Mata pelajaran
:
Sains
Kelas
:
4 Anggerik
Tarikh
:
6 April 2014 (Ahad)
Masa
:
11.45 pagi - 12.45 tengah hari (60 minit)
Bil. Murid
:
20 orang
Tema/Tajuk
:
Sains fizikal
Standard Kandungan : 6.1 Ukuran Panjang Standard Pembelajaran : 6.1.2 Menjelas dengan contoh tentang panjang menggunakan alat yang tidak piawai seperti : 1. Jengkal, hasta, depa dan tapak kaki. 2. Klip kertas, pensel, kapur tulis, penyedut minuman, benang, tali, dan anak mancis. 6.1.3 menyatakan panjang boleh diukur dengan menggunakan alat piawai seperti pembaris dan pita pengukurdengan menjalankan aktiviti. Objektif Pembelajaran : Di : Di akhir pengajaran, murid boleh; 1. Menyenaraikan tiga daripada empat unit bukan piawai. 2. Menyenaraikan tiga daripada empat unit piawai. 3. Menjawab 4 daripada 5 soalan dengan betul. Pengetahuan sedia ada
: Murid sudah dan sedang mengalami tumbesaran diri
EMK
: TMK , kreatif dan inovatif,
Kemahiran Berfikir
: Membanding dan membezakan, menghubungkait
KPS/KMS
: Memerhati dan menggunakan nombor.
BBB
: kapur tulis, pensel.
Penilaian PdP
: Lembaran kerja.
Fasa (Masa)
Set Induksi (5 minit)
Pencetusan Idea (10 minit)
Penstrukturan semula idea (25 minit)
Isi kandungan
Guru memberi soalan kepada pelajar.
Aktiviti pengajaran & pembelajaran
Jenis aktiviti : Menyoal -Guru memberikan masa untuk murid mencari jawapan.
Guru menyoal murid, berapa jarak dari rumah ke sekolah?
- Murid memikirkan jawapan dan berbincang jawapan bersama guru.
Bahagian tubuh yang manakah boleh digunakan untuk mengukur?
- Guru menerangkan kepada murid tentang ukuran yang digunakan oleh manusia zaman dahulu untuk mengukur jarak.
Menyatakan pelbagai cara untuk mengukur panjang.
Mengenalpasti unit piawai untuk ukuran panjang.
Catatan
1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan 5 orang. 2. Guru mengedarkan jadual kepada ketua kumpulan. 3. Murid mengukur objek dengan jengkal, hasta, tapak kaki dan depa. 4. Murid juga mengukur menggunakan perlatan lain seperti pensel dan kapur tulis. 5. Murid mencatat ukuran dalam jadual. 6. Murid bandingkan jawapan dengan kumpulan lain. 7. Guru menerangkan bahawa alat-alat ukuran yang digunakan tadi dinamakan bukan unit piawai.
1. Guru meminta murid mengukur objek yang sama dengan menggunakan pembaris dan pita pengukur. 2. Murid mencatatkan ukuran dalam jadual yang berlainan.
Kemahiran saintifik: Komunikasi Nilai murni : Berdikari, berani, yakin diri, hormat rakan
Kemahiran saintifik: Meramal, Mengelas Nilai murni : Kerjasama, bertanggungjawab, jujur BBB : kapur tulis, pensel
Kemahiran saintifik: Mengeksperimen, Pemerhatian
3. Murid membandingkan jawapan dengan kumpulan lain. 4. Guru menerangkan bahawa pembaris dan pita pengukur menggunakan unit piawai.
Aplikasi (15 minit)
Mengenalpasti unit piawai untuk ukuran panjang dalam sistem metrik.
Refleksi (5 minit)
Menyatakan ukuran piawai adalah penting dalam kehidupan harian.
1. Guru memperkenalkan unit mm, cm, m, dan km. 2. Guru menyoal objek yang diukur dengan menggunakan unit piawai di atas.
1. Murid menyenaraikan contoh penggunaan ukuran panjang dalam kehidupan harian. 2. Murid menyatakan kepentingan pengukuran dalam kehidupan manusia.
Nilai Murni : Berkerjasama Jujur BBM : pembaris, pita pengukur
Nilai murni : Kerjasama, jujur, berani
Nilai murni : berani, yakin
LEMBARAN KERJA SILA ISIKAN TEMPAT KOSONG : Guna Anggota Badan Lebar kelas = ____________kaki Panjang kelas = _____________depa Tinggi meja murid = _____________jengkal Panjang meja guru = _____________hasta
Guna Peralatan Tinggi kerusi = _____________batang pensel Panjang tingkap =_____________batang kapur tulis
SILA ISIKAN TEMPAT KOSONG : Lebar kelas = ____________m Panjang kelas = _____________m Tinggi meja murid = _____________cm Panjang meja guru = _____________cm Tinggi kerusi = _____________cm Panjang tingkap =_____________cm