negara kita pada suatu hari kelak. Kepelbagaian kebudayaan dan adat resam penduduk tempatan juga dapat menarik banyak pelancong datang ke negara ini. Malaysia yang memang kaya dengan pelbagai jenis kebudayaan seperti tarian Melayu, India, Cina, dan suku kaum di Sabah serta Sarawak mampu menghiburkan pelancong, khususnya kepada pelancong yang gemar kepada sesuatu yang baru. Kebanyakan pelancong memang gemar melihat kehidupan masyarakat di sesuatu tempat. Rumah Budaya di Kuching, Sarawak menempatkan pelbagai jenis rumah dan kebudayaan suku kaum di negeri berkenaan dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke sana. Kementerian terbabit harus menjadikan pelbagai budaya yang unik di negara kita sebagai daya tarikan utama dalam membangunkan industri pelancongan dengan rnemperkemas persembahan yang sedia ada. Mengadakan promosi di luar negara juga merupakan langkah yang wajar dilakukan oleh LPPM dalam usaha menarik lebih banyak pelancong mengunjungi negara ini. Pelbagai aktiviti seperti rnengadakan Minggu Malaysia di beberapa buah negara di seluruh dunia dan acara pertukaran delegasi kebudayaan dengan negara tertentu adalah antara usaha berkesan memperkenalkan Malaysia kepada pelancong asing. Tindakan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan membuka pusat penerangan di beberapa buah negara membuktikan bahawa usaha yang berterusan telah dilakukan dalam menarik pelancong. Buktinya, program seperti Tahun Melawat Malaysia (TMM) ternyata berjaya menarik ramai pelancong datang ke negara ini, sekali gus memberi keuntungan besar melalui tukaran mata wang asing. Promosi pula perlu dipertingkat bagi menarik kehadiran pelancong walaupun terpaksa rnembelanjakan wang yang besar, namun pulangannya juga lumayan.
6
Berdasarkan penerangan di atas, jelas bahawa pelbagai cara boleh dilakukan dalam usaha menarik pelancong datang ke negara ini. Oleh itu, pihak terbabit harus memikirkan kaedah lain yang lebih berkesan, mudah, dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar sejajar dengan keadaan ekonomi negara yang meruncing dewasa ini. Jadi, tanggungjawab untuk mempromosi keunikan dan keindahan alam semula jadi negara kita kepada pelancong harus dikongsi bersama kerana rakyat juga akan mendapat manfaatnya. Industri pelancongan di negara ini akan terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara jika diusahakan secara lebih profesional.
7
Soalan : LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN DESA Sedasawarsa ini, pelancongan desa merupakan industri perkhidmatan yang kian berkembang pesat di negara kita. Pada tahun 2000, purata pelancongan yang berkunjung ke Malaysia dianggarkan sebanyak 10.2 juta orang. Senario ini menjadikan Malaysia sebagai negara ketiga paling banyak menerima pelancong Asia Timur selepas China dan Hong Kong. Lantaran itu, pelancongan desa telah juga mendapat tempat di mata pelancong asing. Pelancongan desa dapat memberikan pengalaman kepada pelancong supaya menghargai kehidupan di kampung dan menikmati kebudayaan dan adat resam sesuai dengan peribahasa masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Pelancongan desa akan bertambah maju sekiranya pelbagai pihak memainkan peranan penting untuk memajukan industri ini. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memajukan industri ini agar terus berkembang maju? Langkah pertama yang perlu dilaksanakan untuk memajukan pelancongan desa ialah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen melalui media massa dan media elektronik. Melalui kempen yang dilaksanakan, keunikan dan kelebihan sesebuah desa dapat disebarkan kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing dengan cepat. Dengan memanfaatkan kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini, kerajaan boleh membina laman sesawang yang mengandungi pelbagai informasi tentang keistimewaan sesebuah desa di negara kita untuk disebarkan kepada masyarakat luar. Sekiranya pihak kerajaan memandang enteng dan bersikap lepas tangan dalam usaha untuk memajukan sektor pelancongan desa, maka industri ini akan terus hilang ditelan zaman justeru dapat mengurangkan pendapatan penduduk kampung. Oleh itu, pelaksanaan kempen merupakan langkah pragmatik dalam usaha memajukan pelancongan desa agar industri ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ditelan arus kemodenan. Langkah seterusnya untuk memajukan pelancongan desa agar terus berkembang ialah pihak kerajaan melalui Kementeriaan Pelancongan di bawah pimpinan Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen haruslah menyediakan dan mencekapkan infrastruktur di negara kita. Dengan adanya kelengkapan infrastruktur yang sempurna dan kondusif, sudah pasti negara kita akan menjadi destinasi utama kepada pelancong-pelancong asing. Selain itu, kemasukan pelancong asing akan dapat meningkatkan ekonomi industri desa di negara kita melalui pengaliran mata wang asing. Pihak kerajaan juga seharusnya mengeluarkan dana untuk diagihkan kepada wakil-wakil di setiap negeri bagi menaik taraf infrastuktur seperti rumah penginapan, siber kafe, bekalan air bersih, kafe dan kemudahan asas yang lain. Cuba kita bayangkan bagaimana reaksi pelancong asing yang melancong ke negara kita jika kerajaan tidak mengambil berat terhadap kemudahan infrastruktur? Seandainya pihak kerajaan menjalankan tanggungjawab seperti melepaskan batuk di tangga, maka industri desa akan terus berada pada takuk yang sama. Tegasnya,
8
