Guru
Pengurusan Hubungan
Pemilihan Sumber
Jangkaan Guru
Bahasa
Layanan Adil
Pembelajaran Koperatif
Sktruktur Organisasi Sekolah
Budaya Sekolah
Kurikulum Tersirat
Konflik Nilai
Sekolah
Jenis Sekolah
Kepimpinan Sekolah
Lokaliti Sekolah
Tajuk: Jelaskan implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat. Bagaimanakah guru dapat memastikan kepelbagaian sosiobudaya pelajar dapat memberi manfaat kepada proses pembelajaran pelajar?
Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya
Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya
Kurikulum TersiratMuridSekolahGuru
Kurikulum Tersirat
Murid
Sekolah
Guru
Murid Latar budaya yang diwarisi atau dialami pelajar dalam keluarga, etnik, masyarakat atau lokaliti yang lebih luas mempengaruhi perkemabangan, kepercyaan, pegangan serta keperibadian seseorang. Justeru, kita harus sedar bahawa setiap individu adalah unik dan berbeza daripada yang lain hasil lingkungan budaya ernik atau jenis masyarakat serta penempatan tempat tinggal masing-masing. Kesedaran tentang kepelbagaian budaya yang dibawa oleh pelajar dapat membantu guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik lagi berkesan.
Murid
GenderPetempatan dan Kelas SosialGaya Belajar dan BerfikirBahasa dan KomunikasiKaum Etnik
Gender
Petempatan dan Kelas Sosial
Gaya Belajar dan Berfikir
Bahasa dan Komunikasi
Kaum Etnik
Individu pelajar adalah unik dan berbeza memandangkan latar belakang mereka yang berlainan. Setiap individu membesar dan terbentuk hasil interaksi dalam persekitaran masing-masing. Budaya merupakan faktor pengaruh yang paling berkesan ke atas perkembangan individu. Budaya mempengaruhi cara individu berfikir, cara individu bertindak, juga mempengaruhi pandangan, perasaan dan pembawaan.
Menurut Gollnick dan Chin (1990) bahawa beliau berpendapat "Culture provides the blueprint that determines the way an individual thinks, feels dan behaves in society".
Marcelle, DuPraw dan Axner berpendapat terdapat enam corak asas budaya yang membuatkan individu itu unik dan berbeza, iaitu berbeza dalam komunikasi, berbeza sikap terhadap konflik, berbeza pendekatan dalam menyelasaikan tugasan, berbeza dalam gaya menyelasaikan masalah, berbeza sikap terhadap pendedahan pandangan dan juga berbeza dalam pendekatan untuk mengetahui. Justeru, pelajar adalah berbeza dan perlu mendapat layanan yang berbeza selaras dengan keunikan masing-masing.
Dengan ini, implikasi terhadap kepelbagaian sosiobudaya termasuklah kemahiran dan penguasaan bahasa yang berbeza. Sesetengah murid hanya menguasai dialek, bahasa ibunda atau dialek semata-mata berkemungkinan menghadapi masalah pembelajaran, kurang faham bahan yang dibaca dan penerangan guru. Kesannya mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Di samping itu, dua atau lebih bahasa dengan kosa kata yang terbatas atau meluas juga salah satu implikasi kepelbagain sosiobudaya. Pelajar yang menguasai dua atau lebih bahasa. Contohnya bahasa ibunda, bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris akan lebih mudah menguasai pembelajaran memandangkan sinapsis telah terbentuk dalam otaknya. Lantaran itu, pelajar polyglot cepat dan tangkas dalam pemahaman konsep dan menjadi pelajar pintar cerdas jika dididik dan diasuh dengan cara yang betul dan sesuai dengan keupayaanya.
