Contoh Karangan Tingkatan 1 Soalan: Tubuh yang sihat dan wang yang banyak sememangnya amat penting. Kedua-dua menjamin kehidupan yang sempurna. Namun begitu, kesihatan lebih penting daripada segala-galanya. Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk menjaga kesihatan anda. Panjang karangan mesti melebihi 180 patah perkataan.

Kesihatan merupakan aset penting dalam meneruskan kehidupan kita di muka bumi ini. Tanpa kesihatan yang baik, kita tidak dapat hidup bahagia. Terdapat empat cara-cara untuk menjaga kesihatan kita.

Amalan pengambilan makanan yang seimbang merupakan cara yang baik untuk menjamin kehidupan yang sihat. Kita harus mengambil zat makanan yang seimbang berdasarkan piramid makanan.Contohnya, kita perlu kurang mengambilan makanan berlemak kerana kandungan lemak yang banyak akan menyebabkan penyakit jantung.

Selain itu, kita harus rajin bersenam untuk menjaga kesihatan badan. Aktiviti senaman dan sukan menjadikan tubuh kita lebih segar di samping meningkatkan stamina.Contoh aktiviti senaman dan sukan yang boleh dilakukan adalah berenang, berjoging, berbasikal dan sebagainya.

Seterusnya, kita perlu mempunyai masa rehat yang secukupnya untuk menjaga kesihatan badan. Amalan tidur secara teratur iaitu sekurang-kurangnya lapan jam pada waktu malam amat penting untuk merehatkan otak dan menghilangkan penat. Kita juga boleh menggunakan masa rehat untuk melakukan aktiviti beriadah seperti menonton siaran televisyen, mendengar muzik, bersiar-siar dan sebagainya.

Di samping itu, pemeriksaan doktor secara berkala iaitu sebanyak enam bulan sekali dalam setahun juga perlu dilakukan bagi menjamin kesihatan badan. Kita dinasihatkan membuat pemeriksaan dengan doktor supaya dapat mengesan dan merawat penyakit pada peringkat awal. Bak kata peribahasa mencegah lebih baik daripada mengubati.

Kesimpulannya, kesihatan yang baik dapat melahirkan rakyat yang cerdas dan cergas. Rakyat yang sihat merupakan pemangkin kepada kemakmuran negara. Oleh itu, kita harus mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan hidup.

(227 patah perkataan)
(227 patah perkataan)