PENGENALAN Keselamatan merupakan aspek penting yang perlu dititik beratkan dalam semua aktiviti seharian tidak kira di mana seseorang itu berada sama ada didarat, laut atau udara. Kesedaran tentang keselamatan diri amat penting bagi mengelakkan kecederaan atau kemalangan ketika bekerja. Kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap ”beringat sebelum kena”.Ini bermakna keselamatan perlu diutamakan. Sikap sentiasa berwaspada dan hati-hati perlu ada dalam diri setiap indivdu supaya kemalangan dapat dielakkan.
KEPENTINGAN KESELAMATAN DI TAPAK BINA Keutamaan keselamatan di tapak bina perlu dititik beratkan kerana terdapat banyak kerjakerja pembinaan yang boleh membahayakan pekerja dan orang awam yang berada di sekitarnya. Ini termasuklah kerja-kerja di tapak bina yang melibatkan penggunaan bahan-bahan letupan, penggalian, pembinaan terowong dan bangunan tinggi. Keselamatan juga perlu diberi keutamaan semasa mengendalikan loji dan peralatan pembinaan. Kesedaran tentang keselamatan diri adalah kriteria utama untuk mengelakkan kemalangan di tapak bina. Jika sikap ini diketepikan, kemalangan dan kecederaan mungkin akan berlaku. Semua pihak harus mengamalkan sikap sentiasa berhati-hati dan berwaspada di tapak bina. Oleh itu, adalah penting mengutamakan keselamatan dan mengambil tindakan yang perlu sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.
SETATISTIK KEMALANGAN Mengikut statistik kemalangan industri di Malaysia, sebanyak 200 kemalangan dicatatkan berlaku setiap hari. Ini bukan sahaja melibatkan kemalangan jiwa tetapi kerosakan dan kehilangan harta benda.
1
Mengikut siasatan JKKP, sepanjang tahun 2013, sebanyak 164 kes kemalangan dilaporkan di tapak pembinaan. Daripada jumlah itu, 69 adalah kemalangan maut, 12 kes hilang keupayaan kekal dan 83 orang cedera ringan. Pada bulan April 2014, sebanyak (4) empat kemalangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan serius di laporkan seperti berikut: a) 4 April 2014-Seorang wanita sarat mengandung sembilan bulan, cedera di kepala selepas besi perancah bangunan berukuran hampir enam meter jatuh menghempap khemah jualan di tapak pasar malam Kubang Kerian, Kelantan. b) 10 April 2014 - Seorang pekerja maut, manakala dua lagi cedera parah di Pulau Pinang apabila terjatuh daripada scaffolding. c) 15 April 2014 - Seorang operator kren maut apabila kren yang dioperasikannya, runtuh di Ara Damansara. d) 16 April 2014 - Dua pekerja cedera parah apabila struktur rumah yang sedang diubahsuai runtuh di Shah Alam, Selangor.
RISIKO KEMALANGAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN I.
Keruntuhan atau objek terjatuh dari kren, samada kren bergerak atau kren menara
II.
ataupun apa sahaja yang berkaitan semasa menurunkan atau menaikkan objek. ’loose hammer’ dimana ia akan menyebabkan kemalangan kepada pekerja yang
III.
berada dibawah. Struktur jatuh, contohnya peranca jatuh tanpa disedari.
DEFINISI KEMALANGAN Kemalangan boleh disifatkan sebagai satu kejadian yang boleh mengakibatkan kecacatan fizikal dan mental kepada manusia, kehilangan nyawa, dan kerugian harta benda.
PUNCA KEMALANGAN 1. Penyalahgunaan Alatan dan Mesin 1
I. II. III. IV.
Menggunakan alatan tangan yang tidak sesuai dengan kerja yang dilakukan. Menggunakan alatan tangan yang telah rosak. Menggunakan alatan tangan dengan kaedah yang salah. Menggunakan alatan elektrik yang rosak. Perhatian perlulah diberikan semasa menggunakan mesin kerana pekerja yang
mengunakan mesin mempunyai risiko kemalangan yang lebih tinggi. Berikut adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian ; I. II. III. IV.