Antara implikasi yang dihadapi oleh murid disebabkan kepelbagaian sosial juga termasuklah kaum etnik. Pelajar yang itngaal dan belajar dalam lingkungan satu etnik yang selalunya mengamalkan budaya, cara fikir dan pandangan dunia yang sama kurang mendapat pendedahan akan budaya kaum lain. Justeru, pemahaman dan kesedaran budaya lain hanya dipelajari melalui bacaan bukan amalan. Kemungkinan proses penyesuaian diri dengan kaum atau etnik lain akan mnejadi sesuatu yang sukar. Pelajar yang belajar di sekolah dan persekitaran yang disertai oleh pelbagai kaum etnik akan terdedah kepada amalan, adat resam, pandangan dan cara fikir kaum etnik yang berbeza sama ada secara sedar ataupun sebaliknya. Pelajar dalam situasi ini akan dapat belajar bahasa etnik lain secara tidak langsung. Perasaan saling menerima dan saling menghormati dapat dipupuk hasil pergaulan pada masa formal belajar dan secara tidak formal.
Pelajar terdiri daripada pelbagai kelas sosial: rendah, sederhana dan tinggi. Kelas sosial wujud hasil taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi keluarga. Pelajar yang tergolong dalam kelas sosial rendah mungkin menghadapi masalah berkaitan rapat dengan pembiayaan, kemudahan belajar, kurang kelengkapan untuk belajar dan sebagianya. Berdasarkan teori "ketersekatan budaya" pelajar-pelajar ini menghadapi masalah kurang mendapat perhatian ibu bapa atas sebab kesibukan mencari rezeki. Pelajar-pelajar kurang bersemangat dan berisiko menghadapi masalah keciciran dalam persekolahan. Pelajar yang datanglah daripada golongan sosioekonomi sederhana dan tinggi kurang menghadapi masalah kelengkapan dan kemudahan pembelajaran, berpeluang menghadiri kelas bimbingan berbayar, mendapat perhatian dan dorongan yang khusus daripada ibu bapa. Hasilnya, peluang mendaptkan pendidikan lebih meluas berbanding mereka yang berada dalam lingkungan taraf sosioekonomi rendah.
Implikasi yang dihadapi oleh murid terhadap kepelbagaian sosiobudaya adalah petempatan. Pelajar bandar dan pinggir bandar lebih terdedah kepada kepelbagaian budaya etnik yang berbeza. Terdapat budaya yang pelbagai berdasarkan taraf sosioekonomi yang membentuk kelas sosial berbeza. Lantaran itu, dalam sesebuah sekolah bandar dan pinggir bandar akan wujud kepelbagaian budaya kesan persekitaran. Terdapat pelajar-pelajar yang tergolong dalam kelompok miskin bandar, kelas sederhana yang rata-rata anak pegawai kerajaan dan swasta, juga mereka yang kaya. Budaya pelajar daripada aspek tumpuan perhatian kepada pelajaran, kemampuan berbelanja, tingkah laku dan pandangan terhadap tugas dan bertanggungjawab akan jelas berbeza bengantung pasa aspirasi ibu bapa, jenis pekerjaan, pandangan terhadap pendidikan dan sebagianya. Pelajar di sekolah luar bandar dan pedalaman selalunya mengamalkan budaya yang sama, etnik yang sama, pandangan dunia yang serupa dan sebagainya. Justeru, tindakan, pandangan funia, aspirasi dan pandangan terhadap pendidikan yang ditunjukkan berkemungkinan kurang mencabar sebagaimana mereka di bandar besar. Rata-rata pelajar di luar bandar kurang mendatangkan masalah kepada sekolah dari segi tingkah laku.
Sebagai individu yang unik, setiap pelajar mengamalkan gaya berfikir dan gaya belajar yang berbeza. Terdapat tiga gaya pembelajaran asas yang umum iaitu visual, audio dan kinestetik. Pelajar visual perlu mendengar dan melihat untuk memahami isi pelajaran sementara pelajar kinestetik perlu terlibat melakukan aktiviti membuat untuk menguasai pembelajaran. Terdapat juga pelbagai bentuk gaya belajar yan gberasaskan gaya berfikir individu yang membuatkan setiap pelajar berbeza. Ada pelajar yang memerlukan bantuan latar untuk memahami pembelajaran. Pelajar jinis ini tergolong dalam gaya fikir "field dependent". Pelajar perempuan lebih banyak memerlukan bantuan latar berbanding lelaki,juga bergantung kepada budaya hidup etnil. Pelajar lelaki kebanyakannya boleh berfikir secara pantas dan ada juga pelajar yang mengambil masa yang panjang untuk memahami dan bertindak. Pelajar impulsif lebih mudah membuat kesilapan dalam pembelajaran berbanding pelajar yang reflektif. Pelajar reflektif mengambil masa dan berfikir panjang sebelum mengambil tindakan. Pelajar reflektif lebih mudah mengingat maklumat, lebih memahami teks dan lebih cekap dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan berbanding pelajar impulsif.