pihak Kementeriaan Pelancongan perlulah menyediakan dan mencekapkan infrastruktur agar industri desa di negara kita terus berkembang maju. Selain itu, pihak pengurusan inap desa perlu menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai satu minhaj untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita. Aktiviti-akitiviti rekreasi perlu dilaksanakan dengan lebih efektif kerana aktiviti tersebut merupakan daya tarikan utama kepada pelancong asing mahupun pelancong tempatan untuk menyertai aktiviti yang dijalankan sekaligus meningkatkan industri pelancongan desa. Pihak pengurusan inap desa boleh menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi. Sebagai contoh, mereka boleh memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu seperti gasing, congkak, wau, dan sebagainya. Mereka juga boleh mengadakan pertandingan tarian, aktiviti menuai padi, dan pertandingan membuat kraf tangan. Di samping dapat memperkenalkan budaya tempatan kepada pelancong asing, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mereka. Melalui aktiviti ini, banyak nilai murni dapat diserap dalam jiwa pelancong-pelancong kerana ketika menyertai aktiviti-aktiviti tersebut mereka diasuh untuk saling membantu ibarat hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah. Seandainya aktiviti rekreasi tidak dilaksanakan dengan penuh komitmen, sudah pasti industri pelancongan desa akan terus mundur dan berada di takuk lama. Tegasnya, pihak pengurusan inap desa perlu menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai uslub penting untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita. Di samping itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelancongan juga haruslah memainkan peranan mereka dengan mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada pelancong dalam dan luar negeri. Selain itu, untuk meningkatkan keberkesanan promosi ini lagi, pihak kerajaan juga haruslah bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk meningkatkan kehadiran pelancong dalam negara kita ini lagi. Pihak Kementerian Pelancongan haruslah menitikberatkan perkara ini kerana tidak banyak rakyat Malaysia dan pelancong asing mengenali kawasan-kawasan yang strategik untuk melancong dan melawat kawasan desa di negara kita. Lebih-lebih lagi, ekonomi negara Malaysia juga bergantung kepada sektor pelancongan dengan pertambahan pelancong dari luar dan dalam negara dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sumber ekonomi negara kita lagi. Langkah yang lain adalah dengan mengadakan kempen secara giat dan efektif. Pihak media massa dan media elektronik juga haruslah memainkan peranan mereka dalam menjayakan kempen pelancongan ini dengan menyiarkan dan memaparkan lokasi-lokasi di desa yang strategik untuk dijadikan kawasan pelancongan. Pihak kerajaan juga haruslah campur tangan dalam hal ini dengan mengadakan festival-festival seni dan kebudayaan di kawasan-kawasan desa yang terpilih untuk menambah minat pelancong lagi untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang kebudayaan dan adat resam sesebuah masyarakat di desa itu.
9
Secara tidak langsung, pelancong akan mengunjungi kawasan itu untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang kebudayaan di situ bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Sebagai contoh, untuk menarik minat kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara adalah dengan mengadakan pesta wau, pesta mencanting batik dan pesta kebudayaan masyarakat di kawasan desa itu. Seandainya langkah untuk mempromosikan kawasan pelancongan di desa tidak diambil serius oleh pihak kerajaan, kempen Cuti-cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia tidak dapat dijayakan, seterusnya menjatuhkan kekukuhan sektor pelancongan di negara kita. Tegasnya, peranan pihak kerajaan mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada pelancong dalam dan luar negeri dapat menambahkan kehadiran pelancong di negara ini. Langkah seterusnya, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan perlu membangunkan kawasan desa sebagai langkah untuk memajukan industri pelancongan desa. Berdasarkan kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa masih terdapat banyak tempat menarik di Malaysia yang mampu dieksploitasi sebagai tempat pelancongan khususnya di kawasan-kawasan desa. Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa tempatan seharusnya mengambil langkah proaktif dengan membangunkan sesebuah desa menjadi sebuah pusat pelancongan. Pihak kerajaan bolehlah mendirikan sekurang-kurangnya satu industri dalam sesebuah desa seperti industri pemprosesan makanan, batik dan kraf tangan. Industri desa haruslah diperkembangkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekangdek panas serta dapat memberi pulangan yang lumayan dalam industri pelancongan. Andainya kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan mengambil langkah sebegini, maka industri pelancongan desa di negara kita dapat terus berkembang maju. Tegasnya, untuk memajukan industri desa, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan hendaklah membangunkan kawasan desa sebagai salah satu pusat pelancongan desa. Kesimpulannya, peranan semua pihak sangat signifikan dalam memajukan industrI pelancongan desa di negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan dan bekerjasama bagai aur dan tebing dalam merealisasikan modus operandi untuk memajukan pelancongan desa di negara kita. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industriindustri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Selain sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya dapat memakmurkan Malaysia di mata dunia luar. Senario ini secara tidak langsung dapat menangkis pandangan negatif negara-negara Barat yang suatu ketika dahulu pernah mengatakan negara kita sebagai sebuah negara yang penduduknya tinggal di atas pokok dan bercawat. Industri pelancongan secara tidak langsung dapat menaikkan nama negara di mata dunia walaupun negara kita merupakan satu titik kecil di atas peta. Oleh itu, kita sepatutnya mengusahakan industri pelancongan desa di negara kita dengan sebaik-baiknya.
