CONTOH KARANGAN
Ramai yang berbicara tentang dadah,tetapi pernahkah terlintas di benak anda apakah definisi dadah?Dadah merupakan suatu bahan kimia asli atau tiruan yang boleh memudaratkan diri seseorang dari segi jasmani,emosi,rohani dan mental.Dadah juga boleh dibahagikan kepada beberapa jenis,tamsilnya halusinogen,stimulan dan heroin.Menurut P rofesor Ahmad,dadah memberi implikasi sehingga boleh meranapkan keut uhan sesebuah negara.Bukti sejarah juga menunjukkan kekalahan China di tangan Inggeris dalam Peperangan Candu adalah disebabkan rakyatnya yang menghisap candu.
Lantas,siapakah yang harus kita persalahkan dalam konteks penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja pada zaman mutakhir ini.Mayapada,isu ini menjadi bahan paparan utama yang menghiasi dada akhbar.Sekarang bukanlah masanya untuk kita menuding jari dan menyalahkan sesiapapun.Yang lebih afdalnya ialah mencari faktor perdana yang menyebabkan remaja 'terjun' ke lembah dadah hingga ke akar umbinya.
Antara faktor perdana yang menyumbang fenomena ini berlaku ialah institusi kekeluargaan yang goyah dan rapuh.Sebenarnya keluarga merupakan satu unit penting dalam masyarakat yang memainkan peranan dalam bertindak dan menjaga kebajikan anggotanya.Kendatipun,masyarakat kini lebih bersikap materialistik dan individualistik bagai enau dalam be lukar, melepaskan pucuk masing-masing.Akibat terlalu taksub akan kebendaan,maka silaturahim antara keluarga menjadi semakin longgar dan renggang.Bagi ibu bapa yang berkerjaya pula,mereka lebih mementingkan dan mencintai harta kekayaan berbanding darah daging mereka sendiri.Memang tidak dapat dinafikan bahawa wang kini menjadi rebutan utama manusia,namun tanggungjawab terhadap anak-anak tidak seyogianya diabaikan begitu sahaja.Ingatlah,anak-anak merupakan anugerah Allah.Mereka ibarat kain putih,dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Selain itu,kurangnya didikan agama serta kurangnya pe nerapan moral dalam diri remaja boleh dikaitkan dengan realiti keadaan kini.Asas keagamaan amatlah penting kerana ianya merupakan pedoman dan benteng kukuh dalam mengharungi dunia yang penuh dengan pancaroba.Namun,penerapan ini perlulah dipupuk sejak remaja di bangku sekolah lagi.Bak kata pepatah'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.Se andainya hal ini tidak diambil d iambil inisiatif,maka inisiatif,maka remaja akan hidup terumbang-ambing disebabkan tiada pegangan hidup.Terpulanglah kepada nasib mereka sama ada menjadi insan yang bertauliah dan berbakti kepada negara atau karam di tengah lautan api yang meranapkan negara. Pengaruh rakan sebaya juga menyumbang kepada berlakunya fenomena ini.Sesungguhnya,rakan merupakan orang yang paling dekat dan paling mudah untuk