Tambahan pula, implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap murid juga termasuklah gender. Pelajar perempuan lebih tekum memberikan perhatian dalam pembelajaran, mematuhi peratuan bilik darjah dan sekolah. Mereka jug alebih kemas dan teratur, menunjukkan prestasi baik pada peringkat rendah. Manakala lelaki menunjukkan prestasi lebih baik pada peringkat menengah. Pelajar lelaki biasanya lebih mendapat perhatian guru dalam pembelajaran dan interaksi dengna guru dan lebih baik dalam mata pelajaran pengiraan dan lemah dalam mata pelajaran sastera dan bahasa. Merujuk Santrock:2008, estim kendiri pelajar lelaki dan perempuan adalah sama pada masa masuk sekolah tetapi estim kendiri pelajar perempuan merosot apabila mencapai pertengahan tahun persekolah. Budaya yang diamaklan di sekolah membentuk penerimaan kelainan gender, keupayaan dan prestasi mengikut gender.
Tugas guru adalah untuk membimbing pelajar mencapai potensi diri dalam pencapaian akademik, sosial dan vokasional. Pelajar dalam sesebuat bilik darjah terdiri daripada etnik, taraf sosioekonomi,latar belakang keluarga, kawasan petempatan, budaya adat resam dan bahasa yang berbeza. Lantaran itu, guru tidak seharusnya menggunakan cara yang sama untuk melayani dan memberikan perhatian tehdapa pelajar. Kepelbagaian sosiobudaya yang wujud di dalam bilik darjah memerlukan guru mengambil perhatian yan gsesuai bagi mebolehkan setiap pelajar mendapat peluang yang adil untuk pembelajaran yang berkesan.
Selain itu, implikasi kepelbagain sosiobodaya kepada guru adalah penerunaab dan layanan adil terhadap setiap murid. Guru haruslah mengenali latar belakang pelajar, taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam, kepercayaan dan afama akan membolehkan guru memberikan layanan yang lebih adil kepada individu pelajar mengikut keperluan individu. Guru tidak seharusnya menggunakan maklumat latar belakang keluarga pelajar untuk mengesahkan generalisasi dan pelabelan yang telah dibuat. Apabila guru memahami situasi pelajar, dapatlah guru merancang pembelajaran yang sesuai dan memberikan layanan yang adil terhadap pelajar daripada kelompok ini, oleh hal yang demikian, diskriminasi dan kesan "self fulfilling prophercy" dapat dielakkan.
Pembelajaran yang berkesan bagi sekumpulan pelajar tidak semestinya berkesan bagi kumpulan lain. Guru tidak seharusnya menganggap semua pelajar boleh belajar melalui cara yang sama. Pendidkan yang saksama buka bermakna sistem penyampaian yang sama. Kesaksamaan pendidikan lebih bergantung kepada persekitaran tempat tinggal pelajar, faktor status sosioekonomi keluarga dan gaya pembelajaran pelajar. Dengan mengambil kira faktor-faktor yang membantu pembelajaran, guru dapat menyediakan pembelajaran yang berkesan mengikut kemampuan pelajar. Satu strategi yang boleh digunakan ialah pembelajaran koperatif. Melalui struktur pembelajaran koperatif, pelajar dalam kumpulan heterogenous dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman, belajar bersama-sama, saling memebantu dan berinteraksi untuk memastikan pencapaian kumpulan. Pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang, etnik, taraf sosial dan pencapaian dapat saling belajar dan mengenali budaya secara tidak langsung. Kesedaran busaya mikro kumpulan etnik yang berbeza dapat membantu mengeratkan hubungan dan mewujudkan kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat majmuk.