Mesin hendaklah diuji terlebih dahulu Memakai pakaian yang sesuai ketika menggunakan mesin Memastikan dawai elektrik mesin mudah alih dalam keadaan sempurna. Mesin mempunyai penghadang keselamatan
2. Penyalahgunaan Loji I. Tidak berfungsi dengan sempurna. II. Tidak ada pengawasan atau penyeliaan. III. Membawa pekerja lebih daripada had muatan. 3. Penyalahgunaan Peranca I. Tidak dipasang pada tapak yang kukuh. II. Sambungan komponen peranca tidak kukuh. III. Ada penghalang di atas pelantar pada peranca. IV. Tangga yang digunakan pada peranca tidak kukuh. 4. Keadaan Tapak Bina yang Tidak Teratur Di Luar Bangunan I. Bahan-bahan pembinaan seperti besi, kayu, bata dan sebagainya tidak tersusun II. III.
IV. V. VI.
dengan kemas dan disimpan di tempat yang tidak sesuai. Bahan-bahan binaan menghalang kelancaran laluan pekerja. Tiada papan tanda keselamatan pada tempat-tempat yang perlu. Jaring keselamatan tidak dipasang pada bangunan tinggi yang sedang dibina. Kawalan lalu lintas tidak diurus dengan baik. Pemunggahan alatan dan bahan dari jentera berat tidak diselia dengan baik.
5. Kelalaian Pekerja Keadaan dan suasana tempat kerja yang selamat selesa belum dapat menjamin keselamatan pekerja sepenuhnya. Satu lagi faktor yang perlu diambil kira untuk menjamin keselamatan pekerja ditapak binaan ialah sikap pekerja itusendiri. Sikap lalai dan tidak bertanggungjawab pekerja itu sendiri yang akan mengakibatkan kemalangan semasa bekerja. Kemalangan dapat dielakkan sekiranya pekerja mengikut peraturanperaturan seperti berikut;I. Mematuhi peraturan keselamat ditapak binaan. 1
II. III. IV. V.
Mengendalikan mesin dengan cara yang betul dan selamat. Memakai pakaian yang sesuai dengan kerja yang dilakukan. Mengetahui kemampuan diri sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Mengendalikan loji, mesin dan alatan dengan mengetahui kaedah penggunaan yang betul
KESAN KEMALANGAN Kemalangan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa, kecacatan kekalatau sementara kepada pekerja, menjejasakan keluaran atau kerugian akibat tuntutan ganti rugi di mahkamah. Oleh itu, keselamatan ditempat kerja amatlah perlu dititik beratkan setiap masa. Perkara berikut boleh djadikan panduan untuk mengelankan atau mengurangkan kadar kemalangan; I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII.
Kecederan pada tubuh badan atau kematian. Kerosakan pada alat yang digunakan. Menjejaskan prestasi syarikat. Operasi terpaksa dberhentikan sementara waktu untukmenyiasat. Produktiviti menurun, perlu mencari pekerja baru yang kurangmahir. Motivati pekerja lain akn menurun untuk meneruskan kerja. Segala kemalangan terpaksa ditnggung oleh syarikat. Kemajuan kelancaran syarikat terganggu.
KESELAMATAN DIRI SENDIRI Objektif yang utama dalam urusan keselamatan ialah mencegah kecederaan dan kehilangan nyawa. Oleh sebab itu, keselamatan diri sendiri patutlah diutamakan. Perkara-perkara yang harus diambil berat untuk menjaga keselamatan diri sendiri adalah seperti berikut:
a.