mempengaruhi.Oleh sebab remaja ingin diterima da lam sesebuah kumpulan,remaja secara tidak langsung akan mengikuti ajakan rakan-rakan yang berjinak-jinak dengan najis dadah.Menurut kata Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan,senario ini berlaku disebabkan remaja tidak mempunyai kemahiran 'interpersonal'.Kemahiran ini penting untuk remaja kini agar mereka tidah mudah terpengaruh dengan sesuatu perkara menerusi rakan sebaya.Rentetan itu,remaja dinasihatkan supaya bijak memilih rakan.Rakan penting sebagai peneman.Namun rakan juga boleh menjadi musuh kita bak 'kawan makan kawan'. Perasaan ingin mencuba juga merupakan punca remaja terbabit dalam kancah dadah.Sememangnya naluri manusia ini condong ke arah mencari sesuatu yang baru,sesuatu yang luar biasa serta sesuatu di luar keghaliban mereka.Jadi,untuk memuaskan kehendak mereka,remaja terdorong ke arah penga mbilan dadah tanpa memikirkan implikasi buruk yang akan menimpa diri mereka.Remaja sebeginilah yang menambahkan kadar penagih dalam negara.Menurut statistik,bilangan penagih dadah meningkat 25 peratus dari tahun ke tahun.Selain itu,pembabitan remaja dalam pengambilan dadah bermula daripada merokok.Apabila desakan dan cabaran daripada sahabat handai membelenggu diri,remaja terus mengambil keputusan untuk mengambil dadah tanpa sebarang keraguan. Oleh itu,sebagai khalifah Allah yang dikurniakan akal fikiran yang cerdas lagi waras,semua pihak hendaklah berganding bahu dan mengatur stategi untuk memerangi najis dadah ini yang juga dianggap musuh utama negara.Dadah tidak hanya membunuh tetapi juga pemusnah segalasegalanya.Sebagai pemuda-pemudi harapan bangsa dan negara,biarlah hidup kita bahagia tanpa sebarang gangguan dan janganlah membiarkan najis dadah mengendali diri kita.Apakah anda mahu aspirasi negara untuk mewujudkan masyarakat demokratik dan ucapan satu Malaysia serta Wawasan 2020 yang sering dilaung-laungkan ranap begitu sahaja?Tepuklah dada,tanya selera.Ingatlah 'kerana nila setitik,rosak susu sebelanga'.
CONTOH KARANGAN 2 Saban hari cuping telinga kita dihidangkan oleh media massa tentang penagihan dadah dalam kalangan remaja. Berdasarkan maklumat daripada laman web Buletin Agensi Anti Dadah Kebangsaan 2007, seramai 1207 orang menagih dadah setiap bulan . Hal ini amat serius dan memerlukan pengawasan yang rapi oleh semua golongan masyarakat terutamanya ibu bapa. Malah, ibu bapalah yang sering diletakkan beban kesalahan apabila anak-anak terjerumus ke dalam gaung jijik penagihan dadah. Yang tersirat di sebalik pandangan ini ialah tanggungjawab untuk memantau anak-anak amat besar dalam menangani isu penagihan dadah ini berbanding golongan m asyarakat yang lain. Sebenarnya , peranan ibu bapa bermula sejak anak-anak masih di peringkat kanak-kanak lagi. Menurut Dr Haji Zahazan Mohamed seorang pensyarah di Universiti I slam Antarabangsa Malaysia dalam bukunya Anakku Hebat Anakku Soleh, Zaman kanak-kanak ialah suatu zaman kanak-kanak itu mendapat pendidikan di rumah daripada ibu bapanya " Berdasarkan pandangan ini , maka tugas membimbing dan mendidik serta menyerapkan nilai-nilai murni merupakan tugasan besar ibu bapa malah tidak boleh dipikul oleh orang lain hatta oleh saudara mara di sekeliling. Proses pentarbiahan tentang perkara-perkara positif terutamanya nilai-nilai agama perlu dimulakan di dalam rumah. Segala kehendak baik oleh ugama seperti bercakap benar perlu diamalkan dalam kalangan ahli keluarga. Dengan k ata lain, proses pemantauan dan pendidikan sebenarnya bermula dari rumah. Apabila anak-anak telah dapat menerima ajaran agama dengan baik dan mengalikasinya dalam setiap aktiviti