Tugas guru secara eksplisit adalah mengajar dan melaksanakan kurikulum formal tetapi secara realitinya guru menguruskan hubungan di dalam bilik darjah agar pembeljaran yang berkesan boleh dicapai. Sebagai satu komuniti kecil di dalam bilik darjah, kawalan tingkah laku dianjurkan memlaui peraturan dan rutin bilik darjah, kawalan tingkah laku dianjurkan memlaui peraturan dan rutin bilik darjah. Pemathuan peraturan menjadi satu keperluan untuk mewujudkan suasana yang terkawal. Guru juga boleh menggunakan kajian sosiometri untuk melihat hubungan antara pelajar di dalam bilik darjah. Paparan sosiogram dapat menunjukkan hubungan antara pelajar. Hasil kajian ini dapat digunakan untuk membina hubungan dan penerimaan antara pelajar.
Sesetengah guru memberikan respons yang berbeza kepada pelajar yang mewakili kelompok kecil, minority atau kelas sosial rendah. Kajian di Amerika menunjukkan terdapat layanan dan jangkaan yang berbeza berdasarkan bangsa, jantina dan kelas sosial. Jangkaan dibuat sejak pelajar mula masuk sekolah berdasarkan pakaian dan lain-lain yang berkaitan dengan araf sosioekonomi keluarga. Guru hendaklah sedar bahawa potensi pelajar bukan berdasarkan kelas sosial, jantina atau bangsa. Jankaan guru terhadap prestasi pelajar berdasarkan elemen-elemen generalisasi adalah tidak adil bagi pelajar. Biasanya pelajar yang telah dilabel akan beritndak sebagaimana label yang disangkut kepadanya. Kebanyakkan sekolah mengamalkan sistem pengaliran berdasarkan pencapaian akademik pelajar, pelajar dikelompokkan kepada kelas yang berbeza. Guru yang mengajar di kelas baik akan menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang mendalam sementara pelajar kelas akhir menerima pembelajaran berbentuk ala kadar. Dengan layanan yan gberbeza, jarak antara kelompok pelajar tersebut akan menjadi lebih jauh. Lantaran itu, pelajar kelas akhir akan berasa tidak bermakna berada di sekolah, dianggap pelajar "bermasalah", yang akhirnya akan bertingkah laku sebagaimana yang dijangkakan guru. Guru perlu berubah sikap dan pandangan terhadap pelajar dan mengelakkan amalan diskriminasi. Tugas guru adalah unuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan pengalaman dan keupayaan serta budaya pelajar.
Pembelajaran yang berkesan akan mudah berlaku sekiranya bahan sumber pembelajaran sesuai dengan pengetahuan dan budaya pelajar. Sebuah kelas yang terdiri daripada kaum dominan dan etnik minority, pelajar minority mungkin berasa terabai dan tidak dihargai sekiranya tidak ada unsur-unsur budaya etnik dalam sumber pembelajaran. Motivasi pelajar akan meningkat dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan kerana contoh yang digunakan berkaitan dengan pengalaman pelajar. Guru perlu berhati-hati dalam memilih sumber pembelajaran yang sesuai. Walaupun buku teks disediakan, guru perlu menyediakan sumber tambahan yang sesuai dengan pengalaman pelajar agar pembelajaran bermakna boleh berlaku. Guru haruslah mengelakkan unsur-unsur negated dan sensitive bagi mana-mana etnik. Maklumat yang tepat tentang budaya sesuatu etnik jugalah penting. Pemilih sumber yang baik perlu dilihat daripada penggunaan bahasa dan istilah yang tidak berunsur sensitive dari segi gender, etnik dan kepercayaan, pemilihanan bentuk bahasa dan istilah yang dapat diterima, tidak bias, dan prejudis perlu diutamakan.