10
Soalan: Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama golongan siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan sahaja melibatkan siswazah tetapi golongan lain juga. Jadi,apakah puncapunca wujudnya pengangguran dan apakah cara-cara mengatasinya. ISU PENGANGGURAN DAN CARA MENGATASINYA Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang mendorong isu ini berlaku Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwa kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an. Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama penguasaan bahasa asing dan pengetahuan komputer. Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia yang hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat. Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi negara akan berterusan maju tanpa sebarang masalah. Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi mereka pekerjaan selepas tamat belajar. Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia. Rombongan ini cuba mengiklankan kelebihan negara jika pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka di negara ini. Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk memastikan ekonomi negara berjalan rancak semula. Projek Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju
11
KL-Singpura dijangka mampu meninggikan pertumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan pelbagai cukai. Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program ini mampu menyediakan satu sumber manusia yang mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utama pelabur asing kelak. Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya kepada golongan belia. Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri kecil dan sederhana mampu diwujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini. Belia yang tidak bekerja akan mengambil peluang ini untuk mencuba nasib mereka sebagai ahli perniagaan. Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang hidup mereka. “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.
12
NOVEL KOMSAS
KABUS DI PERBUKITAN TINGKATAN 5
13
Sinopsis Novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah,yang mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Apabila Kamarudin ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin dengan Hamidah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya, manakala Faridah dijaga oleh Salmah. Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria. Rahayu telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan. Rahayu disahkan menghidap kanser. Faridah pula membawa kanakkanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelum pulang Faridah pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan untuk perjalanan pulang pada pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam van, Faridah gagal mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok pengadang jalan lalu menjunam ke dalam gaung. Faridah dan Iqbal tidak dapat dikesan oleh pasukan penyelamat. Setelah dua minggu usaha menyelamat gagal, operasi menyelamat dihentikan. Namun, bapanya, Kamarudin dan rakannya, Buyung berusaha meredah hutan mencari Faridah dan Iqbal. Mereka dijumpai di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Faridah dimasukkan ke hospital yang sama dengan Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah. Selepas kematian Rahayu dan tamat pengajian di universiti, Azrul berhasrat menjadi penternak kambing yang berjaya, sebagaimana yang dicitacitakan oleh Rahayu semasa mereka sama-sama belajar. Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat bernama Ghazali. Tidak lama kemudian Salmah, ibu kepada Faridah dan Rahayu meninggal dunia kerana terlalu rindu akan Rahayu. Selepas itu, Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan. Kemudian Faridah ditawarkan mengikuti kursus Community Services for Disable People di New Zealand selama enam bulan. Di situlah dia berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dia terus menetap di sana. Mereka mendapat sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne. Melina berkenalan dengan Jabbar al – Anbia atau dikenali sebagai Benny. Secara tidak sengaja, Anne pula bertemu dengan Zain yang membantunya semasa keretanya rosak. Akhirnya Melina berkahwin dengan Benny di Masjid al-Noor, Christchurch. Mereka berpindah ke Malaysia kerana Benny ditugaskan menerajui operasi minyak di situ. Mereka menetap di Terengganu. Di Malaysia, Benny berkawan baik dengan Mohamed Attar dan Mehmood yang cenderung mencapai sesuatu matlamat berhubung dengan Islam secara kekerasan. Muhamed Attar telah ditangkap oleh pihak berkuasa Interpol kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengganas. Benny yang bimbang akan keselamatan dirinya telah melarikan diri ke Dubai dengan bantuan keluarganya.
14
Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan Anne dan Zain. Mereka menginap di Cameron Highlands. Di situlah Faridah mengetahui bahawa Zain ialah anak lelaki bekas teman lelaki adiknya, arwah Rahayu. Majlis perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah. Akhirnya, Melina yang sedang sarat mengandung ke Dubai bersama-sama dengan ayahnya, Soleh untuk berjumpa dengan Benny. Melina dan Benny menetap di Dubai. Anne dan Zain pula mengambil alih syarikat penternakan keluarga Johnson di New Zealand. Datuk Azrul dan Soleh Johnsons membuka perniagaan kotej di Cameron Highlands.
Tema Novel ini bertemakan jati diri orang Melayu. Tema ini diserlahkan melalui watak utama Faridah yang merantau ke New Zealand selama 25 tahun. Walaupun begitu lama tinggal di negara orang, akhirnya dia dan keluarganya kembali membina kehidupan yang lebih bermakna di Malaysia.