harian , sudah pastilah mereka dapat mengawal diri daripada perkara negatif iaitui penagihan dadah.Hal ini kerana, perasaan sangat takut akan tuhan akan mencegah naluri anak-anak daripada mendekati najis dadah. Situasi ini juga berlaku kerana anak-anak dapat membezakan perlakuan yang murni dengan yang tidak bermoral. Oleh itu,pemantauan yang serius oleh ibu bapa terhadap pengamalan ugama anak-anak akan membentuk suatu benteng yang kukuh bagi menepis pengaruh penagihan dadah kepada anak-anak. Dalam memberi perhatian kepada anak-anak, sikap pilih kasih antara anak-anak perlu dihindari. Perilaku ini mampu melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan anak-anak. Perbezaan layanan akan mewujudkan tekanan perasaan, sakit hati , benci dan ce mburu sesama anak-anak. Implikasinya , anakanak yang berasa tidak mendapat layanan istimewa akan bertindak melakukan apa-apa sahaja untuk menarik perhatian ibu bapa seperti melibatkan diri dalam dunia penagihan dadah. Intihanya, perhatian yang sama rata dan adil perlu menjadi keutamaan untuk menghindari pengaruh buruk dadah. Selain itu, hubungan kekeluargaan yang erat juga mampu membendung serangan penagihan dadah dari menerobos masuk ke dalam keluarga. Hubungan erat dengan keluarga kembangan seperti datuk, nenek,
ibu saudara, bapa saudara dan sepupu-sepupu akan me lahirkan ikatan yang intim. Keadaan ini dapat membantu ibu bapa memantau kelakuan anak-anak kerana kebiasaannya anak-anak akan lebih mudah meluahkan isi hati kepada orang lain berbanding ibu bapa sendiri. Oleh itu , dalam usaha mengawal perilaku anak-anak dari terjebak dengan penagihan dadah, ibu bapa perlu sentiasa berhubung dan menziarahi kaum keluarga kembangan agar anak-anak berasa diri mereka sentiasa disayangi diberi perhatian oleh semua kaum keluarga. Akibatnya, anak-anak akan berhati-hati dalam setiap tindak tanduk yang ingin dilakukan. Hal ini dapat membantu ibu bapa memantau fiil anak-anak l alu menghalang anak-anak daripada terjerumus ke dalam kancah dadah yang kotor itu. Intihanya, ibu bapa mesti menguatkan ikatan ukhwah dengan saudara-mara yang lain supaya mereka boleh menjadi matamata yang bersedia memerhati tindak- tanduk anak-anak seterusnya dapat mengawal anak-anak dari terlibat dengan najis dadah. Dalam mendidik anak-anak pada awal zaman remaja, ibu bapa perlu menjadi rakan kepada anak-anak. Sebagai contoh, pakar motivasi terkenal, Dr. Fadzilah Kamsah dalam sebuah rancangan motivasi stesen televesen TV3 pernah menyarankan agar seorang bapa bertukar menjadi kanak-kanak lelaki untuk memainkan watak raksasa melawan anak lelakinya yang menjadi watak ultraman.Bagi Dr. Fadzilah Kamsah , perlakuan ini amat penting bagi perkembangan mental dan emosi anak-anak kerana dapat mewujudkan hubungan yang erat dalam keluarga. Dalam erti kata lain ibu bapa perlu memahami naluri anak-anak tentang kegemaran dan kecenderungan mereka dalam sesuatu bidang. Jika ada anak-anak remaja,ibu bapa boleh melibatkan diri bersama-sama dalam aktiviti yang digemari oleh anak-anak seperti mendaki gunung. Dengan cara ini, anak-anak akan berasa dihargai dan disayangi seterusnya berasa yakin dan selamat jika bersama-sama keluarga . Natijahnya , anak-anak akan lebih gemar bersama-sama keluarga berbanding rakan-rakan di luar rumah. Oleh itu, kesefahaman antara i bu bapa dan anak-anak amat perlu, agar anak-anak tidak berasa terpinggir dan menghabiskan masa bersamasama rakan sebaya yang boleh menarik mereka ke lembah penagihan dadah. Akan tetapi, ibu bapa tidak boleh menyekat sepenuhnya pergaulan anak-anak di luar rumah. Lebih-lebih lagi, jika anak-anak sudah mula menapak kaki ke dalam alam persekolahan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap rakan-rakan yang menjadi sahabat anak-anak. Hal ini kerana ,kebanyakan penagih mendakwa mereka menjadi penagih kerana terpengaruh dengan ajakan rakanrakan. Malah, di peringkat remaja, pengaruh rakan sebaya lebih besar berbanding ibu bapa. Sehubungan dengan itu, latar belakang rakan-rakan anak-anak perlu diselidik dengan teliti. Adalah sangat baik jika ibu bapa menjalinkan hubungan persahabatan dengan ibu bapa k epada rakan-rakan anak-anak. Jalinan hubungan yang baik ini akan melahirkan rasa tanggungjawab yang ikhlas untuk saling memantau gerakgeri anak-anak masing-masing. Seterusnya, dapat meyelamatkan anak-anak daripada fenomena negatif ini menular dalam kehidupan keluarga. Selain menjalinkan ikatan persahabatan antara ibu bapa, kerjasama yang erat juga amat penting dijalinkan dengan pihak sekolah tempat anak-anak belajar. Keprihatinan ibu bapa tentang hal ehwal disiplin dan pencapaian akademik anak-anak di sekolah dapat menyekat anak-anak dari terus leka dan tidak menumpukan perhatian pada pelajaran. Maklumat tentang anak-anak daripada pihak sekolah perlu diberi perhatian positif. Hal ini kerana, sebahagian besar waktu siang anak-anak dihabiskan di
kawasan sekolah ,iaitu lebih kurang lima jam sehari. Apatah lagi, jika anak-anak tinggal di asrama ; mereka hanya bertemu keluarga pada setiap hujung minggu sahaja. Maka , ibu bapa perlu memberi kepercayaan kepada pihak sekolah untuk bersama-sama mengawal disiplin dan tingkah laku anak-anak mereka. Melalui tindakan ini, anak-anak akan ber asa sentiasa diawasi dan tiada peluang untuk melakukan hal-hal yang kurang baik seperti merokok di kawasan sekolah. Hal ini kerana, punca awal penagihan dadah datangnya daripada kegemaran merokok. K esimpulannya, jalinan kerjasama antara ibu bapa dan sekolah juga mampu mengelak unsur buruk ini menyusup masuk ke dalam kehidupan anak-anak dan memporak- perandakan kebahagian keluarga. Secara tuntasnya, pencegahan penagihan dadah dalam kalangan anak-anak memang terletak di bahu ibu bapa Namun begitu, ibu bapa tidak dapat bergerak sendirian bagi menanganinya. Permuafakatan dengan masyarakat amat penting. Masyarakat tidak boleh bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan hanya menuding jari kepada ibu bapa yang terbabit. Hal ini kerana, wabak dan najis dadah boleh menyusup masuk ke dalam setiap keluarga jika tidak diawasi bersama-sama. Sikap prihatin perlu ada, umpama peribahasa Melayu, cubit paha kanan, paha kiri terasa. Oleh itu, semua ibu bapa yang merupakan salah satu entiti dalam masyarakat perlu saling membahu untuk membanteras isu negatif ini daripada terus memburu anak-anak mereka lalu membarah dalam komuniti.