Komposisi kaum dan etnik warga sekolah menggambarkan kepelbagaian sosiobudaya dalam masyarakat. Budaya mikro yang menjadi amalan keluarga dan kaum etnik akan dibawa masuk ke sekolah dan mempengaruhi sosiobudaya sekolah. Bergantung kepada kecekapan pengurusan sekolah untuk mewujudkan budaya yang sesuai untuk sekolah masing-masing.
Amalan dalam sistem persekolahan di Malaysia menjurus ke arah kebangsaan dan sistem berpusat, namum dalam pelaksanaannya wujud jenis-jenis sekolah yang berbeza. Justeru, budaya sekolah juga berbeza memandangkan warga sekolah-sekolah tertentu tergolong daripada kaum ernik tertentu. Jenis-jenis sekolaha yang mempunyai fokus yang berberza turut mengamalkan budaya yang berbeza. Warga sekolah yakini guru atau pelajar juga mempunyai latar belakang yang berbeza. Sosiobudaya akan dipengaruhi oelh maalan budaya di sekolah juga terbatas kepada etnik majority tersebut. Namun akan wujud juga kepelbagaian berdasarkan budaya mikro sub-etnik daripada aspek bahasa dan adat resam. Bagi sekolah-sekolah berprestasi tinggi, budaya dan aspirasi sekolah juga akan turut terselerah. Guru dan pelajar akan bergerak seiring untuk mencapai matlamat sekolah. Masalah sosial, sikap dan pencapaian mungkin tidak ketara jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah pencapaian rendah dan sederhana. Budaya bersaing, bekerjasama, berfokus dan bermatlamat menjadi pegangn waega sekolah.
Sekolah yang terletak di bandar, kebanyakannya disertai oleh pelbagai latar belakang sosiobudaya: kelas sosial dan etnik. Sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman biasanya merangkumi satu atau dua kaum etnik yang mempunyai taraf sosioekonomi rendah. Sekolah luar bandar sering menghadapi masalah kekurangan guru, pertukaran guru yang kerap dan prestasi pencapaian yang rendah. Justeru, bandar sekolah yang dipengaruhi aspek sosiobudaya setempat yuang terbatas.
Berjaya atau sebaliknya sesebuah institusi atau sekolah bergantung kepada gaya kepimpinan pengurus sekolah. Pengurus yang baik dapat mewujudkan iklim sekolah yang mesra, memotivasikan dan kerjasa sebagai sebuah pasukan. Kerencaman sosiobudaya boleh dimanfaatkan untuk mencpaai matlamat sekolah. Salin gkerjasama antara sekolah dan komuniti, khusus melalui peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dapat memanfaatkan sekolah.
Kurikulum tersirat merujuk kepada cara budaya disalurkan dan sikap dibentuk melalui proses pengajaran pembelajaran dan pengurusan organisasi sekolah. Budaya dan sikap yang dimaksudkan termasuk kepatuhan kepada autoriti, mematuhi peratuan sekolah, menepati masa, penangguhan ganjaran, bekerjasama, hormat-menghormati, bertolak-ansur dan lain-lain. Pembentukan sikap dan amalan budaya tidak semestinya diajar secara terancang tetapi dipelajari dan dihayati pelajar melalui teladan dan amalan yang dibiasakan di sekolah. Justeru, kurikulum tersembungyi/tersirat merupaka nilai implicit atau tidak dirancang pencapaiannya tetapi terlaksana hasil daripada amalan di dalam bilik darjah sebagai kesan proses pelaksanaan kurikulum formal.