Menjaga Kesihatan Diri Sendiri Kesihatan merupakan faktor yang penting dalam menguruskan kerja dengan selamat. Jika seseorang pekerja kurang sihat atau uzur, dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam apa yang dilakukan. Kesihatan dari segi fizikal ialah tubuh badan pekerja, oleh itu seseorang pekerja mestilah cukup makan supaya tidak mengalami sebarang keuzuran. Kesihatan rohani pula hendaklah dikawal dari segi
fikiran pekerja, tidak marah, tidak sedih atau berangan-angan semasa bekerja. b. Disiplin Semasa Bekerja 1
Displin adalah satu perkara yang sangat penting semasa bekerja. Arahan dan peraturan yang telah ditetapkan haruslah dipatuhi dan selalu berwaspada. Jangan sekali-kali melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain, seperti menyimpan alat-alat tajam dalam saku, membiarkan paku yang telah digunakan berselerak, membuang sampah merata-rata dan sebagainya. Pendek kata, berdisplin bermakna menanamkan tabiat-tabiat yang positif dalam kerjanya seperti menjaga kebersihan, mematuhi peraturan bekerja dan bekerjasama dengan pekerja lain. Tabiat yang positif dan sihat selalunya mengurangkan kemalangan serta meningkat produktiviti. c. Pengetahuan Sebelum melakukan sesuatu kerja, pekerja haruslah memahami bahan-bahan yang dikerjakan dan juga alat atau mesin yang digunakan. Tindak balas bahan-bahan terutamanya bahan-bahan kimia boleh mendatangkan kemalangan yang teruk begitu juga alat-alat teknologi tinggi. d. Pakaian Pakaian yang sesuai hendaklah dipakai semasa bekerja. Pakaian yang koyak dan serebeh adalah punca kemalangan. Kasut atau but keselamatan yang mengandungi kepingan keluli di bahagian hadapannya adalah sesuai bagi mengelakkan sebarang kecederaan kaki. Capal dan sandal tidak harus dipakai semasa bekerja di tapak pembinaan atau bengkel.
1
e. Perlindungan Mata Apabila membuat kerja yang mungkin menyebabkan kecederaan kepada mata seperti mengimpal atau mencanai, cermin mata keselamatan (safety goggle) atau pelindung muka hendaklah dipakai.
f. Perlindungan Kepala Topi keledar hendaklah dipakai apabila berada di kawasan pembinaan terutamanya dalam pembinaan bangunan yang bertingkat-tingkat kerana barangbarang dari tingkat atas sering terjatuh ke bawah. Dengan memakai topi keledar, kecederaan kepada kepala dapat dikurangkan. g. Perlindungan Tangan Sarung tangan dapat melindungi tangan daripada sebarang kecederaan, lebam, terbakar oleh bahan kimia dan sebagainya. Apabila membuat kerja-kerja seperti 1
membentuk batang keluli , memindahkan bata dan sebagainya hendaklah memakai sarung tangan. Akan tetapi, jangan guna sarung tangan apabila bekerja dengan mesin yang bergerak seperti mesin canai dan mesin pelarik kerana sarung tangan mungkin tersangkut pada mesin dan mengakibatkan kemalangan.
Perlindungan kepala dan tangan h. Tali Pinggang Keledar Apabila bekerja di tempat yang tinggi, seseorang pekerja itu hendaklah memakai tali pinggang keledar supaya dapat mengelakkan daripada terjatuh. Kaedah ini sangatlah mustahak kerana mengikut statistik, kebanyakan kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan ialah pekerja terjatuh dari tempat tinggi. KESELAMATAN ORANG RAMAI a. Syarat Atau Tanda Amaran Apabila sesuatu projek dijalankan, keselamatan orang ramai yang berdekatan mestilah dipertimbangkan. Isyarat atau papan tanda amaran mestilah dipamerkan pada tempat-tempat yang dapat dilihat dengan jelas supaya orang ramai menjauhi kawasan pembinaan tersebut.