cONTOH KARANGAN 3 Seingat saya isu penyalahgunaan dadah merupakan antara isu yang sering dijadikan tajuk perbincangan sama ada ketika membuat karangan bahasa Melayu mahu pun dalam pertandingan pidato atau syarahan pada zaman persekolahan saya dahulu. Laporan Khas bertajuk Dadah di Malaysia Lagu Lama, Irama Baharu dalam Dewan Masyarakat April 2009 tulisan Aninah Janang menarik minat saya untuk membuat coretan ini. Berikut me rupakan beberapa fakta penting yang dilaporkan dalam Laporan Khas tersebut : 1. Kira-kira 4% daripada penduduk Malaysia adalah penagih dadah iaitu melebihi 300,000 orang. 2. Daripada jumlah tersebut 17 orang adalah penagih dadah baharu dan 20 orang penagih dadah berulang dikesan setiap hari. 3. Seramai 5313 daripada 9989 penagih dadah di Malaysia pada Januari hingga September 2008 adalah penagih berulang - Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (NADI). 4. Sejumlah 13.5 juta orang penagih dadah di seluruh dunia dan 9.2 juta daripada mereka adalah penagih heroin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 5. Jumlah penagih dadah di 28 Pusat Serenti seluruh negara meningkat daripada sejumlah 4163 orang pada tahun 2002 kepada 7392 orang pada tahun 2003. 6. 90% daripada penagih yang menjalani program pemulihan kembali menagih. Sememangnya situasi ini sungguh me nyedihkan sekaligus mengundang kebimbangan masyarakat kini. Dalam kemelut politik negara masih bergolak ditambah pula dengan krisis ekonomi yang belum nampak cerahnya, kita masih lagi menangani musuh yang sudah lama kita perangi tetapi masih tidak mengaku kalah. Mungkin kerana strategi peperangan yang kita gunakan belum cukup baik untuk membunuh musuh ini. Strategi yang kita gunakan di Malaysia untuk memulih dan merawat penagih dadah adalah menggunakan perubatan moden, keagamaan dan sesi kaunseling manakala di negara jiran kita Indonesia, strategi yang digunakan adalah pendekatan kerohanian semata-mata merangkumi peringkat pembersihan/penyucian melalui mandi wajib, peringkat pemulihan melalui solat dan zikir serta peringkat pembinaan yang merangkumi ketiga-tiga mandi wajib, solat dan zikir yang dilakukan secara berterusan. Laporan Khas bertajuk Keajaiban Inabah dalam Dewan Masyarakat April 2009 tulisan Mohd. Shukri Mohd. Ariff menyingkap keberkesanan strategi ini. Institusi di Indonesia yang melaksanakan strategi ini dikenali sebagai Inabah di bawah kelolaan Pondok Pesantren Suryalaya yang terletak di Jawa Barat, Indonesia. Inabah bermaksud pengembalian atau pemulihan satu proses mengembalikan seseorang ke jalan Allah. Istilah Inabah ini dugunakan dalam al-Quran melalui Surah Luqman ayat 31 dan ayat 42, Surah al-Syura ayat 10 dan surah yang lain dalam al-Quran.
Pendekatan Inabah ini diambil ke rana Tindakan seseorang mengambil dadah berpunca daripada gangguan jiwa dan rohani yang tidak mantap, jadi jika mereka mahu diubati, bersihkan dahulu jiwa mereka itu dan isikan dengan rohani yang kukuh, begitu menurut K.H Zaenal Abidin Anwar, Dekan Fakulti Dakwah, Pondok Pesantren Suryalaya. Apa yang menakjubkan adalah tidak ada seorang pun penagih dadah yang mengikuti pemulihan di Inabah ini kembali menagih berbeza dengan di Malaysia yang mana sejumlah 90% daripada penagih yang mengikuti program pemulihan akan kembali menagih. Lebih menakjubkan lagi adalah mereka yang melangkah keluar dari Inabah diterima baik oleh masyarakat dengan cara memberikan pekerjaan kepada mereka. Tambahan lagi, Inabah mempunyai jaringan alumni yang cukup luas merangkumi institusi penting di sektor awam hinggalah perusahaan di seluruh Indonesia. Melihat kepada pencapaian inilah Inabah diberikan pengiktirafan Distinguish Service Awards oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu menerusi agensinya International Federation of Non-Government Organisations (IFNGO). Inabah dikendalikan sepenuhnya oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) tanpa membebankan kerajaan Indonesia berbeza dengan di Malaysia yang mana kerajaan memperuntukkan sejumlah RM300 juta untuk menyenggara dan mengendali pusat pemulihan dadah diseluruh negara iaitu jumlah yang sama diperuntukkan dalam Belanjawan 2009 untuk menangani kemiskinan dalam kalangan nelayan. Dengan mengambil kira perbezaan keberkesanan pendekatan pemulihan yang diguna pakai antara Malaysia dan Indonesia ini ada baiknya kita mengkaji semula pendekatan yang kita guna pakai di Malaysia. Pada masa yang sama juga, institusi kemasyarakatan harus lebih bersedia menerima bekas penagih dengan cara membuka ruang dan peluang kepada mereka untuk memperbaiki diri dan seterusnya untuk sama-sama menggembleng tenaga menjana ekonomi negara. Kemungkinan dek kerana keengganan masyarakat menerima mereka merupakan salah satu punca mereka kembali menagih.