Kurikulum terisrat terjadi berdasarkan tiga unsur berikit: kelompok, pujian dan kuasa. Sebagai ahli dalam kelompok, pelajar perlu berdiri pada masa guru masuk, beri ucap selamat, menunggu giliran, bercakap dengan izin guru, buat tugasan sendirian dan lain-lain. Mereka perlu belajar bersabar untuk berjaya dalam situasi sekolah. Unsur kedua ialah pujian, selalunya dikaitkan dengan penilaian. Guru menilai pembelajaran pelajar memlaui ujian dan peperikasaan, lathiahn bertulis dan lisan. Namum, penilaian yang lebih banya dilakukan did alam bilik darjah ialah penilaian ke atas tingkah laku pelajar. Sering kali tingkah laku yang baik kurang mendapat pujian. sebaliknya, pelajar menerima hukuman apabila melakukan kesalahan, mengingkari peraturan dan sebagainya. Unsur ketiga, ialah kuasa. Lebih nyata dalam bentuk amalan kuasa berat sebelah kepada kuasa orang dewasa. Pelajar dikenakan mematuhi peraturan yang disediakan oleh guru. Motivasi dan rasa ingin tahu pelajar boleh menjadikan terbantut kerana tidak berpeluang mengeluarkan fikiran dan pandangan atas sebab halangan-halanagan yang wujud. Justeru, guru seharusnya mengamalkan kepimpinan demokratis dan memberikan peluang kepada pelaar untuk berkongsi kuasa dan memberikan pandangan.
Kurikulum terancang dapat dibahagikan kepada dua aspek, iaitu kurikulum formal yang didokumentasikan pada setiap peringkat persekolahan. Kurikulum pengajaran iaitu proses pelaksanaan kurikulum formal di dalam bilik darjah. Amalan guru dalam melaksanakan kurikum atau sukatan pelajaran. Pelajar belajar melalui kurikulum tersirat daripada dua aspek, iaitu struktur organisasi sekolah termsuk jadual waktu pembelajaran dan aktiviti lain di sekolah, penyediaan kemudahan dan kelengkapan sekolah, bahan sumber pembelajaran, bentuk penaksiran dan penilaian, jenis kursus yang disediakan, program khas di sekolah, gerak kerja kokurikulum, pengurusan hubungan dan pengelompokan pelajar. Cara guru besar menguruskan sekolah membentuk iklim sekolah yang memberi kesan kepada pengalaman pembelajaran pelajar secara langsung dan tidak langsung. Di samping itu, budaya sekolah termasuk pertaturan sekolah, keceriaan sekolah, paparan maklumat sekolah, peranan dan hubungan warga sekolah, budaya pelajar, adat resam yang diamaklan, aspirasi sekolah dan jangkaan guru terhadap kumpulan pelajar.
Kesan kurikulum tersirat di dalam kelas dapat dilihat dalam dua bentuk, iaitu disengajakan dan tidak disengajakan. Terdapat guru yang tidak dapat menguruskan pembelajaran dengan berkesan terhadap pelajar yang berasal daripada budaya dan sistem nilai yang lain. Justeru,berlaku konflik nilai antara guru dengan pelajar berkenaan. Kesannya ialah guru bertindak "bias" atau "prejudis" terhadap pelajar yang berkenaan. Prejudis atau bias yang tidak disengajakan, sering dapat dilihat dalam tindakan guru dalam bilik darjah adalah seperti mengelakkan pelajar-pelajar tertentu dalam aktiviti yang disertai kelas dan memberi pujian kepada pelajar budaya lain dalam pencapaian yang kecil-kecil, yan gbukan berfokus kepada peningkatan prestasi.
Pelajar belajar daripada apa yang idlihat diamalkan di dalam bilik darjah. Unsur melabel murid contohnya akan mengakibatkan pelajar menerima dirinya sebagaimana yang dilabeklan, hal ini yang disebutkan sebagain "self fulfilling prophercy". Melalui aktiviti pembelajaran yang memanfaatkan artifak budaya setempat atau berkaitan dengan adat resam sesuatu suku kaum, pelajar dpat memahami perasaan, kekuatan jiwa serta pandangan dunia suku kaum berkenaan. Oleh hal yang demikian, perasaan rasa hormat dapat dipupuk.
Sebagai seorang guru, beliau haruslah memastikan kepelbagaian sosiobudaya memberi manfaat kepada murid. Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Mereka seharusnya mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang berkenaan. Guru juga mestilah mengajar dengan tidak mengelompokkan murid mengikut kaum mereka tertentu dalam satu kumpulan sahaja.