1
b. Pagar Kawasan Pembinaan Kawasan pembinaan yang merbahaya seperti pengorekan peparit, pembinaan acuan yang tinggi, tempat menyimpan bahan-bahan, jentera dan sebagainya mestilah dipagarkan di sekelilingnya untuk mencegah orang ramai masuk ke kawasan ini.
Pagar Keselamatan Di Tapak Pembinaan
1
c. Memasang Jaring Bagi pembinaan bangunan yang tinggi, jaring perlu dipasangkan di bahagian bawah, biasanya atas tingkat pertama atau tingkat kedua, di sekeliling bangunan untuk menahan bahan-bahan yang terjatuh dari atas.
Pemasangan Jaring Keselamatan Di Tapak Pembinaan
d. Kawalan Pada Alat Dan Jentera Yang Rosak Sebarang alat, jentera atau perkakas lain yang rosak hendaklah disimpan atau dibaiki. Tanda amaran hendaklah dipamerkan dengan jelas jika alat-alat tersebut tidak dapat disimpan. Laporan kerosakan mestilah dibuat kepada pihak yang bertanggungjawab dengan serta-merta.
1
Penyelenggaraan Jentera Rosak
MENCEGAH KEMALANGAN DITAPAK BINA. Mencegah pekerja dari jatuh bangunan. I. II. III.
Semua bahagian yang terbuka hendaklah dihadang peranca. Jika pengadang tidak boleh digunakan, maka jaring keselamatan hendaklah dipasang. Pekerja hendaklah sentiasa menggunakan tali keledar semasa berada dikedudukan
IV. V. VI. VII. VIII. IX.
yang tinggi. Memakai pakaian yang sesuai semasa kerja. Menggunakan peralatan dengan cara yang betul dan selamat. Elakkan memakai sebarang barang kemas(gelang dan cincin) Memastikan tempat kerja diselenggarakan dengan sempurna. Pastikan objek yang berada ditempat yang tinggi berkeadaan baik. Gunakan bahan yang sepatutnya semasa menjalankan kerja.
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN I.
Memakai topi keselamatan jika perlu, pihak majikan hendaklah menyediakan topi
II.
keselamatan kepada pekerja. Wakil tapak hendaklah memberi taklimat kepada pekerja sebelum pekerja melakukan
III.
sebarang pekerjaan. Wakil tapak perlu mengawasi sekitar tapak bina dan pekerja serta mengeluarkan arahan
IV.
keselamatan sekiranya perlu. Memakai tali pinggang untuk memastikan keselamatan dari masa ke semasa ketika
V.
bekerja di tempat yang tinggi. Memasang jaring keselamatan bagi tapak bina yang berhampiran dengan jalanraya untuk mengelakkan kemalangan ke atas orang awam. 1
VI.
Memastikan jentera berat yang digunakan adalah diselenggarakan dengan baik dan dalam
VII.
keadaan yang sempurna. Setiap kemalangan yang berlaku hendaklah dilaporkan untuk membolehkan tindakan
VIII. IX. X.
susulan diambil. Memasang papan tanda amaran dan papan keselamtan ditapak bina. Memakai kasut keselamatan. Memakai penutup telinga, kaca mata keselamatan dan penutup hidung di kawasan yang berhabuk dan mengeluarkan bunyi yang bising. Segala kerja yang berkaitan dengan struktur diluluskan oleh jurutera.
XI.
Ke arah mengurangkan risiko kemalangan di tapak pembinaan dan mewujudkan suasana pekerjaan yang selamat, penggiat industri perlu memainkan peranan/tanggungjawab masingmasing: i.
Badan Profesional - perlu memainkan peranan sebagai penasihat kepada pemilik projek,
ii.
untuk memastikan semua keperluan perundangan telah dipatuhi. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – undang-undang/aktiviti penguatkuasaan hendaklah
iii.
diperkukuhkan lagi. Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) – memastikan pegawai yang berpengalaman dan bertauliah membuat pemantauan terutamanya Pegawai Keselamatan
iv.