cONTOH KARANGAN 4
Bahaya Dadah Kepada masyarakat Penyalahgunaan dadah sememangnya suatu perkara yang membimbangkan kerana pada masa ini banyak remaja dan belia terjerumus dengan najis dadah. Sekali mereka sudah terjerumus amat sukar untuk berhenti daripadanya. Ini adalah kerana dadah menyebabkan seseorang berasa tertagih. Apabila sudah ketagih, lazimnya penagih dadah akan berasa terdesak untuk mendapatkannya semula dengan apa sahaja cara sekali pun. Mereka tidak tahan menanggung seksa tertagih. Inilah yang menyebabkan penaqgih sukar untuk berhenti dari menagih dadah. Walau bagaimanapun keazaman yang kuat serta daya tahan yang tinggi dan semangat keinsafan dengan dorongan dan sokongan ahli keluarga dapat membantu mereka kembali ke pangkal jalan. Penyalahgunaan dadah ini memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu itu sendiri tetapi juga kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Para belia merupakan aset penting di dalam sesebuah negara. Para belia merupakan pemangkin semangat ke arah masa depan pembangunan negara. Belia hari ini berdepan dengan cabaran-cabaran yang memerlukan perlengkapan diri yang berkualiti. Ia tidak memberi sebarang kebaikan malah mendatangkan kerugian dari segi kewangan, keruntuhan moral dan akhlak dan sebagainya. Ia juga membuatkan seseorang terdorong untuk melakukan kegiatan yang dilarang oleh Allah seperti mencuri, membunuh dan sebagainya. Kawan banyak memberi pengaruh kepada perkembangan perilaku anak-anak yang sedang meningkat remaja. Lazimnya mereka akan mudah terpengaruh dengan hasutan kawan yang membawa kepada kemusnahan, malah mereka tidak mendengar nasihat kedua ibu bapa, ponteng sekolah dan bermacam lagi yang mereka lakukan yang boleh mendatangkan keburukan ke atas mereka. Pencegahan awal bagi membolehkan seseorang individu itu tidak terjerumus dengan dadah ialah peranan pihak ibu bapa melalui proses sosialisasi dalm mendidik dan mengasuh anak-anak mereka dengan berlandaskan ajaran agama Islam. Dengan adanya ajaran dan didikan yang sempurna secara informal ini akan mengelakkan mereka dari terjerumus dari penyalahgunaan dadah. Didik anak-anak kita dengan didikan yang betul, sentiasa berasama mereka, terangkan setiap perkara dengan tenang dan berdiplomasi. Oleh itu ibu bapa sebagai orang yang paling rapat dengan anak-anak perlu tahu bagaimana untuk menjawab persoalan dan keingintahuan mereka.