Persoalan 1. Persoalan ikatan kekeluargaan yang erat. Persoalan ini digambarkan melalui Faridah dan Rahayu yang merupakan pasangan kembar tetapi dibesarkan secara berasingan oleh ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana Rahayu dijaga oleh ayah dan ibu tirinya, manakala Faridah dibela oleh ibunya sendiri. Namun demikian Rahayu sentiasa merindui kakaknya, Faridah. 2. Persoalan perpisahan ibu bapa menyebabkan anak-anak menjadi mangsa. Perkara ini dipaparkan melalui tindakan Kamarudin meninggalkan Salmah tetapi membawa bersama-samanya Rahayu ke Indonesia menyebabkan pasangan kembar tersebut terpisah dan merindui satu sama lain. 3. Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar. Persoalan ini digambarkan melalui watak Azrul yang aktif dalam program-program pemeliharaan alam sekitar. 4. Persoalan kasih sayang. Persoalan ini digambarkan antara ibu dengan anaknya, iaitu kasih sayang Salmah terhadap anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia. Akibat terlalu rindu, ibu ini menderita sehingga menemui ajalnya. Persoalan kasih sayang antara isteri dan suami pula tergambar melalui tindakan Melina yang berusaha dengan pelbagai cara mencari suaminya, Benny yang tidak pulang ke rumah.
15
5. Persoalan sikap berdikari golongan siswazah. Golongan ini tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta. Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya. 6. Persoalan kahwin campur. Fenomena kahwin campur dalam kalangan masyarakat telah menjadi perkara biasa pada zaman ini. Hal ini dibuktikan melalui perkahwinan watak utama Faridah dengan Samuel Kirkby Johnsons atau nama Islamnya Soleh Johnsons. Faridah ialah orang Melayu Malaysia yang bekerja di New Zealand, manakala Soleh pula orang Inggeris rakyat New Zealand. 7. Persoalan peranan bomoh dalam masyarakat Melayu. Hal ini dipaparkan ketika operasi pencarian kehilangan Faridah dan Iqbal menemui jalan buntu dan terpaksa dihentikan. Beberapa pihak termasuk pihak polis yang terlibat dalam operasi tersebut mencadangkan penggunaan bomoh untuk mengesan Faridah dan Iqbal. 8. Persoalan semangat kerjasama yang masih utuh dalam masyarakat. Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor. 9. Persoalan pejuangan secara kekerasan. Novel ini memaparkan adanya beberapa pihak yang mahu mencapai sesuatu matlamat dengan kekerasan. Hal ini digambarkan melalui Muhammad Attar yang cuba mencari pengaruh daripada kalangan rakan-rakannya termasuklah Benny, suami Melina dalam matlamatnya untuk menegakkan perjuangan Islamnya. 10. Persoalan prejudis masyarakat Barat terhadap Islam (Islamofobia). Tangkapan Mohamed Attar oleh Interpol ada kaitan dengan isu keganasan yang dilakukan oleh umat Islam.
16
Plot Plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa dalam sebuah cerita yang rapat pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan batiniah watak. Setiap peristiwa dan gerak laku itu dari awal hingga akhir adalah berdasarkan kepada hukum sebab dan akibat. Plot novel Kabus di Perbukitan bersifat kronologi. Plot kronologi ialah plot yang disusun mengikut urutan, iaitu waktu atau peristiwa yang berlaku dahulu akan didahulukan manakala yang berlaku kemudian akan dikemudiankan. Tindakan Mejar (B) Kamarudin berkahwin lain dan memisahkan anaknya, Rahayu daripada pasangan kembarnya telah menimbulkan pelbagai konflik, kepada Rahayu, Faridah, dan isterinya atau ibu mereka. Walaupun plot novel ini banyak disisipkan dengan unsur imbas kembali, namun pembaca masih mudah untuk memahami dan menelusuri peristiwa-peristiwa penting dalam novel. Binaan Plot Terdapat empat peringkat binaan plot, iaitu: (i) Permulaan Pengarang memperkenalkan watak Rahayu menunaikan solat subuh dan Rahayu merasa kelainan atau sakit pada lehernya. Pada bahagian ini diperkenalkan juga Rahayu dan Azrul sebagai penuntut Fakulti Ekologi Manusia, UPM. (ii) Perkembangan Pada bahagian ini Rahayu dan Azrul sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Semasa di perpustakaan, tiba-tiba Rahayu pengsan dan dia dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada masa yang sama, Faridah kembarnya juga telah ditimpa kemalangan bersama-sama dengan kanak-kanak istimewa, Iqbal dalam perjalanannya ke pekan Raub. Faridah hilang dari tempat kemalangan. Selepas dua minggu, Faridah ditemui di Perkampungan Orang Asli di Pahang yang diketuai oleh Tok Batin Senik dalam keadaan koma. Akhirnya Rahayu meninggal dunia di sisi Faridah di hospital yang sama mereka ditempatkan. Azrul berjaya menamatkan pengajiannya dan berhasrat menjadi penternak kambing. Faridah berkahwin dengan Ghazali. Ibunya meninggal dunia dan diikuti dengan kematian Ghazali dalam kemalangan jalan raya. Faridah bersetuju ke New Zealand untuk mengikuti suatu kursus. Faridah menetap di New Zealand dan berkahwin dengan seorang pemuda New Zealand yang bernama Samuel Kirkby Johnsons atau Soleh Johnsons.Mereka dikurniakan sepasang anak kembar, Anne dan Melina Zain berkenalan dengan Anne semasa Anne menghadapi masalah keretanya yang rosak. Melina berkahwin dengan Jabbar al – Anbia atau dikenali sebagai „Benny‟ dan berpindah ke Malaysia serta menetap di Terengganu. Benny sibuk dengan urusan peniagaannya bersama-sama dua orang kawannya, Muhammad Attar dan Mehmod. Melina yang sedang mengandung rasa sunyi. Anne memperkenalkan Zain kepada ibunya, Faridah. Muhamed Attar, Mehmod, dan Benny cuba mempengaruhi Ustaz Hassan Syukri agar menyertai perjuangan mereka.