& Kesihatan (SHO). CIDB - akan menerbitkan Senarai Semak Pematuhan Undang-undang dan Peraturan
v.
untuk projek pembinaan, melalui kerjasama semua agensi berkaitan. Majikan/Kontraktor – perlu memikul tanggungjawab (ownership) keselamatan dalam
vi.
melaksanakan sesuatu projek. Pekerja – perlu mematuhi semua peraturan, garis panduan dan tatacara keselamatan dalam pembinaan.
PERATURAN AM DITAPAK BINA I.
Setiap pindaan perubahan kerja (V.O) yang dibuat oleh pegawai penguasa (P.P) hendaklah tidak melebihi daripada tujuh hari jika ada apa-apa perubahan tersebut maka kerja yang dilakukan terdahulu hendaklah dilakukan.
1
II.
Setiap mesin jentera hendaklah dimaklumkan kepada ’inspektor’ dimana mesindan jentera yang hendak melakukan kerja ditapak bina dan segala maklumat yang lengkap
III.
mengenai mesin dan jentera tersebut hendaklah diterangkan didalam borang JKR 105. Perkhidmatan dan segala baik pulih mengenai mesin dan jentera tersebut hendaklah
IV.
direkodkan oleh tuan punya dan rekod tersebut disimpan olehnya. Segala kemalangan yag berlaku ditapak bina hendaklah dimaklumkan kepada Sub-
V.
kontraktor, penyelia tapak ataupun pegawai keselamatan yang bertugas. Tidak seorang pun pekerja yang boleh bekerja ditapak bina yang berumur bawah 16
VI.
tahun. Peranca yang digunakan hendaklah kuat dan teguh semasa kerja ditapak
VII.
binadijalankan. .Seorang pegawai kesihatan boleh melakukan pemeriksaan kesihatan sekiranya
VIII.
dikehendaki. Majikan hendaklah melaporkan kepada PERKESO mengenai pekerja yang mengalami kecederaan ditapak bina.
KAD HIJAU CIDB Kad Hijau CIDB (Construction Industry Development Board Malaysian) adalah perlu ada kepada setiap pekerja. Semua personal binaan diwajibkan menghadiri kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan untuk pekerja binaan selama satu hari. Kad Hijau adalah sebagai bukti telah menghadiri kursus untuk layak memasuki tapak binaan. Kad Hijau CIDB memberi perlindungan Takaful kepada pemegangnya. Tanpa Kad Hijau tersebut personal binaan tidak dibenarkan memasuki tapak binaan. Undang-undang ini telah berkuatkuasa pada tahun 2001. Pelajar-pelajar Politeknik terutama dari Jabatan Awam telah diwajibkan untuk menjalani kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan sebalum menjalani Latihan Industri.
1
KOMEN DAN CADANGAN Keselamatan adalah bermula dari diri kita sendiri. Oleh itu, perlulah seorang pegawai keselamatan untuk mengawasi setiap pergerakan dan tindak tanduk pekerja ditapak bina. Semua data-data yang berkaitan dengan kemalangan ditapak bina dari kecil hinggalah besar seperti kematian hendaklah diambil kira dan dibuatkajian dan penyiasatan yang terperinci untuk mengetahui bagaimana kemalangan itu terjadi dan cara mengatasinya. Pekerja juga hendaklah diberikan pendedahan yang sewajarnya mengenai peraturanperaturan yang perlu dipatuhi semasa berada ditapak bina.
KESIMPULAN Keselamatan adalah satu aspek yang perlu diutamakan dalam segala kerja terutama didalam bidang pembinaan yang banyak terdedah kepada berlakunya kemalangan. Jika aspek keselamatan diambil perhatian dari semua bahagian ketika melakukan kerja ditapak bina mahupun dimana-mana ia akan mendatangkan kesejahteraan kepada semua pihak.
1