Usaha-usaha mengatasi keracunan makanan Sejak akhir-akhir ini, kes keracunan makanan semakin kerap disiarkan oleh media massa.Keracunan makanan bukan hanya berlaku di sekolah tetapi juga di rumah apabila makanandicemari kuman. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama untuk m engatasi masalahkeracunan masalahkeracunan makanan. Antara usaha mengatasi masalah keracunan makanan adalah mengamalkan kebersihan diri dan makanan pada setiap masa. Amalan menjaga kebersihan kebersihan diri dan makanan dapat mengelakkan kita terkena keracunan keracunan makanan. Masak makanan yang hendak dimakan dengansempurna bagi memastikan memastikan tiada kuman di dalamnya. Sebagai contoh, buah buahan dan sayur-sayuran perlulah dibasuh sehingga bersih sebelum dimasak atau dimakan. Jelas bahawa dengan mengamalkan kebersihan pada setiap masa dapat mengelakkan kita terkena keracunan makananbak kata pepatah ³kebersihan asas kesihatan´. Selain itu, ibu bapa juga berperanan untuk mengatasi masalah keracunan makanan.Ibu bapa perlu mengelakkan mengajak anak-anak mereka makan di kedai ataupun warung yangkotor di tepi-tepi jalan. Hal ini kerana kita tidak pasti tahap kebersihan makanan di situ keranamungkin terdedah kepada persekitaran yang tercemar. Sebagai contoh, makanan tersebutmungkin terdedah kepada serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lipas, lalat dan tikus.Untuk itu, amalkan budaya makan di rumah bersama-sama keluarga bagi memastikan kebersihantahap makanan. Pengusaha makanan mesti memastikan makanan yang disediakan bebas daripada bakteria yang menjadi punca keracunan makanan. Hal ini demikian kerana kebanyakan masyarakat terpaksa makan di luar rumah akibat kesuntukan masa bekerja. Pengusaha Pengusaha makananperlu membersihkan membersihkan makanan sebelum dimasak serta mengelakkan makanan yang dijual sentiasaterdedah. Sebagai contoh, peniaga kedai makanan perlu memastikan makanan mereka tidakdihinggapi lalat. Jelas terbukti bahawa peranan pengusaha makanan amat penting bagi mengatasimasalah mengatasimasalah keracunan makanan. Masyarakat juga perlu memberikan kerjasama dalam usaha mengatasi masalah keracunan makanan bak kata pepatah ³bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat´. Masyarakat harus mengambil berat tentang kedai makan yang mengabaikan kebersihan. Masyarakat harus membuat aduan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakanyang segera jika ada kedai makanan yang kotor. Mereka boleh melaporkan masalah tersebut dipejabat kesihatan daerah. Peranan kerajaan penting untuk mengatasi masalah keracunan makanan. Hal ini demikian kerana pihak kerajaan mempunyai kuasa untuk menilai tahap kebersihan sesebuahkedai. Mereka perlu melakukan pemeriksaan mengejut secara kerap di semua kedai makan tanpaperlu menunggu laporan yang dibuat. Peniaga yang bersalah perlu dkenakan hukuman beratseperti dikenakan denda dan digantung lesen perniagaan. Terbukti bahawa peranan kerajaanamat kerajaanamat penting bagi mengatasi masalah keracunan makanan. Kesimpulannya, isu keracunan makanan dapat diatasi jika semua pihak memainkanperanan yang sewajarnya. Semua pihak mesti mengutamakan kebersihan dalam makanan danminuman. Usahausaha mengatasi masalah keracunan makanan perlu dilakukan bersungguh-sungguh agar masalah ini dapat diatasi sepenuhnya
2.
Pada masa ini jumlah kejadian keracunan makanan di kalangan penghuni asrama semakin meningkat. Kejadian ini bukan sahaja menyebabkan kesihatan mereka terjejas malah sekiranya kritikal boleh mendatang maut. Suatu jawatankuasa telah dibentuk untuk mengkaji punca-punca kejadian tersebut berlaku, di samping menyediakan cadangan untuk mengatasinya. Pengusaha kafeteria asrama dan pembekal makanan tidak mengambil berat aspek kebersihan dan keselamatan makanan yang dibekalkan. Makanan dibiarkan terdedah kepada lalat, tidak menggunakan air masak untuk menyediakan minuman, makanan dalam tin telah tamat tarikh luput, bahan-bahan mentah yang tidak bermutu, sayuran yang mengandungi bahan kumia tidak dibersihkan dengan betul. Kebanyakan tukang masak tidak memastikan kebersihan bahan mentah yang disediakan oleh mereka. Mereka membersihkan bahan mentah seperti daging, ayam dan sayuran dengan secara ala kadar. Alat memasak tidak bersih. Ada juga tukang masak yang menyimpan kuku panjang dan tidak mencuci tangan sebelum masak. Pelajar-pelajar harus memeriksa kandungan keadaan makanan sebelum di makan. Sekiranya makanan berbau basi, ikan berbau hanyir , laporkan kepada penyelia asrama.Mereka juga boleh melihat secara rambang keadaan dapur asrama dan pekerjanya semasa mengambil makanan. Sekiranya keadaan dapur kotor , sudah tentulah makanan yang dimakan tidak selamat.