17
(iii)Konflik Mejar (B) Kamarudin curang kepada isterinya Salmah dan berkahwin dengan Hamidah. Faridah dan Rahayu dipisahkan apabila Kamarudin dan isteri keduanya berpindah ke Pontianak, Indonesia. Faridah putus tunang dengan Azman. Rahayu pengsan di perpustakaan dan disahkan menghidap barah paru-paru. Faridah dan Iqbal terlibat dalam kemalangan dan mereka hilang selama dua minggu. Melina berkonflik dengan dirinya kerana sering ditinggalkan oleh Benny yang sibuk dengan urusannya. Benny, Muhammad Attar tidak sependapat dengan Ustaz Hassan Syukri dalam cara perjuangan mereka dalam menegakkan agama Islam. Muhamed Attar ditangkap oleh Interpol, Benny pula melarikan diri ke Dubai. (iv)Klimaks Faridah, Soleh, dan Anne pulang bercuti di Malaysia untuk melawat Melina, dan membincangkan perkahwinan Zain dan Anne. Muhammad Attar ditangkap oleh pihak Interpol dan Melina membuat laporan ke balai polis keraa suaminya tidak pulang ke rumah. Perkahwinan Anne dengan Zain berlangsung dengan meriah. Soleh dan Melina ke Dubai berjumpa Benny dan Melina bersetuju menetap di Dubai. (v)Peleraian Anne dan Zain menetap di New Zealand untuk menerajui syarikat penternakan keluarga Johnsons. Azrul dan Soleh menjalankan perniagaan kotej di Cameron Highlands. Faridah dan Soleh mengambil keputusan menetap di Malaysia.
Teknik Plot / Teknik Penceritaan 1.Pemerian Contoh:Gambaran Azrul dan Rahayu yang sedang menikmati sarapan pagi sambil memerhatikan gel gat siswa dan siswi UPM yang lalu lalang di hadapan mereka. 2.Dialog Contoh: Dialog yang pendek-pendek dan pantas antara Azrul dan Rohaya. Mereka bersoal jawab tentang tugasan yang diberi oleh pensyarah dan program Kempen Save Our River. 3.Imbas kembali Contoh: …”Cukup. Malam tadi dah keluar dengan kawan-kawan ke Kajang. Tentang peranan dan sejarah Rumah Rehat Sri Berkat suatu masa dahulu. Semasa zaman kolonial, rumah tersebut digunakan untuk berehat oleh pengurus-pengurus ladang. 4. Imbas Muka Contoh: ada kemungkinan mereka meredah hutan dan sesat?” tanya Chief Inspektor Aznil. …Buyong membuat andaian bahawa Mejar (B) Kamarudin pasti akan terpesona dengan kawasan Bukit Kutu. 5.Suspens Contoh: Pihak-pihak yang terlibat dalam operasi pencarian Faridah dan Iqbal
18
tertanya-tanya ke manakah hilangnya jasad kedua-dua mangsa. kehilangan Benny menimbulkan tanda tanya. Melina membuat laporan polis.Azrul menyatakan bahawa dia sudah memiliki gadis pilihannya. 6. Monolog Dalaman Contoh:“Tidak mungkin boleh bertahan hingga pagi,” desis hati kecil Buyung. 7.Kejutan Contoh:Salmah terkejut menerima berita kehilangan Faridah.
Watak dan Perwatakan 1. Faridah o o
o
o
o
o
o
o
Faridah merupakan watak utama dan dia mempunyai saudara kembar bernama Rahayu. Ayahnya berkahwin kali kedua dengan seorang wanita bernama Hamidah. Dia terpisah daripada adik kembarnya semasa berusia tujuh tahun akibat ayahnya berpindah ke Pontianak, Indonesia. Faridah seorang yang tabah menghadapi dugaan hidup. Contohnya, dia tabah menghadapi kematian adik kembar kesayangannya, Rahayu akibat barah paru-paru. Selepas itu dia juga kehilangan ibu kesayangannya dan suaminya yang tercinta, Ghazali. Faridah seorang yang sangat prihatin akan kanak-kanak istimewa. Contohnya, dia menganggap menjalankan khidmat kepada kanakkanak istimewa dianggap sebagai satu ibadah. Faridah seorang yang beriman. Dia bersolat Tahajud selepas mengalami mimpi Ayu dan ibunya. Dia yakin akan berasa tenang selepas menunaikan solat sunat Tahajud. Faridah juga mementingkan ilmu pengetahuan. Contohnya, dia sanggup menggadaikan tanahnya untuk perbelanjaannya semasa berkursus di New Zealand. Faridah seorang yang penyayang. Dia sentiasa berusaha memenuhi permintaan anak-anaknya, terutama yang melibatkan penyediaan makanan untuk anak-anaknya, Anne dan Melina. Dia juga seorang yang mempunyai jati diri yang tinggi. Walaupun hidupnya senang dan sudah 25 tahun di New Zealand, Faridah sanggup pulang semula ke Malaysia kerana terlalu rindu akan kampung halamannya. Dia juga berjanji akan mengekalkan kerakyatannya sebagai rakyat Malaysia sampai bila-bila.