Di sekolah-sekolah, pihak guru akan menjadi peranan penting dalam memberi ajaran dan tunjuk ajar kepada penuntut agar mereka tidak terjerumus dengan penyalahgunaan dadah supaya mereka memahami tentang bahaya dadah, sesuai dengan pemikiran mereka yang lebih matang dan bolehlah diberi pendidikan melalui mata pelajaran umpamanya dalam mata pelajaran sivik. Dengan ini bukan saja mendorong mereka mengikuti malah secara tidak langsung akan mempelajari dan memahami tentang penyalahgunaan dadah. Pihak kerajaan terutama Biro Kawalan Narkotik, pihak polis dan pihak kastam akan mengawasi dan memerhati bagi memeriksa dengan teliti melalui kawasan darat dan laut. Pihak penghulu dan ketua kampung mesti berhati-hati bagi keamanan sebuah kampung terutama mengawasi rumahrumah yang kosong. Ini adalah disebabkan rumah-rumah tersebut selalu menjadi sarang ge jala dadah. Adanya kerjasama pihak ketua kampung dan penduduk kampung akan membolehkan meraka membenteras gejala dadah di kawasan mereka. Jika terdapat sesuatu perkara yang mencurigakan, bersama-samalah berganding bahu untuk menyiasatnya dan melaporkan kepada pihak yang berkuasa, kalau ada orang yang menagih dadah. Dengan adanya langkah ini, pihak berkuasa dapat bertindak dan memasukkan penagih dadah ke pusat pemulihan, lagi awal dirawat lagi besar harapan mereka untuk pulih dan kembali ke pangkal jalan. Selain itu akibat dari penyalahgunaan dadah atau pengedar dadah boleh dikena hukuman berat seperti hukum gantung sampai mati. Sayang diri kita, keluarga kita dan masyarakat sekeliling kita. Mnyedari hakikat masalah dadah yang begitu rumit dan kompleks, kerjasama orang ramai dan pihak kerajaan adalah sangat-sangat diharapkan bagi mengatasi bahaya yang dihadapi semoga kita mendekatkan diri kepada Allah jua.
cONTOH KARANGAN 5 Dalam menongkah era dunia tanpa sempadan, pelbagai masalah timbul selaras dengan kemajuan Malaysia di persada global. Masyarakat masih disogokkan dengan gejala merokok yang membimbangkan. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2000 dalam Modul Berhenti Merokok (2001) membuktikan 20 peratus perokok di Malaysia terdiri daripada golongan remaja dan statistik ini meningkat setiap tahun. Dianggarkan 50 hingga 60 orang remaja di Malaysia memulakan tabiat merokok setiap hari. Siapakah yang perlu dipersalahkan apabila generasi pewaris kepimpinan negara terlibat dengan gejala merokok? Tidak sedarkah para remaja bahawa merokok ibarat perjalanan bahaya menempah maut? Sesungguhnya, gejala merokok yang kian kronik perlu diberi perhatian serius oleh segenap lapisan masyarakat agar rakyat Malaysia kekal sihat dan berupaya menyumbangkan tenaga ke arah kecemerlangan negara. Hari Tanpa Tembakau merupakan inisiatif proaktif Pe rtubuhan Kesihatan Sedunia secara global, bertujuan mengingatkan masyarakat tentang wabak tembakau yang meracuni gaya hidup masyarakat sedunia serta membunuh empat juta penduduk dunia setiap tahun. Angka ini dijangka meningkat kepada 10 juta orang pada tahun 2030. Statistik daripada Sufean (2004) menunjukkan 49 peratus lelaki dewasa di Malaysia, merokok, dan jumlah ini melebihi peratusan perokok di negara maju, iaitu 38% di Britain, 35% di Amerika Syarikat dan 30% di Sweden. Setiap hari, antara 14,000 hingga 15,000 remaja mula menjadi penagih tembakau di negara maju. Di negara-negara membangun dan di negara mundur, perokok remaja meningkat antara 68,000 hingga 84,000 orang. Tegasnya, masyarakat perlu sedar akan bahaya merokok agar tidak menjerumuskan diri sendiri ke lembah maut.
Sebatang rokok yang dinyalakan oleh perokok mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang boleh membawa maut. Bahan kimia dalam asap rokok termasuklah ammonia (pencuci lantai dan tandas), arsenik (racun tikus), aseton (peluntur warna kuku), asid asetik (cuka), asid stearik (lilin), butana (cecair pemetik api), DDT (racun serangga), etanol (alkohol), heksamin (pencucuh barbeku), hidrogen sianida (gas beracun yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati), karbon monoksida (asap kenderaan bermotor), metana (gas paya), metanol (minyak roket), naftalena (ubat gegat dan kapur barus), nikotin (dadah yang menagihkan), tar, toluena (pelarut industri) dan vinil klorida (bahan untuk membuat PVC). Sekiranya perokok benar-benar menyayangi dirinya, mengapakah dia sanggup membinasakan dirinya sendiri dengan merokok? Harg ailah kesihatan dan nyawa, kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.