Pihak pentadbir dan Jabatan Kesihatan boleh memantau penyediaan makanan yang disediakan di dapur asrama secara mengejut. Syarat pemberian kontrak kepada pembekal mesti diketatkan. Antaranya penyediaan makanan yang bermutu dan selamat dimakan. Sekiranya mereka melanggar syarat kontrak mereka akan ditarik balik. Kempen tentang kepentingan aspek kebersihan dalam memproses makanan yang bermutu dan selamat dimakan hendaklah sentiasa diadakan. Melalui kempen dan ceramah penghuni-penghuni asrama dapat memastikan makanan yang dibeli berada dalam keadaan yang selamat. Kesimpulannya masalah keracunan makanan tidak boleh diambil mudah kerana melibatkan nyawa dan kesihatan . Oleh itu, cadangan-cadangan yang dinyatakan tadi hendaklah dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini. Semua pihak harus memberikan kerjasama dan komitmen padu untuk menangani masalah ini.
3
. Kejadian keracunan makanan di sekolah sering berlaku sejak kebelakangan ini. Berikan pendapat anda tentang punca-punca keracunan makanan di sekolah. Kebelakangan ini kejadian keracunan makanan di sekolah-sekolah sering menjadi ta juk utama dalam akhbar-akhbar tempatan.Perkara yang menjadi persoalan kepada kita adalah mengapakah perkara ini semakin kerap berlaku? Apakah tiada tindakan yang diambil untuk menanganinya dari terus berlaku? Semua persoalan ini tentunya sentiasa bermain-main di fikiran kita.Apakah punca yang menyebabkan kejadian ini terus berlaku? Antara punca utama keracunan makanan di sekolah adalah disebabkan sikap pengusaha kantin yang mengabaikan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan. Kebanyakan daripada mereka hanya m ementingkan keuntungan semata-mata dan kurang mengambil berat tentang kualiti makanan yang dijual. Sehubungan dengan ini, mereka tidak akan mempedulikan sama ada makanan tersebut boleh dijual atau tidak kepada para pelajar. Sebagai contoh mereka tidak mencuci dengan sempurna bahan mentah yang digunakan sebelum memasak sesuatu hidangan. Perbuatan mereka ini boleh diibaratkan umpama anjing makan muntahnya.Sikap ini jika dibiarkan berterusan pastinya akan membawa kepada keracunan makanan. Selain itu, terdapat pengusaha yang tidak menjaga persekitaran kawasan kantin. Kawasan di sekeliling kantin dan dapur dibiarkan kotor tanpa penjagaan yang sewajarnya. Dengan ini, kawasan tersebut akan dicemari d engan pelbagai jenis haiwan dan serangga yang m embawa pelbagai jenis kuman. Sebagai contoh, serangga seperti lipas, semut, cicak, tikus dan sebagainya akan berkeliaran dan kadangkala masuk ke dalam makanan. Sewajarnya sikap ini dijauhi bagi mengelakkan makanan daripada tercemar. Di samping itu, sikap para pelajar yang kurang menitikberatkan aspek kebersihan diri juga merupakan punca berlakunya keracunan makanan di sekolah. Kebanyakan pelajar memandang remeh kepada soal kebersihan diri dan kualiti sesuatu makanan.Sehubungan dengan itu, mereka akan mengabaikan aspek kebersihan dan membeli makanan yang sudah tercemar. Sebagai contoh, mereka tidak mencuci tangan dengan sabun sewaktu hendak menjamah sesuatu makanan. Selagi pelajar tidak mengambil berat soal kebersihan diri, pastinya masalah ini akan terus berlarutan. Konklusinya, pelbagai punca telah d ikenalpasti menyebabkan berlakunya keracunan makanan di sekolah. Masalah ini boleh diatasi dengan menamatkan kontrak pengusaha yang terlibat dengan masalah ini. Dengan ini, akan dapat memberi pengajaran kepada pengusaha kantin yang lain supaya sentiasa peka dalam soal kebersihan di kantin sekolah.Jelaslah bahawa masalah ini akan dapat diatasi sekiranya punca-punca kepada permasalahan ini dapat ditangani secara bersepadu.