19
2.Rahayu Rahayu ialah watak sampingan yang penting dan merupakan adik kembar kepada Faridah. Dia mengidap penyakit lelah dan dalam kalangan adik-beradiknya, dia dianggap lembik. -
Rahayu dikesan mengidap barah paru-paru, selapas pengsan di perpustakaan.
-
Seorang yang suka membaca. Dia dilihat sering menghabiskan masa di kedai buku dan digelar sebagai ulat buku oleh Azrul.
-
Rahayu juga seorang yang rajin. Contohnya dia rajin memasak dan membantu ibunya di dapur sekiranya tiada kuliah.
-
Rahayu seorang yang penyayang. Contohnya, disebabkan dia tinggal bersama ayah dan ibu tiri, hatinya amat rindu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah. 3.Azrul
-
Seorang graduan UPM dan bekas teman lelaki Rahayu.
-
Dia seorang mahasiswa yang mencintai alam sekitar. Azrul dan rakan-rakannya telah menaja penubuhan Penubuhan Persatuan Pencinta Alam dan Hutan yang kerap memberi
-
Azrul seorang yang penyayang. Semasa Rahayu masih hidup.
-
Azrul amat menyayanginya dan sentiasa berada di sisi Rahayu ketika Rahayu sakit.
-
Azrul juga seorang yang berdikari. Setelah tamat pengajian di universiti, dia tidak berharap untuk makan gaji, sebaliknya dia mahu menjadi penternak kambing.
-
Seorang yang gigih berusaha. Dia berjaya menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang penternakan hasil usaha gigihnya itu.
-
Seorang yang suka menolong orang. Contohnya, Azrul telah menolong Anne ketika kereta Anne rosak.
-
Azrul juga seorang yang menghormati orang tua. Dia telah menunjukkan rasa hormat yang tinggi terhadap Pn. Faridah dan Encik Soleh ketika bertandang ke rumah mereka. Akhirnya dipaparkan Azrul memperoleh gelaran Datuk. 4.Kamarudin
-
Bapa kepada Rahayu dan Faridah.
-
Kamarudin digambarkan sebagai lelaki yang kacak. Pada usia 21 tahun, dia telah berkahwin lain.
-
Semasa ditugaskan ke Pontianak, Indonesia, dia sanggup memisahkan dan membawa salah seorang anak kembarnya Rahayu daripada ibunya.
20
-
Dia berpangkat Mejar ketika bersara daripada angkatan tentera.
-
Seorang yang berjimat cermat kerana dia menyimpan sejumlah wang untuk masa hadapan anak-anaknya.
-
Semasa mudanya, dia suka berfoya-foya.
-
Seorang bapa yang tidak bertanggungjawab. Contohnya dia tidak memberikan nafkah lahir dan batin kepada Salmah, isterinya.
-
Kamarudin pandai menyimpan rahsia. Kewujudan Faridah dirahsiakan daripada isteri keduanya, Hamidah.
-
Seorang yanag percaya kepada bomoh. Dia sering membawa Rahayu berjumpa dengan bomoh supaya Rahayu serasi dengan keluarga barunya dan tidak rindu kepada pasangan kembar dan ibunya.
-
Akhirnya kehilangan Faridah telah menginsafkan Kamarudin tentang kesilapannya. Kamarudin menunjukkan rasa tanggungjawabnya dengan berusaha mencari Faridah. 5.Salmah
-
Ibu kepada pasangan kembar Faridah dan Rahayu.
-
Isteri pertama kepada Kamarudin.
-
Usianya menjangkau 50 tahun.
-
Seorang yang rajin berdoa. Apabila ditimpa musibah kehilangan Faridah, dia memohon ke hadarat Ilahi agar menjauhi anak kesayangannya itu daripada sebarang bahaya.
-
Setelah ditinggalkan oleh suaminya, dia menyara kehidupannya dengan bekerja di sawah.
-
Dia sering berduka dan sakit selepas pemergian Rahayu.
-
Seorang ibu yang penyayang. Walaupun dia tidak dapat memelihara Rahayu, dia masih tetap menyayangi Rahayu. 6.Benny
-
Berasal dari Dubai.
-
Nama sebenarnya Jabbar al – Anbia, tetapi dia lebih gemar dipanggil Benny.
-
Seorang yang sangat gemar berlayar. Contohnya dia pernah belayar dari Doha hingga ke Sydney.
-
Seorang Muslim yang tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Contohnya, dia minum arak di luar pengetahuan ibu bapanya.
