Kesimpulan Dan Saran Medical Check UpFull description
KESIMPULAN DAN PENAMBAHBAIKAN P ENAMBAHBAIKAN
Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak pengalaman, input dan pengajaran kepada saya. Saya berasa sangat bertuah kerana mendapat peluang untuk mengikuti program ini dan pada masa yang rasa bersyukur kerana berjaya menjalani kem ini tanpa sebarang halangan dan rintangan. Saya berharap apa yang saya pelajari dalam kem ini akan sentiasa berada dalam ingatan saya dan dapat saya manfaatkannya apabila menjadi seorang guru pada masa akan datang. Secara keseluruhannya, program BIG ini telah banyak mendidik saya untuk berfikiran positif, berani menghadapi cabaran, tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan. Sepanjang menjalani aktiviti di kem ini, saya berpeluang untuk menilai diri saya sendiri dan sentiasa berusaha untuk mengatasi segala kelemahan diri agar dapat memberi persaingan yang sihat kepada rakan-rakan saya yang lain di samping menjadi seorang bakal pendidik yang berkualiti. Di sebalik semua aktiviti yang telah dijalankan, saya berasa beberapa penambahbaikan dapat dijalankan untuk program perkhemahan yang akan datang. Cadangan pertama yang dapat saya kemukakan ialah dari aspek jumlah peserta. Perkhemahan kami pada kali ini telah disertai oleh 65 orang yang merupakan jumlah yang agak besar dan ini menyebabkan aktiviti yang dirancang tidak dapat dilakukan dengan sempurna misalnya aktiviti berkayak yang jaraknya sepatutnya lebih jauh lagi dan sebagainya. Selain itu,
penambahbaikan kedua yang dapat dilakukan dilakukan ialah dengan
memperbanyakkan lagi kemudahan bilik air. Perkara ini perlu dititikberatkan kerana semasa kami mengikuti perkhemahan ini hanya satu daripada dua bilik air yang dapat digunakan akibat tersumbat dan bilik air hanya dua sahaja untuk 65 orang peserta. Kadang-kadang ada di antara kami yang tersebut berebut giliran untuk menggunakan bilik air dan dan bilik mandi.
Walaupun terdapat tempat mandi di
bahagian tepi luar bilik air, namun tempat tersebut amat gelap terutamanya pada awal pagi dan juga lewat petang.
Penambahbaikan ketiga yang dilakukan ialah dengan menyediakan tentatif program yang tepat agar memudahkan pergerakan para peserta dan perubahanperubahan dalam tentatif perlu dimaklumkan terlebih dahulu. Para peserta juga perlu diberi buku program supaya mereka dapat lebih fokus terhadap masa aktiviti dan sebagainya. Di samping itu, cadangan penambahbaikan seterusnya yang dapat dipertimbangkan ialah memperbanyakkan lagi bilangan khemah. Hal ini kerana sewaktu berada di dalam kem saya perhatikan sebilangan peserta yang tidur di luar khemah hanya beralaskan surat khabar dan sebagainya akibat ruang yang terhad di dalam khemah. Secara keseluruhannya, saya percaya kem BIG ini telah mencapai objektifnya yang disarankan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru. Saya berharap agar segala cadangan penambahbaikan ini dapat dipertimbangkan untuk melancarkan lagi program perkhemahan ini pada masa akan datang.