Oleh demikian, guru haruslah memberikan perhatian kepada elas sosial murid. Mereka digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Murid yang datangnya dari kelas sosial yang rendah tidak harus dikesampingkan. Bagi mereka yang datangnya dari kelas sosial atasan dan berkedudukan juga harus dilayan sama rata dengan murid yang lain. Perbezaan kelas sosial ini perlu ditangani sebaik mungkin supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti P&P. keadaan ini menjamin semua murid akan memberi peluang mengambil bahagian di dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam pembelajaran di dalam kelas.
Guru perlulah berusaha untuk membantu murid dalam memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Di samping tiu adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menolong murid membentuk konsep kendiri positif supaya mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan perasaan yang seronok. Guru juga perlu memberi tunjuk ajar unutk mengatasi masalah akademik di samping meningkatkan prestasi akademik muridnya yang lemah melalui kem-kem motivasi dan sebainya.
Guru juga perlu menghormati murid seperti orang lain, bersikap adil kepada semua murid, hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana menyebabkan hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran. Guru boleh menggunakan kata-kata bermotivsi dan penuh dengan senyuman dan jenaka, dan pujian supaya suasana sentiasa ceria, di samping memberi teguran umum yang berupa nasihat tetapi bukan leteran.
Guru bertanggungjawab untuk membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai sosiobudaya. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat kemungkinan berlakunya aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dalam kalangan murid.
Dari aspek kepercayaan pula guru haris tidak menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid mereka. Setiap nilai dan kepercayaan yang tersebut harus diterima dengan seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan dengan agama murid yang berkaitan dengan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlulah merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai, dan agama murid mereka.
Jantina yang berbeza juga akan memberikan kesan kepada aktiviti pembelajaran. Guru seharusnya merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disetai oleh semua murid, tanpa mengira jantina. Isu yang mempunyai unsur bias kepada mana-mana jantina mesti dielakkan kerana peluang yang sama haruslah diberikan kepada setiap murid dalam menerokai aktivtiti pembelajaran. Bagi murid yang menghadapi kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif dalam kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut.
Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai Misi Nasional dan guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini. Justeru, guru perlu memahami, memberi komitmen dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan.
Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada murid telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam pengajaran dan pembelajaran, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. Guru harus kreatif dan inovati untuk menjadikan sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan.
Bibliografi:
Buku Rujukan:
Aziz Deraman (1992\4), 'Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia'. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia
'Chew Fong Peng (2008), ' Budaya dan Masyarakat Berbilang Kaum Di Malaysia,' Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara
Zaid Ahmad et al. (2006), Hubungan Etnik di Malaysia, Shah Alam:Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid (2011), Budaya dan Pembelajaran, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Syed Ismail Bin Syed Mustapa(2010), Budaya dan Pembelajaran, Ipoh:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Laman Web:
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA. (n.d.). Retrieved Mar 2013, 11, from bkree66: http://bkree66.blogspot.com/2011/07/implikasi-kepelbagaian-sosio-budaya.html
2. Ismail, S. (11 , May 2011). Implikasi Keplebagaian Sosial Budaya. Retrieved Mar 2013, 13, from Cikgu Semasa: http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/bab-3-implikasi-kepada-kepelbagaian.html
3. Jr, P. (n.d.). Peroto Jr. Retrieved from Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap p&p: http://perotojr.blogspot.com/2010/05/implikasi-kepelbagaian-sosio-budaya.html
Keratan Akhbar
Pangaribuan, B. T. (2013, Mar 16). Antara Konservasi dan Utilisasi. kabarindonesia .
1
Kurikulum Tersirat
Konflik Nilai
Budaya Sekolah
Sktruktur Organisasi Sekolah
Sekolah
Jenis Sekolah
Kepimpinan Sekolah
Lokaliti Sekolah
Guru
Pengurusan Hubungan
Layanan Adil
Pembelajaran Koperatif
Pemilihan Sumber
Jangkaan Guru
Bahasa