-
Dia menunjukkan rasa tidak bertanggungjawab. Dia meninggalkan Melina yang sarat mengandung tanpa khabar berita kerana takut ditangkap oleh polis Interpol. Dia berjumpa terus dengan Soleh Johnsons dan Faridah untuk melamar Melina.
21
Latar Latar Masa 1. 6.00 pagi – Rahayu terjaga dari tidur oleh deringan telefon bimbitnya. Dia teringat akan tugasan MP 3714 yang perlu dihantar pagi itu. 2. 8.00 pagi – Rahayu tiba di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran bersama Azrul. 3. Waktu pagi– Rahayu terjatuh dan pengsan di perpustakaan. Faridah terlibat dalam kemalangan. 4. Malam - Pak Imam Sohod mengetuai kanak-kanak kariah membaca Yasin, memohon kepada Allah supaya diberi petunjuk terhadap kehilangan Faridah di tempat kemalangan. Latar 5. 1980 - Sepasang pelancong British hilang di Jalan Gap ketika berbasikal di Kuala Kubu Baharu ke Bukit Fraser. 6. 1989 - PKM meletakkan senjata di Hatyai. 7. Semasa bersarapan – Kamarudin menerangkan isterinya, Hamidah bahawa kembar Rahayu, iaitu Faridah menemui kemalangan dan hilang di Bukit Fraser. 8. Waktu pagi - Satu jam selepas Kamarudin meninggalkan rumah untuk mencari Faridah, Hamidah menerima panggilan yang memaklumkan Rahayu pengsan dan telah dihantar ke hospital UKM. - Hamidah dimaklumkan oleh Dr Susan , kemungkinan Rahayu menghidap barah paru-paru. 9. 3.30 petang- Pihak polis menamatkan OPS PDK setelah usaha mencari Faridah dan Iqbal selama dua minggu menemui kegagalan. 10. 25 tahun- Faridah telah meninggalkan kampung halamannya selama 25 tahun dan menetap di New Zealand selepas kematian ibu dan suaminya, Ghazali. 11. Dua minggu- Dalam masa dua minggu Benny dan Melina berkenalan, Benny sudah melamar Melina. 12. Satu pagi - Benny dan Melina tiba di rumah Soleh dan Faridah.
22
13. Waktu petang - Sebelum majlis perkahwinan Benny dan Melina, Zain berkenalan dengan Anne. 14. Dua petang- Benny dan Melina tiba di KLIA untuk bekerja di Malaysia. Latar Tempat 1. Kafetaria di UPM - Rahayu dan Azrul sedang bersarapan 2. Perpustakaan di UPM - Rahayu dan Azrul belajar dan mencari maklumat di perpustakaan. - Rahayu pengsan. 3. Rumah Rehat Sri Berkat di Bukit Fraser - Faridah dan Mastura membawa murid Sindrom Down seramai 10 orang ke Bukit Fraser. 4. Jalan ke Pekan Raub - Faridah yang terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam keretanya telah terlibat dalam kemalangan. 5. Smoke House - Rumah Tuan Cecil Renking yang wujud dalam halusinasi Faridah yang koma selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya. 6. Bukit Kutu - Mejar (B) Kamarudin dan Buyung mencari Faridah dan Iqbal di dalam hutan sekitar Bukit Kutu. 7. Perkampungan orang Asli - Tempat Mejar (B) Kamarudin dan Buyong menemui Faridah dan Iqbal dijumpai selepas dua minggu hilang. 8. Parit Satu, Sungai Besar - Faridah bertembung dengan Azrul semasa dia menziarahi kubur Rahayu di Parit Satu. 9. Parit Dua, Sungai Besar - Kampung Azrul – dia menjalankan projek penternakan kambing. 10. Rosewood, New Zealand - Rumah Faridah di New Zealand. 11. Cristchurch di New Zealand - Sebuah bandar di New Zealand. 12. Marang, Terengganu - Tempat tinggal Benny dan Melina. 13. Cameron Highlands - Tempat penginapan Faridah dan keluarganya ketika mereka pulang ke Malaysia untuk melawat Melina dan membincangkan perkahwinan Anne dan Zain.