Racun paling berbahaya dalam se batang rokok ialah tar, karbon monoksida dan nikotin. Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia penyebab kanser. Kajian perubatan mengesahkan "benzopyrene" iaitu sejenis "polycyclic aromatic hydrocarbon" merupakan agen yang memulakan proses kejadian kanser. Justeru, tidak hairanlah, statistik di Malaysia membuktikan merokok m enyumbang
kepada lebih 10,000 kes kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan oleh 10 jenis kanser, iaitu kanser paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, ser viks, kolon dan perut. 50 peratus kematian pula berpunca daripada sakit jantung dan strok. Setiap tahun, le bih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat kanser, sakit jantung dan penyakit sekatan pulmonari kronik. Hampir satu per empat mangsa pesakit jantung berpunca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan penyebab utama kematian perokok, manakala strok merupakan pembunuh keempat. Lebih menyedihkan, negara kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan penyakit akibat gejala merokok. "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna." Karbon monoksida di dalam rokok pula, merupakan gas beracun yang dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas tersebut menjejaskan bekalan oksigen ke tisu-tisu sehingga tisu-tisu terencat dan akhirnya mengakibatkan maut sekiranya paras karbon m onoksida di dalam badan melebihi 60%. Apabila racun rokok memasuki tubuh manusia, racun berkenaan menyebabkan kerosakan pada setiap organ di sepanjang laluannya, bermula dari hidung, mulut, tek ak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghadaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehingg alah ke saluran kencing dan pundi kencing. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, sehingga menyebabkan bronkitis di bahagian paru-paru. Racun rokok turut merosakkan pundi udara dalam paru-paru dan menyebabkan penyakit em fisima.
Selain mendatangkan implikasi kronik terhadap diri perokok, asap rokok yang dihembus oleh perokok, atau asap rokok basi (istilah saintifiknya, merokok secara pasif) turut menjejaskan kesihatan orang di sekelilingnya. Profesor Dato' Dzulkifli Abd. Razak, mantan naib canselor Universiti Sains Malaysia dalam rencananya, "Asap Rokok Basi: Dedahkan Faktanya" menjelaskan, asap rokok basi mengandungi lebih banyak bahan beracun seperti nikotin, formaldehid dan benzene, berbanding asap rokok yang disedut oleh perokok. Asap ini lebih berbahaya kerana asap berkenaan terapung di udara beberapa ketika.
Asap rokok yang dihidu akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, serta menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas. Racun dalam asap rokok yang larut air, akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin bukan sahaja mendatangkan ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Nikotin turut merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ-organ yang berkaitan. Kesan ini, dalam jangka masa panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, kebas pada jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki dan serangan penyakit jantung. Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan menerusi air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing. Tegasnya, sudah terang lagikan bersuluh, perbuatan merokok membawa beratus-ratus masalah kesihatan yang tiada noktah penghujung.
Tuntasnya, semua pihak perlu bekerjasama "bagai aur dengan tebing" memperkasakan usaha untuk menyedarkan masyarakat bahawa perbuatan merokok akan mendatangkan implikasi negatif kepada diri sendiri, masyarakat sekeliling dan juga negara. Ibu bapa wajar menjadi teladan terbaik bagi anak-anak dan menasihati anak-anak agar menghindari tabiat merokok. Kementerian Kesihatan, pihak sekolah dan pihak media massa juga perlu memainkan peranan signifikan untuk memastikan bilangan perokok dapat dikurangkan, bak kata peribahasa, "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan." Aktiviti bersempena Kempen Antimerokok wajar diteruskan dengan berkesan agar maklumat tentang bahaya merokok berupaya menginsafkan masyarakat. "Rokok Tiada, Kehidupan Bahagia." Be rsama-samalah kita berpadu tenaga mewujudkan suasana Satu Malaysia yang lebih sihat dan ceria, bebas daripada kepulan asap rokok yang menjerumuskan kita ke lembah maut. "Kesihatan Cemerlang, Masyarakat Gemilang, Negara Terbilang."