23
Latar Masyarakat 1. Masyarakat pelajar universiti. Contohnya, Azrul dan Rahayu merupakan penuntut Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. 2. Masyakat yang cinta akan alam sekitar. Contohnya, Azrul dan teman-temannya banyak mengadakan program pendedahan tentang alam sekitar kepada pelajarpelajar. 3. Masyarakat yang mengambil berat terhadap kanak-kanak istimewa. Contohnya Faridah, dan Mastura yang bertugas di PDK Suria menganggap berkhidmat kepada kanak-kanak istimewa ialah satu ibadah. 4. Masyarakat yang beriman kepada Tuhan. Contohnya Faridah dan Salmah dipaparkan sentiasa berdoa apabila menghadapi tekanan atau masalah hidup. 5. Masyarakat yang suka bersedekah. Hal ini digambarkan melalui watak Soleh Johnsons yang suka bersedekah. 6. Masyarakat tentera. Contohnya, Mejar (B) Kamarudin bin Ahmad merupakan bekas pegawai tentera dari 4 RAMD. 7. Masyarakat orang Asli. Tok Batin Senik merupakan Tok Batin bagi masyarakat orang asli yang menyelamatkan Faridah dan Iqbal di Bukit Fraser. 8. Masyarakat yang rindu akan anaknya. Salmah sangat menderita kerana terlalu rindu akan anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia. Akhirnya dia meninggal dunia. 9. Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran. Faridah yang kehilangan adik kembar, ibu, dan suaminya, tabah menghadapi dugaan dan memulakan hidup baharu di New Zealand. 10. Masyarakat yang berdikari. Azrul tidak mengharapkan kerja makan gaji, sebaliknya mengusahakan penternakan kambing dan tapak semaian untuk menampung kehidupannya. 11. Masyarakat yang cenderung menggunakan kekerasan dalam memperjuangkan Islam. Hal ini digambarkan melalui watak Muhamed Attar, dan Benny. 12. Masyarakat yang mempercayai kemampuan bomoh untuk menyelesaikan masalah. Sarjan Yusof mencadangkan misteri kehilangan Faridah dan Iqbal diselesaikan oleh Bomoh setelah pihak polis gagal menemui mereka. 13. Masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk halus. Buyong menegaskan bahawa makhluk halus memang wujud dalam masyarakat kita.
24
Gaya Bahasa 1. Penggunaan Bahasa Inggeris Contoh: wind breaker, sindrom down, terrace garden, Smoke House 2. Peribahasa Contoh: Peribahasa Melayu– Masa itu emas Peribahasa Arab - Masa umpama sebilah pedang tajam, boleh memenggal kepala jika kita lambat bertindak. - Perahu sudah di air, pendayung di tangan 3. Personifikasi Contoh : cahaya di sebalik kabus yang sentiasa memberi harapan cuaca yang begitu dingin menggigit Senja merangkak tua… 4. Hiperbola Contoh:dosa-dosaku sudah melaut banyaknya… tetapi kasihnya menggunung bagai anak kandung 5. Simpulan bahasa Contoh: buah mulut 6. Simile Contoh : … bersambung seperti gajah menyusu dengan rumah agam … tetapi kasihnya menggunung bagai anak kandung 7. Metafora Contoh: peti kenangan, Lipatan ingatan 8. Sinkope (singkatan perkataan) Contoh:…”Cukup ke? Tak lapar nanati?”
25
Nilai 1. Nilai kasih sayang. Rahayu amat merindui kakaknya Faridah yang terpisah sejak mereka berusia tujuh tahun kerana kasih sayangnya yang mendalam terhadap kakak kembarnya itu. 2. Nilai ketabahan. Faridah tabah menghadapi dugaan yang bertimpa-timpa akibat kematian orangorang yang disayanginya iaitu adiknya, Rahayu, ibunya, Salmah dan suaminya, Ghazali. 3. Nilai kegigihan. Azrul gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga berjaya. 4. Nilai bertanggungjawab Setelah ditinggalkan suami, Salmah bekerja di sawah untuk menampung kehidupannya sebagai memenuhi tanggungjawabnya menjaga dua orang anak lelakinya. Nilai 5. Nilai cinta akan tanah air Sungguhpun sudah 25 tahun menetap di New Zealand, Faridah tetap memegang kerakyatan Malaysia kerana dia amat cinta akan tanah airnya. 6. Nilai taat akan ajaran agama Semasa di Cameron Highlands, setiap hari Soleh menunaikan sembahyang di masjid secara berjemaah. 7. Nilai mengamalkan budaya bangsa Datuk Azrul mengenakan baju Melayu Johor dan bersongkok hitam semasa mengunjungi keluarga Faridah di Cameron Highlands. 8. Nilai berdikari Golongan siswazah tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta. Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya. 9. Nilai cinta akan alam sekitar. Soleh mahu penebangan hutan untuk membina chalet peranginannya dilakukan dengan lebih terkawal serta dihiasi dengan kebun teh, padang ragut untuk kuda liar, dusun buah-buahan sitrus dan taman-taman bunga.
26
Pengajaran 1. Kita perlulah mempunyai jati diri yang teguh. Contohnya, walaupun Faridah sudah 25 tahun tinggal di New Zealand, dia tetap mengingati dan menghargai tanah airnya, Malaysia. 2. Setiap orang perlu gigih berusaha untuk mencapai kemajuan. Contohnya, Salmah dan Azrul gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga berjaya. 3. Setiap ibu bapa perlu bertanggungjawab menjaga anak-anak mereka. Contohnya, Salmah sanggup bekerja di sawah bagi menampung kehidupan bersama-sama anak kembarnya, Faridah dan Rahayu setelah Kamarudin meninggalkan mereka. 4. Sebagai penganut agama yang taat, kita hendaklah mematuhi ajaran dan tuntutan agama. Contohnya, Soleh menunaikan sembahyang di masjid pada setiap hari dan selalu menderma kepada badan kebajikan. 5. Kita perlu mengamalkan budaya bangsa kita. Contohnya, Faridah mengenakan baju kurung dan berselendang semenjak balik ke tanah air. 6. Sebagai seorang siswazah, janganlah terlalu mengharapkan tawaran kerja makan gaji sahaja. Contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.
27
HIMPUNAN PERIBAHASA
28